• Tidak ada hasil yang ditemukan

KKP RBT 3120 TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KKP RBT 3120 TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA"

Copied!
69
0
0

Teks penuh

(1)

1

KKP RBT 3120

TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN

A. Proses Penghasilan Pakaian.

a. Langkah Penghasilan Pakaian.

Baju Kurung Pesak Gantung

i. Ambil Ukuran

Paras pinggang belakang Paras Punggung

Labuh baju Lebar bahu

Labuh tangan dari tengkuk Keliling pangkal lengan Keliling leher

(2)

2 ii. Cara-cara merajah pola

Badan

0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung

3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan

6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0

(3)

3 Pesak atas

10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang

13-12 = 4cm

14-13 = dinaikkan 2cm

Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah

15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka. Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.

Leher

(4)

4 iii. Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan

Lukis pola seperti dalam gambar di atas.

# 2cm adalah untuk bahagian belakang leher.

# 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher.

# 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana untuk dapat 6.5cm? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur

(5)

5 Gantikan 6.5cm kepada 7cm.

2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek.

iv. Cara Membuat Leher Baju Kurung

(6)

6

(7)

7 Potong ikut bentuk seperti dalam rajah.

(8)

8

(9)

9

(10)

10

Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.

(11)

11 'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.

(12)

12

Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai

tergunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.

(13)

13

Akhirnya akan menjadi seperti ini. (lihat rajah di atas)

Selepas disterika, akhirnya akan terhasillah leher baju kurung pesak gantung.

v. Cara Menjahit Baju Kurung Pesak Gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik.

2. Cantumkan bahagian-bahagian baju:

(14)

14

- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.

- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.

3. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Kemudian, jahit kemasan leher.

4. Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas. 5. Inilah hasilnya.

(15)

15 b. Alatan dan Bahan

Terdiri daripada :

 alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon

 alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan gunting lubang butang.

 Alat menjahit seperti jarum dan benang.

 Alat menekan seperti sterika, bod sterika dan kain lembap.

i. Alat Mengukur dan Menanda

Rajah 1: Pita Ukur

• Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm

• Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu. • Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua

(16)

16 ii. Alat Memotong

Rajah 2: Gunting Fabrik

• Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat

• Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.

• Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja.

(17)

17 iii. Alat Menjahit

a. Roda Surih

Rajah 3: Roda Surih

# Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.

b. Pembaris

Rajah 4: Pembaris

(18)

18

• Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.

• Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk.

c. Kapur Tanda

Rajah 5: Kapur Tanda

• Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat sementara.

• Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.

(19)

19 d. Jarum Jahitan Tangan

Rajah 5: Jarum Jahitan Tangan

• Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar.

• Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.

(20)

20 e. Penetas Jahitan

Rajah 6: Penetas Jahitan

• Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan.

• Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

f. Jidal

(21)

21

• Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit dengan tangan.

• Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik.

g. Benang Jahit

Rajah 7: Benang Jahit

• Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.

(22)

22 h. Jarum Peniti

Rajah 8: Jarum Peniti

• Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :

- halus

- tajam

- dibuat daripada keluli berkilat

(23)

23

c. Pengurusan Grafik Proses Penghasilan Baju Kurung Pesak Gantung.

Ambil ukuran

Merajah pola

Badan Lengan pesak atas pesak bawah leher

Melukis pola lubang leher / bulan

(24)

24

Menjahit baju kurung pesak gantung

Baju kurung pesak gantung telah siap dan boleh dipakai.

(25)

25 B. Pemeliharaan Ikan Hiasan

a. Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan

i. Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

ii. Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan

Mata

Penutup insang

Sirip kaudal / ekor

Sirip anal Sirip pelvik

Sirip pektoral

Sirip dorsal Garisan lateral

Mulut

(26)

26

ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip

berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

iii. Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

iv. Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulutnya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

b. Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi

dengan aksesori lain.

(27)

27

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti

akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat

dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.

Ikan Guppy Ikan Swordtail

(28)

28

Ikan Angel Ikan Tiger barb

(29)

29

Ikan Koi Ikan Emas

(30)

30

c. Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan

Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan

Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras

atau Loach.

1. Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

1.1 Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

1.2 Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

1.3 Ikan herbivor

(31)

31 1.4 Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,

tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh

ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

2. Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

3. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan 3.1 Makanan hidup

3.2 Makanan kering 3.3 Makanan basah

(32)

32 3.1 Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm Ulat roti

Plankton Plankton

3.2 Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

3.3 Makanan basah

(33)

33 3.4 Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh

kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet Emping

4. Pembiakan ikan

(34)

34

D. Mengenal Pasti dan Memilih Tumbuhan Akuatik Untuk Hiasan Dalam Akuarium

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

 Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.  Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses

fotosistesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.  Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan

yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.  Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

1. Bahan-bahan yang Diperlukan Dalam Menghias Akuarium

 Lampu  Tangki  Kabinet  Pam

(35)

