• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Amalan Pengajaran Terbeza bagi Meningkatkan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelaksanaan Amalan Pengajaran Terbeza bagi Meningkatkan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaksanaan Amalan Pengajaran Terbeza bagi Meningkatkan Penguasaan dan Motivasi Murid Tahun 1 dalam Kemahiran

Menulis Ayat

(Implementation of Differentiated Teaching Practices to Increase Mastery and Motivation of Year 1 Students in Sentence Writing Skills)

Ansi Konyuo1*, Wan Muna Ruzanna1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.14

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu tahun 1 terhadap PdP kemahiran menulis ayat. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kualitatif agar pengkaji dapat memahami lebih mendalam tentang proses dan bentuk-bentuk sesuatu amalan. Kajian ini dijalankan di Zon Barat Sabah yang terdiri daripada daerah Kota Kinabalu dan Penampang. Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan persampelan bertujuan dalam memilih peserta kajian yang terdiri daripada tiga orang guru Bahasa Melayu tahun 1. Data dikumpul menggunakan instrumen temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan analisis deskriptif iaitu hasil perbualan dinilai dari aspek kehendak objektif kajian yang dilaksanakan.

Dapatan kajian menunjukkan guru Bahasa Melayu tahun 1 dapat mengimplimentasikan kaedah pengajaran terbeza dalam amalan pengajaran bagi kemahiran menulis ayat. Data temu bual turut memperlihatkan bahawa motivasi murid dari pelbagai tahap pembelajaran adalah memberangsangkan dalam PdP kemahiran menulis ayat berorientasikan kaedah pengajaran terbeza oleh guru.

Kata kunci: amalan, motivasi, pengajaran terbeza, kemahiran menulis

Abstract: This study aims to explore the practice of different teaching methods among Year 1 Malay Language teachers towards PdP sentence writing skills. The research design used is qualitative so that the researcher can understand more deeply about the process and forms of a practice. This study was conducted in the West Zone of Sabah which consists of the districts of Kota Kinabalu and Penampang. In order to answer the research question, the researcher used purposive sampling to select the study participants consisting of three Malay Language teachers in year 1. Data was collected using semi-structured interview instruments and document analysis. The researcher uses descriptive analysis, which means that the results of the conversation are evaluated from the aspect of the objectives of the research being carried out. The findings of the study show that Year 1 Malay Language teachers can implement different teaching methods in teaching practice for sentence writing skills. The interview data also shows that the motivation of students from various levels of learning is encouraging in PdP sentence writing skills oriented to different teaching methods by the teacher.

Keywords: practice, motivation, differentiated teaching, writing skills

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pendahuluan

Perbezaan yang wujud dari aspek keperluan pembelajaran, kognitif dan latar belakang mempengaruhi keupayaan belajar setiap murid yang berada di dalam bilik darjah yang sama.

Wujudnya kelompok murid pandai, sederhana dan lemah dari aspek tahap pembelajaran memerlukan kepakaran guru dalam bidang pedagogi untuk merancang dan melaksana sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkualiti agar setiap murid dalam bilik darjah yang sama mendapat pengalaman belajar yang adil dan bermakna. Melihat kepada pelaksanaan PdP Bahasa Melayu pada peringkat sekolah rendah, guru menghadapi cabaran besar iaitu mengajar dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai keperluan pembelajaran dalam satu bilik darjah yang sama.

Danial Arif Abdul Muttalip (2020) dalam kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3 menjelaskan setiap murid memiliki cara pembelajaran yang unik. Setiap murid memiliki kecenderungan dan gaya tersendiri untuk memproses sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran berlangsung.

Menerusi pelaksanaan kaedah pengajaran terbeza, perbezaan keupayaan belajar menjadi fokus utama dalam mewujudkan persekitaran belajar yang saksama bagi setiap murid. Zurina Mustaffa et al. (2018) dalam kajian beliau berkenaan Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) menjelaskan bahawa kaedah ini merupakan bentuk pengajaran yang perlu diketengahkan bagi meraikan dan memenuhi keperluan pembelajaran murid mengikut aras kognitif murid yang pelbagai.

