• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unit 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Unit 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN.pdf"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 2

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda di harap dapat :

1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan

2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan

3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah

PETA KONSEP TAJUK

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

Perkembangan Pendidikan Kesihatan di

Malaysia

Sistem Pendidikan Asal Zaman Penjajahan Zaman Pendidikan

Moden

Fungsi Pendidikan Kesihatan

Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Persekitaran Pengajaran Latar Belakang Guru Latar belakang Pelajar

(2)

PENGENALAN

Rajah 2.1 : Salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin memahami salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan seperti dalam rajah 2.1 di atas. Berikan 3 contoh program yang boleh dilaksanakan melalui Pendidikan Kesihatan di sekolah?

Pelajar perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain itu, tanggung jawab ini perlu disemai dari alam kanak-kanak. Pelajar punya banyak tugas dan perkara yang perlu dilakukan. Pelajar juga akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari ini akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Pendidikan Kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti subjek-subjek yang lain. Dalam Pendidikan Kesihatan yang sering digabungkan dengan Pendidikan Jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. Ini seterusnya memberikan manfaat yang jelas kepada pelajar yang terlibat.

Pendidikan Kesihatan merupakan kurikulum yang dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan dicapai kerana Pendidikan Kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada kurikulum

(3)

yang telah ditetapkan. Bila mana berlaku perubahan positif seperti yang diharapkan maka ianya akan mengubah dan melahirkan pelajar yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berketerampilan.

Selain itu, Pendidikan Kesihatan berperanan menjadikan aktiviti budaya sekolah untuk mengalami perubahan serta memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya positif seperti budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Adakah anda sudah memahami bagaimana Pendidikan Kesihatan berfungsi di sekolah? Selepas anda memahaminya, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:

 Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh berfungsi dengan baik di sekolah?

 Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh membantu pelajar mencapai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek? Terangkan.

(4)

ISI KANDUNGAN

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan Pendidikan Jasmani. Perkembangan Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar.

1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.

2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.

Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani dan Kesihatan. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah ini di bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pendidikan Kesihatan pula diajar melalui ceramah bebas dan perbincangan secara terbuka oleh guru dan penasihat kesihatan yang dilantik. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani dan kesihatan untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditugaskan mengajar pelajaran tersebut. Tahun-tahun 1930an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani dan subjek Pendidikan Kesihatan untuk sekolah-sekolah dimulakan.

(5)

Sukatan pelajaran tersebut merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tahun 1932 telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.

Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah dihasilkan. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan Pendidikan Jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton merupakan permainan yang paling popular.

Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani dan meluaskan lagi skop bagi Pendidikan Kesihatan. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani

(6)

dan Kesihatan diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961.

Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Di masukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Apa Itu Fungsi Pendidikan Kesihatan?

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan dan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Dari aspek pendidikan kepada murid, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:

 Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

 Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.

Di peringkat sekolah Pendidikan Kesihatan lebih berfokus kepada: i. Kesihatan diri dan keluarga

ii. Gaya hidup sihat

(7)

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif Pendidikan Kesihatan dirancang dan digubal agar pelajar boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut:

i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran. ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan

dengan kesihatan.

iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. (Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, 1999)

Rajah 2.2 : Senario apabila mereka memahami fungsi Pendidikan Kesihatan

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, bagaimana fungsi Pendidikan Kesihatan boleh mempengaruhi orang di sekeliling anda?

(8)

Tanggungjawab Pendidik Kesihatan Mengetahui keperluan indidvidu dan komuniti Perancangan program secara efektif Perlaksanaan program Penilaian keberkesanan program Bertindak sebagai ejen rujukan Menyelaraskan perkhidmatan Keperluan komunikasi dan sumber

Apakah Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Rajah 2.3 : Tanggungjawab utama pendidik kesihatan

(Sumber: National Commission for Health Education Credentialing [NCHEC], 1980 )

Tanggung jawab 1: Menilai keperluan individu dan masyarakat untuk Pendidikan Kesihatan

 Dapatkan data yang berkaitan dengan kesihatan tentang persekitaran sosial dan budaya, faktor pertumbuhan dan perkembangan, keperluan dan kepentingan.

 Bezakan antara tingkah laku yang memupuk dan apa yang menghalang kesejahteraan.

 Membuat kesimpulan keperluan untuk Pendidikan Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh.

(9)

Tanggungjawab 2: Perancangan program Pendidikan Kesihatan yang berkesan

 Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan mengenal pasti potensi peserta atas sokongan dan bantuan dalam perancangan program.

 Membangunkan skop yang logik dan pelan untuk program Pendidikan Kesihatan.

 Merumuskan objektif program yang sesuai dan boleh diukur.

 Mereka bentuk program pendidikan selaras dengan objektif program yang dinyatakan.

Tanggungjawab 3: Perlaksanaan program Pendidikan Kesihatan

 Membuat pameran berdasarkan program pendidikan yang telah dirancang.

 Membuat kesimpulan membolehkan objektif yang perlu untuk melaksanakan pengajaran

 Memilih kaedah dan media yang paling sesuai untuk melaksanakan perancangan program kepada pelajar tertentu.

 Memantau program pendidikan, menyelaraskan objektif dan aktiviti mengikut kesesuaian.

Tanggungjawab 4: Menilai keberkesanan program Pendidikan Kesihatan

 Membangunkan rancangan untuk menilai pencapaian objektif program.

 Menjalankan pelan penilaian.

 Mentafsir keputusan penilaian program.

 Membuat kesimpulan implikasi dari hasil perancangan program masa depan.

Tanggungjawab 5: Menyelaras perkhidmatan Pendidikan Kesihatan

 Membangunkan rancangan untuk menyelaraskan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan.

