1
2
PENGENALANSepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bermula Mac 2020, MFL telah mengeluarkan SOP seperti berikut bagi panduan serta kelangsungan perjalanan Liga Malaysia 2020. Liga Malaysia 2020 telah dijalankan secara separuh pusingan dan Piala Malaysia yang telah memasuki pusingan Suku Akhir telah dibatalkan akibat PKP dilaksanakan semula. Pasukan- pasukan yang menyertai Liga Malaysia 2020 telah memberi komitmen serta kerjasama yang amat baik dalam mematuhi SOP yang telah dikeluarkan. SOP tersebut adalah seperti berikut:
a. Garis Panduan Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan Fasa I, Latihan Tanpa Sentuhan Fizikal (15 Jun 2020)
b. Garis Panduan Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan Fasa II, Latihan Kontak (Contact Training) (15 Julai 2020)
c. Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Persahabatan (2 Ogos 2020)
d. Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia Tanpa Penonton (20 Ogos 2020)
e. Penyambungan semula Liga Malaysia 2020 (28 Ogos 2020)
f. Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan (Latihan Berkontak) Dan Hari Perlawanan Liga Malaysia 2021 (11 Februari 2021)
g. Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlawanan Liga Malaysia 2021 (2 Mac 2021)
h. Prosedur Operasi Standard (SOP) Latihan Pasukan Secara Camp-Based Dan Perlawanan Persahabatan Liga Malaysia 2021 Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 (19 Mei 2021)
i. Prosedur Operasi Standard (SOP) Kebenaran Kemasukan Penonton Ke Stadium Bagi Perlawanan TM Piala Malaysia 2021 (15 Oktober 2021)
j. SOP Perlawanan TM Piala Malaysia 2021 (15 Oktober 2021)
3
BAHAGIAN 1: UJIAN SARINGAN & VAKSINASI LENGKAPi. Pegawai dan pemain hendaklah membuat Ujian RTK-Antigen sebelum perlawanan TM Piala Malaysia Minggu 3 (PM3). Keputusan ujian hendaklah diserahkan kepada MFL. Bagi perlawanan-perlawanan seterusnya pegawai dan pemain hanya perlu membuat ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-test kit) yang disahkan oleh KKM.
ii. Walau bagaimanapun, kelab hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri yang menetapkan sama ada Ujian Saringan rt-PCR atau Rtk-Antigen sebagai syarat kemasukan ke negeri tersebut.
iii. Ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Test Kit) bagi petugas stadium hendaklah dibuat pada setiap perlawanan. Individu yang didapati positif tidak dibenarkan menyertai perlawanan.
iv. Hanya tetamu jemputan, petugas dan penonton yang telah lengkap vaksinasi sahaja di benar untuk hadir untuk menyaksikan perlawanan dan bertugas.
MAKNA VAKSINASI LENGKAP
JENIS VAKSIN JUMLAH SUNTIKAN TEMPOH LENGKAP Pfizer, AstraZeneca
dan Sinovac 2 14
Hari Selepas Suntikan Kedua CanSino dan
Johnson & Johnson 1 28
Hari Selepas Suntikan
(Perlu mengemukakan kad/sijil fizikal)
v. Pasukan Tuan Rumah (PTR) bertanggungjawab memastikan petugas-petugas telah lengkap
vaksinasi dan menjalankan Ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 sebelum perlawanan.
vi. Pegawai perlawanan wajib membuat Ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID- 19 sebelum perlawanan dan membuat tuntutan dengan mengemukakan resit pembelian kit kepada MFL melalui borang baucar bayaran Liga Malaysia Pegawai Perlawanan lantikan FAM dan MFL. Harga maksimum bagi setiap kit yang layak dituntut adalah tidak melebihi RM20.00. Ujian hendaklah dilakukan di hadapan Komisioner Perlawanan dan disaksikan oleh Koordinator Perlawanan. Komisioner Perlawanan hendaklah memastikan pegawai perlawanan yang bebas gejala dan wabak sahaja di benar menjalankan tugas.
vii. Hanya pegawai, pemain dan petugas yang bebas wabak dan negatif sahaja di benar menyertai perlawanan.
viii. Doktor pasukan hendaklah mengeluarkan surat pengesahan kepada MFL yang menyatakan pegawai dan pemain yang didaftarkan bebas dari gejala COVID-19 dan layak untuk bermain bola sepak.
