• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia1SenFBAds

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia1SenFBAds"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, izinkan saya perkenalkan diri dahulu. Nama saya Hakimi Nurazlan.

Saya ingin menyatakan jutaan terima kasih kerana memilih untuk muat turun panduan PERCUMA ini.

Tetapi anda jangan salah anggap kerana walaupun panduan ini PERCUMA, tetapi ia mengandungi teknik terkini dan rahsia untuk menjalankan kempen iklan facebook yang berjaya. Dan mudah-mudahan In Sha Allah kita berjaya mencapai

matlamat RM0.01 per klik.

Anda cuma perlu mengikuti langkah demi langkah untuk berjaya. Tiada up sell, tiada affiliate link, tiada teori cuba-cuba.

Kesemuanya teknik terbukti berkesan yang anda boleh gunakan dengan segera. Dengan lafaz Bismillah, Mari kita mulakan.

(3)

PENGENALAN

Sebelum kita bermula, ingin saya perjelaskan di sini beberapa perkara yang saya kira penting dan membantu anda maju ke hadapan. Mungkin anda pernah dengar, tetapi apa salahnya untuk memperingati.

• CPC (Cost Per Click) = Kos iklan anda per klik

• CPM (Cost Per Impressions) = Kos iklan anda per impressions • CTR (Click Through Rate) = Kadar klik yang anda dapat

Kunci disini yang perlu kita ingat ialah:

Apa maksudnya di sini? Bahasa yang paling mudah yang boleh saya simpulkan di sini ialah apabila anda berjaya targetkan prospek yang tepat, anda akan mendapat respon yang tinggi dengan ramai prospek yang klik iklan anda. Semakin ramai prospek klik, semakin rendah kosnya kerana Facebook akan merendahkan kos anda apabila anda mendapat klik yang tinggi. Matlamat kita adalah hendak mencapai 1 sen per klik menjadikan kos yang paling rendah yang kita boleh dapat. Tiada lagi mana-mana tempat yang anda boleh dapat kos

serendah ini untuk satu klik. Hanya di Facebook buat masa ini. Apabila anda menggunakan empat rahsia di bawah, kita boleh mencapai matlamat kita..

(4)

4 Rahsia Untuk Kempen Iklan

Facebook Yang Efektif

Jika saya hendak membuat satu rumusan, sebenarnya cuma terdapat empat perkara penting yang perlu kita kuasai untuk berjaya dalam kempen iklan di Facebook:

1. Targeted Audience – Kita perlu mengiklankan pada prospek yang tepat dan relevan. Barulah akan dapat klik yang tinggi. Ini adalah kunci paling penting untuk berjaya di iklan Facebook

2. Gambar Yang Menarik Perhatian – Gambar adalah faktor kedua

terpenting untuk GRAB perhatian prospek. Perhatian prospek akan tertumpu pada gambar dahulu, kemudian barulah tajuk atau headline dan kemudian ayat iklan kita.

3. Tajuk Yang Relevan – Tajuk kita perlulah relevan supaya prospek faham akan apa yang kita hendak sampaikan. Di sinilah kita membina kepercayaan dan minat prospek.

4. Call To Action (CTA) Yang Jelas – Disinilah kita buat closing dengan prospek. Tanpa CTA kebarangkalian prospek tidak membuat apa-apa dengan iklan kita adalah tinggi.

Panduan ini akan membincangkan mengenai empat perkara yang di atas satu persatu. Kita akan mengorek dan merungkaikan satu persatu komponen penting untuk berjaya dalam kempen iklan Facebook.

(5)

Targeted Audience

Anda boleh membuat iklan dengan gambar yang paling cantik dan headline yang menarik, tetapi jika anda target pada prospek yang salah anda pasti gagal dalam kempen iklan anda. Saya percaya jika iklan anda tak secantik mana pun, tetapi jika anda target pada prospek yang tepat, anda pasti dapat membuat sales.

