• Tidak ada hasil yang ditemukan

HAMKA GELORA JIWA ORANG MUDA Saringan Fa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HAMKA GELORA JIWA ORANG MUDA Saringan Fa"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

HAMKA: GELORA JIWA ORANG MUDA

Saringan "Falsafah Hidup" Dalam Gocak Dunia Orang Muda

Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab Dan Sastera) Kuliyyah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [email protected]

Abstrak

Satu sisi lain Hamka selain daripada sasterawan, agamawan, politikus, sejawaran, adalah seorang filsuf yang berjaya menyadur idea falsafah dan menyaringnya dengan begitu sempurna, lalu cuba mengharmonikan ketegangan yang timbul berkaitan salah-faham dan silang konflik permasalahan ini. Menyaring "Falsafah Hidup" untuk memahami gelora jiwa orang muda, ternyata menjawab banyak persoalan. Hamka melontarkan pandangan falsafah terhadap kebejatan akal dan perasaan serta beberapa permasalahan pokok yang tidak selesai yang menanahkan tindakan bernafas pendek. Semuanya tertakluk dalam kerangka: pandangan jagat syariat Islam yang seharusnya difahami, pengurusan akal dan dorongan akal, pilihan utama kepada lambakan prinsip kehidupan, dan dimensi pemahaman asas kehidupan yang perlu disuluhi semula demi memulangkan manusia kepada kemanusiaannya. Kertas kerja ini selain cuba membentuk idea yang konkrit sebagai model hasil dari tuntas pemerhatian kacamata remaja untuk remaja, juga akan melontarkan gesaan kembali kepada akar; akar agama, akar bangsa dan akar budi.

Kata kunci: gelora, permasalahan semasa, pengurusan akal, pandangan agama, prinsip kehidupan, idea dan model.

Ledak Perubahan Orang Muda Sepanjang Sejarah

Bermula daripada zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah zaman dasawarsa ini, dunia telah menyaksikan bahawa orang muda telah memulakan banyak revolusi dan perubahan. 1

"Orang Muda" didefinisikan di dalam kertas kerja ini berumur antara 15-30 tahun.

(2)

Laungan sejarah menjadi bahan motivasi, pembakar semangat dan cerita-cerita dalam kem-kem kepemudaan agar orang muda pada hari ini menoleh ke arah sejarah mencedok semangat dan kekuatan lalu semadikan di dada untuk menongkah arus kesemasaan. Orang muda diarahkan supaya berkeras, berani dan lakukan sesuatu meskipun ia di luar logika. Orang muda seperti termakan hasutan supaya memulakan sesuatu dengan penuh berahi, jangan fikir apa orang akan bilang dan terus jalan ke depan.

Adakah ini fenomena yang sihat dalam agama? Persoalan ini menjadi titik tolak yang perlu dijawab dengan penuh teliti dan berhati-hati. Melihat kepada budaya melawan dengan liar disemarakkan ke merata ceruk dunia, apakah ia menjustifikasikan bahawa itu ialah kebenaran kerana melawan kezaliman? Apakah revolusi untuk menjatuh pemerintahan yang zalim itu suatu kebenaran? Bagaimana sekiranya di dalam revolusi berlakunya pembunuhan tidak sengaja yang ramai? Bagaimana sekiranya di dalam revolusi ada agenda tersembunyi dan badan rahsia yang sebenarnya mengawal revolusi itu untuk berlaku?

Persoalan ini menjadi lebih keras apabila ia ditampal kepada gerakan atau parti berjenama agama. Sejarah membentangkan sesuatu untuk dinilai semula. Persoalan ini juga timbul apabila kisah Nabi Khidir AS dan Nabi Musa AS di dalam surah al-Kahfi diceritakan oleh Allah dengan penuh sinemaskopik dan dialog yang rinci. Nabi Musa AS menyangka bahawa tindakan membocorkan perahu dan membunuh budak yang tidak berdosa adalah sesuatu yang di luar agama dan ia adalah kezaliman. Sekilas pandang, memang benar itulah kezaliman yang nyata. Pengayuh perahu dan budak kecil tidak bersalah. Namun, Nabi Khidir AS ada jawapan tersendiri dengan persoalan Nabi Musa AS itu. Ternyata sangkaan Nabi Musa AS meleset apabila kebenarannya ialah sebaliknya. Kisah ini selain memberitahu banyak teladan, juga membentangkan suatu persoalan yang agak ngeri iaitu; belum tentu yang terlihat kebenaran sebenarnya suatu kebenaran dan belum tentu yang terlihat kezaliman itu ialah suatu kejahatan.2

