FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN AKTIVITI SUKAN REKREASI
DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Chun Cheng Chuan, Aminuddin Yusof, Chee Chen Soon, Maria Chong Abdullah
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Mala
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah menggunakan pendekatan Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985), Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993) dan “Theory Of Planned Behavior” (Ajzen, 1991). Fenomena penglibatan aktiviti sukan rekreasi boleh dikaitkan dengan faktor motivasi, komitmen sukan, sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku dalam kalangan murid sekolah menengah. Berdasarkan kajian lepas, Teori Penentuan Diri (TPD), Model Komitmen Sukan (MKS) dan “Theory Of Planned Behavior” (TPB) dapat menyediakan kerangka teoretikal untuk menerangkan penglibatan aktiviti sukan rekreasi. Diharap kerangka konseptual ini akan dapat memberi maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan rekreasi yang akan dapat menggalakkan murid sekolah menengah menjadi lebih aktif dalam aktiviti fizikal.
Kata kunci: Aktiviti Sukan Rekreasi, Motivasi, Komitmen Sukan, “Theory Of Planned Behavior”
Pendahuluan
Memang tidak dapat dinafikan penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko penyakit diabetis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kerapuhan tulang dan masalah berat badan serta meningkatkan kecergasan seseorang (Warburton et al., 2007 & Tremblay et al., 2011). Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO, 2011) aktiviti fizikal dapat memberikan kebaikan kesihatan terhadap kanak-kanak dan remaja seperti menguatkan otot tisu badan, meningkatkan sistem daya tahan kardiovaskular dan mengimbangkan berat badan yang ideal serta menyumbang kepada kesihatan mental dan tahap kualiti kehidupan seseorang (Rhodes et al., 2008). Memandangkan banyak manfaat aktiviti fizikal maka penglibatan tidak aktif dalam aktiviti fizikal telah menjadi satu isu kesihatan yang berlaku di seluruh dunia pada masa sekarang (WHO, 2011). Di Malaysia, satu per tiga murid sekolah berumur antara 13-14 tahun berada pada tahap rendah melakukan aktiviti fizikal dan 61.5% melakukan aktiviti
fizikal pada tahap sederhana (Dan et al., 2011). Walaupun pihak kerajaan telah membelanjakan peruntukan besar untuk menggalakkan aktiviti sukan dan aktiviti fizikal namun penglibatan murid dalam aktiviti fizikal di Malaysia adalah masih pada tahap rendah (Yusof & Shah, 2007).
Untuk menangani (2005) telah mencadangkan bahawa pendekatan intervensi berasaskan teori (Theory-based intrventions) merupakan salah satu langkah yang penting untuk merancang program intervensi yang berjaya. Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985), Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993) dan “Theory of Planned Behavior” (Ajzen, 1991) merupakan teori-teori yang digunakan untuk mengkaji motivasi dan tingkah laku penglibatan dalam aktiviti fizikal (Deci & Ryan, 1985, Scanlan et al., 1993, Chatzisarantis et al., 2002 & Brickell, Chatzisarantis & Pretty, 2006) namun masih kurang kajian yang menggunakan teori-teori ini untuk mengkaji aktiviti fizikal murid sekolah di Malaysia khususnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan rekreasi.
Kajian Literatur
Teori Penentuan Diri (TPD)
Salah satu teori yang digunakan dalam kajian bidang psikologi sukan ialah Teori Penentuan Diri (TPD) (Deci & Ryan, 1985). Secara asasnya, TPD menyediakan satu pendekatan secara multidimensi untuk memahami motivasi intrinsik (Ryan & Deci, 2007). Motivasi intrinsik menyatakan bahawa individu melakukan suatu aktiviti adalah untuk aktiviti itu sendiri, manakala motivasi ekstrinsik adalah kesan daripada keputusan yang bukan terhadap aktiviti tersebut (Ryan & Deci, 2007). Dalam konteks kajian ini, motivasi akan digunakan untuk memahami mengapa individu melibatkan diri dalam sukan (Shank, 2009). Motivasi telah ditakrifkan sebagai "satu kuasa dalaman yang akan mengarahkan tingkah laku ke arah memenuhi keperluan" (Shank, 2009). Motivasi adalah salah satu faktor yang penting apabila hendak meramal penglibatan sukan dalam kalangan kanak-kanak (Vallerand, Deci & Ryan, 1987). Teori ini menyatakan individu yang bermotivasi adalah lebih berpenentuan diri dan akan lebih mengalami kognitif, afektif dan tingkah laku yang positif (Deci & Ryan, 1985; Ryan & Deci, 2000, 2002).
