• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pra Kata. Gaya penulisan didalam ebook ini tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya mudah difahami.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pra Kata. Gaya penulisan didalam ebook ini tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya mudah difahami."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Muka Surat | 2

Pra Kata

Untuk makluman anda, E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri.Di mana penulis buku ini telah pun berkecimpung di dalam perniagaan secara online dan offline sejak tahun 2006 lagi.

Anda adalah dilarang sama sekali untuk mengeluarkan mana-mana bahagian di dalam ebook ini sama ada dengan cara kasar mahupun halus atau kedua-duanya sekali. Tujuan ebook ini dihasilkan adalah untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan untuk membuat pembelian terus dari China secara online dengan lebih mudah.

Gaya penulisan didalam ebook ini tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, supaya mudah difahami.

Segala Informasi didalam ebook ini telah dikemaskini pada sepanjang January 2017, jadi oleh sebab peredaran teknologi yang sangat pantas, kebarangkalian untuk berlaku perubahan pasti ada terutama dari segi paparan ( interface ) setiap halaman yg di berikan sebagai contoh dan rujukan.

Tetapi konsep dan kaedah yang sama masih diguna pakai, dan jika anda sudah biasa dan serasi dan mula mahir untuk mula membuat pembelian barang terus dari China secara online, sudah tidak jadi masalah untuk bergerak searus dengan peredaran teknologi.

Akhir kata, selamat memborong di China dan selamat membaca..

(3)

Muka Surat | 3 IsiKandungan :

Modul Muka Surat

Pengenalan 4

Kenapa Membeli Di Taobao? 5

Konsep Ringkas Membeli Dari Taobao 6

Bagaimana Barang Dihantar Ke Malaysia? 8

Daftar Akaun 11

Tetapkan Alamat Penghantaran 13

Bagaimana Harga Dan Caj Penghantaran 17

Cara Lakukan Carian 21

Hasil Carian Dan Susunan Carian 32

Paparan Page Produk 34

Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Produk 35

Masa Untuk Buat Pembelian 37

Barangan Sensetif 37

Langkah-langkah Lakukan Tempahan Dan Bayaran 41

Cara Tempahan Yang Kedua 48

Cara Pembayaran Dan Merge Shipping 50

Cara Semak Status Barangan 53

Return And Refund 55

Kaedah 2 – Tempahan Guna Agent Tempatan 57

Cara Berkomunikasi Dengan Penjual 67

Teknik Borong Di Taobao 71

Kastam Dan Cukai 73

Penghantaran Menggunakan Kapal Laut 74

(4)

Muka Surat | 4 PENGENALAN

“ saya nak tahu macam mana nak beli terus dari China sebab sekarang nak ambik dekat supplier sini pun harga dah naik, nak jual tinggal berapa je untung “

Itu luahan salah seorang dari peserta Taobao 101 yang pernah saya anjurkan.

Tak dapat dinafikan, rata-rata peserta cuba untuk dapatkan barang terus dari China kerana mahu mendapatkan pada harga yang lebih rendah dan boleh ada banyak pilihan.

Tapi yang menjadikan masalah utama mereka adalah tidak tahu dimana, dan bagaimana untuk dapatkan dengan cara mudah, selamat dan cepat.

Jadi saya kenalkan website Taobao.com pada mereka supaya mereka lebih banyak pilihan dan boleh mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah.

Jika sebelum ini ada yang pernah membeli di Aliexpress, DHGate dan Alibaba, tetapi rata-rata mareka mengatakan yang di sana harga menjadi semakin tinggi rentetan kadar tukaran wang yg semakin tinggi.

Tak perlu saya nak bercerita lebih panjang, apa itu Taobao, sejarah penubuhan Taobao, pengasasnya siapa dan lain-lain, kerana, sekarang kita Cuma FOKUS pada topic utama sahaja “ BAGAIMANA NAK MEMBELI TERUS DARI CHINA SECARA ONLINE MENGGUNAKAN PLATFORM TAOBAO ”

(5)

Muka Surat | 5 KENAPA MEMBELI DARI TAOBAO?