Oleh itu, mari kita mengkaji bagaimana nak target prospek yang tepat untuk niche anda. Apabila anda sampai ke bahagian Create Your Audience ketika mebuat iklan, anda akan disambut dengan skrin seperti di bawah ini.

Age & Gender : Untuk menentukan umur dan jantina, anda kene jadi detektif

dan buat satu penyiasatan sedikit untuk memnentukan kedua-dua faktor ini. Saya ada bincangkan di blog saya secara menyeluruh di sini. Teknik yang saya

bincangkan ialah Teknik Ninja. Melalui teknik ini kita menggunakan beberapa website yang lain untuk menentukan umur dan jantina prospek. Saya cadangkan anda untuk pergi ke blog saya untuk menguasai teknik ini dengan sempurna.

Broad categories : Kategori ini dicipta oleh Facebook, dan Facebook

menggunakan pelbagai data untuk membuat segmen semua penggunanya. Tetapi ini adalah terlalu meluas dan anda mungkin target prospek yang tiada kena

(6)

Locations : Yang ini terpulang kepada penduduk negara mana yang anda

hendak target. Memandangkan kita penduduk Malaysia dan business kita pun untuk orang Malaysia, maka logiknya kita target penduduk Malaysia. Tetapi andai kata business anda sampai International, maka anda pilihlah negara mana yang sesuai dengan business anda. Jika anda lebih spesifik untuk sesuatu negeri, maka anda pilihlah negeri berkenaan. Business servis seperti servis kereta atau aircon mungkin boleh pilih negeri yang lebih spesifik.

Kita teruskan lagi.

Education, Workplaces, Languages : Ketiga-tiga faktor ini kita

jarang nak ubah, sebab faktor ini sudah cukup elok jika ditinggalkan seperti itu sahaja. Anda perlu gunakan ini jika target kepada mereka di sesuatu sekolah atau tempat kerja yang spesifik. Tetapi kita jarang sekali akan berbuat begitu.

(7)

Precise Interests : Di sinilah rahsia untuk target prospek yang spesifik.

Kita boleh cuba untuk bermain-main dengan pilihan di sini. Anda boleh masukkan topik yang berkaitan dengan niche anda. Sebagai contoh, jika niche saya ialah tentang kesihatan, maka perkataan yang akan saya letakkan adalah kesihatan, diet, pemakanan seimbang, makanan berkhasiat, dan lain-lain lagi. Anda boleh cuba untuk letak pelbagai topik di sini selagi tidak lari daripada niche. Untuk

menggunakan seluruh potensi Precise Interests, saya ada bincangkan penggunaannya secara menyeluruh di sini.

Interested In : Kita boleh memilih target market berdasarkan jantina disini.

Jika anda menjual barangan yang sesuai untuk wanita, anda pilih Women di sini supaya iklan hanya muncul untuk wanita. Begitu juga sebaliknya. Jika tidak, biarkan sahaja di pilihan All.

Relationship Status : Pada saya kita biarkan sahaja buka kepada semua

status kerana produk saya tidak perlu untuk seseorang itu berada di dalam status yang spesifik. Tetapi jika produk anda begitu, anda buatlah pilihan yang sesuai berkenaan produk anda.

Biasanya audience yang saya target saya akan cuba kecilkan jumlahnya sampai 50,000 atau 100,000. Anda tidak perlu target hingga berjuta-juta orang. Cuba yang mampu untuk kecilkan audience dengan menambah pilihan di Precise Interests. Ini sahajalah yang perlu kita buat untuk mencari target audience yang spesifik.

(8)

Gambar Yang Menarik Perhatian

Sekarang anda sudah berjaya melakukan salah satu daripada empat

komponen untuk menjalankan kempen iklan Facebook yang berjaya, sudah tiba masanya kita belajar komponen yang kedua iaitu memilih gambar yang betul. Anda sudah memilih target prospek yang betul, apa pula yang perlu anda lakukan untuk menarik perhatian mereka? Disinilah gambar atau imej memainkan peranan.

Walaupun agak mustahil untuk memilih satu gambar yang 100% berkesan, tetapi saya akan kongsikan dengan anda teknik memilih gambar yang setakat ini berkesan untuk saya dan otai-otai bisnes yang lain.

Elakkan Daripada Menggunakan Logo - Logo adalah lambang sesuatu

perniagaan dan tidak melahirkan apa-apa hubungan dengan prospek. Logo juga tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada prospek. Kita hendak membina kepercayaan dengan prospek di sini, maka kalau boleh kita guna gambar yang melahirkan hubungan sosial.

Gunakan Gambar Muka Seseorang – Kalau boleh, sentiasalah gunakan gambar

atau imej yang ada muka seseorang. Tiada gambar yang boleh kalahkan gambar yang mempunyai muka orang yang sedang merenung kepada kita. Lihat dua contoh gambar di bawah mengenai topik Travel.

Mana satu gambar yang lebih memberi impak kepada yang melihat? Melalui pengalaman saya, gambar muka orang lebih menerima klik daripada gambar permandangan.

Letak Border Di Gambar – Ini adalah satu teknik yang berkesan yang akan

(9)

terpampang? Border warna merah itu memberi kesan kepada mata prospek untuk segera melihat gambar tersebut.

Elak Menggunakan Gambar Warna Biru – Anda haruslah elak daripada

menggunakan gambar yang terlalu banyak warna biru. Ini kerana Facebook sendiri berwarna biru putih, maka kite kena elakkan daripada menggunakan gambar yang terlalu berwarna biru.

Sumber – Untuk menambah border merah secara percuma di online, anda boleh

gunakan http://www.ribbet.com ataupun http://www.pixlr.com. Saya menggunakan kedua-dua servis kerana mudah dan percuma.

(10)

Tajuk Yang Relevan

Pernahkah anda perasan kebanyakan ayat jualan adalah seakan-akan sama? Sesuatu seperti “Anda ibu mengandung yang tak suka minum susu?” atau “Nak buat income 5 angka macam kami” atau “Nak kurus?” dan bermacam-macam lagi.

Inilah yang dinamakan teknik copywriting, copywriting ini ditulis dengan tujuan untuk menarik minat prospek dan menjual. Sekiranya anda telah membuat target audience yang tepat, kebanyakan prospek akan menjawab “Ya, saya nak.” kepada soalan itu.

Untuk iklan Facebook, kita akan menggunakan teknik yang sama. Kita akan menanyakan kepada prospek soalan yang relevan kepada prospek supaya porspek akan mengatakan “Ya, saya nak.” kepada iklan anda.

Apakah contoh soalan? Di sini saya senaraikan soalan yang anda boleh guna:

• Anda Nak …. ? • Anda Suka …. ? • Mahukah Anda …. ?

• Tidak Mahukah Anda …. ? • Masih Dibelenggu …. ? • Jangan Lepaskan …. ! • Perhatian …. ?

• Jom …. ?

• Adakah Anda Masih …. ? • Adakah Anda Bimbang …. ? • Anda Perlukan …. ?

• Anda Tidak Ingin …. ? • Bila Lagi Anda Nak …. ?

• Ingin Tahu Sesuatu Tentang …. ?

Anda nampak bagaimana? Soalan mudah tetapi berkesan. Anda jangan fikir terlalu banyak dan terus sahaja menulis ayat persoalan seperti ini. Cuma anda perlu tanya soalan yang berkaitan dengan niche anda, itu sahaja.

(11)

Call To Action Yang Jelas

Anda telah target prospek yang betul. Anda telah menarik perhatian prospek dengan gambar yang menarik dan tajuk yang relevan. Tetapi sekiranya anda lupa untuk tulis ini, anda akan kehilangan prospek tersebut.

Call To Action (CTA) boleh dikatakan closing yang paling penting untuk memberitahu prospek apa yang perlu dibuat setelah membaca iklan anda.

Sekiranya anda tidak menulis CTA, kemungkinan prospek tidak berbuat apa-apa adalah amat tinggi.

Contoh CTA yang anda boleh tulis: • Klik Sini Untuk …. !

• Klik Like Jika …. ! • Baca Sini …. !

• Download Sini Sekarang …. ! • Dapatkan … !

Mudahkan? Anda hanya perlu straightforward tanpa perlu pening nak fikir ayat panjang-panjang. Prospek lebih gemar ayat yang simple dan straightforward. Cuba anda fikirkan, kita telah tanya prospek soalan “Anda nak kurus?” di tajuk iklan kita, maka CTA haruslah menjawabnya dengan “Klik Sini Untuk Kurus!”. Begitu sahaja. Straight to the point. Kita tidak mahu prospek berfikir panjang dan kalau boleh kita buat iklan yang mudah untuk mereka fahami.

(12)

Strategi Bidaan Dan Budget

Iklan

Setelah anda buatkan semua strategi di atas dan berjalan dengan lancar, kemungkinan CPC akan turun adalah amat tinggi. Syaratnya adalah anda perlu tingkatkan CTR. Itu yang penting. Kita akan melihat segmen budget iklan.

Untuk ruangan di atas anda boleh biarkan saja seperti yang tertera. Cuma Campaign Budget anda boleh ubah ikut budget anda. Biasanya saya letak RM 5 - RM 10 sehari untuk kos iklan saya. Jika budget anda tinggi, Facebook akan

pamerkan iklan anda banyak kali dalam sehari.

Untuk Campaign Schedule pula, biasanya saya letak Run my campaign continuously starting today. Anda boleh mengubah di sini mengikut masa yang anda rasa sesuai. Apabila anda mahu berhenti beriklan anda hanya cuma perlu tekan pause. Kita ke segmen yang seterusnya iaitu Bidding and Pricing.

(13)

Apabila saya menjalankan iklan di Facebook, saya akan sentiasa

menggunakan CPC. Jika anda biarkan setting yang default, iaitu Automatically optimize my bid to get more clicks, kemungkinan anda akan membayar lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

Seperti yang anda lihat di gambar di atas, kos CPC saya amat tinggi. Tetapi ini disebabkan saya tidak target mana-mana prospek lagi. Sekiranya anda sudah targetkan prospek, kosnya akan menurun. Dan akan menurun lagi setelah anda jalankan iklan selepas dua jam. Anda harus ingat selepas dua jam, anda perlu periksa semula kos CPC anda. Selalunya ia akan menurun selagi anda maintain CTR yang bagus. Saya sendiri akan memeriksa iklan saya dua jam sekali untuk melihat dan menukar bidaan mengikut keperluan.

Ada satu tip penting untuk anda. Rujuk gambar di atas. Kita akan gunakan contoh gambar ini. Bidaan yang disarankan adalah dalam RM0.28 – RM0.50. Jika anda letak RM 0.28, iklan anda akan jarang-jarang dipamerkan. Untuk Facebook pamerkan iklan anda dengan kerap, saya sarankan anda letak CPC yang tinggi untuk bidaan yang tertinggi. Sebagai contoh di atas, Suggested Bid paling tinggi ialah RM0.50, maka saya akan letak dalam lingkungan RM0.80. Jangan risau, sebenarnya anda tidak akan bayar sebanyak itu. Apa yang anda lakukan adalah anda sebenarnya memberitahu Facebook yang anda bersedia untuk membayar lebih untuk pamerkan iklan. Sekiranya anda berada dalam niche yang kompetitif, CPC anda yang tinggi akan mengalahkan pesaing anda, dan seterusnya Facebook

(14)

akan menunjukkan iklan anda. Katakanlah pesaing anda meletak bidaan dalam RM0.60. Tetapi anda sudah letakkan RM0.80 tadi. Disebabkan ini, pesaing anda akan kalah kepada anda selepas anda naik membida sehingga RM0.61. Pesaing anda hanya membida sampai RM0.60. Semua proses ini berlaku belakang tabir dan kita tidak akan nampak semua ini. Tetapi secara kasarnya, beginilah bidaan yang dilakukan Facebook.

Setelah anda menjalankan kempen untuk sehari, anda akan dapat melihat kiraan CTR anda. Biasanya target anda hendaklah mendapatkan 0.1% CTR. Sekiranya anda mendapat 0.2% - 0.3% CTR maka kos iklan anda akan menurun.

Sekiranya selepas sehari CTR anda jatuh sehingga 0.05%, sudah tiba

masanya anda hentikan iklan. Ubah mana yang patut untuk iklan anda. Sekiranya anda yakin dengan produk, maka saya cadangkan untuk anda teruskan promosi, cuma anda perlu tukar tajuk dan copywriting untuk menaikkan CTR dan

menurunkan CPC.

Jika semuanya berjalan lancar, In Sha Allah kita akan mencapai matlamat untuk mendapat RM0.01 CPC. CTR anda hendaklah sekurang-kurangnya dalam 8% barulah ada peluang untuk mencapai RM 0.01 CPC. Buat masa sekarang kos CPM agak tinggi setelah Facebook update sistemnya. Buat masa ini saya

(15)

Penutup

Dengan gabungan kesemua rahsia dan teknik yang dibincangkan di panduan ini, saya yakin anda mampu menjalani kempen iklan Facebook yang sukses.

Mungkin pada mula agak sukar untuk kickoff iklan supaya berjalan, tetapi setelah aktif kempen akan meletup In Sha Allah.

Jangan takut kepada kegagalan, cuba strategi yang diincangkan, risiko anda amatlah rendah. Sekiranya berjaya pulangannya amatlah tinggi dan berbaloi.

Alhamdulillah, saya harap perkongsian saya ini dapat memberi panduan untuk memulakan kempen iklan di Facebook.

Tahniah kerana anda telah baca sampai habis.

Kepada anda yang baru memulakan untuk cuba iklan di Facebook, anda tidak keseorangan, dan panduan ini BELUM tamat di sini....

Banyak lagi rahsia yang saya kongsikan secara PERCUMA di blog saya.

Layarilah blog saya untuk mendapatkan teknik terbaru di

Referensi

Dokumen terkait

Turbin Crossflow terdiri dari nosel yang mempunyai penampang berbentuk persegi panjang dengan lengkungan pada bagian penutup atasnya yang berfungsi mengarahkan aliran ke sudu pada

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a perlu menetapkan Keputusan Kepala Desa tentang Perubahan Kedua atas Keputusan Kepala Desa Nomor

; Untuk setiap klien beri penilaian atas kemampuan menyebutkan kegiatan harian yang biasa dilakukan, memperagakan salah stau kegiatan, menyusun jadwal kegiatan

Software System for Educational Institute (ETAP) dinyatakan GAGAL ITEM karena tidak ada peserta yang memasukkan penawaran pada ITEM tersebut. Demikian pengumuman ini dibuat

Penelitian ini bertujuan untuk melihat apakah persistensi laba, struktur modal, ukuran perusahaan dan alokasi pajak antar periode pada perusahaan manufaktur yang

Nilai PEFR abnormal terbanyak terdapat pada kelompok responden yang dengan keluhan respirasi batuk dan nyeri dada (100%), batuk, berdahak dan sesak napas (100%), batuk, sesak

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)

Dari ketentuan tersebut diperoleh t tabel sebesar 1,894 (untuk uji dua arah) Dalam perhitungan SPSS yang tertera pada tabel Coefficients di atas dimana t hitung adalah untuk