Kajian oleh Sarrazin et al. (2002) menunjukkan atlit bola baling yang tidak meneruskan penglibatan mempunyai tahap motivasi intrinsik yang rendah manakala tahap motivasi “amotivasi’ adalah tinggi berbanding dengan atlit yang meneruskan penglibatan mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi. Selain itu, Pelletier et al. (1995) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara faktor-faktor motivasi berpenentuan diri dengan beberapa jenis kesan motivasi iaitu halangan semasa melakukan aktiviti, usaha dan keinginan pada masa hadapan untuk melakukan aktiviti.
Tambahan juga Hashim, Golok, dan Ali (2011) melaporkan bahawa murid sekolah menengh di Malaysia yang tinggi aktiviti fizikal mempunyai tahap motivasi yang tinggi manakala sebaliknya bagi murid yang rendah aktiviti fizikal. Namun, TPD belum digunakan sebagai pendekatan teoretikal untuk mengkaji penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi di Malaysia. Oleh itu, kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan bahawa TPD boleh digunakan dalam konteks sukan di sekolah menengah. Kajian lepas telah menyokong cadangan bahawa motivasi berpenentuan diri akan dapat menghasilkan kesan positif seperti usaha dan keinginan untuk melakukan aktiviti pada masa hadapan dan motivasi tidak berpenentuan diri mempunyai hubungan negatif dengan halangan untuk melakukan aktiviti. Maka, adalah perlu dijalankan kajian lanjut untuk memahami bagaimana faktor-faktor motivasi berpenentuan diri mempengaruhi tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid-murid sekolah. Namun, kajian lepas menyatakan TPD tidak mengukur dan meramal tingkah laku penglibatan aktiviti sukan (Hangger et al., 2003; Chatzisarantis et al., 2007; Chatzisarantis & Hangger, 2009).
Model Komitmen Sukan Definisi Komitmen
Menurut Becker, (1960), Kelly, (1983) dan Rusbult, (1980), komitmen merupakan satu set faktor yang menjelaskan keazaman untuk suatu aktiviti atau satu bentuk perhubungan. Ia didefinisikan sebagai keinginan individu untuk terus kekal dengan sesuatu aktiviti atau satu bentuk perhubungan dan merasai perasaan psikologikal “kelekatan” terhadapnya (Rusbult, 1988). Salah satu cara untuk mengukur kebarangkalian sama ada seseorang akan terus melibatkan diri dalam sukan pada masa depan adalah berdasarkan tahap komitmen individu dalam aktiviti tersebut (Jess, 2009). Dalam konteks bidang sukan, komitmen sukan didefinisikan sebagai “satu tahap psikologikal berkaitan keinginan dan berazam untuk terus terlibat atau meneruskan penglibatan dalam sukan” (Scanlan et al., 1993). Scanlan et al. (1993) telah memperkenalkan model komitmen dalam bidang sukan. Komitmen sukan mempunyai enam faktor iaitu keseronokan sukan, peluang penglibatan, penglibatan alternatif, pelaburan peribadi, kekangan sosial dan sokongan sosial. Faktor pertama ialah keseronokan sukan, iaitu “satu tindak balas afektif yang positif terhadap pengalaman dalam sukan yang mewujudkan perasaan seperti keseronokan dan suka” (Scanlan et al., 1993). Kajian telah menyatakan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara faktor keseronokan dan keinginan untuk melibatkan diri dalam sukan (Scanlan et al, 1993).
bersama-komitmen terhadap sesuatu aktiviti yang disertai” (Scanlan et al., 1993; Jess, 2009).
