• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulang Kaji I Set A SR3B. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ulang Kaji I Set A SR3B. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Edubest

Ulang Kaji I

Set A

SR3B

(2)

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata (%) Peribahasa (%) Lain-lain 1 2 3 4 5

(3)

Kertas 1 (Pemahaman)

Bahagian A (20 Markah)

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ramai _____ yang datang untuk menyaksikan pertunjukan ular sempena Pameran Antarabangsa Makanan Tradisional Malaysia. A. pengunjung C. pemastautin

B. pendatang D. pedagang

2. Pusat beli-belah yang terkenal itu telah mengadakan jualan murah beg tangan yang diperbuat _____ kulit buaya.

A. semenjak C. kerana

B. daripada D. walaupun

3. " _____ hendak berpesan agar semua rakyat berganding bahu demi menjamin keselamatan negeri ini," titah Sultan Ahmad Syah.

A. Tuanku C. Beta B. Hamba D. Patik

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Bahasa

Melayu

(4)

4. Walaupun usia datuk telah tua, namun dia begitu gigih _____ sawahnya dengan kerbau peliharaannya.

A. membajak C. memelihara B. menolak D. membanting

5. Peragawati yang cantik jelita itu mempunyai pinggang yang _____ seperti kerengga.

A. gedempol C. sendat

B. sempit D. ramping

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Syam dan Syamil adalah pasangan kembar tetapi _____ mempunyai perwatakan yang amat berbeza.

A. kalian C. beliau B. mereka D. kami

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Haziq, Halimah dan Haziqah begitu gembira dengan layanan _____ yang diberikan oleh datuk mereka.

Bahasa

Melayu

(5)

A. akrab C. mesra B. setia D. manis

8. Desmond tidak dibenarkan oleh ibunya menyertai rombongan ke Melaka. _____, dia bertekad untuk memujuk ibunya supaya membenarkannya pergi.

A. Di samping itu C. Namun begitu B. Oleh sebab itu D. Selain itu

9. Puan Marlia memasukkan beberapa _____ garam ke dalam kari ikan yang sedang dimasak olehnya.

A. genggam C. biji

B. butir D. cubit

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Apabila mendapat khabar tentang kematian ibunya, air mata Laili _____ tanpa henti sambil menahan esakan tangisnya. A. bercucuran C. berlimpahan

B. mengalir D. berhamburan

Bahasa

Melayu

(6)

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11._____ menunggu datuk pulang dari kebun, Nek Habsah menganyam tikar mengkuang di bawah pokok yang rendang itu. A. Jikalau C. Apabila

B. Sementara D. Setelah

12. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ibu tirinya membuatkan hati Melissa menjadi _____ .

A. kusut-masai C. haru-biru B. calar-balar D. remuk-redam

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah baru-boru ini, Jayanthi telah dipilih sebagai _____ kerana berjaya memecahkan rekod dalam acara lompat jauh.

A. peragawati C. olahragawan

B. seniwati D. olahragawati

Bahasa

Melayu

(7)

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. "Ibu tidak mahu kamu berkawan dengan budak-budak nakal itu," kata Puan Nancy kepada anak lelakinya.

A. Puan Nancy melarang anak lelakinya berkawan dengan budak-budak nakal itu.

B. Anak lelaki Puan Nancy melarang ibunya berkawan dengan budak-budak nakal itu.

C. Budak-budak nakal itu tidak mahu berkawan dengan anak lelaki Puan Nancy.

D. Puan Nancy melarang budak-budak lelaki itu berkawan dengan anaknya yang nakal.

15. Selepas makan, kakak saya membasuh pinggan mangkuk sampai bersih sebelum masuk tidur.

A. Kakak saya masuk tidur sebelum membasuh pinggan mangkuk sampai bersih selepas makan.

B. Sebelum masuk tidur, kakak saya akan membasuh pinggan mangkuk sampai bersih selepas makan.

C. Selepas selesai makan, kakak saya akan masuk tidur sebelum membasuh pinggan mangkuk.

D. Pinggan mangkuk akan dibasuh oleh kakak sampai bersih

sebelum masuk tidur.

Bahasa

Melayu

(8)

Pilih ayat yang betul.

16. A. Semua penonton bertepuk tangan kerana pesona dengan Persembahan penyanyi itu.

B. Ibu saya ialah yang pakai baju kebaya warna biru dan berselendang putih.

C. Wak Karman menunggang basikal untuk pergi ke kedai berdekatan rumahnya.

D. Surat pada rakan saya ini akan saya balas beberapa lama lagi.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Buluh tergolong dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarqa Bambusoideae. Manakala sub-keluarqa ini mengandungi genus-genus seperti Bambusa, Dendrocalamus dan lain-lain lagi.

Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di tanah pamah dan di atas permatang, di dalam belukar, di kawasan-kawasan hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah, pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.