2. Masalah Kajian

Dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid di samping kemahiran lisan seperti mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Standard Kandungan Pendidikan Bahasa Melayu (Tahap 1) meletakkan antara kemahiran menulis yang dipelajari ialah asas menulis, menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna serta menghasilkan penulisan.

Isu keciciran dan kegagalan penguasaan kemahiran menulis ialah isu utama yang perlu diberikan perhatian pada peringkat awal persekolahan iaitu semasa pada Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) lagi. Ia bagi memastikan murid-murid ini mampu mengikuti pembelajaran dengan lebih mudah dan tidak berlakunya keciciran pembelajaran. Dalam mengatasi isu ini, KPM telah memberikan penekanan terhadap aspek perubahan pedagogi. Ini bermaksud guru perlulah menekankan kepada PdP berpusatkan murid antaranya dengan melaksanakan Pembelajaran Terbeza dalam PdP. Sungguhpun demikian, pengertian konsep dan pengaplikasian Pembelajaran Terbeza dalam PdP khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang rendah.

Menurut Ain Nur Atika Agus (2020) dalam kajiannya menjelaskan pendekatan terbeza sukar dilaksanakan dalam PdP Bahasa Melayu adalah berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pendekatan terbeza di samping sikap segelintir guru yang lebih selesa mengamalkan amalan pedagogi bersifat konvensional iaitu menerusi kaedah “chalk and talk”. Hal ini mengakibatkan murid sukar untuk mempertingkatkan penguasaan dalam kemahiran Bahasa Melayu. Sementara itu, Danial Arif (2020) dalam kajiannya turut menyatakan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan pedalaman memiliki pengetahuan yang terhad terhadap pendekatan pengajaran terbeza.

(3)

Nuraishahtun et al. (2019) pula menyatakan pedagogi terbeza bukanlah sesuatu yang baharu namun terdapat sekolah yang tidak mengambil penting untuk membudayakan pedagogi terbeza dalam proses PdP. Beliau menjelaskan kebanyakan guru Bahasa Melayu tidak mencapai objektif pelaksanaan program oleh KPM bagi mengimplimentasikan pendekatan terbeza semasa PdPR. Perkara ini selari dengan dapatan kajian oleh Mazura dan Wak Chu Wok (2018) iaitu peratus guru yang tidak memiliki pengetahuan yang baik tentang PdP terbeza adalah tinggi iaitu sebanyak 80%.

Guru bukan sahaja perlu bijak menguasai ilmu dan pengetahuan dalam bidangnya semata-mata tetapi haruslah mahir dalam pelbagai aspek ilmu pedagogi dengan sentiasa peka terhadap perkembangan dan penerimaan ilmu setiap murid di dalam kelas. Kegagalan guru untuk memahami keperluan pembelajaran setiap murid yang pelbagai dalam satu bilik darjah yang sama boleh menjadi satu faktor kepada timbulnya isu penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Rentetan itu, pengkaji memilih untuk melakukan kajian ini bagi melihat tahap pelaksanaan pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 1.

3. Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza oleh guru dalam meningkatkan penguasaan dan motivasi kemahiran menulis Bahasa Melayu murid tahun 1.

Diharapkan kajian ini dapat membantu guru mempraktikkan pengajaran terbeza dalam PdP sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu.

Ojektif Kajian

1) Meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu murid tahun 1.

2) Mengenal pasti kesan amalan kaedah pengajaran terbeza terhadap motivasi murid tahun 1 dalam menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu.

Persoalan Kajian

1) Apakah amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu murid tahun 1.

2) Apakah kesan amalan kaedah pengajaran terbeza terhadap motivasi murid tahun 1 dalam menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu.

4. Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilakukan bagi melihat tahap pengetahuan guru dalam kaedah pengajaran terbeza bagi meningkatkan kemahiran pengajaran guru terhadap penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu murid tahun 1. Diharapkan kajian ini dapat membantu guru Bahasa Melayu tahun 1 mempraktikkan pengajaran terbeza dalam PdP yang dilaksanakan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat khususnya kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu agar dapat mewujudkan suasana PdP yang menarik dan bermakna sesuai dengan potensi diri setiap murid.