Faktor ketiga ialah pelaburan peribadi iaitu faktor atau sumber peribadi yang ada kaitan dengan aktiviti sukan rekreasi yang disertai seperti masa, usaha, tenaga dan wang yang akan hilang jika tidak meneruskan penglibatan dan tidak akan dapat diperolehi sekiranya tidak meneruskan penglibatan (Scanlan et al., 1993). Scanlan et al., (1993) menyatakan bahawa semakin banyak pelaburan, semakin tinggi komitmen terhadap aktiviti.
Seterusnya, faktor keempat ialah kekangan sosial yang didefinisikan sebagai “norma atau jangkaan sosial yang akan menyebabkan suatu perasaan “tanggungjawab” untuk terus terlibat dalam aktiviti “(Scanlan et al., 1993). Kajian oleh Witmer et al., (2011) menerangkan bahawa faktor individu, tingkah laku dan persekitaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain untuk mempengaruhi remaja membuat keputusan penglibatan dalam aktiviti. Remaja adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya dan persekitaran sosial mereka (Witmer et al, 2011). Tambahan juga, Kelley mencadangkan bahawa seseorang akan meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut dalam usaha untuk mengelakkan maklum balas negatif yang mereka percaya akan diberikan oleh rakan sekiranya tidak melibatkan diri atau meninggalkan aktiviti itu (Scanlan et al., 1993).
Faktor kelima ialah penglibatan alternatif yang wujud apabila “alternatif” adalah dianggap sebagai lebih menarik berbanding dengan penglibatan dalam sukan yang disertai pada masa kini (Scanlan et al., 1993). Penglibatan alternatif ialah apakah “alternatif” yang dianggap lebih menarik berbanding dengan penglibatan dalam aktiviti dan sukan pada masa sekarang (Jess, 2009). Jess (2009) melaporkan jika mempunyai lebih banyak alternatif yang menarik maka ianya akan memberi kesan negatif terhadap komitmen dan hanya dapat meramal tahap komitmen sukan pada tahap yang rendah.
Scanlan, Russell dan Beals (2003) dan Scanlan (2003) telah mencadangkan faktor keenam iaitu “sokongan sosial”. Sokongan sosial didefinisikan sebagai “tanggapan individu terhadap sokongan dan galakkan yang diberikan oleh orang yang signifikan terhadap penglibatan dalam sukan” (Carpenter et al., 1993). Witmer et al., (2011) melaporkan bahawa rakan dan sosialisasi adalah perlu untuk membolehkan aktiviti fizikal menjadi lebih seronok.
Model Komitmen Sukan diperkenalkan oleh Scanlan et al., (1993) secara teoretikal dalam bidang sukan untuk mengkaji proses motivasi dalam penglibatan sukan. Salah satu kelebihan MKS adalah ia dihasilkan untuk diaplikasi dalam konteks persekitaran sukan. Memandangkan MKS boleh dianggap salah satu model yang masih baru iaitu diperkenalkan oleh Scanlan et al., (1993) lebih kurang dua puluh tahun, maka banyak topik, faktor demografi dan tahap pertandingan yang dapat dikaji (Jess S., 2009). Salah satu kritikan terhadap model MKS ialah tidak berdasarkan kepada penglibatan sebenar tetapi merujuk pada persepsi individu terhadap penglibatan dalam sukan. Andaian MKS ialah penglibatan secara psikologikal individu dalam penyertaan sukan akan memainkan peranan untuk menentukan ketekalan dan penglibatan yang berterusan namun tingkah laku penglibatan sebenar dalam aktiviti adalah tidak diukur dalam MKS (Scanlan et al., 1993, Wilson et al., 2004, Horn, 2008, Choosakul et al., 2009).
Choosakul et al. (2009) melaporkan bahawa atlit Thailand yang mempunyai tahap tanggapan kebolehan, keseronokan, pelaburan individu, sokongan sosial dan lebih banyak peluang penyertaan dan peluang pengiktirafan yang tinggi adalah lebih tinggi kebarangkalian untuk mempunyai komitmen berbanding dengan atlit yang mempunyai skor rendah. Memandangkan MKS telah dihasilkan di negara barat dan banyak kajian yang telah menggunakan MKS di negara barat (Scanlan et al., 2003 & Weiss & Weiss, 2005) serta Asia (Chen & Li, 2006 & Kanezaki, 2002) namun MKS masih tidak lagi diaplikasikan dalam konteks sukan khususnya di sekolah menengah Malaysia. Budaya sekolah Malaysia adalah berbeza dengan negara barat dari segi nilai dan kepercayaan agama, adat tatasusila dan budaya ketimuran. Maka, kajian silang-budaya perlu dijalankan menggunakan MKS untuk meramal keinginan penglibatan murid sekolah dalam aktiviti sukan rekreasi.
