• Tidak ada hasil yang ditemukan

محاضرات في االخالق والتصوف

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "محاضرات في االخالق والتصوف"

Copied!
108
0
0

Teks penuh

(1)

1

فوصتلاو قلاخلاا يف تارضاحم

KULIYAH AKHLAK DAN TASAWUF

PROF. DR. SYAMSUL BAHRI ANDI GALIGO DR. HJ. MATUSSIEN HAJI JUMAT

PUSAT PENGKAJIAN KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WALJAMA’AH

KUPU SB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2019M/1440H

(2)

2

DAFTAR ISI KANDUNGAN

Bab Satu:

Pengenalan Akhlak dan Tasawuf

(p. 03)

Bab Dua:

Peranan/Fungsi Akhlak dan Tasawuf

(p. 32)

Bab Tiga:

Sumber (Masadir) Akhlak dan Tasawuf

(p. 34)

Bab Empat: Komponen Akhlak dan Tasawuf

(p. 48)

Bab Lima: Pendidikan Akhlak dan Tasawuf

(p. 70)

(3)

3

BAB I

AKHLAK DAN TASAWUF

Asas Kompetensi

• Pelajar mampu memahami pengertian akhlak dalam konteks tasawuf.

• Pelajar mampu membezakan antara akhlak, etika dan moral.

• Pelajar mampu mengamalkan pelbagai nilai akhlakul karimah.

Peta Konsep

Isu Semasa

Globalisasi telah melanda dunia hari ini sehingga nilai-nilai kemanusiaan yang selama ini kekal kukuh, telah mudah berubah akibat tidak ada sempadan lagi antara ruang

(4)

4

dan masa, sehingga nilai-nilai tersebut berubah menjadi relatif dan subyektif. Semua yang berkaitan perilaku, budi pekerti, etika dan moral tidak boleh lagi dikatakan obyektif, kerana nilai yang dianggap sebagai landasan perilaku itu sendiri sudah mudah berubah.

Oleh kerana nilai-nilai tersebut mudah berubah, gampang luntur, maka diperlukanlah penguatan kembali nilai-nilai kemanusiaan yang berlandaskan nilai-nilai ugama Islam (al-Qur’an dan al-Hadits) yang disebut akhlak. Akhlak inilah merupakan cermin setiap peribadi, apakah ia punya rasa malu, maru’ah diri, amanah, jujur, adil, lemah lembut, rasa kasih sayang terhadap sesama, dermawan, ikhlas dalam beramal, suka menolong dan sebagainya.

(5)

5

KULIYAH 1

PENGENALAN KALIMAH “AKHLAK”

Ta’rif kalimah “Akhlak”

Secara etimologi (lughatan) kata akhlak berasal dari bahasa Arab akhlaq dalam bentuk jama’, sedang mufradnya adalah khuluq Selanjutnya makna akhlak secara terminologi (istilahan) akan dikupas lebih mendalam lagi.

Kalimah khuluq قلخ (bentuk mufrad dari akhlaq قلاخا ) ini berasal dari fi’il madhi لعف يضام takhallaqa قلخت yang mempunyai bermacam-macam erti tergantung pada mashdar yang digunakan.

Ada beberapa perkataan dalam Bahasa Arab seakar dengan kalimah khuluq ini dengan perbezaan makna. Namun kerana ada kesamaan akar kata, maka berbagai makna tersebut tetap saling berhubungan. Antaranya adalah kata khalq (penciptaan). Dalam bahasa Arab kata khalq bermakna menciptakan sesuatu tanpa didahului oleh sebuah contoh, atau dengan kata lain menciptakan sesuatu dari tiada (ma’dum). Dan yang boleh melakukan hal ini hanyalah Allah, sehingga hanya Allahlah yang berhak dinamakan

Al-Khaliq atau Al-Khallaq sebagaimana yang diungkapkan dalam QS. al-Hasyr ayat 24:

ُرِ وَصُمْلا ُئ ِراَبْلا ُقِلاَخْلا ُ هاللَّ َوُه

Dan dalam QS. Yasin ayat 81:

ُميِلَعْلا ُق هلاَخْلا َوُه َو ىَلَب

Di samping itu masih ada erti lain iaitu;

Pertama mereka-reka/merekayasa, misalnya dalam QS. Al-Mu’minun ayat 14

َراَبَتَف َنيِقِلاَخْلا ُنَسْحَأ ُ هاللَّ َك

Ditafsirkan: Maha Suci Allah Sang Pencipta yang terbaik, dan QS. Al-Ankabut ayat 17:

اكْفِإ َنوُقُلْخَت َو

Ditafsirkan: ..dan kalian mereka-reka bohong.

Kedua, al-din نيدلا (agama) misalnya QS. Al-Nisa ayat 119:

ِ اللَّ َقْلَخ هن ُرِ يَغُيَلَف

Ditafsirkan: ...maka mereka benar-benar merubah ciptaan (agama) Allah (yang

(6)

6 • Ketiga, rusak atau buruk, misalnya memakaikan pakaian rusak. Erti lain yang

hampir mirip dengan al-khuluq adalah kata khaalaqa قلاخ yang dimaksudkan bergaul dengan orang lain, seperti ungkapan hadis: Maksudnya: Pergaulilah orang lain dengan pergaulan yang baik. Kemudian kata khalaaq yang diertikan bahagian yang baik, seperti disebutkan dalam al-Qur’an, Surah Al-Baqarah ayat 102:

قَلاَخ ْنِم ِة َر ِخلآا يِف ُهَل اَم

ditafsirkan: Dan tidak ada baginya bahagian yang baik di akhirat (nanti).

Semua terjemahan makna yang disebut di atas mempunyai kaitan dalam penggunaan kata khuluq yang diertikan budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Sehingga dapat dijelaskan bahawa khuluq (budi pekerti) mengandung segi-segi penyesuaian dengan makna di atas. Oleh kerana itu, khuluq itu sifatnya dilakukan oleh manusia itu sendiri, dan ini dapat bernilai baik (hasan) dan buruk (qabih) tergantung pada sifat perbuatan itu.

Kemudian khuluq itu dapat dianggap baik dengan syarat memenuhi aturan-aturan agama. Sifat khuluq itu tidak hanya mengacu pada pola hubungan kepada Allah, namun juga mengacu pada pola hubungan dengan sesama manusia serta makhluk lainnya. Bila

khuluq seseorang itu baik maka ia akan mendapatkan kebaikan (kebahagiaan) di akhirat

nanti.

Selanjutnya kata khuluq ini juga mengandung segi-segi penyesuaian dengan perkataan khalq yang bermaksud ciptaan serta erat hubungannya dengan kata al-Khaliq yang bermaksud pencipta, dan perkataan makhluq yang bermakna yang diciptakan. Rumusan pengertian tersebut timbul sebagai media yang memungkinkan adanya hubungan baik antara khaliq dengan makhluk dan antara makhluk dengan makhluk lainnya. Sehingga pola-pola hubungan ini menjadi pembahasan ruang lingkup ilmu akhlak dalam Islam.

Inilah ciri khusus kata akhlak dalam bahasa Arab yang digunakan untuk menyebut perangai manusia dalam kajian bahasa (etimologi).

Adapun dari sudut terminologi (istilah), ada banyak pendapat ulama yang mengemukakan pengertian akhlak. Antara yang masyhur adalah seperti berikut:

Imam Abu Hamid Al-Ghazali merumuskan: Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa dari padanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah dan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Maka bila sifat itu memunculkan perbuatan

baik dan terpuji menurut akal dan syariat maka sifat itu disebut akhlak yang baik (mahmudah), dan bila yang muncul dari sifat itu perbuatan-perbuatan buruk maka disebut akhlak yang buruk (mazmumah).

(7)

7

sebagai kondisi atau sifat yang terpatri dan meresap dalam jiwa manusia sehingga pelaku perbuatan melakukan sesuatu itu secara sepontan dan mudah tanpa dibuat-buat, kerana seandainya ada orang yang mendermakan hartanya dalam keadaan yang jarang sekali untuk dilakukan (mungkin kerana terpaksa atau cari muka), maka bukanlah orang tersebut dianggap dermawan sebagai sifat kepribadiannya. Sifat yang telah meresap dan terpatri dalam jiwa itu juga disyaratkan dapat menimbulkan perbuatan-perbuatan dengan mudah dan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan lagi.

Ibnu Maskawaih memberikan definisi senada mengenai istilah khuluq sebagai

berikut: Khuluq atau akhlaq ialah keadaan gerak jiwa yang mendorong ke arah melakukan

perbuatan dengan tidak menghajatkan pemikiran.

Dijelaskan pula oleh Ibnu Maskawaih bahawa keadaan gerak jwa tersebut meliputi dua perkara, iaitu: Yang pertama, alamiah dan bertolak watak, seperti adanya orang yang mudah marah hanya kerana masalah yang sangat sepele, atau tertawa berlebihan hanya kerana suatu hal yang biasa, atau sedih berlebihan hanya kerana mendengar berita yang tidak terlalu memprihatinkan. Yang kedua, tercipta melalui kebiasaan atau latihan. Pada awalnya keadaan tersebut terjadi kerana dipertimbangkan dan difikirkan, namun kemudian menjadi karakter yang melekat tanpa dipertimbangkan dan difikirkan secara mendalam.

Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa akhlak merupakan manifestasi iman, Islam, dan ihsan yang merupakan refleksi sifat dan jiwa secara spontan yang terbentuk pada diri seseorang sehingga dapat melahirkan perilaku secara konsisten dan tidak bergantung pada pertimbangan interes tertentu. Sifat dan jiwa yang melekat dalam diri seseorang menjadi peribadi yang utuh dan menyatu dalam diri orang tersebut sehingga akhirnya tercermin melalui tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari bahkan menjadi adat kebiasaan. Oleh itu, secara ringkasnya boleh dinyatakan: Khuluq ialah membiasakan

kehendak.