(4)

5. Metodologi

Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah reka bentuk kualitatif.

Menerusi penyelidikan kualitatif, penyelidik berupaya untuk memahami lebih terperinci berkenaan fenomena yang dikaji dengan meneroka proses dan amalan atau praktik yang menyediakan perspektif yang kaya dan terperinci (Creswell, 2002). Ini bertepatan dengan objektif kajian yang ingin dicapai iaitu, “Meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu murid tahun 1” dan “Mengenal pasti kesan amalan kaedah pengajaran terbeza terhadap motivasi murid tahun 1 dalam menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu”.

Kajian ini dilaksanakan di Zon Barat Sabah iaitu melibatkan guru dari daerah Kota Kinabalu dan daerah Penampang. Pemilihan lokasi kajian ini adalah bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai memandangkan data-data kajian yang jitu dan berguna dapat diperolehi di sini.

Bagi menjawab persoalan kajian, pengkaji telah memilih sampel kajian dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Menerusi kaedah ini, penyelidik memilih peserta kajian berdasarkan pertimbangan untuk memilih sampel yang paling berguna dan sesuai serta memenuhi keperluan tujuan kajian (Babbie, 2002). Ini turut selari dengan pendapat Merriam (2001) iaitu pemilihan peserta kajian secara ‘purposive’ berupaya memberikan maklumat yang relevan dengan kajian yang dijalankan.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Zelditch (1962), menjelaskan temu bual sebagai satu kaedah pengumpulan data yang efisien dan melibatkan interaksi sosial di antara pengakaji dan peserta kajian dalam usaha untuk mendapatkan data yang mencukupi. Merriam (2001) menyatakan temu bual separa berstruktur yang dilakukan secara bersemuka membantu pengkaji mendapatkan data lebih tepat.

Sementara itu, analisis dokumen dilakukan terhadap hasil kerja murid dalam aktiviti menulis ayat dalam PdP Bahasa Melayu.

Data temu bual dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif iaitu hasil perbualan dinilai dari aspek kehendak objektif kajian yang dilaksanakan. Dapatan temu bual dicatat untuk mendapatkan data dan tema. Data juga diperolehi melalui analisis dokumen yang melibatkan hasil penulisan ayat dalam kalangan murid tahun 1 menerusi pelaksanaan amalan pengajaran terbeza oleh guru di dalam kelas untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat dengan betul.

6. Dapatan Kajian

Pada bahagian ini, data yang diperoleh menerusi temu bual dianalisis secara deskriptif. Antara data kajian yang diperjelaskan adalah tentang profil peserta kajian dan data temu bual bagi menjawab soalan kajian 1 dan 2.

Latar Belakang Peserta Kajian

Jadual 6.1: Profil peserta kajian berdasarkan lokasi kajian, jantina, jawatan, pengalaman dan kelulusan Profil peserta kajian Peserta kajian 1

(PK1)

Peserta kajian 2 (PK2)

Peserta kajian 3 (PK3)

Lokasi bertugas Kota Kinabalu Penampang Penampang

Jantina Lelaki Perempuan Lelaki

Gred jawatan DG44 DG44 DG41

(5)

Pengalaman mengajar Bahasa Melayu 16 18 7

Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Ijazah Sarjana

Muda

Ijazah Sarjana Muda

Berdasarkan Jadual 6.1 di atas, kajian ini melibatkan guru yang mengajar Bahasa Melayu tahun 1 di Zon Barat Sabah iaitu di derah Kota Kinabalu dan daerah Penampang. Profil menunjukkan PK1 dan PK2 bertugas sebagai guru dalam gred jawatan DG44, manakala PS3 bertugas sebagai guru dalam gred jawatan DG41. Sementara itu, pengalaman mengajar Bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian adalah dalam lingkungan 7 tahun hingga 18 tahun. Dari segi kelulusan akademik pula, peserta kajian yang telibat adalah pemegang kepada Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Soalan Kajian 1: Apakah amalan kaedah pengajaran terbeza yang digunakan oleh guru dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu murid tahun 1.

Temu bual dijalankan terhadap guru yang mengajar Bahasa Melayu tahun 1 bagi melihat pelaksanaan amalan pengajaran terbeza semasa PdPC bagi kemahiran menulis ayat.