SYARAT KEMASUKAN KE STADIUM
TETAMU VVIP/VIP PENONTON PETUGAS PEGAWAI & PEMAIN UJIAN SARINGAN
(TESTKIT)
X X √ √
VAKSINASI LENGKAP √ √ √ √
4 ix. Semua pihak bertanggungjawab mengamalkan Protokol Am Kendiri dalam menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat tindakan kesihatan awam kendiri diperkukuhkan dengan pelaksanaan TRIIS.
BAHAGIAN 2: VENUE PERLAWANAN/STADIUM
i. Jumlah kemasukan penonton ke venue perlawanan/stadium adalah berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang dimaklumkan oleh Kerajaan.
PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
FASA 2 FASA 3 FASA 4
20% 30% 50%
ATAU 5,000
(yang mana lebih rendah)
10,000
(yang mana lebih rendah)
20,000
(yang mana lebih rendah)
5
* Jumlah kemasukan penonton berdasarkan kapasiti termasuk kepada Fasa PPN terkini negeri ii. Walau bagaimanapun, MFL memberi kebebasan kepada Kelab untuk mengehadkan atau
mengurangkan jumlah kemasukan penonton berdasarkan kemampuan logistik Kelab pada hari perlawanan.
iii. Kontak rapat pesakit positif, Person Under Surveillance (PUS) atau Person Under Investigation (PUI) dan individu yang mempunyai gejala (seperti selesema, batuk, sakit tekak, demam, sakit kepala dan suhu badan melebihi 37.5 darjah celsius) adalah DILARANG masuk ke stadium atau berada di perkarangan stadium.
iv. Kaunter saringan hendaklah dibuka di pintu masuk di luar venue perlawanan dan menyediakan peranti pengesan suhu badan serta petugas yang mencukupi bagi menampung ketibaan pasukan PTR, Pasukan Pelawat (PL), Pegawai Perlawanan, Petugas venue, Tetamu VVIP dan VIP bagi mengelakkan kesesakan. PTR juga hendaklah menyediakan tempat duduk yang mencukupi di ruang menunggu.
v. Menyediakan sanitizer dan sabun di tempat yang difikirkan perlu (pintu masuk, tandas, tempat duduk pemain). Semua individu Wajib membersihkan tangan menggunakan sanitizer sebelum masuk dan selepas meninggalkan venue.
vi. Pegawai penyelaras hendaklah memastikan laluan keluar masuk venue dikawal dan lancar serta tidak berlaku kesesakan.
vii. Mana-mana individu yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5°, tidak dibenarkan masuk.
6 viii. Individu yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berada di venue, kecuali mendapat
kebenaran MFL.
ix. Venue, peralatan sukan dan kemudahan mesti menjalani proses disinfeksi atau sanitasi sebelum dan selepas digunakan. Hendaklah mengemukakan bukti bergambar kepada MFL.
Tumpuan kawasan sanitasi dan disinfeksi kepada kawasan seperti bilik persalinan, tandas, bangku simpanan, bangku pegawai perlawanan, tempat duduk tetamu, bilik Komisioner Perlawanan, bilik siar raya, bilik pengulas dan kawasan-kawasan yang difikirkan perlu.
Pegawai penyelaras pasukan hendaklah memastikan dan berada di venue ketika proses sanitasi dan disinfeksi dijalankan.
x. Pegawai, pemain dan petugas hendaklah Pastikan mendaftar imbasan QR code di aplikasi MySejahtera dan menunjukan Sijil Lengkap Vaksinasi yang dipaparkan melalui telefon bimbit masing-masing sebelum memasuki venue.
xi. Pastikan mencatat rekod keluar dan masuk dan suhu badan pegawai dan pemain di dalam buku rekod yang disediakan.
xii. Pintu keluar hendaklah dibuka secukupnya bagi mengelakan kesesakan.
xiii. Sekiranya menggunakan 1 pintu masuk hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter setiap masa serta membuat kawalan dan penjadualan ketika masuk dan keluar.
xiv. Tandas awam mestilah dikawal dan dihadkan penggunaannya dan hendaklah ditutup semasa separuh masa dan masa tmbahan (perlawanan suku akhir dan separuh akhir).
xv. Meninggalkan venue dengan segera dan secara teratur setelah tamat perlawanan.
xvi. PTR hendaklah menyediakan pelitup muka, hand sanitizer dan sarung tangan pakai buang di bilik Persalinan, Bilik Pegawai Perlawanan dan terowong laluan pemain.
xvii. Bahagian stadium yang boleh dilihat dari luar hendaklah ditutup bagi mengelakkan penonton
berkumpul menyaksikan perlawanan.