Theory of Planned Behavior (TPB)
Rajah 1 : “Theory of Planned Bahavior” (TPB) (Ajzen, 1991)
Penentu pertama TPB adalah sikap individu terhadap tingkah laku yang disukai atau tidak disukai atau penilaian tingkah laku yang berkenaan" (Ajzen, 1991). Secara umumnya, sikap positif akan menghasilkan perubahan yang sepadan dengan tingkah laku (Fazio et al., 1989). Penentu kedua TPB adalah norma subjektif. Ia merujuk kepada " kepercayaan seseorang bahawa individu yang signifikan atau penting kepada diri mereka mahu mereka mengambil bahagian dalam tingkah laku yang disasarkan" (Hagger et al., 2007). Norma subjektif dikonseptualisasikan sebagai persepsi dan merujuk kepada tekanan sosial yang dialami oleh individu sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkah laku (Ajzen, 1991). Penentu ketiga TPB ialah tanggapan kawalan tingkah laku. Tanggapan kawalan tingkah laku menunjukkan pengaruh kebolehan peribadi individu dan kekangan kepada keinginan terhadap sesuatu tingkah laku (Hagger et al., 2007). Tanggapan seseorang bahawa dia mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu tindakan mempunyai kesan yang penting terhadap sama ada akhirnya individu akan berbuat demikian (Ajzen, 1991).
Keinginan adalah mengukur tahap kesanggupan individu untuk melakukan tingkah laku. Tahap tingkah laku keinginan yang tinggi terhadap sesuatu tingkah laku maka lebih tinggi kebarangkalian individu untuk terlibat dengan tingkah laku tersebut. Keinginan dianggap sebagai faktor motivasi yang akan mempengaruhi tingkah laku. Ini akan menunjukkan tahap dedikasi seseorang ingin berusaha untuk mencuba dan tahap usaha yang mereka rancang untuk melaksanakan tingkah laku" (Ajzen, 1991). Dalam TPB, keinginan dikatakan menjadi penentu yang utama terhadap tingkah laku.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, para pengkaji telah menggunakan TPB untuk meramal tingkah laku keinginan dalam pelbagai bidang kajian seperti pelancongan, pemasaran (Kalafatis et al., 1999), kesihatan, aktiviti fizikal dan senaman (Hangger et al., 2003; Armitage, 2005), aktiviti rekreasi (Hrubes & Daigle, 2001) serta pemasaran sukan di mana Cunningham dan Kwon (2003) telah menggunakan teori ini bagi memahami tingkah laku pembelian dalam kalangan pengguna sukan yang terlibat dalam acara sukan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif, tingkah laku lepas dan tanggapan kawalan tingkah laku mempunyai hubungan dengan keinginan untuk menyertai acara sukan. Seok Kang et al., (2012) mengkaji faktor psikologi yang mempengaruhi keinginan pembelian produk tajaan sukan oleh peminat bola sepak di Amerika Syarikat semasa Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif dan tingkah laku lepas dapat mempengaruhi keinginan pembelian produk dalam kalangan peminat bola sepak. Selain itu, Armitage (2005) melaporkan bahawa ketiga-tiga penentu dalam TPB menerangkan bahawa terdapat lebih banyak kebarangkalian keinginan seseorang individu untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal jika individu itu memperolehi kesan positif (sikap), jika terdapat tekanan sosial terhadap individu untuk melakukan aktiviti fizikal (norma subjektif) dan sekiranya individu percaya mereka akan berjaya melakukan aktiviti itu (tanggapan kawalan sosial).