Jadual 6.2: Pengetahuan tentang Pengajaran Terbeza

Konstruk Tema Subtema PK1 PK2 PK3 Jumlah

Pengetahuan Konsep Kaedah Strategi Elemen

/ / / 3

/ / / 3

x / / 2

Bagi konstruk pengetahuan, peserta kajian diminta untuk menjelaskan tentang kaedah pengajaran terbeza. Data temu bual menunjukkan kesemua peserta kajian memberikan penjelasan yang tepat berkenaan kaedah pengajaran terbeza. Berikut adalah respons yang diberikan oleh peserta kajian:

...Aras aktiviti pembelajaran adalah mengikut tahap pengetahuan murid...”

(PK1)

“...Merupakan pengajaran yang melihat kepada kecenderungan ataupun keupayaan murid dalam pembelajaran...”

(PK2)

“...Pendekatan pengajaran yang memerlukan guru untuk mengambil kira keperluan murid yang berbeza dalam proses pembelajaran...”

(PK3)

Dalam melihat penguasaan peserta kajian terhadap konsep kaedah pengajaran terbeza, pengkaji mengutarakan soalan tentang strategi pengajaran yang diaplikasikan dalam PdP. Kesemua peserta kajian dapat menjawab dengan baik tentang strategi yang terlibat dalam kaedah pengajaran terbeza. Respons peserta kajian adalah:

“...Memecahkan aktiviti PdPC secara dalam kumpulan…”

(PK1)

“...Belajar secara berpasangan, berkumpulan, permainan interaktif dan sebagainya...”

(6)

(PK2)

“...Berpusatkan murid...”

(PK3)

Seterusnya dalam konstruk pengetahuan, pengkaji turut mengajukan soalan tentang elemen kaedah pengajaran terbeza. Berdasarkan respons peserta kajian, terdapat seorang peserta yang tidak jelas tentang elemen penting dalam kaedah pengajaran terbeza. Ini dapat dilihat berdasarkan respons yang diberikan oleh PK1. Manakala, PK2 dan PK3 dapat menyatakan dengan betul elemen kaedah pengajaran terbeza. Berikut adalah respons perserta kajian:

“...Objektif, aktiviti dan strategi…”

(PK1)

“...Tiga elemen tersebut ialah kandungan, hasil dan proses...”

(PK2)

“...Kandungan, proses dan persekitaran...”

(PK3)

Jadual 6.3: Amalan pengajaran terbeza dalam pdp kemahiran menulis Bahasa Melayu murid tahun 1

Konstruk Tema Subtema PK1 PK2 PK3 Jumlah

Pelaksanaan Kandungan Tema Unit

Bahan pembelajaran

/ / / 3

/ / / 3

/ / / 3

Proses Aktiviti / / / 3

Hasil / / / 3

Konstruk temu bual seterusnya adalah berkaitan pelaksanaan kaedah pengajaran terbeza.

Konstruk ini bertujuan untuk meneroka amalan kaedah pengajaran terbeza peserta bagi kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian. Berdasarkan konstruk ini, tema soalan temu bual ditetapkan kepada tiga. Penetapan tema ini adalah berkesinambungan dengan elemen kaedah pengajaran terbeza iaitu kandungan, proses dan hasil.

Bagi tema kandungan, data temu bual dipecahkan kepada tiga subtema iaitu tema, unit dan bahan pembelajaran. Data temu bual yang diperolehi memperlihatkan bahawa peserta kajian dapat mengimplimentasikan elemen pengajaran terbeza dalam amalan pengajaran semasa PdP kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu murid tahun 1. Berikut adalah respons peserta kajian mengikut subtema tema dan unit:

“...Ya, tetapi mengikut tahap kesukaran...”

(PK1)

“...Ya, kerana dalam pembelajaran terbeza tidak menekankan murid belajar dengan tema, unit mahupun kemahiran yang berbeza antara satu sama lain...”

(PK2)

“...Tidak. Setiap murid akan melalui tema dan unit yang sama. Hanya tahap penguasaan yang akan mempengaruhi kemahiran menulis ayat semasa pdpc...”

