• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah (Differentiated Learning In Elementary School Reading Skills Teaching)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah (Differentiated Learning In Elementary School Reading Skills Teaching)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah

(Differentiated Learning In Elementary School Reading Skills Teaching)

Ainnieda Lataq Impak1*, Nor Azwahanum Nor Shaid1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.17

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dalam mendepani arus teknologi dan komunikasi, dunia pendidikan yang dinamik menuntut perubahan pendekatan pengajaran seperti pembelajaran terbeza. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah. Selain itu, matlamat kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Seramai 172 orang guru bahasa Melayu di zon Bintulu yang melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah menjadi responden kajian. Satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.856. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru mempunyai min yang tinggi manakala analisis ujian t dan ANOVA sehala memaparkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bagi aspek jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini agar dapat memberi manfaat kepada guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang lebih efektif dan merapatkan jurang pencapaian murid di bandar mahupun luar bandar.

Kata kunci: Tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan, pembelajaran terbeza, jantina, pengalaman mengajar

Abstract: The ever-changing educational landscape necessitates modifications in teaching strategies, such as differentiated learning, in order to deal with the currents of technology and communication. This study was done to find out how knowledgeable and committed Malay language instructors are to using differentiated instruction when teaching reading comprehension in elementary schools. The study also aims to determine gender and teaching experience-related disparities in the knowledge and application of differentiated learning among Malay language instructors when teaching reading skills in primary schools. 172 Malay language instructors from the Bintulu zone, including those from the Bintulu District Education Office and the Tatau/Sebauh District Education Office, participated in the survey as respondents. In order to evaluate the validity and reliability of the research instrument, a pilot

(2)

study involving 30 Malay instructors who were not a part of the main study was conducted. All 20 survey items had a good reliability coefficient value, with a Cronbach's alpha of 0.856. The research data were analysed using the statistical package for social science (SPSS) version 25.0 programme. The study's results demonstrated that teachers had high levels of knowledge and implementation, while the analysis of the t test and one-way ANOVA revealed that there was no discernible difference between levels of knowledge and implementation for the factors of gender and teaching experience. The implication of this study suggest that Malay language instructors should diversify their reading instruction strategies in order to close the achievement gap between students in urban and rural area

Keywords: Level of knowledge, level of implementation, differentiated learning, gender, teaching experience

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Pendidikan Malaysia telah menyebar luas Pdp berpusatkan murid bagi merealisasikan matlamat pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam landskap perubahan pedagogi. PdP berpusatkan murid perlu diaplikasikan oleh guru agar dapat melaksanakan pembelajaran yang bermakna dan berkualiti seperti pembelajaran yang menerapkan Kemahiran berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta mengendalikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara lebih luwes. (KPM 2019). Jika dilihat perubahan yang berlaku, jelas menunjukkan senario semasa telah mengubah konsep pembelajaran daripada bersifat konvensional kepada suasana pembelajaran yang lebih komprehensif dan bermakna. Pedagogi yang bersifat tradisional ini menyumbang kepada amalan pengajaran yang statik, mewujudkan jurang antara guru dan murid serta keterbatasan pembentukan kemenjadian murid. Pernyataan ini turut disokong oleh Norazlin dan Siti (2019) yang mana penyelidik mendapati masih terdapat guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang lemah enggan mengaplikasikan pedagogi pembelajaran yang baru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi dan kemahiran pelaksanaan guru terhadap kaedah pembelajaran abad ke 21 masih kurang.

Pelbagai kaedah yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan modal insan yang berkemahiran, berketerampilan, berpengetahuan, mempunyai nilai dan etika serta berdaya saing. Pembelajaran terbeza ialah satu kaedah pengajaran yang amat penting dalam meniti arus perubahan pendidikan masa kini. Tambahan pula elemen pembelajaran terbeza sebagai kayu ukur perubahan pendidikan masa kini setaraf dengan pendidikan global sekaligus mampu menjadikan pembelajaran terbeza sebagai satu budaya yang mapan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hasrat pendidikan negara adalah untuk melahirkan pendidikan bertaraf global. Pelbagai usaha dan kaedah yang perlu ditambah baik untuk memastikan matlamat pendidikan dalam landasan yang tepat. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan sembilan belas inisiatif utama dalam PPPM 2018. Salah satu inisiatif yang diberikan tumpuan ialah program memartabatkan pendidikan bahasa Melayu.

