• Tidak ada hasil yang ditemukan

Implikasi Kemasukan Buruh Asing Ke Malaysia. Mohd Fadhil Azrie Yahyaª *, Muhammad Hussinᵇ, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Implikasi Kemasukan Buruh Asing Ke Malaysia. Mohd Fadhil Azrie Yahyaª *, Muhammad Hussinᵇ, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Implikasi Kemasukan Buruh Asing Ke Malaysia Mohd Fadhil Azrie Yahyaª *, Muhammad Hussinᵇ, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

________________________________________________________________________ Abstrak

Kemasukkan buruh asing asing merupakan satu fenomena yang melanda negara Malaysia sejak zaman sebelum merdeka. Pada hari ini, buruh asing yang berdaftar berkhidmat dalam sektor pembinaan, perkilangan dan lain-lain sektor. Peningkatan bilangan ini disebabkan banyak perluang pekerjaan ekonomi yang terdapat di Malaysia. Fenomena ini memberi kesan kepada negara sama ada positif mahupun negatif kepada negara. Kertas ini membincangkan kesan kemasukkan pekerja asing kepada negara. Pembincangan kajian meliputi kesan kepada ekonomi dan sosial kepada negara Hasil kajian mendapati kemasukkan buruh asing memberi kebaikkan dari aspek keperluan tenaga buruh dan peningkatan pendapatan negara. Namun, terdapat kesan negatif yang ditanggung kesan daripada kedatangan pekerja asing iaitu peningkatan masalah sosial, pengangguran dan mempengaruhi kadar upah pekerja di Malaysia.

Kata Kunci: Pekerja asing, Malaysia, Kesan Negatif

_____________________________________________________________________________ PENGENALAN

Pekerja asing atau buruh asing bagi Negara Malaysia merupakan pekerja yang berasal dari negara luar untuk bekerja bagi sesuatu tempoh tertentu (Hashim, 2009). Fenomena penghijrahan buruh asing ke Malaysia telah bermula sejak era zaman penjajahan British dan terus meningkat selepas tahun 1970an. Menurut Ahm Zehadul Karim (1999) buruh asing didefinisikan sebagai sekumpulan bangsa luar yang mempunyai hak yang sah untuk bekerja di mana-mana negara yang memerlukan tenaga mereka. Ramesh et. al (2012) mendefinisikan pekerja asing sebagai rakyat asing yang berkerja di sesebuah Negara yang berkerja dalam sektor tertentu dan menampung permintaan tenaga buruh. Secara umumnya, buruh asing merujuk kepada pekerja yang bukan warganegara yang sanggup berhijrah ke sesebuah negara untuk mendapatkan peluang pekerjaan di negara tersebut demi mendapatkan wang untuk menampung kehidupan mereka.

Pembangunan dalam sektor peladangan, perkilangan dan beberapa sektor utama lain menyebabkan permintaan terhadap buruh asing telah meningkat dari tahun ke tahun. Permintaan pekerja asing menjadi faktor kebanjiran pekerja asing tanpa izin dan

(2)

Pengantungan buruh asing memberi kesan negatif dan positif kepada negara. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan kesan kemasukkan buruh asing kepada negara berdasarkan kajian lepas dari aspek kesan positif dan negatif kepada negara.

Keadaan penggunaan buruh asing di Malaysia

Malaysia telah mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dalam sektor perkilangan yang telah memyebabkan perubahan dalam sruktur pasaran buruh. Hal ini menfokuskan permintaan terhadap buruh yang semakin meningkat. Pasaran buruh yang ketat ini telah meningkatkan tekanan terhadap upah yang seterusnya turut menyebabkan peningkatan dalam tekanan terhadap harga secara keseluruhan dalam ekonomi. Hal ini lebih jelas dan mudah difahami dengan gambaran inflasi dari sudut pandangan ekonomi. Tekanan upah yang tinggi dan berterusan akan menyebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran serta turut sama menjejaskan daya saing keluaran negara di peringkat antarabangsa.Justeru, sebagai usaha kerajaan dalam mengatasi masalah ini, kerajaan telah membenarkan kemasukan pekerja asing dari pelbagai negara seperti Indonesisa, India, Nepal, Bangladesh, Filipina, Kemboja dan sebagainya.