(PK3)

(7)

Seterusnya, kesemua peserta kajian menyediakan bahan pengajaran yang berbeza mengikut tahap pembelajaran murid. Berikut adalah respons peserta kajian berdasarkan subtema bahan pengajaran:

...Kad perkataan dan gambar...”

(PK1)

“...Bagi kumpulan murid yang pandai, saya akan mengkehendaki mereka menulis ayat tanpa merujuk kepada gambar ransangan. Hanya diberikan perkataan sahaja.

Manakala murid yang lemah akan saya bekalkan dengan gambar ransangan dan perkataan bagi memudahkan mereka menulis ayat...”

(PK2)

“...Papan menu: Murid memilih cara mereka mahu menunjukkan apa yang mereka telah fahami...”

(PK3)

Respons peserta kajian mengikut subtema aktiviti memperlihatkan bahawa setiap aktiviti pembelajaran adalah berbeza mengikut tahap pembelajaran murid. Di bawah merupakan jadual aktiviti pengajaran terbeza yang dijalankan oleh peserta kajian dalam PdP kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu bagi murid tahun 1:

Jadual 6.4: Aktiviti menulis ayat mngikut tahap pembelajarn murid Tahap

pembelajaran

Aktiviti kemahiran menulis ayat

PK1 PK2 PK3

Lemah “...Menyusun perkataan

menjadi ayat...” “...Gambar ransangan digunakan dan disertai beberapa perkataan mudah sebagai panduan murid membina ayat...”

“...Mengimlak ayat berdasarkan gambar...”

Sederhana “...Membina ayat berdasarkan gambar dan perkataan...”

“...Gambar ransangan digunakan dan disertai perkataan tunggal bagi memudahkan murid membina ayat...”

“...Melengkapkan ayat berdasarkan gambar...”

Pandai “...Membina ayat berdasarkan perkataan...”

“...Tanpa bahan ransangan, murid hanya diberikan perkataan tunggal untuk

membina ayat...”

“...Membina ayat berdasarkan gambar...”

Berdasarkan Jadual 6.4 di atas, kesemua peserta kajian mengambil kira kepelbagaian murid dari aspek tahap pembelajaran dalam menyediakan aktiviti kemahiran menulis ayat. Perbezaan aktiviti mengikut tahap pembelajaran ini secara tidak langsung turut membezakan hasil kerja murid. Respons ini menunjukkan peserta kajian dapat mengimplimentasikan kaedah pengajaran terbeza dalam amalan pengajaran bagi kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 1.

Soalan Kajian 2: Apakah kesan amalan kaedah pengajaran terbeza terhadap motivasi murid tahun 1 dalam menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu.

Motivasi merupakan satu aspek penting dalam proses pembelajaran. Ia boleh menjadi ukuran kepada penerimaan murid terhadap pengajaran guru. Bagi aspek ini, pengkaji mengajukan soalan mengikut tema.

(8)

Jadual 6.5: Kesan amalan pengajaran terbeza terhadap motivasi murid tahun1 semasa pdp kemahiran menulis ayat bahasa Melayu

Tema PK1 PK2 PK3 Jumlah

Emosi / / / 3

Penglibatan / / / 3

Data temu bual yang diperolehi mengikut tema emosi menunjukkan bahawa motivasi dalam kalangan murid terhadap amalan kaedah pengajaran terbeza bagi PdP kemahiran menulis ayat adalah positif. Dapat dilihat bahawa semua murid seronok semasa PdP kemahiran menulis ayat.

Menurut respons PK2, murid lebih bermotivasi dalam aktiviti pembelajaran kerana dapat belajar dalam kelompok yang sama dari aspek kesediaan belajar. Sementara itu, respons yang diberikan oleh PK1 dan PK3 turut menunjukkan bahawa motivasi murid tinggi terhadap PdP kemahiran menulis ayat berteraskan kaedah pengajaran terbeza.

“...Murid berasa seronok kerana setiap aktiviti berlaku dalam kumpulan aras murid yang sama...”