Yang dimaksud dengan ‘adah (kebiasaan) ialah perbuatan yang dilakukan

berdasarkan kecenderungan hati yang selalu diulang-ulang tanpa pemikiran dan pertimbangan yang rumit; sedangkan yang melakukan dengan iradah ialah menangnya

keinginan untuk melakukan sesuatu setelah mengalami kebimbangan untuk menetapkan pilihan terbaik di antara beberapa alternatif. Apabila iradah sering terjadi pada diri seseorang, maka akan terbentuk pula pola yang baku, sehingga selanjutnya tidak perlu membuat pertimbangan-pertimbangan lagi, melainkan secara langsung melakukan tindakan yang sering dilaksanakan tersebut.

Definisi yang terakhir ini mendukung dua definisi di atas dengan penjelasan secara terperinci tentang pembiasaan kehendak. Dr Zakiy Mubarak dalam kitabnya “al-Akhlaq ‘Inda al-Ghazali” menegaskan bahawa makna kehendak itu ialah sesuatu yang membangkitkan hati pada apa yang ia ketahui yang sesuai dengan tujuan, samada itu tujuan sementara ataupun tujuan yang akan datang.

(8)

8

Akhlak yang dibatasi sebagai suatu kondisi atau sifat yang tertanam dalam jiwa manusia, boleh merupakan watak atau pembawaan sejak lahir, seperti pemarah, penakut, mudah risau, pemberani, dermawan dan sebagainya. Ia merupakan hasil pembiasaan atau latihan yang kadang-kadang sumber asalnya dengan mempertimbangkan dan berfikir tentang perbuatan yang akan dilakukan kemudian berlangsung terus menerus sehingga sedikit demi sedikit sifat itu meresap dalam jiwa dan menjadi akhlak. Dan sememangnya diakui bahawa manusia dilahirkan dengan membawa seperangkat watak, ada yang berwatak baik, berwatak buruk dan ada pula yang berwatak di antara baik dan buruk. Watak-watak tersebut turut menentukan bentuk akhlak seseorang di samping faktor pembiasaan dan latihan.

Ruang Lingkup Akhlak

Ruang lingkup (maudu’at) akhlak meliputi perkara yang semestinya seseorang bersikap terhadap penciptaan-nya, terhadap sesama manusia seperti dirinya sendiri, terhadap keluarganya, serta terhadap masyarakatnya. Di samping itu juga meliputi bagaimana seharusnya bersikap terhadap makhluk lain seperti terhadap malaikat, jin, iblis, hewan, dan tumbuh-tumbuhan.

Syaikh Abdul Halim Mahmud rahimahullah menyebutkan cakupan akhlak

meliputi semua aspek kehidupan manusia sesuai dengan kedudukannya sebagai makhluk individu, makhluk sosial, makhluk penghuni, dan yang memperoleh bahan kehidupannya dari alam, serta sebagai makhluk ciptaan Allah. Dengan kata lain, akhlak meliputi akhlak pribadi, akhlak keluarga, akhlak sosial, akhlak politik, akhlak jawatan, akhlak terhadap Allah dan akhlak terhadap alam.

Dalam Islam, akhlak (perilaku) manusia tidak dibatasi pada perilaku sosial, namun juga menyangkut kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Oleh itu, konsep

akhlak dalam Islam mengatur semua pola kehidupan manusia yang meliputi:

1) Hubungan antara manusia dengan Allah, seperti akhlak terhadap Tuhan (hablun minallah).

2) Hubungan manusia dengan sesamanya (Hablun minannas); Hubungan manusia dengan sesamanya meliputi hubungan seseorang terhadap keluarga-nya mahupun hubungan seseorang terhadap masyarakat;

a) Akhlak terhadap keluarga yang meliputi: akhlak terhadap orang tua, akhlak terhadap isteri, akhlak terhadap suami, akhlak terhadap anak, dan akhlak terhadap sanak keluarga. b) Akhlak terhadap masyarakat yang meliputi: akhlak terhadap tetangga, akhlak terhadap tamu, akhlak terhadap suami, akhlak terhadap anak, dan akhlak terhadap sanak keluarga.

3) Hubungan manusia dengan lingkungan persekitarannya. Akhlak terhadap makhluk lain seperti akhlak terhadap binatang, akhlak terhadap tumbuh-tumbuhan, dan akhlak terhadap alam sekitar.

(9)

9

KULIYAH 2

AKHLAK; ETIKA DAN MORAL

Dalam melengkapkan pengertian kalimah “akhlak”, didapati juga dua perkataan yang dianggap sinonim dengan akhlak, iaitu etika dan moral. Dalam kajian ini akan dianalisis pengertian kedua-dua istilah tersebut, sebagai berikut:

1) Etika

Etika, berasal dari bahasa Yunani kuno iaitu, ethos. Kata ethos dalam bentuk tunggal mempunyai banyak erti: tempat tinggal yang biasa, padang rumput, kandang, kebiasaan, adat, akhlak, watak perasaan, sikap dan cara berpikir. Dalam bentuk jamak ethic maknanya adalah adat kebiasaan. Dan erti inilah yang menjadi latar belakang terbentuknya istilah “etika” yang oleh Aristoteles (384-322 SM) sudah dipakai sebagai falsafah moral.

Dalam kamus Bahasa Melayu, etika dijelaskan dengan membezakan tiga erti:

1) nilai mengenai benar dan salah yang dianut suatu golongan dan masyarakat, 2) kumpulan asas atau nilai yang berkenaan dengan akhlak,

3) ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk dan tentang hak dan kewajiban moral (akhlak).

Dari ketiga-tiga pengertian ini dapat dijelaskan satu persatu beserta contoh-contohnya, sebagai berikut:

Pertama, etika dipakai dalam erti: nilai-nilai dan norma-norma moral yang menjadi

pegangan bagi seseorang atau masyarakat dalam mengatur tingkah lakunya. Misalnya

etika Muslim, etika Budha, Etika Nasrani dan lain-lain. Secara singkat erti ini dapat dirumuskan sebagai sistem nilai.

Kedua, etika bererti kumpulan asas atau nilai moral. Yang dimaksud di sini adalah kod

etika. Misalnya beberapa tahun yang lalu Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sedang berusaha merumuskan sebuah kod etika untuk guru ugama di negara Brunei Darussalam.

Ketiga, etika mempunyai erti sebagai ilmu tentang yang baik dan yang buruk. Etika dapat

dikatakan ilmu, bila kemungkinan-kemungkinan etis (asas-asas dan nilai-nilai yang dianggap baik atau buruk) dapat diterima dalam suatu masyarakat tanpa disedari. Ia boleh menjadi bahan refleksi bagi suatu penyelidikan sistematik dan metodik. Etika di sini sama maknanya dengan falsafah moral. Dalam pengertian ketiga inilah umumnya definisi etika dimaksudkan.

(10)

10

Etika dalam pengertian pertama, iaitu nilai mengenai benar dan salah yang diyakini oleh suatu golongan dan masyarakat. Dalam New Master Pictorial Encyclopedia dikatakan: ethics is the science of moral philosophy concerned not with fact, but with

value; not with the character of, but the ideal of human conduct (etika adalah ilmu tentang

falsafah moral, tidak mengenai fakta, melainkan tentang nilai-nilai dan moral dan tidak berkaitan dengan tindakan manusia, melainkan tentang ideanya).

Sementara itu, dalam Dictionary of Education disebutkan bahawa Ethics; the study

of human behaviour not only to find the trurth of things as they are, but also to enquire into the worth or goodness of human actions. Selanjutnya dirumuskan sebagai berikut the science of human conduct, concerned with judgment of obligation (tightness or wrongess, oughtyness) and judgment of value (goodness and badness) (etika adalah ilmu tentang

tingkah laku manusia yang berkenaan dengan ketentuan tentang kewajiban yang menyangkut masalah kebenaran, kesalahan, atau keputusan, serta ketentuan tentang nilai yang menyangkut kebaikan mahupun keburukan).

Kedua-dua definisi di atas mengarah pada pengkajian etika dalam pengertian ilmu yang menjadi tajuk pengkajian falsafah yang dalam obyeknya mengendalikan rasionalisasi akal fikiran. Sehingga etika sebagai salah satu cabang falsafah yang mempelajari tingkah laku manusia untuk menentukan nilai perbuatan baik dan buruk, maka ukurannya adalah akal fikiran. Atau dengan kata lain, melalui akal orang dapat mementukan nilai baik dan buruknya perbuatan. Dikatakan baik kerana akal menentukannya baik, dan sesuatu dianggapnya buruk kerana akal menentukannya buruk. Sehingga akal merupakan sumber asas etika. Di sinilah yang membezakan etika dengan yang lainnya. Dengan demikian dapat dirumuskan bahawa etika adalah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh mana yang diketahui oleh akal pikiran.

Berdasarkan pengertian di atas, secara sederhana etika dapat digunakan dalam dua pengertian, iaitu pengertian empirikal dan filosofic. Pegertian empirikal ini berdasarkan pada penelitian psikologi dan sosiologi tentang perbuatan manusia yang termotivasi oleh perasaan, kemahuan dan pengaruhnya terhadap orang lain. Dan inilah yang biasa disebut etika praktis yang berhubungan dengan prilaku individu mahupun kolektif. Sedangkan pengertian filosofic ini merupakan hasil renungan tentang apa yang disebut baik maupun buruk, apa yang boleh dilakukan dan yang dilarang. Sehingga tujuannya adalah untuk menjelaskan norma-norma atau keputusan-keputusan perbuatan manusia tentang nilai-nilai moral, yang sering dianggap sebagai etika yang bersifat teori. Etika dalam falsafah dibatasi sebagai falsafah tentang moral, iaitu mengenai kewajiban manusia tentang yang baik dan yang buruk, sehingga ia berfungsi menjawab pertanyaan mengenai bagaimana hak orang yang mengharapkan orang lain tunduk terhadap suatu norma dan orang dapat menilai norma itu. Kerana etika mempunyai sifat dasar kritikal, maka ia juga berfungsi untuk mempersoalkan norma yang berlaku.

