• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH PEMBELAJARAN MEMBINA KARANGAN SECARA EFEKTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT DENGAN MENGGUNAKAN

‘GERABAK BAHASA’

Hasnan Bin Md Saad

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu , Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

Abstrak

KARANGAN merupakan salah satu komponen pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang sukar dikuasai dengan baik oleh murid. Selain kurang minat membaca, murid juga tidak mahir dalam melengkapkan perenggan dengan menggunakan isi yang sesuai berdasarkan konsep perenggan dan fungsi setiap ayat dalam membentuk perenggan. Setelah ‘Gerabak Bahasa’ diperkenal dan digunakan dalam PdPc menulis karangan, hasil serta keputusannya sangat memberangsangkan. Konsep enam gerabak dan 18 penumpang telah membantu murid agar lebih mudah memahami konsep perenggan dan fungsi setiap ayat dalam membentuk perenggan. Malah semua tugasan menulis karangan dapat diselesaikan oleh murid setelah penggunaan alat ini. Rata-rata murid mengakui bahawa alat ini sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan mereka. Di samping itu, susunan ayat dalam tugasan murid lebih kelihatan kemas dan tersusun mengikut perenggan yang telah ditetapkan dalam sebuah karangan yang dibina.

Kata kunci: Gerabak; Karangan; Keretapi; Perenggan

PENGENALAN

Menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993), di peringkat pengajian tinggi, kemahiran menulis menjadi amat penting kerana para pelajar perlu menyediakan tugasan dalam bentuk esei, laporan atau tesis. Penulisan karangan merupakan bahagian yang penting di peringkat rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam penguasaan kemahiran penulisan bahasa Melayu.

Umumnya, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Menurut Roselan Baki (2003), kepentingan penulisan karangan tergambar dalam

(2)

kurikulum Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Selain itu, sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada awal tahun 2003 juga mengandungi tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan nilai. Menurut Abdullah Hassan (2004) sukatan pelajaran lama yang terdahulu tidak memberi penekanan kepada tiga kemahiran baru ini. Dalam kurikulum baru ini, kemahiran menulis merupakan salah satu komponen kemahiran penting yang perlu dikuasai oeh murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks.

Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan panjang lebar dalam bentuk ayat berperenggan. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, penguasaan murid terhadap kemahiran menulis perlu pada tahap yang baik. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tatacaranya secara sistematis. Suhaimi Yunus (2009) ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam PdPc Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid. Kemahiran menulis yang efektif amat penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.

Menurut Suhaimi Yunus (2009), dalam peperiksaan UPSR, kemahiran penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang diberi penilaian. Menurut A. Chellamal Bagavathy (2005), guru-guru bahasa kerap menghadapi masalah dalam PdPc Bahasa Melayu kerana murid sukar untuk memahami penulisan Bahasa Melayu. Sementara itu, pencapaian murid-murid dalam penulisan karangan masih pada tahap kurang memuaskan disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kelemahan murid sendiri, sikap negatif murid yang kurang minat terhadap pelajaran, kelemahan strategi pengajaran guru, kesilapan memilih tajuk, kekurangan isi, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal pasti format dan penggunaan bahasa dialek.

Selain itu, sikap guru juga menjadi salah satu faktor kegagalan murid menguasai kemahiran menulis. Menurut Haris Fadzillah Kassim (2002), cara dan gaya guru mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara penyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi tuntutan peperiksaan. Impaknya,

(3)

hasil karangan yang diberi tumpuan oleh guru dan pengajaran proses mengarang diabaikan. Pengajaran guru kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan murid kurang bersedia untuk menulis. Pernyataan ini turut diperincikan oleh Roselan Baki (2001) dan (2003) iaitu kebanyakan guru pada umumnya masih kurang jelas tentang kandungan ilmu penulisan dan mereka menerapkan pengalaman yang dialami ketika mempelajari penulisan di sekolah dahulu sebagai asas mengajarkan penulisan kepada murid-murid.

Bersandarkan kepada masalah ini kaedah Gerabak Bahasa diperkenal bagi membantu para guru dan murid mengatasi masalah yang mereka hadapi ketika dalam proses menulis karangan.

