• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKANDANAGAMADARIPERSPEKTIFISLAMDANBARAT

Absha Atiah Abu Bakar1, Mohd. Isa Hamzah2

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia abshaatiah@gmail.com, isa_hamzah@ukm.edu.my

ABSTRAK

Pendidikan membantu membangunkan pertumbuhan personaliti dan memupuk identiti individu, manakala pendidikan Islam pula mampu memelihara dan menghantar nilai-nilai asas masyarakat. Kertas konsep ini membincangkan tentang keperluan pendidikan dan agama, di mana agama dan pendidikan amat diperlukan antara satu sama lain. Kedua-dua komponen ini tidak boleh dipisahkan bagi membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Takrif pendidikan dan agama turut disertakan untuk menerangkan bagaimana agama saling melengkapi dengan pendidikan. Penulis memecahkan takrif pendidikan menurut pandangan Barat dan Islam bagi membuat satu perbandingan untuk melihat persamaan dan perbezaannya. Secara ringkas,pendidikan Barat lebih mementingkan keduniaan, manakala pendidikan Islam lebih kepada menuju akhirat, iaitu jalan yang benar. Kertas konsep ini turut membincangkan amalan dalam realiti kehidupan, di mana bagaimana aplikasi pendidikan di dalam kehidupan seharian seseorang. Perbezaan dan persamaan konsep pendidikan dan agama turut dibincangkan bagi memahami pembelajaran sepanjang hayat antara Barat dan Islam serta bagaimana Barat dan Islam melihat pendidikan dahulu dan kini. Perbincangan ini keseluruhannya akan membawa kefahaman yang lebih terperinci tentang pendidikan dan agama dari perspektif Islam dan Barat.

Kata Kunci: Pendidikan; Agama; Perspektif Islam; Perspektif Barat.

PENGENALAN

Istilah keperluan didefinisikan sebagai kepentingan asas setiap manusia untuk meneruskan kehidupan. Secara fitrahnya, kehidupan manusia di muka bumi ini sememangnya memerlukan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kehidupan yang sempurna (Fikhry Hakim, 2015). Begitulah juga analogi pertautan hubungan antara pendidikan dan agama. Kedua-duanya adalah keperluan. Kehidupan manusia di dunia ini amat memerlukan kepada pendidikan dan juga agama (Ahmad Mohd Salleh, 2008; Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, 2008) kerana hidup beragama itu ialah satu fitrah (Abuddin Nata, 1993; Syahrin Harahap, 2016) di mana agama dapat memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera untuk kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat kelak (Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid, 2008), manakala keperluan

(2)

terhadap pendidikan ada ditekankan dalam ayat al-Quran yang pertama diturunkan, iaitu surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan”.

(Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Arif Miftahuddin (2008) telah menyimpulkan tafsiran ayat al-Quran ini berdasarkan pendapat para mufassir, iaitu Al-Maraghi, Abu Fida al-Hafiz Ibnu Kathsir al-Dimasqi dan Muhammad ‘Ali al-Shabuni serta mufassir Quraish Shihab, di mana ayat ini menekankan aktiviti membaca dan menulis sebagai salah satu cara, sarana dan metode dalam pendidikan yang diperlukan, digunakan dan dilakukan oleh manusia untuk memperoleh ilmu dalam proses pembelajaran kerana manusia dituntut untuk belajar, menggali dan memperdalam ilmu pengetahuannya. Menurut Zakaria et. al. (2012) pula, isyarat dan perintah yang sangat jelas dalam bidang pendidikan telah pun diberikan di dalam ayat ini berdasarkan perkataan iqra’ (bacalah) yang dilafazkan oleh malaikat Jibril a.s berulang kali kepada Rasulullah SAW yang menunjukkan penegasan bahawa umat manusia perlu belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Namun begitu, penulis melihat di sini bahawa perbincangan keperluan pendidikan dalam surah al-‘Alaq ini lebih memperincikan peri pentingnya pencarian ilmu itu. Persoalannya, mengapakah perlunya manusia mendapatkan ilmu melalui pendidikan tersebut dan apakah kaitannya pula dengan agama? Ris’an Rusli (2014) menjelaskan sebagaimana berikut:

“Agama, menurut Hamka, memotivasi umatnya mencari ilmu pengetahuan bukan hanya untuk membantu manusia memperoleh penghidupan yang layak. Akan tetapi, lebih daripada itu dengan ilmu, manusia akan mampu mengenal Tuhannya, memperhalusi akhlaknya dan senantiasa berupaya mencari keredhaan Allah SWT”.