(11)

11

Etika dapat mengantar orang kepada kemampuan untuk bersikap kritikal dan rasional, untuk membentuk pendapatnya sendiri dan bertindak sesuai dengan apa yang dipertanggungjawabkannya sendiri. Hal ini didukung oleh pendapat setengah ulama bahawa, Etika dapat menjadi alat pemikiran rasional dan bertanggung jawab bagi pakar ilmu sosial, pendidik, politikus dan pengarang, serta bagi siapa sahaja yang tidak diombang-ambingkan oleh kegoncangan norma-norma masyarakat sekarang. Kerana etika adalah pemikiran sistematic tentang moral, maka yang dihasilkannya secara langsung bukanlah kebaikan, melainkan suatu pengertian yang lebih mendasar dan kritikal.

Dengan demikian sangat jelas, bahawa etika sangat mendasarkan diri pada kemampuan akal pikiran dalam menentukan baik dan buruk, dan tentunya jelas berbeza dengan istilah moral yang meskipun obyek dan erti etimologinya serupa.

2) Moral

Bila kata etika berasal dari Yunani kuno, maka moral ini berasal dari bahasa Latin, iaitu bentuk jamak dari more yang bererti adat kebiasaan. Kedua-dua istilah ini kadang-kadang digunakan dalam pengertian yang sama, kerana memang istilah moral dapat disimpulkan bahawa maksudnya sama dengan etika dalam pengertian nilai-nilai dan norma yang menjadi pegangan bagi seseorang atau suatu kelompok dalam suatu masyarakat dalam mengatur tingkah lakunya. Misalnya dikatakan bahawa perbuatan orang tersebut tidak bermoral. Dengan demikian yang dimaksudkan adalah perbuatan orang itu dianggap melanggar nilai-nilai dan norma-norma etika yang berlaku dalam masyarakat.

Sebaliknya bila dikatakan orang itu bermoral, maka dimaksudkan orang tersebut telah mematuhi nilai-nilai dan norma-norma yang dipegangi oleh masyarakat yang menilainya. Sehingga contoh-contoh di atas memberikan kesan bahawa terma moral itu selalu berkonotasi positif. Padahal sebetulnya pengertiannya tidak sesempit itu kerana secara harfiah moral itu diertikan adat kebiasaan manusia dalam berperilaku maka ia boleh berkonotasi positif mahupun negatif, baik dan buruk tergantung sifat perbuatan itu.

Untuk lebih jelasnya, dapat dilihat dalam Dictionary of Education, bahawa moral ialah: aterm used to delimit those characters, traits, intentions, judgments, or acts which

can appropriately, be designated as right, wrong, good, bad. Kerana moral itu merupakan

istilah yang digunakan untuk memberikan batasan terhadap aktiviti manusia dengan nilai baik atau buruk, benar atau salah, maka moral ini lebih terlihat praktis, dan merupakan penzahiran dari nilai yang diyakini sebagai suatu identiti yang memberikan corak khusus kepada pola pemikiran, perasaan, keterikatan dan perilaku. Konsep moral ini juga memerlukan tolok ukur yang digunakan. Kalau dalam pembicaraan etika, untuk menentukan nilai perbuatan manusia (baik atau buruk) dengan tolok ukur akal pikiran, maka dalam pembahasan moral tolok ukurnya adalah norma-norma yang hidup dalam masyarakat, yang dapat berupa adat istiadat, agama dan aturan-aturan tertentu. Dalam hal ini dapat disimpulkan bahawa yang disebut moral adalah sesuai dengan idea-idea

(12)

12

umum tentang tindakan manusia mana yang baik dan yang wajar.

Dalam Ensiklopedi Pendidikan disebutkan bahawa moral adalah nilai dasar dalam masyarakat untuk memilih antara nilai hidup (moral) juga adat istiadat yang menjadi dasar untuk menunjukan baik dan buruk. Maka untuk mengukur tingkah laku manusia (baik dan buruk) dapat dilihat dari penyesuaiannya dengan adat istiadat yang umum diterima masyarakat, yang meliputi kesatuan sosial atau lingkungan tertentu.

Oleh itu, dapat dikatakan, baik atau buruk yang diberikan secara moral hanya bersifat lokal. Inilah yang membezakan antara etika dan moral. Perbezaan lain antara etika dan moral adalah etika lebih banyak bersifat nazariy (teoritis), sedang moral lebih banyak bersifat amaliy (prakti)s, etika memandang tingkah laku manusia secara universal (umum), sedangkan moral secara lokal, etika menjelaskan ukuran (ketentuan) yang dipakai, moral merealisasikan ukuran itu dalam perbuatan.

3) Perbezaan Akhlak, Etika Dan Moral

Istilah akhlak, etika dan moral sering digunakan dalam konotasi yang sama dalam percakapan sehari-hari, sehingga seolah-olah tidak ada bezanya. Padahal ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Hal ini dapat dimaklumi kerana ketiga-tiganya mempunyai obyek yang sama, iaitu nilai baik dan buruk.

Perlu dibezakan antara akhlak sebagai perilaku, yang sudah disebutkan di atas, dan akhlak sebagai ilmu. Akhlak sebagai ilmu dapat dianalogikan dengan etika sebagai ilmu yang pembahasannya menjadi isu falsafah. Salah satu pengertian ilmu falsafah yang cukup mewakili adalah ungkapan Dr Ahmad Amin yang mengatakan bahawa ilmu akhlak ialah

ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia di dalam perbuatan mereka dan menunjukan jalan melakukan apa-apa yang harus dilakukan.

Pengertian di atas hampir tidak ada bezanya dengan pengertian etika, sehingga kadang-kadang disamakan antara ilmu akhlak dan etika. Namun jika diteliti secara seksama, maka sebenarnya antara keduanya mempunyai segi-segi perbezaan. Sedangkan pada etika dan moral yang membezakan adalah pada tolok ukurnya. Jika dalam etika untuk menentukan nilai perbuatan manusia (baik atau buruk) dengan tolok ukur akal pikiran maka dalam pembahasan moral tolok ukurnya adalah norma-norma yang hidup dalam masyarakat, yang dapat berupa adat istiadat, agama dan aturan-aturan tertentu.

Inti pengertian di atas adalah harus ada seperangkat nilai yang mengatur manusia untuk berbuat sesuatu untuk mencapai tujuan, iaitu kebaikan tertinggi (matsal a’la’) yang dalam teori etika tolok ukurnya adalah akal pikiran secara universal tanpa memandang ia hidup di mana dan kapan, serta memeluk agama apa. Sedangkan dalam akhlak (dalam hal ini adalah akhlak Islam) merupakan seperangkat nilai untuk menentukan baik dan buruk,

(13)

13

tolok ukurnya adalah nilai-nilai Islam yang difahami daripada al-Qur’an dan al-Hadits. Bagi umat Islam, al-Qur’an dan al-Hadits merupakan sumber utama (marji’iyyah ula’) untuk mengatur segala perilakunya, sehingga segala perilakunya tidak boleh lepas dari tuntunan keduanya. Hal ini tidak bererti manusia tidak bebas memilih yang dalam pembahasan akhlak atau etika merupakan unsur utama yang harus dipertimbangkan kerana suatu perbuatan dapat dinilai itu mesti ada kebebasan. Namun seseorang yang sudah menentukan pilihannya untuk memeluk Islam yang mengandungi makna berserah diri dan tunduk pada ketentuan Allah, akan terikat pada sistem nilai-nilai Islam. Sebaliknya bila seseorang menentukan pilihannya pada yang lainnya, ia akan terikat dengan sistem nilai-nilai lain, kerana tidak ada konsep bebas yang mutlak kecuali hanya milik Allah yang tidak terikat ruang dan waktu.

Dengan demikian dapat dinyatakan bahawa akhlak Islam adalah sistem nilai yang mengatur pola sikap dan tindakan manusia di atas bumi. Sistem nilai yang dimaksud adalah ajaran Islam dengan masdar al-Qur’an dan al-Hadits sebagai sumber nilainya serta ijtihad sebagai metode berfikirnya. Pola sikap dan tindakan yang dimaksud mencakup pola hubungan dengan Allah (ibadah), sesama manusia (termasuk dengan dirinya sendiri) dan alam (mu’amalah). Pola hubungan dalam akhlak Islam ini saling berhubungan sehingga orang dapat dikatakan berakhlak mulia apabila ia baik hubungannya dengan Allah, dengan sesama manusia mahupun dengan makhluk lainnya.

(14)

14

KULIYAH 3

MASADIR AKHLAK, TUJUAN DAN KEPENTINGANNYA

Sumber Asas Akhlak dalam Islam: 1) Al-Qur'an

ميِظَع قُلُخ ىلَعَل َكهنِإ َو

Tafsirnya: Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah orang yang berakhlak sangat

agung lagi (mulia). (QS. Al-Qalam: 4).

Pujian Allah ini bersifat individual dan khusus hanya diberikan kepada Nabi Muhammad kerana kemuliaan dan keagungan akhlaknya. Penggunaan istilah khulukun

‘adhim menunjukkan keagungan dan kehebatan akhlak Nabi Muhammad. Banyak Nabi

dan Rasul yang disebut dalam Al-Qur’an, tetapi hanya Nabi Muhammad yang mendapatkan pujian sedahsyat itu. Dengan lebih tegas Allah pun memberikan penjelasan secara terang bahawa akhlak Rasulullah sangat layak untuk dijadikan standar model (mitsaliy) dan contoh tauladan bagi umatnya, sehingga layak untuk dijadikan idola yang ditauladani sebagai uswah hasanah, melalui firman-Nya:

ناك دقل مكل ةنسح ةوسأ الله لوسر يف

Tafsirnya: Sungguh bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat suri tauladan yang baik …

2) Al-Hadits

Dalam ayat al-Qur’an telah diberikan penegasan bahawa Rasulullah merupakan contoh yang layak ditiru dalam segala sisi kehidupannya. Di samping itu, ayat tersebut juga mengisyaratkan bahawa tidak ada satu “sisi-gelap” pun yang ada pada diri Rasulullah, kerana semua sisi kehidupannya dapat ditiru dan diteladani kecuali sifat sifat khas baginya. Ayat di atas juga mengisyaratkan bahawa Rasulullah sengaja diproyeksikan oleh Allah untuk menjadi “model dasar” akhlak umat manusia secara universal, kerana Rasulullah diutus sebagai rahmatan lil ‘alamin. Hal ini didukung pula dengan hadits:

قلاخلاا مراكم ممتلإ تثعب امنا

Maksudnya: Sesungguhnya saya ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

(15)

15

kehidupan umat manusia, maka substansi misi Rasulullah itu sendiri adalah untuk menyem-purnakan akhlak seluruh umat manusia agar dapat mencapai akhlak yang mulia. Yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana substansi akhlak Rasulullah itu. Dalam hal ini, para sahabat pernah bertanya kepada isteri Rasulullah, yakni Aisyah Radiyallahu

‘anha. yang dipandang lebih mengetahui akhlak Rasulullah dalam kehidupan sehari-hari,

maka Aisyah menjawab:

نارقلا هقلخ ناك

Maksudnya: Substansi akhlak Rasulullah itu adalah al-Qur’an.