Sebelum saya mula jumpa dan mula membeli belah di dalam Taobao, saya banyak berurusan dan melakukan pembelian di website-webiste china yang lain yang dan ada juga yang berurusan terus dengan pembekal di sana. Memang tidak dapat dinafikan, ada yang boleh dapat lagi murah jika kita pandai untuk lakukan rundingan dengan mereka terutama jika berurusan terus, tetapi terdapat beberapa kesukaran yang mungkini bakal di hadapi. Antaranya

a) Perlu cari betul betul pembekal, sama ada perlu ada kenalan di sana ( China ) bagi memudahkan untuk mendapatkan contact person atau pergi sendiri ke sana untuk dapatkan contact pembekal-pembekal. Saya pergi ke saya sekitar tahun 2012-2013, masa tu memang berkepuk business card dan flyers ambil semata-mata nak dapatkan cara untuk hubungi mereka.

b) Cara pembayaran agak rumit, ada sesetengah perlu bayar menggunakan Western Union, MoneyGram danada sesetengah yang perlu bayar menggunakan Alipay, yang mana Alipay adalah khusus untuk rakyat Negara China sahaja.

c) Urusan sedikit lambat, kerana ada sesetengah Cuma berurusan melalui email, ada yang perlu tunggu mereka online untuk chat. ( sekarang lebih mudah, rata-rata mereka dah gunakan wechat sebagai medium perhubungan pantas )

Jadi, disebabkan itu Taobao salah satu tempat terbaik dan termudah bagi pelanggan di Malaysia untuk mendapatkan terus barangan dari China dengan harga yang rendah. Ini kerana taobao :

1) Terima bayaran menggunakan Debit / Kredit kad atau Bank tempatan 2) Boleh lakukan tempahan terus

3) Agen Tempatan juga ramai di Malaysia

4) Minimum Order Quantity yangrendah, boleh beli serendah 1 unit pada harga pasaran sana.

5) Harga tidak terlalu mahal, dan tidak lerlalu murah, sedang sedang sahaja, tetapi ada sesetengah memang lebih rendah dari pembekal tempatan, kerana ada pembekal tempatan pun ambil di sini.

6) Penghantaran pantas, ambil masa 4-7 hari bekerja dan sampai rumah. 7) Terdapat ratusan ribu produk didalam Taobao ini. Tinggal nak pilih sahaja.

(6)

Muka Surat | 6 KONSEP RINGKAS MEMBELI DARI TAOBAO

Pertama sekali, jika anda masuk ke laman web www.taobao.com biasanya anda akan dibawa terus www.world.taobao.com. Ini kerana mereka akan detect IP adress anda dari malaysia. Jangan risau, jangan takut dan jangan rasa anda tersalah masuk, jika anda lihat kesemuanya didalam tulisan Cina. Anda cuma perlu ada perisian broswer Google Chrome untuk melayari website ini, dan pastikan ianya sentiasa diupdate ke versi yang terkini.

Apa yang anda perlu lakukan adalah anda cuma perlu pergi kemana-mana bahagian kosong di web berkenaan, dan klik kanan ( right click ) mouse anda, dan pilih “translate into English”

Jadi sekarang page taobao anda telah pun bertukar ke versi English, jadi senang kan? Dah hilang satu masalah, dan anda dah mampu berjimat beratus-ratus ringgit dari mengupah orang untuk terjemahkan atau pergi kekelas Mandarin. Tak perlu semua tu. Semuanya di hujung jari sahaja.Ala, macam iklan tu, guna jari pun boleh.Ok, kalau tiba-tiba page tadi bertukar semula ke bahasa cina, anda cuma hanya perlu ulang semula je cara yang saya ajarkan tadi.Cukup mudah.