Bahasa

Melayu

(9)

Di dalam hutan di Malaysia dan juga di negara-negara tropika yang lain sering dijumpai buluh tumbuh menegak serta berumpun-rumpun seperti Gigantochloa spp, dan Bambusa spp. Buluh hidup subur di kawasan yang mempunyai saliran yang baik khususnya pada tanah pasir peroi sehingga ke tanah liat peroi. Di samping itu tanah berasid khususnya yang mempunyai keasidan pada tahap pH 5.0 - 6.5 adalah paling sesuai bagi tanaman buluh. Semasa pemilihan kawasan untuk penanaman buluh selain daripada ciri-ciri di atas, faktor yang terpenting yang perlu diambil kira ialah sumber air untuk penyiraman. Air amatlah penting di peringkat awal selepas penanaman.

Terdapat lebih kurang 12 spesies yang biasa digunakan untuk tujuan komersial. Lima (5) spesies ditanam dan hanya terdapat di sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi sungai, di kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Didapati tujuh (7) spesies buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya seperti jadual di bawah.

Bahasa

Melayu

(10)

17. Buluh tergolong dalam keluarga apa? A. Gramineae

B. Paku pakis C. Mengkuang D. Kelapa sawit

18. Pernyataan berikut adalah benar tentang tempat di mana buluh dapat tumbuh dengan subur kecuali…

A. kawasan berhampiran lembah sungai B. kawasan tepi pantai

C. tanah pamah D. dalam belukar

19. Apakah faktor terpenting yang perlu diambil kira semasa pemilihan kawasan penanaman buluh?

A. berdekatan dengan sistem perhubungan B. bentuk muka bumi tanah tinggi

C. saiz kawasan penanaman D. sumber air untuk penyiraman

20. Nyatakan dua jenis buluh yang boleh diambil rebung dan batangnya.

A. Buluh Semantan dan Buluh Beti B. Buluh Beting dan Buluh Tumpat

C. Buluh Minyak dan Buluh Semeliang

Bahasa

Melayu

(11)

Bahagian B (30 Markah)

Soalan 21 (4 markah)

Isikan kata hubung yang paling sesuai pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

__________ sekian lama menunggu, akhirnya Sang Kancil pun muncul dengan tercungap-cungap. Semua penghuni hutan hairan. Lalu Sang Siput pun bertanya, "Kancil, kenapa kamu nampak tercungap-cungap sahaja?" Sang Kancil tidak menjawab malah matanya terkebil-kebil merenung setiap haiwan yang berada di hadapannya. __________ Sang Arnab menghampiri Sang Kancil sambil mengusap-usap belakang Sang Kancil. Tiba-tiba Sang Kancil menangis teresak-esak. Akhirnya, Sang Kancil membuka mulut memberitahu __________ dia hampir menjadi mangsa Sang Harimau. __________ mendengar penerangan Sang Kancil, semua haiwan yang hadir melahirkan rasa marah mereka kepada Sang Harimau.

Setelah bahawa Seketika Apabila

Bahasa

Melayu

(12)

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. (2 markah) Ayat tanya:

_______________________________________________ _______________________________________________ Jawapan: Punca yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku ialah pembangunan yang tidak terancang di kawasan bandar.

b.Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

_______________________________________________________ _______________________________________________________

(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Bahasa

Melayu

(13)

Tuliskan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di atas. _______________________________________________________ _______________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Haruan (Channa Striatus), spesies suka menyendiri memilih kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai habitat. Haruan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.

Masyarakat Cina begitu taksub dan amat menggemari spesies ini khususnya dalam bidang perubatan. Hal ini berikutan hasil penyelidikan yang mendapati dagingnya mengandungi asid arakidonik yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.

Bahasa

Melayu

(14)

Haruan dikelaskan sebagai karnivor. Oleh sebab itu, haruan menjadikan anak-anak ikan kecil, berudu, udang dan juga cacing sebagai dietnya. Ketika memburu haruan sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup. Spesies ini lebih selesa dengan air yang mempunyai keseimbangan pH 7. Hal ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat. Haruan suka berada dalam air yang berliat. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius.

Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan. Kaedah menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik, racun, tuba atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini menyumbang pada kepupusan baka ikan itu dan memusnahkan ekosistem sama sekali.

Bagi mereka yang menggemari menu ikan haruan sebagai hidangan, pelbagai jenis masakan berasaskan haruan dapat dimasak. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari. Bagi masyarakat Cina pula, sup ikan haruan

Bahasa

Melayu

(15)

bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular. Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah.

a. Nama lain bagi Haruan ialah ____________________ .

(1 markah) b. Mengapakah haruan dikelaskan sebagai karnivor?

_______________________________________________ _______________________________________________

(2 markah) c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu

daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (2 markah) Hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi

asid arakidonik yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.

Kaedah pemburuan yang disarankan ialah menggunakan renjatan elektrik atau bahan letupan supaya hasil tangkapan adalah banyak.

Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa.

Hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi sejenis kuman yang mampu melumpuhkan sistem saraf manusia. BETUL SALAH

Bahasa

Melayu

Edubest

(16)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Candat ialah istilah bagi menangkap sotong. Terdapat beberapa jenis candat seperti candat twist, candat udang dan candat umpan. Setiap kali turun ke laut, kita memerlukan paling kurang dua kombinasi mana-mana jenis candat. Kadangkala sotong tidak mahu memegang candat-candat tertentu.