Tidak boleh dinafikan orang muda penuh dengan semangat dan cita-cita. Banyak babak sejarah merakam semangat orang muda yang telah melakar sejarah yang dikenang sampai sekarang. Imperialisme Barat menyaksikan orang muda bangkit menentang tirani. Di Filipina, Jose Rizal dalam karyanya Noli Me Tangere 3(1887) dan El Filibusterismo 4(1891) meledakkan idealisme penentangan penjajahan zalim dan disinambungkan oleh gerakan katipunan sehingga menjatuhkan regim Marcos. Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Chen Tu Shiu di China

Surah al-Kahfi, kisah Musa dan Khidir bermula dari ayat 60 hingga 82.

2

Dikarang oleh Jose Rizal dengan bernadakan semangat perjuangan dan cerita penindasan Sepanyol

3

terhadap bangsa Filipina.

Sambungan daripada buku Noli Me Tangere.

(3)

menggerakkan revolusi sehingga berlakunya Peristiwa 4 Mei 1919 dan berjaya meledakkan kebangkitan Komunisme langsung tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949 di China. Russia menuliskan sejarah Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 dengan pegangan kuat

kefahaman komunisme hingga berhasil menjatuhkan kayangan Tzar Nicholas. Negara jiran Indonesia juga punya citra sejarah kebangkitan orang muda tersendiri.

Penentangan imperialis Belanda bermula dengan Raden Anjeng Kartini yang meninggal dunia ketika masih muda. Omar Said Chokroaminoto orang muda berintelek tinggi mengasaskan Sarekat Islam. Soekarno dengan pidato memukau di bawah panji Sang Saka Merah Putih berjaya memimpin Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Di Burma, orang muda bergelar siswa-siswi telah menubuhkan Persatuan Pemuda Buddha (YMBA) pada tahun 1906 untuk menentang penjajah British. Di Thailand, Revolusi Thai 1932 telah memecahkan imuniti Istana. Di Tanah Melayu pula, graduan al-Azhar seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Abbas Kalali mula menggerakkan revolusi Islah dan Tajdid yang begitu meriah diterima masyarakat. Dan yang lebih dekat dengan hari ini ialah fenomena Arab Spring yang ceritanya terkenal bermula dari pemuda berumur 26 tahun, Mohamed Bouazizi yang membakar diri setelah gerai sayurnya dirampas oleh pihak berkuasa.

Kesemua rakaman sejarah ini akhirnya menyimpulkan suatu kenyataan yang penting; orang muda sentiasa bernyawa.

Perubahan Wacana; HAMKA dan Ayah

HAMKA menceritakan bagaimana garangnya Syeikh Haji Karim Amrullah di dalam 5 buku Kenang-kenangan Hidup;

Dia disuruh melunjurkan kakinya, untuk dipukul. Baru sahaja tongkat itu dibawa berhampirannya, belum terkena badannya, dia menjerit, "Ampun abuya, ampun!" Ayahnya hendak memukul terus tetapi kedua-dua orang yang menyaksikan tadi datang dengan segera melerai. "Dia sudah minta ampun, engku!" Dia sudah minta ampun!" kata kedua-dua orang itu.

Bertambah dilerai, bertambah keraslah sikap ayahnya hendak memukul dan bertambah kuat pula suaranya meminta ampun, dan bertambah keras pula kedua-dua pelerai itu menegah. Akhirnya kerana kedua-duanya memegang ayahnya kuat-kuat, tidak jadi tongkat besar itu jatuh ke atas badannya, dan dia pun berhiba-hiba

meminta ampun. Maka tidak jadi untuk dipukul dan ayahnya berkata... 6

Digelar orang sebagai Inyiak Rasul.

