• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBANGUNAN MASYARAKAT"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk:

Bincangkan dasar kerajaan bagi mengukuhkan hubungan kaum di Malaysia

Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum (Plural society). Ia wujud hasil impak daripada zaman penjajahan kolonial British yang melakukan campur tangan dalam struktur sosiopolitik masyarakat Melayu tradisi. Di samping itu masyarakat khususnya dari Tanah Besar China dan India yang menjadi sumber buruh kepada pihak Inggeris untuk mengerjakan kegiatan perlombongan biji timah dan pengeluaran getah di Tanah Melayu.( Mansor Ms.Noor 2005,Hlm 170) Mengikut pandangan J.S.Furnivall (1948) konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan tetapi dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dari segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah tergugat.Sesungguhnya, perbezaan di antara kaum, agama, bahasa dan kebudayaan adalah sesuatu yang alamiah (natural); ia adalah ciptaan tuhan. Maka kehidupan yang harmoni dan usaha kita untuk bekerjasama dan hidup bermuafakat di antara kaum yang berbeza ini adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Politik juga boleh membawa maksud menguasai, memerintah, mentadbir, memimpin, memandu-arah, menyuruh, mengurus (management), menyusun-atur, mengawal dan sebagainya.Apabila sesebuah negara itu

(2)

sesebuah negara.Istilah rakyat, pemerintah dan kerajaan adalah dikenali sebagai sebuah negara. Ketiga-tiga elemen iaitu rakyat, pemerintah dan kerajaan adalah sinonim kepada pembentukan sebuah negara. Landasan yang perlu dilaksanakan ialah melihat sebuah negara itu aman damai dan bebas dari kemusnahan. Kestabilan negara adalah berkait rapat dengan tiga elemen itu.

Menurut Dahl;"... Sistem politik adalah apa jua bentuk perhubungan manusia yang berterusan dan melibatkan pemerintahan, pengaruh dan kuasa." (dalam Milbrath, 1965:1) Secara amnya, politik adalah sebarang bentuk hubungan manusia yang berterusan melibatkan kuasa, undang-undang atau autoriti. Politik juga merupakan satu proses pembuat keputusan, perjuangan untuk mendapatkan kuasa, pemerintahan serta juga kewibawaan.Ianya meliputi :

a)Bangsa:

Bangsa ialah kumpulan manusia yang menetap di satu kawasan. Mereka mempunyai tamadun tertentu seperti adat resam, kebudayaan dan agama serta sistem politik. Mereka terdiri daripada suku kaum atau kumpulan-kumpulan ethnik. b)Negara: Negara merupakan satu wilayah yang dialami oleh satu bangsa. Ia mempunyai institusi pemerintahan dan sempadan tertentu.

c) Kerajaan:

Kerajaan ialah institusi untuk sesebuah negara yang terdiri daripada 3 badan: i. badan perundangan

ii. badan pelaksana iii. badan kehakiman

(3)

(Menurut Montesquieu, bagi sesebuah negara yang baik, ketiga-tiga badan di atas hendaklah diasingkan dan bersifat bebas). Bidang kuasa ketiga-tiga badan tersebut dinyatakan dalam perlembagaan dalam konteks Malaysia.

Dasar kerajaan bagi mengukuhkan hubungan kaum di Malaysia

Sistem demokrasi telah membawa nilai-nilai baru dalam hidup masyarakat yang berbilang etnik di mana setiap individu itu mempunyai hak-hak tertentu di dalam bidang politik. Partisipasi politik merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sistem demokrasi dan bagi membolehkan sistem demokrasi intu berjalan dengan baik maka adalah penting bagi sesorang individu itu mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan dan juga melalui pilihanraya.

Pilihanraya merupakan satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara demokrasi yang memberi pengiktirafan untuk memerintah sesuatu negara. Menurut Robert D. Dahk (dalam Ramanathan, K.1988) demokrasi merupakan satu sistem politik yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara umum. Menurut Keefe. Et al. (1983) mengundi sangat penting bagi kerajaan demokrasi kerana pemimpin-pemimpin rakyat yang sangat penting dalam sistem politik dipilih melalui pilihanraya serta melalui proses pengundian ini juga rakyat dapat menyingkirkan pemimpin yang kurang berkaliber dan dapat meluahkan hasratnya kepada pemimpin politik.Dalam falsafah dan istilah negara iaitu khususnya Malaysia yang terdiri daripada golongan 80% adalah melayu Islam,sudah tentu ia memberikan pemikiran tentang kestabilan kehidupan negara. Ini kerana dalam sistem perlembagaan negara yang menyatakan agama Islam adalah agama rasmi negara maka ia dapat diterima oleh semua

