1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Alat penghasilan cendol ini merupakan alternatif bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pembuat dan penjual cendol yang menghasilkan cendol mereka sendiri. Antara ciri-ciri alat penghasilan cendol ini ialah, menggunakan hidraulik bagi memudahkan proses menekan cendol, mempunyai bekas acuan yang berkapasiti sebanyak 7 liter. Dengan adanya alat ini, masalah seperti kerja yang dilakukan agak berat dan menyusahkan, masa yang diambil untuk menghasilkan cendol agak lama serta memerlukan lebih banyak kerja dan perhatian dapat diatasi.
Dengan kata lain alat penghasilan cendol ini dicipta bagi memudahkan proses menekan cendol, menjimatkan masa dan menghasilkan cendol dengan kebersihan yang lebih terjamin
2 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Teknik membuat cendol secara tradisonal masih digunakan oleh sesetengah pengusaha membuat cendol pada masa kini ,ada sesetengah pengusaha membuat cendol menggunakan mesin yang memerlukan kos yang tinggi. Dengan wujudnya alat penghasilan cendol berhidraulik, terdapat beberapa kelebihan antaranya:
i. Rekabentuk produk ini tidak terlalu rumit dan mudah untuk menggunakannya bagi pengusaha membuat cendol
ii. Produk ini hanya perlu menekan batang hidraulik yang disediakan pemegang untuk menekan
iii. 2 batang hidraulik yang digunakan untuk menekan cendol
1.3 PENYATAAN MASALAH
Antara masalah yang sering dihadapi oleh sebahagian pengusaha membuat cendol adalah semasa menekan cendol. Semasa kerja menekan cendol dilakukan alat penekan perlu dibersihkan berulang kali untuk menghabiskan kesemua cendol yang masih terdapat dalam alat tersebut.
Selain itu, memerlukan sekurang kurangnya dua orang untuk melakukan proses tersebut. Seorang menuang dan seorang menekan. Masa yang diambil juga agak lama untuk menghasillkan cendol.
Di samping itu, Kuantiti bagi setiap kali proses penekanan agak sedikit.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan untuk dicapai. Antara objektif bagi kajian ini dijalankan ialah:
i. Merekabentuk Alat Pembuat Cendol untuk menghasilkan masa yang lebih cepat
ii. Memfabrikasi Alat Pembuat Cendol yang lebih efisyen (mudah,teratur)
3 1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian atau had projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.
Antara skop projek ini ialah alat Alat Pembuat Cendol ini memerlukan tenaga manusia untuk mengendalikannya dan tidak menggunakan elektrik atau sensor.
Sebagai contoh seperti projek yang kami akan hasilkan nanti.Selain itu, alat ini boleh menghasilkan kuantiti minimum 4 liter dan kuantiti maximum sebanyak 7 liter.
Bagi memanjangkan tempoh penggunaan alatan ini, pihak pengguna digalakkan untuk membersihkan alat ini setiap kali selepas menggunakannya.
Alatan yang dihasilkan ini mempunyai ciri fizikal iaitu panjang 156cm dan dianggarkan berat alatan yang dihasilkan ini mencapai anggaran di antara 10-12 kg.
Bagi memastikan kepuasan yang diminta tercapai, kami akan menambahbaik lagi hasil kerja ini dari masa ke semasa.
Alat ini juga menggunakan batang hidraulik jenis gas dimana akan memudahkan kerja semasa menekan cendol keluar dari acuan.
1.6 KAJIAN MAKLUMAT
Dengan ini kami telah mendapat maklumat daripada beberapa pengusaha cendol dimana mereka masih lagi menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan cendol. Cara yang digunakan oleh mereka sememangnya sukar kerana terdapat beberapa perkara dalam proses penghasilan cendol ini memerlukan perhatian yang lebih semasa melaksanakannya.
Selain itu, kami juga telah membuat kajian dan melihat sendiri cara mereka menghasilkan cendol dengan menggunakan cara yang tradisional. Beberapa aspek seperti masa dan penggunaan tenaga dalam menghasilkan cendol adalah tidak profesional. Pengusaha cendol ini juga memerlukan kepandaian dan kemahiran dalam mengendalikan alat penghasilan cendol.
