KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KOTA KINABALU
PROGRAM DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
AMBILAN JANUARI 2012
CONGENITAL TALIPES
CASE STUDY
NAMA PELATIH
: MOHD NUR YADIE BIN YUNALISA
NO. KAD PENGENALAN : 931226-12-7027
Pengenalan
Talipes berasal daripada perkataan latin iaitu talus yang membawa maksud buku lali dan pes yang membawa maksud kaki.
Talipes ataupun nama lainnya clubfoot adalah satu jenis kecacatan kongenital yang melibatkan kaki dan buku lali. Clubfoot adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan kecacatan umum dimana kaki berubah/bengkok dari keadaan atau posisi normal.
Kecacatan talipes ini boleh berlaku kepada bayi samada sebelah kaki sahaja ataupun kedua-belah kaki. Tidak dinafikan, ketika dalam kandungan kaki bayi yang mengalami talipes telah terpulas disebabkan kedudukan bayi tersebut didalam kandungan tersebut. Walaubagaimanapun, kaki bayi tersebut boleh di luruskan dengan hanya memulas ia kembali dan ini di panggil gangguan pseudo-talipes.
Congenital talipes-Equinovarus atau biasa disebut dengan clubfoot adalah kecacatan umum yang terjadi terhadap kanak-kanak. Kecacatan ini merupakan kecacatan yang boleh mengakibatkan kelainan pada kemampuan kaki untuk melakukan fleksi baik pada bahagian pergelangan kaki, inverse pada kaki, adduksi pada kaki depan dan putaran pada bahagian tibia. Kecacatan ini boleh di klasifikasikan kepada:-
1. Talipes Varus- inverse atau membengkok kedalam 2. Talipes Valgus- eversi atau membengkok ke luar
3. Talipes Equinus- plantar fleksi dimana jari-jari lebih rendah daripada tumit 4. Talipes Calcaneus- dorsofleksi dimana jari-jari lebih tinggi daripada tumit
PENYATAAN MASALAH
Kebiasaannya kecacatan talipes berlaku pada bayi yang baru lahir sekurang kurangnya 1 atau 2 dalam 1000 kelahiran. Purata bagi kelahiran ini adalah 2:1 bagi lelaki dan perempuan. Sehingga sekarang tiada hujah yang kukuh mengenai punca sebenar mengapa bayi lelaki lebih ramai yang daripada perempuan yang mengalami kecacatan ini.
Di Malaysia, kerana kelalaian ibu bapa, clubfoot tetap akan menjadi masalah yang ketara dan kadang-kadang menmpunyai prognosis yang kurang bagus kerana tidak diberi rawatan yang cepat. Ini akan menyebabkan kecacatan yang sementara kepada bayi boleh menjadikan ia kecacatan yang kekal kepada seseorang untuk sepanjang hayatnya.
Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang mengambil tahu tentang penyakit kongenital ini adalah faktor menyebabkan kadar bayi mengalami clubfoot yang dapat di rawat tidak dapat disifarkan. Mereka juga selalunya tidak mematuhi rawatan seperti berjumpa semula dengan pegawai perubatan untuk temujanji atau rawatan susulan dan tidak memandang serius tentang perkara ini.
PENCARIAN LITERATUR
Penyakit talipes equinovarus pertama kali diperkenalkan ke dalam kesusteraan perubatan oleh Hippocrates pada 400 sebelum masihi. Beliau mengakui bahawa salah satu faktor penyakit ini adalah bawaan sementara faktor yang lain adalah diperoleh bayi semasa di awal proses perkembangan janin dalam kandungan.
Kebiasaannya kecacatan talipes berlaku pada bayi yang baru lahir sekurang kurangnya 1 atau 2 dalam 1000 kelahiran. Purata bagi kelahiran ini adalah 2:1 bagi lelaki dan perempuan. Sehingga sekarang tiada hujah yang kukuh mengenai punca sebenar mengapa bayi lelaki lebih ramai yang daripada perempuan yang mengalami kecacatan ini
Di Amerika Syarikat, adalah sekitar 2,29 per 1000 kelahiran hidup; 1.6 per 1000 kelahiran hidup pada caucarian; 0.57 per 1000 di Orientals; 6.5 menjadi 7.5 per 1000 di Maoris; 0.35 per 1000 di Polynesia dan setinggi 49 per 1000 kelahiran hidup pada Hawaii.
Di Malaysia, Boo dan Ong melaporkan kejadian clubfoot 1.3 per seribu kelahiran hidup. Purata lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan iaitu 2:1 dengan 50% kes adalah kes bilateral. Selain itu, kecacatan pada kaki sebelah kanan adalah lebih tinggi berbanding sebelah kiri. Kemungkinan kes clubfoot ini terjadi pada bayi kembar adalah 1 dalam 35. Walaupun ini mungkin berlaku kerana pengarah polygenetic dan boleh juga menunjukkan hal itu terjadi kerana adanya dominan dari gen autosomal.