(4)

rakyat yang terdiri dari berbilang kaum. Dengan fikiran rasional, falsafah ini sentiasa disanjung dan dipegang oleh rakyat .Dari segi keilmuan dan kepimpinan jelas menunjukkan keberkesanan yang diterajui selama ini. Buktinya ialah keamanan dan kestabilan negara dapat dikecapi.Melalui istilah yang dikemukakan ini, ini bermakna kerajaan itu adalah untuk segolongan rakyat yang mahukan satu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang membolehkan sesuatu urusan itu berjalan dengan lancar dan licin. Bagi Malaysia apa yang penting adalah sistem pemerintahan yang dijalankan itu membolehkan sesebuah negara ditadbir dengan mengikut cara yang tersendiri. Kamus Dewan memberi maksud akan “demokrasi” berasal dari perkataan Inggeris “democracy” bererti:

1. (sistem) pemerrintahan negara oleh rakyat (menerusi wakil-wakil mereka yang dipilih dalam pilihanraya seperti: demokrasi berparlimen (perwakilan): pemerintahan;

2. negara atau kerajaan yang berasaskan pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat (dalam pilihanraya);

3. keadaan (tindakan ) yang berdasarkan kepada layanan yang sama dan tidak sewenang-wenang terhadap semua orang dalam mesyarakat; berdemokrasi mengamalkan demokrasi (sebagai sistem pemerintahan dan lain-lain).5 langkah bagi meningkatkan keharmonian dan kerjasama antara kaum

ialah:-a.Memurnikan lagi sistem Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Diatas perjuangan politik maka kerajaan menjalankan serta melaksanakan program pembangunan negara semenjak tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 telah mengubah struktur ekonomi negara daripada sesuatu sistem yang bergantung kuat kepada sumbangan komoditi (getah dan bijih timah, dan selepas itu kepada kelapa sawit), kepada

(5)

sistem sumbangan sektor pembuatan dan industri. Perancangan pembangunan yang sama juga menyaksikan usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar yang lazimnya dianggap sebagai kawasan mundur. Berbagai-bagai agensi pembangunan wilayah serta agensi-agensi pembangunan tanah dan pembangunan telah ditubuhkan untuk melaksanakan matlamat pembangunan kawasan luar bandar itu, dan tidak dapat dinafikan rancangan itu telah memperlihatkan beberapa banyak kejayaan untuk mengubah keadaan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar.Contohnya:Pembangunan ekonomi negara semenjak tahun 1957 sehingga pertengahan tahun-tahun 1980-an dipandu dan dipimpin oleh kerajaan. Melalui jentera pentadbiran perkhidmatan awam, dan setakat yang perlu, melalui perbadanan awam, kerajaan menggerakkan aktiviti ekonomi dalam bidang dan menurut arah yang diingininya. Peranan kerajaan jelas dan telus sekali, dan bergerak, secara sedar, untuk membangunkan kawasan yang mundur, dan memberi peluang kepada kumpulan yang tercecer dalam lapangan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam Rancangan Buku Merah (RBM) atau dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masing-masing mempunyai matlamat tertentu: RBM untuk membangunkan kawasan luar bandar, dan DEB untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang menjadi salah satu faktor tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Peranan dan tujuan Dasar Ekonomi Baru adalah bertujuan untuk mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi antara kaum. DEB secara jelas menetapkan kadar kuantitatif minimum 30 peratus sebagai matlamat pemilikan ekuiti di sektor korporat dan dalam penyusunan semula gunatenaga supaya mencerminkan komposisi penduduk. DEB menekankan falsafah pertumbuhan seiring dengan pengagihan. Falsafah ini timbul daripada kesedaran (selepas peristiwa Mei 1969) di