Malaysia dalam usaha kearah sebuah maju dan sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, timbul konflik sama adakah Malaysia masih memerlukan khidmat ramai buruh asingyang tidak mahir dalam merealisasikan sasaran berkenaan. Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Mohd Jafar Abdul Majid berkata kepentingan pekerja asing memang tidak dapat dinafikan dalam menyumbang kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara, terutama sektor-sektor yang mengalami masalah kekurangan pekerja seperti sektor-sektor pembinaan dan sektor-sektor perladangan. Ekonomi Malaysia dipenuhi dengan pekerja asing tidak mahir atau mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan ia tidak dapat memberi sumbangan bermakna dan berkesan kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi., kemasukan beramai-ramai buruh asing ini telah menjadi salah satu faktor meningkatkan ketidakseimbangan agihan pendapatan di Malaysia selepas tahun 1990.

(3)

Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa majoriti pekerja asing terdiri daripada warganegara Indonesia iaitu seramai 1.2 juta orang (78.73 peratus), warganegara Nepal seramai 0.19 juta orang (12.5 peratus ) dan warganegara India seramai 0.13 juta orang (8.77 peratus) (Laporan Tahunan Jabatan Imigresen Malaysia, 2005). Mengikut perangkaan ini, didapati pekerja asing dari Indonesia mencatatkan jumlah yang paling besar berbanding negara-negara lain. Pekerja asing dari Indonesia boleh dibahagikan kepada tiga sektor utama. Antaranya ialah sektor perladangan iaitu berjumlah 383,184 orang, sebagai pembantu rumah iaitu berjumlah 306,724 orang dan dalam sektor pembinaan pula sebanyak 230,077 orang pada tahun 2005.

Secara keseluruhannya pada tahun 2005, majoriti pekerja asing yang bekerja di sektor pembuatan adalah berjumlah 581,379 orang atau 32.03 peratus , sektor perladangan berjumlah 427,415 orang atau 23.55 peratus , pembantu rumah berjumlah 320,171 orang atau 17.64 peratus , sektor pembinaan berjumlah 281,780 orang atau 15.52 peratus , sektor perkhidmatan berjumlah 159,662 orang atau 8.80 peratus dan sektor pertanian berjumlah 44,831 orang atau 2.47 peratus .

Pada tahun 2013, Kementerian Dalam Negeri menyatakan dan mengesahkan seramai 2.116 juta orang warga asing berdaftar telah direkodkan secara rasmi bekerja di Malaysia. Jumlah sebenar pendatang tanpa izin di Malaysia tidak dapat dipastikan namun lebih 1.3 juta pendatang tanpa izin berjaya didaftarkan pada program pemutihan 6P yang dilaksanakan sebelum ini(Sinar Harian, 23 Oktober 2013). Pekerja asing paling ramai adalah dari Indonesia iaitu seramai 935 ribu orang diikuti Nepal 359 ribu orang, Bangladesh 319 ribu orang, Myanmar 174 ribu orang dan India 117 ribu orang. Daripada jumlah itu, sektor perkilangan menggajikan 733 ribu orang, pembinaan 425 ribu, perladangan 347 ribu, perkhidmatan 251 ribu, pembantu rumah 180 ribu dan sektor pertanian 179 ribu orang (Sumber: Kementerian Dalam Negeri).

(4)

Jadual: Bilangan Buruh Asing Mengikut sektor Sektor 2005 2006 2007 2008 2009 2010(Jan-jun) Pertanian 44831 123373 165698 186967 181660 74705 Pembantu rumah 302171 310662 314295 293359 251355 127867 Pembinaan 281780 267809 293500 306873 299575 93357 Pembuatan 581379 646412 733372 728867 663667 246910 Perkhidmatan 159662 166829 200428 212630 203639 68270 Perladangan 427415 354124 337503 333900 318250 119180 Jumlah 1797283 1869209 2044805 2062596 1918146 730289

(Sumber: Perangkaan Agromakanan 2010)

Kemasukan pekerja asing ini memberi sumbangan kepada negara dalam meyokong kegiatan aktiviti ekonomi dalam sektor yang mengalami masalah kekurangan buruh. Selain itu, buruh asing terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi dan menyumbang kepada pendapatan negara. Menurut Rahmah Ismail et.al (2003), kemasukkan buruh asing akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan kadar upah yang diterima oleh pekerja tempatan. kemasukkan buruh asing yang ramai akan memberi kesan negatif kepada negara. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran pekerja asing terutamanya yang melibatkan pekerja asing rakyat Indonesia yang terlalu ramai telah menimbulkan banyak masalah kepada negara khasnya gejala sosial dan perlakauan negatif sehingga menggangu gugat keselamatan negara (Eka Kusmawati, 2005).