7
BAHAGIAN 3: PEGAWAI DAN PEMAINi. Pegawai dan pemain hendaklah memastikan sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri.
ii. Mendaftar imbasan QR code di aplikasi MySejahtera serta memaparkan Sijil Lengkap Vaksinasi kepada petugas stadium sebelum memasuki stadium.
iii. Memakai pelitup muka ketika tiba dan pulang dari venue perlawanan.
iv. Pelitup muka hanya boleh ditanggalkan apabila sesi memanaskan badan dimulakan.
v. Hanya pegawai pasukan (8 orang) sahaja dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan dengan mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka. Doktor Pasukan dan Fisioterapis hendaklah memakai sarung tangan apabila membuat rawatan. Hanya Ketua Jurulatih sahaja tidak diwajibkan memakai pelitup muka.
vi. Pemain simpanan (9 orang) akan ditempatkan di tempat duduk penonton. PTR hendaklah menanda tempat-tempat duduk tersebut dengan memastikan mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka serta menempatkan pasukan keselamatan yang mencukupi di kawasan tersebut
vii. Pegawai pasukan hendaklah memakai pelitup muka sepanjang berada di bangku simpanan.
Doktor Pasukan dan Fisioterapis hendaklah memakai sarung tangan apabila membuat rawatan.
Hanya Ketua Jurulatih sahaja tidak diwajibkan memakai pelitup muka.
viii. Pegawai dan pemain pasukan yang tidak disenaraikan di dalam team list dibenarkan untuk memasuki stadium. Walau bagaimanapun, pegawai dan pemain tersebut hendaklah berdaftar dengan pasukan seperti di dalam selection list, telah menjalani ujian calitan RTK-Anitgen dan diluluskan oleh MFL. Kedudukan pegawai dan pemain tersebut adalah tempat duduk khas di bahagian pentas utama dan tidak bercampur dengan penonton serta mengekalkan penjarakkan fizikal 1 meter.
ix. PTR hendaklah memastikan pegawai dan pemain boleh meilhat keseluruhan padang permainan
dari tempat duduk.
8 x. Pegawai dan pemain yang menaiki kenderaan pasukan (bas / van) ke venue latihan, hendaklah sentiasa memastikan kebersihan kendiri, memakai pelitup muka dan kenderaan tersebut hendaklah dibersihkan dan disanitasi. Pemandu kenderaan tersebut juga hendaklah bebas dari sebarang gejala.
BAHAGIAN 4: PETUGAS PERLAWANAN/STADIUM
i. Hanya petugas yang telah lengkap vaksinasi sahaja dibenar bertugas dan hendaklah membuat ujian saringan. Ini termasuk Petugas sajian (Caterer) dan petugas protokol dan pengiring pasukan.
ii. Petugas-petugas yang bertugas di kawasan FOP dan OA WAJIB membuat ujian saringan menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 sebelum perlawanan.
iii. Petugas digalakkan untuk tiba di stadium lebih awal bagi memudahkan urusan penempatan dan pembahagian tugasan.
iv. Hanya petugas yang negatif dan tidak bergejala sahaja di benar untuk bertugas.
v. Pembawa stretcher dan pemungut bola hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan sarung tangan sepanjang bertugas.
vi. Petugas stadium dikecualikan daripada penguatkuasaan peraturan had umur bawah 18 tahun.
Walau bagaimanapun, petugas-petugas bawah 18 tahun ini hendaklah menjalani ujian
saringan (Self-Test Kit) dan tugasan hanya terhad kepada pemungut bola (ball boy) sahaja.