Walaupun, terdapat banyak kajian lampau yang menyokong cadangan “TPB” untuk meramal tingkah laku dalam pelbagai konteks bidang kajian lain namun masih kurang kajian emperikal menggunakan teori ini dalam konteks sukan di sekolah. Oleh yang demikian, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui sama ada TPB adalah sesuai untuk memahami dan meramal keinginan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Hal ini amatlah penting untuk menyatakan TPB boleh diaplikasikan dalam konteks sukan di sekolah.
Sikap terhadap Tingkah Laku
Norma subjektif
Tanggapan Kawalan Tingkah Laku
Keinginan
Berdasarkan kajian lampau dan penilaian terhadap teori yang digunakan untuk mengkaji penglibatan dalam aktiviti sukan, kerangka konseptual kajian bagi penyelidikan ini adalah dapat diterangkan dalam rajah 2. Model kerangka konseptual adalah menggunakan teori TPD, MKS dan TPB. Kajian ini adalah selari dengan kajian-kajian lepas yang menggabungkan beberapa teori bagi memahami dan menerangkan secara multi-teoritikal tentang tingkah laku penglibatan dalam senaman (Chatzisarantis & Hangger, 2007; Huang, Lee & Chang, 2007). Oleh yang demikian, kajian ini akan mengaplikasikan pendekatan multi-teoritikal dengan mengunakan teori TPD, MKS dan TPB. Kerangka kajian ini mengunakan beberapa faktor (contoh, sikap, motivasi, kekangan dan tingkah laku) yang telah digunakan dalam kajian lampau untuk lebih memahami tingkah laku penglibatan dalam aktiviti sukan (Rowe, 2009).
Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 1985; Deci & Ryan, 2000) dan Model Komitmen Sukan (Scanlan et al., 1993) dapat digunapakai untuk menerangkan dan menghuraikan mengapa seseorang bermotivasi untuk melakukan sesuatu tingkah laku seperti tingkah laku penglibatan dalam aktiviti fizikal dan penglibatan dalam sukan. Manakala, TPB akan mengukur tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah
Rajah 2 : Kerangka Konseptual Kajian
Berdasarkan kerangka konseptual kajian, dua teori utama yang dapat digunakan untuk menghuraikan faktor dan penentu motivasi yang mempengaruhi penglibatan dalam sukan ialah TPD dan MKS. Motivasi dalam penglibatan sukan adalah topik kajian yang sering dikaji oleh para pengkaji dalam bidang psikologi sukan dan senaman untuk mengkaji sebab yang menerangkan tingkah laku manusia iaitu faktor-faktor psikologi yang akan mempengaruhi tingkah laku penglibatan dalam sukan. Berdasarkan kajian lampau, kedua-dua teori iaitu TPD dan MKS telah dapat menyatakan faktor psikologi yang mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti sukan, walau bagaimanapun faktor tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan pada masa hadapan tidak dapat dijelaskan oleh teori-teori tersebut memandangkan kedua-dua teori ini tidak mengambil kira pembolehubah sikap, norma subjektif dan tanggapan kawalan tingkah laku. Oleh yang demikian, kajian lanjut perlu dijalankan untuk meramal tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi pada masa hadapan dengan menggunakan TPD, MKS dan TPB.
Maka, faktor motivasi dan faktor komitmen sukan dan penentu TPB adalah dihipotesiskan akan mempengaruhi tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah pada masa hadapan. TPB akan diaplikasikan untuk meramal tingkah laku keinginan penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi pada masa hadapan dalam kalangan murid sekolah. Teori ini
Norma subjektif Komitmen Sukan
• Keseronokan sukan
• Peluang penyertaan
• Pelaburan peribadi
• Kekangan sosial
• Alternatif penyertaan
• Sokongan sosial
Motivasi
• Motivasi Intrinsik
• Motivasi Ektrinsik
• Amotivasi
Sikap Tanggapan kawalan
tingkah laku
TINGKAH LAKU KEINGINAN PENGLIBATAN
AKTIVITI
TINGKAH LAKU KEINGINAN PENGLIBATAN AKTIVITI
menyarankan tiga penentu konseptual bagi keinginan iaitu : Yang pertama, sikap terhadap tingkah laku yang merujuk kepada penilaian terhadap tingkah laku yang disukai atau tidak disukai. Yang kedua ialah norma subjektif merujuk tanggapan tekanan sosial untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkah laku dan yang terakhir ialah tanggapan kawalan tingkah laku merujuk kepada tanggapan tentang mudah atau susah bagi seseorang individu untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Ketiga-ketiga penentu kepada keinginan diandaikan mempunyai hubungan dengan faktor motivasi dan faktor komitmen sukan serta penentu TPB dan penentu ini adalah dijangkakan akan mempengaruhi tingkah laku keinginan dalam kalangan murid sekolah untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi pada masa hadapan.