Kesan kemasukan pekerja asing di Malaysia

Pada masa kini kedatangan buruh asing sama ada secara sah atau haram ke nagara kita telah meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini menyebabkan kedatangan mereka ini menimbulkan pelbagai kesan kepada negara sama ada kesan positif ataupun negatif. Kedatangan mereka yang semakin meningkat ini juga telah menimbulkan kesukaran kepada

(5)

pihak berkuasa untuk mengawalnya kerana tidak terdapat anggaran yang tepat tentang bilangan buruh asing yang terdapat di negara ini. Antara kesan yang telah timbul disebabkan kedatangan buruh asing ialah peningkatan KDNK, kesan kepada upah, peningkatan masalah sosial, peningkatan masalah pengangguran dan sebagainya.

Rajah: Kesan kemasukkan buruh asing ke Malaysia Peningkatan pendapatan Negara

Asan Ali (2009) menyatakan bahawa kehadiran pekerja asing memang telah diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja tempatan malah ianya turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berkesan. Namun begitu, Kemasukan buruh asing juga secara tidak langsung telah memberi kesan yang besar ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita. Hal ini kerana buruh asing yang masuk kedalam Negara kita akan dapat membantu negara dalam mencapai pertumbuhan dari pelbagai agen ekonomi yang memerlukan tenaga buruh asing. Peranan dan fungsi yang di mainkan oleh pekerja asing kearah peningkatan KDNK dan perbelanjaan agregat adalah sangat relaven.

Ekonomi sesebuah Negara mampu ditingkatkan dengan penggunaan buruh asing. Sinario ini telah memberikan kesan kepada pembagunan sesebuah Negara, apabila terdapat

Kesan Kemasukan buruh asing Sumbangan kepada pendapatan negara Masalah sosial Pengangguran Kadar upah Masalah kesihatan

(6)

sesetangah Negara yang sedang membangun terlalu bergantung kepada pekerja asing di dalam proses pembangunan Negara mereka. Walaupun sejarah ekonomi ada memperkatakan tentang peranan tenaga maanusia kearah kemajuan dan pembagunan sesebuah Negara. (Noralipah,2007).

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peranan buruh asing dalam sektor pembuatan di mana mereka dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dengan kos pengeluaran yang lebih rendah dalam sektor tersebut. Kemasukan buruh asing dapat meningkatkan nilai eksport negara. Akaun dagangan akan mengalami lebihan dan dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Dari aspek ekonomi, kerajaan mengambil langkah dalam megawal kenaikan gaji buruh dan inflasi. Ini merupakan aspek utama dalam menuju kejayaan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan penggunaan wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing.

Kejatuhan Kadar Upah

Kemasukan buruh asing untuk memenuhi pasaran kerja di negara kita telah memberi kesan kepada rakyat tempatan yang masih menganggur kerana terpaksa bersaing dengan buruh asing untuk mendapatkan pekerjaan. Situasi ini telah menyebabkan berlakunya kejatuhan upah dalam pasaran buruh kerana permintaan upah yang rendah oleh buruh asing berbanding rakyat tempatan. Upah yang rendah ini akan menyebabkan kesukaran kepada penduduk tempatan untuk menampung kos sara hidup berbanding dengan buruh asing di mana kos sara hidup di negara asal mereka jauh lebih rendah berbanding negara kita. Di samping itu, majikan turut mengambil peluang mengaut keuntungan yang berganda dengan memberikan gaji dan syarat-syarat yang lebih rendah daripada apa yang telah diperuntukkan dalam Undang-undang Malaysia kepada pekerja asing. Peningkatan penggunaan pekerja asing hanya memberi kebaikan kepada firma dalam mengurangkan kos (Ramesh et. al, 2012).

