• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

Saya rasa beruntung sekiranya dapat berkongsi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu kerohanian. Apa yang akan dihuraikan nanti adalah tambahan sebagai menghalusi kepada penjelasan-pengelasan yang banyak dibuat mengenai ilmu kerohanian diruang ini terutama oleh saudara Abdul Jamil Lam Al-Qadiri dan juga saudara Syed Mohd al-Yahya al-Hussaini. Adalah diharap ianya dapat memberi faedah bersama didalam memahami ilmu-ilmu ini dengan lebih dekat lagi. Hal-hal kerohanian banyak diceritakan didalam Al Qur'an. Ianya diterangkan dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan amalan batin seperti mengingati Allah. Diantara yang tergolong dalam ilmu kerohanian ialah ilmu tasawuf.

Tajuk kepada catitan ini aku namakan Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri) dengan harapan, ramai pembacanya. Ini kerana melalui tajuk, memberi tanda tanya kepada pembaca untuk mengetahui isi kandungan tersebut. Walaupun ada artikel yang kandungannya menarik tetapi tajuknya tidak memikat maka pembaca akan beralih kepada artikel lain yang tajuknya mendatangkan rasa ingin tahu. Untuk tidak menghampakan pembaca, di sini juga akan dimuatkan sedikit pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu syuhadah.

Didalam tafsir Qur’an Karim oleh Prof. Dr. Mahmud Yunus terbitan P.T. Hidakarya Agung Djakarta diruangan pendahuluan, beliau membuat kesimpulan setelah mempelajari tafsir At-Thabary, tafsir Ibnu Katsir, tafsir Al-Qasimy, Fajrul Ismal dan Zhuhrul Islam bahawa Al Qur'an boleh ditaksirkan dalam tujuh sumber.

Diantaranya termasuklah

1) menafsirkan Al-Qur'an dengan Al-Qur'an kerana ayat-ayat itu tafsir-mentafsirkan dan jelas-menjelaskan antara satu dengan yang lain,

2) tafsir dengan hadis yang shahih,

3) tafsir dengan perkataan sahabat tetapi khusus untuk menerangkan sebab-sebab turun ayat, bukan menurut pendapat dan fikirannya,

4) tafsir dengan perkataan tabi'in, bila mereka ijma' atas sesuatu tafsir. Hal ini mengikut pendapat, bahawa ijma' itu hujjah.

Tafsir-tafsir inilah yang paling popular dan banyak digunakan secara meluas oleh masyarakat kita berbanding dengan tafsir-tafsir lain yang tidak dinyatakan disini. Seterusnya yang terakhir dan terletak pada sumber yang ketujuh ialah tafsir sufi bagi ahli tasawuf. Aku berfirasat, inilah secantik-cantik pendapat dan sebaik-baik kesimpulan kerana Al Qur'an dilihat dari semua sudut, mengambarkan betapa luasnya ilmu Allah.

(2)

tentulah untuk mengambarkan betapa sulitnya ilmu ini. Oleh itu, satu-satu ayat yang ditafsirkan mengikut tafsir sufi tidak boleh diragui, lebih-lebih lagi untuk ditolak atau dipertikaikan oleh mereka yang bukan dari golongan tersebut.

Terutama ayat-ayat yang kuat sandarannya. Tafsir-tafsir ini bukanlah dibuat mengikut pendapat seseorang tetapi berdasarkan kepada pengetahuan laduni dan pengalaman yang dilalui. Sikap suka menolak perkara-perkara baru, tanpa pengetahuan mengenainya bukanlah satu amalan yang sihat. Pengetahuan mengenai ilmu ini tidak boleh dipertikaikan walaupun ia tidak tersebar luas.

Sebabnya, ilmu ini bukan boleh diajar sewenang-wenang. Ia lebih merupakan kurnia dan rahmat dari Allah SWT kepada seseorang hambanya.

