• Tidak ada hasil yang ditemukan

koridor pembangunan sabah _122

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "koridor pembangunan sabah _122"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)

BAB 5

Membangunkan Infrastruktur dan Insan sebagai

Pendaya Utama Pembangunan Sabah

Sehingga kini, infrastruktur Sabah masih ketinggalan berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Ini terutamanya berpunca daripada rintangan geografi; ia adalah negeri yang besar dengan keluasan 74,000 km2.

Masa depan Sabah terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan infrastruktur fizikal (jalan raya, pelabuhan, elektrik, air dan salinghubungan data) serta infrastruktur tidak ketaranya (soft infrastructure), modal insan. Ini merupakan asas utama bagi pembangunan Sabah. Untuk mencapai hasrat ini, Inisiatif Rangka Tindakan SDC akan memberikan tumpuan kepada lima strategi utama bagi Negeri Sabah:

1) Menghubungkan Sabah

Meningkatkan infrastruktur pengangkutan dengan memastikan salinghubungan tanpa sempadan bagi jalan raya, udara, lautan dan kereta api yang akan membolehkan perkhidmatan pengangkutan yang baik bagi industri pelancongan, pertanian dan pembuatan.

2) Meningkatkan Bekalan Tenaga Sabah

Menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi dan berdaya tahan kepada negeri ini untuk membolehkan industri beroperasi secara berkesan.

3) Memenuhi Keperluan Air Sabah

Menyediakan bekalan air yang berkualiti bagi menampung permintaan yang semakin bertambah dan seterusnya membolehkan peningkatan ekonomi dan sosial.

4) Melabur dalam Bakat Sabah

Mempersiap Sabah untuk industri intensif-pengetahuan, yang meliputi sektor pembuatan, pertanian dan pelancongan melalui pengukuhan pengumpulan sumber tenaga kerja berbakat supaya potensi sektor-sektor ini dapat dibangunkan sepenuhnya.

5) Meningkatkan Salinghubungan Data

Memastikan Sabah bersedia dan berupaya mengikuti perkembangan ICT supaya industri berkaitan kekal berdaya saing di samping dapat mengurangkan jurang digital desa dan bandar.

(5)

5.1

5.1.1

Pengangkutan

Rangkaian Jalan Raya

Sub-Wilayah Timur dan Barat Sabah dihubungkan dengan baik dari segi rangkaian jalan raya. Walau bagaimanapun setakat tahun 2005, 61% daripada semua jalan raya masih lagi merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Sub-Wilayah Tengah dipisahkan oleh banjaran Crocker dan ini menjadi halangan semula jadi dalam perhubungan jalan raya dengan Sub-Wilayah Barat.

Pada ketika ini, jika dibandingkan dengan rangkaian jalan raya di Semenanjung Malaysia, bandar-bandar utama di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Keningau tidak mempunyai hubungan jalan raya yang baik untuk menghubungkan bandar-bandar ini. Kesukaran ini ditambah pula dengan jalan raya yang berstandard lebih rendah yang menghubungkan bandar-bandar yang terletak jauh, seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna, dengan Kota Kinabalu.

Pada tahun 2005, panjang jalan raya persekutuan Sabah adalah 1,428 km, manakala 14,249 km pula adalah jalan raya negeri. Daripada jumlah itu, 6,094 km merupakan jalan yang diturap dan 9,583 km selebihnya merupakan jalan batu kelikir dan tanah. Ini menunjukkan hanya 38.9% daripada jalan di Sabah berturap berbanding dengan 89.4% jalan yang diturap di Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh pelaksanaan Rangka Tindakan SDC ini, dijangkakan 80% daripada semua jalan batu kelikir tersebut akan diturap.

Jalan raya utama yang dibina pada tahun 1970 dan 1980-an, di bawah pinjaman Bank Dunia, memenuhi standard pada masa itu. Bagaimanapun, keperluan semasa memerlukan jalan raya ini dinaikkan taraf. Contohnya, laluan pejalan kaki dan bahu jalan (sesuai pada ketika itu) sekarang terlalu sempit dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kadar lalu lintas Walaupun infrastruktur merupakan fokus penting SDC, segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pelaksanaan dijalankan dalam keadaan mampan dan mesra alam sekitar.

(6)

5.1.1.1

Cabaran

Pada masa ini, kekangan perhubungan merupakan isu utama di Sabah. Kesalinghubungan yang tidak mencukupi dan tidak boleh diharapkan antara bandar-bandar utama dan juga ke tempat tarikan pelancong seperti Lembangan Maliau mengakibatkan banyak kos melepas. Di samping itu, usaha untuk meningkatkan pertumbuhan kawasan luar bandar dan pusat bandar gabungan (urban conurbation) yang sedia ada juga menjadi sukar disebabkan oleh perhubungan jalan raya yang tidak mencukupi ini.

Keduanya, keadaan sesetengah jalan raya pada masa ini agak kurang memuaskan. Penggunaan jalan batu kelikir secara berterusan tentunya menghalang pembangunan industri. Ini kerana pengangkutan barangan seperti produk pertanian dan pembuatan mengalami kesukaran disebabkan oleh tempoh pengangkutan yang lama, dan kekurangan kemudahan pengangkutan selanjutnya, contohnya ke pelabuhan atau lapangan terbang. Dalam pada itu, Kota Kinabalu dan Sipitang, yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo masih belum dihubungi dengan jalan kembar – hanya jalan tunggal. Infrastruktur jalan raya ke SAIP pula tidak memberikan ruang sesuai bagi pengangkutan barang dalam kontena dan ini menjadi penghalang bagi pembangunan kelompok pemprosesan makanan ini. Isu ini akan ditangani melalui insiatif SDC yang memerlukan jalan-jalan ini dilebarkan untuk memudahkan lalu lintas dan pengangkutan barangan perindustrian. Menjelang tahun 2020, 80% daripada jalan batu kelikir akan diturap21. Dengan menaik taraf jalan raya batu kelikir sedia ada dan memperbaiki jalan masuk ke kawasan pelancongan, pertanian dan pembuatan utama, usaha mengurangkan kemiskinan juga boleh dilaksanakan dengan lebih pantas.

Ketiga, kesesakan (lalu lintas di dalam dan antara bandar), disebabkan oleh perkembangan pesat bandar dan jumlah penduduk yang semakin bertambah di bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Kesesakan ini menimbulkan masalah kepada penduduk kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk mengangkut barangan perindustrian dan bahan mentah.

(7)

Rajah 5.1: Peta Sabah Menunjukkan Jenis Jalan Sedia Ada dan Jalan yang Dirancang di bawah RMKe-9

(8)

5.1.1.2

5.1.1.2.1

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Projek Jalan Raya Utama dalam Ruang Lingkup SDC:

Sejumlah RM3,187.5 juta telah diluluskan di bawah RMKe-9 untuk pembinaan Hubungan Rangkaian Jalan Raya22.