Dari jawapan singkat tersebut diketahui bahawa akhlak Rasulullah yang tercermin melalui semua tindakan, ketentuan, atau perkataannya sentiasa selari dengan nilai-nilai al-Qur’an, dan benar-benar merupakan amalan nyata dari kandungan al-Qur’an. Semua perintah dilaksanakan, semua larangan dijauhi, dan semua isi al-Qur'an didalaminya untuk dilaksanakannya dalam kehidupan sehari-hari.

Tujuan Akhlak

Tujuan akhlak adalah mencapai kebahagiaan hidup umat manusia dalam kehidupannya, baik di dunia mahupun akhirat. Jika seseorang dapat menjaga kualiti mu’amalah ma’allah dan mu’amallah ma’annas, in sya Allah akan memperoleh ridha-Nya. Orang yang mendapat ridha Allah niscaya akan memperoleh jaminan kebahagiaan hidup, baik duniawi mahupun ukhrawi.

Seseorang yang berakhlakul karimah pantang berbohong sekalipun terhadap diri sendiri dan tidak pernah menipu apalagi menyesatkan atau menzalimi orang lain. Orang seperti ini biasanya dapat hidup dengan tenang dan damai, memiliki pergaulan luas dan banyak kawan, serta dihargai kawan dan lawan serta disegani siapapun yang mengenalnya. Ketenteraman hidup orang berakhlak juga ditopang oleh perasaan optimistik menghadapi kehidupan ukhrawi lantaran mua’amalah ma’allahnya sudah sesuai dengan ketentuan Allah sehingga tidak sedikitpun terbetik perasaan khuatir untuk “mampir” di neraka, walaupun sifat al-raja’ dan khauf telah sebati dengan qalbunya.

Ketenteraman dan kebahagiaan hidup seseorang tidak berkorelasi positif dengan kekayaan, kepandaian, atau pangkat dan jawatan. Jika seseorang berakhlak al-karimah, terlepas apakah ia seorang yang kaya atau miskin, berpendidikan tinggi atau rendah, memiliki jawatan tinggi, rendah, atau tidak memiliki jawatan sama sekali, in sya Allah akan dapat memperoleh kebahagiaan.

Kepentingan Akhlak

Hari ini kita berada di tengah pusaran kuasa media, revolusi ilmu pengetahuan dan teknologi tidak hanya mampu menghadirkan sejumlah kemudahan dan kenyamanan hidup bagi manusia modern, melainkan juga mengundang serentetan permasalahan dan

(16)

16

kekhawatiran. Teknologi multimedia misalnya, yang berubah begitu cepat sehingga mampu membuat informasi cepat didapat, kaya isi dan maklumat, tidak terbatas ragamnya, serta lebih mudah dan gampang untuk dinikmati. Namun, di balik semua itu, sangat potensial untuk mengubah cara hidup seseorang, bahkan dengan mudah dapat merambah ke bilik-bilik keluarga yang semula sarat norma susila dan akhlak.

Kita mesti kaya informasi dan tidak boleh ketinggalan, jika tidak mampu dikatakan tertinggal. Tetapi terlalu naif rasanya jika mahu mengorbankan kepribadian hanya untuk mengejar informasi dan hiburan. Di sinilah akhlak mesti berperanan, sehingga mampu menyaring “ampas negatif“ teknologi dan menjaring saripati informasi positif.

Dengan kelebihan yang ada pada akhlakul karimah, seseorang akan berpegang kuat pada komitmen nilai. Komitmen nilai inilah yang dijadikan modal dasar pengembangan akhlak, sedangkan fondasi utama sejumlah komitmen nilai adalah iman yang kukuh. Akhlak pada hakikatnya merupakan manifestasi aqidah. Akidah yang kokoh berkorelasi positif dengan akhlakul karimah.

Mencermati Fenomena aktual di tengah masyarakat kita hari ini, dapat diperoleh kesimpulan sementara bahawa sebahagian kuasa media secara umum, pengaruh televisi, multi media lainnya terasa lebih memunculkan dampak negatif bagi budaya masyarakat kita. Tidak dipungkiri adanya dampak positif dalam hal ini, meski terasa belum seimbang dengan “pengorbanan” yang ada.

Televisyen yang sarat muatan hedonistik menebarkan jala untuk menjaring penonton dengan berbagai tayangan yang menarik penuh janji kenikmatan, keasyikan, dan kesenangan. Belum lagi penayangan film laga yang berbau darah, atau iklan yang mengeksploitasi aurat wanita. Adanya sekat-sekat budaya dipandang tidak relevan di era global ini, sehingga sensor dipandang sebagai sesuatu yang aneh dan tidak diperlukan lagi. Menghadapi fenomena seperti ini hanya satu tumpuan harapan kita, yakni pendidikan

akhlak melalui keluarga, sekolah, dan masyarakat.

Adanya fenomena yang harus dicermati dan dicarikan solusi. Munculnya mall di bandar-bandar besar, satu sisi membuat orang suka berbelanja di ruang-ruang sejuk yang sarat dengan dagangan tertata rapi dan warna-warni, tetapi disisi lain sebahagian mall mulai difungsikan untuk lepak bagi belia dan mencari sasaran “pasangan sementara” dengan imbalan material mahupun kepuasan badani. Menghadapi kenyataan ini gerakan

bina moral serentak untuk menanamkan akhlakul karimah serasa tidak dapat ditangguh

lagi.

Belum lagi munculnya tempat hiburan malam yang dilengkapi dengan minuman keras serta peredaran ubat-ubat terlarang (dadah) yang banyak menimbulkah korban-korban generasi belia. Menghadapi persoalan ini, di samping perlunya pengawasan ibubapa terhadap putera-puterinya di rumah disertai contoh yang baik dalam berakhlakul karimah juga diperlukan tindakan represif dari individu terkait. Usaha

(17)

17

menumbuhkembangkan akhlakul karimah merupakan tanggung jawab bersama, yakni keluarga, sekolah, kerajaan, dan masyarakat. Keempat-empat institusi tersebut memiliki tanggung jawab bersama untuk membina akhlakul karimah, terutama di kalangan generasi belia.

Kepentingan akhlak semakin terasa jika dikaitkan maraknya aksi perompakan, pencurian, pembulian, rasuah, manipulasi, dan berbagai upaya untuk cepat kaya tanpa kerja keras. Untuk mengatasi semua fenomena tersebut dilakukan tindakan represif melalui penanaman akhlakul karimah. Tanpa usaha prefentif, segala bentuk usaha represif tidak akan mampu menyelesaikan masalah, kerana semua pelaku kejahatan selalu patah tumbuh hilang berganti.

Serangkaian fenomena “menyimpang” tersebut di atas merupakan akibat negatif dari moderniti yang ada di tengah-tengah kita. Hidup di era global ini tidak memungkinkan untuk melarikan diri dari kenyataan moderniti. Moderniti tidak perlu dijauhi, kerana kesalahannya tidak terletak pada modernitinya itu sendiri, tetapi pada tingkat komitmen nilai dari morality suatu bangsa dan umat dalam merespon arus moderniti yang semakin sulit untuk dibendung.

Di dalam merespon kemajuan zaman, umat Islam harus memiliki moral berkualiti unggul. Ummah yang unggul dalam perspektif Islam adalah ummah yang berakhlakul karimah. Sebagaimana sabda Rasulullah: Maksudnya: Sesungguhnya yang paling unggul di antara kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya. (H.R. Bukhari). Bahkan dalam hadits lain Rasulullah bersabda: Maksudnya: Yang disebut bagus adalah bagus akhlaknya. (H.R. Muslim).

(18)

18

KULIYAH 4

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

Islam memiliki dasar-dasar konseptual tentang ahklak yang komprehensif (syumul) dan menjadi karakteristik yang khas. Di antara karakteristik tersebut adalah:

1) Akhlak meliputi perkara yang bersifat umum dan terperinci.

Di dalam Al-Qur’an ada ajaran akhlak yang dijelaskan secara umum, tetapi ada juga yang diterangkan secara terperinci. Sebagai contoh, ayat yang menjelaskan masalah akhlak, secara umum adalah Q.S. An-Nahl (16): 90, yang menyuruh untuk berakhlak secara umum: Untuk berbuat adil, berbuat kebaikan, melarang perbuatan keji, mungkar, dan permusuhan. ِإ َّ ن َّ َّه للّٱ َّ َُّرُمۡأهي َّ َِّلۡدهعۡلٱِب َّ َِّنَٰهس ۡحِ ۡلۡٱ هو َّ َّ يٓاهتيِإ هو َّ يِذ َّ ََّٰىهب ۡرُقۡلٱ َّ ََّٰىههۡنهي هو َّ َِّنهع َّ َِّءٓاهش ۡحهف ۡلٱ َّ َِّرهكنُمۡلٱ هو َّ َّ ِيۡغهبۡلٱ هو َّ َّۡمُكُظِعهي َّ َّۡمُك لهعهل َّ َّهنو ُر كهذهت

Sedangkan contoh ayat yang menjelaskan masalah akhlak secara terperinci adalah Q.S. Al-Huujurat (49): 12, yang menunjukkan larangan untuk saling mencela, serta memanggil dengan gelar yang buruk.