(KPM 2019). Program ini menjunjung martabat bahasa Melayu sebagai bahasa serumpun dan bahasa global. Bertitik tolak dari usaha ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah produktif dengan memberikan fokus kepada pembangunan profesionalisme guru melalui program peningkatan profesionalisme guru bahasa Melayu iaitu pelaksanaan pembelajaran terbeza. (IPG Kampus Bahasa Melayu 2020). Pelaksanaan ini merupakan rentetan daripada kajian keperluan yang dijalankan oleh IPG Kampus Bahasa Melayu yang mendapati keperluan peningkatan pedagogi bahasa Melayu. Oleh itu, pembelajaran terbeza

(3)

disebar luas serta dibangunkan dalam pembelajaran berdasarkan keperluan murid di seluruh Malaysia.

2. Pernyataan Masalah

Dalam sistem pendidikan alaf baharu, pembelajaran terbeza merupakan pendekatan pengajaran yang semakin menular dalam kalangan golongan pendidik (KPM 2019). Tambahan pula, fenomena ini semakin berkembang di institusi pendidikan rendah dan tinggi selaras dengan hasrat pendidikan abad ke 21. Walaupun pendekatan ini merupakan sesuatu yang baharu melonjak naik pengaplikasiannya di Malaysia, namun di Amerika Syarikat telah disambut baik oleh tenaga pengajar dan murid-murid (Puzio.K, Colby GT & Algeo-Nichols, D 2020).

Kebanyakan kajian berkaitan pembelajaran terbeza membincangkan aspek umum seperti kesediaan guru, persepsi guru, kemahiran guru, dan cabaran pembelajaran terbeza dalam pembelajaran bahasa Melayu. (Danial 2020; Ain 2021; Halida & Zamri 2021). Dalam pendidikan bahasa Melayu, pendekatan pembelajaran terbeza yang menjurus terhadap pengajaran kemahiran membaca kurang dikaji. Namun demikian, Halida dan Zamri (2021) telah mengkaji tentang kemahiran menulis ayat bahasa Melayu di sekolah rendah. Penguasaan kemahiran membina ayat dapat dipertingkatkan serta ditambah baik dengan memberikan latihan yang setara dengan kecenderungan dan keperluan murid. Pendapat ni selaras dengan hasil kajian tindakan Leblebicier, B (2020) yang menunjukkan pembelajaran terbeza sebuah kaedah pengajaran yang mampu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis pelajar. Justeru satu kajian yang menjurus kepada kaedah pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca amat diperlukan. Hal ini demikian kerana guru dapat melaksanakan pembelajaran terbeza secara terancang dalam pengajaran kemahiran membaca.

Tambahan pula, seseorang guru harus mempunyai pengetahuan dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Namun begitu, terdapat guru yang dilihat masih lemah dalam menguasai pendekatan terbeza kerana kecenderungan menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran. Kajian Danial (2020) tentang pembelajaran terbeza menyatakan masih ramai yang tidak ambil peduli akan pendekatan ini serta guru bahasa Melayu mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tentang pembelajaran terbeza.

Zelalem, A. , Melesse, S. dan Seifu, A (2022) pula mengenal pasti bahawa terdapat guru yang tidak dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka berjaya tidak melaksanakan pembelajaran terbeza. Hasil kajian menunjukkan keperluan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang kurang menyebabkan guru-guru tidak mampu mengendalikan pembelajaran terbeza secara berkesan. Dalam hal ini, guru sebagai pelaksana dasar pendidikan harus mempunyai dan mendalami makna pembelajaran terbeza agar boleh melaksanakannya secara fleksibel dan terancang. Oleh itu, pengkaji berpendapat perlu dibuat kajian terperinci tentang pelaksanaan guru terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah perlu dilaksanakan.