4 Di samping itu, terdapat permintaan daripada sesetengah pengusaha cendol ini untuk menyelesaikan beberapa kesulitan dalam menghasilkan cendol supaya dapat melaksanakannya dengan lebih sistematik.
1.7 CARA PROJEK BEROPERASI
Rajah 1.1: Cara mengunakan alat penghasilan cendol berhidraulik
1.8 RUMUSAN
Akhir bab ini, kita akan mengetahui dengan lebih lanjutnya dan mendapat gambaran bagaimana alat penghasilan cendol berhidraulik menjadi pilihan kami untuk meneruskan membuat projek ini.
• menuangkan cendol yang telah masak ke dalam bekas acuan
• letakkan alat penekan cendol yang menggunakan hidraulik di atas bekas acuan
• menekan cendol secara perlahan dan tidak menerus supaya cendol tidak menjadi terlebih panjang
5
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sesuatu produk yang sedia ada tetapi memerlukan pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi mengatasi masalah pada produk tersebut dalam menghasilkan produk yang jauh lebih berkualiti dari yang sedia ada. Dalam pasaran juga menggunakan motor dan elektrik.kos bahan tersebut terlalu mahal. Permintaan produk ini hanya untuk kilang-kilang besar. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji elemen-elemen dan bahan-bahan yang digunakan serta prosedur kerja yang dijalankan.
6 2.2 SISTEM HIDRAULIK
Sistem hidraulik banyak digunakan di dalam industri automobil seperti sistem steringkuasa ataupun sistem brek, satelit dan sebagainya. Sistem ini menggunakan cecair sebagai media penghantaran kuasa. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh dimampatkan dan berfungsi sebagai bahan pelicin. Sistem hidraulik adalah tahan lasak dan bertindak pantas.
Prinsip hidraulik mengaplikasikan hukum pascal yang menyatakan tenaga boleh dipindahkan melalui cecair.
Rajah2.1 hukum pascal ΔP= ρg (Δh) Di mana, dalam sistem SI,
-ΔP adalah tekanan hidrostatik (dalam unit pascal atau "Pa"), atau perbezaan tekanan pada 2 titik dalam sekat yang mengandungi zat cair, kerana perbezaan berat antara keduanya;
-ρ adalah massa jenis zat cair (dalam kilogram per meter padu);
-g adalah pecutan kerana graviti (umumnya menggunakan pecutan ketinggian dari permukaan laut akibat graviti bumi, dalam satuan meter per saat pangkat 2);
-Δh adalah ketinggian zat cair di atas titik pengukuran (dalam unit meter), atau perbezaan ketinggian antara 2 titik pada ruang yang mengandungi zat cair.
7 2.3 FUNGSI-FUNGSI BENDALIR HIDRAULIK
Selain bendalir ini dijadikan sebagai penghantar kuasa dalam sistem hidraulik.
Ia jugamemberikan fungsi-fungsi seperti berikut:
i.Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak.
ii.Menyendal kelegaan antara bahagian-bahagian yang bertemu.
iii.Melenyapkan haba.
8 2.4 SIFAT-SIFAT BENDALIR HIDRAULIK
Fungsi utama bendalir hidraulik ialah untuk menghantar tenaga dari satu tempat ke tempat yang lain. Bendalir yang digunakan dalam sistem hidraulik adalah dari jenis minyak galian dan bendalir ini adalah tahan api dan tidak boleh mampat.
Bagaimanapun kita perlu mengetahuisifat-sifat penting bendalir.
i. Kelikatan dan indeks kelikatan.
Kelikatan adalah rintangan terhadap pengaliran disebabkan oleh bendalir.
Kelikatan diukur dengan menggunakan meter likat yang dapat mengukur masa yang diambil bagi suatu isipadu bendalir yang mengalir mengikut piawai pada suhu tertentu.
Indeks kelikatan ialah ukuran bandingan perubahan kelikatan minyak terhadap perubahan suhu.Minyak mempunyai indeks kelikatan rendah menunjukkan perubahan kelikatan apabila berlaku perubahan suhu. Minyak yang mempunyai indeks kelikatan yang tinggi, maka ia mempunyai kelikatan yang tinggi. Perubahan suhu terhadap minyak tersebut tidak akan mengubah kelikatannya.
ii. Pelinciran
Mampu menghalang sentuhan logam ke logam antara bahagian yang bergerak.
Pengurangan pelinciran menghasilkan kerosakan terhadap permukaan semasa pergerakan berlaku. Ia mesti tahan api (fire resistance), bersesuaian dengan bahan- bahan sistem dan juga mempunyai keupayaan pemindahan haba yang baik.
iii. Kestabilan kimia
iv. Ketumpatan yang rendah.
v. Tahan
vi. Tidak beracun vii. Sukar menjadi wap.
viii. Murah
9 2.5 KOMPONEN ASAS SISTEM HIDRAULIK DAN SIMBOL
Sistem hidraulik mempunyai kesamaan seperti sistem pneumatik.
Perbezaannya sistem hidraulik mempunyai sistem suapbalik cecair dan ia menggunakan pam.
Rajah2.2 komponen asas sistem hidraulik
10 2.6 INJAP HIDRAULIK
Injap hidraulik berfungsi sebagai pengatur arah aliran bendalir dari bekalan kepada penggerak.Terdapat 3 jenis injap yang utama :
i. Injap piston (Spool valve/Piston valve).
ii.Injap pengepak muncung (Flapper nozzle valve) iii.Injap jenis paip jet (Jet pipe valve).
Injap omboh
Injap ini terbahagi kepada dua jenis:
i.Jenis pusat terbuka: Bendalir akan mengalir terus menerus dari pam balik ke tangki apabila berada pada kedudukan neutral.
ii.Jenis pusat tertutup: Pengaliran bendalir akan disekat dari pam pada kedudukan neutral. Antara injap jenis tersebut adalah seperti berikut:
i. Injap berarah 2/2- hala ii. b. Injap berarah 3/2- hala iii. c. Injap berarah 4/2- hala iv. d. Injap berarah 5/2- hala
11 Injap berarah 2/2 –hala
Rajah 2.3 Injap berarah 2/2 -hala
Rajah 2.4 injap berarah 2/2 -hala bekerja
Injap ini terdiri daripada perumah (housing) , piston (Sliding spool), spring dan kedap (Seals)Rajah 2.8 menunjukkan prinsip kendalian injap omboh. Bila tuil ditekan, arah aliran adalah dari P ke A. Bila tuil dilepaskan maka spring akan menolak omboh ke kedudukan asal (neutral).
12 Injap berarah 3/2-hala
Merujuk rajah 2.10 dan 2.11, ia menunjukkan prinsip kendaliannya. Bila tuil ditekan, arahaliran adalah dari P ke A dan bila tuil dilepaskan maka spring akan menolak omboh ke kedudukan asal (normal). Pada kedudukan normal liang A bersambung ke liang T, Sementara liang P ditutup, injap ini digunakan untuk mengawal silinder satu tindakan.
Rajah 2.5 Injap berarah 3/2-hala
Rajah 2.6 Injap berarah 3/2 –hala bekerja
Injap Pengepak Muncung
Banyak digunakan dalam sistem hidraulik. Ia bekerja berasaskan perubahan jarak diantara pengepak dan muncung. Apabila pengepak mendekati muncung, tekanan keluaran akan bersamaan tekanan bekalan dan apabila pengepak menjauhi muncung, tekanan keluaran akan kurang. Ia digunakan sebagai pra-penguat untuk injap omboh.
13 Rajah 2.7 Mekanisma dalam injap pengepak muncung.
Injap Paip Jet
Rajah 2.8 Injap paip jet
Rajah 2.9 Pengendalian muncung paip jet
14 2.7 PENGGERAK HIDRAULIK
Pengerak hidraulik berfungsi menukarkan tenaga hidraulik kepada tenaga mekanikal. Ia terbahagi kepada dua jenis seperti berikut:
a.Penggerak Linear
i.Silinder satu tindakan ii.Silinder dua tindakan
b.Penggerak Berputar: motor hidraulik.