Kenyataan ini disokong oleh Mohd Aderi et. al. (2014) yang turut menjawab persoalan tersebut dengan menegaskan bahawa pencarian ilmu yang hanya akan dapat dilaksanakan melalui proses pendidikan ini sangat dititikberatkan dalam agama untuk menjalani kehidupan ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Hal ini bermaksud, ilmu yang diperoleh melalui proses pendidikan itulah yang membolehkan manusia memahami agama untuk mengenal Allah SWT. Oleh itu, agama bertindak sebagai landasan pendidikan dan pendidikan bertindak sebagai medium untuk menyampaikan agama tersebut bagi mencapai tujuan menjadi manusia yang efektif (Ishaq Farhan, 1989). Selain daripada menjadi manusia yang efektif, melalui pendidikan dan agama,

(3)

kedudukan manusia akan bermartabat, terhormat dan tidak jatuh ke dalam kehidupan hewani (Abuddin Nata, 1993; Arif Miftahuddin, 2008) kerana fungsi kedua-duanya adalah sebagai pemangkin kesempurnaan dan kesejahteraan kualiti hidup (Ab. Aziz Yusof, 2013; Rosmadi et. al., 2016).

Penulis melihat bahawa perbincangan para ilmuan ini telahpun menonjolkan perkaitan rapat antara pendidikan dan juga agama sebagai keperluan manusia. Kedua-duanya saling melengkapi dan menjadi kepentingan utama dalam kehidupan, seolah-olah apabila salah satunya tiada, maka tidak akan sempurnalah kehidupan manusia itu.

FITRAH KEPERLUAN MANUSIA

Pendidikan dan agama telahpun dilihat sebagai fitrah dan keperluan manusia dalam kehidupan yang saling berhubungkait. Namun begitu, definisi pendidikan daripada perspektif Barat tidak menampakkan hal yang sedemikian. Kebanyakan tokoh dan sarjana pendidikan Barat melihat pendidikan hanyalah sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yang baik, di mana takrifan pendidikan ini tidak menyentuh atau mengambil kira aspek agama yang meliputi kerohanian sebagaimana pandangan yang dikemukakan daripada kaca mata tokoh-tokoh pendidik Islam (Choong Lean Keow, 2008). Mohd Aderi et. al. (2014) menegaskan takrifan ini dengan menjelaskan bahawa pendidikan daripada perspektif barat itu hanya membincangkan tentang konsep alam sekitar dan kemanusiaan yang lebih bersifat horizontal sahaja.

Agama yang dimaksudkan dalam perbincangan di atas sebagaimana pendapat Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid (2008) ialah jalan manhaj ataupun cara hidup yang mempunyai panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Cara hidup ini meliputi sikap, perilaku, aktiviti dan tindakan individu yang didasarkan pada norma dan nilai-nilai ajaran agama untuk menjadi seorang yang beragama secara benar yakni bercirikan kepercayaan dan berkonsepkan ketuhanan sebagaimana Islam (Syahrin Harahap, 2016) yang merupakan agama wahyu yakni agama yang menuntut agar penganutnya beriman kepada Allah SWT dan rukun iman yang lainnya kerana agama Islam ialah agama yang menepati dan selaras dengan fitrah semula jadi manusia (Ahmad Mohd Salleh, 2008) sebagaimana mafhum firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 30:

“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang memfitrahkan manusia ke atas fitrah-Nya. Tidak ada perubahan terhadap kejadian Allah, itulah agama yang sebenar, akan tetapi kebanyakan manusia

(4)

tidak mengetahui”.

