• Tidak ada hasil yang ditemukan

GAGASAN ISLAMISASI ILMU DI MALAYSIA DAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GAGASAN ISLAMISASI ILMU DI MALAYSIA DAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

GAGASAN ISLAMISASI ILMU DI MALAYSIA DAN INDONESIA: ANALISA TERHADAP IMPAKNYA.

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Prof. Madya Dr. Ruzman Md Noor, Prof. Madya Dr. Mohd Kamil Abdul Majid &

Nor Adina Abdul Kadir

Abstrak

Untuk konteks zaman moden ini, gagasan Islamisasi ilmu dapat dikatakan sebagai pemankin utama yang membuahkan pelbagai usaha reformasi sistem pendidikan tinggi Islam di kalangan masyarakat Islam. Sebagai masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam, umat Islam di Malaysia dan Indonesianesia memang terlibat secara di dalam memperkembangkan gagasan Islamisasi ilmu ini. Berasaskan kepada latar belakang ini, kertas kerja ini akan memberikan tumpuan utama kepada wacana dan impak gagasan Islamisasi ilmu di Malaysia dan Indonesia. Ianya dirangka khusus bakal mengandungi beberapa bahagian yang utama; pertama, pengenalan kepada kajian yang menyentuh isu jalinan intelektual-ukhuwah Islam antara Malaysia dan Indonesianesia. Kedua, penjelasan tentang intipati asas gagasan Islamisasi ilmu. Ketiga, impak gagasan Islamisasi ilmu di Malaysia dan Indonesianesia. Impak ini akan dilihat kepada penubuhan NGO tertentu, penerapan gagasan Islamisasi ilmu dalam institusi pendidikan tinggi Islam dan penerusan idealism Islamisasi ilmu lanjutan. Akhirnya, dalam bahagian keempat, kertas kerja ini akan disertakan dengan kesimpulan yang merumus dan mencadangkan beberapa saranan yang khusus.

Pengenalan

Secara mendasarnya, kita patut berpegang pada suatu pandangan yang mengatakan: "jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun manusia bergantung sepenuhnya dengan kecanggihan teori ataupun pemikiran yang dihasilkan oleh seseorang pemikir agung." Hasil pemikiran ini bukannya bersifat retorik kosong tetapi boleh mencetuskan penerokaan dan tindakan dalam bentuk action-oriented (blueprint lengkap) yang boleh dimanafaatkan oleh kalangan masyarakat.1 Contoh yang cukup

relevan adalah apa yang disumbangkan oleh Ibn Khaldun dan Ibn Rushd. Ibn khaldun memang telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat, seperti mana terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya ini telah diakui oleh sebahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah sarjana barat sendiri. Ianya sering dikaitkan sebagai pengasas utama kepada ilmu

(2)

sosiologi yang mengkaji struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat.2 Bahkan, dalam

banyak hal ketokohannya telah disamakan dengan Ibn Rushd, yang membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu S&T moden- yang mempengaruhi perkembangan Renaisance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu saintifik) di dalam masyarakat Barat.3 Berasaskan kepada aksiom ini, artikel ini akan cuba

menganalisis impak gagasan Islamisasi ilmu kepada masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia. Lokasi rantau Alam Melayu ini dipilih memang mempunyai rasionaliti yang khusus.

Intipati Asas Islamisasi Ilmu

Gagasan Islamisasi ilmu ini antara lainnya mempunyai beberapa intipati utama;

Pertama, ilmu yang dipakai dalam konteks dunia semasa yang rata-ratanya dipegang oleh masyarakat dunia adalah hasil pemakaian world-view dan sistem epistemologi sekularisme barat memang bertentangan dengan prinsip Islam yang wajib ditentang

oleh umat Islam. Kedua, ilmu barat dalam semua disiplin penuh dengan keburukan

yang mmberi kesan yang merosakkan sistem ekologi dan merosak jiwa manusia. Ia

akan membawa lebih banyak masalah kepada umat manusia. World-view Sekularisme

barat menolak agama sebagai neraca ilmu dan kebenaran di dalam kehidupan manusia, sebaliknya agama dikatakan sebagai punca penderitaan umat manusia.4

Sebagai gantinya, manusia moden yang inginkan kemajuan perlu bergantung sepenuhnya kepada akal manusia semata-mata.