Motor berfungsi apabila dimana bendalir menolak motor dan menghasilkan daya kilas serta gerakan berputar yang berterusan.
Rajah 2.10 Silinder satu tindakan
15 Rajah 2.11 Silinder dua tindakan
Rajah 2.12 Operasi asas motor hidraulik
16 2.8 PENGGUNAAN SISTEM HIDRAULIK
Sistem hidraulik biasanya digunakan dalam kesemua kenderaan, tanpanya kenderaan tidak selamat dipandu. Rajah 2.18 dan 2.19 menunjukkan penggunaan sistem hidraulik pada trak dan litar kawalan system hidraulik.
Rajah 2.13 Penggunaan sistem hidraulik pada trak
Rajah 2.14 Litar kawalan sistem hidraulik
17 2.9 KAJIAN TERDAHULU
Mesin Cendol 1
Pelbagai resipi menarik dapat diolah dengan menggunakan cendol. Sebagai contoh agar-agar berperisa buah-buahan boleh juga diolah menjadi agar-agar cendol.Penggunaan cendol ini bukan sahaja dalam bentuk makanan, tetapi juga dalam bentuk minuman seperti air cendol dan juga ais batu campur.Ia membuktikan bahawa pasaran cendol boleh memberi satu peluang yang baru bagi peniaga-peniaga untuk memulakan perniagaan mereka.Namun begitu, pembuatan cendol dikatakan sangat mudah tetapi agak leceh.
Hal ini kerana cendol perlu dilenyek di atas tapis bagi mendapatkan bentuk yang sesuai. Kerja melenyek perlu dilakukan dengan segera bagi menghalang doh daripada menjadi keras dan seterusnya mengubah rupa dan rasa asal cendol.Bagi mengatasi masalah tersebut, Zull Design Autotronic (ZDA) tampil dengan idea baru bagi membantu para peniaga untuk mengurangkan tenaga kerja mereka.Penghasilan mesin membuat cendol ini bukan sahaja memudahkan pengguna dalam menghasilkan cendol, bahkan juga amat membantu dalam menjimatkan masa.
Konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan tempahan atau permintaan pelanggan.Oleh itu, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada. Ia bergantung kepada tempahan pelanggan.Pengguna juga boleh mereka cipta mesin tersebut mengikut keperluan dan kehendak mereka sendiri.Ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.Oleh itu, harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan ia bergantung kepada pelanggan dan keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.Pengunaan bahan yang sesuai untuk membuat mesin juga kini memenuhi kehendak semasa yang lebih bersih dan selamat untuk makanan.
18 Mesin Cendol 2
Mesin cendol pada siri kali ini tampil dengan idea dan inovasi yang lebih baru dan menarik lagi hebat setanding dengan teknologi masa kini.Apakah menariknya mesin cendol ini? Mesin ini dapat membantu terutamanya para peniaga di luar sana untuk mengurangkan tenaga kerja mereka kerana dengan adanya mesin ini mereka tidak perlu menanggung beban untuk menghasilkan cendol berkualiti yang banyak, sudah cukup sekadar adanya mesin ini.
Contohnya jika kita menggunakan cara menual menghasilkan cendol ia sangat membazirkan tenaga kerja dan penghasilan cendol juga tidaklah banyak berbanding menggunakan mesin ini yang mampu menghasilkan cendol dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding manual. Di situ, kita dapat menjimatkan tenaga kerja malah dapat menjimatkan masa kerana hanya beberapa minit, 6kg cendol dapat dihasilkan dengan pantas dan cepat dengan mesin ini.
Mesin ini juga,mudah dikendalikan dan diselenggara. Ada sesetengah mesin diperbuat daripada besi yang tidak tahan karat dan apa yang uniknya mesin ini, ia diperbuat daripada keluli tahan karat, lebih bagus dan berkualiti berbanding besi biasa dan badan mesin ini tahan lasak dan tidak mudah rosak.