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kejatuhan upah bagi buruh tempatan di tapak pembinaan dan menyebabkan mereka kurang berminat untuk menceburi bidang ini. Namun menurut Shamzaeffa Samsudin et.al (2009), kebanjiran buruh tanpa izin secara

(7)

besar-besaran akan menyebabkan kesan kejatuhan dalam tingkat upah bagi buruh kurang mahir yang bekerja dalam sesetengah sektor seperti pembinaan dan perladangan tetapi hanya memberi impak kecil sahaja kepada kadar upah buruh di sektor-sektor yang lain dan kadar upah purata secara keseluruhan di negara destinasi.

Pengangguran dan perluang pekerjaan

Pada masa ini terdapat kira-kira 12.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia dan tenaga kerja yang ada adalah seramai 11 juta orang. Kedatangan pekerja asing ke Negara kita sekarang ini boleh dianggap menampung keperluan kekurangan tenaga kerja tempatan di Negara kita. namun, jika sekiranya, kedatangan mereka menyebabkan tenaga kerja melebihi bilangan peluang pekerjaan yang ada di Malaysia, sudah pasti akan menjejaskan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan dan membawa kepada masalah pengangguran. Menurut Hillage & Polland (1998), kebolehan kerja bermaksud sejauh mana mudah seseorang individu untuk mendapatkan pekerjaan.

Bagi sektor-sektor tertentu seperti perkhidmatan di stesen minyak dan di “hypermarkets”, kemasukan pekerja asing bagi sektor tersebut boleh dihadkan dan digantikan dengan pekerja tempatan kerana pekerjaan di sektor ini tidaklah susah, tidak kotor dan tidak merbahaya (Todaro, 2002). Begitu juga bagi sektor lain yang dikira rakyat tempatan boleh mengambil tempat, hendaklah dikenal pasti dan kemasukan pekerja asing ke sektor tersebut hendaklah dihadkan dan digantikan dengan rakyat tempatan.

Peningkatan Masalah Sosial

Kebanjiran pendatang asing yang kini yang telah datang ke negara Malaysia secara langsung menyumbang kepada peningkatan indek kadar jenayah di malaysia. Antara jenayah yang biasa melibatkan pekerja asing adalah seperti merompak, menyamun, mencuri, merogol, menyeludup, kegiatan pelacuran dan sebagainya. Selain itu, kedatangan buruh asing juga telah mempergiatkan peningkatan rumah urut, bar dan tempat karaoke di mana di tempat-tempat sebegini terdapat ramai pelayan-pelayan yang terdiri dari warga asing yang bukan sahaja setakat melayan perkhidmatan pelanggan, malah sanggup menawarkan perkhidmatan

(8)

fenomena tersebut telah mengakibatkan gejala-gejala yang tidak diingini berlaku seperti penularan AIDS dan sebagainya

Malay mail, 22 oktober 1992 dan the star Agust 1992 menyatakan bahawa kebanyakkan pendatang asing mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan penyakit kelamin,malaria dan batuk kering, sebagai contoh apabila ujian darah dilakukan ke atas 493 pendatang saing lelaki,hasil kajian telah mendapati kebayakan sampel ujian menunjukkan mereka mempunyai penyakit kelamin dan sampel yang diuji juga menpunyai hiv positif. Menurut Norazah (2000), menjelaskan bahawa, statistik memang tidak dapat mengambarkan secara keseluruhan kesihatan golongan pendatang asing, namun demikian kewujudan penyakit tersebut boleh memberikan impilkasi baik kepada individu itu sendiri,isteri dan anaknya.

Kehadiran pendatang asing telah memberi kesan kepada peningkatan dalam kadar jenayah dan pergolakan sosial. Jenayah yang disabitkan oleh pekerja asing Indonesia sebelum ini seperti insiden yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan dan Cyberjaya, Putrajaya. Peristiwa tersebut menyebabkan ramai pekerja dari Indonesia dihantar semula ke negara mereka dan ini memberi kesan kepada pembekuan sementara pengambilan tenaga kerja dari Indonesia. Kerajaan Malaysia telah menjelaskan kepada kerajaan Indonesia bahawa negara tidak akan bertoleransi dengan insiden seperti ini terutamanya yang melibatkan pekerja asing.

