• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713

Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling

Minggu 7 Pensyarah:

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)

PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

(2)

Sinopsis :

Module ini membincangkan mengenai Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

(Kes Studi)

(3)

A berumur 38 tahun, seorang pengarah yang telah berkahwin dengan seorang pengurus yang berusia 25 tahun. Mereka telah berkahwin selama 2 tahun dan tidak mengalami masalah dalam perkahwinan kerana masing-masing mempunyai komitmen yang kuat terhadap

kerjaya dan saling memberi sokongan kepada pasangan untuk berjaya.

Beliau mendapati isterinya mengandung dan tanpa pengetahuannya isterinya berhenti daripada bekerja untuk menumpukan sepenuh

perhatian kepada anak yang bakal lahir nanti. Isterinya mengalami masalah kedinginan seks sejak mendapat berita yang dirinya

mengandung. Situasi ini pada dasarnya telah mengundang konflik dalam rumahtangga mereka.

KES STUDI

(4)

PENDEKATAN KAUNSELING (Individu dan Keluarga)

Terlebih dahulu, kaunseling individu diperkenalkan kepada kedua- dua suami isteri untuk meluahkan segala isi hati supaya kaunselor dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci daripada

kedua-dua pihak yang berkonflik.

Tujuannya adalah bagi membolehkan kaunselor bersifat adil dan saksama terhadap klien dan bukan hanya mendengar perasaan dan pengalaman sebelah pihak sahaja.

Langkah-langkah yang digunakan dalam sesi kaunseling ialah (menggunakan pernyataan isteri sebagai contoh):

(5)

Langkah 1: Membina Hubungan

Dalam sesi pertama, kaunselor akan menggunakan kemahiran melayan sama ada secara lisan atau bukan lisan bagi membina hubungan saling mempercayai antara klien dan juga kaunselor.

Kemahiran melayan ini bertujuan meyakinkan klien untuk meluahkan perasaan hatinya tanpa menyembunyikan sesuatu. Dalam proses ini kaunselor juga akan membuat penstrukturan.

Penstrukturan merupakan langkah pertama dalam proses kaunseling. Ia juga ditakrifkan sebagai satu bentuk penjelasan mengenai proses kaunseling.

Penstrukturan akan membincangkan empat aspek utama iaitu memberitahu klien tentang tujuan, tanggungjawab, pemfokusan dan limitasi kaunseling. Antaranya meliputi tiga unsur masa, tingkah laku yang dikehendaki tahu peranan klien dalam proses kaunseling, peranan kaunselor, kekerapan sesi/ limitasi dan menjaga etika kerahsiaan yang dicurahkan.

PROSES KAUNSELING

(6)

Langkah 2: Penerokaan Masalah

Pada peringkat permulaan kaunseling, langkah ini

bertujuan untuk mengenal pasti masalah sebenar klien dan memahami diri klien.

Kamahiran-kemahiran seperti mendengar dengan aktif, empati, respon lisan, meminta penjelasan dan menggalakkan klien meneruskan cerita amat

diperlukan.

Dalam peringkat ini, kaunselor akan menggunakan teknik-teknik untuk meneroka maslah klien.

PROSES KAUNSELING

(7)

Langkah 2: Penerokaan Masalah 1. Teknik membuat parafrasa

Teknik ini digunakan oleh kaunselor dengan menyatakan semula pernyataan klien menggunakan ayat yang lebih ringkas tanpa menambah apa-apa idea. Sebagai contoh, Klien: “ Setiap malam, saya tunggu dia di rumah selepas saya balik dari tempat kerja, tetapi apa yang saya dapat hanyalah seperti menunggu bilik kosong, katil kosong, semuanya kosong…”

Kaunselor: “ Anda tidak dapat tunggu dia.”

PROSES KAUNSELING

(8)

Langkah 2: Penerokaan Masalah 2. Teknik membias

Teknik ini seolah-olah hampir sama dengan parafrasa, tetapi membias lebih memfokus kepada konotasi perasaan atau emosi yang dibawa dalam sesuatu mesej yang disampaikan oleh klien.Teknik ini digunakan untuk memahami pengalaman klien seolah- olah dari sudut pandangan klien, menggalakkan klien meluahkan perasaan mereka dan menyedarkan klien tentang sesuatu perasaan yang dialaminya. Antara contohnya:

Klien: “ Saya dan dia selalu bertengkar, bergaduh tak habis-habis. Saya tak tahu apa nak buat lagi…saya macam putus asa… saya tak tau

macam mana nak buat dengan hubungan saya…”