Dalam konteks penguasaan ilmu pengetahuan, pergantungan kepada akal manusia ini telah ditumpukan kepada dua aspek yang utama, (i) memahami hakikat, kebenaran dan matlamat hidup manusia dan (ii) mempergunakan akal tanpa bimbingan wahyu untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hidup manusia. Dalam aspek yang (i), perbincangan tentang elemen epistemologi (isu sumber, status dan neraca penilaian sesuatu ilmu) ini telah melahirkan dua aliran, rationalisme; akal sebagai sumber utama ilmu dan aliran empericisme; pengalaman sebagai sumber ilmu dan kebenaran. Kedua-dua aliran ini pada dasarnya menolak semua elemen ketuhanan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dalam aspek ke (ii), proses pengurusan dan pembangunan hidup manusia lebih bertumpu kepada matlamat memberikan kepuasan kebendaan dan nafsu manusia.

Asas world-view sekularisme ini kemudiannya melahirkan falsafah humanisme5– menumpukan semua urusan pembangunan kehidupan dunia ini tanpa

pertimbangan Ahkirat semata-mata untuk kepuasan diri dan nafsu manusia. Falsafah ini kemudiannya telah melahirkan sejumlah besar paradigma disiplin keilmuan bagi tujuan pengurusan dan pembangunan tamadun materialistik. Ianya terdiri; Pertama,

2 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Terjemahan Mohd Fauzi Yaacob, Kuala Lumpur : ITNMB.

3 Muhammad Iqbal (2004), Ibn Rusyd Dan Averroisme : Sebuah Pemberontakan Terhadap

Agama, Jakarta : Gaya Media Pratama; Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur : Alaf 21, H. 250-258. 4 Idris Zakaria (1999), “ Intelek Eropah Dan Penentangan Terhadap Agama “, Dalam

Al-Maw’izah, Bil. 7, h. 15-21

5 Mohd Kamal Hassan (1996), Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In

(3)

paradigma Logikal emperikal positivisme – bagi setiap kajian keilmuan dan dianggap sebagai satu-satunya cara untuk mendapatkan ilmu yang paling tepat dan betul, yang kononnya dibuat melalui kaedah yang cukup sistematik, teliti dan objektif.6 Manakala

pengkajian yang berpandukan sumber wahyu akan dianggap sebagai tidak saintifik dan tidak boleh dibuktikan secara emperikal (semua perkara yang boleh ditangani secara lahiriah dengan pancaindera).7 Pendekatan ini pada dasarnya berpunca dari

sikap mereka yang menolak agama dan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dan ditangani dengan pancaindera.8

Kedua, pemakaian paradigma Materialistik-Mekanisme perlu dipakai sepenuhnya dalam proses membangunkan aspek fizikal yang membabitkan alam sekitar di dalam sesuatu masyarakat. Paradigma ini menganggap alam sebagai sumber utama yang berupa material- mekanis semata-mata dan tidak mempunyai nilai spiritual (nyawa) yang perlu bergantung kepada kuasa ketuhanan. Pandangan ini telah melahirkan sifat sekularis dan individualistic yang lebih menjurus kepada mementingkan kebajikan manusia berbanding dengan kebajikan alam. Hasilnya, berasaskan kepada paradigma ini, dua penekanan telah diberikan; (i) Alam dan segala isinya dianggap sebagai sumber utama yang bakal menambahkan kekayaan manusia sekularis- yang perlu diperah hasilnya semaksimum mungkin dan (ii) Alam perlu diteroka dan dikaji mengikut kerangka pemahaman saintifik -materalism-sekularisme agar segala hukumnya yang bersifat praktikal boleh dikaji demi untuk kepentingan manusia moden.