Sepanjang tahun 2000 hingga 2001, peratus peningkatan kadar jenayah di Malaysia yang melibatkan rakyat Indonesia agak membimbangkan berbanding pekerja asing dari negara lain. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan peratusan mereka yang terlibat dalam kes jenayah di antara tahun 2000 dan 2001 terutamanya jenayah yang melibatkan mencuri motosikal (181%), pembunuhan (47%) dan rompakan tanpa bersenjata (24%). Sehubungan dengan itu juga, peningkatan kes jenayah seperti merompak, mencuri,membunuh berleluasa di negara kita kerana desakan hidup mereka yang susah. Oleh kerana kadar peningkatan jenayah meningkat dari setahun ke setahun maka, ini dapat menjatuhkan imej Negara Malaysia yang dahulunya terkenal sebagai sebuah negara yang aman makmur menjadi mundur.

(9)

. Mereka juga turut membawa nilai-nilai negatif seperti pergaulan bebas, minum arak, lesbian, kaki perempuan dan banyak lagi kerana sosial budaya negara mereka berbeza dengan negara kita.

Peningkatan Masalah Kesihatan

Masalah kesihatan bukanlah isu yang baru lagi dalam kalangan buruh asing kerana masalah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Masalah ini berpunca daripada taraf kesihatan buruh asing yang datang ke negara ini di mana kebanyakan daripada mereka mempunyai tahap kesihatan yang rendah. Terdapat juga sesetengah buruh asing yang berasal dari kawasan yang mundur di negara asal mereka atau mereka yang mempunyai penyakit berbahaya tetapi tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan kerana datang ke Malaysia secara haram.

Keadaan ini menyebabkan penyakit berbahaya tersebut merebak dengan meluas dalam kalangan masyarakat tempatan di samping memberikan implikasi dan kesan ke atas perkhidmatan kesihatan awam ekoran peningkatan penyakit berbahaya seperti AIDS, tibi, hepatitis, penyakit kelamin, demam denggi, malaria dan sebagainya yang dibawa oleh pekerja asing. Oleh itu, masalah kesihatan ini perlu dipandang serius kerana kemasukan buruh asing yang berpenyakit ini akan memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada diri buruh asing itu sendiri dan masyarakat tempatan tetapi juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerjaan yang dilakukan.

Perbincangan

Malaysia hari ini amat memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Pengambilan tenaga kerja asing adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu di Malaysia. Namun kehadiran mereka yang tidak terkawal terutamanya golongan tanpa izin, juga boleh menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif kepada negara.

(10)

Kemasukan pekerja asing memberi kesan positif kepada Negara dalam aspek peningkatan aktiviti ekonomi dan mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sesuatu sektor. Peningkatan aktiviti ekonomi dapat dilihat apabila peningkatan pengeluaran dalam sektor seperti pertanian dan pembuatan. Namun, kebanjiran pekerja asing ini turut merugikan Negara secara langsung dan tidak langsung. Contohnya, mempengaruhi kadar upah, masalah sosial dan sebagainya.

Menurut Shamzaeffa Samsudin et.al (2008) kerajaan perlu mengawal kemasukan buruh asing dari luar negara. Kemasukan buruh asing yang tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya persaingan yang tinggi kepada pekerja dalaman. Hal ini akan menipiskan lagi peluang buruh dalam negara untuk terus bekerja di dalam negara. Contohnya kemasukan tenaga pakar dari luar negara dalam Projek Koridor Raya Multimedia, hal ini akan membawa kebaikan kepada negara, tetapi jika tidak dikawal kemasukan ini akan mejejaskan peluang-peluang buruh tempatan terutama pelajar lepasan Universiti dalam bidang ini. (Shamzaeffa Samsudin et.al 2008).

Pelbagai usaha yang berterusan telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga asing. Kerajaan dari semasa ke semasa telah mengetatkan dasar, syarat dan prosedur pengambilan pekerja asing. Kerajaan juga bercadang menaikkan kadar levi pekerja asing mengikut sektor dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Ruang untuk pekerja asing baru tidak boleh terus dibuka jika mereka yang tamat tempoh kontrak masih belum meninggalkan negara ini.

Pada masa yang sama usaha mengurangkan pekerja asing di negara ini juga menghadapi masalah kerana keadaan yang mana tenaga asing yang dikurangkan itu diganti dengan pekerja haram oleh sesetengah majikan. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir majikan yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan sengaja mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja tanpa mengambil kira kesan negatif yang akan timbul kepada anggota masyarakat secara keseluruhannya. Kerjasama antara pihak kerajaan dan majikan amatlah perlu bagi membendung masalah ini.