(6)

kalangan pemimpin negara bahawa pertumbuhan yang tidak memberikan perhatian kepada isu pengagihan hasil kekayaan ekonomi terutamanya di antara kumpulan etnik dan kepada masalah kemiskinan, boleh menimbulkan ketegangan yang jika tidak ditangani dengan baik, boleh mencetuskan perselisihan antara kaum. Walaupun DEB pada mulanya kurang disenangi, akhirnya dasar itu diterima sebagai dasar yang pragmatik dan dianggap dapat membantu usaha menyatupadukan pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. Penduduk Malaysia menyedari bahawa penjajah British, melalui dasar pecah dan perintah, telah mewujudkan keadaan yang tidak seimbang antara kaum dalam hampir semua bidang. Penelitian prestasi ekonomi Malaysia menunjukkan betapa pentingnya ekonomi perlu dibangun dengan pesat . Apa pun petunjuk ekonomi yang digunakan, dapati bahawa kedudukan atau keadaan ekonomi negara kini berada pada tarap kemajuan yang boleh dibanggakan. Pertumbuhan pesat yang berlaku dalam tempoh hampir sepuluh tahun yang lalu, terutamanya selepas mengalami kemelesetan pertengahan 1980-an, menyebabkan orang dari negara lain tertarik untuk belajar daripada Malaysia.Pertumbuhan berterusan pada kadar dua angka, kejayaan mengekang inflasi pada kadar bawah 4%, keupayaan mengekalkan pengangguran pada kadar bawah 5% yang bagi ahli ekonomi merupakan keadaan gunatenaga penuh, adalah di antara petunjuk utama kejayaan usaha membangunkan negara. Pelancaran dasar Persyarikatan Malaysia di samping dasar Penswastaan merupakan iltizam baru kerajaan selepas DEB untuk membantu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sektor swasta untuk membangunkan ekonomi negara. Namun begitu, akan ditunjukkan dalam bahagian seterusnya, betapa pelonggaran pelaksanaan DEB itu juga telah menyebabkan berbangkit semula masalah pokok dalam arena politik dan moral pembangunan di negara ini - iaitu

(7)

masalah pengagihan dan ketidaksamarataan peluang dalam ekonomi negara. Sekiranya hal ini tidak diawasi maka apa jua keuntungan yang telah diperoleh semasa DEB dikuatkuasakan akan musnah dalam tempoh waktu yang singkat sahaja, dan negara akan menghadapi kemungkinan tercetusnya semula masalah antara kaum. Keselamatan dan kesejahteraan ekonomi adalah jaminan utama kekalnya perhubungan harmonis antara kumpulan etnik. Ada kemungkinan pula akan wujud masalah ketegangan sosial antara golongan elit korporat dan golongan mewah baru dengan golongan miskin relatif tanpa mengira kaum atau etnik. Masalah sosial dan moral akibat pembangunan yang terlalu bercorak "economic driven" atau pembangunan yang terlalu mementingkan nilai hidup ekonomi sudah mula kelihatan tandanya dalam masyarakat hari ini. Masalah tanggungjawab sosial sudah mula ditimbulkan oleh beberapa orang pemimpin.

b.Sentiasa menangani krisis dan ketegangan politik etnik

Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail-Menteri Dalam Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di

(8)

samping beberapa faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.

Bila keadaan pengaruh politik dan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah dan adil. Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu di selesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.Di samping pelampau perkauman, negara juga berhadapan dengan ancaman pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat hak dan

(9)

kebebasan politik dan keagamaan seseorang warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk seseorang individu atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan negara.

c.Penyelesaian masalah rakyat disemua peringkat kaum

Kemiskinan berkait rapat dengan isu pengagihan pendapatan. Angka-angka dalam RM7 sendiri menunjukkan betapa pertumbuhan pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini telah menyebabkan bertambah besarnya jurang di antara kumpulan-kumpulan tertentu. RM7 sendiri menunjukkan betapa jurang di antara kaum Bumiputera dengan kaum Cina telah meningkat daripada 1:1.74 dalam tahun 1990 kepada 1:1.81 dalam tahun 1995. Jurang di antara Bumiputera dengan kaum India juga telah meningkat daripada 1:1.29 dalam tahun 1990 kepada 1:1.35 dalam tahun 1995. Seterusnya jurang di antara isi rumah desa berbanding dengan isi rumah di bandar juga meningkat dari 1:1.7 dalam tahun 1990 kepada 1:2.0 dalam tahun 1995. Secara amnya, penyelesaian masalah rakyat ialah merupakan kaedah pelbagai langkah atau cara yang akan lakukan apabila menghadapinya oleh seseorang pemimpin. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila pemimpin itu berdepan dengan sesuatu masalah yang dipertanggungjawabkan melalui dasar-dasar kerajaan dan mereka harus mengambil perhatian dalam hal itu. Terdapat dua penyelesaian masalah iaitu masalah rutin dan masalah non rutin. Masalah rutin merupakan masalah harian dan masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah yang menggunakan kemahiran konsep atau prinsip. Ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.Melalui pendekatan ini