Intipati ketiga gagasan Islamisasi ilmu menetapkan bahawa sebelum ilmu barat dapat diterima ianya perlu ditapis dan disaring menggunakan sistem epistemologi Islam yang agak ketat. Mengikut Syed Naquibb al-Attas proses tapisan ini perlu mengambilkira world-view, ontologi, epistemologi dan aksiologi yang terkandung dalam ilmu Barat.

Impak Wacana Islamisasi Ilmu Di Malaysia Dan Indonesia.

Impak gagasan Islamisasi ilmu ini dapat dinilai dari segi penerimaan kalangan ilmuan serta ianya dapat menjana pertumbuhan kesedaran dan kegiatan ilmu Islam yang lebih meluas. Mengikut pengamatan semasa, kita dapat mengesan beberapa yang membabitkan gagasan Islamisasi ilmu ini di Malaysia dan Indonesia, kesemuanya secara jelas memperlihatkan bahawa gagasan ini bukan setakat menjadi bahan wacana semata-mata, bahkan turut dilaksanakan intipatinya dalam kehidupan.

1. Persetujuan Terhadap Keburukan Proses Sekularisasi Yang Dibawa Oleh Penjajahan Kuasa Barat

Kesemua sarjana Islam di kedua kawasan bersetuju bahawa proses penjajahan kuasa barat (British dan Belanda) telah menyebabkan berlakunya proses sekularisasi dalam

6 Mohd Natsir Mahmud (1997), Orientalisme : Al-Quran Di Mata Barat ( Sebuah Studi

Evaluatif), Semarang, h. 10-12

7 Abdul Rahman Abdullah (2000), Wacana Falsafah Sejarah : Perspektif Barat Dan Timur, Kuala Lumpur, h. 71-72.

8 Louay Safi (1998), Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah

(4)

semua aspek kehidupan masyarakat Islam, terpenting lagi fahaman ini telah meresap dalam pemikiran masyarakat Islam. Ianya terdiri daripada; pertama; pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia bebas melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa tuhan. Kedua, penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama. Ketiga, pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas tentukan masa depannya sendiri. Keempat, penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama–tumpuan lebih diberi kpd ilmu bukan agama yg kononnya boleh membawa kemajuan.9

Bersamaan dengan hal ini, pelbagai kajian telah dilakukan oleh sarjana kedua kawasan yang memperlihatkan kelemahan epistemologi barat yang berasaskan kepada

fahaman sekularisme. Pelbagai kajian telah dilakukan memperbetulkan pandangan

negatif yang dinisbahkan kepada ajaran Islam. Beberapa contoh boleh diberikan untuk menunjukkan kajian yang menggunakan pendekatan ini, pertama, kajian yang dilakukan oleh Mohd Aziz Mat Tom yang telah menolak tohmahan dan pendapat William Roff yang memandang rendah sumbangan yang diberikan oleh majalah al-Imam yang diusahakan oleh Kaum Muda ke arah mewujudkan semangat nasionalisme yang terawal di Tanah Melayu. Kajian Mohd Aziz Mat Tom ini telah mengubah persepsi sejarah perjuangan Islam yang dominan di Tanah Melayu yang menegaskan bahawa golongan anak didik penjajah yang terdiri dari pembesar Melayu merupakan tokoh ulung yang memainkan peranan membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Sebaliknya, daripada pembentangan fakta dan tafsiran yang menggunakan serangkaian rekod pihak British, beliau telah berjaya menunjukkan bagaimana perjuangan awal kaum muda ini yang kemudiannya diikuti dengan kebangkitan golongan ulamak Melayu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak British, yang menyebabkan pihak British menguatkuasakan pelbagai bentuk penindasan ke atas ulamak Islam.10

Contoh kedua boleh dirujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Muhammad Redzuan Othman telah menolak dakwaan William Roff yang menyatakan bahawa perkembangan kemajuan moden di Tanah Melayu merangkumi sistem pendidikan, celik huruf dan pengenalan sistem penerbitan buku dan majalah telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Tanah Melayu oleh pihak British. Sebaliknya, hasil kajian ini mendapati perkembangan pemodenan sebenar telahpun kedapatan dengan begitu meluas akibat dari hubungan intelektual yang wujud di antara rantau Alam Melayu dengan Mekah, yang merupakan pusat pertemuan dan pendidikan ummah Islam sedunia.11

Untuk contoh ketiga, kita boleh merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Jabal Bueben terhadap pandangan tiga orientalis barat, William Muir, D.S. Margoliouth dan W.M. Montgomery Watt tentang peribadi dan perjuangan Rasulullah.

