• Tidak ada hasil yang ditemukan

20 LANGKAH MENGATASI STRESS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "20 LANGKAH MENGATASI STRESS"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Rekabentuk ebook mesra cetakan saiz A4 oleh

soulof99

1

(2)

KATA ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih di atas kesudian anda memuat turun ebook ‘20 LANGKAH MENGATASI STRESS’. Ebook ini diterbitkan untuk memberi sedikit panduan untuk mereka yang sering mengalami stress, terutama mereka yang menghadapi tekanan kerja.

Sekiranya anda mempunyai komen, kutukan atau apa saja mengenai ebook ini, sila lontarkan pandangan anda itu di sini -http://soulof99.wordpress.com/

PEMBERITAHUAN

Ebook ini diterbitkan secara percuma. Anda boleh mengedarkan ebook ini secara bebas jika dirasakan isi kandungan ebook ini berguna dan lupuskan jika dirasakan tidak memberi sebarang manfaat. Bagaimanapun anda tidak dibenarkan mengambil mana - mana bahagian dari ebook ini tanpa izin bertulis dari penerbit.

PENAFIAN

Langkah – langkah yang dinyatakan di sini kemungkinan hanya sesuai untuk sesetengah pihak dan mungkin tidak bagi pihak yang lain. Penerbit tidak bertanggung jawab jika anda mengalami kerugian fizikal dan mental.

Ebook ini bukanlah naskah asal. Ia merupakan hasil terjemahan secara bebas dan diolah mengikut kesesuaian masyarakat setempat dan pengalaman peribadi. Sumber asal naskah ini tidak dapat dikesan.

2

(3)

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

MUKA HADAPAN 1

KATA ALUAN 2

PEMBERITAHUAN 2

PENAFIAN 2

ISI KANDUNGAN 3

DEFINISI STRESS 4

KEPENTINGAN MENANGANI STRESS 4

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS 4

Langkah #1 4

Langkah #2 4

Langkah #3 5

Langkah #4 5

Langkah #5 5

Langkah #6 6

Langkah #7 6

Langkah #8 7

Langkah #9 7

Langkah #10 7

Langkah #11 8

Langkah #12 8

Langkah #13 8

Langkah #14 9

Langkah #15 9

Langkah #16 9

Langkah #17 10

Langkah #18 10

Langkah #19 11

Langkah #20 11

PENUTUP 12

3

(4)

DEFINISI STRESS

Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu.

KEPENTINGAN MENANGANI STRESS

Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu terlibat

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah #1 – Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda - Cari masalah dalam diri satu persatu.

- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

Langkah #2 – Letakkan Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan

- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.

- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

4

(5)

Langkah #3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.

- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.

- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah

Langkah #4 – Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.

- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.

- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah #5 – Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.

- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.

- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

5

(6)

Langkah #6 - Bersenam Atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh

- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.

- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan

Langkah #7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan

airmata

- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh

- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana

mengikut kreativiti anda.

6

(7)

Langkah #8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari

- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda

- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah #9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.

- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.

- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu

Langkah #10 – Meditasi Atau Bertafakur.

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.

- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat

pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.

- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.7

(8)

Langkah #11 – Tahu Had Kemampuan.

- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.

- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.

- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah #12 – Berusaha Dan Berserah.

- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.

- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.

- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah #13 – Bersantai

- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.

- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan

- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.8

(9)

Langkah #14 – Ambil Mudah.

- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.

- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.

- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah #15 – Mengadu Kepada Kaunselor.

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.

- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.

- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah #16 – Berurut.

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.

- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.

- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stresss. 9

(10)

Langkah #17 – Refleksologi Atau Akupuntur.

- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.

- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.

- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah #18 – Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.

- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh

melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.

- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

10

(11)

Langkah #19 – Terima Keadaan Seadanya.

- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.

- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.

- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.11

Langkah #20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.

- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.

- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

12

(12)

PENUTUP

Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir kata “Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress”

13

Referensi

Dokumen terkait

Kontruksi alat pencacah dan pemarut sagu yang telah dibuat mengacu pada desain gambar rancangan yang terdiri dari beberapa komponen meliputi rangka utama,

Ketiga , hasil perubahan yang terjadi pada perilaku siswa setelah dilakukan tindakan pe- ngembangan kultur madrasah adalah aktualisasi nilai religiusitas dan humanis

Front Office night report : Laporan rangkuman seluruh transaksi kamar, total tamu yang menginap, total kamar terjual, total tamu checkin, total tamu checkout dan informasi

Saya memohon Bhagava memperlihatkan kepada kami tanda yang ada di kaki, yang berupa roda dengan seribu jari-jari." Ketika Buddha memperlihatkan roda itu kepada mereka, mereka

Torin BIG RED Aluminum Jack.. Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan Solidworks Simulasi untuk melakukan analisis stres pada jack lantai aluminium dibangun. oleh Torin. Kami

Algoritma hibridisasi GA dan fuzzy sets yang dibuat untuk memproduksi paket soal terdiri dari lima proses utama, yaitu: pengkodean kromosom, pem- buatan populasi awal dengan

Dalam hal inilah tantangan guru PKn menghadapi kurikulum 2013 yang arahnya tidak hanya memberi pengetahuan tetapi juga mengajar cara berpikir?. Pendidikan Pancasila dan

Terdapat Ironi yang digunakan dalam teks pada meme yang telah diteliti, dimana ironi adalah bagian dari teknik bahasa dalam penciptaan