• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Pendidikan Seni Visual

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kertas Kerja Pendidikan Seni Visual"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK KURSUS: PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3104) Tugasan Kerja Kursus (100%)

Menghasilkan esei tentang peranan bilik pendidikan bilik seni visual yang kondusif.

1. Berdasarkan kepada keperluan inilah anda secara individu dikehendaki membuat satu kajian serta rujukan tentang ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif. Tugasan merangkumi pengenalan, sukatan PSV (matlamat,objektif dan bidang), kajian serta rujukan dan ciri-ciri bagi sebuah bilik seni visual yang ideal serta kondusif (30%) 2. Dengan berpandukan kepada pengetahuan, kajian dan daya kreativiti, anda dikehendaki

merekacipta sebuah pelan bilik lantai bilik Pendidikan Seni yang kondusif di sekolah anda. Huraikan pelan lantai bilik seni tersebut dan berikan alasan yang rasional mengapa ianya disusun sedemikian rupa (50%)

(2)

1.1 Pengenalan

Bilik Pendidikan Seni Visual atau Studio Seni merupakan satu unit penting dalam organisasi sekolah. Ini adalah kerana unit ini memainkan peranan penting dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Seni Visual dan apresiasi hasil karya seni yang berkaitan dengan seni. Oleh itu, Bilik Pendidikan Seni Visual sentiasa perlu diberikan perhatian dan mencipta suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Bagi mencapai matlamat tersebut terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang menarik dan selesa.

RASIONAL

(3)

1.2 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Matlamat

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusipemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. 3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. 5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. 7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. 8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

(4)

Bidang-Bidang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni Visual :

1. Menggambar

2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional

2.1 Pelan Lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif (Rujuk Lampiran) 2.2 Justifikasi dan Alasan Rasional

Sebelum penghasilan dan rekaan ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dan dititikberatkan. Antaranya ialah:

I. Fungsi bilik

Bilik Pendidikan Seni Visual mempunyai dua fungsi iaitu sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran (p&p) dijalankan dan dimana penghasilan hasil kerja seni murid-murid dilakukan serta appresiasi seni visual turut dijalankan. Jadi, dapat disimpulkan ciri-ciri sebuah bilik seni yang menarik dan kondusif ialah bersifat multi-fungsi.

II. Saiz bilik

Saiz bilik Pendidikan Seni Visual perlulah luas supaya dapat memberi ruang yang luas dan jelas. Ini adalah bertujuan untuk menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan.

III. Bentuk bilik

Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya.

IV. Lokasi bilik

Lokasi bilik perlulah strategik supaya dekat dengan bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid-murid untuk bergerak dan menjimatkan masa.

(5)

dapat memulihara hasil kerja seni yang disimpan di dalam bilik seni seperti arca dan tanah liat. Selain itu, bilik PSV juga perlu dilengkapkan dengan kipas supaya dapat memudahkan pengaliran udara yang baik serta memberi keselesaan kepada murid agar murid dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Kesimpulannya, dengan memasang tingkap dan kipas dapat mengekalkan suhu yang optimum (27 darjah Celcius) dan mewujudkan bilik yang menarik dan kondusif.

Tambahan pula, aspek ruang amat diberi perhatian bagi penghasilan bilik PSV yang kondusif. Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil akan kelihatan lebih besar dan selesa. Apa yang dapat ditakrifkan adalah bahawa, aspek ruang yang luas dapat memberikan keselesaan dari segi kebebasan murid-murid untuk bergerak dan susun atur perabot dapat dilakukan dengan mudah. Bilik PSV yang sempit tidak mewujudkan ruang yang kondusif serta murid tidak dapat memberi sepenuh perhatian ketika p&p dan penghasilan hasil kerja seni tidak berkualiti kerana ruang yang sempit. Oleh itu, bagi bilik PSV perlulah mempunyai ruang yang luas dan struktur lantai yang rata bagi mewujudkan suasana yang kondusif.

Aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah dari segi pencahayaan. Secara fizikalnya, pencahayaan juga turut memberi peranan dalam menampakkan dan mempengaruhu bilik PSV itu mempunyai ruang yang luas serta yang paling penting mewujudkan suasana yang terang dan ceria. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik. Bagi bilik PSV, kedudukan lampu perlulah diletakkan di tengah-tengah supaya jarak pencahayaan dapat memenuhi ruang seluruh bilik PSV. Pemasangan lampu kalimantang atau pendarflour amat sesuai kerana jarak pencahayaannya yang terang dan luas dapat memenuhi sesebuah bilik. Selain itu, proses apresiasi seni dapat dijalankan dengan mudah kerana pencahayaan mempengaruhi sesebuah hasil karya agar nampak lebih menarik dan mudah untuk ditafsir.

(6)

mendapat keseimbangan . Satu meja besar dapat dikongsi oleh enam orang murid. Ini dapat digambarkan seperti di Rajah 1.

Meja guru pula perlulah diletakkan dihadapan murid-murid iaitu berada pada sudut 45 darjah supaya jarak penglihatan guru dapat merangkumi seluruh bilik PSV. Ini juga memudahkan guru untuk mengawal segala aktiviti murid-murid daripada melakukan kerja lain. Kabinet-kabinet perlu diletak di sisi kiri dan kanan dinding kelas supaya tidak menganggu pergerakan murid. Fungsi cabinet adalah untuk menyimpan peralatan dan segala hasil kerja seni murid seperti lukisan, canting batik, berus lukisan, cat, kaki tripod dan sebagainya. Kabinet dapat menyimpan barang-barang seni supaya bilik seni kelihatan kemas dan teratur kerana alatan-alatan dapat disimpan di tempat yang sepatutnya dan dilabelkan supaya mudah menjadi rujukan. Dapur kecil dan sinki juga perlu diwujudkan supaya dapat mencuci peralatan seni seperti berus dan

(7)

berfungsi juga sebagai untuk meletakkan tanaman kecil di dalam pasu. Ia perlulah diletakkan bersebelahan supaya ia tidak mengotorkan tempat-tempat lain yang kering. Projektor LCD berfungsi sebagai alat bantu mengajar dan perlu diletak di hadapan supaya dapat dipancarkan di papan putih. Guru dapat menggunakan projektor untuk tayangan multimedia di dalam p&p. Ini adalah sebagai langkah untuk menvariasi kaedah pengajaran.