(10)

pemimpin dan rakyat secara eksplisit perlu ada strategi atau kemahiran dalam menyelesaikannya. Rakyat diberi peluang untuk memberi buah fikiran dan pemimpin harus mendengar rintihan rakyat. Pemerintahan Malaysia biasanya amat sensitif jika ada pihak luar mempersoalkan kemurnian sistem 'demokrasi' yang diamalkannya. Sistem demokrasi di Malaysia tidak boleh disamakan dengan sistem demokrasi di negara lain, kerana ciri-ciri masyarakat negara ini berlainan daripada negara-negara lain. Kebebasan adalah suatu gagasan yang subjektif, dan kebebasan tidak mungkin wujud dalam bentuknya yang mutlak. Dalam semua bidang kehidupan dalam masyarakat yang terdiri berbilang etnik memanglah terdapat batasan-batasan yang sudah sedia wujud ditetapkan oleh kebiasaan, budaya, agama, malah undang-undang. Bagi mewujudkan keadilan dalam sistem ini ,kerajaan telah mempelbagaikan sumber khidmat kepada masyarakat dan juga agihan pembangunan serta menjaga kemajuan rakyat dalam pelbagai bidang dan penjawatan.Menurut David McClelland berpendapat pemimipn yang baik yang menjaga kepentingan rakyat ialah yang dapat keyakinan dan amanah yang wujud di kalangan pengikut-pengikut. Ciri-ciri pemimpin yang berkesan ialah:

i. Ia membuat orang lain merasa yakin dan kuat. Rakyat jelata merasakan mereka cekap.

ii. Ia menggunakan kewibawaan untuk membina amanah rakyat jelata kepada dirinya. Ia tidak gunakan ancaman dan ketakutan sebagai alat.

iii. Ia dapat membina perhubungan kerjasama dan saling mengerti di antara rakyat jelata supaya semua berusaha untuk tujuan yang lebih tinggi.

iv. Ia menggunakan kuasanya untuk menggalakkan penyelesaian masalah rakyat jelata secara berhadapan (confrontation).

(11)

v. Ia tidak akan mengatakan masalah yang ada itu tidak wujud atau pun menyimpannya secara rahsia.

.Ini dapat dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti mengadakan :- i.Penghulu

Tugas sebagai seorang penghulu adalah merupakan asas kepada penyelesaian masalah rakyat diperingkat kampung.Oleh kerana penghulu menyediakan penjadualan kerja dan tanda pencapaian yang dirancang maka ia penting bagi memastikan apa jua aktiviti yang telah dirancang dan disusun itu dapat dipantau dan seterusnya dijalankan dengan teratur, sempurna serta dilaksanakan dengan jayanya. Di samping itu Penghulu atau Ketua Kampung pada masa yang sama perlu memahami peraturan dan undang-undang negara, di samping mengikuti perkembangan hal-ehwal semasa negara ini dan juga luar negara. Dalam melaksanakan tugas ini penghulu dan rakyat dikawasannya sentiasa dapat bekerjasama dan meningkatkan lagi kemahiran dan keupayaan diri terutama sekali kemahiran yang sangat-sangat diperlukan dalam menjalankan tugas Penghulu Mukim dan Ketua Kampung iaitu kemahiran dalam berinteraksi dan menyampaikan maklumat yang relevan kepada rakyat. Menurutnya para Penghulu dan Ketua Kampung hendaklah menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya kewujudan Wakil-wakil rakyat yang dilantik oleh kerajaan sebagai mekanisme yang dapat membantu dan memperkesankan lagi peranan dan tugas Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sebagai saluran yang sah bagi menyampaikan hasrat dan masalah rakyat keperingkat yang lebih tinggi.

(12)

ii.Melalui Wakil Rakyat

Tugas dan tanggungjawab wakil-wakil rakyat untuk melihat perkembangan di kawasannya tidak kiralah sama ada melalui program-program perasmian, perjumpaan tidak formal atau orang ramai sendiri yang datang ke pejabat atau rumah mereka boleh menolong mengenalpasti masalah rakyat. Disini wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat di kawasannya, mereka digelar pemimpin berjiwa rakyat. Tugas dan peranan wakil rakyat masih tetap sama, cuma mereka haruslah menggunakan kemudahan yang ada agar skop pemahaman mereka terhadap masalah yang dihadapi di kawasan mereka dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan cepat. Perhubungan yang terus antara masyarakat dan wakil rakyat tanpa menggunakan orang tengah akan menjadikan hubungan di antara wakil rakyat dan masyarakat lebih mesra. Ini akan mencapai matlamat serta menyelesaikan masalah yang hendak disampaikan oleh rakyat dikawasan mereka.