PERNYATAAN MASALAH

Beberapa permasalahan yang berkaitan dengan penulisan telah dikenal pasti antaranya berdasarkan Awang Mohd Amin dalam Kamarudin Husin (1997), yang menyatakan sebilangan besar guru terlatih yang mengajar bahasa Melayu di sekolah menengah atas tidak mempunyai latihan khas untuk mengajar karangan.

Awang Sariyan (1980) pula mendapati penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran menulis, banyak kesalahan yang dikesan dalam kalangan pelajar dan guru pelatih bukan Melayu di Maktab Perguruan Kuala Lumpur.

Menurut Arpan dalam Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1997), terdapat kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan iaitu jenis ayat yang tidak betul susunan, ayat yang tidak lengkap atau tegantung dan berbelit-belit dan dipengaruhi oleh struktur bahasa Inggeris serta ayat lisan.

Menurut Abdul Jalil Othman (2001), aspek wacana jika tidak diberi penekanan menyebabkan pelajar menjadi alpa sedangkan kecekapan wacana menjadikan teks lebih utuh dan bermakna.

Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood dan Farid M.Onn (2009), turut menggabungkan elemen wacana sebagai berada dalam tingkat tertinggi dalam hieraki tatabahasa selepas kata, frasa, klausa dan ayat kerana kohesi dan koheren yang menjadi ciri wacana perlu bersatu dengan elemen komunikatif.

Cherry dan Cooper dalam Abdul Jalil Othman (2001), juga mendapati sebahagian besar pelajar di sebuah kolej tidak berkeupayaan untuk menghasilkan ayat yang kohesif dan koheren dalam penulisan karangan mereka.

(4)

Rentetan daripada permasalahan yang dibincangkan, maka jelas unsur komunikatif seperti aspek wacana, tatabahasa dan sosiolinguistik menjadi intipati permasalahan dalam penulisan karangan untuk menghasilkan sebuah karangan yang lebih utuh dan bermakna kepada pembaca.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah untuk membantu meningkatkan aras keupayaan dan kemahiran murid dalam aplikasi menulis karangan dengan lebih sistematik dan standard. Secara khusus kajian dijalankan ialah untuk:

1. Mendedahkan murid berkaitan proses menulis karangan yang baik dengan lebih terperinci;

2. Mengubah persepsi serta tanggapan murid bahawa menulis karangan sesuatu yang membosankan kepada satu bentuk yang mudah serta menarik minat untuk mereka menghasilkan satu karangan yang baik;

3. Membantu murid untuk mencapai satu pencapaian yang cemerlang terutama dalam aspek kemahiran menulis karangan; dan

4. Mengubah cara PdPc mengajarkan karangan ke arah pendekatan yang berpusatkan murid agar mereka lebih seronok.

SOROTAN KAJIAN LITERATUR

Beberapa permasalahan yang berkaitan dengan penulisan telah dikenal pasti antaranya berdasarkan Awang Mohd Amin dalam Kamarudin Husin (1997), yang menyatakan sebilangan besar guru terlatih yang mengajar bahasa Melayu di sekolah menengah atas tidak mempunyai latihan khas untuk mengajar karangan.

Menurut Esah Sulaiman (2003) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan PdPc boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah dikatakan strategi pengajaran.

Awang Sariyan (1980) pula mendapati penggunaan bahasa Melayu pada peringkat kemahiran menulis, banyak kesalahan yang dikesan dalam kalangan pelajar dan guru pelatih bukan Melayu di Maktab Perguruan Kuala Lumpur.

Menurut Arpan dalam Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1997), terdapat kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan iaitu jenis ayat yang tidak betul susunan, ayat yang tidak lengkap atau tergantung dan berbelit-belit dan dipengaruhi oleh struktur bahasa Inggeris serta ayat lisan.

(5)

Menurut Abdul Jalil Othman (2001), aspek wacana jika tidak diberi penekanan menyebabkan pelajar menjadi alpa sedangkan kecekapan wacana menjadikan teks lebih utuh dan bermakna.

Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood dan Farid M.Onn (2009), turut menggabungkan elemen wacana sebagai berada dalam tingkat tertinggi dalam hieraki tatabahasa selepas kata, frasa, klausa dan ayat kerana kohesi dan koheren yang menjadi ciri wacana perlu bersatu dengan elemen komunikatif.

