• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 61 SESI 1 10 NOVEMBER 2018 (SABTU) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 61 SESI 1 10 NOVEMBER 2018 (SABTU) DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM JOHOR BAHRU"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR MAJLIS KONVOKESYEN KE- 61

SESI 1

10 NOVEMBER 2018 (SABTU)

▸ Baca selengkapnya: teks mc majlis konvokesyen prasekolah

(2)

م ا ر ن ا ر م اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

Salam Sejahtera and A Very Good Morning اﻟ د d ر ب ا ﺎﻟ ن و اﻟ ة و اﻟ م أ ر ف ا ﻧﺑ ﯾﺎ ء و اﻟ ر و آ و أ ن .

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga UTM merafak sembah,

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat ke Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 ini, seterusnya berkenan mengurniakan ijazah dan pelbagai anugerah kepada graduan.

Ampun Tuanku,

Izinkan patik berucap kepada sidang hadirin.

Yang Amat Dihormati Datin Nora bt Mohd Som, Wakil Rasmi YAB MB Johor Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri Pro Canselor dan Puan Sri

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Puan Sri

Yang Berbahagia Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi, Penerima Anugerah Ijazah Kehormat dan Puan Sri

Yang diraikan ketiga-tiga bakal penerima Gelaran Profesor Emeritus

YBhg Datuk, Datin, Tetamu-tetamu jemputan, Pegawai Kanan Universiti, ahli senat, Para Profesor dan Pensyarah, graduan, ibu bapa dan keluarga graduan dan sidang hadirin sekalian.

(3)

Marilah kita mulakan dengan melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas rahmat dan izinNya jua, kita semua dapat bersama dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-61 ini. Satu majlis penuh bermakna yang dinantikan oleh para graduan, ibubapa, dan keluarga. dan juga bagi kami warga UTM.

Graduan, Ibubapa dan Sidang hadirin sekalian,

Pada Majlis Konvokesyen UTM ke-61 ini, seramai 3,652 orang graduan akan menerima pelbagai anugerah seperti yang tertera di skrin dan buletin konvokesyen. Sebagai makluman, sehingga Konvokesyen ke-61 ini, UTM telah melahirkan seramai 192, 446 graduan dengan 7,683 adalah graduan antarabangsa daripada lebih 70 buah negara.

Pada kali ini, UTM akan menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi atas sumbangan besar beliau khusus kepada UTM sebagai ahli Lembaga Pengarah selama 15 tahun dan juga sumbangan kepada negara. UTM juga akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Ir. Ishak bin Abdul Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif dan Ir. S. Kannan a/l Krishna atas sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada UTM. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan.

Para Graduan Sekalian,

Hari ini saudara/i meraikan kejayaan, dan di sebalik kejayaan ini pasti banyak pihak yang telah menabur jasa kepada kita. Pepatah Melayu menyebut, “Orang berbudi kita berbahasa”. Maka, saya ingin mengajak saudara/i untuk bangun dan toleh ke belakang, lihat lah wajah ibu dan ayah, keluarga, para pensyarah anda, dan mari bersama-sama kita secara serentak lafazkan ucapan ‘terima kasih atas jasa kalian’ kepada mereka.

(4)

Para graduan sekalian,

Saya dan seluruh warga UTM mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara/i di atas kejayaan menamatkan pengajian dengan jayanya.

Pengijazahan saudara/i pada hari ini adalah satu bukti bahawa dengan azam untuk berjaya, diiringi dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah, insyaAllah kejayaan boleh dicapai walau sebesar mana pun cabaran yang perlu dihadapi. Tentu masih segar dalam ingatan, saudara/i bersengkang mata sehingga tengah malam atau awal pagi bagi menyiapkan tugasan? Hadir ke kuliah, sibuk dengan pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik memenuhi keperluan ‘transformative campus experience” di UTM.

Bukan semua yang mampu melakukannya. Oleh itu, saudara/i harus sentiasa mensyukuri kejayaan ini dan perlu bersedia untuk mengatur langkah seterusnya ke alam kehidupan sebenar yang jauh lebih mencabar. Semoga ilmu dan pengalaman yang di timba ini menjadi bekal dalam mencipta kejayaan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Ingatlah bahawa ilmu yang saudara/i miliki ini adalah satu amanah, dan merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk membina masyarakat yang makmur dan sejahtera.

Sebagai ingatan bersama, sentiasalah berpegang kepada nilai teras UTM iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian. Nilai teras yang paling utama adalah integriti.