Kesimpulan
Banyak kajian yang telah dijalankan untuk memahami sebab atau motif penglibatan dalam aktiviti sukan dengan hanya menggunakan satu teori atau model. Namun, kurang kajian yang mengaplikasikan beberapa teori atau model untuk menerangkan penglibatan dalam aktiviti sukan. Oleh yang demikian, kajian lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan pendekatan multi-teoretikal untuk mengkaji tingkah laku penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi (Chatzisarantis & Hangger, 2007; Huang, Lee & Chang, 2007). Selain itu, tidak banyak kajian yang dijalankan untuk meramal tingkah laku keinginan penglibatan murid sekolah menengah dalam aktiviti sukan. Maka, kajian lanjutan adalah perlu dijalankan untuk mengenal pasti peramal yang terbaik dari kalangan faktor motivasi, komitmen sukan dan penentu TPB meramal tingkah laku keinginan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Di samping itu, satu model penglibatan dalam aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah dapat dihasilkan berdasarkan faktor peramal yang terbaik untuk meramal keinginan murid sekolah menengah terlibat dalam aktiviti sukan rekreasi.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah menengah. Dengan memahami faktor-faktor yang dapat menghuraikan penglibatan aktiviti sukan rekreasi dalam kalangan murid sekolah maka program intervensi dan langkah-langkah untuk menggalakkan penglibatan yang aktif dalam aktiviti sukan rekreasi dapat dijalankan dengan jayanya. Usaha untuk menyemai dan memupuk sikap dan minat murid sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan rekreasi perlulah dimulakan dari peringkat usia yang muda agar ia dapat menjadi amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan murid sekolah kelak.
Rujukan
1. Ajzen, I. (1988). Attitudes, personality, and behavior. Chicago, IL: Dorsey.
2. Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision
Processes, 50(2), 179-211.
3. Ajzen, I. (2001). Nature and operation of attitudes. Annual review of psychology, 52(1), 27-58.
4. Armitage , C.J. (2005). Can the theory of planned behavior predict the maintenance of physical activity?
Health Psychology, 24(3), 235-245.
5. Becker, H. S. (1960). Notes on the concept of commitment. American journal of Sociology, 32-40.
6. Brickell, T. A., Chatzisarantis, N. L., Pretty, G. M. (2006). Autonomy and control: augmenting the validity
of the theory of planned behaviour in predicting exercise. Journal Health Psychology, 11: 51-63.
7. Carpenter, P.J., & Coleman, R. (1998). A longitudinal study of elite youth cricketers’ commitment. International Journal of Sport Psychology, 29, 195-210.
8. Carpenter, P. J., Scanlan, T. K., Simons, J. P., & Lobel, M. (1993). A test of the sport commitment model
using structural equation modeling. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 119–133.
9. Chatzisarantis, N., Hagger, M. S., Biddle, S. J. & Karageorghis, C. (2002). The Cognitive Processes by which Perceived Locus of Causality Predicts Participation in Physical Activity. Journal Health Psychology 7: 685-699.
10. Chatzisarantis, N. L., & Hagger, M. S. (2005). Effects of a brief intervention based on the theory of planned behavior on leisure-time physical activity participation. Journal of Sport and Exercise Psychology, 27(4), 470.
11. Chatzisarantis, N. L. D. & Hagger, M. S. (2009). Integrating the theory of planned and self-determination
physical activity within the theory of planned behavior. European Journal of Social Psychology, 37, 934-954.
13. Chatzisarantis, N. L. D., & Hangger, M. S. (2007). Intrinsic motivation and self-determination in exercise
and sport : Reflecting on the past and sketching the future. In M. S. Hangger & ; N. L. D. Chatzisarantis (Eds.) Intrinsic motivation and self-determination in exercise and sport (pp. 281-296). Champaign, IL: Human Kinetics.