Faktor-faktor keberkesanon mencandat banyak bergantung kepada kejernihan air, kekuaton arus, suhu air laut, kemasinan air laut, keamatan cahaya lampu, keamatan cahaya bulan, cara henjutan candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di dalam laut. Penggunaan candat berbeza memberikan peluang kepada pencandat untuk mendapatkan hasil yang lebih.

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya sebaqai senjata untuk mempertahankan dirinya. Pancutan dakwat hitam akan terhasil sekiranya diancam oleh musuh. Jika terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur untuk beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan diri dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit

secara berulang-ulang.

Bahasa

Melayu

(17)

Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasan berkenaan odalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup.

a. Perkataan candat seperti dalam petikan boleh juga dinyatakan sebagai?

_______________________________________________ _______________________________________________

(1 markah)

b.Mengapakah pencandat perlu menggunakan candat yang berbeza-beza?

_______________________________________________ _______________________________________________

(2 markah)

c. Apakah kesannya terhadap kita jika terkena pancutan dakwat hitam sotong? _______________________________________________________ _______________________________________________________ (2 markah)

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)

d.Bersetujukah kamu bahawa sotong dapat menjadi petunjuk kualiti air laut? Mengapa?

_______________________________________________ _______________________________________________

(3 markah)

Soalan 25

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

a. Berapakah harga baju pakej A yang perlu dibayar selepas potongan?

_______________________________________________ _______________________________________________

(2 markah)

b.Baju dalam pakej C diperbuat daripada _____________ ? (1 markah)

Bahasa

Melayu

(19)

c. Berdasarkan petikan atur cara di atas, tandakan (√) jika betul

dan (x) jika salah.

d.Nyatakan bilakah baju dalam pakej B ini sesuai dipakai. Mengapa? (3 markah) _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(20)

Kertas 2 (Penulisan)

Bahagian A (10 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan beberapa aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh manusia. Tulis lima ayat tentang suasana dalam gambar dengan lengkap.

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ( %)

Bahasa

Melayu

Edubest

(21)

Bahagian B (15 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan situasi kemalangan yang melibatkan sebuah kereta. Dua orang mangsa yang tercedera. Tulis satu ulasan tentang gambar tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ( %)

Bahasa

Melayu

Edubest

(22)

Bahagian C (25 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satusoalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Kamu telah menyertai satu pertandingon syarahan sempena Kempen Keselamaton Jalan Raya anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya". Tulis sebuah syarahan tentang "Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya" dengan lengkap.

ATAU Soalan 2

Televisyen ialah media elektronik yang penting pada masa kini. Setiap rumah di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Pengaruh televisyen amat kuat dengan pelbagai rancangan dan cerita yang dipaparkan. Walau bagaimanapun terdapat kesan baik dan buruk rancangan yang dipaparkan itu.

Berdasarkan pada pernyataan di atas, tulis sebuah karangan yang bertajuk "Keburukan Televisyen Kepada Pelajar" dengan lengkap.

Bahasa

Melayu

(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Gambar

Gambar  di  bawah  menunjukkan  beberapa  aktiviti  ekonomi  yang  dijalankan  oleh  manusia
Gambar  di  bawah  menunjukkan  situasi  kemalangan  yang  melibatkan  sebuah  kereta

Referensi

Dokumen terkait

Sekarang menerima aja, menerima dengan sedih sih tapinya hehe, tapi lamakelamaan dalam berdoa itu rasa beda sih keadaan anak-anak normal dengan anak yang istimewa ini lain

Dalam penelitian ini, akan dihitung perubahan atau selisih biaya operasional kendaraan (BOK) pada sebelum dilakukan perbaikan, saat pelaksanaan pembangunan

Pencucian cover, pengecatan tiang dan stang ornamen pada jalan lokal dan jalan lingkungan di wilayah Kelurahan Gandaria Selatan. Pencucian cover, pengecatan tiang dan stang ornamen

Eksistensi dalam cara sikap orang tua dalam mendidik aspek emosi sangat diperlukan, sehingga dapat dikatakan bahwa anak yang selalu diberi perhatian, bimbingan

Banyaknya galian yang cukup dalam di pemukiman yang cukup ramai, tidak diberi rambu lalu-lintas, pengaman ataupun Papan Peringatan / Garis Batas sehingga membahayakan pengguna

lahan bermanfaat bagi penggunaan lahan tertentu serta memprediksi konsekuensi-konsekuensi dari perubahan penggunaan lahan yang akan dilakukan, karena perubahan

1. Peraturan Daerah Provinsi Jawa Tengah Nomor 9 tahun 2016 tentang Pem- bentukan dan Susunan Perangkat Daerah Provinsi Jawa Tengah. Peraturan Gubernur Jawa Tengah Nomor 41 Tahun

Alaikal Maghfur Intan Nur