1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR BERKEPERLUAN KE KAMPUS SECARA FIZIKAL KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DI PERINGKAT PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
SESI AKADEMIK SEMESTER II 2020/2021
1.0 Kenyataan Media oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan kemasukan semula pelajar ke Kampus secara Fizikal, Pelajar berkeperluan daripada enam (6) kategori berikut adalah dibenarkan iaitu :
a. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas
b. Pelajar yang tidak mempunyai akses Internet dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian;
c. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid;
d. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom;
e. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan
f. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University EnglishTest (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
2.0 Pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari negeri Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, pelajar perlu memahami keperluan yang telah ditetapkan oleh KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kerajaan Negeri masing-masing.
3.0 Berdasarkan Perkara 1, Universiti telah memperincikan kumpulan sasaran pelajar yang layak dan berkeperluan masuk ke kampus (tertakluk kepada pengisytiharan oleh MKN) berikut:
a. Program Diploma Tahun 1 dan 2;
b. Penggunaan Makmal/ bengkel atau lain-lain;
c. Berkeperluan akses internet dan apa-apa sumber di Universiti;
2
d. Pelajar Tahun Akhir yang layak; dan
e. Pelajar yang mengambil kursus Integrated Design Project (IDP) yang layak.
4.0 Pelajar ini perlu hadir ke Universiti dan hendaklah duduk di Kolej Kediaman yang telah disediakan sehingga tamat Semester II Sesi 2020/2021. Hebahan senarai nama pelajar yang layak ini boleh diperolehi dalam Sistem SMP pelajar masing-masing. Bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu berhubung mengenai pendaftaran kepada Pusat Antarabangsa Universiti.
5.0 Sekirany layak, pelajar hendaklah hadir dan mendaftar di Universiti mengikut fasa dan jadual yang telah disediakan seperti berikut:
Jadual 1: Kemasukan Pelajar Layak dan Berkeperluan Mengikut Fasa
FASA KUMPULAN PELAJAR
TEMPAT DAFTAR
MASA
DAFTAR TARIKH DAN FAKULTI YANG TERLIBAT
FASA 1
a. Program Diploma Tahun 1 dan 2;
b. Penggunaan Makmal/ bengkel atau lain-lain;
c. Berkeperluan akses internet dan apa-apa sumber di Universiti;
Dewan Canselor
UTeM
Khamis 11/3/2021
Jumaat 12/3/2021
Sabtu 13/3/2021
Ahad 14/3/2021
8.00 am –
12.30 pm FKM FKE FTKMP FKEKK
12.30 pm
- 5.00 pm FTMK FPTT FTKEE FKP
FASA 2
a. Pelajar Tahun Akhir yang layak;
dan
b. Pelajar yang mengambil kursus Integrated Design Project (IDP) yang layak.
Pusat Sukan UTeM
8.00 am – 5.00 pm
29 Mac 2021
Semua Fakulti yang terlibat
3
6.0 Bagi Pelajar dari Sabah dan Sarawak, pelajar yang layak dibenarkan untuk merancang pergerakan dengan Pihak HEP dan boleh sampai ke Universiti bermula 8 hingga 14 Mac 2021. Perkhidmatan Bas UTeM akan dibuat secara berjadual bermula 8 hingga 14 Mac 2021 dari Lapangan Terbang KLIA ke UTeM bagi memudahkan pergerakan pelajar Kembali ke Kampus.
7.0 Selain itu, Universiti juga terdapat membenarkan Kumpulan Pelajar lain yang berkeperluan untuk Kembali ke kampus tetapi tidak perlu menginap di Kolej Kediaman. Kumpulan pelajar ini hanya boleh memasuki UTeM pada atau selepas tarikh Fasa 2 berkuatkuasa (Pada atau Selepas 29 Mac 2021). Antara kumpulan pelajar ini adalah seperti berikut:
a. Pelajar Pascasiswazah yang berkeperluan,
b. Pelajar Sarjana Muda yang mengambil Projek Sarjana Muda, c. Pelajar Sarjana Muda yang mengambil Kursus IDP, dan d. Pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET di UTeM.