(Ahmad Mohd Salleh, 2008)

Dalam hal ini, Zakiah Dardjat (1992) bersetuju dengan hujah tersebut di mana beliau berpendapat bahawa pendidikan menurut agama Islam ialah satu proses yang mana syariatnya tidak cukup untuk dihayati dan diamalkan hanya dengan diajar sahaja tanpa dididik melalui proses pendidikan yang menjurus kepada pembaikan sikap mental yang akan wujud dalam amal perbuatan, baik bagi keperluan diri sendiri mahupun orang lain, yakni pendidikan itu tidak memisahkan antara iman dan amal soleh, sebaliknya pendidikan dalam Islam ialah pendidikan iman dan pendidikan amal yang bertujuan melahirkan keperibadian insan kamil yang bertaqwa seterusnya menghasilkan manusia yang berguna bagi dirinya dan masyarakat serta senang dan gemar mengamalkan dan mengembangkan ajaran Islam dalam berhubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia. Hal ini jelas memperlihatkan perbezaan takrifan antara konsep pendidikan menurut Islam dengan pendidikan menurut perspektif Barat di mana unsur keimanan kepada Pencipta itu tidak ada dalam definisi kamus Barat.

Kandan Talebi (2015) pula merumuskan pendapat salah seorang ahli falsafah Amerika iaitu, John Dewey yang mendakwa pendidikan bukanlah persediaan untuk kehidupan, tetapi pendidikan ialah kehidupan itu sendiri sedangkan istilah pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih meluas atau dikatakan sebagai syumul (Choong Lean Keow, 2008). Konsep yang lebih meluas ini dihuraikan dengan lebih lanjut oleh Maududur Rahman (t.th) di mana beliau mengatakan bahawa pendidikan dalam Islam adalah meluas seperti agama Islam itu sendiri, yakni pendidikan tidak bermula di sekolah atau berakhir dengan mendapatkan pekerjaan, tetapi pendidikan lebih dilihat kepada proses yang berterusan. Zakaria Stapa et. al. (2012) juga mengukuhkan lagi pengertian konsep pendidikan yang meluas tersebut dengan mengutarakan pandangan beliau, iaitu agama Islam tidak melihat pendidikan itu daripada skop yang sempit, yakni tidak terbatas kepada pendidikan duniawi semata-mata, bahkan meliputi dua lapangan, iaitu di dunia dan akhirat. Tambahan beliau, dalam konteks agama Islam, maksud pendidikan merupakan satu pelajaran ataupun pendidikan bagi kognitif, fizikal dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan.

Pendek kata, penulis melihat bahawa pendidikan daripada sudut perspektif Barat ini hanya memberi tumpuan kepada aspek jasmani, luaran dan kehidupan duniawi semata-mata, sedangkan konsep pendidikan menurut perspektif Islam tidak terpisah

(5)

daripada agama. Islam meletakkan elemen pendidikan di kedudukan terpenting yang memberi penekanan kepada pendidikan duniawi dan juga ukhrawi, di mana konsep pendidikan itu adalah bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu dan konsep ini adalah berlawanan dengan aliran pemikiran Barat yang memisahkan ilmu kepada dua bidang, iaitu teologi dan sains (Ahmad Mohd Salleh, 2008). Dalam Islam, bidang teologi dan sains tidak bercanggah antara satu sama lain, malah saling melengkapi di mana kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu tauhid (Mohd Kamal Hassan, 1981 dalam Ahmad Mohd Salleh, 2008).

Choong Lean Keow (2008) turut memberi pandangan yang sama, iaitu pendidikan menurut perspektif Islam mementingkan pendidikan duniawi dan ukhrawi. Beliau menyebut sebagaimana berikut:

“Menurut perspektif Islam, pendidikan bermaksud satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat”.

Kenyataan ini disokong oleh Mohd Aderi et. al. (2014) yang menyimpulkan bahawa definisi pendidikan yang dikemukakan oleh sarjana Islam mengambil kira setiap aspek kehidupan manusia merangkumi unsur rohaniah, lahiriah, spiritual, ketuhanan dan lengkap merangkumi hubungan vertical dan horizontal dalam kehidupan duniawi dan juga ukhrawi.

Berbeza pula pandangan Mohd. Yusuf Ahmad (2004) yang melihat konsep pendidikan menurut kedua-dua perspektif ini dengan menjelaskan bahawa pengertian pendidikan Barat lebih menumpukan kepada pendidikan formal kerana memberi penekanan kepada tempat proses pendidikan itu berlaku seperti sekolah ataupun kolej, sedangkan pendidikan dalam Islam tidak terhad kepada formal sahaja, malah merangkumi semua urusan di mana sahaja seseorang itu berada. Hal ini juga ada dijelaskan oleh Maududur Rahman (t.th) yang mana beliau menganalisis pendidikan dalam Islam melalui institusi holistik, iaitu proses pendidikan boleh berlaku melalui sistem pendidikan formal meliputi institusi sekolah, kolej dan universiti dan juga boleh berlaku melalui sistem pendidikan tidak formal merangkumi unit keluarga, kumpulan sosial dan usaha peribadi. Tambahan beliau, pendidikan dalam kehidupan Islamik terdiri daripada pelbagai hierarki yang berkaitan dengan interaksi institusi, iaitu bermula dengan individu, keluarga, masjid, kumpulan sosial dan institusi-insitusi formal yang

(6)

mana integrasi keseluruhan interaksi antara institusi dalam hierarki sistem pendidikan Islam tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan Muslim untuk menjadi individu yang mempunyai ilmu bermanfaat yakni ‘alim. Kenyataan ini juga selari dengan pendapat Hasan Langgulung (1988) yang menyatakan bahawa istilah sistem pendidikan bermaksud suatu pola menyeluruh sesuatu masyarakat dalam lembaga-lembaga formal, agen-agen serta organisasi yang memindahkan pengetahuan dan warisan kebudayaan yang mempengaruhi pertumbuhan sosial, spiritual dan intelektual.

Penulis merumuskan bahawa ketiga-tiga tokoh sarjana ini menterjemahkan pendidikan menurut perspektif Islam dan Barat itu lebih menjurus kepada sistem yakni proses pendidikan itu berlaku dalam lingkungan satu sistem pendidikan tertentu sama ada formal ataupun tidak formal yang melibatkan beberapa institusi di dalamnya. Ketiga-tiga mereka ini tidak berfokus kepada makna pendidikan berasaskan kandungan ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi tetapi masih mengekalkan tujuan pendidikan sama seperti pendapat tokoh sarjana yang lain, iaitu untuk mendapatkan ilmu.

AMALAN PENDIDIKAN DAN AGAMA DALAM REALITI KEHIDUPAN Aplikasi pendidikan dan agama dapat dilihat dalam pelaksanaan amalan kehidupan seharian manusia. Pendidikan dalam keluarga misalnya merupakan aspek penting dalam membentuk perilaku seseorang. Kenyataan ini diperakui oleh Nur Zahidah dan Raihanah (2011) yang menyatakan bahawa ilmu pengetahuan mendalam yang diperoleh melalui pendidikan menjadi jaminan utama dalam pembangunan bangsa yang kuat dan menjadi prasyarat terpenting untuk mendapat nilai kebahagiaan, kehormatan melalui perilaku dan pendidikan akhlak yang baik di dunia serta ganjaran di akhirat bersandarkan perkara keagamaan. Menurut perspektif Islam, pendidikan dalam keluarga dilakukan dengan menanamkan nilai-nilai agama, akhlak, etika, yang meliputi budi pekerti, cara dan tingkah laku yang harus dilakukan dalam kehidupan sehari-hari (H. Moh. Solikodin Djaelani, 2013). Elemen-elemen tersebut sudah pasti seperti yang telah termaktub dalam kitab suci al-Quran.

Perkara ini dipersetujui oleh Mohamad Samsudin (2015) yang menyatakan bahawa perbezaan asas konsep pendidikan anak dalam keluarga menurut perspektif Islam dan Barat adalah terletak atas landasan falsafahnya yakni Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, manakala Barat pula menekankan pancaindera sebagai sumber

(7)

ilmu. Oleh itu, dasar yang dipegang oleh ibu bapa khususnya dalam menentukan hala tuju pendidikan institusi keluarga merupakan perkara yang sangat penting dan berada di kedudukan yang paling utama dalam usaha mencorak dan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Hal ini kerana pendidikan dalam keluarga ialah proses pendidikan pertama yang dilalui oleh anak-anak dan menjadi sumber primer untuk menentukan keperibadian mereka, di mana pendidikan yang diterima dalam keluarga inilah yang akan digunakan oleh anak-anak sebagai dasar untuk mengikuti pendidikan yang selanjutnya (M. Faishal Hadi, 2015).