Integriti bukan sekadar menghindari daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa atau tidak jujur. Integriti juga merangkumi antaranya mendisiplinkan diri, menepati waktu, telus, ikhlas dan cekap, mengambil pertanggungjawaban sepenuhnya dan tidak mengambil ringan terhadap tugasan yang diberi, berhemah dan membina personaliti atau karakter yang baik, dan bersedia memperbaiki kelemahan diri.

(5)

Para Graduan sekalian,

Di sini ingin saya kongsikan tiga pesanan utama sebagai panduan dalam mengharungi cabaran yang mendatang:

Pertama, ketika ini kita berada di era Industri 4.0 di mana Revolusi teknologi seperti ‘Artificial Intelligence’ (AI), ‘Internet of Things’ (IoT) dan ‘Robotic Process Automation’ memberi kesan besar kepada kehidupan manusia. Yang diwar-warkan adalah peluang pekerjaan yang terhad. Dan saya bimbang gambaran seperti ini memberikan kesan negatif sepertimana kita pernah ditakutkan sebelum ini. Saya masih ingat, waktu di sekolah kita pernah ditakutkan dengan subjek matematik dan sains. Jangan ambil matematik tambahan; Fizik dan Kimia susah lulus. Menceburi bidang keusahawanan diberi gambaran yang sangat negatif. Peribahasa ‘haji bakhil’, ‘rezeki secupak tak kan jadi segantang’, ‘tiada pendapatan tetap’, ‘makan gaji lebih selamat’ menjadi bahan nasihat. Akhirnya sehingga kini kita masih terbelengu dengan kotak pemikiran lama – semuanya menakutkan. Dan ramai yang memilih jalan mudah atau jalan selamat, walaupun sebenarnya sebagai sebuah negara kita tidak begitu selamat dengan sikap begini.

Mengubah cara berfikir dan membuat persediaan adalah penting. Perubahan pasti berlaku. Pembangunan teknologi tidak boleh dihalang. Kita perlu percaya pada kekuatan diri sendiri yang kita berupaya mendepani cabaran revolusi teknologi ketika ini iaitu dengan segera melakukan perubahan seperti berminda keusahawanan (‘entrepreneurial mindset’), menguasai kemahiran untuk mengharungi kehidupan (‘survival skill’) dan bersedia untuk terus belajar secara berterusan.

Kedua, jika kita menghayati konsep kelestarian (‘sustainabilty’) dunia ini tidak sesempit seperti yang digambarkan. Dan bukan juga untuk kita ambil semuanya untuk kepentingan kita dan keluarga. Dunia dan isinya untuk kita kongsi bersama, memakmurkan sesama kita dan alam keseluruhannya.

Ketiga, pendidikan dalam era Malaysia baharu memberikan ruang yang lebih besar kepada kebebasan mahasiswa/i menyuarakan pendapat. Kita perlu menerima

(6)

perubahan ini dan bersedia melaksanakannya selagi ia memberi kebaikan kepada pemegang taruh terutamanya kepada mahasiswa dan ibu bapa. Kebebasan kepada pelajar memerlukan kebijaksanaan, tindakan berhikmah dan berpegang kepada nilai kesopanan dan saling menghormati.

Para Hadirin yang dihormati,

Kita baru menyaksikan perubahan senario politik yang memberi kesan menyeluruh kepada urus tadbir negara. Bagi kami di sektor pengajian tinggi, perubahan telah dan sedang berlaku. Institusi pendidikan seharusnya tidak menjadi medan percaturan politik. Kita tidak mahu terpalit dengan amalan sepak terajang, kerana kita bukan mencari kuasa melalui undi. Kita bukan entiti perniagaan yang mencari keuntungan, atau menghapuskan pesaing. Sebaliknya, dunia akademik dan pendidikan menjunjung nilai ilmu yang mencari kebenaran hakiki dan disuburkan melalui ekosistem keikhlasan, keakraban dan penuh beradab, memberdaya dan memperkayakan (‘enriching and empowering’) yang mendidik dan membina insan yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Kita tetap berpegang kepada amalan ‘loyal to the government of the day’, tetapi lebih penting ialah kita berkhidmat kepada rakyat.