3. Objektif Kajian

I. Mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah

II. Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar

(4)

4. Tinjauan Literatur

Pengetahuan

Dalam konteks kajian ini, pengetahuan merujuk kepada ilmu yang dimiliki oleh guru tentang pembelajaran terbeza. Guru – guru mempunyai pengetahuan tentang kepelbagaian murid, elemen utama pembelajaran terbeza, ciri -ciri, manfaat, teknik mengajar, dan pedagogi kandungan. Kajian Nur Fatahiyah dan Siti Nur Diyana (2020) turut menjelaskan aspek pengetahuan namun pengetahuan dalam pendidikan STEM yang merangkumi definisi, teori- teori, ciri-ciri, kelebihan, kaedah penilaian pengajaran, kaedah pengajaran dan peranan guru dalam melaksanakan kurikulum pendidikan STEM.

Pelaksanaan

Pelaksanaan dalam kajian ini diteliti melalui amalan dan peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing dan penilai. Pendidik perlu menitikberatkan pelaksanaan pembelajaran terbeza ini selaras dengan transformasi pendidikan negara.

Pembelajaran terbeza

Pembelajaran terbeza merupakan sebuah kaedah pengajaran guru yang memberi peluang kepada kepelbagaian murid dalam mengikuti proses pembelajaran yang bermakna. Zurina dan Zaharah (2022) mendapati pembelajaran terbeza ini sebuah kaedah pengajaran yang baharu serta perlu diimplementasikan dalam pengajaran guru. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu mengaplikasikan kaedah pembelajaran terbeza untuk memastikan murid mendapat peluang pendidikan yang sama rata dan adil.

Pembelajaran terbeza diaplikasi dalam pendidikan di luar negara secara luwes merentasi sempadan global seperti di Amerika Syarikat, Turki, Hong Kong, dan Indonesia. Kajian Muhamad Nanang, Valcke dan Godwin (2017) menunjukkan tahap pengajaran dan pelaksanaan Pembelajaran Terbeza dalam kalangan guru di Indonesia berada pada tahap yang tinggi. Hal ini mempamerkan bahawa kaedah pembelajaran terbeza sebagai satu keperluan pengajaran kepada guru-guru di Indonesia. Manakala pembelajaran terbeza di Turki adalah sebuah kaedah yang pengajaran guru yang lebih menyeronokkan dan efektif serta mempunyai elemen kolaboratif jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran tradisional menurut persepsi pelajar di Turki. (Guvenc.G 2021). Ginja dan Chen (2021) pula melihat pembelajaran terbeza sebagai pendekatan pengajaran yang perlu diberi perhatian dalam bilik darjah yang pelbagai.

Mengikut Wan (2020) terdapat kolerasi yang positif antara persepsi guru terhadap Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Dan Amalan Pengajaran Terbeza (Differentiated Instruction) dalam konteks pendidikan rendah di negara Hong Kong. Kajian Wan (2020) juga menjelaskan kepentingan penerapan pembelajaran terbeza dalam menjunjung kepelbagaian murid di bilik darjah.

5. Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif berbentuk tinjauan bagi mengumpul maklumat kajian. Menurut Norfishah (2020) penyelidikan kuantitatif berkaitan analisis numerasi atau pengukuran dan statistik. Matlamat penyelidikan kuantitatif mengikut Ghazali dan Sufean (2021) bertujuan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar serta membuat telahan awal dalam sesuatu populasi. Jelas menunjukkan bahawa penyelidikan kuantitatif berfungsi untuk meramal, menguji secara statistik, membuat deskriptif serta membuat inferensi.

(5)

Pensampelan Kajian

Terdiri daripada 300 orang guru yang mengajar bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Bintulu menjadi populasi kajian. Pengkaji telah menggunakan pensampelan rawak mudah untuk mewakili populasi yang ada. Bagi pensampelan rawak mudah ini dapat memberi peluang kepada semua populasi untuk dipilih sebagai sampel. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menentukan saiz sampel berdasarkan populasi mengikut jadual Krejcie dan Morgan (1970).

