• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM PEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPERLUAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM PEN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEPERLUAN AKTIVITI KOMUNIKATIF DALAM

PENGAJARAN BAHASA ARAB

SEKOLAH MENENGAH

Dr. Muhammad Azhar Bin Zailaini

Prof Madya Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

azhar@um.edu.my hasbri@um.edu.my

Abstrak

Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah menuntut guru-guru mengajar bahasa Arab dengan menggunakan bahasa tersebut di dalam bilik darjah agar pelajar dapat berkomunikasi dengan baik. Tugas ini bukanlah satu yang mudah kerana mereka terpaksa mengajar pelajar yang kurang kemahiran berbahasa. Lebih-lebih lagi ada antara guru yang tidak begitu fasih berbahasa Arab. Artikel ini cuba membincangkan beberapa konsep dan strategi yang boleh digunakan oleh guru bahasa Arab untuk membantu tugas mereka.

1.

Latar Belakang

2.

Kurikulum Bahasa Arab untuk sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990) mula digubal secara rasmi pada tahun 1977 dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Usaha menerima

pendekatan pengajaran Bahasa Arab secara komunikatif pula bermula pada tahun 1980 sehinggalah apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, Kurikulum Bahasa Arab juga digubal semula dan dilaksanakan di semua sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah berasrama penuh dan kelas aliran agama mulai tahun 1991.

(2)

Komunikasi sebagai Mata Pelajaran Tambahan dan Bahasa Arab Tinggi sebagai Mata Pelajaran Elektif. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997)

Matlamat pengajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang dinyatakan dalam Kementerian Pendidikan (2002b) adalah

pengajian bahasa Arab di sekolah menengah bermatlamat kepada membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertutur; menguasai perbendaharaan kata dan meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya dengan tepat serta meningkatkan penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai murni.

(m.s : 1 )

Pernyataan matlamat di atas jelas menunjukkan bahawa matlamat Bahasa Arab Komunikasi adalah untuk membolehkan pelajar berkomunikasi terutama secara lisan menggunakan bahasa Arab. Manakala objektif Bahasa Arab Komunikasi pula adalah menjurus kepada kemahiran berbahasa yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis di samping penguasaan tatabahasa Arab dan penambahan perbendaharaan kata.

2.

Pengajaran Keupayaan Komunikasi Bahasa Arab Di Bilik Darjah

(3)

Bagi membolehkan pelajar mampu berkomunikasi, peluang hendaklah diberikan kepada mereka bertutur dalam bilik darjah dengan menyempurnakan tugas komunikasi yang perlu diselesaikan. Allwright (1984) berpendapat bahawa, mempraktik komunikasi dalam bilik darjah sangat berguna kepada pelajar bagi membolehkan mereka menggunakan bahasa-bahasa yang dipelajari di dunia luar. Komunikasi disini bermaksud pertuturan sesama guru dan pelajar, sehingga mereka bertukar-tukar peranan sebagai penutur dan pendengar.

Ini bermakna, komunikasi bahasa mestilah menjadi aktiviti dalam bilik darjah bahasa Arab. Guru hendaklah menyediakan peluang yang akan menjadikan pengajaran bahasa Arab sebagai suatu yang hidup dan bukan hanya menghafal tatabahasa dan perkataan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dalam cadangan pengalaman pembelajaran turut mencadangkan aktiviti komunikatif kepada guru-guru untuk pelaksanaannya dalam bilik darjah. Toimah (2004) telah membawa konsep situasi komunikasi. Situasi ini di dalam bilik darjah ialah tempat latihan seumpama kolam renang yang menjadi persediaan untuk mengharungi lautan.

Oleh yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Hal ini kerana merekalah yang akan memastikan pendekatan pengajaran secara komunikatif terutamanya aktiviti komunikatif dapat dijalankan. Pengajaran yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip pendekatan pengajaran secara komunikatif yang baik akan melahirkan pelajar yang dapat menguasai bahasa Arab daripada segi sistem bahasa dan juga kemahiran berbahasa.

3.

Pendekatan Semulajadi Dalam Pengajaran Bahasa

(4)

orang dewasa mempunyai dua cara dalam mempelajari bahasa kedua iaitu pemerolehan (acquisition) dan pembelajaran (learning), sedangkan kanak-kanak kecil yang cuba menguasai bahasa ibundanya hanya mempunyai satu cara sahaja iaitu pemerolehan. Oleh itu, pelajar-pelajar di sekolah yang sedang mempelajari bahasa Arab perlu diberi peluang memanfaatkan kedua-dua cara ini iaitu pembelajaran dan pemerolehan.