Selain itu, mesin ini juga mempunyai roda bagi memudahkan pengguna mengalih mesin ini mengikut kehendak mereka bahkan amat membantu dalam menjimatkan ruang yang ada.
Spesifikasi:
i. Model: Mesin cendol M1 ii. Kawalan: Semiautomatik
iii. Kuasa: Antara 220 hingga 240 VAC / Single Phase 13 A iv. Kapasiti: Enam kilogram (kg) / minit
v. Saiz: Lubang mesin cendol 2.5 mm vi. Bahan: Keluli tahan karat
19 Kelebihan:
i. Tidak menggunakan tenaga kerja yang banyak.
ii. Lebih menjimatkan masa penghasilan cendol.
iii. Dapat menghasilkan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.
iv. Mudah dikendalikan dan diselenggara.
v. Alat ganti mudah didapati di pasaran.
Cara Cara Penggunaan:
i. Terdapat tiga butang di kotak kawalan iaitu up, down dan off.
ii. Masukkan adunan tepung yang telah diproses ke dalam tabung yang disediakan sebelum operasi dijalankan.
iii. Tolak butang down untuk memulakan operasi.
iv. Mesin akan bergerak secara automatik.
Kos Pembuatan Cendol (30 Kali Adunan):
Kuantiti yang diperlukan
i. 1 Tepung gandum 1 kg RM2.50 ii. 2 Tepung beras 1 kg RM2.50 iii. 3 Garam 1 bungkus RM 0.50 iv. 4 Daun pandan 1 bungkus RM 2 Jumlah RM 7.50
Keseluruhan:
i. Sebungkus cendol 750 gram (g)=RM 2 ii. 25 bungkus cendol × RM 2 =RM 50
20 2.10 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN
Rajah2.15: Hollow Steel
Besi hollow digunakan kerana ia lebih kuat berbanding aluminium, kayu serta plastik. Saiz besi yang digunakan 2x2 dan 2.5x1.5 inci. Penggunaan besi ini amat penting dalam pembinaan projek untuk mendapatkan struktur rangka yang lebih kukuh dan kuat serta produk yang dihasilkan dapat menampung tekanan yang dikenankan keatas produk.
Rajah2.16: Stainless Steel 304
304 keluli tahan karat mempunyai rintangan yang cemerlang kepada pelbagai persekitaran atmosfera dan banyak media menghakis. Ia tertakluk kepada bopeng dan ceruk kakisan dalam persekitaran klorida hangat dan untuk menekankan hakisan retak di atas kira-kira 60 ° C. Ia dianggap tahan air yang boleh diminum dengan sehingga kira-kira 200 mg / L klorida pada suhu ambien, mengurangkan kepada kira-kira 150 mg / L pada 60 ° C. Dalam projek ini, stainless steel jenis ini digunakan kerana ia juga dikhaskan untuk makanan.
21 Rajah2.17: Alat Pengukur
Alat pengukur ini digunakan untuk mengukur bahan – bahan projek seperti cermin dan papan. Dengan bantuan alat ini, ukuran dapat dibuat dengan tepat dan dapat menyiapkan proses penyiapan projek dengan cepat.
Rajah2.18: Roda
Roda merupakan komponen penting dalam menghasilkan projek ini. Dengan adanya roda ini produk yang dihasilkan mudah untuk ditolak dan dikendalikan. Roda jenis ini juga mempunyai lock dimana lebih mudah digunakan semasa produk dalam keadaan statik.
22
Rajah2.19: Gas Spring Hydraulic
Jenis hidraulik hidraulik gas spring
Jenis beban Mampatan gas / didalam (nitrogen)
Bahan Keluli
Bentuk Silinder
Hidraulik jenis ini mempunyai stroke 90mm dan extended length 250mm.
Hidraulik jenis ini juga mampu mengangkat beban sehingga 10kg. Daya yang ada pada hidraulik ini pula ialah 100 newton. Walaupun dayanya agak kecil tetapi ia mampu menampung sehingga 10 kg beban. Ia juga mempunyai diameter rod 6mm dan diameter tabung 14mm serta mempunyai ball cap plastic.Bukan itu sahaja harganya juga turut berpatutan.
23 2.11 KAEDAH TEMUBUAL
Kedua dua gambar di atas merupakan pengusaha cendol secara kecil kecilan di kampung jaya gading. Rizaini bin Masrum, 42 tahun dan Suhaini binti Abas, 42 tahun.
Mereka telah menjalankan perniagaan pembuatan cendol selama 20 tahun. Pelbagai rintangan dan masalah yang telah mereka lalui. Antara masalah yang mereka hadapi dalam pembuatan cendol ialah banyak cara kerja perlu dilakukan, dan masa yang diambil agak lama dalam menghasilkan cendol yang berkualiti.
24
BAB III METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.
Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif di samping melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan mekanikal am.
Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.
25 3.2 REKABENTUK KAJIAN
3.2.1 LAKARAN REKABENTUK
Fungsi
Menggunakan batang hidraulik untuk menekan cendol Kelebihan
i. Mempunyai acuan dan penekan (stainless steel) ii. Tahan lasak
Kekurangan i. Agak berat
ii. Kos yang sedikit mahal
Rajah 3.1(i) Konsep 1
26 Fungsi
Menggunakan batang hidraulik untuk menekan cendol Kelebihan
i. Mempunyai roda untuk bergerak ii. Lebih ringan
Kekurangan
i. Menggunakan acuan plastik
Rajah 3.2(ii) Konsep 2
27 Fungsi
Menggunakan batang hidraulik untuk menekan cendol Kelebihan
i. Tidak memerlukan banyak ruang untuk disimpan Kekurangan
i. Tidak mempunyai roda untuk bergerak
ii. Memerlukan tenaga yang lebih untuk mengalihkan alat tersebut Rajah 3.3(iii) Konsep 3
28 3.3 PENILAIAN DAN PEMILIHAN KONSEP
3.3.1 JADUAL PENILAIAN BERMETRIK
Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan konsep rujukan(tarikh). Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep unruk menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermatrik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Hasilnya, telah dipilih dalam bentuk kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki.
REKABENTUK/
KRITERIA
REKA KONSEP 1
REKA KONSEP 2
REKA KONSEP 3
KOS 3 1 1
KETAHANAN 2 1 2
BAHAN 3 1 2
KESELAMATAN 2 2 1
KESTABILAN 3 2 2
JUMLAH 13 7 8
Rajah 3.4 markah yang diberikan pada setiap rekabentuk
29 3.3.2 LAKARAN PILIHAN
Rajah 3.5(i) Konsep 1(pilihan)
3.3.3 KELEBIHAN REKABENTUK
i. Mempunyai acuan dan penekan (stainless steel) ii. Tahan lasak
30 3.3.4 DESIGN INVENTOR
31
32 3.4 PROSES PENYEDIAAN PROJEK
3.4.1 Mencari tajuk projek
Setelah menerima borang proposal daripada penyelia, kami dikehendaki mencari tajuk yang sesuai untuk projek akhir dalam masa yang ditetapkan oleh penyelaras projek.
3.4.2 Memperoleh tajuk projek
Setelah tempoh yang diberi tamat iaitu dua minggu, tajuk cadangan yang telah lengkap dihantar kepada penyelia dan penyelaras.
3.4.3 Menghantar proposal
Draf proposal yang harus dihantar hendaklah dikemaskini sebelum dihantar kepada penyelaras.Tempohyang diberikan untuk mengemaskini proposal adalah 10 minggu selepas mendapat tajuk projek.
3.4.4 Mencari bahan atau komponen
Setelah mendapat kelulusan daripada penyelia dan penyelaras, tugas seterusnya adalah mencari dan mengenal pasti komponen yang akan digunakan.
3.4.5 Menghasilkan bahagian komponen alat reka bentuk
Operasi ini dilakukan setelah segala bahan dan ukuran pada projek telah dibuat dan dipersetujui oleh penyelia dan pelajar.
33 3.4.6 Pemasangan komponen
Pemasangan komponen yang telah siap dilakukan kemudiannya dicantumkan mengikut perancangan yang telah dibuat, ini termasuklah komponen bahagian mekanikal pada mesin.