Cherry dan Cooper dalam Abdul Jalil Othman (2001), juga mendapati sebahagian besar pelajar di sebuah kolej tidak berkeupayaan untuk menghasilkan ayat yang kohesif dan koheren dalam penulisan karangan mereka.

Dalam kajian Noor Aainah Ag Jaafar (2007), program atau kaedah ‘Salin dan Jalin’ yang dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir didapati terdapat murid menunjukkan keupayaan mereka menulis karangan dalam jumlah perkataan yang sepatutnya. Meskipun masih ada segelintir yang kurang menyerlah tetapi usaha yang dilakukan melalui kajian tindakan ini telah menunjukkan kesan yang positif.

Kamarudin Husin (1986), mengkaji penguasaan bahasa Malaysia seramai 160 orang pelatih bukan Melayu di Maktab Perguruan di Kuala Lumpur . Dapatan kajian mendapati 320 buah karangan sepanjang lebih kurang 80 ribu patah perkataan mengandungi 5,085 kesalahan ejaan, penggunaan perkataan, rangkai kata dan pembentukan ayat.

Marohaini Yusof (1989), mendapati bahawa guru lebih menumpukan penghasilan isi atau fakta semasa mengajar mengarang dan bukannya aspek penggunaan bahasa yang baik dan teknik mengarang yang berkesan. Oleh itu, beliau menyatakan guru tidak merangsang pelajar berfikir untuk menghasilkan cara yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej atau idea.

Jelaslah bahawa teknik pengajaran yang menarik dan interaktif amat berkesan berbanding dengan teknik pengajaran tradisional. Ini dapat dilihat dalam dapatan kajian Abd Aziz Abd Talib (2007), teknik pengajaran konvesional secara syarahan yang berpandukan buku teks buku latihan topikal dan nota guru masih menjadi amalan. Ini juga menjadikan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran kemahiran menulis karangan.

(6)

menyatakan penguasaan kemahiran menulis karangan bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah turut dipengaruhi oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan diakhiri dengan sebuah wacana yang dapat dinikmati oleh semua orang.

Berdasarkan kajian literatur ini, dapat dirumuskan bahawa kemahiran menulis karangan merupakan sesuatu yang sangat kompleks. Masalah yang timbul dalam kalangan persampelan banyak berlaku dari aspek tatabahasa, wacana dan sosiolinguistik. Oleh itu, PdPc guru dalam kemahiran menulis karangan perlu pemantapan, kepelbagaian sumber dan daya tarikan serta teknik mestilah sesuai dengan aras kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstrukvisme untuk meningkatkan minat murid terhadap kemahiran yang disampaikan.

APLIKASI IDEA

Berdasarkan kepada sorotan kajian masa lalu telah menunjukkan bahawa masalah kemahiran menulis karangan ini adalah sebahagian masalah yang tipikal terutama dalam kalangan kanak-kanak yang apatahlagi baru terdedah dengan teknik serta kaedah yang perlu mereka kuasai.

Menyedari hakikat itu, maka Gerabak Bahasa mula diperkenal bagi memudahkan murid yang baru sahaja berjinak-jinak dengan kemahiran menulis karangan akan mudah mengikuti kemahiran ini. Objektif Gerabak Bahasa ini diketengahkan adalah untuk memudahkan murid melakukan pemeringkatan isi karangan berdasarkan kepada perenggan demi perenggan yang perlu mereka lakukan dengan merujuk kepada idea utama, huraian idea dan contoh. Teknik ini sangat berfaedah dan mudah bagi seorang murid yang baru mempelajari proses menulis karangan.

Rata-rata masalah dan kesilapan yang jelad bagi murid ketika menulis karangan adalah apabila mereka sering melakukan dengan membina satu perenggan sahaja tanpa mengasingkan perenggan berdasarkan kepada kehendak skop sebuah karangan yang baik yang menuntut kepada sebuah perenggan pendahuluan, 4 perenggan isi dan sebuah perenggan penutup.