14. Chatzisarantis, N. L., & Hagger, M. S. (2009). Effects of an intervention based on self-determination theory on self-reported leisure-time physical activity participation. Psychology and Health, 24(1), 29-48. 15. Chen, S., & Li, S. (2006). Research on the test of the Sport Commitment Model under the sport
participation among college students. Journal of Beijing Sport University, 29, 623–625.
16. Choosakul, C., Vongjaturapat, N. Li, F. & Harmer, P. (2009). The Sport Commitment Model : An
Investigation of Structural Relationships with Thai Youth Athlete Populations. Measurement in Physical Education and Exercise Science, 13, 123–139.
17. Cunningham, B. G. & Kwon, H. (2003). The Theory of Planned Behavior and Intentions to Attend a Sport
Event. Sport Management Review, 6, 127-145.
18. Dan,S.P., Mohd Nasir, M.T., & Zalilah, M.S.(2011). Determination of factors associated with physical activity levels among adolescents attending school in Kuantan, Malaysian. Journal of Nutrition, 17(2),175-187.
19. De Bourdeaudhuij, I. (1998). Behavioural factors associated with physical activity in youth. In Sallis J and
Biddle S (eds), Young and Active, Health Education Authority, London.
20. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The "what" and "why" of goal pursuits: Human needs and the self-determination of behavior. Psychological Inquiry, 11, 227-268.
21. Deci, E. I., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human behavior. New York: Plenum.
22. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (Eds.). (2002). Handbook of self-determination research. University Rochester
Press.
23. Fazio, R. H., Powell, M. C., & Williams, C. J. (1989). The role of attitude accessibility in the attitude-to-behavior process. Journal of consumer research, 280-288.
24. Fishbein, M., & Ajzen, I. (1980). Predicting and understanding consumer behavior: Attitude-behavior correspondence. Understanding attitudes and predicting social behavior, 148-172.
25. Hagger, M. S., Chatzisarantis, N. L. D., Barkoukis, V., Wang, J. C. K., Hein, V., Pihu, M., Soos, I., & Karsai, I. (2007). Cross-cultural generalizability of the theory of planned behavior among young people in a physical activity context. Journal of Sport & Exercise Psychology, 29, 1-19.
26. Hangger, M. S., Culverhouse, T., & Biddle, S. J. H. (2003). The process by which perceived autonomy support in physical education promotes leisure-time physical activity intentions and behavior : A trans-contextual model. Journal of Educational Psychology, 4, 784-795.
27. Hashim, H. A., Golok, F., & Ali, R. (2011). Profiles of exercise motivation, physical activity, exercise habit, and academic performance in Malaysian adolescents: A cluster analysis. International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health. 2011; 3 (6): 416, 428.
28. Horn, T. (2008). Advances in Sport Psychology (Third Edition). Human Kinetics Publishers. Champaign.
US.
29. Hrubes, D., & Daigle, J. (2001). Predicting hunting intentions and behavior: An application of the theory
of planned behavior. Leisure Sciences, 23(3), 165–178.
30. Huang, C. H., Lee, L. Y., & Chang, M. L. (2007). The influences of personality and motivation on exercise
participation and quality of life. Social Behavior and Personality: an international journal, 35(9), 1189-1210.
31. Jess, S. (2009). Examining sport commitment and intentions to participate in intramural sports: application
of the Sport Commitment Model and the Theory of Planned Behaviour in a campus recreational sport setting.
32. Kalafatis, S.P., Pollard, M., East, R., & Tsogas, M.H. (1999). Green marketing and Ajzen’s theory of planned behavior: A cross-market examination. Journal of Consumer Marketing, 16, 441–460.
33. Kanezaki, R. (2002). Verifications of sport commitment scales among old peoples. Journal of the Faculty
of Culture and Education, 6, 239–247.
34. Kelley, H. H. (1983). Love and commitment. In H.H. Kelley, E. Berscheid, A. Christensen, J.H. Harvey,
T.L. Huston, G. Leninger, E. McClintock, L.A. Peplau, & D.R. Petersen (Eds.), Close relationships (pp. 265-314). New York: W.H. Freeman and Company.