• Menghubungkan Sabah tengah ke kawasan selatan - Tongod ke arah selatan menuju ke Sapulut • Mewujudkan penghubung timur kedua dan memirau bandar Tawau - Kunak ke Merotai • Menghubungkan bahagian Utara Sabah ke Sub-Wilayah Tengah dan Barat - Kota Marudu menuju ke Ranau • Menambah kadar kemudahan ke kawasan pelancongan di Sub-Wilayah Timur - Lahad Datu ke Lembangan Maliau, Lembah Danum dan Kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin • Membina jalan susur pantai pelancongan - Tuaran ke Kota Belud

• Membolehkan pengangkutan barangan perindustrian – Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) ke Ranau

• Di samping itu, laluan dari Kota Kinabalu ke Papar dan seterusnya ke Beaufort memerlukan jalan raya utama berkembar untuk membolehkan pengangkutan yang lebih baik bagi barangan perindustrian di antara Kota Kinabalu dan Kawasan Perindustrian Sipitang

• Infrastruktur jalan raya di antara Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) dan pelabuhan laut Kota Kinabalu perlu segera dipertingkat untuk menampung pengangkutan kontena • Jalan raya dari KKIP ke pelabuhan terdekat (Teluk Sapangar) perlu di naiktarafkan,

dilebarkan, dan diperteguhkan untuk membolehkan pengangkutan kargo kontena Pertimbangan utama dalam perancangan projek-projek jalan raya ialah seperti berikut: • Bagi kawasan perindustrian dan pertanian utama, memastikan bahawa jalan raya dibina

supaya kesesakan dalam bandar utama boleh dipirau

• Memastikan yang jalan raya di antara cadangan pusat pengumpulan pertanian SDC dan jalan raya utama terdekat diturap demi memastikan barangan pertanian boleh diangkut dengan mudah dan efisien

• Menambah kemudahan untuk pengguna jalan raya di lebuh raya utama dengan menyediakan kawasan rehat

• Meningkatkan pengangkutan jalan di antara bandar dengan menggabungkan pelbagai pembekal pengangkutan bas awam

(9)

Dari Rajah 5.1, projek sambungan di bawah RMKe-9 termasuk:

• Jalan Sapulut – Kalabakan (menghubungkan tenggara ke barat). Terdapat keperluan untuk membina jalan raya ini mengikut piawai turap kerana ini akan melengkapkan Rangkaian Jalan raya Asas Utama Sabah yang memudahkan pengangkutan barangan dan produk di antara Kota Kinabalu dan Tawau

Projek pembinaan jalan raya baru utama yang dicadangkan termasuk: • Jalan Kota Marudu – Marak Parak – Poring Ranau • Jalan Dari Telipok – Pekan Kiulu – Lokos – Toboh – Randagong, Ranau • Jalan Sapulut – Pagalungan

5.1.1.2.2

5.1.1.2.3

5.1.1.2.4

Projek Pemulihan

Projek Jalan Raya Berkaitan Pembuatan

Projek Jalan Raya Berkaitan Pelancongan

Pemulihan jalan raya utama sedia ada yang belum diselenggarakan hendaklah dilaksanakan secepat mungkin. Penaikan taraf jalan raya daripada batu kelikir kepada jalan raya turap akan menaikkan taraf kehidupan penduduk miskin luar bandar. Jalan-jalan ini akan dibina menepati standard JKR berdasarkan kawasan pembangunan yang dicadangkan dan penduduk yang menggunakannya. Sasarannya ialah untuk memastikan semua jalan raya batu kelikir di bawah Daftar Kerajaan Negeri berturap menjelang tahun 2025.

Projek termasuk:

• Jalan raya Lingkaran Utara Lahad Datu (Menghubungkan POIC Lahad Datu) • Jalan Ulu Sibuga dan Jalan Bokara (Menghubungkan POIC Sandakan) • Jalan raya utama dalam KKIP

Projek jalan raya di bawah kategori ini termasuk Jalan Sukau (dalam pembinaan) dan Jalan Tabin Lahad Datu. Jalan masuk ke Pusat Pengajian Lembangan Maliau di Tawau juga telah dirancang.

(10)

5.1.1.2.5

5.1.2

Projek Luar Bandar dan Pertanian

Rangkaian Udara

Di bawah program jalan luar bandar RMKe-9, lebih banyak jalan raya dengan standard

minimum JKR akan dibina untuk meningkatkan pengangkutan keluaran pertanian. Di

samping itu, program ini akan dilanjutkan untuk menyambung kawasan petempatan semula dengan kawasan perindustrian dan estet luar bandar, terutamanya di Sabah, untuk meningkatkan mobiliti penduduk luar bandar di kawasan ini. Ini akan menyumbang ke arah mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Jalan Jeroco, Lahad Datu dan cadangan baru Jalan Linuyukan – Pinangah dan Jalan Lintas Libaran juga termasuk dalam kategori ini.

Pada masa ini Sabah mempunyai kesalinghubungan yang kukuh melalui jalan udara dalam dan luar negeri yang baik. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk (berdasarkan pergerakan bilangan penumpang) di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KKIA adalah jalan masuk utama ke Sabah dan terletak lebih kurang 7km dari pusat bandar.

Disebabkan oleh kedudukannya yang sentral, jarak KKIA dari kebanyakan bandar raya ASEAN dan Asia Utara, hanya kurang daripada tiga jam penerbangan. Ini menjadikan KKIA ideal untuk penerbangan tambang murah dan sebagai pusat kedua seperti yang dikenal pasti oleh AirAsia.

Terdapat penerbangan terus ke Hong Kong, Macau, Shenzhen, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Kaohsiung, Singapura, Manila, Kuala Lumpur, Cebu, Davao, Brunei dan Labuan, sekali gus menyediakan hubungan yang amat baik ke Kota Kinabalu, terutamanya dari lingkaran Asia Pasifik.

KKIA direka bentuk untuk memberikan khidmat kepada pesawat yang bersaiz sehingga sebesar Boeing 747. Lapangan terbang domestik utama terletak di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kesemua lapangan terbang ini berkemampuan untuk menerima kapal terbang Boeing 737 melainkan bagi Lahad Datu (Fokker 50) yang akan dinaikkan taraf dalam tempoh terdekat ini.

(11)

Rajah 5.2: Peta Sambungan Penerbangan Domestik

(12)

Sumber: MAS, IDS

Rajah 5.3: Peta Sambungan Penerbangan Antarabangsa

Tokyo Osaka Seoul Shanghai Taipei Kaohsiung Xiamen Guangzhou Hong Kong Ke Eropah Bangkok Jakarta Balikpapan Kuching Singapore Brunei Kota Kinabalu Manado Manila Darwin Kuala Lumpur

(13)

Rajah 5.4: Maklumat Terkini Mengenai Lalu Lintas Penumpang di Lapangan Terbang bagi Seluruh Negeri Sabah

Termasuk Penumpang Transit.