اههُّيهأَٰٓهي َّ َّهنيِذ لٱ َّ َّ اوُنهماهء َّ َّ اوُبِنهت ۡجٱ َّ ا ٗريِثهك َّ َّهنِ م َّ َِّ ن ظلٱ َّ َّ نِإ ََّّهب َّهضۡع َّ َِّ ن ظلٱ َّ َّ مۡثِإ َّ َّهو َّ َّهل َّ َّ اوُس سهجهت َّ َّهل هو َّ بهت ۡغهي َّ مُكُض ۡع ب َّ َّ اًض ۡعهب َّ َُّّب ِحُيهأ َّ َّۡمُكُدهحهأ َّ نهأ َّ َّهلُكۡأهي َّ َّهم ۡحهل َّ َِّهي ِخهأ َّ اٗت ۡيهم َّ َّ ُهوُمُت ۡه ِرهكهف َّ َّ اوُق تٱ هو َّ َّ ه للّٱ َّ َّ نِإ َّ َّه للّٱ َّ َّ با وهت َّ َّ مي ِح ر

2) Akhlak bersifat menyeluruh (syamilah).

Dalam konsep Islam, akhlak meliputi seluruh kehidupan umat Islam, baik beribadah secara khusus kepada Allah mahupun dalam hubungannya dengan sesama makhluk seperti akhlak dalam mengurus sumber alam, mengatur ekonomi, menata politik, kehidupan individu, kehidupan berkeluarga, dan bermasyarakat.

3) Akhlak sebagai buah (thamarah) iman.

Akhlak memiliki sifat (karakter) dasar yang berkait rapat dengan masalah keimanan. Jika iman dapat diibaratkan akar sebuah pohon, sedangkan ibadah merupakan batang, ranting dan daunnya, maka akhlak adalah buahnya. Iman yang kuat akan termanifestasikan oleh ibadah yang teratur dan membuahkan akhlakul karimah. Lemahnya iman dapat terdeteksi melalui indikator tidak tertibnya ibadah dan susah membuahkan akhlakul karimah.

4) Akhlak menjaga wasilah dengan hadaf.

(19)

19

syariat sekalipun dengan maksud untuk mencapai tujuan yang baik. Hal tersebut dipandang bertentangan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip ahklakul karimah yang sentiasa menjaga konsistensi cara (tariqah) mencapai tujuan tertentu dengan tujuan itu tersendiri.

Akhlak Karimah dalam Kehidupan abi Muhammad

Akhlak al-Karimah atau Makarim al-Akhlaq adalah akhlak yang terpuji atau akhlak yang

mulia di sisi Allah (mengikut syariah). Akhlak yang terpuji ini merupakan implementasi dari sifat dan prilaku yang baik dalam diri manusia. Akhlak al-karimah dapat dilihat dari sifat, tingkah laku mahupun perbuatan yang dicontohkan oleh nabi Muhammad dan para sahabat baginda.

Nabi Muhammad tercatat dalam tinta emas sejarah dunia sebagai pembawa perubahan dunia yang paling hebat, sebagai suri tauladan umat manusia. Hanya dalam masa dua puluh tiga (23) tahun Nabi Muhammad telah berjaya menyusun kembali seluruh kehidupan umat manusia yang sarat kezaliman dan kebiadaban, kemudian membangun semula menjadi sebuah kehidupan yang sarat nilai luhur. Pada masa kelahiran Rasulullah dikenal sebagai zaman jahiliyah atau zaman kebodohan. Sekalipun pada masa itu bangsa Arab telah memiliki kebudayaan tinggi bahkan memiliki tingkat kecerdasan rata-rata, tetapi morality dan etika kehidupan mereka sangat rendah. Hanya dalam waktu yang relatif singkat, Nabi Muhammad telah mampu membangun moraliti dunia Arab atas puing-puing jahiliyah, bahkan mampu membangun tamadun dan peradaban Islam yang akhirnya melebar ke beberapa penjuru dunia.

Rasulullah yang mengobarkan dakwah dan jihad Islam telah berhasil membawa kemenangan gemilang, meski tidak menyediakan kekuatan pada perlengkapan perang yang canggih mahupun strategi perang yang jitu. Semua kejayaan perjuangan Rasulullah tersebut lebih banyak ditopang oleh kearifan, keberanian, kesedaran dan keadilan yang didorong oleh semangat menegakkan akhlak al-karimah.

Dengan akhlak, Rasulullah telah memenuhi kewajipan dan menunaikan amanah. Rasulullah mengajak umat manusia untuk bertauhid dan menjauhkan umat dari syirik. Di samping itu, Rasulullah menghargai kepercayaan dan keyakinan orang lain juga dengan akhlak. Dengan akhlak pula Rasulullah menghadapi musuh di medan perang dan membangun negara di Madinah. Lebih dari itu, Rasulullah dalam kondisi apapun dan berhadapan dengan siapapun sentiasa mengamalkan akhlak al-karimah secara nyata dan konsisten.

Semua orang yang pernah mengenalnya tidak satupun yang tidak mengagumi perilaku dan akhlaknya, sekalipun ia seorang yang kafir. Kalaupun para pemuka kafir Quraisy membenci Muhammad dan memburunya, adalah semata-mata kerana gerakan dakwahnya yang dipandang “subversif” kerana dianggap telah berbuat makar terhadap “tuhan” mereka yakni dewa-dewa dan patung-patung yang mereka sembah dan

(20)

20

muliakan.

Dalam kehidupan berkeluarga, Nabi Muhammad telah menunjukkan diri sebagai ketua rumah tangga yang tanpa cacat dalam pandangan semua anggota keluarga, masyarakat sekitarnya, bahkan dalam pandangan semua umatnya. Semua gerak langkah adat kebiasaannya, bahkan keputusan-keputusannya terdokumentasikan dalam sunnah Rasulullah dan ditauladani oleh semua umatnya hingga akhir zaman.

Dalam bidang social politik, Nabi Muhammad telah mampu menunjukkan “kelasnya” sebagai politikus terkemuka, semua keputusan dan langkah politiknya mengindikasikan muatan akhlakul karimah. Hal tersebut tercermin melalui kemampuannya untuk meredam konflik antar etnik serta fiksi yang bermuara pada kepelbagaian, serta penampilannya sebagai orang yang sangat sukakan musyawarah yang mampu mengakomodasi aspirasi dan potensi ummat, dengan bimbingan dan hidayah dari Allah Subahanahu Wata’ala.

Melalui kajian sejarah (sirah) dapat diperoleh serangkaian fakta bahawa sejak masa kanak-kanak, remaja, dan dewasa tidak diperoleh adanya fakta yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad pernah melakukan suatu tindakan yang agak tercela, apalagi tercela. Bahkan lingkungan di mana sahaja beliau berada sepakat memberinya gelar

al-amin, yang bererti orang yang terpercaya. Gelar ini diberikan setelah melampaui ujian

panjang dalam kehidupannya yang tidak pernah ada cacat kebohongan sama sekali, bahkan selalu diwarnai kejujuran dan kesantunan.

Akhlak Nabi, yang mencakup sifat, ucapan dan perilakunya adalah cerminan akhlak yang baik (akhlak al-karimah), sehingga beliau menjadi suri tauladan bagi umatnya di seluruh dunia. Sebagaimana dalam firman Allah Subahanahu Wata’ala:

ةنسح ةوسأ الله لوسر يف مكل ناك دقل

Tafsirnya: Sungguh bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat suri tauladan yang

baik…

(21)

21

KULIYAH 5

PENGENALAN TASAWUF; SUMBER DAN TUJUAN

Asal Usul Istilah Tasawuf.

1) Perkataan “tasawuf” adalah bahasa Arab dari kata suf yang maksudnya bulu domba. Orang sufi biasanya memakai pakaian dari bulu domba yang kasar sebagai simbol kesederhanaan dan kesucian. Dalam sejarah tasawuf disebutkan, bahawa orang yang pertama kali menggunakan kata sufi adalah seorang zahid yang bernama Abu Hasyim Al-Kufi di Irak (wafat tahun 150H).

2) Ahl al-Suffah, iaitu orang-orang yang ikut hijrah dengan Nabi dari Mekkah ke Medinah yang kerana kehilangan harta, mereka berada dalam keadaan miskin dan tidak memiliki apa-apa. Mereka tinggal di serambi Masjid Madinah dan tidur di atas batu dengan memakai pelana sebagai bantal. Pelana disebut suffah. Walaupun hidup miskin, Ahl Suffah berhati baik dan mulia. Gaya hidup mereka tidak mementingkan keduniaan yang bersifat benda, tetapi mementingkan keakhiratan yang bersifat rohani. Mereka miskin harta, tetapi kaya budi yang mulia. Itulah sifat-sifat semula jadi kaum sufi.

3) Shafi iaitu suci. Orang-orang sufi adalah orang-orang yang mensucikan dirinya dari hal-hal yang bersifat keduniawian dan mereka lakukan melalui latihan yang berat dan lama. Dengan demikian mereka sebenarnya adalah orang-orang yang suci hatinya.

4) Sophia, berasal dari bahasa Yunani, yang bermaksud hikmah atau falsafah. Jalan yang ditempuh oleh orang-orang sufi memiliki kesamaan dengan cara yang ditempuh oleh para failasuf. Mereka sama-sama mencari kebenaran yang berawal dari keraguan dan ketidakpuasan.

5) Saff pertama. Sebagaimana halnya orang yang shalat pada saff pertama mendapat kemuliaan dan pahala yang utama, demikian pula orang-orang sufi dimuliakan Allah dan mendapat pahala, kerana dalam shalat jamaah mereka mengambil saff yang pertama.

Di antara kelima asal-usul kata tasawwuf, yang disebut pertama lebih banyak disebut para ahli sebagai asal kata tasawwuf. Dalam kisah orang-orang Shufi dahulu, disebutkan bahawa kebiasaan mereka memakai pakaian yang berasal dari kulit dan bulu domba yang kasar. Dengan pakaian dari bulu domba yang kasar dan sederhana itu orang-orang shufi akan terhindar dari sifat riya dan menunjukkan kezuhudan pemakainya.

Pengertian Tasawuf

Untuk menyatakan hakekat tasawuf itu sangat sulit, kerana tasawuf menyangkut masalah rohani dan batin manusia yang tidak dapat dilihat. Oleh kerana itu, ia hanya dapat diketahui bukan hakikatnya, melainkan gejala-gejalanya yang tampak dalam ucapan, cara dan sikap hidup para shufi membuat definisi tasawuf tersebut. Sekalipun demikian para shufi membuat definisi tasawuf berbeza-beza sesuai dengan pengalaman empirikalnya

(22)

22

masing-masing dalam mengamalkan ajaran tasawuf.

Menurut Ma’ruf al-Karhi, tasawuf adalah berpegang pada apa yang hakiki dan menjauhi sifat tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia. Ahmad al-Jariri ketika ditanya seseorang: Apa itu tasawuf? Ia menjawab: Masuk ke dalam setiap akhlak yang tinggi (mulia) dan keluar dari setiap akhlak yang rendah (tercela). Sementara Abu Ya’qub

al-Susi menjelaskan bahawa shufi ialah orang yang tidak merasa sukar dengan hal-hal

yang terjadi pada dirinya dan tidak mengikuti keinginan hawa nafsu.

Definisi-definisi di atas menunjukan betapa besarnya peranan akhlak dalam tasawuf. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa tasawuf ini dimaksudkan sebagai usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menekankan pentingnya akhlak atau sopan santun, baik kepada Allah mahupun kepada sesama makhluk.

Selanjutnya definisi tasawuf ini mengalami perkembangan, hal ini terlihat dari definisi yang dikemukakan Dzu al-Nun al-Mishri bahawa tasawuf adalah usaha mengalahkan segala-galanya untuk memilih Allah, sehingga Allah pun akan memilih seorang shufi dan mengalahkan segala sesuatu. Dari definisi ini, pembahasan tasawuf mulai memasuki wilayah cinta ilahi yang dikenal dengan mahabbah. Shufi adalah orang yang mencintai Allah sampai mengalahkan segala-galanya.

Kemudian definisi tasawuf berkembang lagi dengan datangnya shufi besar, Abu

Yazid al-Bustami yang mendefinisikan tasawuf dengan shifat al-Haqq yalbisuha al-Khalqu

(sifat Allah yang dikenakan oleh hambaNya). Hal ini menunjukan adanya perkembangan definisi dari Abu Yazid yang terkenal dengan syafhahatnya, iaitu: idzhar bathin bi

al-‘ibrat badalan min al-isyarat (mengungkapkan secara lisan akan kondisi bathin atau

mengungkapkan pengalaman spiritual yang sebenarnya cukup diisyaratkan).

Lebih jauh Imam Junaid Baghdadi mendefinisikan tasawuf sebagai berikut:

al-tashawwuf antakuna ma’a Allah bila ‘alaqatin (tasawuf adalah engkau bersama Allah

tanpa hubungan). Maksudnya, seorang shufi bersama Allah bukan dalam hubungan antara makhluq dan khaliq, bukan hubungan antara 'abid dan ma’bud. Menurut al-Junaid, selagi masih ada hubungan berarti masih mempertahankan eksistensi diri, masih mengakui keberadaan diri makhluq.

Ajaran tasawuf al-Junaid dikembangkan lagi oleh shufi terkenal, Husain ibn

Manshur al-Hallaj yang mati dihukum gantung oleh pemerintah tahun 309 H, kerana ia

mengaku dirinya telah menyatu dengan Tuhan, sebagaimana terlihat dari ucapannya: ana

Allah...ana al-Haqq (aku adalah Allah....aku adalah yang maha benar).

Di sini timbul pertanyaan: kenapa al-Hallaj demikian keras mempertahankan ucapannya yang melanggar syari’ah sehingga ia menerima hukuman gantung, padahal al-Junaid sebagai gurunya telah memperingatkannya. Alasan al-Hallaj: “apa pun yang akan terjadi, saya tetap mempertahankan ucapan ana Allah ... ana al-Haqq, kerana saya ingin

(23)

23

segera menyatu dengan Allah. Gara-gara jasmani saya, saya menjadi tidak dapat menyatu dengan Allah”. Nampaknya, hukuman gantung bukan hanya tidak ditakuti oleh al-Hallaj, melainkan justru dirindukannya, kerana jasad dirinya dianggap sebagai penghalang untuk segera kembali kepada Allah.

Memperhatikan definisi-definisi tasawuf yang dikemukakan oleh Dzu Nun al-Mishri, Abu Yazid al-Busthami, al-Junaid, dan al-Hallaj, dapat dipahami bahawa tasawuf ini bukan hanya menekankan masalah akhlak, melainkan sudah membahas masalah hubungan langsung antara shufi dan Tuhan, bahkan berlanjut kepada kebersamaan (maiyyah) antara shufi dan Tuhannya.

Berdasarkan definisi tasawuf yang telah dikemukakan di atas dapat disimpulkan bahawa tasawuf di samping sebagai sarana untuk memperbaiki akhlak manusia agar jiwanya menjadi suci, sekaligus sebagai sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber Ajaran Tasawuf

Dalam sumber ajaran Islam, al-Qur’an dan hadist terdapat ajaran yang dapat membawa kepada timbulnya tasawuf. Paham bahawa Tuhan dekat dengan manusia, yang merupakan ajaran dasar dalam mistisisme ternyata ada di dalam al-Qur’an dan hadits. Dalam QS. Al-Baqarah: 186 menyatakan:

ِناَعَد اَذِإ ِعاهدلا َة َوْعَد ُبي ِجُأ ٌبي ِرَق يِ نِإَف يِ نَع يِداَبِع َكَلَأَس اَذِإ َو

Tafsirnya: Jika hamba-hamba-Ku bertanya padamu tentang diri-Ku. Aku adalah dekat. Aku mengabulkan seruan orang memanggil jika ia panggil Aku.

Kata da’ani yang terdapat dalam ayat di atas, oleh ulama sufi ditafsirkan bukan berdoa dalam erti yang lazim dipakai, melainkan dengan erti berseru atau memanggil. Tuhan mereka panggil, dan Tuhan memperlihatkan diri-Nya kepada mereka.

Dalam QS. Al- Baqarah: 115, juga menyatakan:

ِ اللَّ ُهْج َو همَثَف ْاوُّل َوُت اَمَنْيَأَف ُب ِرْغَمْلا َو ُق ِرْشَمْلا ِ ِلِل َو

Tafsirnya: Timur dan Barat kepunyaan Allah, maka kemana saja kamu berpaling disitu

(kamu jumpai) wajah Tuhan.

Bagi ulama sufi, ayat ini mengandung maksud bahawa di mana saja Tuhan ada, dan dapat dijumpai. Dalam pernyataan mereka dinyatakan: “Barangsiapa telah mengenali dirinya, pasti ia mngenali Tuhannya.

Hadits yang mempunyai pengaruh kepada timbulnya fahaman tasawuf adalah hadits qudsi yang bermaksud: Aku pada mulanya adalah harta yang tersembunyi,

(24)

24

kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakanlah makhluk dan merekapun kenal pada-Ku melalui diri-Ku.

Mafhum hadist ini, bahawa Tuhan dapat dikenali melalui makhluk-Nya, dan pengetahuan yang lebih tinggi ialah mengetahui Tuhan melalui diri-Nya.

Tujuan Tasawuf

Sebelum dikemukakan tujuan tasawwuf, terlebih dulu dijelaskan pengertian “fana” dan “ma’rifat”. Fana dalam erti filosofis adalah meniadakan diri supaya ada. Menurut ilmu tasawwuf, fana adalah leburnya pribadi pada sifat baqa Allah, di mana perasaan keinsanan lenyap diliputi rasa ketuhanan. Dengan fana hilanglah sifat-sifat buruk (maksiat lahir dan maksiat bathin), dan kekalnya sifat-sifat terpuji (taat lahir dan taat bathin). Adapun pengertian ma’rifat adalah pengetahuan hakiki tentang Tuhan, atau melihat Tuhan dengan hati sanubari.

Tujuan tasawwuf adalah “fana” untuk mencapai “ma’rifat”. Dalam hal ini ahli-ahli tasawwuf menyimpulkan: Tasawwuf itu ialah mereka fana dari dirinya dan baqa dengan Tuhannya, kerana kehadiran hati mereka bersama Allah. Tasawuf menghantarkan manusia untuk mendekatkan diri setingkat demi setingkat kepada Tuhannya, sehingga ia demikian dekat berada di hadirat-Nya.

Dengan demikian maka tujuan terakhir dari tasawwuf itu adalah beribadah

kepada Allah melalui musyahadah (seakan-akan melihat Allah) atau muraqabah iaitu

meyakini bahawa Allah menyaksikan hambanya beribadah. (lihat Hadis Jibril alaihi salam tentang maqam al-Ihsan)

كاري هناف هارت نكت مل ناف هارت كناك الله دبعت نا ناسحلاا ملعا اللهو

(25)

25

KULIYAH 6

LATAR BELAKANG ILMU TASAWUF

Zaman Rasulullah

Meskipun secara tekstual tidak ditemukan ketentuan agar umat Islam melaksanakan tasawuf akan tetapi kegiatan tasawuf telah dilakukan oleh Nabi Muhammad. Sebelum diangkat menjadi rasul, ia telah berulang kali pergi ke Gua Hira dengan membawa sedikit perbekalan. Tujuannya disamping untuk mengasingkan diri dari masyarakat kota Mekkah yang sedang hanyut dalam kehidupan kebendaan dan penyembahan berhala, juga untuk merenung dalam rangka mencari hakekat kebenaran yang disertai dengan melakukan banyak berpuasa dan beribadah, sehingga jiwanya menjadi semakin suci.

Peri hidup Rasulullah dan sahabat-sahabatnya tidak didasarkan pada nilai-nilai material, nilai-nilai yang bersifat duniawi, misalnya mencari kekayaan pribadi, tetapi bertumpu pada nilai-nilai ibadah, mencari keridhaan Allah, akhlak mereka demikian tinggi, tunduk, patuh kepada Allah, tawadhu’ (merendah diri) dan sebagainya, bagaikan tanaman padi, kian berisi kian merunduk. Peri hidup Nabi dan para sahabat Baginda yang terpuji (akhlaqul karimah) tersebut antara lain:

a) Hidup zuhud (tidak mementingkan keduniaan). b) Hidup qana’ah (menerima apa adanya).

c) Hidup taat dan patuh (senantiasa menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya).

d) Hidup istiqamah (tetap beribadah).

e) Hidup mahabbah (sangat cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melebihi cinta kepada dirinya dan

makhluk lainnya).

f) Hidup ubudiah (mengabdikan diri kepada Allah).