36. Rhodes, R. E., Matheson, D. H., Blanchard, C. M., & Rachel E. Blacklock M. A. (2008). Evaluating Time Frame Expectancies in Physical Activity Social Cognition: Are Short- and Long-Term Motives Different?, Behavioral Medicine, 34(3), 85-94.
37. Rowe, D. (2009). Media and Sport: The Cultural Dynamics of Global Games. Sociology Compass, 3(4),
543-558.
38. Rusbult, C. E. (1980). Commitment and satisfaction in romantic associations: A test of the investment model. Journal of Experimental Social Psychology, 16(2), 172-186.
39. Rusbult, C. E. (1988). Commitment in close relationships: The investment model. In L. A. Peplau, D. O.
Sears, S. E. Taylor & J. L Freedman (Eds.), Readings in social psychology:Classic and contemporary contributions (pp. 147-157). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
40. Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2007). Active human nature: Self-determination theory and the promotion and
maintenance of sport, exercise and health. In M. S. Hagger & N. L. D. Chatzisarantis (Eds.) Intrinsic Motivation and Self Determination in Exercise and Sport (pp. 1-19). Champaign, IL: Human Kinetics. 41. Sarrazin, P., Vallerand, R., Guillet, E., Pelletier, L., & Cury, F. (2002). Motivation and dropout in female
handballers: A 21‐month prospective study. European Journal of Social Psychology, 32(3), 395-418.
42. Scanlan, T. K., Rusell, D. G., Beals, K. P. & Scanlan, L. A. (2003). Project on elite athlete (PEAK): II. A
direct test and expension of the sport commitment model with elite amateur sportsmen. Journal of Sport and Exercise Psychology, 25, 377-401.
43. Scanlan, T. K., Carpenter, P. J., Schmidt, G. W., Simons, J. P., & Keeler, B. (1993). An introduction to the sport commitment model. Journal of Sport and Exercise Psychology, 15, 1-15.
44. Seok K., Lee, S., & G, Kang-Bon., (2012). The influence of multimedia exposure on purchase intention of
sponsored products: The case of the 2010 FIFA world cup. International journal of sport communication, 5, 153-175.
45. Shank, M. D. (2009). Sports Marketing: A Strategic Perspective. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
46. Tremblay, M.S., Warburton, D.E.R., Janssen, I. Paterson, D. H., Latimer, A. E., Rhodes, R. E., Kho, M.E.,
Audrey Hicks, A., LeBlanc, A. G., Zehr, L., Murumets, K., & Duggan, M. (2011). New Canadian Physical Activity Guidelines. Appl. Physiol. Nutr. Metab. 36: 36–46.
47. Vallerand, R.J., Deci, E.L, & Ryan, R. M. (1987). Intrinsic motivation in sport. In K. Pandolf (Ed.), Exercise and Sport Science Reviews, 15, 389-425. New York: Macmillan.
48. Warburton, D.E.R., Katzmarzyk, P.T., Rhodes, R.E., and Shephard, R.J. (2007). Evidence-informed
physical activity guidelines for Canadian adults. Appl. Physiol. Nutr. Metab. 32(Suppl. 2E): S16–S68. 49. Weiss, W. M., & Weiss, M. R. (2005). Sport commitment: A test of an expanded model. In Journal of
Sport & Exercise Psychology (Vol. 27, pp. S158-S158).
50. Weiss, W. M., Weiss, M. R., & Amorose, A. J. (2010). Sport commitment among competitive female athletes: Test of an expanded model. Journal of sports sciences, 28(4), 423-434.
51. World Health Organization (WHO) (2011). Global recommendations on physical activity for health.
Retrieved June 13, 2013, from
http://www.who.int/dietphysicalactivity/factsheet_young_people/en/index.html
52. Wilson, P. M., Rodgers, W. M., Carpenter, P. J., Hall, C., Hardy, J., & Fraser, S. N. (2004). The relationship between commitment and exercise behavior. Psychology of sport & Exercise, 5(4), 405-421.
53. Witmer, L., Bocarro, J. N., & Henderson, K. (2011). Adolescent girls’ perception of health within a leisure
context. National Recreation and Park Association 42 (3), 334-354.