Surah Al-Baqarah ayat 272

"Bukanlah kewajiban engkau menunjuki (memberi hidayah kepada) mereka, tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakinya…"

"Dia memberikan hikmah (ilmu yang berguna) kepada siapa yang dikehendakinya.Barang siapa mendapat hikmah itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang2 yang berakal." Al Baqarah: 269.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasih/cintai, akan tetapi Allah-lah yang memberikan petunjuk bagi orang yang dikehendakinya" Al-Qoshos:56

Sebelum diteruskan perbincangan ilmu ini, ada baiknya kita lihat dahulu sebuah hadis. Hadis tersebut meriwayatkan, pada suatu hari dimajlis pengajian, Rasulullah berada ditengah-tengah kelompok orang ramai, tiba-tiba hadir seorang lelaki, lantas bertanya, "Apa itu Iman? Apa itu Islam? dan Apa itu Ihsan? Dijawab pertanyaan tersebut oleh Rasulullah satu persatu.Seterusnya mengenai Ihsan, Rasulullah menjelaskan, keadaan dimana kamu beramal seolah-olah kamu melihat tuhan. Jika kamu tidak melihatnya sesungguhnya tuhan melihat kamu. Aneh sekali, lelaki tersebut membenarkan setiap jawapan yang diberi. Setelah lelaki itu beredar, Rasulullah menerangkan bahawa itulah dia Jibrail datang mengajarkan kamu agama Islam.Oleh itu dapatlah difahamkan bahawa kesempurnaan agama, adalah atas tiga perkara iaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Prof. Dr. Hamka memberi penjelasan atas hadis tersebut antara lain:

(3)

Tentang Iman, kita pelajari Usuluddin atau Ilmu Kalam Tentang Islam, kita pelajari Ilmu Fekah, dan

Tentang Ihsan, (kunci daripada kesemuanya) kita memasuki Alam Tasawuf.

Di sini nyatalah bahawa Fekah, Usul dan Tasawuf adalah alat pencapai kesempurnaan yang dikehendaki oleh Agama. Untuk mengetahui dengan saksama isi daripada rukun Iman, kita pelajari Usuluddin. Ilmu Usuluddin takluknya kepada Hati dan hukumnya hukum akal. Manakala untuk mengetahui cara-cara menunaikan rukun Islam, kita pelajari Ilmu Fekah. Ilmu Fekah takluknya kepada Tubuh dan hukumnya hukum syarak. Kesempurnaan atas semuanya adalah dengan Ihsan agar kita selalu teliti dan khusyuk dalam menunaikan ibadat, kita pelajari Tasawuf. Adalah ilmu tasawuf itu takluknya kepada Roh dan hukumnya hukum adat. Jadi wajib kita menuntut ketiga-tiganya kerana hidup manusia itu dengan tiga syarat. Pertama Tubuh (Jasad), kedua Hati dan ketiga Roh.

Untuk menentukan hukum, kita gunakan ilmu Fekah dan kita awasi jiwa dengan Tasawuf. Perhimpunan Fekah dan Tasawuf adalah penyatuan antara otak dengan hati yang merupakan darjat yang dikagumi oleh Islam. Tidak keterlaluan jika aku katakan penyatuan antara otak dengan hati ini membawa maksud kepada gandingan antara jasad dengan roh (Diri) dalam erti kata sebenar.

Sekiranya kita tidak faham dengan tiga ilmu ini maka tidak sempurnalah amal kita. Walaupun ketiga-tiga ilmu ini menuju kepada makrifat iaitu untuk mengenal Allah tetapi pengertian makrifat diantaranya pun berbeza. Makrifat usuluddin mengenal Allah dengan dalil tentang ujud Allah Taala atau mengenal dengan dalil adanya mahluk ini, termasuk juga mengenal segala sifatnya yang wajib, mustahil dan harus. Makrifat disisi tasawuf ialah mengenal Allah dengan jalan kehadiran suatu rasa zuk, dinamakan suhud yang dicampak oleh Allah kedalam hati seseorang wali atau seumpamanya setelah hati itu bersih.