Contohnya: Oleh kerana dizamana ini merupakan era teknologi maka adalah disarankan agar setiap wakil rakyat mempunyai alamat e-mel mereka sendiri yang diketahui umum agar sebarang permasalahan setempat dapat disalurkan dengan cepat. Menjadi tanggungjawab masyarakat pula untuk membantu wakil rakyat dengan memberi maklumat yang tepat dan sahih. Sekiranya sistem perhubungan atau komunikasi antara wakil rakyat dan masyarakat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, manfaatnya, bukan sahaja masyarakat tidak perlu lagi membuat temu janji yang belum tentu tarikhnya bahkan mungkin juga wakil-wakil rakyat dapat meluangkan lebih masa lagi di rumah bersama keluarga mereka dan pada masa yang sama dapat melihat perkembangan dan

(13)

masalah masyarakat setempat.Setelah meneliti permasalahan yang dikemukakan oleh masyarakat, maka mereka dapat menyalurkan pula maklumat tersebut kepada agensi atau jabatan yang berkaitan agar tindakan dapat dilaksanakan dengan segera. Dengan itu segala perhubungan dan transaksi antara wakil rakyat, jabatan dan agensi serta masyarakat akan menjadi lebih telus dan tidak akan kedengaran lagi satu perkara atau masalah itu ditolak dari satu jabatan ke jabatan yang lain yang tiada kesudahannya.

d.Menstruktur melalui Kementerian yang terlibat

Sebagai contoh:Sejak kebelakangan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sedang ‘kecoh’ mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah kekurangan diesel di Malaysia. Pelbagai cadangan dikemukakan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikannya. Antara yang dikemukakan adalah menguatkusakan ISA untuk penyeludup minyak diesel untuk keuntungan mereka sendiri. Oleh itu melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal boleh membantu rakyat bahawa kerajaan akan meneruskan subsidi diesel walaupun masalah penyelewengan kerana industri-industri berkaitan masih memerlukan bantuan kerajaan untuk berkembang.

Mengenai masalah kemiskinan ,rakyat boleh mengemukakan melalui beberapa agensi yang terlibat secara langsung terutama melalui wakil rakyat dan dibawah kementerian pembangunan luar Bandar.Kerajaan akan menjadikan usaha mengurangkan masalah kemiskinan sebagai salah satu agenda utama dan penting dan seiring untuk memajukan negara dari segi sosio-ekonominya. Sedaya upaya yang mungkin, kerajaan akan berusaha untuk membantu golongan ini melalui pelbagai cara tertentu hingga

(14)

juga difikirkan supaya orang-orang yang berada ddi kampung-kampung boleh memainkan peranan dalam proses membantu golongan tersebut. Salah satu cara dengan membimbing golongan yang berada ke dalam arus perancangan membaikpulih golongan dhaif dan miskin. Mereka yang kaya perlu diberi faham bahawa tugas membantu golongan miskin seharusnya menjadi tanggungjawab bersama masyarakat sekelilingnya. Kerajaan ada tanggungjawab dan masyarakat ada tanggungjawab dalam soal menangani masalah ini.

i.Melalui parlimen

Tugas ahli parlimen adalah lebih penting daripada ahli majlis kerajaan tempatan. Parlimen adalah institusi perundangan. Ia satu daripada cabang kerajaan. Salah satu tugas ahli parlimen ialah menggubal undang-undang. Ahli parlimen juga berperanan untuk memantau perjalanan kerajaan dan tugas para menteri. Badan Eksekutif atau Jemaah Kabinet yang terdiri daripada menteri-menteri perlu memberi penjelasan kepada parlimen tentang perjalanan semasa kerajaan, terutama jika ada sesuatu isu berkepentingan umum timbul. Sekiranya sidang parlimen dibuat secara langsung maka rakyat dapat mengikuti nampak dengan mata mereka sendiri bagaimana wakil rakyat yang mereka pilih itu berperanan di dalam parlimen. Kebaikan di segi lain ialah ahli-ahli parlimen tidak boleh ambil sikap acuh tak acuh. Mereka perlu mempertingkatkan prestasi mereka sebagai ahli parlimen dengan berbincang dan berhujah dengan matang. Segala perlakuan dan buah fikiran mereka dilihat dan didengar secara langsung oleh rakyat di seluruh negara. 1