Pendaftaran Kolej Kediaman
8.0 Setiap pelajar layak sahaja perlu hadir untuk pendaftaran di Universiti mengikut Fasa dan Jadual yang telah dinyatakan dalam Perkara 5 di atas. Pelajar boleh menyemak Zon PKP / PKPB / PKPP tempat asal pelajar dengan merujuk kepada laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
9.0 Semasa sesi kemasukan berfasa ini,
a) Pelajar perlu membuat semakan sama ada layak atau tidak untuk hadir berdaftar mengikut hari yang telah ditetapkan secara dalam talian.
4
b) Setiap pelajar yang layak boleh mencetak surat kebenaran memasuki Kampus UTeM yang boleh didapati dalam Sistem SMP pelajar bagi keperluan kebenaran pihak berkuasa.
c) Setiap pelajar perlu mendaftar dengan cara ‘check-in’ dalam Aplikasi MyUTeM melalui Modul Lokaliti sekurang-kurangkan 3 hari sebelum bergerak atau pada hari pergerakan pelajar bagi pihak UTeM mengetahui tempat lokaliti asal pelajar.
d) Selepas itu, pelajar perlu membuat deklarasi kesihatan melalui Sistem e-TAP UTeM (sila layari https://pkp.utem.edu.my/) pada 1 hari sebelum atau pada hari pendaftaran sebelum memasuki kampus UTeM bagi tujuan pendaftaran dengan Universiti.
e) Paparan e-TAP akan memberikan maklumat mengikut Zon PKP / PKPB / PKPP.
f) Walau bagaimanapun sekiranya pelajar berada dalam Kategori A, B dan C, pelajar adalah tidak dibenarkan mendaftar atau kembali ke UTeM sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan oleh pihak Universiti. Kategori A, B dan C adalah seperti berikut;
i. Kategori A – Pesakit Positif COVID-19, perlu berada di hospital dan layak mendapat cuti sakit (tertakluk penasihatan daripada KKM);
ii. Kategori B – Person Under Investigation (PUI) – kontak rapat dengan A, perlu patuhi arahan kuarantin KKM; dan
iii. Kategori C – Person Under Surveillance (PUS) – kontak rapat dengan B.
10.0 Semasa Proses Pendaftaran Kolej Kediaman semasa Hari Pendaftaran, setiap pelajar perlu memenuhi keperluan berikut:
10.1 Semasa hari pendaftaran, hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke dalam Dewan Canselor atau Pusat Sukan. Penggunaan ruang dan fasiliti yang tidak terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
5
10.2 Pelajar perlu menunjukkan Paparan e-TAP semasa proses pendaftaran.
10.3 Kaunter Perubatan disediakan sepanjang tempoh pendaftaran pelajar dilaksanakan.
10.4 Hanya pelajar sahaja dibenarkan ke Kolej Kediaman. Pelajar dikehendaki menaiki Kenderaan Universiti yang disediakan.
10.5 Pengiring tidak dibenarkan masuk kawasan Kolej Kediaman dan perlu segera meninggalkan UTeM setelah pelajar selesai urusan di Dewan Canselor.
11.0 Sekiranya pelajar dari Negeri atau Zon berstatus PKP/PKPB, pelajar ini akan ditempatkan di Pusat Pengasingan yang telah ditetapkan dan akan dipantau tahap kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
12.0 Pelajar ini akan diasingkan selama 10 hari di Pusat Pengasingan dan tidak dibenarkan keluar daripada Kolej sehinggalah diberitahu. HEP akan berhubung dengan pelajar bagi tindakan lanjut.
13.0 Selepas tempoh tersebut, pelajar perlu berhubung dengan Pentadbiran Kolej dan kekal menginap di kolej kediaman yang telah ditetapkan sehingga semester berakhir.