9 Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Colonial: Satu Analisis Ciri Dan Kesannya”, DalamMohamad Daud Mohamad (Ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-92.

10 Lihat Abdul Aziz Mat Tom (2000), Politik al-Imam, Kuala Lumpur: DBP.

(5)

Kajian ini telah berjaya menjawab tohmahan ketiga-tiga sarjana ini yang menilai perjuangan Rasulullah dari kaca mata mubaligh Kristian dan faham sekularisme yang menolak sama sekali faktor wahyu di dalam kerangka tugas kerasulan Rasulullah.12

Memandangkan gagasan Islamisasi ilmu dibuat berasaskan kepada falsafah tradisionalis, usaha mengangkat sifat kelestarian warisan tradisi Islam bagi keperluan zaman telah dilakukan. Bagi golongan ini, warisan tradisi Islam silam merupakan sumber kekuatan dan bukannya liabiliti kepada masyarakat Islam semasa. Atas dasar ini, tren ini menekankan kajian terperinci perlu dibuat terhadap serangkaian tokoh dan idealism yang dipegang oleh sarjana Islam silam. Beberapa contoh boleh diberikan; 1) Kajian terhadap karya ulamak Melayu-Islam perlu diperbanyakkan, sebagai

sumber asas untuk mengetahui tentang bagaimana sebagai contohnya bentuk pengamalan undang-undang Islam di dalam institusi Melayu tradisi yang telah dilaksanakan dalam konteks zaman silam. Ianya membabitkan karya seperti Hukum kanun Melaka, batu bersurat di Terengganu dan pelbagai legal degist lain di Malaysia. Kesemuanya merupakan karya perundangan terpenting yang pernah dihasilkan oleh masyarakat Melayu Islam13yang kemudiannya telah ditiru oleh

negeri-negeri lain di Tanah Melayu.14 Tanpa maklumat ini, kita mungkin akan

gagal menjawab banyak tohmahan buruk yang dilontarkan oleh sesetengah sarjana barat15 yang menyatakan bahawa bentuk pengamalan undang-undang Islam di

zaman tradisi ini adalah kucar kacir,16 tidak bertamadun17, bersifat terlalu

autoraksi18 dan tidak pernah dilaksanakan dalam masyarakat Melayu.19

2) Kajian tentang sumbangan ulamak Melayu-Islam perlu dibuat untuk mengetahui tahap kesarjanaan ulama Melayu di dalam usaha mereka mengajar, menyusun dan menerapkan ajaran Islam ke dalam masyarakat. Dalam soal ini, rata-rata sarjana telah bersikap negatif terhadap pencapaian ulama Melayu yang dikatakan sebagai jumud, 20 tidak menyumbangkan apa-apa sumbangan yang bermakna dalam

keilmuan Islam,21 terlalu terpengaruh dengan pendekatan Taqlid22dan terlalu

mengikut kehendak raja Melayu.23

12Lihat Jabal Buaben (1996), The Image Of The Prophet Muhammad In The West, Leicester: Islamic Foundation,

13Abdul Kadir Muhammad (1996), Sejarah penulisan Hukum Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP, h. 1-14.

14Ismail Mat (1998), “Pengajian Syariah: Hubungannya dengan adat Arab dan keadaan di Malaysia “, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita publication, h. 88-89. 15 Usaha untuk menjawab tuduhan buruk ini patut dijadikan tugas utama seseorang sarjana Islam. Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (1980), "“Etika penyelidikan Islam: Satu Analisa" dalam

Jurnal Afkar, bil. 1, h. 190-192.