9
BAHAGIAN 5: SEBELUM PERLAWANANi. Doktor pasukan hendaklah memastikan pegawai dan pemain yang bergejala atau mencatatkan bacaan suhu badan melebihi 37.5°C tidak dibenarkan menyertai pasukan dan hadir ke venue perlawanan.
ii. Mana-mana individu yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala wabak Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak hendaklah terus dibawa segera ke klinik atau hospital berhampiran bagi tujuan pemerikaan.
iii. Pegawai Penyelaras hendaklah memastikan bacaan suhu badan ke atas pegawai dan pemain kedua-dua pasukan dibuat di tempat penginapan pasukan sebelum pasukan berlepas ke venue perlawanan. Saringan kedua akan dibuat di pintu masuk stadium/venue perlawanan.
iv. Tetamu VVIP/VIP dibenarkan untuk hadir dengan berdasarkan kapasiti tempat duduk di kawasan VVIP/VIP. Walau bagaimanapun, Susunan tempat duduk tetamu tersebut hendaklah mematuhi panjarakan fizikal 1 meter. Semua tetamu hendaklah telah lengkap vaksinasi, membuat pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sepanjang berada di dalam stadium/venue perlawanan.
v. Tetamu-tetamu VVIP dan VIP dilarang memasuki bilik persalinan dan kawasan FOP dan OA pada setiap masa.
vi. Pegawai, pemain, petugas stadium, pengamal media, pasukan keselamatan serta mana-mana individu yang masuk ke venue perlawanan wajib memakai pelitup muka apabila tiba di venue perlawanan.
vii. Pemain hanya dibenar menanggalkan pelitup muka sebelum memulakan sesi memanas badan.
viii. Memastikan semua kemudahan di venue perlawanan (fasiliti stadium, tandas, bilik persalinan pasukan, bilik pengadil, bilik tetamu khas, bilik korporat dan bilik – bilik petugas) dipantau dan disanitasi dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri / Institusi Perubatan Swasta yang berdaftar secara berkala bagi mengelakkan risiko penyebaran COVID-19.
BAHAGIAN 6: SEMASA PERLAWANAN
i. Perkongsian sebarang peralatan peribadi seperti botol minuman, tuala muka, tuala mandi atau alatan peribadi adalah tidak digalakkan.
ii. Pengumuman barisan pemain, pertukaran pemain, penjaring gol dan lagu jaringan gol (MFL
Anthem) adalah dikekalkan.iii. Pegawai pasukan dan pemain simpanan hendaklah terlebih dahulu keluar dari terowong dan menuju ke bangku simpanan.
iv. Upacara perarakan masuk sebelum perlawanan adalah berjalan seperti biasa. Kedua-dua
pasukan hendaklah masuk serentak di dahului dengan Pegawai Perlawanan diiringi dengan
MFL Anthem. Pegawai Perlawanan mengadap pentas utama manakala, para pemain kedua-
dua pasukan hendaklah berada di dalam posisi mengadap di antara satu sama lain. Lagu
Negaraku dinyanyikan, seterusnya para pemain hendaklah tunduk hormat sambil tangan
10 kanan berada di dada kiri setelah tiupan wisel oleh Pengadil Perlawanan. Seterusnya para pemain mengambil tempat untuk sesi fotografi.
v. Hanya upacara nyanyian lagu Negaraku dibenarkan sebelum sepak mula.
vi. Tiada sebarang upacara bersalaman sebelum dan selepas perlawanan.
vii. Upacara lentingan syiling (toss coin) hanya melibatkan Pengadil dan Ketua Pasukan kedua-dua pasukan sahaja. Penolong Pengadil dan Pegawai Ke-IV hendaklah menjalankan tugas pemeriksaan padang semasa upacara sedang berjalan.
viii. Tiada upacara semangat pasukan (team scrum).
ix. Pemungut bola dan pembawa stretcher hendaklah memakai sarung tangan dan pelitup muka sepanjang perlawanan.
x.
Drink breaks akan dilaksanakan pada minit ke-30 dan minit ke-75 dengan tidak melebihi 1 minit.Walau bagaimanapun, Pengadil Perlawanan mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan
drink breaks pada masa yang bersesuaian semasa perlawanan.xi. Menggalakkan jersi pemain ditukar pada masa waktu rehat separuh masa.
xii. Pegawai dan pemain di larang dari meludah dan menghembus hingus sepanjang perlawanan.
BAHAGIAN 7: SELEPAS PERLAWANAN
i. Penonton pegawai, pemain, petugas stadium dan pasukan keselamatan hendaklah keluar dari stadium secepat mungkin serta teratur dan memakai pelitup muka semasa keluar dari venue perlawanan.
ii. Bilik-bilik yang telah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi hendaklah ditutup selepas proses tersebut.
iii. Pertukaran jersi di antara pemain pasukan lawan adalah dilarang sama sekali.
iv. Bagi pasukan yang bertandang ke venue tempat lawan adalah digalakkan untuk terus pulang ke
negeri masing-masing selepas tamat perlawanan sekiranya perjalanan tidak mengambil masa
yang lama.
11 v. Semua bilik-bilik, peralatan sukan, bangku simpanan dan tempat duduk yang telah digunakan hendaklah disanitasi dan disinfeksi dan disimpan semula dalam keadaan yang baik di dalam stor.
BAHAGIAN 8: KOMPOSISI PETUGAS YANG DIBENARKAN
i. Komposisi petugas adalah bergantung kepada keperluan dan kapasiti sesebuah stadium. Walau bagaimanapun, hanya petugas yang telah lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan untuk bertugas.
Petugas juga hendaklah menjalankan Ujian Kendiri COVID-19 pada hari perlawanan serta mematuhi SOP seperti memakai peletup muka dan sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sanitizer.
ii. Hanya pemungut bola sahaja dikecualikan daripada had umur bawah 18 tahun.
BAHAGIAN 9: MEDIA
i. Petugas-petugas media WAJIB membuat permohonan bagi membuat liputan SATU (1) HARI SEBELUM perlawanan kepada Pegawai Media PTR.
ii. Hanya 50 orang pengamal media dibenarkan masuk (25 orang wartawan & 25 orang jurufoto/juruvideo) ke venue perlawanan.
iii. Petugas media wajib membuat Ujian kendiri COVID-19 pada hari perlawanan yang dipantau oleh Pegawai Media pasukan serta mengemukakan sijil lengkap vaksinasi untuk kemasukan ke stadium.
iv. Petugas media WAJIB menggunakan Kad Akreditasi Liga Malaysia 2021/2022.
v. Kehadiran petugas media WAJIB direkodkan. (Nama penuh, no telefon, organisasi dan bukti
pemeriksaan sijil lengkap vaksinasi dan keputusan ujian kendiri di MySejahtera).
12 vi. Petugas media yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala wabak
Covid-19 seperti demam, batuk dan sakit tekak tidak dibenarkan masuk ke venue perlawanan.
vii. Petugas media WAJIB memakai pelitup muka sepanjang bertugas.
viii. Pasukan WAJIB mengasingkan pintu masuk dan keluar petugas media dengan pemain serta pegawai kelab.
9.1 SEBELUM PERLAWANAN
i. Petugas media tidak dibenarkan untuk buat rakaman di tempat ketibaan.
ii. Petugas media tidak dibenarkan untuk membuat temu ramah pemain sebelum perlawanan.
iii. Petugas media WAJIB duduk di media tribune dan perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1.5) meter.
iv. Petugas media tidak dibenarkan duduk di dalam bilik media.
v. Jurufoto mesti mengamalkan penjarakan fizikal ketika mengambil gambar pemain masuk ke padang permainan dan juga ketika berada di dalam sebarang kedudukan di sepanjang tempoh permainan.
vi. Pegawai Media PTR hendaklah menandakan tempat bertugas petugas media dengan mengekalkan penjarakan fizikal.
vii. Sesi bergambar berkumpulan (group photo) adalah dibenarkan dan perlu penjarakan fizikal
1meter.