Gerabak Bahasa mengandungi enam sampel gerabak kereta api yang bersamaan enam perenggan dalam sebuah karangan lengkap. Pada setiap gerabak itu terdapat tiga

(7)

tetingkap besar yang perlu dilengkapkan oleh setiap murid dengan tiga ayat iaitu idea utama, huraian idea dan contoh. Secara keseluruhannya, murid perlu melengkapkan enam gerabak (enam perenggan) dan 18 tetingkap (18 ayat karangan). Kaedah ini bukan sahaja mudah, malah dapat menggelakkan berlakunya kecuaian dalam kalangan murid ketika mereka menulis karangan. Komponen Gerabak Bahasa yang bersifat sistematik telah banyak membantu murid yang bermasalah dalam menulis karangan. Dapatan ini bertepatan dengan pendapat Ruhaida Mansor (2005), iaitu penggunaan alat bantu mengajar sewaktu mengajar dapat membantu guru meningkatkan kemahiran murid dalam apa jua kemahiran yang disampaikan.

METODOLOGI

Kajian ini bertujuan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses menulis karangan. Sehubungan itu, reka bentuk kajian tinjauan deskriptif telah dipilih bagi melaksanakan kajian ini. Teknik pesampelan yang digunakan ialah sampel bertujuan.

Pengkaji telah mengambil seramai 31 responden iaitu murid tahun 4 Genius di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu. Sampel terdiri daripada 35% (11 orang) murid lelaki, dan 65% (20 orang) adalah murid perempuan. Pemilihan responden dalam kalangan murid tahun 4 adalah kerana pada peringkat ini adalah merupakan peringkat paling asas dalam kemahiran menulis karangan yang harus mereka kuasai sebelum mereka melangkah ke tahun 6 dan menduduki peperiksaan UPSR. Semua responden juga adalah merupakan di bawah kumpulan kawalan dan eksperimental.

Kaedah kuantitatif membolehkan data dikumpulkan dan dianalisis untuk menghasilkan maklumat dan pengetahuan serta penguasaan kemahiran (Gall et al. 2007).

Kaedah tinjauan dipilih kerana ia lebih mudah, pantas, murah dan efisien. Dapatan ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan adalah tinggi kebolehpercayaan (Wubbels & Brekelmans 2005).

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

JADUAL 1: Demografi Jantina

Jantin Jumlah

Lelaki 11 (35%)

(8)

Berikut merupakan jadual demografi jantina responden dalam kajian ini. Seramai 31 responden murid tahun 4 Genius, 11 orang merupakan murid lelaki iaitu 35% manakala 20 orang murid perempuan bersamaan 65%. Semua responden terlibat dalam kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimental.

JADUAL 2: Analisis Kesilapan Murid

Kesilapan Pra-Uji Ujian 1 Ujian 2

Tiada perenggan 13 6 0

Isi tidak cukup 10 7 2

Kurang huraian isi 21 12 3

Masalah struktur ayat

29 14 3

Tulisan sukar dibaca 7 0 0

Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan, terdapat lima kesilapan yang mencatat peratusan tertinggi yang telah dilakukan oleh responden. Antaranya ialah tiada perenggan 13 (42%), 10 (32%) isi yang tidak mencukupi, 21 (68%) kurang huraian isi, 29 (93.5%) masalah struktur ayat dan 7 (22.5%) tulisan sukar dibaca.

Setelah 1 bulan dijalankan latihan dan pendedahan, rekod ini menunjukkan pengurangan. Daripada 10 yang melakukan kesilapan tiada perenggan dalam menulis karangan menjadi 6 (19%) sahaja pada ujian 1 dan 0 (0%) pada ujian 2. Ini diikuti pada

35% 65%

Jantina

Lelaki Perempuan 0 5 10 15 20 25 30 35

Tiada perenggan Isi tidak cukup Kurang huraian isi Masalah struktur ayat

Pra-Uji 1 Pasca-Uji 1 Pasca-Uji 2

(9)

isi yang tidak mencukupi menjadi 7 (22.5%) pada ujian 1 dan berkurang menjadi 2 (6%) pada ujian 2. Pengurangan paling ketara yang telah dilakukan oleh responden ialah pada kurang huraian isi. Mencatatkan pengurangan sebanyak 9 menjadi 12 (38.7%) pada ujian 1 dan 3 (10%) pada ujian 2. Masalah struktur ayat turut memperlihatkan pengurangan yang ketara apabila dari 29 menjadi 14 (45%)pada ujian 1 dan 3 (10%) pada ujian 2. Tidak ketinggalan 7 responden melakukan kesilapan pada tulisan yang sukar dibaca, telah berjaya dihapuskan pada ujian 1 dan 2. Ini turut menunjukkan bahawa gerabak bahasa berupaya membantu mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis karangan.