Para graduan, ibu bapa dan hadirin sekalian,

Kepada warga UTM, kita sedang melalui cabaran kelestarian kewangan yang belum pernah dialami sebelum ini. Pelbagai pengorbanan telah dilakukan oleh warga UTM termasuklah mengeluarkan duit sendiri untuk membantu para mahasiswa bagi memastikan urusan akademik tidak terjejas dan menyinsing lengan bergotong royong. Kita amat menghargai pengorbanan ini yang selari dengan slogan UTM sendiri iaitu Kerana Tuhan Untuk Manusia.

Ia satu realiti yang memeritkan dan memerlukan kekuatan untuk kita terus memberi fokus kepada amanah yang dipikul. Selain berusaha secara lebih inovatif memperbaiki tadbir urus, aspek pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan, kami tidak pernah berhenti dari berusaha membawa perkara ini ke pihak berwajib

(7)

agar lebih memahami situasi ini. Dan kita percaya mereka juga sedang lakukan yang terbaik.

Setiap cabaran dan kesukaran pasti ada hikmahnya dan peluang baru yang wujud kepada mereka yang tabah dan berani mengambil risiko dan terus melangkah kehadapan. Bukan menyerah atau berundur. Saya yakin kita telah banyak belajar melalui pengalaman ini. Paling tidak kita memberi nilai yang lebih tinggi kepada setiap sen yang kita belanjakan. Kita lebih bijak memberi keutamaan dalam tindakan kita. ‘Mere react is not enough; anticipating changes and early game plan are necessary.’ Dan kita membina kekuatan berpasukan yang kental yang kita namakan DNA UTM. Setiap lapisan warga UTM menyumbang kepada kekuatan ini. Dan keadaan ini menyebabkan kita lebih yakin dan faham mengapa kita berada di UTM.

Dan memikirkan lebih jauh kita seharusnya bersyukur kerana walaupun berdepan dengan kesukaran, keadaan kita lebih baik dari negara yang mengalami kacau bilau politik mau pun peperangan dan juga mereka yang diuji dengan bencana alam. Ini lah nasihat yang selalu dinukilkan oleh DYMM Tuanku Canselor yang memberikan semangat untuk kita mendepani cabaran ini dengan penuh keyakinan insyaAllah. Kita percaya ‘The storm won’t last forever’. Pasti ada hikmah dan kemanisan yang bakal dikecapi insyaAllah. Itulah lumrah kehidupan.

Walaupun demikian, UTM terus beristiqomah melaksanakan tanggungjawab dan di kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah UTM yang telah memberi segala bentuk sokongan, idea dan panduan bagi memastikan UTM sentiasa berada di landasan yang betul menuju kecemerlangan.

Para Graduan sekalian,

Anda kini adalah alumni UTM. Justeru, kami amat berbangga, berbesar hati dan mengalu-alukan para graduan sekalian untuk mencurahkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM. Endowmen, program makanan percuma dan pelbagai lagi program di bawah ‘Because We Care’

(8)

adalah usaha yang kami lakukan bagi menjamin keselesaan anda untuk meneruskan pengajian. Namun pada hari ini kami perlu mengingatkan anda, bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jika semalam anda dibantu, esok anda perlu membantu. Sekiranya kitaran ekonomi lebih seimbang dan adil, pasti satu masa nanti mungkin yang memberi lebih ramai dari yang memerlukan. Anda mengalami bagaimana gembiranya hati apabila mendapat bantuan. Jadi, suatu waktu nanti anda akan mengalami satu kepuasan yang sukar digambarkan apabila anda mampu membantu dan menggembirakan orang lain. Justeru kami mengalu-alukan sumbangan anda dalam pelbagai bentuk termasuklah Tabung Endowmen dan Tabung Wakaf UTM untuk dimanfaatkan kepada mahasiswa yang memerlukan. Sebagai makluman, sehingga kini UTM telah menerima sumbangan lebih RM 3 juta daripada para alumni UTM daripada jumlah keseluruhan Endowmen yang berjumlah lebih RM94 juta.

Pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti

Bayaran pinjaman PTPTN jangan lupa dibayar Tabung UTM juga sentiasa ada untuk diisi

Para Graduan sekalian,

Saudara dan Saudari akan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, menabur bakti menyemai budi,

namun andainya pada satu ketika, di mana sahaja anda berada, UTM terkenang di hati, tergambar di sanubari,

ingatlah this is your home,

UTM sentiasa menanti kehadiran dan bakti anda. Graduan, Ibu bapa, hadirin sekelian,

(9)

Sebelum mengakhiri ucapan, Patik mewakili seluruh warga UTM ingin mempersembahkan ucapan setinggi-tinggi kasih diatas keperihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor yang amat mendalam dan berterusan terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar universiti ini. Patik dan seluruh warga universiti merasa amat terharu di atas ketulusan hati dan budi Tuanku.