13
9.2 SEMASA PERLAWANANi. Jurufoto dan juruvideo dibenarkan untuk berada di sepanjang garisan belakang papan iklan (kecuali belakang gol) untuk merakam perlawanan.
ii. Jarak fizikal jurufoto/juruvideo antara satu sama yang lain sekurang-kurangnya mestilah satu 1 meter.
iii. Bagi juruvideo yang membuat rakaman dari pentas utama juga harus mengamalkan penjarakan fizikal satu 1 meter.
iv. Jurufoto/Juruvideo yang bertukar tempat semasa separuh masa perlulah menunggu sehingga pemain dan pegawai perlawanan selesai masuk ke bilik persalinan dan perlu menjaga jarak fizikal yang disarankan.
v. Pegawai Media PTR hendaklah memantau pematuhan SOP dan penjarakan fizikal petugas media sepanjang perlawanan.
9.3 SELEPAS PERLAWANAN
i. Bilik sidang media perlu dihadkan jumlahnya kepada petugas media mengikut keluasan bilik serta mengamalkan penjarakan fizikal.
ii. Jarak antara petugas media adalah satu (1) meter.
iii. Jarak antara petugas media dan meja sidang media dua (2) meter.
14 iv. Pegawai media harus memastikan Ketua Jurulatih dan Pemain memakai pelitup muka ke bilik
sidang media.
v. Petugas media mesti bersiap sedia di dalam bilik sidang media sebelum ketibaan masuk Ketua Jurulatih dan Pemain.
vi. Selepas tamat sidang media, Ketua Jurulatih dan Pemain harus meninggalkan bilik sidang media terlebih dahulu dan diikuti oleh petugas media yang lain.
vii. Petugas media dibenarkan untuk menunggu dan menemu ramah di ruang Mixed Zone dengan penjarakan fizikal (1.5 meter) di antara pemain dan pegawai.
viii. Pegawai Media PTR hendaklah memastikan dan memantau pelaksanaan SOP tersebut.
AKSES MEDIA CATATAN
Pintu Masuk Melakukan rutin pemeriksaan bermula merekod kehadiran, periksa suhu badan, pemeriksaan keputusan Sijil Vaksinasi Lengkap, keputusan ujian kendiri di dalam aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka.
Ketibaan Pemain Media tidak dibenarkan menunggu pemain di ketibaan
Tribun Media Media harus menjaga kedudukan jarak petugas media (1.5 meter) Bilik Pusat Media Media tidak dibenarkan berkumpul di bilik pusat Media
Bilik Persalinan Pemain
Media tidak dibenarkan berada di dalam atau di luar atau berhampiran dengan bilik persalinan pemain
Kedudukan juru foto & juruvideo
Petugas Media dikehendaki mengekalkan jarak (1.5) METER dengan petugas media yang lain.
Bilik Sidang Media
Media dikehendaki kekalkan jarak (1.5) METER dengan petugas media yang lain dan (2) METER dengan meja sidang media dan mengikut keluasan kapasiti bilik.
Mixed Zone Media dibenarkan mengadakan sesi temu ramah dengan penjarakan
(1.5) meter dengan pemain dan pegawai.
15
9.4 UNIT MEDIA PASUKANUnit media pasukan harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan membuat ujian Swab Test sebelum sesi latihan pertama dan seterusnya ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 bersama pasukan.
BAHAGIAN 10: PENAJA LIGA DAN KELAB
Penaja liga dan kelab (Penganjur Majlis) dibenarkan untuk menjalankan majlis / aktiviti pemasaran fizikal di dalam / luar kawasan stadium sewaktu hari perlawanan TM Piala Malaysia 2021, dengan mematuhi syarat-syarat tersebut:
i. Penganjur Majlis perlu mematuhi:
a. SOP Penganjuran Majlis Sosial,
b. SOP Penganjuran Majlis Kerajaan & Swasta,
c. Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP Fasa (mengikut kawasan pengaktifan),
d. mana-mana SOP berkaitan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysian Football League (MFL), Kelab, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mana-mana badan yang berkait.
ii. Penganjur Majlis perlu menyediakan kelengkapan wajib yang telah dimaktubkan di dalam SOP-SOP yang terlibat seperti:
a. Penyediaan alatan pengimbas suhu,
b. Pendaftaran MySejahtera dan pengimbasan kod QR, c. Pemakaian topeng penutup muka,
d. Penjarakan fizikal,
e. dan mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh badan-badan berwajib (SOP Penganjuran Majlis Sosial, SOP Penganjuran Majlis Kerajaan & Swasta, dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) – SOP Fasa (mengikut kawasan pengaktifan)).