14.0 Pelajar dibenarkan bergerak di sekitar kampus selepas tamat tempoh pengasingan tetapi masih mengikut SOP yang ditetapkan Universiti.
15.0 Sekiranya pelajar dari negeri atau Zon berstatus PKPP akan ditempatkan di Kolej kediaman yang akan ditetapkan oleh HEP. Sekiranya pelajar bergejala, Pihak Pengurusan Kolej akan melaporkan kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi tindakan lanjutan.
16.0 Semua pelajar yang duduk di Kolej Kediaman perlu tinggal di kolej sehingga tamat semester dan diminta untuk tidak keluar kampus bagi tujuan pulang ke kampung menyambut perayaan atau cuti umum (Tertakluk kepada pengisytiharaan MKN dan KKM dari semasa ke semasa).
6
17.0 Pelajar yang tinggal di dalam Kolej Kediaman adalah tidak dibenarkan membawa kenderaan peribadi semasa berada di dalam kampus sehingga dibenarkan oleh Universiti.
Pergerakan Pelajar di Kampus
18.0 Bagi pelajar berkeperluan yang layak memasuki kampus dan tinggal di luar Kolej Kediaman, setiap pelajar perlu
a. berada di Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) hari dan
b. membuat pengesahan dengan cara ‘check-in’ setiap hari dalam Modul Lokaliti yang disediakan dalam Aplikasi MyUTeM. Setiap pelajar perlu memenuhi kriteria ini untuk layak memasuki Universiti.
c. Setiap pelajar ini juga hendaklah membuat deklarasi kesihatan melalui Sistem e-TAP UTeM dan menunjukkan paparan e-TAP semasa memasuki Universiti.
d. Semakan akan dibuat oleh Pihak Keselamatan bagi memastikan tempoh keberadaan pelajar sebelum masuk ke UTeM.
19.0 Bagi Pelajar FTKMP dan FTKEE yang berada di Kolej Kediaman, Bas Universiti akan disediakan bagi tujuan pengangkutan pergi dan balik dari Kolej Kediaman ke Kampus Industri UTeM. Pelajar ini tidak dibenarkan keluar dari Kampus Industri bagi mengelak jangkitan virus COVID19 dari tempat-tempat di luar kampus.
20.0 Perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi tujuan pergerakan pelajar sepanjang Semester 2 Sesi 2020/2021 ini berlangsung.
21.0 Setiap pelajar diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera apabila memasuki mana-mana premis/makmal/studio/ruang didalam kampus UTeM untuk sebarang urusan.
7
22.0 Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang tidak termasuk di dalam kelulusan awal kebenaran, dan perlu memasuki kampus atas urusan tertentu, pelajar perlu membuat tindakan seperti berikut
a. Mendaftar dengan cara ‘check-in’ dalam Aplikasi Pintar MyUTeM melalui Modul Lokaliti sekurang-kurangkan 1 hari sebelum bergerak ke UTeM bagi pihak UTeM mengetahui tempat lokaliti asal pelajar.
b. Pelajar perlu membuat permohonan kebenaran masuk di SMP/SMPS dan diluluskan oleh Dekan Fakulti.
c. Pelajar perlu mengisi deklarasi kesihatan melalui Sistem e-TAP UTeM sehari/ pada tarikh memasuki UTeM.
d. Ianya adalah kes-kes terpencil yang sangat berkeperluan sahaja akan dipertimbangkan.
23.0 Setiap pelajar wajib mematuhi SOP yang telah berkuatkuasa di Universiti sepanjang berada di dalam kampus.
24.0 Garis panduan ini juga perlu dibaca sekali dengan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 9 Februari 2021 (No Rujukan: JPT(A) 1000/001/019/01 JLD.23 (43)).
25.0 Garis panduan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan arahan dan Pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan dan Universiti dari semasa ke semasa.