(7)

Muka Surat | 7 Walaupun jika anda perhatikan bahasa Englishnya sedikit terabur dan tunggang langgang, tetapi lebih mudah untuk di fahami kan?

(8)

Muka Surat | 8 BAGAIMANA BARANG DIHANTAR KE MALAYSIA?

Taobao menggunakan system “Forwarder” atau mudah kata agen penghantaran. Dan kesemua Forwarder akan membuat penghantaran terus ke alamat ( door to door ) kita di Malaysia. Terdapat 2 jenis Forwarder yang terdapat di Taobao

1) Forwarder Taobao sendiri

2) Agen Forwader selain dari Taobao.

Caj penghantaran tidaklah terlalu mahal, dan penghantaran tidak memakan masa begitu lama, kebiasaannya memakan masa antara 4-7 hari bekerja sahaja.

Dan sewaktu sampai di Malaysia, mereka akan gunakan khidmat courier tempatan untuk hantar barang kita nanti

Berikut merupakan caj penghantaran dan local courier yang dikenakan oleh pihak forwarder :

(9)

Muka Surat | 9 Dan setiap courier mempunyai limit berat yang berbeza bagi setiap penghantaran. Jadi, nanti bila anda nak buat termpahan barang, kalau agak-agak barang tu beratnya sangat tinggi, order gajah ke, kapal terbang ke, buatlah pilihan courier yang betul, supaya tak terjadi dimana pihak courier tak lepas nak hantar, mereka akan return / pulangkan pada pembekal semula. Dah jadi leceh nak kena arrange / uruskan hantar ke warehouse lain pula.

(10)

M/S 10 Pembayaran pula sangat mudah, terdapat 2 cara pembayaran.

a) Debit / Kredit Kad b) Malaysia E-Banking

Ya! Di dalam Taobao boleh terima kredit / debit card, dan nak guna Direct Transfer guna bank tempatan pun boleh, seperti maybank2u dan Cimb Clicks.

(11)
(12)

M/S 12

10 Muka Surat diatas merupakan PREVIEW bagi Ebook Mudahnya Borong China Online..

Sekiranya anda mahu dapatkan FULLCHAPTER Ebook ini setebal 75 Muka Surat dan dipenuhi dengan step by step serta beberapa trik supaya memudahkan anda buat pembelian di taobao tanpa rasa kena tipu, selamat dan dapatkan barangan yang berkualiti serta murah anda boleh buat tempahan Ebook ini terus di

KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ismail Arsad

Referensi

Dokumen terkait

Tidak lama kemudian, timbullah perdebatan karena mereka tidak dapat memutuskan siapa yang terbesar di antara mereka, tetapi mereka berbicara dengan suara

Untuk itu gubernur memiliki tugas membuat peta jalan (road map) pencapaian KHL (Pasal 3 ayat (4) Peraturan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi No. Kebijakan

Kedua ciri ini dapat diamati dengan mata telanjang (Gandahusada, 1998). Waktu keaktifan mencari darah dari masing - masing nyamuk berbeda – beda, nyamuk yang aktif

Tujuan penelitian ini adalah untuk melihat pengaruh latihan Ladder (Billy Sims crossover: in and two step out) terhadap kelincahan pada Tim sepakbola SMK

Perilaku asertif ini tidak ditemukan ketika bersinggungan dengan kondisi mahasiswa yang berduaan tanpa mahram, baik dari mahasiswa yang terlibat maupun mahasiswa

Sehingga permasalahannya bagaimana membangun suatu aplikasi alat bantu ajar digital berbasis mobile android untuk anak-anak sekolah minggu yang akan memenuhi kebutuhan akan

Evaluasi praktik mengajar dilakukan guru agar mahasiswa PPL dapat mengetahui kekurangan dan kelebihan selama proses mengajar di kelas sehingga diharapkan nantinya akan

Kebudayaan fisik itu membentuk suatu lingkungan hidup tertentu yang semakin menjauhkan manusia dari lingkungan aslinya sehingga mempengaruhi pula pola-pola