Sikap hidup seperti tersebut di atas, kemudian diikuti oleh kaum sufi, kemudian menjadi sikap hidup mereka.

Dari perilaku kehidupan Rasulullah dan para sahabat Baginda serta asas ajaran tasawwuf di atas, dapat kita ertikan bahawa hakikat tasawwuf itu adalah mencari jalan untuk memperoleh kesempurnaan hidup rohani. Untuk memperoleh kesempurnaan hidup rohani ini memang tidak mudah, biasanya memerlukan suatu proses, bahkan kadang-kadang proses itu memerlukan masa yang panjang.

Seorang sufi yang ternama pada mulanya juga mengagumi hal-hal yang bersifat lahiriyah dan duniawi, yang dapat diraba dan dirasakan dengan panca-indera, tetapi lama kelamaan kepuasan merasakan sesuatu yang lahir itu berangsur-angsur surut. Maka

(26)

26

sirnalah keindahan dunia yang bersifat kebendaan dan mereka mencari kepuasan lain. Mereka menuju alam rohani, yang tidak dapat diraba dengan panca-indera, melainkan hanya dapat dirasakan dengan perasaan halus (zauq latif).

Seseorang tidak mungkin memahami dan terjun ke dalam tasawwuf, kecuali sesudah ruh dan jiwanya menjadi kuat, demikian kuatnya sehingga ia dapat melepaskan dirinya dari kemegahan dan keindahan duniawi. Peralihan dari ketidakpuasan merasakan nikmatnya keindahan duniawi menuju kepada dunia ghaib, ibarat kekaguman seorang anak kecil tentang benda-benda yang terdapat pada alam sekelilingnya. Semua yang pertama kali dilihatnya dirasa indah dan hebat. Ketika perkembangan jiwanya meningkat, sehingga apa-apa yang tadinya dipandang indah dan hebat menjadi kecil dan remeh. Mereka meninggalkan benda-benda itu dan mencari benda-benda yang dapat memuaskan dirinya.

Jadi tasawwuf itu pada asasnya adalah pindah dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Pindah dari alam kebendaan kepada alam keruhanian. Sebagai contoh dikemukakan di sini salah satu sisi kehidupan (pengalaman) salah seorang sufi yang terkemuka, iaitu Muhyiddin Ibn Arabi. Sebagai manusia, ia merasakan keindahan dunia sebagaimana dirasakan oleh manusia lainnya. Ketika berumur 38 tahun, masa peralihan dari masa muda ke masa tua, ia pergi ke Hejaz dan tinggal serta berguru pada seorang alim ulama di Mekkah. Gurunya itu mempunyai seorang anak perempuan yang cantik jelita, ditambah pula dengan budi bahasanya yang lembut. Perjumpaan Ibn Arabi dengan anak perempuan gurunya itu sangat mengganggu pikirannya. Ia ingin selalu dekat dengan orang yang disenanginya itu. Siang dikenang, malam diimpikan. Banyak sudah karangan yang telah ditulisnya, hanya untuk menggambarkan kekaguman dan kecantikan orang yang dicintainya.

Demikian indahnya rangkaian kalimat yang diciptakan Ibn Arabi sehingga dapat menjelaskan kepada kita bahawa besar dan kuatnya rasa cinta terhadap keindahan alam lahir dapat mempengaruhi sikap seseorang. Demikianlah perasaan yang pernah dialami Ibn Arabi. Salah satu kalimat curahan perasaan yang bersifat kesenangan duniawi terungkap dalam perkataannya, maknanya: “Demikian rupa hatiku terpikat olehnya, pikiran dan jiwaku seakan-akan terbelenggu, sehingga yang kutuju, setiap nama yang kusebut, namanyalah yang kukehendaki, setiap kampung kampungnyalah juga seakan-akan yang kumasuki.”

Kata-kata Ibn Arabi tersebut menunjutkan bagaimana keadaan seseorang yang telah tenggelam dalam merasakan nikmat pendengaran, penglihatan, dan perasaan hati. Jika pengaruh itu tidak segera dibersihkan, maka manusia tidak dapat melepaskan diri dari kecintaannya terhadap dunia yang bersifat materi ini. Ibn Arabi menyadari akan maksud dan tujuannya datang ke Mekkah ini, ia teringat akan cita-citanya semula. Lalu ia berusaha untuk dapat melepaskan diri dari belenggu syahwat yang telah mengikat alam pikirannya. Ikhtiar Ibn Arabi semacam ini dapat kita katakan permulaan menjauhkan diri dari kesenangan lahir menuju pada kesenangan rohani, yang boleh kita anggap peralihan

(27)

27

kepada tingkat iman yang lebih tinggi.

Perhatian Ibn Arabi beralih dari bumi ke angkasa raya, meningkat bersama panggilan jiwanya ke langit, kepada keindahan bintang-bintang yang bertaburan di cakrawala. Pandangannya berpindah dari ruang yang sempit ke dunia luar yang lebih luas dan kepada keindahan yang lebih menakjubkan serta mengagumkan. Ia duduk termenung pada malam hari yang sepi, sambil bertopang dagu, melihat dengan asyiknya keindahan bintang-bintang.

Dari contoh di atas dapat kita ketahui bahawa orang-orang sufi meletakkan makna hidup itu lebih tinggi daripada hidup biasa. Kadang-kadang sampai demikian tingginya, sehingga sulit difahami oleh orang biasa. Jika mereka membicarakan suatu hukum dalam Islam, maka yang dipentingkan adalah tujuan dari hukum itu, sehingga sering ijtihad mereka kelihatannya seolah-olah berbeza dengan pengajaran-pengajaran ilmu fiqih biasa.

Tasawuf atau sufisme dalam Islam ingin memperoleh hubungan langsung dan disadari dengan Tuhan, sehingga disadari benar bahawa seseorang berada di hadirat Tuhan. Intisari dari tasawwuf adalah kesadaran akan adanya komunikasi dan dialog antara ruh manusia dengan Tuhan dengan mengasingkan diri dan berkontemplasi (khalwat). Banyak ayat Al-Qur’an yang menganjurkan kepada manusia agar merenungi alam raya ini dan juga diri manusia sendiri. Dengan demikian manusia akan mengingat zat penciptanya. Kekaguman akan keindahan alam, diri manusia, lambat laun akan tercurah rasa rindu untuk dekat kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.

Jika hidup keruhanian (hidup sufi) telah merasuki sendi-sendi kehidupan seseorang, maka tidaklah ia merasa hina dihadapan manusia lainnya sekalipun dengan pakaian bulu domba (suf) yang kasar. Ia menjadi zuhud (tidak terpikat pada kemewahan dunia, ta’abud (berbakti), qana’ah (merasa cukup dengan apa yang ada), dan ikhlas. Hidup kerohanian semacam ini telah dimulai oleh Nabi Muhammad, bahkan oleh Nabi-nabi terdahulu, termasuk Ulul Azmi, iaitu: Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa Alaihimu salam.

Mengenai kehidupan Nabi Muhammad telah banyak diceritakan, betapa kesederhanaan rumah tangga beliau sehari-hari. Jangankan perabot rumah tangga yang serba mewah dan makanan yang lezat-lezat, alat-alat rumah tangga yang sederhana sahaja tidak lengkap begitu juga dalam hal makanan, makanan yang biasa untuk makan sehari-hari sahaja kadang tidak ada. Ia tidur di atas sepotong tikar bukan di atas tilam yang empuk, makanan yang dihidangkan istrinya hanyalah sepotong roti kering yang dengan segelas air minum, dengan sebutir korma atau dua butir korma.

Dalam salah satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari diceritakan bahawa Aisyah pernah mengeluh kepada kemanakannya, Urwah, seraya berkata, “Urwah, lihatlah, kadang-kadang berhari-hari dapurku tidak menyala dan aku bingung kerananya”. Urwah bertanya, “Jadi, apakah yang kamu makan sehari-hari?” Aisyah menjawab, “Yang menjadi

(28)

28

makanan asas itu adalah korma dan air, kecuali jika ada tetangga-tetangga kaum Anshar mengantarkan sesuatu kepada Rasulullah, maka dapatlah kami merasakan seteguk susu”. Rasulullah menegaskan, “Kami adalah golongan yang tidak makan kecuali kalau lapar dan jika kami makan tidaklah sampai kenyang”.

Dikisahkan pula, pada suatu hari Rasulullah pergi ke masjid. Di sana ia berjumpa dengan Abu Bakar dan Umar. Ia bertanya, “Apa yang menyebabkan sahabat-sahabat ini keluar masjid?” Abu Bakar dan Umar menjawab, “Untuk menghibur diri dari lapar”. Rasulullah berkata pula, “Aku pun keluar untuk menghibur laparku. Marilah kita pergi ke rumah Abu Hasyim, barangkali di sana ada sesuatu yang boleh dimakan.

Rasulullah sering berpuasa sunat, maksudnya antara lain agar saat-saat lapar itu tidak sia-sia, tetap dalam ibadah kepada Allah. Kerap kali pula ia beribadah di masjid. Setelah beberapa waktu berada di masjid, ia pulang ke rumahnya dan bertanya kepada Aisyah, “Wahai Aisyah, adakah hari ini sesuatu yang dapat dimakan?” Tatkala Aisyah menjawab bahawa tidak ada sesuatu pun yang dapat dimakan, ia kembali lagi ke masjid dan menghabiskan waktunya untuk sembahyang sunat. Beberapa saat kemudian ia kembali ke rumahnya dan bertanya kepada Aisyah tentang makanan, Aisyah menjawab seperti jawaban semula. Hal seperti itu dilakukan Rasulullah sampai beberapa kali dan mendapat jawaban yang sama, sampai akhirnya ia mendapatkan sepotong roti di rumahnya dari pemberian Usman bin Affan.