Patik dan seluruh warga Universiti merakamkan sembah takzim dan mendoakan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, Canselor UTM sentiasa berada dalam kesejahteraan, kesihatan yang baik dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu WaTaala. Seterusnya ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pro-Canselor, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dan para tetamu dari dalam dan luar negara kerana meluangkan masa menghadiri majlis Konvokesyen ini.

Bunga cempaka mekar di taman Harum baunya indah berseri Insya-Allah jika diizinkan Tuhan Di lain masa, kita berjumpa lagi Ampun Tuanku,

Sekian sahaja ucapan patik. Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas perkenan berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen ke 61 ini.

و ﺑِﺎ d ا ﻟﺗ و قُ و اﻟ د اﯾ , و اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

(10)

] ENGLISH [ م ا ر ن ا ر م اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

Salam Sejahtera and A Very Good Morning اﻟ د d ر ب ا ﺎﻟ ن و اﻟ ة و اﻟ م أ ر ف ا ﻧﺑ ﯾﺎ ء و اﻟ ر و آ و أ ن .

With deep reverence to Her Majesty Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, Chancellor of UTM.

I would like to express the gratitude of the entire UTM community to her Majesty for consenting to grace this 61st UTM Convocation Ceremony, and to bestow degrees and awards to the respective award recipients and UTM graduates.

Your Majesty,

Please allow me to speak to the audience.

Yang Amat DiHormati Datin Nora bt Mohd Som, Official Representative of YAB Chief Minister of Johor

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri Pro Canselor and Puan Sri

Yang Berbahagia Tan Sri, Chairman of the University Board of Directors and Puan Sri

(11)

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi, Recipient of the Honorary Doctorate Degree

Our Three Recepients of Emeritus Professor Title

Distinguished Guests, Senior Officials and University Senate Members, Professors and Lecturers, Graduands, Parents and Family Members of Graduands, Ladies and Gentlemen.

First and foremost, praise be to Allah Subhanahu Wataala for with his grace and blessing, we are able to gather here at this 61st UTM convocation ceremony, a

ceremony that is important and much awaited for by all graduands, parents, families and UTM community.

On behalf of UTM, I warmly welcome all distinguished guests, parents and family members of graduands, alumni and invited guests.

Graduands, Parents, Ladies and Gentlemen,

At this 61st UTM Convocation Ceremony, a total of 3,652 graduands will be conferred their respective degrees as published on the screen and convocation bulletin.

For the record, up to this 61st Convocation, UTM has produced a total of 192,446 graduates of whom 7,683 are international graduates from over 70 countries. Heartiest Congratulations to all!

Dear Graduands, Ladies and Gentlemen,

At this Convocation Ceremony, UTM will confer the Honorary Doctorate to Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi for his great contribution to UTM as one of the board of directors for 15 years and also for the contribution to the nation. The convocation session this morning will also witness the conferment of Emeritus Professor to Ir. Ishak bin Abdul Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif dan Ir. S.

(12)

Kannan a/l Krishna for their distinct and distinguished service to UTM. Heartiest Congratulations!

Dear Graduands,

Today you are celebrating your success, and behind this success, there are people who have helped you and sacrificed for you. The Malay Proverb says: “Orang berbudi kita berbahasa” (translated: Courtesy should be repaid with politeness). So I would like to ask all of you, Graduands, get off your seats and stand up Turn around and look behind you, see the happy faces filled with hope

Your parents, family members, lecturers and all those who have contributed towards your success, let us together say ‘Terima kasih atas Jasa Kalian’ and give them a big round of applause to show your utmost appreciation.

Dear graduands,

The entire UTM community and I would like to take this opportunity to congratulate all of you on successfully completing your studies at UTM.

The conferment of your degree today is an evidence that if you put your heart and soul to achieve success and work hard towards it, God willing, you will be successful despite challenges that come along your way. I am sure you will still remember the countless days of burning the midnight oil, or getting up at the wee hours of the day to complete your assignments, going to lectures and getting involved in various academic and non-academic activities as part of fulfilling the transformative campus experience in UTM.

However, not many people can achieve success and thus, you should always be grateful of your achievement and be ready to chart your next move into the real world. May the knowledge and experiences that you have gained propel you towards excellence in the future.