(PK1)

“...Ya saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana menerusi pembelajaran terbeza murid berpeluang belajar mengikut kecenderungan. Bahkan lebih bermotivasi kerana belajar dalam kumpulan yang mempunyai keupayaan yang sama...”

(PK2)

“...Setuju. Murid akan seronok apabila dapat melibatkan diri dalam pembelajaran dan dapat membuat tugasan mengikut kemampuan masing-masing...”

(PK3)

Dalam kajian ini, pengkaji turut mengajukan soalan berkaitan perasaan murid dalam kelompok lemah dan sederhana berkaitan aras aktiviti yang diberikan. Respons peserta kajian menunjukkan murid dalam kelompok ini tidak merasa terpinggir meskipun aras aktiviti pembelajaran adalah rendah berbanding aras aktiviti bagi murid dalam kelompok pandai. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh PK1 dan PK2 bahawa aktiviti yang diberikan adalah sesuai dengan kemampuan murid dalam kelompok lemah dan sederhana. Walau bagaimanapun, PK3 menjelaskan turut timbul sedikit perasaan rendah diri dalam kalangan murid lemah dan sederhana. Namun begitu, peningkatan prestasi boleh membentuk keyakinan dalam diri murid lemah dan sederhana. Berikut adalah respons yang diberikan oleh peserta kajian:

“...Tidak. Ini kerana setiap murid menyiapkan aktiviti menulis ayat mengikut tahap kemampuan diri mereka...”

(PK1)

“...Sebelum murid-murid diagihkan dalam kumpulan mengikut keupayaan menerusi pembelajaran terbeza, mereka diberi kefahaman oleh guru berkaitan tujuan konsep pembelajaran ini. Justeru tidak timbul soal rasa rendah diri dalam kalangan murid.

Malahan murid lebih bersemangat dan wujud persaingan sihat untuk meningkatkan pencapaian agar boleh berada dalam kumpulan yang lebih baik kelak...”

(PK2)

(9)

“...Ada timbul rasa rendah diri dalam kalangan murid lemah dan sederhana pada peringkat awal. Peningkatan prestasi murid lemah dan sederhana akan meningkatkan keyakinan mereka semula kelak...”

(PK3)

Seterusnya, pengkaji turut mengajukan soalan yang memberi fokus kepada kelompok murid pandai terhadap aras aktiviti yang diberikan oleh guru dalam PdP kemahiran menulis ayat.

Respons oleh PK1 dan PK2 menunjukkan tidak timbul rasa tidak adil dalam kalangan murid pandai terhadap kesukaran aktiviti pembelajaran yang ditugaskan oleh guru. Namun begitu, PK3 menyatakan ada dalam kalangan murid pandai merasakan aktiviti yang ditetapkan oleh guru adalah tidak adil memandangkan aktiviti pembelajaran bagi murid dalam kelompok ini lebih tinggi dan sukar arasnya. Di bawah merupakan respons peserta kajian terhadap temu bual ini:

“...Tidak. Murid telah diberikan aktiviti menulis ayat mengikut aras dan kemahiran murid yang bermatlamatkan mencapai objektif pembelajaran dan strategi pembelajaran ditetapkan...”

(PK1)

“...Perkara ini tidak berlaku kerana menerusi pembelajaran terbeza, guru memberikan peluang yang sama kepada semua murid. Apabila murid melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap keupayaannya,maka kita akan dapat melihat murid itu menggunakan sepenuhnya keupayaaan yang dimiliki. Guru pastinya akan sentiasa memberikan peluang kepada murid mengekspresi hasil kerja dan peneguhan positif walaupun murid tersebut berada dalam kumpulan lemah...”

(PK2)

“...Tidak dapat dielakkan. Ada murid yang akan berasa tidak adil. Ini lebih ketara jika jumlah murid dalam kelas itu ramai...”

(PK3)

Temu bual berasaskan tema penglibatan murid dalam PdP pula memperlihatkan motivasi murid adalah memberangsangkan. Perkara ini dapat dijelaskan menerusi respons peserta kajian yang menunjukkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dengan mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Sungguhpun demikian, PK3 menjelaskan terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan atas faktor hilang fokus dan terlalu bermain.

“...Bimbingan guru memainkan peranan penting untuk murid menyiapkan tugasan mereka...”

