• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL RCB PRODUCT HOLDING REWARD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL RCB PRODUCT HOLDING REWARD"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

[1]

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL RCB PRODUCT HOLDING REWARD

RCB Product Holding Reward (“Program Ganjaran”) ini dianjurkan bersama-sama oleh Public Bank Berhad (No. Pendaftaran 196501000672 (6463-H)) (“PBB”) dan Public Islamic Bank Berhad (197301001433 (14328-V)) (“PIBB”) (secara kolektif dikenali sebagai “Bank”). Terma dan syarat yang berikut akan mengawal Program Ganjaran ini.

1. Tempoh Program

1.1 Program Ganjaran ini akan berlangsung dari 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut, atau tarikh lain seperti yang ditentukan oleh Bank (“Tempoh Program”)).

2. Kelayakan

2.1 Program Ganjaran ini terbuka kepada semua pelanggan Red Carpet Banking (“RCB”) yang mesti mengekalkan amaun deposit minimum sebanyak RM300,000 dalam kombinasi sama ada Deposit Tetap Mata Wang Asing (bersamaan dengan Ringgit Malaysia), Akaun Semasa /Akaun Semasa-i Mata Wang Asing (bersamaan dengan Ringgit Malaysia), Akaun Semasa /Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan / Akaun Simpanan-i atau Deposit Tetap / e- Deposit Tetap / Deposit Bertempoh-i / e-Deposit Bertempoh-i dengan Bank (“Peserta yang Layak”).

2.2 Program Ganjaran ini boleh didapati di semua cawangan PBB / PIBB termasuk Pusat RCB di Malaysia.

2.3 Seorang Pelanggan RCB baharu dikehendaki mendaftar untuk Keahlian RCB sebelum layak untuk dipertimbangkan bagi Program Ganjaran ini. Kelayakan bagi Keahlian RCB pelanggan baharu ini tertakluk pada pelanggan baharu itu memenuhi kriteria kelayakan keahlian RCB yang ditetapkan di bawah “Terma dan Syarat yang Mengawal Keahlian RCB”.

2.4 Untuk akaun bersama atau akaun bagi pihak atas nama ibu atau bapa / penjaga yang sah, hanya nama yang pertama tercatat sebagai pemegang akaun dalam rekod PBB / PIBB akan dianggap sebagai Peserta yang Layak.

(2)

[2]

2.5 Mereka yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam Program Ganjaran ini:

a) kakitangan tetap dan/atau kontrak PBB, PIBB dan Public Investment Bank Berhad (“PIVB”);

b) pelanggan bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan;

c) orang yang tidak waras;

d) orang yang telah diisytiharkan bankrap atau mempunyai prosiding guaman dalam apa jua bentuk terhadap mereka; dan

e) orang yang akaunnya dengan PBB/PIBB culas atau tidak disenggara dengan memuaskan seperti yang ditetapkan oleh PBB dan/atau PIBB.

3. Ciri-ciri Program

3.1 Peserta yang Layak akan secara automatik layak untuk ganjaran tunai yang berikut apabila Peserta yang Layak menambah pegangan produknya dengan mendapatkan mana-mana Produk yang Layak yang tersenarai di bawah semasa Tempoh Program Ganjaran:

No. Produk yang Layak Keperluan Minimum

Ganjaran Tunai

(RM) (1)  Pinjaman Perumahan

(Konvensional)

 Pembiayaan-i Perumahan (Islam)

Amaun minimum yang diluluskan dan diterima sebanyak RM500,000 bagi setiap Pinjaman Perumahan atau Pembiayaan-i

Perumahan.

288

(2) Dana Unit Amanah Ekuiti / Berimbang / Aset Bercampur Siri PB (UA)

Amaun Pelaburan Minimum sebanyak RM50,000 bagi setiap urus niaga Pelaburan UA.