16 W. Roff (1980), The origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur: Oxford University press, h. 70-72.

17 R.O. Winstedt pernah mengatakan bahawa sistem undang-undang Melayu yang berasaskan undang-undang Islam adalah zalim dan ketinggalan zaman. Lihat Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995), Sastera Undang-Undang, Kuala Lumpur : DBP, h. xi-xxi.

18 R.O.Winstedt (1969), A History Of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur, h. 170-173. 19 Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem, h. 123-125. 20 M.B. Hooker (1984), Islamic Law In Southeast Asia, Singapore : ISEAS, h. 36.

21 A.H. John (1984), “Islam in the Malay world”, dalam Islam In Asia, Jerusalem, v. 2, h. 138. 22 M.B. Hooker (1983), “The translation of Islam into South-East Asia”, dalam Islam In

South-East Asia, Leiden, h. 9-11.

(6)

3) Kajian tentang kemampuan institusi pondok di dalam masyarakat Melayu silam yang mampu bertindak sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kesucian ajaran Islam itu sendiri, khususnya berhadapan dengan asakan fahaman sekularisme British.24 Selain itu, input yang dilahirkan oleh IPT dalam bentuk

graduan boleh menjadi aset terpenting di dalam membawa kemajuan dan pengembangan budaya kepada masyarakat.25 Atas dasar ini, aset ataupun modal

insan ini perlu sentiasa diperkasakan dengan ilmu pengetahuan yang bakal memberikan kesan kepada aspek kognitif (elemen pemikiran), afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran). Maknanya, ketiga elemen ini perlu dibangunkan potensinya yang kemudiannya perlu digabungkan dengan kemahiran teknikal dan sosial (insaniah) yang sangat diperlukan oleh masyarakat.26

Seterusnya, institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah (suatu bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa) dengan cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain.27 Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulamak dan

individu Melayu yang celek akgama dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan bermayarakat mengikut persepktif Islam.28

Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari tentang kepentigan konsep Rehlah Ilmiah29 (termasuk beberapa ciri

budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulamak Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).

Perak, Kuala Lumpur : Oxford University press, h. 76.

24 Rahimin Affandi Abd Rahim (1999) “The Malay-Muslim Legal Educational System During The Colonial Periode”, Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 22, h. 18-31.

25 Wan Mohd Nor Wan Daud (1998), The Educational Philosophy And Practice Of Syed

Muhammad Naquib Al-Attas; An Exposition Of The Original Concept Of Islamization, Kuala Lumpur : ISTAC, h. 230

26 Nurcholish Madjid (2003), Islam Agama Kemanusiaan: Membangun Tradisi Dan Visi Baru

Islam Indonesia, Jakarta: Penerbit Paramadina, h. 215-222

27 Shafie Abu Bakar (1994), “Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok”, dalam Budi

Kencana, Kuala Lumpur: DBP, h. 101-103

28 Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP, , h. 202-204

(7)

Mengikut pandangan Islam, tidak semua perkara tradisi ataupun amalan lama dianggap sebagai buruk dan out of date.30 Begitu juga halnya dengan penumpuan

matlamat dan komitmen yang kuat untuk berpegang dengan warisan tradisi Islam yang murni tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang taasub dan fanatik.31

Kedua-dua perkara ini dalam kerangka barat telah dianggap sebagai buruk dan ketinggalan zaman, yang menetapkan semua perkara elemen baru, perubahan dan usaha meninggalkan amalan tradisi dianggap sebagai baik dan moden. Contoh terbaik boleh dilihat dari dua perkembangan utama, (1) dalam budaya consumerism barat semasa,32

semangat dan personaliti orang muda akan diagung-agungkan, serta semua perkara yang membabitkan usia tua akan dianggap sebagai buruk yang perlu dijauhkan;33 (2)

sebarang tindakan yang tidak mempedulikan agama walaupun bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejati akan dianggap sebagai terbaik, meskipun tindakan ini kemudiannya telah menyebabkan masyarakat barat dilanda dengan krisis kekeringan jiwa sebagai akibat usaha penolakan agama.34

Terpenting sekali, walaupun kita perlu meniru elemen positif yang dimiliki oleh IPT barat, khususnya dalam pembangunan pelbagai bentuk sains gunaan terkini-tetapi kita juga perlu mempertahankan warisan tradisi Islam silam yang berdaya maju. Hal ini penting memandangkan warisan silam ini merupakan asas jati diri Kemelayuan yang wajib dipertahankan.

2. Penerapan Gagasan Islamisasi Ilmu Dalam Sistem Pendidikan Tinggi Islam.

Di Malaysia, gagasan Islamisasi ilmu telah dijadikan falsafah dan asas utama penubuhan UIAM, USIM dan kemudiannya diterap sama oleh beberapa IPT yang menawarkan disiplin pengajian Islam. Di Indonesia, beberapa UIN juga dilihat berusaha menerapkan falsafah Islamisasi ini dengan menggunapakai pelbagai teori pendidikan yang berbeza, walaupun falsafahnya tetap sama; mengakui kelemahan sistem pendidikan Islam dan keperluan melakukan Islamisasi ilmu. Ia dikesan

membawa Teori Integrasi Ilmu Agama Dan Umum, Teori Peta Laba-Laba, Teori

Jaringan Roda Dan Teori Menara Berkembar. Terpenting sekali, kita mendapati sarjana Malaysia kurang memberikan penekanan kepada aspek falsafah yang bersifat abstrak, tetapi lebih suka menerapkan aplikasi Islamisasi ilmu dalam kurikulum di IPTA. Hal ini berbeza dengan realiti di Indonesia, mereka lebih suka menumpukan perhatian kepada konsep dan falsafah Islamisasi ilmu, yang sayangnya soal aplikasi kurang diberikan penekanan.

30 Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Suatu Kefahaman

Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 12-17.

31 Lihat Mohamad Noor Habibi Long (2005), “Ekstremisme: Satu perspektif”, dalam Jurnal

YADIM, bil. 5, h. 114-118.

32 Abdul Rahman Embong (2002), “Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam”, dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, h. 6-7.

33 Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia, h. 8-9.

34 Ali Maksum (2003), Tasawuf Sebagai Pembebasan Manusia Modern: Telaah Signifikansi

(8)

3. Penerusan Wacana Idealism Islamisasi Ilmu Lanjutan.

3.1Penentangan Terhadap Pendekatan Ekstrimesim Dalam Pemahaman Agama Islam.

Sarjana dari kedua kawasan bersepakat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang menggunakan kaedah ekstrimeism perlu ditentang kerana ianya bakala merosakkan citra Islam itu sendiri. Walaupun apapun nama dan tren perjuangan, mereka sepakat menolak elemen kekerasan yang melampau, yang boleh diperincikan sebagai;35

1) Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.

2) Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri adalah yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak. 3) Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan

melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat orang lain.

Memang terdapat serangkaian aktiviti dan pegangan melampau yang dijalankan oleh penganut Islam semasa, antaranya;36 Amalan melampau telah bertanggungjawab

menyebabkan perpecahan dan pertumpahan darah sesama umat Islam yang cukup dashyat sekali. Contohnya boleh dilihat daripada peritiswa kematian Imam Shafi’I yang dipukul oleh penganut fanatic mazhab Maliki akibat perbezaan pendapat antara keduanya dalam satu isu furu’iyyah yang kecil sahaja. Begitu juga halnya, dengan pergaduhan antara pengikut mazhab Sunni dan Syiah di dalam isu-isu biasa yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan ilmiah.

Selain itu, kes Pengeboman Bali. Dalam perbicaraan kes tersebut yang dibuat di mahmakah Indonesia yang turut dihadiri oleh keluarga mangsa, tertuduh utama yang bernama Amrozi telah tersenyum sinis dan mengatakan perkataan “go to hell with you infidel “ kepada semua keluarga mangsa korban yang berada di dalam mahkamah tersebut. Pihak media barat yang turut serta membuat liputan di dalam perbicaraan tersebut telah mengambil kesempatan menjadikannya sebagai isu utama yang menonjolkan bahawa Islam memang mengajar penganutnya bersikap zalim dan biadap terhadap golongan bukan Islam. Seterusnya, Peristiwa 11 September yang memusnahkan WTC dan Pentagon telah menyebabkan kuasa barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat melakukan pencerobohan terhadap dua Negara umat Islam, Aghanistan dan Iraq.