(PK1)

“...Lazimnya murid memang dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada akhir PdPC.

Apabila murid bekerja dalam kumpulan dengan kecenderungan yang sama, mereka akan berbincang dan ini sangat membantu dengan keupayaan yang sedia ada...”

(PK2)

“...90% akan menyiapkan tugasan. Selebihnya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti hilang fokus dan terlalu bermain...”

(PK3)

(10)

7. Perbincangan

Salah satu aspek penting yang perlu dikuasai oleh guru dalam mengimplimentasikan sesuatu kaedah pengajaran adalah penguasaan terhadap kaedah itu sendiri. Thian Kian Nam et al.

(2022) menjelaskan para guru perlu menguasai konsep dan strategi yang wajar diambil kira semasa merancang dan melaksana PdP.

Amalan pengajaran peserta kajian iaitu guru Bahasa Melayu tahun 1 selari dengan konsep kaedah pengajaran terbeza. Perkara ini amat penting agar PdP yang dilaksanakan memberi manfaat kepada murid khususnya dalam menguasai kemahiran menulis ayat bahasa Melayu.

Ketiga-tiga peserta kajian mengambil kira perbezaan tahap pembelajaran murid iaitu pandai, sederhana dan lemah dalam melaksanakan PdP. Ini selari dengan Renzulli & M.Reis (2014) yang menjelaskan bahawa guru perlu peka terhadap kepelbagaian setiap murid dalam bilik darjah dengan menyesuaikan beberapa aspek penting dalam kaedah pengajaran terbeza iaitu kandungan, proses dan hasil. Menurut Brigandi, Gilson dan Miller (2019), mengubah suai kandungan pembelajaran adalah proses memadankan bahan pengajaran mengikut kemampuan murid di dalam satu bilik darjah yang sama. Sementara itu proses melibatkan penyesuaian strategi, kaedah dan teknik yang melibatkan pemilihan aktiviti pembelajaran sesuai dengan kemampuan murid. Seterusnya, Tomlinson (2014) menyatakan produk sebagai hasil oleh murid berdasarkan kefahaman mereka terhadap kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Sementara itu, Levy (2008) menjelaskan bahawa hasil adalah berbeza bagi setiap kelompok murid mengikut tahap pembelajaran memandangkan bahan yang diberikan adalah berbeza mengikut kemampuan murid. Menerusi kaedah ini, perbezaan murid diraikan sebagai satu elemen penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajarn yang bermakna kepada semua agar dapat mencapai objektif pembelajaran secara optimum. Justeru, pelaksanaan PdP berpandukan kaedah pengajaran terbeza merupakan satu tindakan yang tepat dalam usaha mempertingkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Roa’ani & Nor Rul Azlifah (2021) memperlihatkan PdP berorientasikan kaedah pengajaran terbeza dapat mengatasi isu keciciran murid peralihan dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu.

Menerusi kajian ini juga, motivasi murid semasa PdP kemahiran menulis ayat adalah memberangsangkan. Dapatan kajian menunjukkan murid seronok kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran sama seperti murid lain di dalam bilik darjah yang sama. Situasi ini penting untuk dikekalkan oleh guru agar setiap murid mendapat pengalaman belajar yang bermakna untuk menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu. Di samping itu, motivasi positif juga ditunjukkan oleh murid dengan kesungguhan dan kemampuan mereka menyiapkan tugasan aktiviti kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, wujud rasa tidak adil dalam kalangan murid pandai memandangkan aktiviti bagi kelompok murid ini lebih kompleks berbanding aktiviti bagi murid sederhana dan lemah. Justeru, tugas guru dalam mengawal suasana persekitaran pembelajaran amatlah penting agar motivasi belajar dalam kalangan murid tidak terganggu. Hal ini bertepatan dengan pendapat Tomlinson (2017) iaitu guru yang berkesan ialah guru yang penyayang dan mengambil berat kerana dapat mendalami kehendak dan keperluan muridnya dalam pembelajaran.