188

(3)

[3]

No. Produk yang Layak Keperluan Minimum

Ganjaran Tunai

(RM) (3)  Sewa Beli

(Konvensional)

 Sewa Beli-i AITAB (Islam)

Amaun minimum yang diluluskan dan diterima sebanyak RM100,000 bagi setiap Sewa Beli atau Sewa Beli-i AITAB.

188

(4) Akaun Deposit*:

 Akaun Semasa – Akaun Premier ACE

 Akaun Simpanan –

Semua Akaun Simpanan PBB kecuali Akaun Simpanan WISE

Pembukaan Akaun Premier ACE / Akaun Simpanan dengan Baki Purata Harian (DAB)# minimum sebanyak RM50,000.

88

(5) Bankasurans (Konvensional):

 empower 2

 PB WealthElite Xtra

 PB Max Advantage

 PB Elite Signature

 PB Smart Link

 PB Smart Elite Bankatakaful (Islam):

 PB ExcelLink-i

Polisi yang akan dikuatkuasakan:

1) Premium Baharu Tahunan sebanyak RM5,000;

atau

2) Premium / Caruman Tunggal sebanyak RM8,000

68

* Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

# DAB ditakrifkan sebagai baki akhir hari teragregat dari tarikh pembukaan akaun hingga 30 Jun 2022 dibahagikan dengan jumlah bilangan hari dari tarikh akaun dibuka hingga 30 Jun 2022.

(4)

[4]

3.2 Terma Khusus bagi Pinjaman Perumahan / Pembiayaan-i Perumahan a) Pinjaman Perumahan / Pembiayaan-i Perumahan termasuk pinjaman perumahan

/ pembiayaan-i perumahan baharu dan pembiayaan semula pinjaman perumahan / pembiayaan-i perumahan, yang dikeluarkan mulai 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022 layak untuk mengambil bahagian dalam Program Ganjaran ini.

b) Pengembalian semula pinjaman perumahan / pembiayaan-i perumahan sedia ada TIDAK layak untuk Program Ganjaran ini.

3.3 Terma Khusus bagi UA

a) Amaun pelaburan minimum sebanyak RM50,000 mestilah dalam urus niaga tunggal. Tiada kombinasi atau jenis dana berbeza terkumpul dibenarkan.

b) Pelaburan UA yang berikut TIDAK dianggap sebagai Produk yang Layak dalam Program Ganjaran ini:

 Semua jenis urus niaga tukar ganti;

 Dana Unit Amanah Ekuiti/Berimbang/Aset Bercampur e-Siri Public;

 Pelaburan yang dibuat menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”);

 Pelaburan yang dibuat melalui platform dalam talian iaitu Public Mutual Online;

 Pelaburan yang dibuat melalui kempen berkaitan UA yang lain yang ditawarkan serentak oleh PBB dan/atau PIBB;

 Pelaburan dalam Skim Persaraan Swasta (“PRS”).

c) Amaun pelaburan kumulatif untuk dana yang berlainan atau hari yang berlainan dalam Tempoh Program adalah TIDAK dibenarkan.

d) Semua pelaburan UA mesti dibuat semasa Tempoh Program dan mesti diproses oleh Public Mutual Berhad (PMB) tidak lebih dari 30 Jun 2022 untuk layak mendapat ganjaran tunai.

e) Jika UA dibatalkan semasa “tempoh percubaan” berkenaan, Peserta yang Layak tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Program Ganjaran ini dan tidak layak untuk Ganjaran Tunai.

f) “Tempoh percubaan” merujuk tempoh enam (6) hari perniagaan bermula dari tarikh penerimaan borang permohonan dan pembayaran kepada PMB. Tempoh percubaan ini hanya diterima pakai kepada Peserta yang Layak yang melabur dalam dana unit amanah dengan PMB untuk pertama kali.

g) Pelaburan UA ini juga tertakluk pada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh PMB.

(5)

[5]

3.4 Terma Khusus bagi Sewa Beli / Sewa Beli-i AITAB

a) Hanya Sewa Beli / Sewa Beli-i AITAB baharu yang dikeluarkan dalam tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022 layak untuk Program Ganjaran ini.

3.5 Terma Khusus bagi Akaun Deposit

a) Hanya Akaun Premier ACE baharu yang dibuka semasa Tempoh Program dianggap sebagai Produk yang Layak, dengan syarat sebelum Tempoh Program Peserta yang Layak tidak mempunyai akaun berkenaan dengan itu, Peserta yang Layak layak untuk satu (1) ganjaran tunai dalam kategori ini.

b) Hanya Akaun Simpanan PBB baharu yang dibuka semasa Tempoh Program dianggap sebagai Produk yang Layak dengan syarat sebelum Tempoh Program, Peserta yang Layak tidak mempunyai apa-apa akaun berkenaan dengan itu, Peserta yang Layak layak untuk satu (1) ganjaran tunai dalam kategori ini.

c) Semua akaun deposit daripada PIBB TIDAK layak untuk Program Ganjaran ini dan tidak layak untuk ganjaran tunai.

3.6 Terma Khusus bagi Bankasurans / Bankatakaful

a) Peserta yang Layak mestilah Pemilik Polisi / Sijil. Peserta yang Layak boleh membeli / mencarum pelbagai polisi bagi setiap produk Bankasurans / Bankatakaful yang layak, tetapi dengan syarat sebelum Tempoh Program, Peserta yang Layak tidak mengekalkan produk Bankasurans / Bankatakaful layak yang sama, dengan itu Peserta yang Layak layak untuk satu (1) ganjaran tunai bagi setiap produk Bankasurans / Bankatakaful yang layak yang disenaraikan di bawah.

b) Produk Bankasurans / Bankatakaful yang layak bagi Program Ganjaran ini adalah seperti yang berikut:

 empower 2

 PB WealthElite Xtra

 PB Max Advantage

 PB Elite Signature

 PB Smart Link

 PB Smart Elite

 PB ExcelLink-i

c) Produk tele-pemasaran, produk Insurans Hayat / Takaful Berkaitan Kredit, Pelan Perlindungan Mikro 1 Malaysia dan semua pelan kumpulan TIDAK layak untuk Program Ganjaran ini.

d) Semua kes Bankasurans / Bankatakaful mesti diterima semasa Tempoh Program yang berkenaan dan akan dikuatkuasakan tidak lebih dari 30 Jun 2022.

(6)

[6]

e) Kes yang ditetapkan semasa Tempoh Program tetapi dibatalkan semasa tempoh percubaan, diserah balik, digantikan polisinya TIDAK layak untuk dipertimbangkan untuk Program Ganjaran ini dan tidak layak untuk mendapat ganjaran tunai.

f) “Tempoh percubaan” merujuk tempoh lima belas (15) hari bermula dari tarikh penerimaan dokumen atau sijil polisi, mengikut keadaan, berkaitan dengan produk bankasurans / bankatakaful, sama ada dalam bentuk salinan keras atau e-Polisi / e-sijil oleh Peserta yang Layak.

g) Pembelian / caruman bankasurans / bankatakaful tertakluk pada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh AIA Berhad atau AIA PUBLIC Takaful Berhad, mengikut keadaan.

3.7 Terma Lain

a) Program Ganjaran ini TIDAK sah untuk promosi produk dan/atau kempen lain yang kini ditawarkan oleh PBB dan/atau PIBB.

b) Ganjaran tunai akan dikreditkan dalam Akaun Semasa / Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan / Akaun Simpanan-i (CASA/CASA-i) Peserta yang Layak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas akhir Tempoh Program.

c) Ganjaran tunai ini tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga, tidak boleh dirundingi dan tidak boleh ditukar ganti dengan tunai, kredit atau barang terlebih dahulu, sebahagiannya atau sepenuhnya.

d) Sekiranya CASA/CASA-i ini ditutup, ditukar, digantung, dibatalkan atau dihentikan semasa Tempoh Program sebelum pengkreditan ganjaran tunai, Peserta yang Layak tidak layak untuk mendapat ganjaran tunai.

4. Terma dan Syarat Am

4.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program Ganjaran ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak, terma dan syarat yang mengawal Keahlian RCB dan terma dan syarat yang mengawal CASA/CASA-i (termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan/atau semakan semula terma dan syarat berkenaan).

Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak, terma dan syarat yang mengawal Keahlian RCB dan terma dan syarat yang mengawal CASA/CASA-i, terma dan syarat ini akan diterima pakai bagi tujuan Program Ganjaran ini.

4.2 Peserta yang Layak mengakui dan bersetuju bahawa rekod urus niaga yang disenggara oleh PBB dan PIBB dan keputusan PBB dan PIBB berkaitan dengan Program Ganjaran ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas mereka. PBB dan PIBB tidak akan melayani apa-apa rayuan atau surat- menyurat daripada mana-mana Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga.

4.3 Peserta yang Layak bersetuju dan memberi keizinan kepada PBB dan PIBB untuk memproses, menggunakan dan menyimpan semua maklumatnya berkenaan dengan Produk yang Layak, CASA dan CASA-i bagi tujuan Program Ganjaran ini.

(7)

[7]

4.4 PBB dan PIBB tidak akan dipertanggungjawabkan mahupun bertanggungjawab bagi apa-apa bentuk dan apa sekali pun yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Program Ganjaran ini kecuali disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh PBB atau PIBB secara khusus berkaitan dengan Program Ganjaran ini.

4.5 PBB dan PIBB tidak akan dipertanggungjawabkan bagi apa-apa salah tafsiran atau salah gambaran fakta oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkaitan dengan Program Ganjaran ini yang disiarkan dalam media massa, bahan pemasaran dan pengiklanan.

4.6 Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, PBB dan PIBB secara nyata mengecualikan dan menolak apa-apa representasi, waranti atau pengesahan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa pengehadan kepada apa-apa yang diterbitkan dalam media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa waranti, kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sesuatu tujuan berkaitan dengan Program Ganjaran ini.

4.7 Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara terma dan syarat ini dengan apa- apa bahan pengiklanan, kempen, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Program Ganjaran ini, terma dan syarat ini akan diterima pakai.

4.8 PBB dan PIBB berhak:

a) untuk menambah, memotong atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui laman web PBB / PIBB, meletakkan notis di cawangan PBB / PIBB, atau apa-apa cara lain seperti yang akan ditentukan oleh PBB / PIBB dari semasa ke semasa.

b) untuk membatalkan, menarik balik, menggantung atau menamatkan Program Ganjaran ini sebelum Program Ganjaran ini tamat, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui laman web PBB / PIBB, meletakkan notis di cawangan PBB / PIBB, atau apa- apa cara lain seperti yang akan ditentukan oleh PBB / PIBB dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pembatalan, penarikan balik, penggantungan atau pembatalan tidak akan melayakkan Peserta yang Layak untuk apa-apa tuntutan atau ganti rugi terhadap PBB / PIBB bagi mana-mana atau semua kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang Layak.

(8)

[8]

4.9 Terma dan syarat ini akan dikawal dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia.

4.10 Peserta yang Layak boleh membaca Notis Kerahsiaan PBB atau PIBB yang menyatakan bagaimana PBB atau PIBB menggunakan maklumatnya melalui www.pbebank.com atau www.publicislamicbank.com atau mana-mana cawangan PBB atau PIBB.

*********************************************************************

Halaman Selebihnya Pada Muka Surat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong

*********************************************************************

Referensi

Dokumen terkait

7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Akaun

a) Menambah, memotong atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis awal selama dua puluh satu (21)

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

11.1 Jika Pedagang gagal memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang diminta atau dokumen yang diperlukan secara munasabah oleh Bank dalam tujuh (7) Hari Perniagaan dari

(g) Jika anda memberi kami data peribadi pihak ketiga termasuklah sesiapa yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memberi izin, anda mengesahkan bahawa anda

Adapun tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui apakah hasil belajar kognitif siswa dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif tipe course review