• Tidak ada hasil yang ditemukan

titas interaksi tamadun india

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "titas interaksi tamadun india"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM

KOD :

MATA PELAJARAN :

NAMA : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN : NURHIDAYAH BINTI MOHAMED

NOMBOR MATRIK : 2ATE1106081 : 2ATE1106082 NOMBOR I/C : 930228-06-5478

: 930620-03-5046

OPSYEN : 1 PISMP TESL 4

SUBJEK :

NAMA PENSYARAH :

(2)

ISI KANDUNGAN

1. PENGAKUAN 2. PENGHARGAAN 3. PENGENALAN 4. PENDAHULUAN

5. LATAR BELAKANG DAN KONSEP TAMADUN INDIA 6. SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA I. KEWUJUDAN TAMADUN INDIA

II. PENTADBIRAN TAMADUN INDIA III. PERUNDANGAN TAMADUN INDIA

IV. PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN INDIA V. PENDIDIKAN

 FALSAFAH

 SAINS DAN TEKNOLOGI

 SENI BINA

 BAHASA DAN KESUSASTERAAN

 SISTEM SOSIAL VI. AGAMA HINDU

VII. PERLUASAN KUASA

VIII. TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA a) ZAMAN KUNO

b) ZAMAN PERTENGAHAN c) ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

7. FAKTOR – FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN YANG LAIN

8. KESAN BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN YANG LAIN

9. IKTIBAR TAMADUN INDIA 10. REFLEKSI KENDIRI 11. BORANG KOLABORASI 12. RUJUKAN

(3)

1. PENGAKUAN

Kami mengaku bahawa hasil kerja kursus pendek ini adalah hasil kerja

berkumpulan kami berdua secara berpasangan. Kami juga mengaku bahawa kami telah merujuk kepada sumber rujukan yang tertentu dan kami memahami

sepenuhnya sumber rujukan tersebut.

Tandatangan : ………

Nama : Nur Shahirah Zafirah Binti Zainun

No. kad pengenalan : 930228-06-5478

Tandatangan : ………

Nama : Nurhidayah Binti Mohamed

(4)

2. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami berdua berganding bahu menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif ini dalam masa yang telah ditetapkan secara berpasangan.

Ribuan penghargaan diucapkan kepada En Nordin Bin Mohd Yusof diatas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami sepanjang menjalankan kerja kursus ini.Tanpa beliau,tidak mungkin kami dapat menjalankan kerja kursus ini dengan sempurna dan lengkap.Kami amat menghargai jasa beliau yang sudi membantu memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa dan tempat.Di samping itu,beliau juga sedia memberikan bimbingan kepada kami sekiranya kami menghadapi masalah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan seribu tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua individu yang terlibat memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan kerja kursus ini.

(5)

3. PENGENALAN

Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah „civilization‟ dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, dan juga maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara sarjana-sarjana yang lain kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Oleh itu, mereka menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dari sudut dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan manakala ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau.

Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun.Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun.

Menurut pandangan sarjana terkemuka iaitu Dr. Muhammad Baki, Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku.Berdasarkan kamus dewan pula tamadun bermaksud keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya, sosial, politik,beradapan dan lain-lain (Teuku Iskandar:1994)

(6)

4. PENDAHULUAN

Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses perkembangannya mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai keunikan yang tersendiri meliputi pola perkembangan sejarah, budaya dan sosial masyarakatnya. Pembinaan tamadun India adalah hasil daripada pertembungan dua bangsa yang utama iaitu Aryandan dan Dravidia. Hasil daripada proses pertembungan tersebut menghasilkan interaksi yang akhirnya membawa kepada kelahiran agama Hindu dan penjelmaan sistem kasta. Perkembangan seterusnya menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang agung hingga pengaruhnya keluar daripada tamadun khasnya di Asia.

5. LATAR BELAKANG DAN KONSEP TAMADUN INDIA

Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada

dua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan . Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. telah wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. pula penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery.

Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah

mencapai tamadun yang tinggi dan berkembang dengan pesat. Tamadun India berkonsepkan dua bahagia iaitu Indo-Arya dimana bahagian ini berpusat di India Utara manakala Dravida pula berpusat di bahagian India Selatan.

(7)

6. SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

i) KEWUJUDAN TAMADUN INDIA

Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh sebelum Masihi, perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

ii) PENTADBIRAN TAMADUN INDIA

Pada tahap awal pembentukannya, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.

Dalam tamadun ini, sememangnya raja telah mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan

(8)

peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka. Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga. Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

Sistem pemerintahan tamadun india bercorak monarki sejak kerajaan awal lagi sehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dalam kerajaan dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Jawatan raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Kebiasaannya raja mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin dan setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat iaitu menggunakan unit infantry,unit gajah dan unit kuda.

iii) PERUNDANGAN TAMADUN INDIA

Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung pada tahap kesalahan tersebut. Selain raja, golongan Brahmin juga menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum-hukum terutamanya berkaitan dengan keagamaan.

Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang itu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka. Beliau

(9)

sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan pemerintahannya adil.

iv) PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN INDIA

Antara pusat perdagangan yang penting pada zaman tamadun India termasuklah Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilakan senjata,gading gajah, emas, berlian dan mutiara.Hubungan perdagangan yang dijalankan ialah dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.

Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunapakai. Penggunaan mata wang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.

(10)

v) PENDIDIKAN

Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

1. FALSAFAH

Falsafah wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.

(11)

2. SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pesat pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. India juga merupakan pelopor bidang astronomi. Unsur matahari,bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda mempunyai keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

3. SENI BINA

Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha .Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Namun begitu ,seni bina Islam telah menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.

(12)

4. BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.

Tamadun India turut menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

5. SISTEM SOSIAL

Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawab yang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, antara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

vi) AGAMA HINDU

Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada zaman empayar Gupta.

(13)

Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai. Agama lain yang turut diamalkan semasa tamadun india ialah agama Buddha, Hindu, Jaina, dan Sikhism.

vii) PERLUASAN KUASA

Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara .

Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikan penekanan kepada agama Buddha. Pada zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

(14)

viii) TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

a) ZAMAN KUNO (1500 S.M – 1200 M )

Zaman ini menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti di Lembah Ganges, Jamuna dan Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua iaitu Vedile Awal sekitar 1500 s.m sehingga 100 s.m dan Vedile Akhir pula sekitar 1000 s.m sehingga 500 s.m. Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan telah melahirkan budaya Indo-Aryan. Sekitar tahun 321 s.m telah muncul Dinasi Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang terutama perkembangan agama Buddha dan Jainism. Tahun 320 sehingga 520 s.m pula muncul Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusteraan Hindu dan seni bina kuil . Lalu lahirlah kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola, dan Pandhya.

b) ZAMAN PERTENGAHAN

Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telahmelahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

c) ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (MULAI 1750)

Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) dibawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka disebabkan beberapa faktor utama iaitu kepentingan perdagangan, politik, dan agama kristian.Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay(1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

(15)

7. FAKTOR

– FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI ANTARA

TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN YANG LAIN

Menurut Kamus Dewan (1994), interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Secara umumnya, interaksi bermaksud pertemuan, perhubungan dan komunikasi yang terjafi antara tamadun – tamadun dunia. Interaksi antara tamadun berlaku kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.Sifat keterbukaan sesebuah tamadun akan memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut daripada pelbagai aspek.

Dan melalui nilai positif inilah, tamadun India dapat berinteraksi dengan tamadun lain seperti tamadun Melayu dan tamadun China. Menyelusuri sejarah, interaksi pertama yang akan kita sebutkan di sini adalah interaksi yang berlaku di antara tamadun India dengan tamadun Melayu. Interaksi ini bermula sejak zaman sebelum Masehi. Untuk mengambil bukti yang jelas bahawa interaksi ini pernah berlaku, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Asia Tenggara. Contohnya, “Survarnadvipa” (Semenanjung emas) dan “Suvarnabhumi “ (bumi emas). Hal ini dikatakan berkait rapat dengan sejarah Melayu Melaka itu sendiri yang pernah menjadi pusat perdagangan satu masa dahulu.

Ketika itu, tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan rempah ratus, kayu-kayan, damar, emas dan lain-lain.Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke Melaka adalah untuk menjalankan aktiviti perdagangan yang mana secara tidak langsung memberi peluang untuk mereka berinteraksi. Malahan, sejarah Melayu mencatatkan bahawa seorang pedagang dari India iaitu Mani Purindam telah menjadi menantu Sri Nara Diraja atau lebih dikenali sebagai Tun Ali dalam masyarakat Melayu Melaka. Cucu Tun Ali iaitu Raja Kassim inilah menjadi Sultan Melaka yang kemudiannya dipanggil Sultan Muzaffar Shah.

(16)

Selain aktiviti perdagangan, perkahwinan juga menjadi salah satu faktor wujudnya interaksi tamadun India dengan tamadun Melayu. Perkahwinan campur antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Manakala, di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu menyebabkan munculnya Jawi Peranakan. Selain itu, interaksi antara dua tamadun ini juga berkembang dengan adanya kedatangan British ke Tanah Melayu. Hal ini kerana masyarakat India di Malaysia telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman penjajah British untuk memenuhi keperluan buruh di ladang-ladang kopi,tebu dan getah.

Tenaga buruh India menjadi pilihan kerana India turut dijajah selain buruh India murah dan senang diurus. Dengan ini, masyarakat India ini membawa masuk nilai dan budaya yang ada dalam tamadun India ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Interaksi kedua pula ialah interaksi yang berlaku di antara tamadun India dan tamadun China. Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi. Dikatakan interaksi antara kedua tamadun ini berlaku kerana berlakunya keadaan kacau bilau di India sehingga masyarakat India ketika itu mencari penempatan baru di seberang laut.

Manakala menurut rekod sejarah China, interaksi ini bermula melalui hubungan perdagangan iaitu melalui Jalan Sutera yang menjadi laluan perdagangan. Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan elemen penting yang dibawa ke China.Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India.

(17)

Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China terutama falsafah-falsafah Konfusianisme. Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China.Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan perdagangan.

Faktor - faktor

berlakunya

interaksi

antara

tamadun

Tamadun India dengan

Tamadun Melayu perdagangan

perkahwinan pemerintahan atau kedatangan penjajah

Tamadun India dengan Tamadun China perdagangan penyebaran agama Buddha persamaan dalam kesusateraan, kesenian dan muzik

(18)

8. KESAN BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA

DENGAN TAMADUN YANG LAIN

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta adat resam dan hiburan. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).

Antara contoh yang jelas ialah pinjaman daripada Sanskrit iaitu dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat seperti Bhumi menjadi bumi,bheda-beda menjadi beza, bhasa menjadi bahasa dan bhudi menjadi budi. Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit (Ismail, 1985: 111).

Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad Masihi lagi. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144).

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan

(19)

legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi tempat jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat.

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).

Manakala, terdapat juga kesan untuk pertembungan tamadun yang berlaku di antara tamadun India dan tamadun China. Agama Buddha telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India.

China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kiasan yang berkaitan

(20)

dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku.

TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN

MELAYU

bahasa dan kesusteraan

institusi pemerintahan

istiadat Raja - raja Melayu

adat resam

hiburan

TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN

CHINA

penyebaran agama Buddha

muzik dan tarian India

teknologi pembuatan gula

pengenalan kalendar

perkongsian bahasa

KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

TAMADUN INDIA DENGAN

TAMADUN CHINA

TAMADUN INDIA DENGAN

TAMADUN MELAYU

(21)

9. IKTIBAR TAMADUN INDIA

Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini. Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden masa kini. Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai. Menurut pandangan semesta, tamadun India merupakan tamadun yang mempunyai sifat penerimaan.

Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal dengan elemen- elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing membuka ruang dan peluang bagi pembahagian masyarakat. Tetapi masyarakat India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat zaman-zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar.

Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur sambil menentang perubahan-perubahan.Penerimaan unsur-unsur perbezaan dalam aspek agama membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaan yang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap seseorang individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan. Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh disentuh dan didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil, didiskriminasikan dan dieksploitasi.

(22)

Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan ini. Dalam aspek politik terdapat konsep rajadharma atau tugas-tugas yang diwajibkan bagi seorang pemerintah atau kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar cukai mempunyai hak untuk menggantikan pemerintah atau kerajaan yang kejam atau tidak cekap.

Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara satu sama lain penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kita dapat melihat dalam sejarah India iaitu seperti Chandragupta Maurya, Asoka Harsha, Alauddin Hussein Shah, Sultan Zainal Abidin dan Akbar yang selaras dengan konsep rajadharma.Jadi sifat penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi pemikiran orang India sehinggalah mereka menerima idea, pandangan, amalan dan kehidupan yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan. Mengikut pandangan semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik dan berbeza.

la menekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang boleh wujud secara berasingan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda lain. Ada kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada konflik atau pertentangan antara mereka. Jadi perpaduan dilihat dalam bentuk sistem yang seimbang, tetap dan tekun iaitu benda-benda yang menjadi sebahagian susunan atau sebahagian dari perpaduan tidak boleh menunjukkan konflik dan perselisihan antara mereka. Benda-benda yang menunjukkan konflik dan pertentangan tidak boleh wujud bersama.

Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan orang India supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada cengkaman kuasa imperialis. Ini menunjukkan bahawa orang India tidak lagi dapat menerima penjajahan negara mereka oleh kuasa imperialis asing. Dalam kehidupan sosial dan budaya, segala perselisihan, konflik, perbezaan dan ketidaksesuaian tidak lagi diterima tetapi hanya ditoleransikan. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta orang India, biar

(23)

orang Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan antara kaum masyarakat India menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim.

Perbezaan dan konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan ini sehingga tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah yang telah menerima kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak dan kedudukan mereka yang sah dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang untuk kebebasan dan persamaan. Sebahagian besar dari kaum wanita dan kasta rendah yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana tidak ada kuasa untuk melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka. Tradisi Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku).

Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan.Selain itu,kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman Vedik.

Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa aspek). Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi.

la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita harus berbuat baik kepada orang lain. Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri.

(24)

Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri. Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik.

Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju kepada karma. Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.

Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba. Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya.

Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan.

(25)

Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini

bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

Tamadun India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah yang sedaya upaya mereka mencuba untuk tetap mengekalkan perpaduan antara penganut agama Hindu dan agama Islam yang lebih dikenali sebagai orang Muslim.

IKTIBAR TAMADUN INDIA PANDANGAN SEMESTA sifat penerimaan sifat toleransi NILAI - NILAI dharma kepercayaan kepada tuhan karma ahimsa satya perpaduan

(26)

10.

REFLEKSI KENDIRI

NAMA PELAJAR : NURHIDAYAH BT MOHAMED

Melalui kerja kursus tamadun Islam dan tamadun Asia Tenggara ini, saya telah banyak mempelajari beberapa perkara yang boleh dijadikan rujukan dan sebagai penambahan ilmu diri sendiri untuk masa hadapan kelak. Saya dan rakan saya, Nur Shahirah Zafirah telah ditugaskan untuk mengupas lebih lanjut mengenai tamadun India dan melalui kupasan ini, saya lebih memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tamadun India, kehebatan dan kelemahan tamadun ini serta kaitannya dengan negara kita sekarang. Melalui tamadun India, kita dapat membuat perbandingan untuk dua jenis pemerintahan.

Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat keperluan dan kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai pelbagai tamadun yang mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. Melalui dasar yang rasional menurut penganut Hindu, Akbar dapat menarik perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan Muslim untuk diperakui sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya. Manakala pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

Kestabilan politik terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi kebangkitan penentangan dan pemberontakan dalam empayar. Maka itu, perbezaan dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik. Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir 1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza.

(27)

Dari segi demografi, kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang berbeza sama ada menetap di perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan kaum-kaum ini kurang berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan pertemuan dan pertembungan pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima sebagai suatu realiti sosial. Kebolehan pandangan ini untuk menerima elemen-elemen berbeza dan berkonflik dalam satu sistem memberi satu wawasan luas dan kuasa untuk berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan antara kaum etnik dan interaksi antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab (komitmen), persaudaraan, hormat-menghormati dan persefahaman.

Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan semesta atomistik iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang dari perspektif kritis. Unsur-unsur perselisihan antara komuniti diberi perhatian, dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan sosioekonomi menjadi isu-isu dalam perubahan. Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta atomistik, memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya memahami keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Seharusnya iktibar daripada tamadun terdahulu diambil dengan beberapa langkah untuk memberi hak yang sepatutnya kepada setiap kaum dipertimbangkan dan dibincangkan bersama agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

(28)

NAMA PELAJAR : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini secara berpasangan dengan rakan seperjuangan iaitu, Nurhidayah Binti Mohamed dengan jayanya walaupun terdapat beberapa cabaran dan halangan yang terpaksa saya hadapi dalam proses menyiapkan tugasan ini. Contohnya, kekangan dari segi masa, kerana kesibukan dengan aktiviti seperti kem bina insan guru, tugasan yang terlalu banyak perlu dihantar pada tarikh yang sama dan rakan saya pula merupakan ahli jawatan kuasa perwakilan pelajar (JPP) serta kekangan sumber informasi dan kesihatan fizikal. Alhamdulillah, dapat juga saya hadapi kekangan-kekangan ini dengan sabar dan tabah. Selain itu, kekangan dari segi pemahaman dalam menyiapkan tugasan ini dapat saya atasi berkat tunjuk ajar pensyarah bimbingan saya, Encik Saffery Bin Ariffin serta rakan-rakan sekelas saya.

Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya dan ahli kumpulan setelah mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Pengorbanan saya dalam semua aspek ini banyak mematangkan saya dan mengajar saya banyak perkara seperti lebih bijak dalam menghadapi situasi seperti ini pada masa akan datang dan menggunakan daya pemikiran pada tahap yang paling tinggi semasa membuat sesuatu.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat membina silaturahim yang lebih baik antara rakan-rakan dan pensyarah yang banyak membantu. Kerja kursus ini juga membantu saya memahami pendapat dan pandangan orang lain serta menjadikan diri saya seorang yang bertoleransi dan berfikiran terbuka. Dalam tugasan ini , saya perlu menjadi lebih bertimbang rasa antara ahli kumpulan dan saya beranggapan bahawa kami dalam satu kumpulan perlu bertanya pendapat ahli kumpulan yang lain sebelum membuat sesuatu keputusan muktamad.

Akhir kata, tugasan ini amat membantu saya dalam pelbagai aspek. Hal ini kerana saya bukan sahaja menyiapkan tugasan yang diberikan, malah saya dapat menimba pelbagai pengetahuan serta menambah pengalaman yang telah sedia ada dalam diri kami untuk dikongsi bersama dengan yang lain.

(29)

11.

BORANG KOLABORASI

NAMA PELAJAR : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BT ZAINUN 930228-06-5478

NURHIDAYAH BINTI MUHAMED 930620-03-5046

KUMPULAN : PISMP TESL 4 SEMESTER : 1

MATA PELAJARAN : PENSYARAH PEMBIMBING:

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDA TANGAN PENSYARAH TANDA TANGAN PELAJAR

(30)
(31)

Referensi

Dokumen terkait

Bakteri endofit masuk ke dalam tumbuhan melalui jaringan yang luka disebabkan oleh mikroba parasit atau stomata (jaringan yang terbuka), dan dapat juga masuk karena bakteri

Tompi yang yang melibatkan beberapa banyak pihak dalam pembuatannya, pengambilan gambar, pengisi suara, backsound dan lainnya meliputi seluruh isi cerita yang terdapat

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat

Partai Golkar yang berada diperingkat kedua memiliki elektabilitas yang cukup tinggi yaitu sebesar 15,5 % namun cenderung statis atau tidak berubah dikarenakan partai

Sedangkan, hasil penelitian yang telah dilakukan di MTs Al-Mudzakkirin Sadasari berdasarkan hasil analisis statistik yang diperoleh dari kelas eksperimen yaitu kelonpok yang

• Perencanaan Sumber Daya Manusia adalah perencanaan strategis untuk mendapatkan dan memelihara kualifikasi sumber daya manusia yang diperlukan bagi organisasi perusahaan

Untuk dapat menuliskan hasil transliterasi aplikasi mobile “Artos” oleh Mdrawbot mScara, diperlukan perantara sebuah server dan aplikasi mDraw, dimana server ini akan

Pada kegiatan pra siklus ini peneliti melaku- kan kegiatan pembelajaran dengan menggunakan rencana pe-laksanaan pembelajaran yang telah dirancang yaitu dengan