Kaunselor: “ Anda sangat kecewa dengan pertengkaran yang tak

mendatangkan sebarang hasil dan tidak tahu pula macam mana nak memperbaiki keadaan

PROSES KAUNSELING

(9)

Langkah 2: Penerokaan Masalah 3. Teknik merumus

Teknik ini pula digunakan untuk menonjolkan perkara-perkara yang penting atau tema-tema yang dibawa oleh klien semasa proses

kaunseling.ia juga bertujuan untuk memudahkan usaha memfokus permasalahan supaya kaunselor boleh memberi bantuan tanpa mencari-cari apa masalah utama yang ingin diselesaikan klien.

Contohnya,

Kaunselor: “ Dalam sesi ini, kita telah berbincang tentang suami anda dan perbalahan yang berlaku antara anda dengannya. Anda mengatakan anda merasa kecewa dan juga marah. Hubungan anda dengan suami anda tidak baik..Kita juga telah membincangkan

tingkah laku atau tindakan yang telah anda jalankan terhadap suami anda.”

PROSES KAUNSELING

(10)

Selain daripada teknk-teknik tersebut, masih terdapat

pelbagai teknik yang sering digunakan oleh kaunselor dalam usaha membuat penerokaan.

Malahan teknik-teknik itu juga akan senantiasa digunakan oleh kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung.

Antara teknik yang digunakan ialah seperti menyoal (soalan terbuka), interpretasi isi dan perasaan, melayan secara lisan dan bukan lisan,memberikan dorongan minimum, berempati dan sebagainya.

PROSES KAUNSELING

(11)

PROSES KAUNSELING

Langkah 3: Pencapaian matlamat

Pada peringkat penerokaan masalah, klien dibantu untuk memahami masalahnya dengan lebih jelas berdasarkan perspektif klien itu sendiri.

Perspektif klien ini mungkin tidak cukup luas tetapi ia

merupakan tahap permulaan untuk mengendalikan masalah itu nanti.

Apa yang mustahak di sini ialah kebijaksanaan kaunselor

dalam membantu klien mendapatkan „celik akal‟ (pemahaman kendiri yang rasional) dan berfikiran positif.

(12)

Pada peringkat ini, terdapat 3 perkara yang harus dilakukan oleh kaunselor iaitu membantu klien menyusun semula semua data atau maklumat yang diperolehi pada peringkat penerokaan masalah supaya klien dapat

melihatnya dari perspektif yang lebih luas; membantu klien untuk melihat masalah itu secara lebih objektif yang membolehkan klien menentukan matlamat yang sewajarnya iaitu cara mengendalikan masalah dan juga membantu klien menentukan matlamat berdasarkan pemahaman klien tentang masalahnya.

Matlamat hendaklah realistik dan wajar serta boleh dilaksanakan.

Keputusan tentang matlamat yang diambil mestilah berdasarkan nilai klien bukan nilai kaunselor. Contohnya,

Klien: “ Setiap hari selepas makan, saya akan berbincang dengan suami saya tentang masalah yang kami hadapi pada hari itu.”

PROSES KAUNSELING

(13)

Langkah 4: Pemilihan strategi

Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasikan oleh

kaunselor dalam perihal membantu klien yang berkonflik. Strategi yang dimaksudkan di sini adalah daripada pelbagai teori

kaunseling yang telah diterima pakai oleh semua pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antaranya:

1. Strategi Transferens

Dalam kes ini, strategi yang dipilih ialah transferens, kerusi kosong dan penggunaan ganti nama diri. Dalam strategi transferens yang berdasarkan Teori Keluarga Psikoanalitik, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang dirasainya dahulu kepada kaunselor yang bersikap neutral, objektif dan pasif.

PROSES KAUNSELING

(14)

1. Strategi Transferens

Konsep ini meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibu bapa atau orang yang signifikan dalam hidupnya yang lampau.

Dalam proses ini, seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari tingkah laku patogeniknya kepada kaunselor.

Kaunselor cuba memahami curahan isi hati dan pengalaman ini

kemudiannya mentafsirkan kepada klien dan ahli keluarganya supaya benar-benar memahami sebab-sebab mengapa ia sering bertindak secara tidak rasional.

Melalui kefahaman dan celik akal sebegini bolehlah ia berkembang dengan sewajarnya dari segi intelektual dan emosi.