5

Kenang-kenangan Hidup, Pustaka Dini:2009, Hamka. ms. 15

(4)

Syeikh Haji Karim Amrullah dan Syeikh Haji Yusuf Amrullah (keduanya adik-beradik) merupakan jargon penting yang menggerakkan tradisi islah dan tajdid di ranah Minangkabau khususnya di Maninjau. Keduanya memulakan wacana pengajian berpusat di langgar 7kemudian berkembang menjadi madrasah. Tradisi Langgar adalah titik mula kepada tradisi pengajian agama yang begitu mersik berkembang. Bermula dengan penubuhan Surau Djambatan Besi atau digelar juga Parabek oleh Syeikh Ibrahim Musa tradisi itu mula berkembang dengan 8 tertubuhnya Sumatera Thawalib oleh Syeikh Haji Karim Amrullah dan beberapa temannya yang lain. Sumatera Thawalib kemudian berkembang menjadi organisasi pelajar-pelajar seluruh Minang atas usahasama yang tekun oleh Zainuddin Labai Yunusi, adik beliau Rahmah al-Yunusi menubuhkan Diniyyah Puteri serentak bagi melorongkan pendidikan khusus kepada kaum perempuan.

Syeikh Haji Karim Amrullah dan Syeikh Haji Yusuf Amrullah mendapat gesaan langsung daripada Kiyai Haji Ahmad Dahlan di Jogjakarta bagi menubuhkan cawangan Muhammadiyah bersendikan pendidikan. Hubungan yang rapat dan ilmu yang jagat telah membawa pulang idea islah dan tajdid Muhammadiyah langsung menubuhkan madrasah-madrasah seperti Kuliyyatul Mubalighin di Padang Panjang dan Madrasah Tsanawiyah Muhammadiyah Sungai Batang Kabupaten Agam di Danau Maninjau.

Pendekatan kedua syeikh begitu keras dan tegas. Syeikh Haji Karim Amrullah sendiri berkali-kali merotan HAMKA kerana kenakalan beliau. Syeikh Haji Yusuf Amrullah apabila mengajar duduk di atas meja dan pelajar yang bercakap walau sepatah, sandal syeikh akan hinggap di kepala. Syeikh Haji Karim Amrullah apabila berwirid, bunyi jarinya yang menghayun mengena sejadah sudah mampu mendiamkan jemaah. Pendekatan begini telah sebati di dalam 9 citra pendidikan warga Minang. Sebagai pemula gerakan, pendekatan tegas telah berjaya membentuk penerusan pengajian sehingga tahun demi tahun.

Kehadiran HAMKA setelah pulang dari Makkah mengubah wacana ini. HAMKA begitu kontra dengan ayah beliau dalam mengajar, mendidik dan menyampaikan ilmu. Ketika semua orang takut dengan HAMKA kerana takutnya orang dengan Syeikh Haji Karim Amrullah, HAMKA memulakan wacana lembut dan mesra. Kata-kata beliau begitu halus menusuk ke jiwa.

Bermaksud surau. Pengajian di ranah Minang pada awalnya tidak dimulakan di pesantren tetapi hanya di

7

surau. Kanak-kanak lelaki seawal berumur 7 tahun sudah dibudayakan untuk tidur di langgar dan belajar seharian. Segala bentuk pengajian merangkumi Fardhu Ain digerakkan di langgar ini.

Merupakan pusat pengajian surau terawal di ranah Minang.

8

Penulis berbual sendiri dengan saudara-mara, anak-anak saudara, sepupu-sepupu kedua syeikh ini yang

9

(5)

Barangkali topik yang sama, tapi pendekatan HAMKA dan pendekatan ayah HAMKA adalah dua pendekatan yang bertentangan. Keramahan HAMKA membuatkan penduduk Minang disajikan dengan citra warna-warni wacana pendidikan.

HAMKA juga banyak mencambahkan pengetahuan dan penyampaian. Tidak hanya bercakap dalam kerangka Fardhu Ain, HAMKA mula bercakap tentang akal, tentang sederhana, tentang tujuan hidup dan ilmu-ilmu falsafah yang lain. Malah HAMKA begitu sering memberikan pandangan terhadap isu semasa yang berlaku melalui kefalsafahan agama. HAMKA sejujurnya telah melengkapkan wacana pendidikan Minang itu sendiri. Perubahan cuaca dalam wacana pendidikan antara HAMKA dan Syeikh Haji Karim Amrullah menyimpulkan bahawa keremajaan HAMKA begitu berbeza dan keseringan HAMKA menyentuh ilmu berkaitan kehidupan membuktikan bahawa HAMKA punya nilai keilmuan yang tersendiri.