35

Selain itu, akuarium juga memerlukan bahan tambahan seperti:-

Tunggul Kayu Pasir

Batu Batu Halus

(36)

36

2. Langkah-langkah Menghias Akuarium 2.1 Memasang tapak undergravel filter

2.2 Meletakkan pasir di atas tapak undergravel filter (pasir kasar, baja, volcanic

soil, pasir halus)

2.3 Mengisi air ke paras di inginkan dan letak anti klorin dan baja cecair 2.4 Tanam tumbuhan akuatik (susun yang tinggi di belakang yang rendah di

hadapan

2.5 Menyusun batu dan tunggul kayu

2.6 Pasang peralatan seperti pam 02 dan lampu.

(37)

37 3. Apakah Tumbuhan Akuatik

3.1 Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis sepanjang masa atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun.

3.2 Tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air

4. Kategori Tumbuhan Akuatik

4.1 Tenggelam (submerged) – berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya

4.2 Termuncul (emergent) – berakar di kawasan cetek, bahagian atas tumbuhan timbul di permukaan air.

4.3 Terapung (floating) – bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air.

4.4 Separa akuatik (semi-aquatic) – tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air

5. Kepentingan Tumbuhan Akuatik Dalam Akuatik

5.1 Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik) 5.2 Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses

fotosintisis .

(38)

38

6. Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

6.1 Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

6.2 Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

6.3 Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti

(39)

39 Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

(40)

40

7. Cara Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium

7.1 Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. 7.2 Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air

di dalam akuarium.

7.3 Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

8. Cara Menjaga Akuarium

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

8.1 Penjagaan harian

(41)

41

- Perhatikan kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa,

berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.

- Ikan yang mati perlu dibuang.

- Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

- Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

8.2 Penjagaan mingguan

- Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti

sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.

- Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi - Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.-

- Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.

- Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

- Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

- Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

- Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum

(42)

42 9. Mengenal Pasti Mutu Air Akuarium

9.1 pH air

(43)

43 9.2 Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu

yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

9.2 Bahan beracun

(44)

44

10. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

 Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

 Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.  Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

10.1 Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

10.1.1 Penyakit rintik putih

(45)

45 10.1.2 Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

10.1.3 Penyakit bakteria

(46)

46

menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan

antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

(47)

47

C. PENANAMAN HIASAN ATAU KOMERSIAL ATAU HOBI - HIDROPONIK

a. APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan

tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

 Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;

 Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;  Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;

 Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;  Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;

 Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

b. KAEDAH HIDROPONIK Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

i. Pam air untuk akuarium.

(48)

48

iii. Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

Sistem Takung

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

i. Takung tanaman.

ii. Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii. Pasu plastik kecil (jika perlu).

(49)

49

Rajah 2 : Sistem Takung

c. KAEDAH PENANAMAN

Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:

 Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus  Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)

 Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)

 Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok  Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai

kepekatan penuh

Cara Semaian terus

 Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu

(50)

50  Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah

 Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.

Larutan Nutrien

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)

Ammonium nitrat 75 N 300

Kalium fosfat 40 P 80

Kalium nitrat 32 K 230

Kalsium klorida 55 Ca 200

Magnesium sulfat 18 Mg 36

Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5

Boron 0.56 B 1.0

Manganous chloride 0.18 Mn 0.5

Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1

Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1

(51)

51 Baja komersil (Gred)

Pertanian atau industri

 Gred teknikal

d. SISTEM HIDROPONIK

Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif.

i. Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dalam takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun boleh dijalankan secara komersial. Contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit.

(52)

52 Pembahagian Lain

Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka .

i. Sistem Tertutup

Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT),

kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.

ii. Sistem Terbuka

(53)

53

e. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT (UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih

Benih dicambah dengan menggunakan kiub oasis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti) sebagai medium semaian bagi percambahan biji. Kiub oasis yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji.

Gambar Aktiviti Semaian

Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.

(54)

54

Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih ke dalamnya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolehkan air

meresap ke dalamnya bagi tujuan percambahan benih.

Pada hari kedua (biji benih mula bercambah), larutan baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan ke dalam

takung semaian.

Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oasis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)

Peringkat Pebesaran

(55)

55

Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6 in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih berserta medium semaian. Rakit ini digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.

Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan ke dalam

tingkap rakit.

Anak benih bersama medium semaian dimasukkan ke

dalam tetingkap rakit untuk diapungkan ke dalam larutan baja.

Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit

(56)

56

Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke dalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan

larutan baja dengan kepekatan penuh.

Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke dalam takung bagi tujuan pebesaran.

ph meter digunakan untuk uji ph larutan

ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan

(57)

57

Rakit yang mengandungi pokok diapungkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas di bahagian dalam takung untuk menahan air.

(58)

58

f. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI)

Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit di atas). Peringkat Pembesaran

Gambar Aktiviti

Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik, penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)

Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi dengan air bersih.

Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.

(59)

59

PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik

Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul atau cawan hidroponik.

Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan larutan baja dalam takung.

Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.