Congenital talipes-Equinovarus
Congenital talipes-Equinovarus (CTEV) atau biasa disebut dengan clubfoot adalah kecacatan umum yang terjadi terhadap kanak-kanak. Kecacatan ini merupakan kecacatan yang boleh mengakibatkan kelainan pada kemampuan kaki untuk melakukan fleksi baik pada bahagian pergelangan kaki, inverse pada kaki, adduksi pada kaki depan dan putaran pada bahagian tibia. Kecacatan ini boleh di klasifikasikan kepada:-
1. Talipes Varus- inverse atau membengkok kedalam 2. Talipes Valgus- eversi atau membengkok ke luar
3. Talipes Equinus- plantar fleksi dimana jari-jari lebih rendah daripada tumit 4. Talipes Calcaneus- dorsofleksi dimana jari-jari lebih tinggi daripada tumit Pada dasarnya CTEV diklasifikasikan kepada dua kumpulan:
1. Jenis ekstrinsik/fleksibel
-jenis ini kadang-kadang disebut juga sebagai jenis konvensional yang merupakan CTEV yang senang untuk di rawat dengan rawatan konservatif. Kaki dalam kedudukan equinovarus akan tetapi fleksibel dan mudah untuk dirawat dengan tekanan manual.
2. Jenis intrinsik/rigid
-40% kes CTEV adalah daripada jenis ini yang merupakan kecacatan yang sukar untuk di pulihkan menggunakan rawatan konservatif. Jenis ini bercirikan dengan betis yang kurus, tumit yang kecil dan tinggi, kaki lebih kaku dan kecacatan yang hanya diperbetulkan sebahagian atau sedikit dengan tekanan manual atau manipulasi.
Anatomi
Pesakit yang mengalami CTEV akan mengalami pemanjangan pada ligament di bawa malellous literalis iaitu ligamen ligament calcaneofibulare, sehingga sendi di antara tulang-tulang tarsal tidak dapat bergerak seperti biasa dan tulang-tulang pedis mengalami kecacatan. Kaki bahagian depan dan tengah inversi dan adduksi. Ibu jari kaki kelihatan agak menarik balik. Bahagian sisi kaki cembung, bahagian medial kaki cekung dengan alur atau cekungan pada bahagian medial plantar kaki. Kaki bahagian equinus, tumit akan tertarik dan mengalami inverse, terdapat lipatan kulit melintang yang dalam pada bahagian atas belakang sendi pergelangan kaki. Atrofi otot betis, betis kelihatan mengecil, tumit kelihatan kecil dan sukar untuk di palpasi.
Patofisiologi
Clubfoot adalah bukan kecacatan embrionik yang mana kaki pada mulanya normal akan menjadi clubfoot pada trimester kedua kehamilan. Clubfoot jarang dikesan pada janin yang berumur di bawah 16 minggu. Bentuk sendi-sendi tarsal relative akan bertukar kerana perubahan pada tulang tarsal. Forefoot yang pronasi, menyebabkan arcus plantar menjadi lebih konkaf(cavus). Tulang metatarsal tampak flexi dan makin ke medial makin bertambah flexi.
Etiologi
1. Idiopathik- beberapa pendapat bahawa clubfoot tejadi dengan sendirinya
2. Intrauterine Environment- Heuter dan Von Volkman(1863) berpendapat bahawa fetal development early dalam kehidupan embrio adalah penyebab clubfoot dan teori ini di setujui oleh bohm(1929) setelah membuat kajian lanjut.
3. Keturunan- Clubfoot merupakan penyakit yang biasa disebabkan oleh keturunan yang mana hal ini biasa diwariskan daripada ibu atau bapa pesakit itu. Wyne davis menyatakan bahawa warisan poligenik lebih terdedah kepada pengaruh persekitaran dimana pada kromosom terdapat defek dari sel germinativum yang tidak disenyawakan dan muncul sebelum persenyawaan.
4. Ada juga teori yang menyatakan bahawa tekanan yang tinggi dalam uterus boleh menyebaban terjadinya clubfoot
Manifestasi klinikal
Kecacatan clubfoot mudah untuk dikenalpasti dengan meneliti kaki bayi yang sudah lahir.Antara ciri-cirinya:
i. Kes bilateral- sebelah kaki lebih teruk
ii. Kes unilateral- betis terlibat kecil dan kurang berkembang
iii. Kecacatan bermula pada tisu lembut dan akhirnya merebak pada tulang
iv. Otot-otot dan tendon berkembang tidak sempurna dimana ia akan mengecut secara keras
dan liat di sebelah dalam kaki serta menegang disebelah luar
v. Tendon archilles memendek
vi. Talus boleh dirasa pada bahagian belakang
vii. Kalkaneum senget ke tengah
viii. Tumit kecil dan tidak berkembang dengan sempurna
Investigasi
Kebiasaannya bagi kes CTEV ini, dapat ditentukan dengan hanya melihat secara mata kasar sahaja untuk menentukan jenis kecacatan.Tetapi, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk melihat kedudukan tulang yang mengalami kecacatan. Oleh itu, pemeriksaan yang dilakukan adalah dengan menggunakan X-ray.