PROSES KAUNSELING

(15)

1. Strategi Transferens

Sebagai contohnya, isteri akan memindahkan perasaan dan pengalamannya semasa tempoh kedinginan

hubungannya dengan suami kepada kaunselor supaya kaunselor dapat membantunya memahami dan mentafsir.

Kaunselor di sini akan membantu klien untuk

memahami perasaannya di ketika itu dan bekerjasama dengan kaunselor dalam pentafsirannya

PROSES KAUNSELING

(16)

2. Strategi Kerusi Kosong

Strategi kerusi kosong yang dikemukakan oleh Teori Gestalt,

membenarkan klien berpeluang berlagak terkeluar daripada apa yang sepatutnya dan dia bersikap atau bercakap terhadap orang lain yang digambarkan sebagai orang sedang duduk pada kerusi yang kosong.

Peranan yang dimainkan ini akan membantu klien berhubung dengan bahagian dirinya sendiri yang mana mereka sendiri tidak sedar

ataupun mungkin sengaja menafikannya. Memainkan peranan ini juga membolehkan klien meraptaikan dirinya dalam satu bentuk peranan baru yang akan dicubanya di luar kaunseling nanti.

Raptai ini akan menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan klien

bahawa tingkah lakunya yang baru itu nanti memang boleh dijalankan.

PROSES KAUNSELING

(17)

2. Strategi Kerusi Kosong

Contohnya, isteri berpeluang meluahkan apa sahaja yang dia ingin sampaikan kepada suaminya dalam masa inilah dia akan dibantu untuk mengetahui bahagian yang tidak sedar diri atau dinafikan.

Antaranya, dia marah terhadap suaminya yang tidak menimbangkan perasaannya ketika suaminya balik lewat, dalam keadaan tidak sedar dia amat cinta kepada suaminya sehingga ingin suaminya meluangkan lebih masa kepadanya.

PROSES KAUNSELING

(18)

3. Strategi Penggunaan Ganti Nama Diri

Kaunselor juga menggunakan strategi penggunaan ganti nama diri dalam Teori Gestalt kepada klien (nama sebenar isteri)

Hal Ini kerana isteri selalu menggunakan kata dia dalam sepanjang sesi kaunseling.

Penukaran ganti nama dari „dia‟ kepada „saya‟ amat diperlukan untuk membantu klien memiliki tingkah laku diri dan lebih

bercakap mengenai diri dan bukannya orang lain.

PROSES KAUNSELING

(19)

Pendekatan Kaunseling Keluarga

Setelah kaunseling individu, dapatlah kedua-dua pasangan

memahami perasaan dan pengalaman yang telah mereka hadapi selama ini. Mereka juga sedar akan bahagian-bahagian diri sendiri yang tidak sedar atau sengaja dinafikan serta lebih memberi

tumpuan kepada tingkah laku atau perkara mengenai diri sendiri.

Menurut pandangan Sistem Berorinetasi Interpersonal yang dikemukakan oleh Goldenberg (1986), kaunseling akan lebih

berkesan jika diberi fokus yang tinggi iaitu melibatkan kedua-dua pasangan. Kognisi mengetahui adalah keperluan bagi langkah

pertama untuk mengurs semula sistem hubungan yang salah. Oleh itu, kaunselor dengan penuh hikmahnya mempersilakan mereka (A dan isteri) menyertai kaunseling keluarga untuk menyelesaikan

masalah atau konflik rumahtangga mereka.

PROSES KAUNSELING

(20)

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen

Dalam Kaunseling Keluarga, beberapa teori digunakan untuk membantu keluarga A dan isteri dalam menyelesaikan

masalah keluarga mereka.

Teori Kaunseling Keluarga Bowen adalah salah satu teori yang digunakan, teknik rawatan yang digunkan ialah Pulang ke rumah semula atau „going home‟, „Detriangulation‟, Perhubungan individu ke individu atau „person to person relationship‟ dan menanya

soalan.

PROSES KAUNSELING

(21)

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen

Dalam teknik rawatan pulang ke rumah semula, kedua-dua pasangan dikehendaki pulang ke rumah semula untuk mengenali keluarga

dengan lebih rapat.

Teknik ini memudahkan A dan isteri untuk membuat proses pembezaan dan memiliki kendiri yang stabil. Sebelum mereka pulang ke rumah, mereka telah diajar untuk banyak bertenang dan bersabar menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

Ini bermakna A dan isteri akan kenal-mengenali semula antara satu sama lain dengan lebih rapat, di mana pertengkaran dan pergaduhan mereka akan diberhentikan atau ditukarkan dengan kesabaran dan ketenangan yang lebih.