Selain itu, pengaruhi global salafi melampau yang didasarkan kepada mentaliti perang Salib dan Neo-kolonialisme barat, khususnya terhadap kuasa barat dan zionisme, yang wajib digunakan kaedah kekerasan untuk menangganinya. Lebih

35 Hashim Musa (2004), Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 232.

(9)

buruk lagi, hal ini turut diperpanjangkan dengan faktur perbezaan mazhab dalam Islam, seperti kes perbezaan antara dua mazhab terbesar dalam Islam, Sunni dan Syiah – Kes Kumpulan al-Qaedah di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarkawi di Iraq. Pembentukan sebuah pemerintahan Islam bukan sekadar suatu alternatif, tetapi suatu kewajiban Syar’i berdasarkan perintah dan kehendak Allah. Kerana itu setiap penganut Islam harus patuh dengan mematuhi kehendak Allah ini, khususnya pemerintahannya yang dijalankan oleh golongan ini – Kes pemerintahan Taliban di Aghanistan. Memandangkan legitimasi pemerintah Islam didasarkan kepada syariah Allah, maka pemerintah yang tidak mematuhi syariah adalah tidak sah. Mana-mana pemerintah dan individu Islam yang tidak mematuhi syariah Alah akan dianggap bersalah dan kafir yang diperangi menggunakan konsep Jihad – Kes pembunuhan Anwar Sadat oleh pengikut kumpulan Takfir wa al-Hijrah.

3.2. Mengamalkan sikap selektif dengan keilmuan barat.

Kita sering terperangkap dengan sikap melampau yang menolak kesemua perkara yang datang daripada barat. Dalam soal keilmuan ini, sarjana dari kedua kawasan mengakui memang terdapat beberapa elemen positif yang dimiliki oleh masyarakat

barat, khususnya yang membabitkan dunia ilmu. Bagi elemen yang positif pula, kita

dapat mengesan beberapa perkara yang boleh dijadikan input berguna untuk proses berfikir bagi umat Islam. Ianya terdiri daripada37;

1) Teori dan formula pembangunan barat adalah cukup dinamik dan sentiasa berubah.

2) Realiti masyarakat dan kepimpinan politik barat yang lebih telus dan demokratik. (civil society).

3) Barat sentiasa melakukan proses reviewing terhadap semua konsep dan paradigma silam yang diikuti dengan usaha penambahbaikian yang sepatutnya. Hal ini boleh dilihat daripada usaha sarjana dan masyarakat mengkritik kelemahan paradigma sekularisme silam – terbukti apabila mereka lebih mengamalkan sikap positif dengan keperluaan agama dalam hidup manusia. Ianya turut disertakan dengan usaha menitikberatkan dalam soal penjagaan sistem ekologi dunia.

4) Tahap kemajuan ekonomi masyarakat barat yang lebih maju, khususnya membabitkan penguasaan dunia barat terhadap seluruh system di dunia, antara lainnya kerana dunia barat memiliki kecanggihan ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mendominasi semua elemen kehidupan dunia moden.38 Dalam

soal ini, Hashim Musa menegaskan, Amerika Syarikat sebagai tamadun teras barat kini mendahului negara-negara lain di dunia dalam pelbagai bidang kira-kira 20 tahun ke hadapan.

3.3 Usaha Memantapkan Pembinaan Disiplin Ilmu Baru.

Sebagai alternatif kepada konsep keilmuan barat yang sarat dengan fahaman

37Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Embong (2003), Pembangunan Dan

Kesejahteraan: Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21, Syarahan Perdana Jawatan Professor, Pada 26 September 2003, Bangi: Penerbit UKM.