Latar Belakang Buku "Falsafah Hidup": Suatu Penilaian Kronologi

Karya "Falsafah Hidup" terbit kali pertama pada tahun 1939, sewaktu HAMKA berusia 31 tahun. Sewaktu itu, HAMKA menjadi guru agama di Kuliyyatul Mubalighin Muhammadiyah, Padang Panjang. Suasana pembelajaran remaja dan kehadiran Falsafah Hidup semestinya mempunyai relasi yang menarik. Secara umum, HAMKA bercakap tentang falsafah yang disaring elok dalam kerangka Islam. Namun, HAMKA pastinya didorong secara langsung atau tidak langsung oleh suasana madrasah dan menulisnya sebagai wacana baru dan nasihat ilmu kepada kelompok remaja.

Buku ini mempunyai sembilan bab. Setiap bab mempunyai fokus tersendiri. Pada bab satu dan dua, sebanyak 15 topik HAMKA hanya bercakap tentang akal, dan ia merupakan topik yang paling mendominasi. Setelah persoalan akal dibahaskan, HAMKA bercakap tentang buah akal iaitu akhlak di dalam kesemua bab selepasnya. HAMKA menulis tentang keutamaan di bab ketiga, kesopanan di bab keempat, kesederhanaan di bab kelima, keberanian di bab keenam, keadilan di bab ketujuh, persahabatan di bab kelapan dan kesimpulan penuh di bab kesembilan. Topik kedua yang banyak dibahaskan HAMKA selepas "akal" ialah "sederhana" di bab kelima.

Kedua topik ini mempunyai kaitan yang sungguh akrab. Akal menentukan buah akhlak, dan sederhana menentukan ranum atau tidak "buah" akhlak tersebut. Kedua topik ini adalah idea dasar yang perlu diangkat, disaring, diperelokkan dan ditabur kepada gocak dunia orang muda.

(6)

Ada sebab yang konkrit kepada 15 topik yang terawal yang merupakan bahagian paling banyak dibahaskan HAMKA di dalam buku "Falsafah Hidup" iaitu akal, fungsi akal dan kekuatan akal. Falsafah itu sendiri berteduh di bawah akal. HAMKA merumuskan akal sebagai jambatan falsafah untuk menemui Tuhan. HAMKA menuliskan;

"Agama mengemukakan hati dan falsafah adalah latihan otak...

Agama Islam dan sumbernya yang asli, iaitu al-Quran, adalah pembela falsafah. Bagaimana akan dimungkiri, padahal dalam Kitab Suci itu, ntiasa disesali orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.

"Tidakkah kamu gunakan akalmu?" - "Tidakkah kamu fikirkan?" - "Ambil perbandinganlah hai orang-orang yang mempunyai pandangan." Dan lain-lain lagi, beratus-ratus ayat, untuk mengetuk pintu kesedaran

fikir. 10

HAMKA memasuki pintu akal melalui pendefinisian kehidupan itu sendiri. Kata HAMKA;

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata. Sekalian makhluk di muka bumi ini seakan-akan tidak kelihatan dalam tenunan ini, kerana sangat kecil. Maka tenunan hayat yang kita lihat ini adalah hujung daripada pangkal kata yang telah lalu, yang bersambung, tiada putus, sejak dari awal yang

tiada diketahui bilakah sampai kepada akhir yang belum diketahui. 11

Kata-kata ini merumuskan bahawa memahami kehidupan akan menemukan fungsi akal. Kehidupan yang luas bisa difahami dengan akal yang berkerja.

Setelah perbahasan tentang "Hidup" dibahaskan sebanyak enam mukasurat, HAMKA memasuki gerbang persoalan "bagaimana" untuk memahami kehidupan. Dimulakan dengan memahami anugerah akal; akal untuk manusia. Seperti yang selalu didengari, yang membezakan manusia dan haiwan itu ialah akal. Haiwan ada rasa, tapi belum tentu berakal. Manusia ada rasa, dan berakal. Rasa tempat nafsu bermahkota. Tanpa akal, nafsu bermaharajalela. HAMKA menuliskan;