iii. Penganjuran hendaklah mematuhi arahan tetap oleh MKN:
a. Peraturan 16 P.U. (A) 293/2021.
b. Akta 342.
c. Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
d. Tertakluk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
e. Arahan dan peraturan di bawah PBT.
f. Tertakluk kepada laporan Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dan penilaian risiko KKM.
g. Lain-lain arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
iv. Penganjur majlis harus menyerahkan Pelan dan SOP Penganjuran Majlis / Aktiviti yang ingin dijalankan untuk DILULUSKAN OLEH MFL, EMPAT BELAS (14) hari bekerja sebelum pengaktifan tersebut dijalankan.
v. Pelan tersebut hendaklah mengambil kira garis panduan SOP MKN, KBS, PBT dan lain-lain sebelum PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN AKHIR OLEH MFL.
vi. Mana-mana pengaktifan yang dijalankan tanpa kelulusan MFL adalah tidak sah, dan Pihak
MFL boleh mengambil tindakan lanjut kepada PTR yang gagal mematuhi arahan tersebut.
16 vii. Penganjuran di kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
viii. Waktu Operasi adalah dihadkan tidak lebih daripada 5 jam.
ix. Kapasiti tetamu yang memasuki kawasan tersebut hendaklah mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal, dan tidak melebihi 10 orang pelanggan dan 6 orang pekerja pada satu- satu masa sewaktu aktiviti dijalankan (tertakluk kepada kelulusan operasi mengikut saranan PBT dan SOP)
x. Aktiviti fizikal yang melibatkan sentuhan seperti mencuba pakaian, produk, atau mana-mana yang sama adalah dilarang. Penjualan barangan seperti pakaian adalah digalakkan dijalankan secara talian, dan tidak melibatkan sebarang sesi Fitting di kawasan pengaktifan.
xi.
Patient under Investigation (PUI) dan Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadiratau bertugas walaupun telah mencukupi dos vaksin.
xii. PTR perlu memastikan sekurang-kurangnya DUA (2) anggota keselamatan yang dilantik (RELA, JPAM dll.) ada di lokasi dan melakukan rondaan selain dipertanggungjawabkan untuk memastikan tiada pengumpulan orang ramai di kawasan-kawasan pengaktifan.
xiii. MFL mempunyai keputusan akhir untuk meluluskan atau menolak sebarang majlis / aktiviti yang dicadangkan oleh penaja liga / kelab.
BAHAGIAN 11: PENYIAR RASMI 11.1 SEBELUM PERLAWANAN
i. Semua petugas yang akan berada di Field of Play (FOP) dan Official Area (OA) hendaklah membuat Ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 di negeri perlawanan diadakan. Petugas yang tidak akan berada di FOP dan OA tidak perlu membuat ujian tersebut.
ii. Selepas membuat ujian semua petugas hendaklah menjaga disiplin dan mematuhi Gelembung Hari Perlawanan.
iii. Kesemua Petugas Penyiaran yang terlibat bagi siaran langsung setiap perlawanan akan menjalani saringan kesihatan Kit Ujian Kendiri COVID-19. Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal yang dan memakai pelitup muka di setiap masa.
iv. Petugas yang merekodkan suhu badan melebihi 37.5°C serta mengalami gejala wabak Covid-19 tidak dibenarkan masuk.
v. Siaran akan dimulakan dengan rakaman video ketibaan PTR dan PL turun dari bas dan terus ke kaunter saringan kesihatan. Jurukamera mesti menggunakan pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
vi. Temu ramah rasmi bersama Ketua Jurulatih dan Pemain akan dilakukan di tempat terbuka seperti
di tepi kawasan padang dengan seperti berikut:
17 vii. Sesi temu ramah diadakan di tepi padang permainan dan penemu ramah mesti memakai pelitup muka di sepanjang sesi tersebut dan perlu memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1meter daripada pemain atau ketua jurulatih (Ketua Jurulatih / Pemain disarankan untuk memegang mikrofon yang telah di sanitasi).
viii. Rakaman di bilik persalinan dilakukan oleh seorang jurukamera dan pembantunya yang dibenarkan membuat penggambaran tidak lebih daripada 5 minit. Visual yang dirakam digunakan sebagai bahan kandungan untuk siaran secara langsung perlawanan berkenaan.
ix. Penggambaran video di terowong stadium sebelum pemain-pemain memasuki kawasan padang akan dilakukan secara langsung oleh jurukamera dengan mematuhi penjarakan fizikal. Rakaman ini dilakukan dengan penggunaan kamera RF (bergerak) hanya di kawasan FOP yang dibenarkan.