JADUAL 3: Pencapaian murid mengikut gred

Gred Ujian Pra Ujian 1 Ujian 2

A 2 9

B 3 6 1

C 13 10 7

D 7 11 2

E 6

Pengkaji mengambil masa selama 3 bulan untuk melihat perkembangan responden berdasarkan ujian pra yang dijalankan pada bulan Januari, ujian 1 pada bulan Februari dan ujian 2 pada bulan Mac. Berdasarkan pemerhatian, Gerabak Bahasa telah berjaya membantu mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis karangan terutama kepada murid tahun 4 yang baru sahaja didedahkan dengan teknik penulisan kemahiran menulis karangan. Elemen didik hibur yang terkandung di dalam Gerabak Bahasa menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran efision dan bermakna. Bertepatan

0 2 4 6 8 10 12 14 A B C D Ujian Pra Ujian 1 Ujian 2

(10)

dengan tuntutan dan kehendak lanskap pendidikan abad 21, alat ini juga turut terkandung 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran aras tinggi yang menjadikannya sebagai sebuah alat ideal dan mesra pengguna.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, mengajar kemahiran menulis karangan tidak boleh dianggap mudah. Kaedah serta teknik konvesional dan tradisional perlu diubah akibat tuntutan perkembangan semasa yang lebih jauh maju ke depan. Perbincangan serta sumbang saran ketika mengajarkan murid kemahiran menulis karangan sudah tidak relevan dan membosankan. PdPc didik hibur adalah elemen bermain dan perbincangan dalam kumpulan seperti yang terkandung di dalam Gerabak Bahasa sangat membantu guru dalam pelaksanaan PdPc kemahiran menulis karangan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Saya yakin murid akan lebih terkesan dengan pembelajaran yang membuatkan mereka gembira. Malah saya turut mendoakan agar Gerabak Bahasa dapat membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian murid dalam kalangan guru yang menggunakannya.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji kemahiran bahasa: prinsip, teknik dan contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Jalil Othman, (2001). Perkaitan semantik dalam penulisan. Issues in Education, Awang Sariyan, (1980). Kesalahan umum penggunan bahasa Malaysia KBSM. Kuala

Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.

Halliday, M.A.K. & Hasan, R., (1976). Cohesion in English. London: Longman.

Hashim Othman, (2003). Kemahiran menulis; perspektif komunikatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan, (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997). Penguasaan kemahiran menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mahzan Arshad, (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Marohaini Yusoff & Zulkifli A.Manaf,. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis

Karangan bahasa Melayu di sekolah menengah:satu penilaian kualitatif. Pertanika J.Social & Humanities

Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd Saleeh Rahamad, (1999). Strategi bahasa: panduan nahu dan retorik untuk penulisan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2005). Teori bahasa: implikasi terhadap pengajaran

tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2009). Tatabahasa dewan: edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Noraini Idris, (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Malaysia: McGraw Hill

(11)

Education.

Roselan Baki, (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ruhaida Mansor, (2005). Meningkatkan kemahiran murid tahun 1 dalam mengenal dan menulis abjad A hingga Z melalui pengajaran berteraskan prasekolah (Pengenalan abjad). Prosiding Seminar Penyelidikan IPBA. Penerbitan IPBA. Seman Salleh, (2005). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu:

Kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA,

Suhaimi Yunus, (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Yahya Othman, (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu: Bentong, Pahang: PTS Publications & Disributors.

Referensi

Dokumen terkait

Pada indikator 2 kedua subjek dengan IQ tinggi mampu membuat simbol- simbol matematika saat menuliskan informasi yang diperoleh dari soal (M1 dan M2) dan ketika

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (