• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJI L PELAJARAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJI L PELAJARAN MALAYSIA"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH

( KOD: 1249)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

SIJI

L PELAJARAN MALAYSIA

(2)

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2020 Cetakan Pertama 2020

Hak Cipta Terpelihara.

Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021

(3)

KATA PENGANTAR

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Sejarah yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.

Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada 21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.

Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan

pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Pengarah Peperiksaan

(4)

ISI KANDUNGAN 1.0 4 2.0 4 3.0 6 4.0 7 5.0 7 6.0 8 7.0 9 8.0 10 9.0 10 10.0 Pengenalan

Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran Punca Kuasa

Matlamat Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran (OM) Objektif Pentaksiran (OP)

Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir Aras Kesukaran Item

Format Pentaksiran Contoh Item Lampiran 1 Lampiran 2 12 10.0 10.0 13 16

(5)

1.0

2.0

PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.

ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN

Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:

2.1

2.2

KESAHAN

Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanandan kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum standard.

KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.

(6)

2.3

2.4

2.5

KEOBJEKTIFAN

Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada skor yang akan diperoleh.

Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin kebolehpercayaan skor.

KEBOLEHTADBIRAN

Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah.

KEMUDAHTAFSIRAN

Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir. Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.

(7)

2.6 KEKOMPREHENSIFAN

Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat dicapai dengan jayanya.

3.0 PUNCA KUASA

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.

(8)

4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSSM Sejarah bermatlamat memberi kefahaman mengenai masyarakat, negara Malaysia dan dunia. Usaha ini, dapat memupuk dan memperkukuh identiti diri serta semangat setia negara sebagai warganegara Malaysia yang arif dan peka sejarah. KSSM Sejarah juga dapat mewujudkan semangat perpaduan, perasaan kekitaan, kesedaran kebangsaan dan memperkukuh perasaan cinta akan negara.

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:

OM1: Menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah;

OM2: Menerangkan kepentingan mengamalkan semangat perpaduan dalam usaha pembangunan dan kemajuan negara;

OM3: Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam kalangan murid melalui PdP Sejarah dalam memahami peristiwa sejarah;

OM4: Menjelaskan pencapaian dan kemajuan negara dalam melahirkan murid untuk bersaing di peringkat global;

OM5: Menghuraikan usaha dan sumbangan tokoh tanah air dalam memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara;

OM6: Menghuraikan perkembangan sejarah masyarakat dan negara bagi membina jati diri;

OM7: Menilai kepentingan dan peranan kepelbagaian kaum serta etnik dalam pembentukan negara bangsa;

OM8: Mengaplikasikan dan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi melalui fakta sejarah yang tepat.

(9)

OM9: Membina minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik; dan OM10: Membina semangat patriotisme dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Sumber: DSKP KSSM Sejarah, 2018, Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Objektif Pentaksiran (OP) Sejarah adalah seperti berikut:

OP1: Keupayaan menguasai pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian, fakta sejarah tentang perkembangan masyarakat, sumbangan tokoh-tokoh dalam mempertahankan kedaulatan dan pencapaian negara;

OP2: Keupayaan mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah untuk menghuraikan fakta sejarah yang berkaitan dengan negara dan negara luar kepada suatu situasi baharu dalam usaha memupuk perpaduan, mempertahankan kedaulatan negara dan membina jati diri; dan

OP3: Keupayaan menjana idea berdasarkan pelbagai fakta sejarah dan isu-isu sejarah semasa dan sejarah silam agar melahirkan pemikiran yang matang serta berupaya memberikan pendapat yang rasional untuk membuat pertimbangan dalam usaha mempertahankan perpaduan, kemerdekaan, kedaulatan, maruah, pembangunan dan kemajuan negara.

(10)

7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

7.1 Mengetahui dan Memahami

Mengukur sejauh mana murid faham tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan teori sejarah dan berupaya melakukan sesuatu selepas melalui proses pembelajaran.

7.2 Mengaplikasi

Menggunakan maklumat dan memberi penjelasan secara relevan dan tepat tentang fakta sejarah, istilah, konsep dan teori sejarah kepada suatu situasi baharu.

7.3 Menganalisis

Mencerakinkan atau mengumpul maklumat pelbagai fakta, maklumat dan sesuatu peristiwa yang berlaku berkaitan dengan sejarah secara rasional, tepat dan bersesuaian dalam konteks yang lazim dan bukan lazim.

7.4 Menilai

Menilai pelbagai fakta, maklumat, peristiwa sejarah secara kritis, kreatif dan matang serta membuat justifikasi berdasarkan kriteria yang spesifik untuk dijadikan iktibar dalam usaha mempertahan kemerdekaan, kedaulatan, maruah serta pembangunan negara.

7.5 Mencipta

Menggabungkan pelbagai elemen untuk merancang, mencipta bagi menghasilkan sesuatu perkara atau idea yang kreatif.

(11)

8.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

8.1

8.2

8.3

Aras R

Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih 60% calon (sebahagian besar calon).

Aras S

Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40% - 60% calon.

Aras T

Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang 40% calon (sebahagian kecil calon).

9.0 FORMAT PENTAKSIRAN

Pentaksiran mata pelajaran Sejarah menggunakan dua instrumen iaitu: 9.1 1249/1 – Sejarah Kertas 1 (Objektif)

1249/2 – Sejarah Kertas 2 (Subjektif) Format Pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 11.

(12)

FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MATA PELAJARAN SEJARAH (1249)

Bil Perkara Kertas 1 Kertas 2

1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis Ujian Bertulis

2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan ● Subjektif Respons Terhad● Subjektif Respons Terbuka

3 Bilangan Soalan 40 soalan (Jawab semua soalan)

Bahagian A

4 Soalan Respons Terhad (40 markah) (Jawab semua soalan)

Bahagian B

5 Soalan Respons Terbuka (60 markah) (Jawab 3 soalan)

4 Jumlah Markah 40 markah 100 markah

5 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta

6 Tempoh Ujian 1 jam 2 jam 30 minit

7 Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5)

8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2

(13)

10.0 CONTOH ITEM 10.1

10.2

Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. Rujuk Lampiran 1 dan 2.

Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

(14)

LAMPIRAN 1

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021

SEJARAH

(1249)

CONTOH-CONTOH ITEM

(15)

1 Gambar berikut merujuk kepada alat kebesaran diraja.

Apakah kepentingan alat kebesaran tersebut? A Identiti permuafakatan bangsa

B Tanda kemakmuran negara

C Lambang kesetiaan rakyat D Simbol kedaulatan

2 Pasangan manakah yang betul tentang tugas pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

BENDAHARA TEMENGGUNG

A Ketua Pentadbir Panglima Angkatan Laut

B Ketua Turus Angkatan Tentera Ketua Keselamatan kota

C Mengurus kutipan cukai Menjaga keamanan kawasan pegangan

D Melindungi kebajikan pedagang Mengurus perbendaharaan negara

3 Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan nasionalisme melalui karya penulisan di Indonesia.

Tokoh Nasionalis Hasil Karya

Raden Adjeng Kartini  Habis Gelap Terbitlah Terang

 Penulisan Seorang Puteri Jawa

Apakah mesej yang terkandung dalam karya tersebut? A Ketidakadilan sistem perundangan

(16)

4 Gambar berikut menunjukkan peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Apakah tindakan penduduk tempatan dalam menghadapi kekejaman tersebut? A

B C D

Mengadakan tunjuk perasaan Menyokong gerakan Islah Melibatkan diri dalam persatuan Memberi kerjasama dengan British

5 Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan

II Pandangan rakyat biasa diambil kira III Hak rakyat untuk bersuara disekat IV Kebebasan mutlak rakyat terjamin A I dan II

B I dan IV

C II dan III

Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

(17)

LAMPIRAN 2

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MULAI TAHUN 2021

SEJARAH

(1249)

CONTOH-CONTOH ITEM

(18)

1 Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa Rundingan Baling.