Oleh sebab itu, Krashen dan Terrel (1983) memberikan fokus utama pengajaran kepada kebolehan berkomunikasi dan makna disebabkan mereka menganggap bahawa komunikasi adalah fungsi utama bahasa. Mereka menekankan kepentingan perbendaharaan kata dan melihat bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi menyampaikan makna dan mesej. Dengan itu, pemerolehan bahasa akan hanya berlaku apabila seseorang itu dapat memahami sesuatu mesej tersebut dalam bahasa kedua yang dipelajarinya.

Bahasa menurut pandangan Krashen dan Terrel (1983) adalah terdiri daripada item-item leksikal, struktur-struktur dan mesej. Leksikon yang melibatkan persepsi dan pengeluaran adalah penting untuk mengorganisasi dan menginterpretasi mesej. Pendekatan ini melihat pemerolehan bahasa adalah asimilasi semula jadi peraturan-peraturan bahasa dengan menggunakan bahasa tersebut untuk tujuan komunikasi. Ini bermakna keupayaan linguistik akan dapat dicapai melalui input yang mengandungi struktur-struktur yang boleh difahami (comprehensible input).

(5)

4.

Aktiviti Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa

Aktiviti komunikatif sangat penting dalam pengajaran bahasa kerana menurut Littlewood (1981) aktiviti ini akan dapat menyediakan amalan-amalan keseluruhan tugas (whole-task practice), meningkatkan motivasi dalam pembelajaran, membolehkan wujudnya pembelajaran semula,jadi (natural learning), dan mewujudkan konteks atau situasi yang dapat menyokong pembelajaran.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti komunikatif. Littlewood (1981) membahagikannya kepada dua jenis iaitu pertama aktiviti-aktiviti prakomunikatif dan kedua, aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan secara berperingkat. Pada peringkat aktiviti prakomunikatif para pelajar dilatih dengan separuh kemahiran komunikasi. Latihan dibuat secara berulangan dengan berbagai cara. Ia juga melibatkan soal jawab yang membolehkan pelajar berpeluang berlatih kemahiran komunikasi, melancarkan sebutan dalam sistem bahasa yang bersifat struktural. Ini akan dapat membantu pelajar mempunyai kemahiran bahasa untuk peringkat seterusnya iaitu aktiviti komunikatif.

Aktiviti komunikatif pula adalah aktiviti yang menggunakan kemahiran komunikasi sepenuhnya ketika melakukan sesuatu interaksi. Semasa aktiviti ini, pelajar yang telah didedahkan kepada latihan prakomunikatif perlu menggunakan kemahiran dan pengetahuan tersebut untuk berinteraksi. Pelajar akan menjalankan aktiviti komunikasi yang lengkap. Terdapat dua jenis aktiviti komunikasi yang boleh digunakan iaitu aktiviti komunikasi fungsian dan aktiviti interaksi sosial. (Littlewood,1981)

(6)

Oleh itu, penekanan aktiviti-aktiviti adalah terhadap keberkesanan fungsian. Ini disebabkan salah satu aspek penting dalam kemahiran komunikatif ialah kebolehan untuk memilih bahasa yang dapat menyampaikan makna yang dikehendaki dengan berkesan dalam situasi-situasi tertentu. (Littlewood, 1981)

Manakala aktiviti interaksi sosial pula menurut Littlewood (1981) ialah aktiviti penggunaan bahasa dalam situasi yang hampir menyerupai penggunaan bahasa sebenar. Oleh itu, guru perlu memindahkan situasi penggunaan bahasa sebenar seharian itu ke dalam kelas. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut adalah dengan guru menjadikan kelas sebagai persekitaran sosial. Guru juga perlu mewujudkan situasi penggunaan bahasa dalam kelas dengan hanya menggunakan bahasa tersebut tanpa membuat terjemahan.

5.

Aktiviti Komunikatif Di Bilik Darjah

Aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan oleh guru hendaklah berdasarkan aktiviti komunikasi fungsian sebagaimana yang dicadangkan oleh Littlewood (1981) kerana fokus utama aktiviti jenis ini ialah aktiviti di dalam bilik darjah. Tetapi bagaimanakah kita dapat mengukur sesuatu aktiviti itu dianggap sebagai benar-benar aktiviti komunikatif?. Untuk itu, kita perlu menggariskan ciri-ciri atau kriteria yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan berpandukan kepada kriteria yang diperkenalkan oleh Harmer (1983) dan Johnson (1982).

Daripada segi kriteria aktiviti komunikatif, Harmer (1983) telah menggariskan enam kriteria berikut :

1. Hasrat komunikasi. Aktiviti hendaklah menimbulkan hasrat untuk berkomunikasi. Pelajar merasakan mereka benar-benar perlu untuk bercakap dan berkomunikasi.