(10)

sekularisme, falsafah Islamisasi ilmu telah diterapkan dalam bidang keilmuan sains sosial (disiplin lingustik, saikologi, ekonomi, bahasa English, sosiologi dan sejarah). Terbaru pendekatan ini telah dikesan dalam disiplin sains tulen ( perubatan, sains dan teknologi, neurologi, dan kejuruteraan). Kita juga dapat mengesan kelahiran disiplin baru seperti disiplin ekonomi pembangunan dan occidentalism. Dalam perkembangan terbaru pihak ISDEV USM turut memperkenalkan kaedah analisis epistemologi dalam bidang ekonomi dan pembangunan Islam. Mereka cuba menganalisa semua teori dan pendekatan ekonomi barat mengikut neraca epistemologi Islam yang berteraskan prinsip tauhid.

Terpenting sekali, pembentukan disiplin keilmuan baru ini dibuat berasaskan perkiraan falsafah dan metodologi yang agak ketat. Sebagai contohnya, kita dapat

mengesan beberapa paradigma khusus yang dicadangkan untuk melahirkan disiplin

Occidentalism Islam. Ianya adalah hasil analisis-sentesis daripada paradigma yang ditawarkan oleh Kuntowijoyo dan Syukri Salleh.39 Ianya terdiri daripada; pertama,

menjadikan sumber wahyu Islam (Quran dan Sunnah) dan prinsip Tauhid sebagai asas utama kepada pembentukan disiplin Occidentalism. Ianya merupakan semacam teori sosiologi Islam (Sosiosophologi) yang mengkaji persoalan hubungan antara masyarakat barat dan bukan Islam.40

Kesimpulan.

Sebagai rumusan akhir, kita dapat menegaskan bahawa gagasan Islamisasi ilmu yang pertama kalinya diusulkan oleh Syed Muhammad Naquidd al-Attas dan turut diperkemaskan oleh Ismail Faruqi memang meninggalkan impak yang cukup mendalam dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia. Gagasan ini secara terang-terangan merupakan penolakan sistem epistemologi barat yang ternyata banyak menimbulkan kerosakan kepada umat manusia. Sebagai alternatifnya, gagasan ini turut melahirkkan usaha memperkemaskan lagi sistem epistemologi Islam sendiri berasaskan kepada warisan keilmuan Islam silam. Seperti mana diterangkan dengan panjang lebar di dalam artikel ini, gagasan Islamisasi ilmu ini setakat melahirkan kesedaran tajdid perlu dilakukan, bahkan turut menjana pemantapan keilmuaan Islam bagi berhadapan dengan dominasi epistemologi barat.

39 Muhammad Syukri Salleh (2009), “ Melayu-Islam Dan Sumber Kekuatan Yang Diabaikan “, Dalam (Edit) Kalthum Ibrahim, Dunia Melayu Dan Islam : Satu Wacana, Bangi : Penerbit UKM, h. 3-26

Referensi

Dokumen terkait

Hasil observasi kelas yang dilakukan selama ujicoba perangkat penilaian berbasis kelas dan hasil wawancara dengan guru ditiga sekolah sampel, terlihat bahwa guru tidak

Pengetahuan siswa mengenai kapan dan bagaimana menggunakan prosedur dalam menyelesaikan soal operasi aljabar dapat dilihat dari hasil jawaban siswa pada soal no.3 dan

[r]

Merujuk kepada idea dan fikiran secara lisan yang disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dalam proses Komunikasi_. Merujuk kepada idea, fikiran dan perasaan secara

Perkebunan Nusantara IV Medan untuk pemberdayaan masyarakat dan lingkungan sosialnya dalam suatu kawasan (cluster). 27) Kualitas Pinjaman Kredit PTPN IV MEDAN Mitra

Adapun informasi yang dihasilkan sistem biaya produksi pesanan adalah informasi tentang pesanan penjualan, biaya bahan baku, biaya tenaga kerja langsung, biaya overhead

Industri Peralatan (Pressure Vessel, Heat Exchanger, Boiler, Air Cooler dan Pipe

Antarmuka sistem ini terdiri dari empat bagian, yaitu button zoom in/ zoom out untuk melakukan pembesaran dan pengecilan pada tampilan peta, button cari shortest path untuk