@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 401A Penulisan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir
(3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Program Bahasa
Melayu
Edubest
Teknik Penulisan Karangan :
A. Jenis ayat dalam perenggan
Langkah 1 : Membaca soalan dan mengenal pasti T (tema) , K (kata kunci), F(format)
Langkah 2 : Menulis isi
Langkah 3 : Menulis perenggan AR : Ayat rangsangan
AA : Ayat arahan (kehendak soalan)
Langkah 4 : Menulis perenggan isi : AJ : Ayat judul
AH : Ayat huraian AC : Ayat contoh AI : Ayat impak AP : Ayat penegas
Lankah 5 : Menulis kesimpulan
A Kspln : Ayat kesimpulan A Cdgn : Ayat cadangan A Pdpt : Ayat pendapat
A. Harapan: Ayat harapan A. Pnln : Ayat penilaian
B. Teknik Menulis Perenggan
PENDAHULUAN - Jenis-jenis pendahuluan :- i. pendahuluan jenis definisi
ii. pendahuluan jenis pendapat iii. pendahuluan jenis suasana iv. pendahuluan jenis persoalan
v. pendahuluan jenis peribahasa vi. Pendahuluan jenis berita
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
• memberikan takrif • makna • definisi
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
(ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
• menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.
(iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA
• menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang- bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
(iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
• mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
(v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
• memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota- anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(vi) PENDAHULUAN JENIS BERITA
• memasukkan tajuk utama akhbar
“ 5 Remaja Ditahan Akibat Merosakkan Telefon Awam”. Begitulah bunyi tajuk berita utama di akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Januari 2010 lalu. Beirta ini mencerminkan keseriusan perbuatan vandalisme dalam kalangan remaja.
C. PENULISAN PERENGGAN
Jenis-jenis perenggan:
i. perenggan deduktif ii. perenggan induktif
iii. perenggan gabungan induktif dan deduktif
i. PERENGGAN DEDUKTIF
• isi penting huraian isi contoh-contoh
Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upaya mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakan sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakan . Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakan sudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. Lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakan Contoh Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.
ii. PERENGGAN INDUKTIF
• huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam, jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highland mempunyai banyak selekoh yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut.
Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan menuju ke Genting
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.
iii. PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF
• isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna.
Misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia".
Oleh itu, kempen –kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , dengan menghidupkan semula laungan,
"Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian A . Karangan Respon Terhad / Rangsangan (30%)
1. Tips penulisan karangan respon terhad SPM
a. Tiada kata kunci b. Hanya ada tema c. 150-200 pp
d. Ada 2 (sekurang-kurangnya) - 3 kata kunci tersirat alam bahan : (cara / punca / akibat)
e. Setiap maklumat mesti keluarkan 1 kata kunci
Latihan :
Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya lepak dalam kalangan remaja. Huraikan pendapat anda tentang budaya ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
T : Budaya lepak dalam kalangan remaja K : Punca dan kesan
F : Karangan umum
Isi:
Punca:
1. Pengaruh rakan sebaya 2. Kekurangan kasih sayang
Kesan:
1. Terlibat dalam masalah sosial – bohsia dan bohjan
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahagian B . Karangan Respon Terbuka (Umum) (70%)
Tips Karangan Respon Terbuka (Umum)
a. 350-500 patah perkataan (sila ikut arahan) b. 4 soalan
c. 4 domain
a. Domain peribadi (diri) b. Domain awam (masyarakat) c. Domain kerjaya
d. Domain pendidikan
Latihan :
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
“MEDIA sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini, jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal berhubung dengan orang lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga mengubah persekitaran perkembangan anak anda”
(Sumber : Sinar Harian, 12 Mei 2019)
Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi moden seperti peranti elektronik telah mengubah cara berinteraksi manusia. Tulis tentang kesan-kesan penggunaan peranti elektronik kepada remaja.
Domain : _____________
T : Penggunaan peranti elektronik kepada remaja K : kesan negatif
F : Umum
Isi 1 : hilang fokus dalam pelajaran Isi 2 : merosakkan mata
Isi 3 : merencatkan kemahiran sosial
Isi 4 : menjadi pemangkin kepada siber buli
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my