(13)

The knowledge that you have gained is a kind of trust that is bestowed upon you and utilising the knowledge comes with great responsibility to develop a prosperous society. The knowledge and technical competence you gained are not the only thing that you need in order to succeed in life.

As a reminder, always uphold the core values of UTM that are Integrity, Synergy, Excellence and Sustainability. The most important of all is integrity.

Integrity is not just about avoiding from being involved in bribery, abuse of power or being dishonest. Integrity also includes disciplining oneself, being puntual, trasparent, sincere and efficient, taking full responsibility of one’s work and being serious in discharging the duty, courteous and having good personality and character, and being ready to improve oneself.

Dear Graduands,

I would like to share three main points as guidelines for you to face life challenges: First, we are in the Industry 4.0 era where technological revolution such as Artificial Intelligence (AI), ‘Internet of Things’ (IoT) and ‘Robotic Process Automation’ greatly affect our life. There are romours that job opportunities are limited and I am worried that romours like this give negative effects on us. I still remember during my school days, we were told that Mathematics and Science were difficult subjects, don’t take Additional Mathematics because it was very difficult, and Physics and Chemistry were tough subjects to pass. Meanwhile, it was made to believe that getting into entrepreneurship was something negative and not encouraged. The proverb ‘haji bakhil’ (a miserly person), ‘rezeki secupak tak kan jadi segantang’ (a little sustenance can never become abundant), ‘tiada pendapatan tetap’ (no fixed income), ‘makan gaji lebih selamat’ (having salaried job is better) have become accepted advice in the society. In the end, we are stuck with old mindset that everything is scary. As a result, a lot of people chose the easiest way out by not willing to try. The fact is, our country does not need those negative thoughts and negative outlook by its people.

(14)

Changing the mindset and getting prepared are important to initiate change. Development in technology cannot be stopped. Thus, we need to trust our own strength and believe that we are able to face the challenges resulting from technological revolution. We need to immediately change to having entrepreneurial mindset, possessing survival skills and willing to continuously learn new things.

Second, if we apply the concept of sustainability, the world is not as small and congested as being pictured. It is also not for us to take all for ourself and our family only. The world and its resources are to be shared among us so that we can prosper together.

Third, education in the era of new Malaysia gives more space for students’ freedom to voice out their opinions. We have to accept this change and be ready to implement it as long as it benefits the stakeholders especially students and parents. Freedom given to students requires intelligence, guided action and holding on to the courtesy value and respect each other.

Ladies and gentlemen,

We have experienced a change in the political senario that is affecting governance of the country. For us in the higher education sector, change has come and it is still coming. Higher education institution should not be a political battle field. We do not want to be involved in kickback because we are not seeking for power through the votes. We are not a business entity looking for profit and wiping out competitors. On the contrary, the academic world and education uphold the value of knowledge that is seeking for the truth and this is enriched by an ecosystem of sincerity, closeness, and well- manered, enriching and empowering, that educate and develop human resource who can contribute to universal prosperity. We still uphold the practice of

(15)

being loyal to the government of the day, but most importantly, we are serving the ‘rakyat’.

Dear graduands, ladies and gentlemen,

To UTM community, we are facing the financial sustainability challenge like never before. A lot of sacrifices have been attempted by UTM community including withdrawing your own money to help the students in making sure that their academic journey is not affected, and cooperating by participating in “gotong-royong”. We appreciate this sacrifice which is in line with UTM slogan, that is, In the Name of God for Mankind.

It is a reality that is hard to swallow and it requires our strength to continue our focus on the responsibility entrusted to us. Beside being more innovative in our governance, financial management and income generation, we have not stopped from bringing this to the attention of the management higher up so that they can understand the situation better. We believe that they are also doing their best to help.

There is always wisdom behind every challenge and difficulty faced, and new opportunity is created by those who perservere and brave to take risk and to continue moving forward, and not give up and back down. I am sure that we have learned a lot from this experience. The least is we are giving a higher value to every cent that we spend. We are smarter in setting priority of our action. Mere react is not enough; anticipating changes and early game plan are necessary. We are building a strong team that we call UTM DNA. Every level of UTM community contributes to this strength. Thus, we are confident and we understand the reason why we are in UTM.

Looking forward, we should be grateful that even though we are facing difficulty, our situation is much better than other countries that are experiencing political chaos or facing war, and some had experienced natural disasters. This is one advice that is always given by Her Royal Highness the Chancellor, who has encouraged us to

(16)

face the challenges with total faith, God Willing. We believe that the storm won’t last forever. There is silver lining behind every difficulty. Such is life.