3.4.7 Menguji sistem mekanikal
Pengujiandilakukan untuk melihat tahap kebolehannya.Ia dapat mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada sistem mekanikal tersebut.
3.4.8 Persembahan projek
Setelah semuanya siap, projek hendaklah dipaparkan kepada umum sebelum dipersembahkan kepada penyelia dan penyelaras.
34 3.5 PROSES PEMBUATAN
Gambar Proses Alatan
-Batang besi diukur menggunakan pita pengukur mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
-Batang besi dipotong kepada beberapa bahagian yang dikehendaki setelah proses pengukuran selesai.
-Permukaan besi yang telah dipotong akan dicanai dan diratakan supaya lebih sama dan rata.
35 -Bahagian bahagian besi
yang telah dipotong dan dicanai akan
disambungkan menggunakan teknik kimpalan(arka).
-Bahagian sambungan yang telah dikimpal akan dicanai dan diratakan supaya lebih kemas dan rata.
36 -Untuk bahagian atas
alat pula.Besi biasa dan stainless steel diukur dan dipotong
munggunakan
cutter.Bahagian yang dipotong akan dicantumkan.
-Untuk bahagian stainless steel pula, ia dikimpal menggunakan rod stainless steel yang khas.
-Untuk penekan cendol pula, ia menggunakan plat stainless steel dan besi hollow bulat.
Kedua duanya akan dikimpal bersama.
37 -Setelah selesai semua
proses kimpalan dan pemasangan. Hidraulik akan dipasang dan diselaraskan pada alat.
-Akhir sekali, kerja kerja kemasan akan dilakukan seperti sanding dan semburan warna.
38 3.5.1 CARA REKABENTUK BEROPERASI
Rajah 3.6: Cara kendalian dengan lebih mudah
• menuangkan cendol yang telah masak ke dalam bekas acuan
• letakkan alat penekan cendol yang menggunakan hidraulik di atas bekas acuan
• menekan cendol secara perlahan dan tidak menerus supaya cendol tidak menjadi terlebih panjang
39 3.5.2 ANGARAN KOS
BAHAN HARGA PASARAN KEGUNAAN KOS KEGUNAAN
Hollow Steel (2x2 inch)
1FT=RM10.00 24FT RM 240.00
Roda
(diameter =4cm)
1UNIT=RM3.50 4UNIT RM14.00
Batang Hidraulik (F=0.1KN: Max 10 kg)
1UNIT=RM28.00 2UNIT RM 56.00
Engsel 1UNIT=RM5.00 2UNIT RM10.00
Stainless steel (plate: 3mm)
1FT=RM30.00 2FT RM60.00
Jumlah RM378.00
Rajah 3.7(i) Anggaran kos yang diperlukan
40 3.6 CARTA GANTT
Activity Week 1
Week 2
Week 3
Week 4
Week 5
Week 6
Week 7 Perbincangan
tajuk Persetujuan tajuk bersama penyelia Penyediaan pengenalan bab 1 Penyediaan proposal Penyediaan pembentangan Semakan terakhir pembentangan bersama penyelia
Pembentangan Perbincangan terakhir bersama penyelia Pembentangan bersama panel penilai
Jadual 3.1: Menunjukkan carta gantt projek
41 3.7 CARTA ALIR OPERASI
3.7.1 CARTA ALIR MENGELUARKAN IDEA
Rajah 3.8: Carta alir mengeluarkan idea
42 3.8 CARTA ALIR REKABENTUK PROJEK
Rajah 3.9: Carta alir reka bentuk projek
3.9 RUMUSAN
Akhir bab ini, kita akan mendapat tahu lebih banyak tentang perojek yang akan dibangukan ini. Dengan berakhirnya bab ini maka kita akan lebih mengetahui rekabentuk atau lakaran terdahulu sebelum terhasilnya rekaan yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat mengagarkan kos projek Alat Pembuat Cendol. Kami berharap dengan wujudnya kemudahan ini, produk ini dapat meningkatkan kadar penghasilan cendol dengan lebih pantas dan teratur.
43