Penentuan saiz sampel tidak boleh dilakukan sesuka hati untuk mengelakkan bias. (Ghazali Darusalam & Sufean Hussin 2022). Pengkaji telah memilih 172 orang sampel berdasarkan 300 orang populasi yang diketahui. Jadi sebagai seorang pengkaji, kita perlu mematuhi teknik pemilihan sampel berdasarkan saiz sampel.

Lokasi Kajian

Kajian ini melibatkan 53 buah sekolah rendah di zon Bintulu yang merangkumi 25 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan 28 buah sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Sebauh.

6. Dapatan Kajian

Tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah

Jadual 1: Tahap pengetahuan guru

No. Item pengetahuan Min Sisihan piawai Interpretasi

B1 Saya tahu setiap murid mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan pelbagai

4.69 0.476 Tinggi

B2 Saya faham dan jelas tentang konsep pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca

4.23 0.606 Tinggi

B3 Saya tahu aras kognitif dan pengetahuan murid melalui pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca

4.20 0.618 Tinggi

B4 Saya tahu pembelajaran terbeza merupakan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca selaras dengan pembelajaran abad ke 21

4.24 0.636 Tinggi

B5 Saya tahu akan elemen yang terkandung dalam pembelajaran terbeza iaitu kandungan, proses, hasil dan persekitaran

4.13 0.639 Tinggi

B6 Saya tahu akan kepentingan melaksanakan pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca

4.22 0.656 Tinggi

B7 Saya tahu cara mengaplikasikan pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca.

3.98 0.688 Tinggi

B8 Saya tahu cara untuk menetapkan kandungan, proses, produk dan persekitaran berdasarkan konsep pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca

3.93 0.689 Tinggi

B9 Saya tahu fungsi dan kegunaan pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca

4.03 0.670 Tinggi

B10 Saya tahu teknik mengajar kemahiran membaca yang bersesuaian dengan keperluan murid menggunakan pembelajaran terbeza

3.99 0.692 Tinggi

Keseluruhan 4.16 0.508 Tinggi

Jadual 2 di atas memperincikan taburan min, sisihan piawai dan interpretasi min bagi konstruk tahap pengetahuan. Semua item berada pada tahap interpretasi tinggi iaitu 3.67 hingga 5.00.

(6)

Item B1 “Saya tahu setiap murid mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan pelbagai” mempunyai min yang yang paling tinggi antara semua item (Min =4.69, SP= 0.476). Manakala item B8

“Saya tahu cara untuk menetapkan kandungan, proses, produk dan persekitaran berdasarkan konsep pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca” yang paling rendah antara kesemua item dalam konstruk pengetahuan (Min = 3.93.SP=0.689).Kajian ini secara tota mencatatkan tahap pengetahuan guru terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berada pada tahap tinggi yang mana minnya adalah pada 4.16 dengan sisihan piawai 0.508.

Tahap pelaksanaan guru bahasa melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah

Jadual 2: Tahap pelaksanaan pembelajaran terbeza

No. Item pelaksanaan Min Sisihan piawai Interpretasi

C1 Saya merancang pelaksanaan pdp kemahiran membaca dengan kaedah pembelajaran terbeza

3.94 0.731 Tinggi

C2 Saya menyediakan RPH untuk pdp kemahiran membaca berpandukan kaedah pembelajaran terbeza

3.80 0.739 Tinggi

C3 Saya menentukan aktiviti-aktiviti berdasarkan aras kognitif murid dalam pdp kemahiran membaca

4.02 0.582 Tinggi

C4 Saya melaksana pdp kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah pembelajaran terbeza

3.97 0.635 Tinggi

C5 Saya menggunakan kaedah pembelajaran terbeza dalam pdp kemahiran membaca pada masa yang sesuai

4.07 0.598 Tinggi

C6 Saya membimbing murid untuk menguasai isi pelajaran dalam pdp kemahiran membaca

4.17 0.586 Tinggi

C7 Saya meransang murid berkolaboratif dengan kaedah pembelajaran terbeza dalam pdp kemahiran membaca

3.98 0.653 Tinggi

C8 Saya melaksanakan aktiviti

pengayaan/pemulihan dengan menggunakan kaedah pembelajaran terbeza dalam pdp kemahiran membaca

4.04 0.634 Tinggi

C9 Saya memberikan bahan bacaan mengikut aras kebolehan murid dalam pdp bahasa Melayu

4.14 0.643 Tinggi

C10 Saya menggunakan kaedah pembelajaran terbeza sepenuhnya dalam pdp kemahiran membaca

3.91 0.716 Tinggi

Keseluruhan 4.00 0.523 Tinggi

Berdasarkan hasil kajian ini, tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah adalah tinggi iaitu min keseluruhan 4.00 dan memperoleh nilai 0.523 bagi sisihan piawai. Item C6 “Saya membimbing murid untuk menguasai isi pelajaran dalam pdp kemahiran membaca” adalah skor min yang tertinggi dalam konstruk pelaksanaan iaitu memperoleh nilai (M=4.17, SP=0.586). Manakala, item C2 “Saya menyediakan RPH untuk pdp kemahiran membaca berpandukan kaedah pembelajaran terbeza” mendapat nilai min yang terendah dalam konstruk pelaksanaan iaitu (M=3.80, SP=0.7039). Secara keseluruhannya, guru bahasa Melayu di zon Bintulu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca sekolah rendah.

(7)

Analisis ujian t : Perbezaan antara tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru bahasa melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina

Jadual 3: Perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan jantina

Konstruk Jantina N Min SP Nilai t Sig.(2

tailed

Tahap pengetahuan Lelaki 38 4.16 0.587 -0.055 0.956

Perempuan 134 4.17 0.485

Pengkaji telah menguji perbezaan antara tahap pengetahuan terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca bagi guru lelaki dan perempuan dipaparkan dalam Jadual 4. Dapatan kajian mendapati nilai t perbandingan tahap pengetahuan bagi guru bahasa Melayu lelaki dan guru perempuan ialah t = -0.055 dan tahap signifikan p = 0.956. Tahap signifikan lebih besar daripada 0.05(p>0.05. Hal ini membolehkan hipotesis nol 1 gagal ditolak. Seterusnya, dapatan kajian membuktikan skor min tahap pengetahuan guru perempuan adalah lebih tinggi (M=4.17) daripada guru lelaki (M=4.16). Oleh itu, hasil analisis perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina pelajar tidak menunjukkan mempunyai perbezaan yang signifikan sama sekali. Rumusannya, tahap pengetahuan guru lelaki mahupun guru perempuan terhadap pembelajaran terbeza adalah sama.

Analisis ujian t : Perbezaan antara tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru bahasa melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina

Jadual 4: Perbezaan tahap pelaksanaan pembelajaran terbeza berdasarkan jantina

Konstruk Jantina N Min SP Nilai t Sig.(2

tailed Tahap pelaksanaan Lelaki 38 4.01 0.594 -0.007 0.994

Perempuan 134 4.01 0.503

Jadual 5 menunjukkan hasil ujian t yang mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan pembelajaran terbeza dengan jantina guru (t=0.007, p=0.994)..

Perbandingan memaparkan tahap pelaksanaan bagi guru lelaki dan perempuan ialah t= -0.007 manakala tahap signifikan lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05) iaitu 0.994. Oleh hal yang demikian, hipotesis menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap pengetahuan guru bahasa Melayu adalah diterima. Hal ini menunjukkan bahawa guru bahasa Melayu lelaki mahupun perempuan mempunyai tahap pelaksanaan yang tiada beza terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah di Bintulu.

(8)

Analisis ANOVA sehala : Perbezaan antara tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar

Jadual 5: Perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar

Pengalaman mengajar N Min SP df Nilai F Sig.p

Kurang daripada 5 tahun 30 4.18 0.564

6-10 tahun 41 4.24 0.440

11-15 tahun 25 4.05 0.583

16 tahun ke atas 76 4.16 0.495

Jumlah 172 4.16 0.508

Antara kumpulan 3 0.733 0.534

Dalam kumpulan 168

Skor min pengalaman mengajar dengan tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca ditunjukkan melalui jadual 6. Dapatan kajian memaparkan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun memperoleh skor min yang tertinggi (M=4.24, SP=0.440).Tahap pengetahuan guru terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca bagi guru Bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun mencatatkan skor min yang tertinggi (M=4.24, SP=0.440).

Seterusnya, analisis skor min menunjukkan tahap pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar guru yang kurang daripada 5 tahun ialah (M=4.18,SP=0.564) diikuti dengan guru berkhidmat selama 16 tahun ke atas memperoleh skor min (M=4.16,SP=0.495). Akhir sekali, skor min yang terendah (M=4.05, SP=0.583) ditunjukkan dalam data guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 hingga 15 tahun.

Analisis ANOVA sehala : Perbezaan antara tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan antara tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar

Jadual 6: Perbezaan tahap pelaksanaan berdasarkan pengalaman mengajar

Pengalaman mengajar N Min SP df Nilai F Sig.

Kurang daripada 5 tahun 30 4.07 0.577

6-10 tahun 41 4.05 0.513

11-15 tahun 25 3.96 0.509

16 tahun ke atas 76 3.97 0.516

Jumlah 172 4.01 0.523

Antara kumpulan 3 0.472 0.702

Dalam kumpulan 168

Skor min tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca berdasarkan pengalaman mengajar dipaparkan melalui jadual 4.3.6. Guru yang telah berkhidmat kurang daripada 5 tahun merekodkan skor min yang tertinggi iaitu (M=4.07, SP=0.577) seterusnya dapatan menunjukkan skor min tahap pelaksanaan bagi

(9)

tempoh perkhidmatan 6 hingga 10 tahun iaitu (M=4.05,SP=0.513). Walaupun catatan pengalaman guru bahasa Melayu selama 16 tahun ke atas, namun skor min tahap pelaksanaan (M=3.97.SP=0.516) lebih rendah daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun dan tempoh 6 hingga 10 tahun. Guru yangi telah berkhidmat selama 11 hingga 15 tahun pula mendapat skor min pelaksanaan yang paling rendah iaitu (M=3.96, SP=0.509).

7. Perbincangan

Tahap pengetahuan terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah

Melalui dapatan kajian ini, pengkaji mendapati tahap pengetahuan guru terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca sekolah rendah ialah tinggi. Guru perlu mempunyai pengetahuan dalam mempertingkat profesionalisme (KPM 2023) serta menambah ilmu pedagogi untuk memebentuk kemenjadian murid yang efektif (KPM 2017). Keperluan ilmu pengetahuan ini sangat berguna secara lahiriah dan rohaniah untuk memudahkan urusan seharian menurut Fadilla dan Zamri (2019). Kajian ini selari dengan pendapat Rathaneswaary Derbala dan Ruhizan M. Yasin(2022) yang mana guru mempunyai pengetahuan yang luwes serta kritis dengan menunjukkan tahap skor min pengetahuan yang tinggi iaitu (M=4.32,SP=0.406). Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Ain (2021).

Beliau telah melaksanakan kajian tentang tahap pengetahuan guru terhadap pengajaran terbeza semasa musim pandemik bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru terhadap pengajaran terbeza adalah tinggi. Tahap pengetahuan guru terhadap pembelajaran terbeza adalah tinggi kerana guru mengambil peluang untuk mengikuti kursus atau perkongsian profesional yang dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab serta mengakses pelbagai bahan bacaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

Pernyataan ini selari dengan pandangan Ain (2021) yang mencadangkan bahawa guru boleh menimba pengetahuan dan pengalaman tentang pembelajaran terbeza melalui program anjuran KPM agar dapat meningkatkan prestasi dan potensi diri.

Tahap pelaksanaan terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah

Pelaksanaan pembelajaran terbeza memainkan peranan dalam menentukan kesamarataan murid yang merangkumi kepelbagaian aspek seperti keperluan pembelajaran. Ini termasuklah guru membezakan proses, kandungan, produk dan persekitaran bagi menguasai kandungan kurikulum( Mohd Rohiman Subri,Azlinda Boheran Nudin & Ismail Ebrahim 2022).

Berdasarkan dapatan kajian dalam jadual 4.3.2 menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan guru terhadap pembelajaran terbeza adalah tinggi (M=4.00,SP=0.523). Selain itu, guru – guru juga memberikan bahan bacaan yang berbeza aras namun tetap mencapai objektif yang sama dalam akhir pengajaran. Dapatan ini selari dengan pandangan Abd.Khar et.al (2018) bahawa pengajaran terbeza ini merupakan kaedah yang fleksibel serta memberikan hak yang sama dalam mencapai objektif pembelajaran di akhir proses pdp. Pengkaji telah menelusuri, kajian yang dilaksanakan di Indonesia yang mempamerkan tahap pelaksanaan pembelajaran terbeza dalam kalangan guru pada tahap yang tinggi (Muhamad Nanang,Valcke & Godwin 2017). Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran terbeza merupakan satu keperluan pembelajaran di Indonesia. Pelaksanaan pengajaran terbeza adalah rentetan daripada pembatalan pengasingan kelas yang telah disebar luas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke semua institusi pendidikan agar pdp dapat dilaksanakan secara proaktif dan efektif. (Nurul & Wan 2022). Ini termasuklah meningkatkan amalan profesionalisme dan kualiti pengajaran guru.

(10)

Oleh itu, pelaksanaan pembelajaran terbeza dilaksanakan di Malaysia secara sistematik dan giat (Nurul & Wan 2022).

Perbezaan antara tahap pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran terbeza berdasarkan jantina

Kajian mencatatkan bahawa tahap pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran terbeza dengan jantina membuktikan tidak berbeza secara signifikan. Nilai signifikan bagi tahap pengetahuan ialah 0.956 manakala bagi tahap pelaksanaan 0.954. Oleh itu, hipotesis nol diterima. Kajian ini mendapati guru lelaki mahupun guru perempuan tidak mempengaruhi pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza. Walaupun jumlah guru perempuan lebih ramai (134 orang) daripada guru lelaki (38 orang) namun dapatan kajian menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru dan jantina. Keputusan analisis kajian ini, selari dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh Ngo Jie Seng (2020) terhadap aspek pengetahuan dengan Jantina dalam pelaksanaan Pengajaran Keselamatan Jalan Raya. Mohd Qhairil Anwar dan Zamri (2018) juga memperoleh dapatan kajian yang sama bahawa jantina guru tidak mempengaruhi faktor pengetahuan dalam menerapkan enam topi pemikiran. Guru lelaki dan perempuan sama-sama mengaplikasikan kid kemahiran berfikir enam topi pemikiran. Oleh hal yang demikian, faktor jantina tidak mempengaruhi tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza.

Perbezaan antara tahap pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran terbeza berdasarkan pengalaman mengajar

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu dengan pengalaman mengajar. Nilai signifikan bagi tahap pengetahuan adalah p =0.534 manakala bagi tahap pelaksanaan adalah p=0.702. Maka, hipotesis nol adalah gagal ditolak. Perkara ini menunjukkan tempoh pengalaman mengajar tidak menentukan tahap pengetahuan guru. Kajian ini bercanggah dengan kajian yang dilaksanakan oleh Aminah dan Chrispina (2020) yang mana pengalaman mengajar mempengaruhi pengetahuan guru. Analisis min mempamerkan bahawa tahap pengetahuan guru baharu lebih tinggi berbanding guru mahir dan guru vateran. Guru baharu atau guru novis sangat fleksibel dan sentiasa bersedia untuk menerima perkara baru. Penyataan ini disokong Shahfiezul dan Fariza (2017), yang menghuraikan bahawa guru baharu lebih menunjukkan minat untuk belajar sesuatu yang perkara yang baharu seperti penggunaan teknologi dan inovasi.

8. Kesimpulan

Kajian ini diharapkan memberikan manfaat kepada guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang lebih efektif sama ada pada peringkat menengah atau rendah sekaligus dapat merapatkan jurang pencapaian murid. Di bandar dan luar bandar. (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013). Perancangan yang sistematik dapat dilaksanakan oleh guru bagi membantu murid membaca sesuai dengan kecenderungan dan kepelbagaian murid. Pihak PPD hendaklah mengadakan bengkel atau program khas bagi guru bahasa Melayu untuk mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pembelajaran. Konklusinya, guru mempunyai tahap pengetahuan dan pelaksanaan terhadap pembelajaran terbeza dalam kemahiran membaca. Selain itu, faktor pengalaman mengajar dan faktor jantina tidak mempengaruhi tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru. Oleh hal yang demikian, kaedah pengajaran terbeza digunakan secara luwes dalam kemahiran bahasa Melayu di samping menyelami potensi murid yang pelbagai.

