• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Reka Bentuk Pengajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Nota Reka Bentuk Pengajaran"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan konsep reka bentuk pengajaran dan juga kepentingan reka bentuk pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan model ADDIE dan model ASSURE dan aplikasinya dalam pengajaran –pembelajaran serta reka bentuk mesej.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

i. Mengenal ciri-ciri reka bentuk pengajaran dan pelbagai jenis reka bentuk pengajaran.

ii. Dua bentuk reka bentuk pengajaran yang utama dibincangkan. iii. Mengenal dan menghuraikan reka bentuk mesej.

KERANGKA TAJUK

Reka Bentuk Pengajaran

Konsep Reka Bentuk Pengajaran

Pengertian

Peranan & Kepentingan

Model Reka Bentuk Pengajaran

ASSURE

ADDIE

(2)

2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran

2.1.1 Pengertian

Proses penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan tercapai sekiranya ada perancangan yang lengkap dan sistematik dimana hasil pembelajaran dapat diukur. Justeru, reka bentuk pengajaran merupakan satu catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan terancang dan teratur.

Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga objektif tercapai. Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) ,reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Terdapat juga model reka bentuk pengajaran yang lain seperti: • ASSURE

• ADDIE

• 9S Gagne Events • Dick & Carey • Water Fall

• ARCS Model of Motivational Design (Keller) • Kemp Design Model

• Organizational Elements Model

Fikirkan

(3)

2.1.2 Peranan dan Kepentingan

Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008). , Konsep Reka Bentuk Pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran. Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media pengajaran.

Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:

i. menentukan keperluan murid ii. menentukan matlamat dan objektif iii. membina prosedur penilaian

iv. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian v. memcuba sistem pengajaran

vi. menilai keseluruhan sistem

Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah Wan Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:

i. model berorientasikan sekolah ii. model berorientasikan produk iii. model berorientasikan sistem

(4)

Perbincangan

Apakah perkara asas yang merangkumi satu proses pengajaran?

2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

2.2.1 Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia dipelopori oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal A.S.S.U.R.E.

Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai, gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut, libatkan murid dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

A Analyse

S State

S Select

U Utilise

R Require

E Evaluate

2.2.1.1 Analyse learner (Analisis murid)

(5)

dan menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas murid.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, guru-guru wajib mengetahui keperluan setiap orang murid seperti tahap penguasaan murid, pengetahuan lepas murid supaya mereka dapat merancang reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan murid yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya pembelajaran dan akhirnya tercapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendek kata guru perlu mengetahui sejauh mana pengetahuan lepas telah dikuasai oleh murid dan mengaitkan dengan pengajaran yang akan disampaikan nanti. Guru boleh menjalankan ujian pra ke atas pengetahuan lepas murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Ada murid yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses, mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang paling berkesan seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model Dunn&Dunn (Wah Wan Ali et al. 2008) , stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang murid memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru melalui lima ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Mengikut model Honey & Mumford (Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran ialah penerangan sikap dan tingkahlaku yang diamalkan oleh seseorang murid terhadap cara belajar masing-masing.

Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid membolehkan guru mengendalikan kelas dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(6)

Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang jelas dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, ‘pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyenaraikan lima contoh haiwan bertulang belakang.’

Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai.

Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka. Penggunaan istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting. Antaranya perkataan yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan, menyenaraikan, menyebut, mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah.

Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid?

Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan penggunaan angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh ‘menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif’. Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang utama iaitu:

 domain kognitif (keupayaan berfikir)  domain efektif (sikap dan perasaan)

(7)

AKTIVITI

Cuba analisis objektif pengajaran dan pembelajaran. Kenal pasti lebih banyak perkataan ekplisit yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku murid selepas proses pengajaran –pembelajaran dilaksanakan.

2.2.1.3 Select technology, strategies, media and materials (Pilih teknologi, kaedah media dan bahan yang sesuai)

Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:

 menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

 memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran  memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih  memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

2.2.1.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Penggunan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek, pembentangan, simulasi dan sebagainya.

2.2.1.3.2 Memilih kaedah

(8)

diasaskan kepada objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, ciri-ciri murid dan gaya pembelajaran murid.

2.2.1.3.3 Memilih format media dan bahan sumber

Format media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Contoh format media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej persembahan multimedia dan lain-lain lagi.

Pemilihan format media hendaklah berdasarkan domain objektif, kumpulan murid, pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks,artikel dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:  menggunakan bahan sumber yang tersedia ada

 mengubah suai bahan sumber yang ada  mereka bentuk bahan sumber yang baru

2.2.1.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mereka bentuk semula media yang dipilih atau menghasilkan media baru.

Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira, iaitu:  objektif

 kumpulan sasaran murid  masa

 kos  fasiliti

(9)

 peralatan yang diperlukan

Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti di bawah.

 Menepati kurikulum

 Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini  Bahasa yang jelas dan mudah difahami

 Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid  Menarik penglibatah murid

 Mempunyai kualiti

 Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan  Bebas daripada bias

 Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Perbincangan

Senaraikan tempat/agensi-agensi yang boleh membuat rujukan ke atas bahan sumber yang tersedia ada..