(7)

sahaja. Oleh itu perlu ada jurang maklumat atau idea antara peserta komunikasi.

3. Kandungan dan bukan struktur. Dalam melaksanakan aktiviti, pelajar perlu menumpukan perhatian terhadap perkara yang mereka perkatakan dan bukan kepada kaedah mereka memperkatakannya. Oleh itu, mereka perlu menumpukan kepada mesej yang hendak disampaikan bukan kepada struktur-struktur bahasa yang digunakan untuk menyampai mesej tersebut.

4. Kepelbagaian struktur bahasa. Aktiviti hendaklah membolehkan pelajar dapat menggunakan pelbagai bentuk atau struktur bahasa. Pelajar akan merasa bebas untuk menggunakan apa jua bentuk atau struktur bahasa yang menjadi pilihannya.

5. Tiada campur tangan guru. Aktiviti yang membolehkan pelajar melaksanakannya sesama mereka. Pembetulan atau penilaian guru adalah terhadap hasil aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian juga hendaklah berasaskan pencapaian pelajar dalam komunikasi dan bukan terhadap penggunaan bahasa sama ada betul atau salah.

6. Tiada pengawalan bahan. Aktiviti tidak akan mengawal bahasa yang akan digunakan oleh pelajar. Tetapi pelajar sendiri yang akan memilih bahasa yang akan mereka gunakan.

Johnson (1982) pula telah menggariskan lima kriteria atau prinsip aktiviti komunikatif iaitu :

1. Prinsip pemindahan maklumat. Aktiviti yang melibatkan pemahaman terhadap maklumat yang diterima dan kemudian memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang berlainan. Seperti memindahkan maklumat dalam bentuk graf kepada laporan bertulis.

(8)

3. Prinsip cantuman benda berpisah (jigsaw). Aktiviti yang dapat mengumpulkan maklumat yang terpisah untuk menyempurnakan sesuatu tugas.

4. Prinsip kebergantungan tugas. Sesuatu tugas hanya akan dapat dijalankan dengan menyelesaikan tugas lain yang terdahulu.

5. Prinsip pembetulan kandungan. Penilaian guru adalah kepada hasil bahasa pelajar semasa berkomunikasi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tetapi pada peringkat tertentu, guru boleh membetulkan ketepatan tatabahasa pelajar.

(9)

Rujukan

Allwright, R.L. (1984). The importance of interaction in classroom language learning. Applied Linguistics 5:2. 156-171.

Harmer, J, (1983). The practice of english language teaching. New York : Longman. Johnson, K. (1982). Communicative syllabus design and methodology. Pergamon Press. Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Akta pendidikan. Kuala Lumpur : MDC

Publication.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum). Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSM. Kuala Lumpur: JAPIM.

Krashen (1979). The natural approach : language acquisition in the classroom. London : Prentice Hall.

Krashen, S. & Terrel, T. (1983). The natural approach: Language acquisition in the classroom. Oxford: Pergamon Press.

Littlewood, W.T. (1981). Communicative language teaching : An introduction. Cambridge: Cambridge University Press.

Toimah, R. A. (2004). Al maharat al lughawiyyah : mustawiyatuha, tadrisuha,

su’ubatuha. Kaherah : Dar Al Fikr Al Arabi.

Zainal Abidin Abd. Kadir (1990). Pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Seminar Perkembangan Pengajaran Bahasa Arab. Anjuran UIA dengan kerjasama KPM dan Maahad al

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pendapat diatas, kriteria untuk menjadi sampel dalam penelitian ini adalah kepala desa perempuan Mukti Karya yaitu Ibu Nanik Warsini sebagai

Lembaga pendidikan Islam adalah lembaga pendidikan yang menawarkan ide pentingnya menjaga moralitas. Menjadi salah satu agen yang dimiliki bangsa Indonesia dalam

Di dalam Tahura terdapat banyak sumber mata air alami, namun hanya beberapa yang bisa dimanfaatkan warga untuk sumber air minum dikarenakan tempat sumber mata

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan maka dapat disimpulkan bahwa; jamur endofit yang ditemukan pada sampel tanaman padi yang diambil di Desa Karang Tunggal dan

Ketetapan baru ten tang dialek Jawa Standar membawa implikasi pada dunia pendidikan, salah satu di antara- nya terkait dengan mata pelajaran bahasa Jawa Pemerintah telah menetap-

Dengan cara membagi jumlah pendapatan yang tersedia untuk pemegang saham biasa dengan jumlah lembar saham biasa yang beredar maka akan diketahui jumlah lembar pendapatan

Instansi harus memperhatikan komunikasi-komunikasi yang ada di dalam instansi baik itu antar pegawai, dan antar departemen sehingga kinerja pegawai cenderung tetap