(15)

Sebagai contoh:Isu kemiskinan mutlak masih besar jumlahnya di negara ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata baru-baru ini bahawa masih terdapat 58,903 rakyat yang termiskin di negara ini. Perkara seperti ini perlu diberi perhataian serius oleh ahli-ahli parlimen sama ada di pihak parti pemerintah ataupun pembangkang. Rakyat mahu tahu mengapa sampai sekarang kerajaan gagal membasmi masalah rakyat termiskin itu. Jadi sekiranya ahli parlimen berhujah dengan matang dan bernas baik dari pihak mana mereka bercakap - kerajaan atau pembangkang - yang untungnya ialah negara dan rakyat keseluruhannya. Proses persidangan parlimen dilihat secara langsung di kaca televisyen itu akan dapat membantu rakyat dan masyarakat negara ini menjadi masyarakat yang lebih matang, mengikuti perkembangan dan perjalanan kerajaan yang ada.Dalam masa yang sama proses demokrasi akan lebih bermakna dan parlimen bukanlah tempat sekadar untuk mengesahkan undang-undang. Rakyat terutama para pengundi akan lebih peka apabila sampai waktu pilihanraya nanti. Tentu mereka tidak lagi akan memilih sebarang calon untuk dijadikan ahli parlimen. Sebaliknya proses ini akan mengembangkan satu trend baru iaitu para pengundi Malaysia akan menuntut supaya ahli-ahli parlimen yang berkualiti sahaja dipilih sebagai wakil rakyat. Ini sebenarnya baik bagi negara kita dan juga demokrasi.Wakil rakyat yang dipilih ini akan dapat menyuarakan hasrat rakyat setempat atau keseluruhannya demi kepentingan dan pembangunan rakyat dalam menyelesaikan sesuatu masalah rakyat.

e.Melalui Dasar Pembangunan Nasional

Kejayaan yang dicapai melalui penguasaan ekonomi memberi keyakinan kepada pemimpin negara untuk mengubah teras falsafah pembangunan negara. Manakala

(16)

Rancangan Malaysia Kedua dan Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1) berteraskan DEB, kemelesetan yang melanda negara pada pertengahan tahun 1980-an telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melonggarkan pelaksanaan DEB, dan memperkenalkan langkah-langkah meliberalisasikan ekonomi negara sesuai dengan perkembangan ekonomi neo-liberal dunia. Kejayaan pembangunan ekonomi negara selepas itu memberi keberanian kepada kerajaan untuk melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) yang berteraskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Melalui DPN, adalah berteraskan usaha pembangunan yang seimbang untuk mewujudkan satu masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.Untuk itu DPN memberi penekanan kepada hal-hal berikut:

a) mengubah tumpuan usaha membasmi kemiskinan di kalangan golongan yang miskin, di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

b) menekankan soal pekerjaan dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif,.

c) bergantung kepada sektor swasta untuk terlibat sama dalam usaha menyusun semula masyarakat.

d) menumpukan usaha pembangunan sumber manusia sebagai satu keperluan asasi untuk mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan.

Selaras dengan arus liberalisasi, penswastaan dan pengurangan peraturan (deregulisasi) dalam sistem ekonomi kapitalis dunia, selepas tahun 1985 kerajaan mula mengurangkan penglibatannya dalam ekonomi dan tidak lagi menjadi permainan utama dalam kegiatan ekonomi negara. Kerajaan memilih dasar untuk menyerahkan tugas untuk

(17)

memimpin dan mengendalikan perjalanan ekonomi negara kepada sektor swasta. Malah dengan mengumumkan dasar mengecilkan saiz sektor awam, kerajaan juga mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan dilaksanakan secara lebih meluas, dan Malaysia kini merupakan negara yang paling terkehadapan dalam usaha menswastakan kemudahan awam. 2Dari segi pendapatan pula, angka 1995 menunjukkan bahawa min