Sumber: Malaysia Airports Sdn Bhd, 2006

Sandakan Kudat Kota Kinabalu Lahad Datu Tawau Dalam Negeri 2.9 2.9 00 Antarabangsa Dalam Negeri 54.2 54.5 00 Antarabangsa Dalam Negeri Antarabangsa 1,615.6 1,496.4 747.3 358.9 Dalam Negeri Antarabangsa 333.8 325.3 0.5 0.7 Dalam Negeri Antarabangsa 311.6 316.8 0.5 0.2

Ribu Penumpang Ketibaan

(14)

5.1.2.1

5.1.2.2

5.1.3

Cabaran

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Rangkaian Laut

Isu utama berkaitan lapangan terbang ialah kapasiti pengendalian kargo. Sehingga tahun 2006, volum pemunggahan kargo adalah pada paras 19.2 juta kg dan 18.5 juta kg kargo telah dimuatkan. Ini menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 10.5% dan 11.1% berbanding angka tahun 2005.

Terdapat permintaan yang semakin bertambah daripada pembuat tempatan untuk menggunakan kargo udara. Bagaimanapun, KKIA yang sedia ada tidak berkemampuan untuk mengendalikan kapal terbang yang memuatkan kargo sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa keupayaan pengendalian kargo pada masa ini di lapangan terbang di Sabah (terutamanya KKIA) perlu diperkembang untuk memenuhi permintaan industri pada masa yang terdekat ini.

• KKIA kini mempunyai dua terminal. Terminal 1 kini digunakan untuk syarikat penerbangan biasa dan Terminal 2 untuk penerbangan tambang murah. KKIA pada masa ini sedang dibangunkan untuk menampung 10 juta penumpang setiap tahun dan Terminal 2 akan dipertingkat kepada terminal kargo beroperasi penuh.

• Membesarkan terminal di lapangan terbang Sandakan, yang sedang dipertimbangkan sebagai jalan masuk kedua ke Sabah.

• Lapangan terbang baru di Lahad Datu yang berupaya menerima Airbus 320 untuk menyokong aktiviti POIC, akuakultur dan perkembangan pelancongan yang

bertambah pesat.

Sabah berupaya menyediakan kemudahan yang baik melalui rangkaian laut dengan lapan pelabuhan termasuk SBCP yang baru dibangunkan. Peta berikut menunjukkan pelbagai pelabuhan dan lokasinya di sepanjang garisan pantai Sabah.

(15)

Rajah 5.5: Peta Lokasi Pelabuhan di Sabah

Sumber: IDS

Pelabuhan Sabah memainkan peranan penting dalam rantaian logistik keseluruhan bagi membolehkan pembangunan perdagangan dan ekonomi negeri ini. Seperti yang dapat dilihat daripada Jadual 5.1, pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu digunakan terutamanya bagi kontena dan kargo kering. Terminal Minyak Teluk Sapangar

(16)

ke SBCP dalam tempoh tiga tahun. Pelabuhan Kota Kinabalu pada masa ini mengendalikan pemindahan kontena ke kapal dari Indochina dan benua kecil India di samping destinasi serantau dan tempatan yang lain.

Jadual 5.1: Pelabuhan Sabah dan Kemudahan / Keupayaannya

Sumber: Prospek dan Cabaran dalam Industri Logistik di Sabah -10 Mei 2007 *Beroperasi sejak Jun 2007.

Pelabuhan

Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar*

Pelabuhan Kota Kinabalu Pelabuhan Sandakan Terminal Minyak Teluk Sapangar

Pelabuhan Tawau Pelabuhan Lahad Datu Pelabuhan Kunak Pelabuhan Kudat Pelabuhan Utama / Penghantaran Kapasiti Maksimum Kargo Konvensional, 2006

Kargo Utama yang Dikendalikan

Utama Utama Utama Penghantaran Penghantaran Penghantaran Penghantaran Penghantaran 500,000 TEU 16,000 DWT 75,000 DWT 40,000 DWT 30,000 DWT 45,000 DWT 28,000 DWT 4,000 DWT Kontena

Kargo Am / Pukal Kering

Kontena / Kargo Am / Pukal Kering/ Minyak Kelapa Sawit

Himpitan khas yang mengendalikan produk petroleum bertapis pukal cecair dan kargo kimia

Kontena / Kargo Am / Kargo Pukal / Petroleum Cecair/Minyak Kelapa Sawit Kontena / Kargo Am / Pukal Kering/ Minyak Kelapa Sawit

Produk Kelapa Sawit Kargo am 250,000 200,000 150,000 149,500 152,725 171,154 194,976 208,098 208,490 226,710 100,000 50,000 0 TEU

Jumlah keseluruhan volum kontena di pelabuhan Sabah diunjurkan akan meningkat sebanyak 10% setiap tahun daripada 230,000 TEU pada tahun 2006 kepada 880,000 TEU pada tahun 2020. Jumlah pemunggahan kapal diunjurkan akan meningkat sebanyak 20% setiap tahun daripada 10,000 TEU pada tahun 2006 kepada 130,000 TEU pada tahun 2020.

(17)

5.1.3.1

5.1.3.2

Cabaran

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Cabaran utama bagi pelabuhan di Sabah berbanding dengan pelabuhan lain di rantau ini berkisar sekitar keupayaan untuk menarik syarikat perkapalan besar agar berlabuh secara berjadual di sini. Walau bagaimanapun, pengendali Pelabuhan Sabah pada masa ini, sedang giat berbincang dengan syarikat perkapalan dan pelabuhan lain untuk membina pakatan strategik yang akan membolehkan kesalinghubungan laut yang lebih baik dengan negeri Sabah.

Berikut adalah projek yang akan dilaksanakan oleh Pelabuhan Sabah dalam masa terdekat: • POIC Sandakan di Mowtas • Pelabuhan Lahad Datu bagi POIC • Sistem penghantaran dan penyimpanan baja Lahad Datu • Pembesaran Terminal Minyak Teluk Sapangar • Penyimpanan minyak dan depot di Sapangar, Lahad Datu dan Sandakan • Pelabuhan kontena baru Teluk Sapangar (penempatan semula pelabuhan Kota Kinabalu) • Struktur insentif baru yang menghubungkan isi padu kargo dengan pengurangan kadar

bayaran pelabuhan bagi pengendali kapal penghantar

(18)

5.2.1

Kuasa

5.2

Utiliti

Liputan tenaga elektrik Sabah sekarang ialah 67% daripada jumlah penduduknya. Menjelang tahun 2010, liputan tenaga elektrik luar bandar dijangka bertambah kepada 80.6% dan liputan keseluruhan kepada 90%23.