(60)

60

atau balkoni yang terlindung dari hujan serta menerima cahaya matahari Air hujan hendaklah dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil.

Nutrien (Baja)

Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan

Unsur Makro Kepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)

N 125 Fe 0.94

P 31 Mn 0.14

K 215 H 0.16

Ca 84 Cu 0.03

Mg 24 Zn 0.13

S 35 Mo

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O,

N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

(61)

61

kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.

Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

PH Larutan Nutrien

PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.

(62)

62 PH Untuk Tanaman Terpilih

PH 6.0-6.7 PH 5.5-6.7 PH 5.2-6.7 PH 4.5-6.7

Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang

Cauliflower Broccoli Lobak Merah

Tembikai Kobis

Salad

Kepekatan Larutan

Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong.

Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.

(63)

63

ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM

Unsur Makro Kepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)

N 70-1000 Fe 0.5-10

P 30-100 Mn 0.1-5

K 100-400 H 0.16

Ca 80-400 Cu 0.02-0.5

Mg 24-100 Zn 0.02-1

S 35-1000 Mo 0.01-0.1

Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok

Unsur Nutrien Kesan (symptoms)

Nitrojan Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.

(64)

64 bahagian hujung daun.

Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.

Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.

Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.

Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda

Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati

Mangan Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.

Boron Tunas dan pucuk mati

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)

Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan

keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.

(65)

65

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO

Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja

Nutri Fosfat (P) 18

Nutri Potasium (K) 30

Nutri Nitrat (N) 60

Nutri Magnesium

(Mg) 31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien

(baja).

(66)

66 UNSUR MIKRO

Garam Mineral Gram/1000 liter larutan

baja

Nutri Borium (B) 1.7

Nutri Manganes

(Mn) 3.2

Nutri Zink (Zn) 0.45

Nutri Cuprum (Cu) 0.28

Nutri Ferrum (Fe) 30

Nutri Molibdenum

(Mo) 0.13

Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana

bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

(67)

67

Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful merupakan salad yang ditanam dikawasan beriklim sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai rasa yang enak. Teknik hidroponik telah mebolihkan spesis ini ditanam ditanah rendah di Malaysia.

Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot salad yang biasa ditanam dikawasan sederhana. Gambar

menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik hidroponik takung !.

Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik hidroponik dalam menghasilkan sayur yang berutu tinggi dan bebas racun serangga.

(68)

68

Penggunaan rumah hijau mebolehkan salad tumbuh bebas dari serangga dan bebas dari penggunaan racun makhluk perosak.

Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung.

(69)

69 RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

1. Abu Bakar Mat Daud (2006). Variasi Tanaman Hiasan.Shah Alam: Alaf Duapuluh Satu Sdn. Bhd

2. Azmawati Abd Aziz, Lamah Abd Ghani & Zaitun Zakiah Mohd Noor (2002). Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4.

Kuala Lumpur:Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Lee Chew Kang (1983). Menanam Sayur Keperluan Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Sarimah Abd Razak & Zaharah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Comunications Sdn Bhd.

5. Teng Ching Sing & Wahiza A Wahab (2006). Panduan Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium.Kuala Lumpur: Synergy Media Books.

6. http://www.slideshare.net/juradi79/kaedah-penanaman-sayur 7. http://www.slideshare.net/juradi79/hidroponik

Gambar

Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6 in x 6

Referensi

Dokumen terkait

dilakukan oleh Perum Pegadaian Cabang Tlogomas Malang khususnya pelaksanaan pemberian kredit gadai sebagai usaha pokok dari perum pegadaian dilakukan pemeriksaan

Sembiring (2009) menyatakan serangan fungi Cylindrocladium merupakan yang paling tinggi, tetapi hasil uji infeksi patogen ini pada ketiga klon E.. Luas

Hasil penelitian ini diharapkan bisa menjadi pijakan dalam perumusan desain penelitian lanjutan yang lebih mendalam dan lebih komprehensif khususnya yang berkenaan

kelas 5C sebagai subjek penelitian dalam pembelajaran matematika khususnya dalam materi bilangan bulat. Pemahaman tersebut didasarkan pada beberapa indikator, yaitu

dengan metode kolom penukar anion masih perlu dilakukan penelitian lebih lanjut terutama aspek pengukuran radioaktifitas dan parameter yang digunakan dalam proses, agar

Desa Talango merupakan desa lahan perkebunan dan persawahan, sehingganya banyak masyarakat Desa Talango bercocok tanam, sehingganya dari itu kepala Desa Talango

Bu yazıda amacım, küresel kapitalizmi analiz etmekten ziyade, Spencer örneğinde görüldüğü gibi sistemin dayandığı esas fikriyat olan "insanın acılarına engel

Perkebunan Nusantara IV (Persero) mengelola 2 (dua) budidaya perkebunan yang berupa tanaman Kelapa Sawit dan Teh dengan 38 unit kebun yang dilengkapi dengan saran pengolahannya