PROSES KAUNSELING

(22)

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen

Bagi „Detriangulation‟ pula, melibatkan A dan iateri untuk

mempunyai kontrak dan berpisah secara emosi dari kalangan ahli keluarga. Ia beroperasi pada dua tahap.

Pertama A atau isteri akan menyelesaikan kebimbangannya mengenai keluarganya dan tidak membuat projeksi.

Kedua, membantu A atau isteri untuk tidak memberi fokus kepada diri sendiri apabila masalah muncul dalam keluarga.

Dalam hal ini, tiada siapa yang akan dilempar-salahkan.

PROSES KAUNSELING

(23)

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen

Perhubungan individu ke individu, teknik ini melibatkan

kedua-dua pasangan yang bercakap antara satu sama lain mengenai diri mereka sendiri.

Mereka tidak akan bercakap tentang orang lain dan mereka tidak akan menjadi terlampau personal.

Dalam keadaan ini, A dan isteri boleh menerangkan sebab- sebab atau kenapa dia bertingkah laku demikian, apakah perasaan dia, apa yang dia harap daripada pasangan dan

lain-lain.

PROSES KAUNSELING

(24)

1. Teori Kaunseling Keluarga Bowen

Selain itu, mereka juga boleh menanyakan soalan yang berkaitan dengan masalah akan membolehkan pasangan meluahkan perasaan untuk sama-sama difahami oleh

pihak yang lain.

Contoh soalan isteri tanya kepada suaminya, kenapa kamu selalu keluar malam tanpa memikirkan perasaan saya?

Kenapa kamu tidak sayang saya seperti dahulu? Dengan soalan-soalan inilah dapat isteri faham jawapan kepada soalan-soalan yang tidak ada jawapan selama ini.

PROSES KAUNSELING

(25)

2. Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial

Dalam Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial pula, teknik- teknik yang digunakan ialah modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, kenyataan „saya‟, menuduh atau „blamer‟

dan pengelak atau „placater‟.

Bagi modeling dan mengajar kemahiran komunikasi yang jelas, dalam hal ini,beberapa teknik telah disenaraikan. Ahli keluarga

seperti A dan isteri dibawa melalui mana-mana teknik berikut

dalam keadaan yang lebih „exaggerated‟ agar mereka akan sedar apa yang sedang berlaku dan apakah maklumat yang telah

mereka sampaikan.

Dengan ini, mereka boleh mengubah atau memilih cara

komunikasi yang lebih berkesan daripada apa yang mereka amalkan selama ini.

PROSES KAUNSELING

(26)

2. Teori Kaunseling Keluarga Eksperiensial

Kenyataan „saya‟, melibatkan luahan dalam bentuk yang lebih peribadi dan lebih bertanggungjawab. Ia boleh meninggalkan keselarasan dalam proses komunikasi. Ia akan menjadi lebih

berterus-terang, tulen dan kenyataan yang sebenar dalam konteks yang lebih sesuai. Ia adalah serupa dengan penggunaan ganti

nama diri dalam Teori Gestalt.

Menuduh adalah keadaan di mana seseorang yang suka menuduh akan mengalihkan fokus daripada dirinya kepada orang lain atau melepaskan dirinya daripada tanggungjawab. Manakala, pengelak akan sentiasa melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang sering berlaku dalam konteks. A dan isteri yang selama ini berperanan sebagai penuduh dan pengelak akan ditunjukkan di dalam sesi kaunseling supaya mereka sedar lalu memilih cara komunikasi yang berkesan.

PROSES KAUNSELING

(27)

3. Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif

Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif, telah memberi fokus kepada Terapi Perkahwinan, Rawatan

Ketidakfungsian Seksual, Latihan Keibubapaan dan lain-lain. Sebagai pasangan suami isteri Terapi Perkahwinan telah membantu mereka menjalankan fungsi perkahwinan dengan lebih baik. Terdapat 4 komponen iaitu,

1. analisis tingkah laku mengenai tekanan yang dihadapi oleh pasangan berdasarkan temuduga, laporan soal-selidik dan pemerhatian tingkah laku.

2. Mewujudkan rasa positif yang bertimbal-balik melalui teknik „caring days‟ dan kontrak

PROSES KAUNSELING

(28)

3. Latihan kemahiran komunikasi, berlatih menggunakan

kenyataan „saya‟, fokus kepada masalah kini dan berlatih memberi maklum balas yang positif kepada pasangan

4. Latihan menyelesaikan masalah, melengkapkan pasangan

dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih khusus terhadap apa yang mereka perlukan, berunding dan membuat kontrak.