Permintaan tenaga elektrik semasa ialah 600MW dan keupayaan penjanaan ialah 680-785MW, yang mana 59% daripada jumlah unit yang dijana, dibeli daripada pengeluar tenaga bebas. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjana, mengalir dan mengedarkan tenaga elektrik di Sabah kepada 374,023 pelanggan yang tersebar luas.

Kemuatan terpasang Grid Pantai Barat yang membekalkan tenaga elektrik ke Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat ialah 488.4MW dan permintaan maksimumnya mencapai 396.5MW.

Talian Penghantaran 132kV Grid Pantai Barat yang menyambungkan bandar utama di Pantai Timur mempunyai kemuatan terpasang sebanyak 333.02MW manakala permintaan maksimum pula berjumlah 203.3MW.

Permintaan tenaga elektrik dijangka akan meningkat pada kadar sekitar 7.7% setahun sehingga tahun 2010. Untuk menampung peningkatan permintaan ini, pelbagai projek penjanaan, penghantaran dan pengedaran akan dilaksanakan, seperti loji jana kuasa 300MW di Lahad Datu. Lokasi sebenar projek ini akan ditentukan setelah kajian penilaian kesan persekitaran yang terperinci dilaksanakan.

Grid bersepadu lengkap yang menyambungkan Grid Pantai Barat ke Grid Pantai Timur telah siap dilaksanakan pada bulan Julai 2007, dan lebih kurang 90% daripada pelanggan kini disambungkan ke grid bersepadu ini.

(19)

Rajah 5.7: Talian Penghantaran Elektrik, Utama, Luar Bandar, Hidro Mini dan Stesen IPP

Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd

M Stesen Utama (6) M1 SJ Patau- Patau M2 SJ Hilton Tenom Pangi M4 SJ Melawa M5 SJ Sandakan M6 SJ Tawau Mn Stesen Kecil (5) Mn1 Nabawan Mn2 Telupid Mn3 Ranau Mn4 Kundasang Mn5 Tungku MH Mini Hidro (7) MH1 Sayap MH2 Melangkap MH3 Kiau MH4 Naradau MH5 Carabau MH6 Bombalai MH7 Merotai

IPP Loji Bekalan Kuasa Elektrik Swasta (6) IPP1 ARL Melawa

IPP2 Powertron Sepanggar IPP3 Sandakan Power Corp (SPC) IPP4 Strataves 1 Sandakan IPP5 Serudong Power Tawau IPP6 Sepanggar Bay Power Corp

R Stesen Luar Bandar (23) R1 Pensiangan R2 Saputut R3 Pinangah R4 Tongod R5 Kg. Karamuak Dalam R6 Kg. Tenaga Baru R8 Kg. Paginatan R9 Kg. Minihas R10 P. Gaya R11 Kg. Timbua R12 P. Mantanani R13 Karakit, P. Banggi R14a Kg. Tangkarason A R14b Kg. Tangkarason B R15 Kg. Terusan R16 Kg. Keniogan R17 Kg. Tetabuan R18 Kg. Nunuyan laut R19 Kg. Tanjung Aru R20 Lihak-Lihak Bakung R21 Lihak-Lihak Siaban R22 Sg. Tamang P. Sebatik

(20)

5.2.1.1

Cabaran

Rangkaian elektrik Sabah tidak setanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) pada tahun 2005 bagi Sabah ialah 2,540 minit berbanding 101.6 minit sahaja SAIDI di Semenanjung Malaysia. Ini disebabkan rangkaian pengedaran semasa di sini masih tidak begitu teguh dan masih memerlukan pengukuhan. Walau bagaimanapun, keadaan ini telah dipertingkat melalui pembinaan grid penghantaran Timur-Barat baru yang akan menstabilkan bekalan tenaga ke Pantai Timur.

Pada masa ini, dianggarkan sebanyak 50% keupayaan penjanaan elektrik Sabah adalah melalui diesel (lihat Rajah 5.8). Penjanaan elektrik melalui loji tenaga diesel melibatkan kos yang tinggi (RM0.26 setiap kWh berbanding dengan RM0.09 bagi gas dan RM0.03 bagi penjanaan hidro) dan membabitkan masalah alam sekitar. Tambahan lagi, dengan kenaikan kos minyak yang berterusan dan kekurangan bekalan minyak, kenaikan kos penjanaan kaedah ini akan berlanjutan.

Rajah 5.8: Campuran Keupayaan Penjanaan Grid Sabah TK2006/07

Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd

1.8% Biojisim (14 MW) Hidro (66 MW) Gas (320 MW) Diesel/MFO (395 MW) 49.6% 40.3% 8.3%

Penjanaan dan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar merupakan suatu cabaran yang disebabkan oleh faktor geografi dan kekurangan infrastruktur yang menyebabkan pelaksanaan menjadi sangat mahal dan rumit. Tambahan pula, kemudahan darat merupakan satu lagi halangan kepada pelaksanaan stesen tenaga unitari.

(21)

5.2.1.2

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Keupayaan baru yang dianggarkan sebanyak 2,700 MW akan diperlukan antara sekarang hingga tahun 2025 bagi memenuhi unjuran permintaan tenaga elektrik masa depan.

Rajah 5.9: Anggaran Permintaan Tenaga Elektrik dan Keupayaan Penjanaan bagi Sabah

Sumber: Sabah Electricity Sdn Bhd

4,000 MW 3,500 3,000 2,500 2,000 1,500 1,000 500 2008 2010 2015 2020 2025 0 Ramalan Muatan

Jumlah Kapasiti Boleh Percaya

882 1,029 1,605 2,348 3,531 2,652 1,800 1,220 830 710 24% 24% 32% 30% 33% Margin Rizab i) Menambah Keupayaan

Di bawah RMKe-9, loji baru berasaskan gas dengan keupayaan sebanyak 190 MW akan dimulakan pada tahun 2008. Untuk memenuhi permintaan dan juga meningkatkan kestabilan bekalan tenaga di pantai timur, sebuah loji 300 MW akan dibina dan akan beroperasi pada tahun 2009/2010. Sehingga tahun 2010, enam rancangan pembangunan penjanaan utama akan dibina. Tambahan pula, penjanaan bersama POIC

(22)

ii) Memperteguhkan Grid

Terdapat 23 rancangan pembangunan penghantaran sehingga tahun 2010. Projek lain termasuk Projek Lingkaran Luar Kota Kinabalu (KKOR) untuk meningkatkan keselamatan bekalan bandar raya. Fasa pertama dijangka siap dilaksanakan pada bulan Februari 2008, manakala fasa kedua akan disiapkan pada bulan Januari 2009. Rangkaian penghantaran baru yang menghubungkan bahagian selatan grid pantai barat dan timur akan dibina dan kabel dan tiang lama dalam sistem grid akan diperkuat dan dipulihkan.