2.2.1.4 Utilize technology, media and materials (Gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut)

Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

 semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.  sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas

 sediakan persekitaran untuk membolehkan pengguanan yang optimum

 sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat daripada bahan sumber

(10)

2.2.1.5 Require learner participation (Libatkan murid dalam proses pembelajaran)

Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru memgukur perubahan tingkah-laku murid.

2.2.1.6 Evaluate and revise (Nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran)

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang sesuai melalui amalan refleksi.

Melalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan, pelaksanaan pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid tercapai? Melalui proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermutu pada masa akan datang.

Internet

1. http://www.instructionaldesign.org/

2. http://www.instructionaldesign.org/models/index.html 3. http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html

2.4.1 Model ADDIE

(11)

A Analysis D Design D Development I Implementation E Evaluation

2.4.1.1 Analysis Phase (Peringkat Analisis)

Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan pengalaman lepas murid.

2.4.1.2 Design phase (Peringkat Reka Bentuk)

Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran, penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai kemahiran yang telah disampaikan.

2.4.1.3 Peringkat Perkembangan

Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.

2.4.1.4 Peringkat Implementasi

Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai dan bentuk ujian.

2.4.1.5 Peringkat Penilaian

(12)

Internet

1. http://www.instructionaldesign.org/models/addie_weaknesses.html 2. http://www.instructionaldesign.org/models/dick_carey_model.html 3. http://www.umich.edu/~ed626/Dick_Carey/dc.html

Perbincangan

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada reka bentuk pengajaran ASSURE dan Dick & Carey.

2.3 Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.

Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:

 Mesej

(13)

i. Me

Mese dalam

ii. Be

Meru gamb

iii. Sa

Meruju Mesej Conto ‘Overh Dalam yang p pener murid esej

ej ialah isi ka m bentuk ma

entuk mesej

juk kepada bar, jadual, c

aluran mese

uk kepada a boleh disam oh alat yan

head’, projek

m proses pe penting kera ima/murid. untuk memp Rajah andungan y akluman, mo

persoalan b carta, simbo

ej

alat fizikal y mpaikan dala ng boleh d ktor, LCD ca

engajaran-pe ana ia mema

Penggunaan percepatkan

4: Konsep M

ang hendak otivasi, perin bagaimana l, pengumum yang diguna am bentuk digunakan amera digital embelajaran astikan mese n media pe n penyampa

Media Torke

k disampaik ngatan, baha

mesej disa man, dan se

akan untuk m elektrikal, m termasuklah l, video cam

n, reka ben ej yang disa erlu bersesu ian mesej.

lson (1972)

kan oleh pen asa isyarat d

ampaikan. Ia ebagainya.

menyampaik mekanikal, di

h radio, te era dan seb

ntuk mesej ampaikan ole

aian denga

nyampai. Me dan sebagain

a boleh dala

kan sesuat gital dan se elevisyen, bagainya.

memainkan eh guru difa an pengalam

esej boleh nya.

am bentuk

u mesej . bagainya. projektor

(14)

Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) , murid mempelajari sesuatu kemahian baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung, iaitu murid sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya murid akan berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal sahaja, maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya, media yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada pengalaman langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)

Rajah 3: Kon Pengalaman Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) Simbol

verbal Simbol visual Melihat gambar

pegun

Melihat gambar bergerak

Menonton televisyen pendididkan

Pameran

Membuat kajian tindakan

Tunjuk cara

Melakonkan

Mereka pengalaman tiruan

(15)

Perbincangan

Penilaian' merupakan salah satu langkah yang terdapat dalam model ADDIE. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan dengan rakan anda mengenai bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan dan terangkan ciri-ciri setiap bentuk penilaian dengan memberikan sekurang-kurangnya satu contoh yang sesuai.

RUMUSAN

Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan menjadi lebih teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat penting kerana ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai kemahiran dan adanya berlaku perubahan tingkah laku.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

Newby,T.J., Stepich,D.A., Lehman,J.D., Russell, J.D. (2006). Educational technology for teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar.

Referensi

Dokumen terkait

Teknologi pendidikan ini juga telah merubah sistem pengajaran dengan adanya pelbagai kaedah dan teknik-teknik pembelajaran seperti pembelajaran secara berkumpulan atau

 Boleh atau tidak prosedur atau bahan yang ada sekarang digunakan untuk tujuan lain – sama ada dalam bentuk yang sedia ada atau selepas di modifikasi?.  Apa kegunaan lain jika

Objektif kajian ini adalah mengkaji kaedah alternatif dalam menghasilkan kain tenunan plain weave yang bercorak, menambah nilai fungsi pemukul benang pakan sedia ada pada

Oleh yang demikian, pengkaji akan menjalankan satu kajian bagi mengenalpasti tahap kompetensi guru yang mengajar pengajaran amali bagi mata pelajaran Reka Bentuk

Contoh soalan temu bual adalah “apakah kaedah-kaedah pengajaran yang anda gunakan untuk mewujudkan interaksi antara pelajar-pelajar berlainan kaum dalam kelas BC?”,

Oleh tujuan yang demikian, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti hubungan teknologi pengajaran guru, komunikasi teknologi pengetua dan pencapaian teknologi sekolah dalam

Ini bertepatan dengan objektif kajian yang ingin dicapai iaitu, “Meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran

Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran dalam amalan pengajaran akhlak dalam kalangan GPI Kuala Langat adalah tinggi dan dalam aspek kaedah pengajaran akhlak, guru perlu mempunyai