(11)

Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri. Oleh yang demikian hasrat kerajaan dalam MEB adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada warga kerja asing dan bagi merealisasikan hasrat pihak kerajaan ini, majikan haruslah sedar akan kesan negatif yang akan menimpa negara sekiranya usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing ini akan menjadi sia-sia sekiranya tidak mendapat kerjasama dan perhatian daripada semua pihak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat menyebabkan negara kekurangan tenaga kerja. Fenomena ini menyebabkan negara terpaksa mengimport tenaga kerja tambahan dari negara jiran. Walaupun kehadiran pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja dan turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara. Namun begitu, kemasukan tenaga buruh asing juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah- masalah yang berlaku akibat kemasukan buruh asing antaranya adalah berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian dan pergaduhan, masalah disiplin seperti enggan mematuhi peraturan syarikat dan tidak melakukan kerja seperti yang dikehendaki oleh majikan (Aryani Ahmad Latiffi, 2003).

Malaysia hari ini wajar dipromosikan sebagai sebuah negara yang sedang beralih kepada aktiviti yang berintensifkan teknologi dan nilai tambah lebih tinggi, dengan pengambilan buruh asing dilaksanakan secara bijaksana dan terpilih (Asan Ali,2009). Pengambilan buruh asing yang tidak terkawal telah membawa banyak kesan negatif kepada negara kita terutamanya kesan jenayah. Hal ini dapat dilihat dengan penglibatan pendatang asing dalam kes jenayah. Dengan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kemasukan pendatang asing ini akan meningkatkan lagi kes jenayah dalam negara. Peningkatan dalam kes jenayah akan menjejaskan keharmonian dan kemakmuran negara kita.

Oleh itu, pihak yang berkuasa perlu mengambil langkah yang berkesan dan sewajarnya untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Menurut Haryati syafii et.al (2009) sekiranya terdapat usaha dan langkah penguatkuasaan yang hendak dijalankan oleh pihak kerajaan ianya mestilah konsisten dan berterusan supaya penilaian ke

(12)

atas apa sahaja program yang dijalankan sepatutnya menunjukkan sesuatu yang semakin baik dan positif dan berkesan.

Rujukan

Ahm Zehadul Karim.1999. “Foreign Workers In Malaysia : Issues and Implications”, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.

Aliff Mustapha. (2013 , 0ctober 30). Zahid: Lebih 2.1 Juta Pekerja Asing Berdaftar di Malaysia. Rakyatnews.my. Retrieved from

http://www.rakyatnews.my/index.php/20131030102252/dari-parlimen/2116-juta-warga-asing-bekerja-di-malaysia

Aminudin Mokhtar., Usha a/l Thamorharan. (2008). Pekerja Asing Di Malaysia: Faktor-Faktor Yang Mendorong Majikan Mengambil Pekerja Asing: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III) di Port Dicson, Negeri Sembilan (pp. 42-48).

Aryani bt Ahmad Latiffi. 2003. Penyelesaian Terhadap Permasalahan Buruh Asing dalam Industri Pembinaan Tempatan-Dari Perspektif Kontraktor. Universiti Sains Malaysia: Tesis Sarjana.

Che Hashim Hassan. (2009). Buruh Asing di Malaysia: Trend, Kaedah, Kesan, Masalah dan Cara Mengatasinya.Jati,14, 119-132

Dr Ali Asan Golam Hassan. 2009.Anjakan Ekonomi Buruh Asing. Utusan Malaysia, Retrieved Jun 16 2009 . Dicapai daripada

http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/AnjakanEkonomiBur uhAsing.pdf

Eka Kusmawati bt Suparmanti.2005. Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam Industri Pembinaan Malaysia – Kajian di Sektor Swasta. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis.

Haryati Shafii,Sharifah Meryam Shareh Musa & Nadia Mohd Ghazali.2009.Masalah Buruh Asing Dalam Industri Pembinaan Dari Perspektif Kontraktor: Kajian Kes Di Johor Bharu, Johor : Volume 3, Number 1, : 163-191.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Dicapai pada 1 April 2011 daripada:

http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/tajuk9_1vol3.pdf

Hillage, J., & Pollard, E. (1998).Employability: developing a framework for policy analysis. London: DfEE.