 Memudahkan kerjasama di antara kakitangan program.

 Menggubal mod praktikal kerjasama di kalangan agensi-agensi kesihatan dan organisasi.

 Mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru, sukarelawan dan kakitangan lain yang berminat.

(10)

Tanggungjawab 6: Bertindak sebagai pegawai sumber maklumat dalam Pendidikan Kesihatan

 Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semula maklumat kesihatan yang berkesan.

 Mewujudkan hubungan perundingan yang berkesan dengan orang-orang yang memerlukan.

 Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.

 Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat kesihatan.

 Memilih bahan-bahan yang berkesan sebagai sumber untuk menyebarkan maklumat kesihatan.

Tanggungjawab 7: Menghubungkan kesihatan dengan keperluan Pendidikan Kesihatan, keprihatinan dan bahan sumber.

 Mentafsir konsep, tujuan dan teori Pendidikan Kesihatan.

 Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat pada program Pendidikan Kesihatan.

 Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi dalam menyediakan maklumat kesihatan.

 Menyalurkan komunikasi yang berkesan antara penyedia penjagaan kesihatan dan pengguna.

Rancang satu program Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah. Kemudian, huraikan dengan terperinci tugas Pendidik Kesihatan berdasarkan rajah 2.3. Kaitkan antara tugas Pendidik Kesihatan dengan program yang ingin dirancang.

(11)

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Rajah 2.3 : Salah satu program yang boleh dilaksanakan di sekolah

Sebagai seorang guru, apakah program yang boleh dirancang yang boleh dilaksanakan berdasarkan gambar dalam rajah 2.3. Senaraikan 5 program yang boleh dijalankan di sekolah dalam bentuk rajah di bawah.

(12)

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelbagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.

Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut: 1. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas Pendidikan Kesihatan. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan di atas.

(13)

2. Latar belakang guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Ianya adalah dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan Pendidikan Kesihatan di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

3. Latar belakang pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap Pendidikan Kesihatan.

RUMUSAN

1. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

2. Pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

3. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:

(14)

 Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.

4. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah mengenai pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

5. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

(15)

Keperluan komunikasi dan sumber

Meramalkan kesan sistem nilai

masyarakat Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Menggubal mod praktikal

kerjasama Mengadakan program-program latihan

Bertindak sebagai ejen rujukan

Mewujudkan hubungan

perundingan balas terhadap permintaanMentafsir dan bertindak

Penilaian keberkesanan program

Membangunkan rancangan Mentafsir keputusan penilaian program.

Perlaksanaan program

Membuat pameran Membuat kesimpulan

Perancangan program secara efektif

Membangunkan skop yang logik dan

pelan Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan

Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku

(16)

KATA KUNCI

1. Sejarah Pendidikan Kesihatan 2. Fungsi Pendidikan Kesihatan 3. Tugas Pendidik Kesihatan 4. Perancangan Program 5. Perlaksanaan Program 6. Penilaian Program

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi Pendidikan Kesihatan?

2. Senaraikan tugas-tugas utama pendidik kesihatan dan huraikan tanggungjawab mereka secara terperinci?

3. Bagaimanakah program kesihatan boleh dilaksanakan secara berkesan di sekolah?

4. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan begitu serius dalam merancang program kesihatan di Malaysia?

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.(1998) · Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Atas Talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan %20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan

World Health Organization (WHO) (1998). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

(17)

Keperluan komunikasi dan sumber

Meramalkan kesan sistem nilai

masyarakat Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Membangunkan rancangan Memudahkan kerjasama di antara kakitangan Menggubal mod praktikal kerjasama Mengadakan program-program latihan

Bertindak sebagai ejen rujukan

Gunakan ICT sebagai sistem

dapatan semua maklumat Mewujudkan hubungan perundingan balas terhadap permintaanMentafsir dan bertindak Memilih bahan-bahan yang berkesan

Penilaian keberkesanan program

Membangunkan rancangan Menjalankan pelan penilaian Mentafsir keputusan penilaian program. Membuat kesimpulan implikasi

Perlaksanaan program

Membuat pameran Membuat kesimpulan Memilih kaedah dan media yang paling sesuai Memantau program pendidikan

Perancangan program secara efektif

Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan

masyarakat Membangunkan skop yang logik dan pelan Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan

Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku Membuat kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian di atas maka masalah yang akan dibahas dalam tugas akhir ini adalah: Bagaimana Prosedur Pemberian Kredit Angsuran Lainnya Pada PT Bank SUMUT CAPEM Pusat

Badan Eksekutif Mahasiswa Keluarga Besar Mahasiswa Institut Teknologi Telkom, atau disingkat dengan BEM KBM IT Telkom merupakan satu organisasi kemahasiswaan (Ormawa) pada

Perhitungan biaya satuan tonsilektomi menggunakan metode activity based costing (ABC) dengan tujuan mendapat selisih antara.. unit cost yang ditambah margin dengan klaim

Terdapat pengaruh yang positif dan signifikan antara persepsi siswa mengenai keterampilan mengajar guru terhadap hasil belajar peserta didik mata pelajaran akidah akhlak

 Konstituen, untuk mengetahui karakternya, selanjutnya melakukan aksi yang fitness/cocok dengan karakternya  Stakeholder, untuk mengetahui aturan-aturan main dan

Kepala sekolah seyogyanya menyediakan sarana dan prasarana pendukung untuk meningkatkan kemampuan peserta didik dalam menguasai standar kompetensi mata pelajarannya,

Bahan-bahan ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman.. PC (polycarbonate) dpt ditemukan pada botol susu

Berdasarkan tabel di atas tergambar bahwa: pertama, mahasiswa PPL yang menemui kesulitan dalam penguasaan materi pembelajaran PKn berjumlah 70 orang dan yang merasa telah