Jalan yang ditempuh disini ialah berusaha untuk mengembalikan diri kita kepada keadaan asalnya iaitu suci bersih. Dimana ketika ini roh telahpun kenal dengan tuhannya.

Dihadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"

Di sini Imam Ghazali menjelaskan ilmu yang wajib itu adalah: Ilmu makrifat - ilmu untuk mengenal Allah

(4)

ikhlas, tawakal dan sebagainya.

Ilmu syarak - ilmu yang berhubung dengan masalah halal, haram dan seumpamanya.

Tingkat tertinggi dalam pengajian tasawuf ialah Makrifat. Imam Ghazali mengatakan: "Makrifah ialah setinggi-tinggi tingkat yang dapat dicapai oleh kaum Sufi". Pengetahuan yang diperolehi dari makrifah lebih tinggi mutunya dari pengetahuan yang diperolehi dengan akal. Memperoleh makrifat, merupakan proses yang berterusan. Bertambah banyak seseorang sufi memperoleh makrifah, bermakna banyaklah yang diketahuinya tentang rahsia-rahsia Allah SWT dan iapun semakin hampir kepada Allah. Makrifah bukanlah hasil pemikiran manusia, tetapi bergantung kepada kurnia/pemberian tuhan. Makrifah adalah pemberian tuhan kepada hambanya yang sanggup menerima kurnia itu dengan adanya kesungguhan, kerajinan, kepatuhan dan ketaatan mengabdikan diri sebagai hamba Allah. Setinggi-tinggi ilmu lagi suci ialah ilmu makrifatullah.

Dapatlah disimpulkan bahawa:

Tiap-tiap ahli Falsafah mengenal Tuhan dengan akal Tiap-tiap ahli Saupi mengenal Tuhan dengan Roh

Tiap-tiap orang yang beriman mengenal Tuhan dengan Hati Tiap-tiap orang awam mengenal Tuhan dengan taklid

Sebenarnya bila kita membincangkan ilmu Allah, kita tidak dapat lari dari membicarakan syariat dan hakikat. Syariat merupakan amalan zahir yang nyata dipandang. Hakikat pula, amalan batin atau dinamakan kerohanian. Syariat dan hakikat tidak bisa berpisah ibarat hidup tubuh dengan nyawa. Saling perlu memerlukan. Bila ditinggalkan satu diantara dua, maka pincanglah jadinya.

Justeru itu, orang kerohanian tidak sekali-kali meninggalkan syariat. Orang syariat juga tanpa disedari, didalam amalan mereka, tunas-tunas atau bibik-bibik kerohanian itu telah berputik tetapi tidak dibajai (dibimbing) sehingga ianya dapat hidup subur untuk dijadikan satu pegangan yang benar.Ilmu kerohanian membawa kita kepada kesempurnaan dalam ibadat. Sehingga pada satu tahap kita dapat mengetahui amalan kita diterima atau sebaliknya. Kita dapat menghayati kecantikan dan kehalusan ibadat kita terutama didalam sholat. Banyak rahsia-rahsia yang terdapat didalam sholat. Satu darinya ialah rahsia kematian. Walaupun perbicaraan ilmu tasawuf banyak terdapat dewasa ini tetapi kebanyakkan merupakan kulit

(5)

atau sekadar cerita yang hanya untuk menjelaskan selok-belok ilmu kerohanian. Sebaliknya isi atau pati dari ilmu tasawuf/kerohanian yang dapat membawa seseorang kepada makrifat tidak diceritakan. Sekiranya ada yang ingin memahami perkara ini lebih jauh ada buku/kitab yang membicarakannya tetapi ianya perlulah dirujuk dengan guru yang mursyid. Antara buku-bukunya termasuklah ‘Hakikat Insan’ (berkisar kepada ilmu tasawuf/kerohanian), ‘Mengenal Diri’ (berkisar kepada ilmu Diri/Syuhadah) oleh bapa Baginda Mokhtar, Kitab Hikal dan banyak lagi.