iii) Mempromosi Penggunaan Elektrik di Luar Bandar

Pelaksanaan program penggunaan elektrik di luar bandar akan diperhebat di bawah RMKe-9 menggunakan hibrid solar dan sistem hidro-mikro. Menjelang akhir tempoh Rancangan ini, liputan tenaga elektrik luar bandar di Sabah dijangka meningkat kepada 80.6%. Sebagai perbandingan, liputan tenaga elektrik luar bandar Malaysia ialah 98.6%24

5.2.2

Air

Semua bandar utama dibekalkan dengan air yang telah dirawat. Buat masa ini terdapat 39 loji rawatan air dengan jumlah keupayaan pengeluaran sebanyak 762 juta liter sehari (JLS) yang dibekalkan kepada 200,000 pengguna. Permintaan semasa ialah 937 JLS. Buat masa ini, permintaan melebihi keupayaan sebanyak 23%. Pada tahun 2005, 90% daripada penduduk bandar Sabah telah dibekalkan kemudahan air paip, manakala 61% disediakan bagi kawasan luar bandar. Secara keseluruhannya, 75.5% daripada penduduk Sabah telah pun disediakan dengan kemudahan air paip berbanding 95% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia yang disediakan dengan kemudahan yang sama mengikut angka pada tahun 2005. Menjelang akhir tempoh RMKe-9, disasarkan bahawa liputan bandar akan mencapai 92% dan liputan luar bandar akan mencapai 70% di Sabah.

Permintaan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian dijangka bertambah selari dengan pertumbuhan penduduk tahunan. Sejumlah 1,318 JLS bekalan air baru dianggarkan akan diperlukan antara sekarang hingga tahun 2025.

(23)

Sumber: Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Rajah 5.10: Unjuran Keupayaan Air, Bekalan dan Permintaan

Juta Liter Sehari Keupayaan Pengeluaran Permintaan Tambahan 2007 - 2025 Permintaan + 1318 JLS 845 2005 2010 2015 2020 2025 1,085 1,201 1,895 2,991 4,721 2,507 2,255 1,848 1,767 1,362 1,384 Bekalan

Pengeluaran air di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu dilaksanakan oleh syarikat swasta, manakala kawasan lain pula dibekalkan oleh Jabatan Air. Meskipun begitu, pengedaran air di seluruh negeri, dikendalikan keseluruhannya oleh Jabatan Air.

5.2.2.1

Cabaran

Bekalan air ke kawasan luar bandar masih terus menjadi isu utama. Membina paip air dan loji rawatan di kawasan luar bandar terpencil merupakan satu usaha yang melibatkan kos yang terlalu tinggi disebabkan oleh kekurangan infrastruktur dan sumber air di sesetengah kawasan ini.

Air Tidak Terhasil (NRW), yang timbul akibat kebocoran paip air dan kecurian di Sabah berjumlah 57%. Jika dibandingkan, purata NRW negara adalah 37%. Apabila diukur dari segi NRW, kawasan bandar lebih baik berbanding kawasan luar bandar memandangkan kadarnya yang lebih rendah. Di sesetengah kawasan pinggiran bandar, NRW boleh meningkat sehingga paras lebih daripada 60%.

(24)

5.2.2.2

5.2.3

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Telekom

Di bawah RMKe-9, sebanyak RM1.313 bilion telah diperuntukkan kepada Jabatan Air Negeri untuk menjalankan projek di seluruh negeri. Peningkatan keupayaan yang dijana daripada projek air ini berjumlah 380 JLS menjelang tahun 2010. Projek utama termasuk pembinaan Empangan Milau dan empat loji rawatan air lain di Tuaran, Papar, Kudat dan Sandakan. SDC akan:

• Melaksanakan lebih banyak pengairan bawah tanah dan sistem pengumpulan air hujan di kawasan luar bandar untuk menambah bekalan

• Memberikan tumpuan terhadap usaha mengurangkan NRW dengan memastikan penguatkuasaan lebih ketat ke atas kecurian air, penggantian paip dan meter, menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi merancang rangkaian pengedaran, pemulihan sistem pengedaran dan menaik taraf loji rawatan sedia ada • Menggalakkan industri dan pembuat, terutamanya dalam POIC, untuk mengitar

semula air dengan menawarkan insentif tarif

• Terus menguatkuasakan perancangan dan perlindungan tadahan air dan sumber air semula jadi dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjimatan air

Telekom Malaysia (TM) ialah syarikat telekomunikasi utama yang beroperasi di Sabah. Syarikat ini menyediakan kemudahan talian tetap dan telefon mudah alih selular. Lima syarikat telekomunikasi lain juga beroperasi di negeri ini. Tetapi setakat ini, mereka hanya menyediakan kemudahan telefon mudah alih selular sahaja. Sabah mempunyai kadar penembusan Talian Ibu Sawat Terus (DEL), penembusan selular dan kadar penembusan dail internet bagi setiap 100 orang penghuni yang terendah.

(25)

Rajah 5.11: Kadar Penembusan Pertukaran Talian Terus bagi Setiap 100 Penghuni Mengikut Negeri, 2007

Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006

DEL menghubungkan kelengkapan pelanggan ke Rangkaian Telefon Pensuisan Awam (PSTN). Ia mempunyai port khas pada ibu sawat telefon. Kadar penembusan adalah bilangan DEL bagi setiap 100 orang penghuni.

23.1 23.0 21.4 19.9 17.7 17.6 17.5 16.3 12.8 11.9 11.9 10.8 8.2 6.5 Pulau Pinang W. P. Kuala Lumpur Selangor Melaka Negeri Sembilan Perak Johor W. P. Labuan Kedah dan Perlis Pahang Terengganu Sarawak Kelantan Sabah

(26)

93.1 87.6 76.3 75.6 72.6 70.6 70.0 62.4 60.2 57.1 56.6 51.5 51.5 36.9 W. P. Kuala Lumpur Melaka Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang Perlis Johor Terengganu Kedah Perak Pahang Kelantan Sarawak Sabah 34.5 21.3 19.8 10.8 10.7 9.3 7.6 7.3 7.2 5.4 4.9 4.6 4.6 3.8 3.2 W. P. Kuala Lumpur Pulau Pinang Selangor W. P. Labuan Melaka Johor Perak Negeri Sembilan Sarawak Kedah Sabah Pahang Terengganu Perlis Kelantan Rajah 5.12: Kadar Penembusan Telefon Mudah Alih Selular bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2006

Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006

Rajah 5.13: Kadar Penembusan Jalur Lebar bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2007

(27)

Rajah 5.14: Kadar Penembusan Dail Internet bagi Setiap 100 Orang Penghuni Mengikut Negeri, 2007

Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006

36.6 17.5 16.8 15.6 12.8 11.6 10.8 10.4 9.2 7.0 6.9 6.8 6.7 6.4 4.3 W. P. Kuala Lumpur Pulau Pinang Selangor W. P. Labuan Melaka Johor Perak Negeri Sembilan Sarawak Kedah Sabah Pahang Terengganu Perlis Kelantan

5.2.3.1

Cabaran

Negeri Sabah yang amat luas menjadikan pelaksanaan rangkaian telekomunikasi mahal dan sukar. Pembinaan rangkaian memerlukan perbelanjaan modal yang besar dan permintaan rendah pada masa ini di kawasan luar bandar tidak dapat menjustifikasikan perbelanjaan yang begitu tinggi ini.