Rundingan Baling, 28 – 29 Disember 1955 di Sekolah Inggeris Baling

(a) Nyatakan pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut?

(i) ………..

(ii) ……….. [2 markah]

(b) Mengapakah rundingan tersebut diadakan?

……… ……… ……… ……… ……… ………...……… ………... [4 markah] Bahagian A

(19)

(c) Langkah-langkah untuk menghalang perkembangan ideologi yang boleh menggugat keselamatan negara perlu dipertingkatkan.

Beri ulasan anda.

……… ……… ……… ……… ……… ………...……… ………... [4 markah]

(20)

Keluhuran Perlembagaan ……… ……… ……… ……… ……… ……… …...………... ...……… ……… [3 markah] (b) Bagaimanakah penentangan tersebut dilakukan? ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ………... ...……… [3 markah

2 Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. (a) Jelaskan maksud perlembagaan.

……… ………. ...………

[2 markah] (b) Berikut adalah prinsip Rukun Negara yang ketiga.

Jelaskan maksud prinsip Rukun Negara tersebut.

……… ……… ………...………

[2 markah] (c) Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan

oleh mana-mana pihak.

Nyatakan dua perkara sensitif tersebut.

(i) ………...………...….. (ii) ………...……...……….. [2 markah] (d) Mengapakah perkara-perkara dalam 2(c) tidak boleh dipersoalkan?

……… ……… ……… ……… ……… ……….

(21)

Bahagian B

1 Rajah berikut berkaitan Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

(a) Berdasarkan rajah di atas, jelaskan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

[6 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan sistem perundangan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

 Hukum Kanun Melaka

 Undang-undang Laut Melaka

Bagaimanakah undang-undang tersebut dapat memantapkan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

[6 markah] (c) Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa kita.

(22)

2 Peta 1 menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Peta 1

(a) Berdasarkan Peta 1 dan pengetahuan sejarah anda, jelaskan tentang sejarah penubuhan

ASEAN. [4 markah]

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat ASEAN.

Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu ASEAN mencapai matlamat tersebut? [8 markah] (c) Berjayakah ASEAN mencapai matlamat di 2(b)?

Beri penjelasan anda.

… untuk mengekalkan dan meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Pada umumnya pola sebaran data di setiap stasiun tidak simetrik dengan banyak pencilan pada nilai-nilai besar dan tampak lebar kotak kuartil antar stasiun curah

(2) Faktor-faktor yang mengambat penegakan hukum pidana terhadap kasus Tanjung Priok yang melibatkan Satpo PP dan masyarakat Koja, adalah: a) Faktor perundang- undangan

Kaca yang digunakan sebagai alas meja, berfungsi sebagai sarana yang paling baik untuk melihat susunan warna hasil sablon, karena di bawah meja telah dilengkapi dengan lampu

Sejalan dengan fungsi Bappenas sebagai Instansi Pembina Jabatan Fungsional Perencana dan sebagai Instansi Penyelenggara Diklat Perencanaan Pembangunan, di dalam rencana

Dari tabel 1 terlihat bahwa desain model pembelajaran praktik online, sekurang-kurangnya mengandung kegiatan: (1) pemberian materiprasyarat pengoperasian

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

Hal ini dikarenakan, perlunya melakukan wawancara langsung dengan nara sumber yang mewakili perspektif kelompok Islam fundamentalis dan liberal sebagai insider, untuk

Pegawai Kemhan yang menderita sakit lebih dari 2 (dua) hari sampai dengan 14 (empat belas) hari berhak atas Cuti Sakit, dengan ketentuan bahwa Pegawai yang bersangkutan harus