Tetapi semua buku-buku ini tidak terdapat disebarang kedai buku. Setuju atau tidak, sebenarnya kehidupan kita melalui tahap demi tahap.Begitulah juga dalam ibadah. Dari syariat ke tarikat. Kemudian meningkat kepada Hakikat seterusnya kepada Makrifat. Barulah sempurna kita pulang kerahmatullah. Kebijaksanaan didalam berdakwah itu penting. Supaya dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan baik tanpa menimbulkan kekeliruan dan fitnah. Sebagai contoh, datuk saya pernah bertanya: Kita sembahyang sembah siapa? Kesan dari jawapan yang akan diterima, membuat seseorang tawar hati untuk mendirikan sholat. Sebabnya jawapan yang kita berikan tidak cocok dengannya. Jadi kebanyakan mereka akan berkata: Jika tidak tahu apa yang kita sembah, baik jangan sembahyang. Tujuan datuk saya mungkin untuk mengajar saya yang mana ilmunya telahpun menjadi ilmu ku. Sebaliknya jika soalan yang sama ditujukan kepada seseorang yang kita tidak kenali, sehingga membuat banyak orang terkapai-kapai dan kita tidak mengambil tanggungjawab membimbing mereka, ada baiknya perkara-perkara yang mengelirukan tidak disentuh. Keburukan lebih menyerlah dari munafaatnya. Kesimpulannya setiap amalan seseorang benar mengikut ilmu mereka tetapi ini hanyalah peringkat awal. Oleh itu kita perlu berusaha sehingga amalan kita dapat menuju ketahap kesempurnaan yang dikehendaki di dalam beribadat seperti hadis di atas.Sebaliknya jika didalam amalan, kita kekal selama-lamanya di tahap yang lama tanpa ada peningkatan ini merupakan satu kerugian pada diri kita sendiri. Perkara lain yang perlu disentuh ialah dengan mengamal ilmu tasawuf tidak bermakna kita jauh dari pegangan ahli sunah seperti anggapan kebanyakan orang. Tujuan sebenar ilmu tasawuf seperti dinyatakan, ialah untuk menyempurnakan amalan kita. Supaya setiap amal perbuatan kita wujud kehalusan, kecantikan malah lebih dari itu.

Ilmu-ilmu kerohanian yang berkait rapat dengan makrifat ada diceritakan didalam Al Qur'an. Ianya dijadikan pegangan orang-orang makrifat sebagai sandaran membenarkan ilmu tersebut dan tidak menyalahi syariat. Ilmu ini diceritakan didalam surah Al-Kahfi secara berterusan dari ayat 60 hingga 82, berjumlah 23 ayat

(6)

Khidhir dengan Nabi Musa. Ilmu yang ditunjukkan disini merupakan ilmu syuhadah yang sebenar (Makrifah) atau ilmu Diri. Apakah dia ilmu Diri atau ilmu syuhadah ini? Penjelasan ringkas mengenainya ada diceritakan didalam artikel "Warisan Yang DiLupakan" iaitu diruang:

Ilmu syuhadah ini berkait rapat dengan laduni. Seperti firman Allah disurah Al-Kahfi: "Wa'alamna hu mil laduna ilma" (Kami ajarkan kepadanya (Khidhir) ilmu-ilmu laduni). Bagi mereka yang mengamalkan ilmu Diri/Syuhadah dapat memahami dengan jelas peristiwa ini serta dapat mengetahui mana yang dinamakan ilmu diri dan yang mana pula dinamakan laduni. Salah satu perkara yang hendak diketengahkan didalam peristiwa tersebut ialah ilmu syuhadah terdedah luas kepada bahaya-bahaya fitnah sehingga ketahap menghalalkan nyawa seseorang.

Contohnya seperti mana yang terjadi kepada Hilaj.

Sekiranya kita menjadikan perjalanan bersama Nabi Khidhir dan Nabi Musa sebagai asas rujukan kepada ilmu-ilmu kemakrifatan (kerohanian) tentunya Hilaj tidak dibunoh. Secara peribadi, saya tidak dapat menerima pendapat mengatakan perbuatan membunuh Hilaj adalah benar walaupun mengikut pandangan ilmu feqah kerana ianya masih boleh dipersoalkan. Fekah tanpa Tasawuf - pincang. Jadi dapatkah seseorang itu dijatuhkan hukuman dengan adil. Jika kita bersetuju dengan hukuman tersebut bermakna kita menghalalkan darah orang-orang kerohanian. Kita bersetuju mereka orang yang benar, tetapi disebaliknya kita menunggu peluang diatas ketelanjuran mereka untuk menghukumnya. Siapakah dia orang-orang kerohanian? Bukankah mereka banyak dari golongan wali-wali Allah. Keterlanjurannya (fana), tidaklah boleh dijadikan alasan menghalalkan nyawa mereka. Sebaliknya penyelesaian secara bijaksana perlu diutamakan.

Bijaksana bermakna kita menggunakan nikmat akal untuk berfikir. Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal seribu tahun. Jika kita dapat terima wali-wali Allah bermakna secara lojiknya kita akui ilmu-ilmu mereka.Sebaliknya apa yang terjadi, pangkat kewalian seseorang kita terima, tetapi ilmu mereka kita sangkal. Berkata Syed Abdul Kadir Jalaini: Sekiranya Hilaj hidup dizaman ku, nescaya aku tahan dia dari fitnah pembunohan orang. Oleh itu sebelum kita membuat satu-satu kesimpulan perlu kita memahami peristiwa ini sebaik-baiknya.

Satu riwayat mengisahkan pada satu hari pengikut-pengikut Nabi Musa bertanya: Siapakah orang yang paling alim/tinggi ilmunya? Nabi Musa menjawab: "Aku". Allah terus menempelak Nabi Musa

(7)

kerana beliau tidak berkata: Allah yang lebih tahu. Allah seterusnya mengkhabarkan kepada Musa bahawa ada lagi hambanya yang lebih alim iaitu Khidhir. Keinginan untuk mengetahui dan belajar ilmu tersebut mendorong Nabi Musa untuk mencari Nabi Khidhir. Jadi Nabi Khidhir tidak sekali-kali menonjolkan dirinya sebagai orang yang berilmu. Malah pertemuan ini terjadi disebabkan keinginan Nabi Musa untuk berguru dengan Nabi Khidhir. Seperti kata Nabi Musa:

"Bolehkah aku mengikuti mu (Khidhir) supaya kamu mengajarkan kepada ku ilmu yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepada mu"

Nabi Musa adalah bertaraf Rasul. Sebagai Rasul, beliau menyeru dan memimpin manusia kejalan Allah. Beliau bolehlah dianggap ketua dalam masyarakatnya yang berperanan menentukan perlaksanaan syariat Islam dilaksanakan. Apa yang perlu kita renungkan perbuatan Nabi Khidhir membunoh anak kecil sudah nyata terang menyalahi syariat. Tetapi kenapakah ketika ini Nabi Musa tidak terus menjatuhkan hukuman bunoh keatas Nabi Khidhir? Nabi Musa sekadar berkata: "Mengapa engkau bunuh seorang anak yang suci, tanpa berdosa? Sesungguhnya engkau telah memperbuat suatu yang mungkar." Disini menunjukkan Nabi Musa seorang yang berilmu kerana beliau tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman.