Umumnya, tahap pendapatan rendah bermaksud masyarakat lebih suka berbelanja untuk membeli telefon mudah alih dan menggunakan internet di pejabat daripada menyediakan kemudahan internet di rumah.

Buat masa ini, TM tidak berupaya menghasilkan rangkaian kos rendah dan menyediakan penetapan harga kos rendah kepada pengguna disebabkan oleh kos kelengkapan yang diperoleh dari luar negara dengan harga yang tinggi.

(28)

5.2.3.2

5.2.4

5.2.4.1

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Sisa Pepejal dan Pembetungan

Sisa Pepejal

• Untuk menambah liputan di kawasan luar bandar, rangkaian telefon mudah alih menawarkan perkhidmatan GPRS. Kini Celcom adalah pembekal terbesar di kawasan luar bandar

• Projek jalur lebar dengan kelajuan tinggi akan bermula pada akhir tahun 2007

• RM60 juta akan dibelanjakan untuk memperbaiki rangkaian telekom di kawasan pembangunan baru

• Mewujudkan lebih banyak Wi-Fi hotspot untuk menggalakkan saling hubungan data dan penembusan jalur lebar yang lebih tinggi

• WiMAX juga akan diperkenal dalam tempoh jangka sederhana ke jangka panjang

Kini terdapat 23 tapak pelupusan sisa pepejal di Sabah di bawah pihak berkuasa tempatan setiap daerah. Tanggungjawab bagi pengutipan sisa, pengalihan, dan pelupusan terletak pada setiap Majlis Daerah di kawasan masing-masing. Penduduk di kawasan tanpa kadar dan penempatan yang tidak rasmi yang tidak diliputi oleh perkhidmatan pengutipan sisa rasmi, mengambil jalan keluar dengan membakar dan membuang sisa di kawasan tanah terbuka berdekatan serta melupuskan sisa ke dalam sungai dan laut.

5.2.4.1.1

Cabaran

Reka bentuk tapak pelupusan sisa yang tidak kemas diikuti pula dengan kekurangan prosedur pengendalian dan penyelenggaraan akan menyebabkan kualiti hidup yang kurang memuaskan disebabkan oleh kesan persekitaran yang kurang baik. Pencemaran laluan air semula jadi, air dalam tanah, persekitaran marin dan udara merupakan sebahagian daripada kesan sampingan yang terhasil. Tambahan pula, kawasan pelupusan yang tidak dipulihkan secara teratur menyakitkan pandangan dan menjadi isu kesihatan bagi rakyat tempatan dan pelancong. Cabaran utama termasuk kurang kesedaran mengenai perlunya pengurusan sisa pepejal yang lebih baik (3R – Reuse, Recycle, Reduce atau Guna Semula, Kitar Semula,

(29)

5.2.4.1.2

5.2.4.2

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Pembetungan

Program semasa yang sudah siap diatur termasuk Kemudahan Pemulihan Bahan (MRF) pertama bagi sistem pembuangan tambah tanah (landfills) di Malaysia. Sebelum ini, 100% daripada sisa domestik yang dipungut oleh DBKK akan dibuang di lokasi pembuangan tambahan tanah. Dengan sistem baru ini, syarikat mula memulihkan sesetengah sisa yang boleh dikitar semula. Sisa organik dipulihkan dan ditukar menjadi kompos. Mereka telah mendapati bahawa hampir 70-75% daripada sisa buangan boleh dipulihkan. Manfaat yang diperoleh, termasuk pengurangan dalam bahan larut lesap, kenaikan dalam jangka hayat tapak pembuangan tambah tanah dan manfaat yang paling besar yang diperoleh ialah sistem ini mesra alam. Sistem MRF berharga RM14 juta.

Projek-projek ini termasuk:

• Memerlukan perancangan, pengurusan dan pengawalan operasi serta penyelenggaraan sistem pelupusan sisa yang lebih baik

• Memperkenalkan vermikultur berskala besar yang menggunakan cacing untuk memakan dan menukarkan sisa organik kepada baja semula jadi tanpa bau

• Mewujudkan kesedaran terhadap perlunya pelupusan sisa dan pengitaran semula melalui pendidikan. Buat masa ini penghasilan kompos telah digalakkan pada tiga peringkat: komersial, komunal dan seisi rumah

• Bagi sisa di perkampungan atas air, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mempromosi pengitaran semula dengan menggalakkan penduduk untuk mengutip sampah yang akan seterusnya dibeli oleh DBKK daripada mereka

Pada masa ini Sabah menggunakan sistem rawatan sisa air secara bersama dan individu, dan sistem rawatan enap cemar. Kutipan sisa air dan sistem rawatan bersama digunakan di pusat bandar dan kawasan kediaman utama. Tangki septik individu digunakan terutamanya di kawasan kediaman yang lebih lama dan di luar bandar.

(30)

5.2.4.2.2

5.2.5.2

5.2.5

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Projek yang Dirancang atau Dicadangkan

Pengairan

5.2.5.1

Cabaran

Rancangan penswastaan sesetengah fungsi, contohnya, penyelenggaraan dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi cabaran bagi peningkatan dan penyelenggaraan yang betul. Berhubung dengan kumbahan di perkampungan di atas air, sistem baru seperti sistem pembetung vakum boleh membantu mengurangkan kuantiti kumbahan yang dibuang ke laut. Ini dilakukan dengan menyedut kumbahan dan mengangkutnya melalui paip ke tapak rawatan yang terletak di darat.

Pembangunan pengairan dan saliran akan menjadi faktor penyumbang yang sangat penting ke arah memperkenalkan pembangunan pertanian di Sabah. Pertanian berpengairan telah dikaitkan secara tradisional dengan penanaman padi, tetapi sejak tahun 1970an, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah pun membangunkan pengairan tanah tinggi serta menyediakan infrastruktur pengairan untuk tanaman bernilai tinggi. Dalam usaha merancang infrastruktur pengairan bagi pembangunan tanah pertanian yang dicadangkan, DID merancang untuk menyelaraskan usaha ini dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan teliti.