(13)

Idris Jajri & Rahmah Ismail. 2006. Elasticity of Substitutions between Foreign and Local Workers in the Malaysian Manufacturing Sector : Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(1): 63-76: Universiti Putra Malaysia Press.

Jabatan Perdana Menteri. 2010. Program Transformasi Kerajaan : Pelan Hala Tuju Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.(PNMB)

Kementerian Industri & Asas Tani (MOA). 2011. Buku Perangkaan Agro-makanan 2011. Kuala Lumpur

Kumar, R., Haji Mohamed, M., Ramendran, C., & Yacob, P. (2012). The Impact of Employment of Foreign Workers: Local Employability and Trade Union Roles in Malaysia.International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences,2(10).

Laporan Jabatan Imigresen Malaysia. 2002. Kuala Lumpur

Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (KPDNKK). Kajian kesan pendatang asing ke atas penduduk tempatan 'satu tinjauan di Mukim Setapak dan Ulu Kelang'. Dicapai pada 23 Januari 2013 daripada http://familyrepository.lppkn.gov.my/id/eprint/206 Mohamed, N. H. 2007. Pasang Surut Pekerja Asing Dan Kesannya Terhadap Pembangunan

Negara (1906-1959).Borneo Research Journal

Noorazaliza Othman.2003.Pengambilan Buruh Asing dalam Sektor Pembinaan di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Portal Berita KDN. 2010. Inisiatif Tangani Isu Lambakan Warga Asing dan Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM). Dicapai pada 2 April 2010 daripada:http://www.ikdn.org/573.html

Rahmah Ismail, Nasri Bakhtiar, Zulkifly Osman & Zulridah Mohd Noor. 2003. Peranan Buruh Asing Terhadap Output, Pekerjaan dan Upah dalam Sektor Pembuatan di Malaysia.Jurnal Ekonomi Malaysia, 37: 74-94, UKM

Shamzaeffa Samsudin, Nor Aznin Abu Bakar, Norehan Abdullah, Amizam Arzemi & Norazlina Abd.wahab. 2009. Ekonomi Buruh : Teori dan Analisis. Sintok : penerbit Universiti Utara Malaysia.

Todaro, M.P. (2002)Economic Development, Addison Wesley Longman: New York.

Zakaria Mohd Yusof.2005. Ke Arah Pengurangan Kebergantungan Tenaga Kerja Asing di Sektor Binaan Jurnal Alam Bina, Jilid 7, No.2 Dicapai pada 1 April 2011 daripada:

(14)

http://eprints.utm.my/8786/1/ZakariaMohdYusof2005_KeArahPenguranganKeberga ntunganTenaga.pdf

Zulkifly Osman.1989. Ekonomi Buruh: Teori Permintaan dan Penawaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Dan jika perusahaan mempunyai karyawan yang menerapkan budaya perusahaan dengan baik, maka akan tercipta peningkatan pola kinerja karyawan, kinerja merupakan perilaku

Dari kondisi suhu dan kelembaban udara yang terjadi maka secara umum rumah kumbung dengan atap dan dinding dari daun sagu dapat di jadikan pilihan contoh bangunan

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui neraca ketersediaan dan kebutuhan lahan untuk 20 tahun yang akan datang sesuai dengan alokasi lahan pertanian dan permukiman pada pola

Kendala lain yang dihadapi pada pengukuran kinerja adalah kemampuan penilai, metode yang digunakan untuk mengukur kinerja secara tidak langsung yang mampu merefleksikan dengan

Stabilitas bendungan timbunan adalah didasarkan pada berat sendiri dari massa materian Bendungan memenuhi syarat untuk menahan tekanan/beban yang terjadi, dengan susunan

Dalam meminimalisisr terjadinya konflik dari media sosial, perlu di imbangi pemanfaatan media sosial dengan bijak agar masyarakat dapat memetik kemanfaatan hasil

Tantangan dalam pembangunan ketahanan pangan adalah adanya kecenderungan meningkatnya permintaan pangan sejalan dengan laju pertumbuhan penduduk, sehingga dibutuhkan

(3) Jika suatu desain industri dibuat dalam hubungan dinas dengan pihak lain dalam hubungan pekerjaannya, pemegang hak desain industri adalah pihak yang untuk dan/