Dengan akal itulah manusia dapat memikirkan besar nikmat yang diterimanya dari Tuhan, nikmat kemuliaan dan ketinggian yang tiada ternilai, sehingga dia terlepas daripada kehinaan. Dengan akal itulah jenis

manusia dilebihkan daripada jenis yang lain. 12

HAMKA, Falsafah Hidup, Pustaka Dini:2009. ms. 16

10

Ibid. ms. 32

11

Ibid. ms. 37

(7)

Hal ini agak selari dengan persoalan penting kenapa alhamdulillah merupakan kalimah pertama dalam ayat pertama dalam surah al-Fatihah. Dibahaskan panjang lebar oleh para mufassirin. Kalimah yang sering meniti di bibir bagi tanda kesyukuran ini begitu besar maknanya. Syukur dahulu sebelum meminta. Erti syukur mestilah menilai, memaknai dan meninjau apa yang sudah ada di genggaman, dan ia mestilah melalui suatu elemen sahaja iaitu akal. Hanya dengan akal, syukur melebihi dari ucapan "Terima kasih", melebihi dari hanya membalas yang setara sahaja, ia lebih bermakna dan bernilai. Akal yang tidak reti dikerjakan untuk merenung apa yang sudah ada dan mensyukuri, lantas memanfaatkannya untuk kemaslahatan umat ialah akal yang tidak berkerja.

Akal adalah elemen yang luar biasa. Akal yang berkerja tidak mudah berkata "ya", tidak pula berkata "tidak", bahkan akal menemui lebih luas jarak antara "ya" dan "tidak". Akal menentukan tujuan kehidupan, jalan mencapainya dan pilihan yang dibuat. Akal menubuhkan prinsip, ditanam dan dipupuk dan dipertegaskan sepanjang masa. HAMKA menegur orang muda dengan mengatakan;

Maka sebelum kita maju dalam menentukan tujuan hidup, hendaklah kita pandai memilih mana yang sesuai buat diri, jangan mana yang disukai sahaja. Anak muda kerapkali tidak insaf akan hal ini, kerana darahnya masih muda dan panas. Ada anak muda melihat orang lain senang makan gaji, dia hendak makan gaji pula, padahal yang lebih sesuai dengan dia bukan makan gaji, tetapi berniaga. Ada pula yang melihat orang jadi wartawan atau pengarang, dia hendak jadi wartawan atau pengarang pula, padahal yang lebih sesuai dengan dirinya jika ia jadi petani. Ada pula pemuda yang hendak dibentuk oleh ayahnya menurut mahunya sahaja, mahu menurut kelayakan yang sesuai dengan anak itu, ada pula yang kerana pengaruh orang lain hilang

timbangannya. 13

Kegagalan menfungsikan semula akal adalah punca kepada banyak permasalahan yang berlaku. Apabila akal gagal berfungsi, nafsu dan keinginan akan mengambil alih tugas akal. Ini mendorong banyak perlakuan yang kurang bijaksana diambil oleh orang muda. Akal akan menentukan yang mana satu kemahuan yang boleh diikut dan yang mana satu perlu disaring terlebih dahulu. Kesepaduan akal dan keinginan boleh dirajahkan seperti berikut;

Ibid. ms. 39

13

Kemahuan

(8)

Timbangan akal yang baik akan membijak perbuatan. Akal yang berfungsi akan banyak menilai, mengatur, menyusun dan menimbang. Hasil dari akal yang berkerja anak muda tidak gelabah dengan segera, tidak cepat melatah, tidak follow the flow dan tidak mudah dipengaruhi. Halnya hanyalah apabila akal dimanfaatkan secara total fungsinya. Maka, orang muda yang berhasil menemui fungsi akal akan mempunyai kemampuan mengatur kerja, merancang kehidupannya, setia dengan keputusan yang dibuat dan sering melihat sesuatu dari pandangan jagat, pandangan makro dan mikro.

HAMKA merumuskan keadaan yang terbaik bagi akal yang berjaya difungsikan dengan baik ialah apabila seseorang itu mampu memerhati diri sendiri dan budi pekerti. Yang mana lebih perlu dikurang dan yang mana perlu diperbaiki dan bagaimana memperbaikinya. Seseorang itu akan menghitung di manakah destinasi hidupnya dan berjaya pula menghitung langkah untuk mencapainya. HAMKA mengatakan orang yang beroleh kemenangan dalam suatu pekerjaan ialah orang yang mengukur bajunya sesuai dengan tubuhnya. Hal yang demikian pula 14 mencambahkan buah peribadi yang sungguh perkasa. Kata HAMKA:

Gerak-geri di dalam sopan, duduk tegak di dalam adab, fikir dahulu baru amal, jangan terdorong-dorong sahaja. Bukan hidup sembarang hidup, babi di hutan hidup juga, tetapi dari harta orang; anjing di kampung hidup juga, tetapi dari lebih-lebih tulang; kucing di rumah hidup juga, tetapi hidup makan sisa. Hidup insan

lain letaknya. Lazat akal sempurna rasa, mulia hati lautan fahaman, penuh melaut kira-kira. 15

Akal bagi HAMKA terdiri daripada tiga unsur iaitu:

HAMKA, Falsafah Hidup, Pustaka Dini:2009. ms. 41

14

Ibid. 43

15

Kemahuan (Al-Iradah) Perasaan

(Al-Wujdan)

(9)

Akal yang berfungsi dengan baik ada banyak neraca pertimbangan dan bencmark untuk menilainya. Ada beberapa alamat yang menentukan akal telah berfungsi dengan baik. HAMKA mengelaskannya tiga perkara; (1) Kias, membandingkan sebab kepada pangkal sebab. (2) Menyelidiki bahagian untuk menghukum semuanya. (3) Menetapkan hukum pada sebahagian kerana terdapat bahagian lain. HAMKA mengatakan orang yang berakal sering hidup pada hari ini dan memaknakan hari yang datang dengan persediaan, kemudian menentukan hukum perjalanan dan bertegas sekiranya ianya bertentangan dengan kebaikan. Orang yang berakal sentiasa sibuk dengan tiga perkara: (1) Menyediakan bekal untuk hari kemudian. (2) Mencari kelazatan buat jiwa. (3) Menyelidiki erti hidup.16

Kesederhanaan: Pelazat Buah Akhlak Bagi Akal

Kawan akrab bagi akal ialah sederhana. Akal membuahkan akhlak. Sederhana menentukan kelazatan buah akhlak. Betapa ramai orang yang akalnya dikatakan bijaksana, boleh melontar banyak fakta dan merembes banyak perkara, malah akalnya hidup dan bertumbuh. Dikata orang banyak pengetahuannya dan banyak buku yang dibaca, namun diperhatikan perlakuannya merunsingkan. Sentiasa marah tidak bersebab. Sentiasa beremosi. Tika marah, ditulisnya kata-kata yang kesat dan keji. Kemarahan baginya diizinkan untuk melawan sesuatu kejahatan. Persoalan mula timbul, kemana perginya buah ilmu iaitu akhlak? Kemana perginya nilai budi iaitu sendi agama? Maka, belum tentu berakal itu menatijahkan kebenaran dan kebaikan. Belum tentu berpengetahuan itu melahirkan kemanusiaan yang sebenar. Di sinilah pentingnya kehadiran wasatiyyah iaitu kesederhanaan, atau lebih tepat dalam Bahasa Melayu sebagai keseimbangan. Sederhana ertinya berada di garis yang tepat, bukan yang tengah semata-mata. Tidak melebih tidak pula berkurang. HAMKA membahaskan maksud sederhana dengan mensinonimkan dengan istiqamah yang bererti lurus dan tegak, juga bermaksud i'tidāh yang bererti sama berat. Di dalam rajah, fungsi sederhana adalah seperti berikut:

Ibid. ms. 64

16

Sederhana

(10)

Kesederhanaan adalah sesuatu yang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Dalam memperjuangkan agama misalnya, sikap keterlaluan akhirnya menampakkan watak orang yang inginkan jawatan dan watak jahat dalam filem perjuangan agama. Sederhana ialah garis yang tepat. Kata HAMKA:

... Sebagai makhluk hidup, kita harus berjasa kepada kehidupan. Sebagai laki-laki kita harus tegak pada garis laki-laki. Sebagai perempuan harus menjadi ibu, menjadi saudara perempuan yang dapat mengubat hati saudara yang laki-laki. Sebagai manusia, kita harus mempunya kemanusiaan. Jika telah cukup kemanusiaan, walaupun kaya atau papa, termasyhur atau tidak terkenal, semuanya hanya warna hidup

belaka, bukan hakikat hidup. Hakikat hidup ialah, tujuan, niat suci dan sederhana itu. 17

Begitu juga dalam berfikir. Belum tentu ingin menentang kezaliman membolehkan kesemua cara hingga mengetepikan akhlak dan adab yang merupakan tiga rukun penting agama (selain akidah dan syariah). Berapa ramai orang yang katanya mahu menentang kezaliman tapi tulisannya di media sosial lebih zalim dari kezaliman yang ditentangnya. Ini bermakna kesederhanaannya telah terumbang-ambing, berat sebelah dan tidak berada di garis yang tepat. Sederhana juga begitu unik dibahaskan HAMKA. Bukan pada berada di tengah-tengah, tetapi HAMKA merumuskan bahawa sederhana ialah hidupnya cita-cita:

... Mengapa kita putus asa? Padahal matahari masih tetap terbit di timur? Mengapa kita mengeluh, padahal

bumi masih tetap mengeluarkan tanaman? 18

Sederhana juga dilukiskan dalam potret tawakkal dan berbaik sangka. Begitu juga dalam meluahkan perasaan. Pentingnya "berhati-hati" kerana perasaan tidak tamat pada luahan, ada banyak lagi kesan jangka masa pendek dan panjang yang perlu difikirkan.

Kesimpulan: Akal Dan Sederhana

Tuntasnya, akal ialah "suami" yang memerlukan "isterinya" iaitu sederhana. Dua perkaitan ini melahirkan manusia yang saksama, orang muda yang bernilai untuk membangunkan masa hadapan dan generasi yang diimpi-impikan. Orang muda harus memerhati, memelihara, menumpukan diri kepada dua perkara ini: akal dan sederhana. Berakal dengan baik dan bersederhana dalam menatijahkan akal. Tidak lebih dan tidak kurang. Jika mengikut tidak terikut-ikut. Jika membenci tidak sampai memaki-maki. Pengakhiran kepada ilmu itu ialah

Ibid. ms. 220

17

Ibid. ms. 228

(11)

ibadat. Ini dirangkumkan dalam awal dan akhir surah al-Alaq: Bacalah dengan nama Tuhanmu (1)... sujudlah dan dampinglah dirimu kepada Allah (19). Gocak dunia orang muda ada sisi baik dan ada sisi yang perlunya "berhati-hati". Sejarah membuktikan belum tentu revolusi mendatangkan solusi, bahkan lebih teruk dan lebih mengerikan lagi kesannya. Terlalu beramarah hanya akan memudahkan cita-cita syaitan. Ada masa perlu marah, ada masa perlu bermaruah.

Referensi

Dokumen terkait

LUMPUR SIDOARJO (LUSI) DENGAN UNSUR KIMIA YG TERDIRI DARI SILIKA, ALUMINA DAN BESI, DIPERKIRAKAN DPT DIKEMBANGKAN SBG AGREGAT RINGAN MELALUI PROSES PEMBAKARAN DGN MODIFIKASI

Kewajiban Pembayaran Bank Umum yang dijamin oleh Pemerintah meliputi pembayaran kepada Kreditur atau Nasabah Penyimpanan dalam negeri dan luar negeri, baik dalam mata uang

Aktivitas masyarakat marjinal diangap layak untuk dijadikan objek dalam karya seni lukis,dikarenakan kedekatan emosional terhadap lingkungan kehidupan masyarakat kelas bawah yang

Pengamatan dilakukan terhadap (1) perubahan fisiologis selama penyimpanan: penyusutan bobot, persentase rimpang bertunas, panjang tunas, dan laju respirasi dilakukan

Hasanuddin (2002:117) memaparkan jenis-jenis citraan antara lain, citraan penglihatan adalah citraan yang timbul karena daya saran penglihatan, (2) citraan

Alatan dan Basana juga melakukan penelitian yang bertujuan untuk melihat bagaimana pengaruh dari kredit perbankan yang dibagi menjadi 9 sektor ekonomi dengan variabel kontrol BI

Mengakhiri pidato ini, saya mengajak Saudara-saudara se-bangsa dan se-Tanah Air untuk mengingat satu hal yang pernah disampaikan oleh Presiden pertama Republik Indonesia, Bung

Selain manipulasi baseline pada tahapan prapemrosesan juga terdapat metode seleksi ciri yang berfungsi untuk memilih data yang akan dimasukkan dalam pengenalan