Rawatan Ketidakfungsian Seksual, secara umumnya banyak memperlihatkan rawatan terhadap mengurangkan aras

kebimbangan dalam perlakuan seksual, pendidikan seks termasuk penggunaan teknik-teknik seksual, latihan kemahiran dalam

komunikasi dan kaedah mengubah sikap dan perlakuan seksual.

PROSES KAUNSELING

(29)

Ringkasnya, kaunselor bukan sahaja memberi rawatan ke atas pengalaman lampau tetapi tumpuan juga diberikan kepada

masalah kini dan akan datang, supaya dapat mencegah

pengulangan tingkah laku yang akan berlakunya konflik atau masalah di kalangan ahli keluarga.

Contohnya, Teori Kaunseling Keluarga Bowen telah membantu klien dalam masa lampau manakala Teori Kaunseling Keluarga Tingkah Laku dan Tingkah Laku Kognitif adalah membantunya dalam masalah kini atau akan datang. Di samping itu, Teori

Kaunseling Keluarga Eksperiensial digunakan untuk mengatasi masa lampau dan kini.

PROSES KAUNSELING

(30)

KESIMPULAN

Secara umumnya dapat dilihat peranan utama kaunselor dalam konteks intervensi masalah keluarga ialah bertujuan untuk

membantu pasangan suami isteri dan keluarga yang

bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes perceraian yang membawa risiko timbulnya pelbagai

masalah.

Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam rumahtangga.

PROSES KAUNSELING

(31)

Namun perlu diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab kausnelor seorang.

Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya

memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam sesuatu proses kaunseling iaitu kaunselor dan klien.

Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara yang amat penting.

PROSES KAUNSELING

(32)

Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses

kaunseling tidak akan memberi sebarang makna. Maka dengan ini wujud peranan kaunselor dalam membantu klien mendapatkan kefahaman

tentang diri dan situasi yang dialami.

Secara ringkasnya, kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut.

Menerusi proses kaunseling, kaunselor akan menggunakan kemahiran memerhati yang lebih sistematik, berfikir dengan lebih mendalam dan menumpukan perhatian kepada maklumat-maklumat yang disampaikan oleh klien. Dengan itu, kaunselor dapat memahami klien dan sekaligus membolehkan klien memahami dirinya.

PROSES KAUNSELING

(33)

RUJUKAN

Aminah Hj. Hashim dan Arthur P. Lloyd (ed.) (1995),

"Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling" dalam

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur:

Federal Publications, h. 3-4. 7

Amalaludin Abdul Rahman (2008), Perkhidmatan Kaunseling – Pendekatan Hikmah Berdakwah, Kuala Lumpur.Utusan

Publication & Distribution Sdn Bhd.

Siti Zalikhah Md. Noor (1992), Kaunseling Perkahwinan

Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn.

Bhd., h. 62.

(34)

SESI PERBINCANGAN KELOMPOK

(35)

Referensi

Dokumen terkait

Demikian daftar riwayat hidup ini saya buat dengan sesungguhnya, dan apabila dikemudian hari terdapat keterangan yang tidak benar saya bersedia dituntut

Sisanya 34,1% Kepuasan Pengguna Sistem Informasi yang digunakan dalam kegiatan akademik pada mahasiswa beberapa Perguruan Tinggi Swasta di Palembang dipengaruhi

penelitian ini bertujuan untuk mengetahui perbedaan yang signifikan kompetensi pengetahuan IPS antara kelompok siswa yang mengikuti pembelajaran dengan model Numbered

Fungsi utama kultur jaringan (kultur in vitro) adalah mendapatkan tanaman baru dalam waktu relatif singkat, memiliki sifat morfologis dan fisiologis yang sama dengan tanaman

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Pengujian yang telah dilakukan adalah menguji nilai resistansi dari komposit polimer-karbon dalam pengaruhnya terhadap jenis gas yang dideteksi (karakteristik

Perbedaan ketebalan yang lebih besar antara hasil penghitungan menggunakan persamaan Sauerbrey dengan hasil karakterisasi SEM terjadi pada ZnPc jika dibandingkan

Aerob Fakultatif terhadap Kualitas Organoleptik, Fisik, dan Nutrisi Ampas Tahu Difermentasi Kapang Neurospora sitophila dan Trichoderma viridae sebagai Pakan Ternak; Evaluasi