Namun begitu, aspek keselamatan perlulah dititikberatkan iaitu peti ubat kerana sebarang kecederaan boleh berlaku ketika mengendalikan peralatan-peralatan yang wujud di dalam bilik PSV . Pemadam api juga perlu diletakkan di sudut bilik PSV sebagai langkah keselamatan jika berlaku kebakaran agar dapat ditangani dengan serta merta dan efektif. Pintu mestilah diletakkan di hadapan dan belakang bilik PSV. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan keluar masuk. Pintu belakang juga berfungsi sebagai laluan kecemasan jika berlaku kebakaran di bangunan berdekatan bilik PSV. Manakala, sudut belakang perlu diwujudkan sebagai ruang pameran untuk murid-murid meletakkan segala hasil seni yang mereka hasilkan selepas selesai appresiasi seni oleh guru dan murid-murid. Ini dapat memberi ruang yang luas agar hasil kerja seni dapat diletakkan di tempat yang selamat tanpa merosakkannya. Akhir sekali, kedudukan tong sampah juga penting supaya murid dapat membuang sampah tanpa menganggu proses p&p. Kedudukan tong sampah diletakkan di sudut bilik PSV di arah bertentangan.

(8)

3.1 Laporan Apresiasi

(9)

kurikulum. Kami juga perlu membuat kajian tentang sukatan PSV (matlamat,objektif dan bidang), kajian serta rujukan dan ciri-ciri bagi sebuah bilik seni visual yang ideal serta kondusif.

Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut susun atur bilik pendidikan seni visual yang sempurna. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Saya juga mempelajari bagaimana untuk menghasilkan pelan lantai yang terbaik mengikut spesifikasi dan garis panduan yang diberikan. Selain itu, saya juga perlu bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik Pendidikan Seni Visual supaya dapat menghasilkan satu bilik seni yang lengkap dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam bilik yang ideal dari segi keberkesanan dan fungsi serta ciri-ciri yang kondusif,keselesaan, kemas dan teratur.

Tugasan ini adalah tugasan individu dan akhirnya saya berjaya menghasilkan pelan lantai bilik seni dengan jayanya. Walaupun pada mulanya, saya menghadapi kekangan untuk menyiapkan kerja kursus ini namun dengan bantuan rakan-rakan akhirnya kerja kursus ini dapat disiapkan dan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Pada mulanya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan mana-mana pelan bilik lantai. Ini adalah kali pertama menghasilkan pelan bilik lantai. Untuk itu, saya telah melakukan beberapa rujukan dari buku-buku,majalah dan sumber internet. Saya juga mengfokuskan prospek pencarian daripada factor hiasan dalaman dan sudut dekorasi kerana dari situ saya boleh mendapat pelbagai info dan maklumat yang berguna tentang bagaimana untuk menghasilkan bilik seni yang kondusif. Ini dapat dilihat dari segi pencahayaan, pengaliran udara yang baik, cat dinding yang ceria ini semua dapat mempengaruhi ciri-ciri bilik seni yang kondusif.

(10)

1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk.

2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan Bengkel halus.

3. Bahan P&P - terdapat bahan P&P yang sesuai di letakkan di tempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain-lain,

4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain

5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya.

6. Bahagian Pameran - bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.

7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P.

8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. (Jika mempunyai ruang yang lebih luas )

9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

10. Papan Maklumat - iaitu Notice Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan

jadual waktu penggunaan bilik seni.

(11)

perspektif seni yang sebenar tentang bilik-bilik seni yang kondusif dan dapat saya praktikkan ketika mengajar di sekolah nanti.

PENUTUP

(12)
(13)

KAMPUS BAHASA

ANTARABANGSA, KUALA

LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TESL

JANUARY INTAKE 2013

SEMESTER 3

PSV 3104

PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA

: MUHAMMAD FARIZ BIN ABU SEMAN

NO.KAD PENGENALAN

: 930321-026051

TARIKH HANTAR

: 4 APRIL 2014

(14)

Referensi

Dokumen terkait

...orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang. Menghasilkan karya dengan mengaplikasi bahasa seni visual,

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual perlu dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan memberi fokus kepada prestasi pelajar dalam

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk plak bertemakan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Pendidikan Seni Visual bermatlamat untuk membina potensi murid ke arah melahirkan insan yang mempunyai

Pendidikan Seni Visual (PSV) diperkenalkan di Tingkatan 1 -5 bagi murid MBK sekolah menengah pendidikan khas bertujuan memberi fokus kepada usaha mencungkil dan

Program Pembiayaan Produksi Seni Visual menyokong perbelanjaan langsung untuk anda menghasilkan karya seni baru atau meneruskan karya seni yang ada; berkaitan dengan kepentingan

Program Pembiayaan Pameran Seni Visual menyokong perbelanjaan langsung untuk anda menghasilkan dan mengatur pameran seni; residensi; penerbitan atau katalog; atau

TPACK dalam Pendidikan Seni Visual: Satu Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Menggunakan E-Pembelajaran dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tpack in Visual Art Education: A