Aisyah menerangkan lebih lanjut bahawa keluarga Muhammad dalam sehari tidak pernah makan sampai dua kali. Makanan disimpan di rumah tidak lebih dari sepotong roti untuk dimakan tiga orang. Nabi Muhammad-lah yang pertama kali memberikan contoh tentang hidup sederhana, tentang menerima apa adanya, menjadikan hidup rohani lebih tinggi daripada hidup kebendaan yang mewah penuh ria, dan mengajak manusia untuk meninggalkan berburu kekayaan duniawi berlebihan sehingga melupakan tujuan hidup manusia yang asal. Ia pula yang mengajarkan bahawa kekayaan dan kesenangan duniawi itu tidak abadi, oleh sebab itu ia mengajak kepada manusia untuk meraih kelezatan hidup yang lebih tinggi dan abadi, yakni dengan mendekatkan diri kepada zat Yang Maha Pencipta, Maha Kuasa, Allah Subahanahu wata’ala. Hidup kerohanian tersebut bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya:

ِدي ِر َوْلا ِلْبَح ْنِم ِهْيَلِإ ُب َرْقَأ ُنْحَن َو ُهُسْفَن ِهِب ُسِوْس َوُت اَم ُمَلْعَن َو َناَسنِ ْلإا اَنْقَلَخ ْدَقَل َو

Tafsirnya: Tidak Kami ciptakan manusia dan Kami Tahu apa yang dibisikkan dirinya

kepadanya. Kami dekat kepada manusia daripada pembuluh darah yang ada di lehernya.

(QS. Al-Qaf: 16) juga firmannya lagi:

ِناَعَد اَذِإ ِعاهدلا َة َوْعَد ُبي ِجُأ ٌبي ِرَق يِ نِإَف يِ نَع يِداَبِع َكَلَأَس اَذِإ َو

Tafsirnya: Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang diri-Ku, maka sesungguhnya Aku

dekat, dan aku akan mengabulkan seruan yang memanggil jika Aku dipanggil (doa orang yang memanjatkan doa). (QS. Al-Baqarah:186)

(29)

29

Dari Sahabat Ibnu Mas’ud diceritakan bahawa ia pernah masuk ke rumah Rasulullah dan didapatinya Rasulullah sedang berbaring di atas sehelai anyaman daun korma sampai memberikan bekas pada pipinya. Dengan rasa haru Ibnu Mas’ud bertanya, “Rasulullah, apakah tidak baik kalau aku mencarikan sebuah bantal untukmu?” Rasulullah menjawab, “Aku tidak memerlukan itu. Aku di dunia adalah laksana seorang yang sedang bepergian, sebentar berteduh di kala hari sangat terik di bawah naungan pohon kayu yang rindang untuk kemudian berangkat lagi dari situ ke arah tujuannya”.

Sehubungan dengan harta benda, dikisahkan pula bahawa pada suatu hari pernah diletakkan di hadapan Rasulullah tujuh puluh ribu dirham emas, pada hari itu juga semua uang emas itu dibagi-bagikan tanpa sekepingpun yang tertinggal. Dalam kaitan dengan hal ini diceritakan pula dalam sejarah bahawa ketika Nabi sedang sakit dan menjelang akhir hayatnya, ia teringat bahawa di rumahnya masih tersimpan tujuh buah dinar emas. Dalam keadaan sakit payah, ia memanggil ahli rumahnya untuk segera membagi-bagikan mata uang tersebut kepada fakir miskin. Cerita ini dibenarkan oleh Aisyah yang mengaku bahawa ia lupa kalau ia menyimpan uang itu, kerana kesibukan mengurus Nabi yang sedang sakit. Tatkala orang bertanya kepadanya, apa yang diperbuatnya dengan tujuh dinar itu, ia menjawab, bahawa ia segera pergi mengambilnya dan menyerahkan kepada Rasulullah. Aisyah bertanya mengenai bagaimana perasaan Rasulullah ketika menghadap Tuhan dengan mata uang di tangannya. Lalu Rasulullah membagi-bagikan mata uang itu kepada fakir-miskin, sedangkan ia sendiri pergi menghadap Tuhannya dengan pakaian yang kasar. Begitu kesederhanaan Rasulullah, sehingga pada waktu wafat pun ia tidak meninggalkan untuk keluarganya uang barang sedinar atau sedirham pun.

Abdu Rahman bin Auf menceritakan, bahawa pada waktu Nabi wafat tidak ada sesuatu yang ditinggalkannya, kecuali sepotong roti, sebilah pedang, dan seekor keledai yang biasa menjadi tunggangannya sehari-hari, serta sebidang tanah yang sudah diwakafkan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Tabrani, dan Baihaqi, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Zuhudlah terhadap dunia, supaya Tuhan mencintaimu. Dan Zuhudlah pada yang ada di tangan manusia supaya manusia pun cinta akan engkau”.

Hidup secara zuhud sudah dilakukan Rasulullah sebelum ia menjadi Rasul. Ketika itu, Muhammad suka menyendiri, berkhalwat atau bertafakur di Gua Hira. Di sana ia memikirkan dan merenungi alam raya ini dengan segala isinya. Ia renungi semua itu dengan mata hatinya. Dengan demikian pandangan lahir bathinnya menjadi sangat bersih dan suci, kepribadiannya sangat sempurna. Ia memang seorang manusia seperti kita, tapi qalbu yang ada di dalam dirinya bersih dan suci, sehingga ia dapat dengan cepat menerima dan merasa apa yang bersifat suci. Sungguh layak jika Muhammad menerima wahyu dari Yang Maha Suci. Fiman Allah:

َو ُن ُهاَنْلَعَج نِكَل َو ُناَميِ ْلإا َلا َو ُباَتِكْلا اَم ي ِرْدَت َتنُك اَم اَن ِرْمَأ ْنِ م احو ُر َكْيَلِإ اَنْيَح ْوَأ َكِلَذَك ِهِب يِدْههن ارو

ميِقَتْسُّم طا َر ِص ىَلِإ يِدْهَتَل َكهنِإ َو اَنِداَبِع ْنِم ءاَشهن ْنَم

(30)

30

perintah kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur’an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS. Asy Syuura: 52)

Menurut Syaikh Abdul Baaqy Surur, bahawa tahannus Rasulullah di Gua Hira, merupakan cahaya-cahaya pertama dan utama bagi nur tasawuf, itulah cikal-bakal atau benih-benih pertama bagi kehidupan kerohanian yang disebut dengan ilham hati atau renungan-renungan ruhaniyat.

Cara hidup Nabi di Gua Hira merupakan gambaran yang lengkap bagi kehidupan sufi. Renungan-renungan Nabi di Gua Hira mengenai alam raya membawanya untuk merasakan kebesaran dan keagungan Allah. Di tempat yang sunyi sepi itu pula Nabi melupakan dan memutuskan hubungan, menjauhkan ingatan dari semua makhluk, hanya ada satu dalam ingatannya, yakni Allah Ta’ala.

Menurut para ulama tasawuf, cara-cara yang dilakukan Nabi di Gua Hira merupakan jalan-jalan pertama dan utama untuk sampai kepada kasyaf, untuk memperoleh limpahan-limpahan ilham dan untuk memperoleh isyraq atau pancaran Nur dari Allah. Semua itu ibarat jalan adalah jalan yang mendaki, yakni pendakian bathin ke arah usaha menghubungkan diri dengan Allah yang Maha Pencipta dan Maha Agung. Sesudah menjadi Rasul, Rasulullah meneruskan taqarub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan berzikir, istighfar, shalat tahajud sampai jauh malam. Ia memperkuat bathinnya dengan menjalani hidup kerohanian.

Untuk itulah Rasulullah menyediakan ruangan khusus di samping masjid Madinah untuk tempat tinggal dan pendidikan dalam ilmu ugama untuk para sahabat Baginda yang ikhlas mengikuti perjuangannya menyebarkan Islam dan mahu menjalani hidup kerohanian. Mereka itu disebut Ahl Suffah. Pada mulanya jumlah mereka 400 orang, lambat laun bertambah sampai berlipat ganda. Mereka mempunyai akhlak yang luhur, iman dan keyakinan mereka sangat kuat, sifat tawakal dan keikhlasan mereka sangat luhur. Rasulullah pernah berkata kepada Abu Hurairah, “Ahl Suffah itu adalah tamu-tamu orang Islam, mereka tidak mempunyai keluarga, tidak mencintai harta benda, dan tidak terikat kepada seseorang manusia pun, hatinya hanya tertuju kepada Allah dan Rasul-Nya.

Demikianlah contoh hidup kerohanian dari Rasulullah kemudian menjadi contoh sikap hidup para sahabatnya. Imam Ghazali berpendapat, “Bahawa aku yakin benar-benar kaum shufi itulah yang telah menempuh jalan yang dicontohkan oleh Nabi dan yang dikehendaki oleh Allah Taala.”

2) Zaman Sesudah Nabi

Referensi

Dokumen terkait

Terhadap Memorandum of Understanding yang telah ditindak lanjuti dengan suatu perjanjian akta otentik yang mengatur substansi dan sanksi hukum yang tegas, apabila terjadi

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi belajar siswa pada mata pelajaran akuntansi adalah

Penelitian ini merupakan jenis penelitian pengembangan. Sasaran dalam penelitian ini adalah multimedia interaktif untuk materi kesehatan dan keselamatan kerja di

Studi literatur yang dilakukan menunjukan bahwa gaya kepemimpinan seperti kepemimpinan transformasional, transaksional, kharismatik, otoritas, dan kepemimpinan

Kendala utama budidaya tanaman hortikultura adalah kurang tersedianya benih bermutu, kesuburan tanah yang semakin menurun, dan ancaman serangan hama dan

Berbagai penyebab diduga sebagai penyebab gout refrakter, antara lain intoleran atau alergi obat allopurinol, adanya kelainan ginjal sehingga tidak memungkinkan

Tumor neuroektodermal primitif (TNEP) telah dikenal sejak lama sebagai tumor jaringan lunak yang sering ditemukan pada anak. Tumor ini termasuk kelompok sarkoma Ewing

Pengertian sistem informasi akuntansi persediaan berdasarkan dari pegertian sistem informasi akuntasi dan pengertian persediaan yang telah dicantumkan di atas adalah sistem