Keluasan kawasan padi di Sabah yang perlu diairi telah meningkat daripada 1,600 hektar pada 1967 kepada 18,167 hektar menjelang tahun 2006, dan purata hasil padi telah meningkat daripada lebih kurang 1 tan setiap hektar kepada lebih kurang 4 tan setiap hektar bagi tempoh yang sama.

DID telah membangunkan hampir 80 skim pengairan. Skim utama terletak di daerah Kota Belud, Keningau, Kota Marudu, Papar dan Tuaran.

Cabaran utama timbul daripada pengurusan sumber air yang lemah, kecurian air daripada kawasan perairan dan kekurangan aplikasi dan amalan pertanian yang baik (disebabkan oleh kekurangan jentera membajak).

• Meningkatkan infrastruktur pengairan dan saliran melalui pelaksanaan projek baru, bagi kedua-dua tanaman padi dan bukan padi

(31)

• Memperbaiki amalan pengurusan air pengairan bersepadu

• Menyediakan bantuan teknikal dalam pembangunan infrastruktur dalam mempelbagaikan tanaman daripada padi kepada tanaman lain yang menguntungkan di kawasan bukan jelapang yang dikenal pasti

Untuk mengekalkan air yang ada untuk pengairan, kerja pembangunan untuk skim pengairan dan saliran akan dijalankan berdasarkan konsep mesra alam sekitar dengan mengambil kira kesan buruk pengairan ke atas alam sekitar.

Pengekalan dan perlindungan alam sekitar ditegaskan bagi semua projek.

5.3

Pembangunan Modal Insan

Berasaskan banci penduduk terkini, pada tahun 2000, jumlah penduduk Sabah mencapai angka 2,603,485. Antara tahun 2000 hingga 2005, Sabah mencatatkan perkembangan penduduk purata pada kadar 2.29% setahun. Penduduk negeri ini rata-rata muda dengan

(32)

Kadar pengangguran Sabah Kadar pengangguranMalaysia

5.8% 6.5% 6.5% 5.4% 5.8% 5.9% 3.1% 3.8% 3.5% 3.5% 3.6% 3.6% 7.0% 6.0% 5.0% 4.0% 3.0% 2.0% 1.0% 2001 2002 2003 2004 2005 2006 0.0% Peratus Pertanian, pemburuan perhutanan dan perikanan

Lain-lain

Pentadbiran awam, pertahanan, perkhidmatan komuniti, sosial dan peribadi

100%

Perlombongan dan kuari Pembuatan

Pembinaan

Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

Kewangan, insurans, hartanah, penyewaan dan aktiviti perniagaan 56.1 41.9 34.0 30.5 11.4 7.7 21.5 4.7 3.5 19.6 8.0 11.4 5.9 17.5 4.6 3.2 21.3 9.1 6.2 12.6 4.2 21.2 4.8 3.2 7.8 2.8 19.0 5.1 0.3 0.6 0.3 0.3 1.8 2.2 2.0 0.9 1980 1991 2000 2006

kerja adalah 64.8%. Kadar pengangguran di Sabah pada tahun 2006 ialah 5.8%, lebih tinggi daripada kadar nasional yang berada pada paras 3.1%.

Rajah 5.15: Trend Kadar Pengangguran

Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006

Pertanian, pemburuan dan perhutanan merupakan sektor terbesar mengikut peratus pekerja yang diambil bekerja mengikut industri (30%). Ini diikuti pula oleh industri perdagangan borong, perdagangan runcit, pembaikan kenderaan serta barangan isi rumah (15.5%).

(33)

30.5% 15.8% 19.6% 3.5% 4.7% 21.5% 7.7% 11.4% Lain-lain

Pentadbiran awam, pertahanan, komuniti, pendidikan, kesihatan, sosial dan perkhidmatan peribadi

Kewangan, insuran, hartanah, penyewaan dan aktiviti perniagaan

Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran

Pembinaan

Pembuatan

0.3% Perlombongan dan kuari Pertanian, pemburuan,

perhutanan dan perikanan

Rajah 5.17: Taburan Individu Bekerja Mengikut Pekerjaan bagi Negeri Sabah, 2006

Sumber: Buku Tahunan Statistik, Sabah, 2006

Terdapat beberapa kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan di Sabah. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, dari pemberian biasiswa secara langsung, pembiayaan, hinggalah ke latihan dan penyediaan sumber.

5.3.1

Cabaran

Untuk memastikan kemampanan pelaksanaan SDC, keperluan modal insan hendaklah dipenuhi oleh bekalan tempatan. Bakal pelabur yang ditemu bual mencadangkan yang kebanyakan majikan memerlukan graduan dalam bidang sains, teknikal atau vokasional (pengurusan percutian, juruteknik, pengurusan ladang). Walau bagaimanapun, hasil temu bual menunjukkan pada ketika ini terdapat terlalu ramai graduan dalam bidang sastera

(34)

5.3.2

Strategi

Kepersisan yang lebih jitu diperlukan dalam menjana modal insan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri pelancongan, pertanian dan pembuatan. Ini akan ditangani dengan pelaksanaan strategi berikut:

• Meningkatkan bilangan pekerja mahir untuk memberikan sokongan penuh kepada pembangunan sektor pelancongan, pertanian serta pembuatan

• Meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan demi membantu negeri ini melalui perubahan daripada ekonomi berasaskan pengeluaran kepada yang berasaskan pengetahuan

• Membangunkan pangkalan data yang sentiasa dikemas kini bagi tenaga kerja berbakat yang sedia ada berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri yang beroperasi di Sabah:

º

Bilangan tenaga kerja dengan jenis bakat yang sedia ada

º

Kajian keperluan tenaga kerja mahir (berdasarkan unjuran ahli industri)

º

Pelajar yang telah dianugerahi biasiswa

• Mewujudkan Majlis Perancangan Modal Insan (HCPC) untuk mengawasi pengumpulan statistik tenaga kerja yang berkaitan, menyelaraskan akademia dan industri, menyelaraskan pesta perekrutan dan membina pangkalan data bagi

• Kekurangan kemahiran, seperti, komunikasi, teknikal, kemahiran tidak ketara (soft skills)

• Bakal pekerja kurang pendedahan • Kekurangan pekerjaan yang sedia ada • Kekurangan graduan yang sesuai • Sesetengah industri belum wujud • Pelabur berpotensi perlu

diyakinkan bahawa mendapatkan tenaga kerja bukan satu masalah

• Wujudkan Majlis Perancangan Modal Insan (HCPC) melalui agensi pelaksana sehenti: º Selaraskan antara industri dan akademia º Latihan bekerja industri