Diakhirnya, sedar dan insaflah Nabi Musa yang mengatakan beliaulah orang yang paling alim/tinggi ilmu. Jadi Nabi Musa yang sekadar mengaku bahawa dialah orang yang paling alim yang akhirnya sedar dan insaf dengan pengakuannya itu, bagaimana pula dengan orang yang telah menghukum Hilaj.

Allah ada berfirman yang lebih kurang maknanya Ya Muhammad jika datang kepada engkau satu-satu khabar, maka selidikilah ia terlebih dahulu sebelum engkau menghukum, supaya engkau tidak menyesal dikemudiannya. Persoalannya mengapa perlu menyesal? Ini menunjukkan jika satu-satu hukuman diambil dan sesudah hukuman tersebut dijatuhkan, nyatalah kebenaran pada pihak yang dihukum. Ketika ini menyesal tiada gunanya. Jadi kita disuruh menyelidiki sesuatu perkara itu sebelum menjatuhkan hukuman. Pengajaran yang dapat diambil, janganlah kita memutuskan sesuatu perkara tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak dapat memutuskan dengan adil kerana bukan bidang kita, maka kewajipan kita merujuknya kepada yang ahli.

Saya teringat ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ustat Harun Din mengenai mimpi bertemu Rasulullah. Apabila beliau bermimpi bertemu Rasulullah, mimpi ini dirujuk kepada guru-guru tasawuf/makrifat untuk mendapatkan pengesahan kebenarannya.

(8)

ulama-ulama yang banyak beliau kenali. Disini menunjukkan Ustat Harun Din dalam hal-hal diluar kemampuannya beliau merujuk kepada yang ahli.

Kesimpulan disini hukuman yang dijatuhkan kepada Hilaj tidak diadili dengan sempurna. Setelah mati, Hilaj tidak dapat berbuat apa-apa untuk membuktikan kebenarannya. Sebaliknya Allah Maha Adil membuktikan kebenaran Hilaj. Saya ulangi ‘Allah membuktikan kebenaran Hilaj’ dengan mengalirkan darah Hilaj yang merupa kalimah ‘La ila ha ila llah’. Tiadakah perasaan menyesal pada diri mereka yang menjatuhkan hukuman tersebut. Jika ada penyesalan, ini bermakna hukuman tersebut telah dijatuhkan bukan pada tempatnya. Jika sekiranya tiada rasa penyesalan, walaupun kebenaran telah ditunjukkan, maka saya serahkan kepada pembaca budiman untuk menjawabnya

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini mencerminkan bahwa seorang konsumen yang loyal terhadap suatu merek tidak akan dengan mudah memindahkan pembeliannya ke merek lain. Apapun yang akan

Sedangkan rheumatoid arthtritis adalah suatu penyakit autoimun dimana persendian (biasanya sendi tangan dan kaki) mengalami peradangan, sehingga terjadi pembengkakan,

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan dan menganalisis pemanfaatan new media dalam komunikasi pemasaran PT Semen Indonesia melalui internet. Penelitian ini

Whilst the major components, citronellal encountered hydration reaction, dehydration, reduction, and dimerization and transformed into linalool, citronellol, terpineol

yang muncul dalam acara PAS Mantab. Penelitian ini termasuk jenis penelitian kualitatif yang bersifat deskriptif. Pendekatan dalam penelitian ini adalah pendekatan

pendanaan, peneliti menggunakan variabel-variabel bebas yaitu ukuran perusahaan, struktur aset, dan profitabilitas yang diukur dengan rasio (NPM = Net Profit Margin dan ROE

Judul : Peningkatan Nilai Tambah Susu Sapi Segar Menjadi Susu Dengan Rasa Variasi di Kelurahan nongko Sawit Kecamatan Gunung Pati - Semarang. Program : Peningkatan Ketrampilan

Berdasarkan hasil temuan dan pembahasan dalam penelitian tentang pendekatan keterampilan proses dalam pembelajaran Ilmu Pengetahuan Alam tentang lingkungan yang sehat