Regardless of that, UTM will consistently carry out our responsibility and at this opportunity, we would like to express our sincere gratitude to the Chairman and Board of Directors of UTM, for their invaluable support and guidance in ensuring that UTM continues to be on the right track towards achieving excellence.

Dear Graduands,

You are now an Alumni of UTM. Thus, the entire university community and I welcome your experience, contribution and expertise towards further advancement of UTM. I believe the involvement of alumni to the University is capable of bringing great impact to the University and the community. Endowmen, free meal program and other programs under ‘Because We Care’ fund are our initiatives to ensure that you are comfortable to continue your studies. Today, we would like to remind you that the hands that give are better than the hands that receive. If you were helped yesterday, you should extend help tomorrow. If the economic cycle is balanced and fair, there will be a day where those who are wanting to give will be more than those who are waiting to receive. Those who experienced being help, you know the feeling when you were being helped. So one day, you will experience a feeling of satisfaction if you can help others and make them happy.

Therefore, we welcome contributions in various forms including to the UTM Endowment Fund and UTM Wakaf Fund, to be utilised by needy students. For the record, to date, UTM has received donations exceeding RM 3 million from UTM alumni of the total Endowment amounting to RM94 million.

(17)

(Translated poem)

Golden bananas brought along while sailing One banana became ripe above a crate Do not forget to repay your PTPTN borrowing

The UTM Fund is also available to be filled

Dear Graduands,

You will venture across the country and travel to all corners of the world, to devote and make contributions,

nonetheless, wherever you are, at any moment in time, if you ever think and picture UTM in your mind,

do remember that this is your home,

UTM will always be waiting for your presence and contribution.

Graduands, Parents, Ladies and Gentlemen,

Before I end my address, on behalf of the entire university community, I would like to once again express our heartfelt appreciation for Her Majesty’s deep concerns towards our students’ welfare and wellbeing. We are very honoured and touched by your kindness Tuanku.

We pray that Her Majesty Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, the Chancellor of UTM, is in good health, and be blessed by the Almighty Allah Subhanahu WaTaala.

(18)

I would also like to express my most sincere gratitude to UTM Pro-Chancellors, Chairman and Members of the Board of Directors, academic staff, administrative staff and both local and foreign guests for taking the time to attend this convocation. (translated poem)

Cempaka flowers blooming in the garden Sweet smelling bright and beautiful

God willing with Allah’s blessings We will meet again at another time

Your Majesty

Before I end my speech, I once again would like to express my utmost appreciation and gratitude to Your Majesty for gracing this 61st Convocation Ceremony.

و ﺑِﺎ d ا ﻟﺗ و قُ و اﻟ د اﯾ , و اﻟ م ﻠﯾ م و ر و ر ﺎﺗ

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mendukung pengelolaan kewajiban kontinjensi, DJPU juga telah menyusun suatu kajian terhadap usulan peraturan perundang-undangan mengenai jaminan Pemerintah,

Berdasarkan hasil asessment dari potensi Desa Kadakajaya yang dilakukan, masalah utama dari usaha yang ada diantaranya : keahlian yang dimiliki oleh sumber daya manusia yang

tertangkap ini didukung oleh keberadaan pakan yang memadai seperti sisa makanan yang dibuang para pengunjung yang menuju kawasan wisata curug ataupun para

(10) Oleh karena itu, tingginya konsentrasi DO pada titik pengamatan-7 menunjukkan adanya penurunan kandungan gram atau polutan pada limbah cair, atau secara tidak

Karena bidang sosial, termasuk di dalamnya linguistik terapan, tidak harus berkepentingan lang- sung dengan kebenaran ( truth ) sebagaimana dalam bidang sains, naratif baik dari

3) Fasilitator menyampaikan bahwa pada sesi ini peserta akan belajar melakukan kegiatan yang bisa dilakukan secara pribadi yang bisa membantu guru menjadi lebih profesional,

a Mengembangkan cetak biru arsitektur sistem untuk mengintegrasikan aplikasi yang berjalan di dalam sistem (cetak biru arsitektur sistem integrasi).. a Koordinasi dengan

Konsep pemecahan masalah dari kegiatan ini adalah melaksanakan kegiatan Pelatihan penyusunan program latihan penurunan berat badan. Sehingga diharapkan program