8. Kesimpulan

Mengajar kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 1 adalah satu cabaran besar kepada guru memandangkan kemahiran ini merupakan kemahiran bahasa yang paling kompleks untuk dikuasai apatah lagi pengasingan kelas mengikut tahap pembelajaran

(11)

sudah dimansuhkan. Oleh itu, kejayaan suatu PdP amat bergantung terhadap kebijaksanaan guru dalam memilih dan mengamalkan kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Tuntasnya, perbezaan yang wujud dalam kalangan murid dari aspek kemampuan belajar harus diselami dan diterokai oleh guru agar perkara ini bukan menjadi halangan dalam usaha mempertingkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menulis ayat Bahasa Melayu sebaliknya menjadi ruang kepada guru untuk memperkembangkan potensi murid secara berterusan.

Rujukan

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Brigandi, C. B., Gilson, C. M., & Miller, M. (2019). Professional development and differentiated instruction in an elementary school pullout program: A gifted education case study. Journal for the Education of the Gifted, 42(4).

https://doi.org/10.1177/0162353219874418

Ghazali Darusalam & Sufean Husin. (2021). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.

Halida Jawan & Zamri Mahamod. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 67-77.

Levy, H. M. (2008). Meeting the needs of all students through differentiated instruction:

Helping every child reach and exceed standards. The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, 81(4), 161–164.

https://doi.org/10.3200/tchs.81.4.161-164

Merriam, B. S. (1988). Case Study Research In Education: A Qualitative Approach. California:

Josey – Bass Inco.

Mustaffa, Z., Hussin, Z., & Sulaiman, A. M. (2021). Pedagogi terbeza untuk pengajaran guru terhadap kepelbagaian murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(9), 202 - 214.

Nahar, N., & Rosly, N. (2022). Persepsi guru-guru Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan daerah Port Dickson, Negeri Sembilan terhadap penguasaan kemahiran lisan Bahasa Melayu sepanjang pandemik COVID-19. Jurnal Bahasa 22(1), 149-172.

Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM 8(1): 33-41.

Roa’ani Mohamed & Nor Rul Azlifah Zulkafali. Keberkesanan pendekatan pedagogi terbeza (PPT) dalam pdpc Bahasa Melayu kelas peralihan: Suatu kajian tindakan di sebuah sekolah di Kuantan. Journal of Sciences and Management Research

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan Pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam:

Karisma Publication.

Than Khian Nam, Narahan Raduan, & Zaimuariffudin Shukri Nordin. (2022). Amalan pendekataan pedagogi terbeza dengan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah di Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan 4(2), 128- 141.

Tomlinson, C. A. (2017). Differentiate instruction in academically diverse classroom (3rd edition). Alexandria,VA USA.

Tomlinson, C. A. (2000). Differentiation of Instruction in the Elementary Grades. ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education Champaign.IL. ERIC Identifier: ED443572

(12)

Tomlinson, C. A. (2014). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners (2nd Edition). ASCD.

Tomlinson, C. A., & Strickland, C. A. (2005). Differentiation in practice: A resource guide for differentiating curriculum, grades 9–12. Alexandria, VA: ASCD.

Referensi

Dokumen terkait

Matlamat kajian ini adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian

3 Definisi Amalan Penaksiran 4.3.0 Persoalan Kajian 2: Amalan Penaksiran Guru dalam Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Argumentatif 4.3.1 Prosedur Penaksiran Karangan

Kajian pengaruh faktor demografi guru iaitu jantina, pengkhususan akademik dan kadar penggunaan MMI terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam amalan penggunaan

Secara khusus, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk: Meneroka amalan guru dalam pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi program LINUS di sekolah

Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka amalan penggunaan bahan bantu mengajar guru pendidikan khas masalah pembelajaran dalam kemahiran matematik

Apakah tahap amalan pengajaran yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam Abad ke-21.. Hasil analisis kajian

Dapatan teknik-teknik yang digunakan dalam pengajaran kemahiran bertutur juga menunjukkan bahawa guru lebih menggunakan kaedah situasi iaitu meletakkan pelajar

Kekerapan penggunaan kaedah umum PdP Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran Kaedah Min Kekerapan Pembelajaran berpusatkan guru Membaca buku teks 4.13 Kerap Menunjukkan demonstrasi