pendapatan isi rumah bagi sektor pembuatan ialah RM2,264 dan bagi sektor perkhidmatan ialah RM2,462 berbanding dengan sektor pertanian RM1,060. Pekali (Coefficient) Gini yang digunakan sebagai pengukur perbezaan pendapatan juga meningkat daripada 0.446 dalam tahun 1990 kepada 0.464 dalam tahun 1995. Kesemua petunjuk tradisional itu mengesahkan meningkatnya jurang pendapatan di antara beberapa golongan rakyat, diukur mengikut variabel etnik, kawasan, atau industri. Peningkatan jurang ini, sekiranya tidak dibendung, akan membawa masalah di masa akan datang. Jurang perbezaan yang semakin melebar ini perpunca daripada kadar pertumbuhan yang tidak seragam di antara golongan etnik, kawasan atau industri. Hal ini juga menunjukkan betapa dasar liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan bermula pertengahan 1980-an menimbulkan kesan sampingan negatif, meskipun terdapat beberapa kebaikannya dalam usaha untuk menjana pertumbuhan negara. Semasa DEB dilaksanakan dengan sedar dan diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan progam pembangunan negara, Malaysia telah berupaya mencapai kedua-dua matlamat pembangunan seiring dengan pengagihan. Beberapa tahun selepas DEB tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, pengagihan tidak lagi seiring dengan pertumbuhan.

(18)

Seperti yang telah disebut pada bahagian awal, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang telah berupaya mencapai matlamat pertumbuhan seiring dengan pengagihan. Matlamat ini dicapai dengan perlaksanaan penuh DEB. Tidak keterlaluan jikalau kita merumuskan bahawa pengabaian terhadap dasar DEB memberi kesan negatif kepada usaha pengagihan. Pelaksanaan RRJP2 berlandaskan Dasar Pembangunan Nasional tanpa mengambil kira masalah pengagihan akan meluaskan lagi jurang perbezaan pendapatan.

Oleh itu penting sekali perancangan ekonomi bagi tempoh RM7 yang merupakan lima tahun kedua dalam pelaksanaan RRJP2 memberi perhatian semula kepada isu pengagihan sebagai pilihan kepada pertumbuhan. Strategi mengejar matlamat pertumbuhan sebagai keutamaan dan meletakkan matlamat pengagihan sebagai matlamat sampingan yang diharap boleh dicapai melalui program pembangunan yang menyeluruh adalah strategi yang lemah. Meskipun RM7 menyebut keperihatinan kerajaan untuk juga menangani masalah jurang pendapatan yang lebih meningkat itu melalui program inflasi sifar, meningkatkan mutu kemudahan seperti pendidikan dan kesihatan, atau pelaksanaan program perumahan kos-rendah.

Selain program perumahan kos rendah, program-program lain akan melebarkan lagi jurang perbezaan pendapatan. Malah, bagi program pembangunan rumah kos rendah pun telah dibayangkan bahawa siling harga RM25,000 itu tidak lagi dianggap sesuai, dan penetapan harga pada tahap yang lebih tinggi bagaimanapun justifikasinya, akan menyebabkan meningkatnya jurang perbezaan. Malangnya, pengagihan sebagai satu isu juga akan dilupakan rakyat dalam keselesaan mereka menikmati mutu kehidupan yang lebih tinggi, yang merupakan kesan positif pertumbuhan. Keadaan pasaran buruh yang ketat dan guna tenaga penuh negara juga boleh menyebabkan rakyat lupa kepada masalah

(19)

pengagihan. Kenaikan gaji yang tidak diimbangi oleh daya pengeluaran keseluruhan akan akhirnya menjejaskan usaha pembangunan.Malalui Dasar Pembangunan Nasional telah memberi keyakinan bahawa kumpulan yang kini menunjukkan kadar pertumbuhan yang lebih rendah itu akan berupaya membaiki keadaan mereka, sama ada melalui kemudahan am yang disediakan oleh kerajaan ataupun melalui usaha kumpulan itu sendiri. Jurang pendapatan yang kian meningkat itu seharusnya memaksa kerajaan menilai semula kewajaran DEB sepenuhnya.

Kesimpulan

Sebuah negara yang mempunyai rakyat dan memimpin maka ia akan menjadi teladan kepada semua.Mereka harus sedar semua warganegara harus sanggup dan dapat memahami cabaran-cabaran di abad ke-21 di mana perkembangan dan pembangunan insan bukan lagi kemahiran-kemahiran asas semat-mata, tetapi penguasaan pengetahuan, sikap dan kemahiran-kemahiran yang lain dapat membantu mereka bersaing dan berjaya melalui pengembangan dan pembangunan pelbagai kecerdasan (multiple

intelligence).Dalam membentuk sebuah kerajaan dan rakyat yang mempunyai taraf

pencapaian sosio-ekonomi yang baik maka kerjasama kedua-duanya harus diselaraskan dengan baik terutama dalam senario politik tanahair. Sebagai sebuah Negara islam maka agama islamlah merupakan satu tatacara hidup yang menyeluruh dan menyediakan perinsip-perinsip yang penting serta sesuai bagi mengawal aspek kehidupan, kerohanian, moral, sosial, politik, dan ekonomi manusia. Ajaran Islam sesuai bagi semua masa; masa lalu, masa kini dan masa depan. Kekayaan lebih bersifat sejagat dan merangkumi seluruh masyarakat. Islam tidak membezakan antara individu atau kumpulan dalam atau luar