11.2 SEMASA PERLAWANAN
Temu bual sejurus tamat separuh masa pertama bersama Ketua Jurulatih atau wakil dari pasukan akan dilakukan di tepi Kawasan padang permainan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. (Ketua Jurulatih / Wakil Pasukan disarankan untuk memegang mikrofon sendiri.
Mikrofon akan sentiasa dibersihkan dan di sanitasi sebelum dan selepas digunakan)
11.3 SELEPAS PERLAWANAN
Sejurus selepas tamat perlawanan, sesi temu ramah Bersama Ketua Jurulatih pasukan akan
dilakukan di tepi Kawasan padang permainan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2
meter. (Ketua Jurulatih / Wakil Pasukan disarankan untuk memegang mikrofon sendiri)
18
BAHAGIAN 12: GARIS PANDUAN MESYUARAT KOORDINASI PERLAWANAN (MCM) TM PIALAMALAYSIA 2021 SECARA ATAS TALIAN 12.1 SEHARI SEBELUM PERLAWANAN
I. Lantikan rasmi Komisioner Perlawanan (MC) akan dikeluarkan selewat-lewatnya sehari sebelum perlawanan.
II. Komisioner Perlawanan (MC) yang dilantik akan mengedarkan pautan mesyuarat atas talian kepada Koordinator Perlawanan (GC) Pasukan sebelum ianya diedarkan kepada Pegawai wajib hadir seperti senarai berikut:
a. Penilai Pengadil (RA) b. Pegawai Ke-4 (P4)
c. Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus Pasukan / Pegawai Tadbir PTR d. Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus Pasukan / Pegawai Tadbir PL e. Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih PTR
f. Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih PL g. Pegawai Media PTR
h. Pegawai Media PL
i. Pegawai Keselamatan PTR
j. Wakil Penyiar Rasmi (sekiranya perlu)
III. Pautan yang diedarkan adalah sulit dan hanya boleh digunakan untuk sesi mesyuarat tersebut sahaja.
IV. Pautan hendaklah diedarkan selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum mesyuarat bermula.
12.2 HARI PERLAWANAN
I. Koordinator Pasukan (GC) PTR hendaklah memastikan Pegawai-Pegawai seperti di para (11.1) (II) tersebut menerima pautan tersebut dan menyertai sesi mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :
a. Kehadiran di Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) cara atas talian tepat pada jam 10.00 pagi pada hari perlawanan.
b. Komisioner Perlawanan (MC) yang dilantik akan mempengerusikan mesyuarat dan mengawal akses ahli-ahli mesyuarat.
c. Kedua-dua pasukan WAJIB menunjukkan jersi & pakaian pasukan secara fizikal pada sesi mesyuarat.
d. Pegawai-pegawai MESTI berada di dalam tempat yang sesuai seperti berikut:
i) Bilik / tempat yang tidak bising.
ii) Mempunyai latar belakang yang sesuai.
iii) Memakai baju / pakaian rasmi pasukan / petugas.
iv) Hanya mengaktifkan butang mikrofon apabila ingin mengajukan soalan.
II. Komisioner Perlawanan akan membuat pembentangan mesyuarat menggunakan
slide pembentangan yang disediakan oleh MFL.
19 III. Komisioner Perlawanan akan menghantar laporan minit mesyuarat selepas tamat
sesi mesyuarat menggunakan ‘Pre-match report’ sistem CMS.
IV. Kehadiran Pegawai-Pegawai tersebut adalah termaktub di dalam Organisasi Teknikal Perlawanan MFL dan boleh dikenakan denda sekiranya gagal dipatuhi.
V. Pegawai-pegawai MFL akan turut serta dalam sesi-sesi Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) bagi tujuan pemantauan.
BAHAGIAN 13: PEMATUHAN