• Tidak ada hasil yang ditemukan

RTM PIZZA MAMA PELAKON:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RTM PIZZA MAMA PELAKON:"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

RTM

PIZZA MAMA

PELAKON:

1. Pelakon Utama :Adi/MUHAMMAD FIRDAUS GHANI MOHD GHUFRAN 2. Pelakon Utama :Ani/ARISSA AFRINA RIZAL

3. Pelakon Kedua :Mama/ABBY MANDOZA (ROHAINA RAZALI) 4. Pelakon Pembantu :Dani/RAFAEL EL-ARASH

5. Pelakon Peranan Kecil:Cikgu Adi/SHAMALA A/P THAMIL

CHELVA

6. Pelakon Peranan Kecil:Cikgu Ani/NOR MASRURA MD. NOORZED 7. Pelakon Peranan Kecil:Penebar Roti Canai Terbang/

MUHAMMAD NASIM

PELAKON TAMBAHAN:50 orang

1. Extra di tempat kerja Mak 4 orang 2. Extra di sekolah 20 orang 3. Extra di kedai pizza 6 orang 4. Extra di gerai roti canai 6 orang 5. Extra di kedai runcit 4 orang 6. Extra di Pusat ICT kampong 5 orang 7. Extra di kampong/jiran Adi & Ani 5 orang PENULIS SKRIP : MASNI SURATIN

PENYUNTING : PANEL UDTV

PENERBIT : MOHD ZAMANI IBRAHIM TERBITAN : UDTV

(2)

2

1. MONTAJ “PIZZA MAMA”

2. INT/RUMAH (MAMA, ADI & ANI)/AWAL PAGI(SUASANA GELAP)

Ani baru siap mandi/masih bertuala. Beliau terpaku melihat ke arah dapur/Mama (fokus kepada kuali berasap). Kelihatan Mama khusyuk menyediakan sarapan pagi (nasi goreng dan telur mata).

Atas meja ada 3 bekal yang masih kosong. Di sebelahnya telah ada 3 ekor ikan goreng dan semangkuk lauk (berkuah).

Mama isi nasi goreng dan telur mata dalam ke tiga-tiga bekas.

Adi datang dari belakang menegur Ani. Ani tersentak. Mama juga memandang. Ani dan Adi bergegas lari ke bilik untuk bersiap ke sekolah.

3. EXT/HALAMAN RUMAH & JALAN KAMPUNG/AWAL PAGI

Adi, Ani berpakaian sekolah dan Mama berpakaian kerja keluar rumah. Mereka menyusuri jalan kampung. Kelihatan beberapa budak sekolah berbasikal melintasi mereka.

4. EXT/SEKOLAH/SIANG

Adi dan Ani duduk di bawah pondok/wakaf. Dani pelajar baharu menghampiri mereka. Adi dan Ani tersenyum.

DANI

Assalamualaikum... boleh duduk?

ADI

Boleh! Budak baharu ye?

Dani anggguk kepala. Dani buka bekal. Bercahaya bekal Dani. Adi dan Ani terpinga-pinga. Bau bekal Dani agak berlainan. Di dalam bekal ada “lasagna”.

ADI & ANI

(3)

3

DANI

Lasagna!

Adi dan Ani menelan air liur. Mereka terpegun tengok Dani makan. Dani memberi sebahagian bekalnya kepada Adi dan Ani. Mereka berdua sangat teruja.

5. EXT/SEKOLAH/SIANG HARI BERLAINAN)

Di bawah pondok/wakaf yang sama. Adi dan Ani buka bekal. Di dalamnya ada jemput-jemput. Mata Ani melilau kelihatan seperti tertunggu-tunggu ketibaan seseorang.

ANI

Harap-harap dia datang... bekal dia sedap!!!

ADI

Ish... tak baik, harap makanan orang. Makan jelah bekal yang Mama buat tu.

Ani mula makan. Tiba-tiba terdengar suara Dani. Ani tersenyum beria. Dani buka bekal. Bau “cheese spageti” menyusuk ke hidung Adi dan Ani.

Dani memberi mereka sebahagian dari bekalnya dan Ani serta Adi pula memberi sebahagian dari bekal mereka (jemput-jemput).

6. EXT/SEKOLAH/SIANG

Setiap hari Adi, Ani dan Dani bertukar-tukar bekal (Selasa, Rabu & Khamis).

Montaj perbezaan bekal Dani dengan Adi dan Ani

Hari Dani Adi & Ani

Isnin Lasagna Nasi Goreng & Telur Mata

Selasa Spageti Cekodok & Sos Tomato

Rabu Sandwich Nasi Lemak & Telur Rebus

Khamis Pasta/Makaroni Lempeng & Ikan Goreng

(4)

4 7. EXT/SEKOLAH/SIANG

Hari Jumaat. Tiba-tiba dari belakang Dani bersuara nyaring.

DANI

Adi! Ani!..

ADI & ANI

Hah?.. kenapa?

DANI

Untuk kamu!..

Dani hulur 2 keping pizza kepada Adi dan Ani.

ADI & ANI

Ye ke?.. terima kasih.. terima kasih..

Mereka mengambil pizza dengan berhati-hati. Ketika Ani hendak makan tiba-tiba Adi berbisik dan terus menyimpan dalam bekas.

DANI

Kenapa tak makan?

ADI & ANI

Sayang!!

DANI

Peliklah kamu ni!..

Dani makan pizza. Adi dan Ani hanya tengok pizza dengan taksubnya.

8. INT/PEJABAT/SIANG

Mama berpakaian seragam masih menyapu sampah melihat jam. Bergerak ke loker dengan plastik hitam masih di tangan. Buka loker. Dalam loker ada gambar ADI dan ANI.

KAWAN MAMA

(5)

5

MAMA

Hari ni separuh hari...

PENYELIA MAMA

Esok jangan lupa datang kerja, tau. Ganti Si Milah.

Mama angguk lemah. Mama mengambil bekal di dalamnya masih ada baki nasi pulut dan ikan kering.

9. INT/DALAM KELAS/SIANG

Guru mengajar di depan. Ani asyik tunduk tengok ke bawah. Cikgu hampiri Ani. Ani tak perasan. Asyik tengok pizza. Cikgu ketuk meja. Ani terkejut. Ani kena tegur. Muka sedih

Intercut / kelas Ady

Adi asyik cium bekal. Cikgu tegur berkali-kali. Adi masih buat lagi. Cikgu ambil bekal. Adi sedih.

10. EXT/SEKOLAH/SIANG

Loceng berbunyi. Semua pelajar berlari keluar kelas. Adi dan Ani berlari menuju ke pintu pagar.

11. INT/RUMAH ADI & ANI/SIANG

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Adi tarik Mama duduk dengannya.

MAMA

Kenapa ni?

ADI

Untuk Mama.. sedap!

Adi dan Ani keluarkan bekal. Mereka buka bekal. Bekal Adi ada pizza. Bekal Ani kosong.

ADI

(6)

6

ANI

Maaflah.. tak tahan.. Pizza ni memang sedap Mama..

ADI

Ani!...

MAMA

Sudah!...

Adi berikan pizzanya kepada Mama. Ani telan air liur tengok pizza. Mama tak jadi masukkan pizza ke dalam mulutnya. Mak bahagi dua pizza dan berikan kepada Ani dan Adi. Ani nak makan pizza, Adi jeling. Ani tak jadi makan. Mama perasan. Mama suapkan Ani. Adi merengus bengang. Mama suapkan Adi. Adi tak mahu dan tolak tangan ke arah mulut mamanya. Mamanya geleng kepala.

MAMA

Tak pe.. kamu makan dulu.. sedapkan?

Mama suapkan Adi. Adi makan dan angguk kepala. Mama jilat jarinya dan tunjukkan isyarat bagus. Air mata Adi menitik. Ani seronok makan.

12. INT/BILIK ANI/MALAM

Ani menangis. Adi marah Ani.

ADI (marah)

Adik ni.. itukan untuk Mama.. Kita dah janjikan?

Kasihan Mama!! Dia tak dapat makan!!

ANI (sedih)

Adik tahu..tapi adik tak tahan.. Maaflah!! Adik janji tak buat lagi..

Adik janji betul!! .. abang!! Adi geleng kepala.

-PAUSE-

ANI

Hah!! Apa kata kita belikan pizza untuk Mama..

(7)

7

ADI

Duitnya ada? Ani goncang tabungnya.

ADI

Ok! Setuju...

13. INT/KEDAI PIZZA/SIANG

Adi dan Ani berdiri di luar kedai pizza. Muka mereka penuh dengan harapan. Mereka masuk ke dalam kedai. Mereka tengok menu dan harganya. Adi pandang Ani. Ani nak buat pesanan.

ADI

Jangan!! ..

Ani terkejut. Ani tunjukkan duit di tangannya. Bandingkan harga pada menu. Duitnya tak cukup.

ANI

Kenapa?

Adi keluarkan duitnya. Letak atas meja. Adi kira dan geleng kepala.

ANI

Tak cukup…Urghh!!..

Mereka berdua keluar dari kedai dengan muka sedih.

14. EXT/PUSAT ICT/SIANG

Adi dan Ani termenung di luar pusat ICT kampung. Mereka tengok ke dalam dan terlihat seorang wanita sedang

melihat laman web resepi. Adi dan Ani saling

perpandangan. Mereka meluru masuk. Mereka keluar dari pusat ICT dengan catatan resepi pizza di tangan.

(8)

8

15. EXT/LUAR PUSAT ICT/SIANG

Adi dan Ani berkerut dahi tengok resepi pizza.

ADI

Kita kena cari semua bahan ni!!

ANI

Boleh dapat ke?

ADI

Nak seribu daya!.. ingat!! Ini untuk Mama tau!!

ANI

Memanglah!! Tapi…

ADI

Tak ada tapi-tapi..cari juga.. Sampai dapat!! ..

Ani bengang. Muka masam. Adi keluar dari bilik.

16. EXT/PEKAN /SIANG

Adi dan Ani berjalan dari kedai ke kedai. Cari bahan untuk buat pizza. Mereka dapat keju. Rasa seronok. Mereka pergi kedai lain, beli isi ayam dan nenas. Adi tengok bahan yang dibeli. Tersenyum sendiri. Ani tarik tangan Adi dan pergi kedai lain. Mereka keluar dengan muka sedih.

ADI

Mana nak cari tepung dengan sos pizza ni?

ANI

Kita guna bahan lain!!

ADI

Tak boleh!! .. rasa tak sama!!

ANI

Boleh!

Adi geleng kepala. Ani angguk kepala. Adi geleng kepala. Ani angguk kepala. Mereka peluk tubuh dan saling berpaling.

(9)

9

17. EXT/PEKAN /SIANG

Lewat petang. Adi tarik Ani pergi ke kedai. Ani dah kepenatan dan malas nak jalan.

ANI

Tepung tu tak ada.. laparlah!! ..

Adi jeling Ani. Ani buat gaya nak pengsan. Adi berlari sambut Ani. Ani tersenyum. Adi masih masam.

ANI

Belanja! (Ani paksa Adi belanja)... Jom sana ada roti canai best!! ..

Ani tarik tangan Adi. Mereka sampai di gerai roti canai. Mereka berdiri kaku.

18. EXT/GERAI ROTI CANAI TERBANG/SIANG

Aksi roti canai terbang. Ani dan Adi kagum melihat aksi mereka menebar dan terbangkan roti canai. Mereka di sapa pelayan. Ani dan Adi pesan roti canai. Ani tengok roti canai. Dia belek roti canai. Adi pelik tengok Ani.

ADI

Nak makan ke nak main?

Ani geleng kepala. Dia tunjukkan isyarat dia ada idea hebat. Adi mencebik. Mereka berdua nikmati roti canai sambil tengok aksi roti canai terbang

19. INT/DAPUR RUMAH ADI & ANI/SIANG

Di atas meja ada tiga keping roti canai. Ani sapu sos tomato pada ketiga-tiga roti. Adi tengok tapi tak yakin.

ADI

Boleh ke?

Ani angguk kepala. Ani tarik Adi dan suruh Adi susun nenas. Mereka tabur ayam dan keju. Pizza mereka siap. Adi dan Ani saling berpandangan.

(10)

10 Adi hidupkan dapur. Ani letak pizza atas kuali leper. Mereka panaskan kuali. Bau harum menyusuk ke hidung mereka.

ADI

Sedapnya bau!! ..

ANI

Kan adik dah kata!!..

ADI

Terima kasih adik. Maafkan abang ya!! Adi dan Ani saling berpelukan.

VO MAMA

Bau apa yang sedap sangat ni? Adi dan Ani terkejut tengok Mama masuk.

20. INT/ RUMAH ADI & ANI/SIANG

Tiga keping pizza roti canai terhidang atas meja. Adi, Ani dan Mama tak sabar nak makan. Adi baca doa. Selesai baca doa, Adi dan Ani suapkan Mama. Mama tunjuk isyarat sedap. Ani dan Adi saling berpandangan.

21. Tambahan - closing credit on black-

Naratif: Hanya Suara

ANI : Mama! Ani nak jadi PEMASAK? Nak masak makanan yang sedap-sedap untuk Mama.

ADI : Ada ke perkataan pemasak?

ANI : Ada kalau main, PEMAIN. Kalau tulis, PENULIS. Kalau lukis, PELUKIS… kalau masak tentulah PEMASAK!

MAMA : Mana ada! Kalau masak Tukang Masak.

ANI : Kenapa orang tak sebut tukang main, tukang tulis, tukang lukis…

(11)

11

ADI : Mama, bukan tukang masaklah… kalau masak orang panggil Chef… Adi pun nak jadi Chef… nak masak makanan paling istimewa untuk mama.

Mama : Kalau Mama sakit, siapa yang nak rawat Mama.

Ani : Abang Adi (sedikit menjerit). Dia jadi perawat, eh… Doktor. Diakan pandai.

Mama : Yang penting jadi pandai dulu. Nak jadi apa-apa bila besar nanti kita fikirkan ya…

Adi & Ani: Baik Mama… sedapkan Mama?

Mama : Emmm… Sedap

Referensi

Dokumen terkait

Academic Motivation in Self-efficacy, Task value, Achievement Goal Orientations, and Attributional Beliefs, The Journal of Educational Research, 97:6, 287-298.. Bowman,

Dari hasil kombinasi analisis SAP dan ETOP, diperoleh matriks SWOT menunjukkan posisi, Sentra Gula Merah Di Kecamatan Dawe Kudus berada pada posisi I (Investasi),

Dari berbagai penelitian yang telah dilakukan sebelumnya yang terkait dengan persistensi laba, menunjukan bahwa Laba Akuntansi, Laba Fiskal dan Arus kas operasi

Berdasarkan hasil analisis framing terhadap pemberitaan penetapan tersangka dan penangkapan Eggi Sudjana atas tuduhan makar pada media online viva.co.id dan

The preparation of hydroxyapatite (HA) using Pomacea sp shell waste as the precursor was carried out using ultrasound and microwave irradiation methods.. One gram of calcined Pomacea

Bagaimana mungkin kita menuntut agar orang Irian di pedalaman yang belum mengenai tradisi tulis dengan baik dipaksa untuk mengikuti doktrin tersebut, sedangkan mereka yang sudah

Sepengetahuan peneliti penelitian tentang Derajat Karakteristik dan Dukungan Keluarga pada Ibu Postpartum Blues berdasarkan tingkat keparahan di RS Roemani Muhammadiyah

Upaya yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ketepatan waktu kedatangan dan keberangkatan KA Jenggala dengan menambahkan jalur double track pada stasiun