(20)

islam. Pendekatan Islam lebih berdasarkan akal dan keadilan.Hanya dengan kesedaran diri yang tinggi sahaja rakyat bersama-sama akan dapat mewujudkan sebuah negara yang berkesan melalui kepemimpinan dalam pengurusan yang berkualiti, mencapai objektif serta menunaikan mission statement , dan akhirnya merealisasikan visi (vision) negara. Selepas era perang dingin kita menyaksikan peralihan daripada sistem pemerintahan komunisme dan kerajaan kuku besi kepada sistem kapitalisme dan demokrasi liberal. Lantaran itu, pendekatan mengenai hak asasi, kebebasan dan peranan masyarakat madani menjadi isu politik dalam negara dan menimbulkan masalah diplomatik di peringkat antarabangsa. Justeru, ia memerlukan anjakan pemikiran dan penerimaan untuk dilakukan perubahan secara radikal ataupun evolusi. Sudah pasti masing-masing ada kesannya yang tersendiri.Konsep yang dianggap sejagat oleh sebahagian masyarakat antarabangsa membangkitkan kontroversi kerana pengalaman sejarah dan budaya di sesebuah negara berbeza. Masyarakat antarabangsa yang diwakili negara maju mahukan semua negara menerima pakai prinsip hak asasi untuk melahirkan masyarakat yang saksama dan adil. Mereka berpendirian bahawa amalan hak asasi dan masyarakat madani adalah prasyarat utama bagi membentuk sebuah negara demokrasi tulen, tanpa mengambil kira keadaan dan iklim setempat.Negara membangun menghadapi cabaran hebat untuk mewujudkan pencapaian pembangunan sosial, budaya serta ekonomi dan pada masa yang sama menegakkan hak politik dan sivil rakyat. Mereka berusaha mencari keseimbangan antara hak politik dan sivil dengan hak untuk mengecapi nikmat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga tidak dapat menerima tekanan dari negara maju yang hendak mengenakan norma dan nilai negara maju sebagai sejagat untuk dipatuhi oleh negara membangun.

(21)

Senarai Rujukan

1. Hassan Ali, Panduan Sistem Analisis Statistik (Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994).

2. N.Harris 1990,Environmental Issues in the cities of the Developing Countries.Working Paper,University of London .

3. Mohd Asri A.1997.Dewan Masyarakat,Dasar Ekonomi Baru:Pembangunan Dan Masa Depan,2000 ,html

4. Mohd Asri A.1997 Pembangunan Pekerjaan di Malaysia:Perkembangan Dan Permasalahan,Fajar Bakti,Shah Alam.

Referensi

Dokumen terkait

11 GG34 SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI (SAINS TANAMAN) 12 GG37 SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI MARITIM) 13 GP04 SARJANA MUDA KAUNSELING.. 14 GP08 SARJANA

Telah dikemukakan dalam riset bahwa moral kerja dapat mempertinggi produktivitas dalam kondisi tertentu, akan tetapi dalam kondisi yang lain ternyata tidak begitu

Dari hasil penelitian yang dilakukan dapat disarankan agar pada proses pembelajaran harus dilakukan dengan menggunakan Lembar Kerja Siswa (LKS). Penggunaan Lembar

komite sekolah sebagai representasi masyarakat... Legimitasi Komite Sekolah di kukuhkan

Pengukuran sudut berarti mengukur suatu sudut yang terbentuk antara suatu titik dan dua titik lainnya. Pada pengukuran ini diukur arah dari pada dua titik atau lebih yang

Sebuah struktur yang dibuat dan dirancang haruslah mampu menahan beban atau gaya yang direrima dari pengguna, jadi saat stool ini digunakan tidak rusak.

Stasionary phase pada grafik pertumbuhan sel midgut tidak terlihat pada media campuran RPMI 1640 dan Dulbeccos karena sumber energi pada media telah habis karena jumlah sel

Strategi yang digunakan oleh Qutaibah bin Muslim dalam penaklukan ke wilayah Transoxiana yaitu penaklukan dilakukan pada musim semi dan jika musim dingin datang, Qutaibah dan