º Mengukuhkan pusat perkhidmatan kerjaya

• Dalam SEDIA dan HCPC pegawai pelaburan akan menjamin perkhidmatan dari segi mendapatkan kemahiran, tenaga kerja bagi industri

• HCPC akan mengumpulkan statistik tenaga kerja dan membina pangkalan data mengenai mereka yang kembali ke Sabah

Cabaran Industri Sedia Ada Industri Baru • Pelancongan • Pertanian • Hiliran Minyak Sawit • Biotek

Penyelesaian yang dicadangkan

(35)

• Meningkatkan program latihan secara drastik, iaitu para pelajar yang masih menjalani kursus boleh bekerja dalam industri semasa dengan peluang untuk mendapat jawatan tetap selepas tamat pengajian. Kesemua pemegang biasiswa Yayasan Sabah hendaklah diwajibkan untuk melaksanakan latihan bekerja semasa cuti

• Memperluaskan keupayaan pendidikan sains dan teknologi, latihan dan pendaftaran demi menyokong pembangunan sektor pertanian dan pembuatan pada masa hadapan. Meningkatkan nisbah kepada 70:30 (sains kepada kemanusiaan)

• Meningkatkan dan menambahbaik profil dan kepentingan kerjaya dalam bidang pertanian, pembuatan dan pelancongan. Ini boleh dicapai dengan membawa personaliti pemimpin yang dihormati dalam industri masing-masing ke universiti- universiti dan kolej-kolej latihan untuk memberi pandangan dan kata-kata semangat mengenai tugas dan pekerjaan yang mereka jalankan

• Meningkatkan profil Sabah sebagai destinasi pilihan bagi bakal saintis / penyelidik dalam bidang pembuatan dan pertanian dan memastikan berlakunya pemindahan kemahiran dan ilmu kepada tenaga kerja setempat

• Mewujudkan insentif (sumbangan bantu mula dan sebagainya) bagi menggalakkan warga Sabah yang berbakat untuk melabur dalam masa depan Sabah. Dana boleh disalurkan ke arah kerja-kerja usaha sama penyelidikan. Saintis dan bekas eksekutif MNC seharusnya boleh memohon pinjaman mudah bagi tujuan penyelidikan dan kemudiannya diberi insentif dalam bentuk penukaran pinjaman mudah tersebut kepada sumbangan bantuan sekiranya mereka berjaya mencapai sasaran penting yang ditetapkan. Program seperti ini akan memerlukan panel kajian semula setaraf untuk memastikan kebolehlaksanaan projek seperti ini

• Di samping itu, pusat latihan dan kemahiran sedia ada seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Pusat Teknologi Kemahiran Sabah (SSTC), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Politeknik Kota Kinabalu akan memainkan peranan penting dalam menjana modal insan yang sesuai bagi memenuhi keperluan Sabah

5.3.3.1

Hab Pendidikan Sandakan

Selaras dengan tumpuan yang diberikan dalam RMKe-9, iaitu untuk meningkatkan kualiti modal insan, inisiatif SDC akan mengukuhkan pembinaan kapasiti untuk membangunkan modal insan yang berilmu, mahir dan inovatif demi memacu negeri ini ke arah ekonomi

(36)

SEH juga akan menyediakan segala infrastruktur yang diperlukan bagi penyelidikan pertanian dan ekologi seperti makmal sains dan sebagainya. Pusat penyelidikan dan pembangunan dan beberapa pusat latihan kemahiran bagi program pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, biodiversiti dan kehidupan liar, industri bioteknologi dan pembuatan minyak sawit dan hiliran juga turut dirancang untuk hab ini.

Setakat ini, lima kolej telah menyatakan minat mereka untuk membina kampus mereka di Sandakan. Mereka merupakan:

• MRSM / MARA

• Universiti Malaysia Sabah – Sekolah Pertanian • Politeknik Sandakan

• Kolej Tunku Abdul Rahman

• Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri

(37)

5.3.3.2

Hab Pendidikan Pedalaman

Sub-Wilayah Tengah merupakan jalur pertanian dan penghasilan makanan utama Sabah. Di sinilah juga letaknya ikon yang sudah termasyhur di dunia, Gunung Kinabalu dan warisan budaya yang begitu kaya. Malangnya, kemiskinan begitu meluas di Sub-Wilayah Tengah ini. Untuk menentukan supaya anugerah alam semula jadi ini dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan pendapatan bagi penduduk di sini, terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah kelompok institusi pendidikan dan latihan bagi membina modal insan di sub-wilayah ini yang dikenali sebagai Hab Pendidikan Pedalaman.

Hab Pendidikan Pedalaman ini mungkin boleh dimulakan oleh Yayasan Sabah bagi membina sumber untuk sektor pelancongan dan pertanian, terutamanya dalam industri kraftangan, produk asli istimewa, makanan dan ternakan; disamping melatih usahawan tani, dan membangunkan perniagaan tani. Yayasan Sabah juga mungkin boleh mempertimbangkan penubuhan sekolah dan kolej berasaskan model MRSM-Yayasan Terengganu untuk pelajar cemerlang daripada sekolah luar bandar terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (rujuk Bab 6).

(38)

Referensi

Dokumen terkait

Informasi kesesuaian lokasi rencana usaha dan/atau kegiatan dengan rencana tata ruang seperti tersebut di atas dapat disajikan dalam bentuk peta tumpang susun

Dari hasil penelitian ditarik suatu kesimpulan bahwa sorgum, jewawut dan ketan hitam adalah komoditi serealia yang potensial karena memiliki nilai nutrisi yang baik dan

Usaha paling awal yang dapat dilakukan untuk mengetahui sifat dasar dan aspek dominan naskah dalam telaah struktur Serat Lokapala ini, menurut hemat

Berbagai nubuatan yang tercatat di dalam Alkitab yang telah digenapi secara literal seharusnya sudah mampu meyakinkan setiap orang Kristen untuk mengakui kekristenan adalah

T 2 Jika menunjukkan sudah ada usaha untuk menerapkan konsep/prinsip dan strategi pemecahan masalah yang relevan yang berkaitan dengan mengidentifikasi fungsi

Untuk itu penulis bermaksud mengadakan penelitian ilmiah yang akan dituangkan ke dalam skripsi dengan judul “Konstruksi Pemberitaan Kecelakaan Pesawat Sukhoi Superjet 100

Karena gigi yang sehat akan meminimalisasi timbulnya penyakit yang lebih serius pada organ tubuh lainnya .Masalah gigi yang sejauh ini kerap terjadi adalah karies atau lubang

Akan tetapi hubungan antara curah hujan dan suhu udara dengan peningkatan jumlah penderita DBD tidak dapat dimodelkan dengan metode ARIMA, karena metode ini hanya untuk satu