(11)

Rujukan

Ain Nur Atika Agus.(2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa melayu

dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.11(1) : 75-87.

Aminah Jekri & Crispina Gregory K Han. (2020). Pengaruh Pengalaman Mengajar

dalam Pengetahuan, Motivasi dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM.

Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia . 10(2):45-56.

Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza

Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 29-42.

Fadilla Layang & Zamri Mahamod.(2019). Tahap Pengetahuan, kesediaan dan sikap

guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44 (1): 37-44.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2022). Metodologi Penyelidikan dalam

pendidikan. Amalan dan analisis kajian. Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Gelombang 2:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia.( 2019). Manual Pembelajaran Terbeza Pegawai-

Pegawai Sisc+. Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan. (2023). Objektif Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

https://www.moe.gov.my/korporat/jabatan/jabatan-pendidikan-melaka. [12 Disember 2023].

Lavania, M., & Mohamad Nor, F. (2021). Factors influencing the implementation of

differentiated instruction in English language instruction in rural and urban secondary schools of Johor Bahru. Creative Education 12: 1235–1246.

Mazura Sulaiman & Wak,C.W. (2018). Tinjauan tentang Pengetahuan dan Penerimaan terhadap Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Siswa Pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Melesse, T.(2016). Differentiated instruction: Perceptions, practices and challenges of primary school teachers. Science, Technology and Arts Research J, 4(3), 253-264.

Mohd Rohiman Subri,Azlinda Boheran Nudin & Ismail Ebrahim .( 2022). Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berteraskan KPMPerkasaKU: Satu Kajian Kes.

Jurnal Dunia Pendidikan . 4(1): 419-427.

Mohd Qhairil Anwar Azahar & Zamri Mahamod. (2018). Tahap perbezaan

pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (2): 13-24.

Muhamad Nanang Suprayogi, Valcke, M., & Godwin, R. (2017). Teachers and their

implementation of differentiated instruction in the classroom. Teaching and Teacher Education. 67: 291–30.

Ngo Jie Seng. (2020). Perbezaan Jantina Dan Pengalaman Mengajar Guru Bahasa

Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pengajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 10(2):82-92

Rathaneswaary Derbala & Ruhizan M. Yasin. (2022). Tahap Pengetahuan, Penerimaan,

(12)

Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 7(4):1-20

Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza

Dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal 4(3) : 9-18.

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid.( 2017). Pengintegrasian blended learning dalam pembelajaran persekitaran maya Frog (VLE Frog). Dlm. Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki.(Editor).

Zamri Mahamod. (2018). Pemikiran Inventif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod & Christine Linsah. (2018). Perbezaan Jantina, Tahap Pengetahuan

dan Penerimaan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dengan Penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua Pelajar Etnik Bidayuh. MAHAWANGSA. 5 (1): 423 – 434.

Zelalem, A. , Melesse, S. & Seifu,A. (2022). Teacher educators’ self-efficacy and

perceived practices of differentiated instruction in Ethiopian primary teacher education programs: Teacher education colleges in Amhara regional state in focus. Cogent Education , 9:1-22.

Referensi

Dokumen terkait

Itulah yang dijelaskan oleh pihak-pihak yang tertentu mengenai penskoran PBD ini…” Peserta Kajian 2 Menjelaskan perbezaan kaedah pelaksanaan penskoran Tahap Penguasaan murid bagi

Oleh itu, tinjauan tinjauan kuantitatif ini ditujukan sepenuhnya untuk melihat daya maju pendekatan bilik darjah terbalik terhadap pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Sejarah

Implikasi penggunaan kaedah pengajaran langsung terhadap murid LINUS ini ialah guru-guru dapat mengenal pasti tahap pencapaian murid mengikut konstruk yang telah dikuasai, pengajaran