Rawatan
1.Konservatif
Rawatan awal perlu dilakukan dengan secepat yang mungkin dimana 3minggu yang pertama selepas lahir adalah waktu yang sesuai kerana ligamentosa bayi yang baru lahir masih lembut disebabkan pengaruh hormon maternal. Pada masa ini, tulang bayi masi lembut dan boleh di manipulasikan setiap hari. Kaedah ini memerlukan kesabaran kerana ia bukanlah dapat dicapai dengan sekali tetapi ia mestilah dilakukan setiap hari oleh ahli fisioterapi yang berkemahiran.
Teknik memanipulasi adalah dengan memegang tulang calcaneus dengan jari telunjuk dan ibu jari dari tangan satu lagi menarik kea rah distal sehingga tumi tertarik ke bawah. Selepas itu, kawasan calcaneocuboid di tarik hingga ia menjadi dorsofleksi sehingga seluruh bahagiankaki inverse. Tidak boleh melakukan stretching ke bahagian tengah kaki dengan melakukan posisi dorsofleksi forefoot akan menyebabkan patah sendi secara melintang.
2.Rawatan Pembedahan
Dilakukan apabila rawatan konservatif tidak menunjukkan sebarang kemajuan selama 2-3 bulan ataupun terhadap komplikasi terhadap rawatan konservatif selepas rawatan dimulakan. Pembedahan yang dilakukan tidak boleh dilakukan dengan serta merta tetapi mestilah berdasarkan beberapa syarat iaitu:
i. usia anak yang melebihi 1 tahun
ii. komplikasi yang ada selepas rawatan konservatif Rawatan pembedahan:
i. Pembetulan tisu lembut iaitu prosedur yang dilakukan pada kanak-kanak dibawah umur 5
tahun. Pada usia ini biasanya belum ada kecacatan pada tulang kaki dan jika dilakukan pembedahan pada tulang kaki di khuatiri akan merosakkan tulang kaki dan sendi kartilago yang masih tidak matang. Pembetulan dilakukan pada otot dan tendon
ii. Pembedahan pada tulang atau osteotomi adalah dilakukan selepas usia anak mencapai umur 5-10 tahun. Kerana pada usia ini biasanya telah berlaku kecacatan struktur tulang. Selepas melakukan pembedahan, pemasangan cast wajib dilakukan untuk mengekalkan kedudukan tulang yang baru di bedah tadi. Pemasangan long cast/ above knee cast dilakukan selama 2-3 minggu. Semasa ia diganti, ia mestilah di periksa kedudukan kaki kanak-kanak tersebut dan juga luka jahitan dan selepas itu pemasangan short leg cast selama 3minngu. Jumlah imobilisasi kaki adalah 6minggu dan seterusnya pemasangan splint dennis browne.
Pemakaian kasut kjas juga perlu dengan bertujuan membantu kaki memperbaiki keseimbangan kaki ketika kanak-kanak tersebut sedang berdiri atau berjalan.
Rumusan
Congenital talipes equino varus (CTEV) sering juga disebut sebagai clubfoot adalah kecacatan yang merangkumi fleksi dari pergelangan kaki, adduksi dari kaki depan dan bengkokan media dari tibia. Talipes berasal dari perkataan talus(ankle) dan pes(foot) yang menyebabkan seseorang itu berjalan dengan menggunakan ankle atau buku lalinya. Dan equinovarus berasal adri Equino(ekor kuda) dan varus(bengkok kea rah dalam/medial). Kejadian clubfoot adala 1 dalam setiap 1000 kelahiran hidup dan bayi lelaki lebih banyak yang mengalami kecacatan iaitu nisbah 1:2.
Oleh itu, seseorang bayi ataupun kanak-kanak yang kita jumpa di klinik kesihatan perlulah untuk dirujuk di hospital yang berkenaan untuk rawatan selanjutnya kerana kecacatan ini boleh di perbaiki.
Rujukan
1. Buku Ilmiah
I. Ponseti IV clubfoot management. J Pediatr Orthop Nov-Dec 2000;20 (6): 699-700
II. Rasjad Chairuddin. Pengantar Ilmu Bedah Orthopedik. Edisi 3 2009. Jakarta: PT. Yasrif Watampone
III. Roye BD, Hayman J, Roye Dp Jr. Congenital idiopathic Talipes equino-varus. Pediatr Rev 2004; 25:124-30