Namun begitu, penulis melihat bahawa realiti kehidupan masyarakat di Malaysia hari ini khususnya sebahagian besar keluarga kaum muslimin adalah lebih menjurus ke arah dunia pendidikan Barat yang memisahkan agama daripada kehidupan, sedangkan pendidikan dan agama tersebut jelas merupakan tuntutan dan keperluan mutlak umat manusia. Syariat agama Islam itu sendiri hanya akan dapat dilaksanakan melalui proses pendidikan dalam diri dan masyarakat yang berpegang kepada keimanan terhadap Allah SWT semata-mata, menjadikan syariat Allah SWT sebagai hakim terhadap seluruh perbuatan dan tindakan, menghubungkan pendidikan dengan pembentukan budi pekerti serta mengambil kira persoalan Tuhan, alam dan manusia merangkumi semua ruang lingkup Islam, termasuklah agama, ekonomi, falsafah dan seni yang sudah menjadi tradisi Islam sejak azali lagi (Ismail Ab Rahman, 1992).

Sebaliknya, realiti yang berlaku dalam kehidupan masa kini ialah masyarakat hilang sebagai korban hawa nafsu kebendaan, cinta akan kebebasan yang berlebihan, berada dalam lingkungan bangsa yang sedang berkembang tetapi lemah dengan ketundukan, kepatuhan dan penyerahan diri kepada kuasa yang zalim serta penjajahan (Abdurrahman, 1989). Perilaku dan nilai murni yang sepatutnya dibentuk melalui pendidikan dalam keluarga itu dilihat begitu rapuh (Mohd Afif, 2011). Kehidupan yang berteraskan unsur-unsur liberalisme, sekularisme, hedonisme dan seangkatan dengannya telah menjadi tumpuan, pegangan dan gaya hidup masyarakat hari ini yang melambangkan lemahnya daya tahan institusi keluarga umat Islam dalam menghadapi gelombang globalisasi (Tuharso, 2012). Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menghakis prinsip pendidikan Islam di dalam diri.

Penulis mengambil contoh paling mudah berkaitan pendidikan rapuh dalam keluarga dengan hanya melihat kepada peranan televisyen dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Salah satu sebab wujudnya gejala sosial adalah disebabkan cara didikan ibu

(8)

bapa yang membiarkan anak-anak leka bersama televisyen (Joseph, 1985), iaitu salah satu media yang besar pengaruhnya terhadap tingkah laku seseorang (Kamaruzaman dan Nurul Nadiah, 2009; Wan Norina et. al., 2013). Kajian yang dilakukan oleh Hamidah (2013) menunjukkan bahawa pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak berasaskan pendedahan terhadap televisyen tanpa kawalan menyebabkan kewujudan gejala sosial yang meruntuhkan akhlak. Beliau menjelaskan sebagaimana berikut:

“Paparan secara visual yang mengandungi unsur bunyi, warna, pergerakan dengan lakonan yang menarik pasti mempengaruhi minat anak-anak untuk menontonnya yang akhirnya memberi impak ke atas minda serta perilaku mereka. Pengaruh ini boleh menjadi negatif sekiranya anak-anak terikut-ikut tayangan aksi yang bertentangan dengan nilai Islam. Masalah disiplin di sekolah sering dikaitkan dengan pengaruh televisyen menerusi filem-filem Barat yang membawa unsur-unsur kebaratan dan penonjolan budaya yang bertentangan dengan pendidikan agama Islam seperti adegan-adegan keganasan, peperangan, pengambilan dadah dan arak, pembunuhan, lucah, tidak bersopan, mementingkan diri dan terlalu kebendaan. Tontonan media fotografi ini menjadi punca berlakunya kes-kes jenayah dalam kalangan anak-anak. Ketiadaan pengawalan yang rapi oleh ibu bapa mencetuskan masalah keperibadian anak-anak”.

Dapatan kajian ini turut menggambarkan tingkah laku dan budaya yang diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan Islam dan Barat. Penulis berpandangan di sini bahawa, mungkin ada tingkah laku yang dianggap sebagai nilai oleh Barat, tetapi tidak bagi Islam dan mungkin juga ada tingkah laku yang menunjukkan persamaan nilai antara Barat dan juga Islam, cuma wujud perbezaan daripada segi implementasinya dalam kehidupan. Penulis membawa satu contoh berdasarkan dapatan kajian di atas, yang mana sifat terlalu kebendaan yang dinyatakan mungkin merupakan satu nilai yang baik menurut perspektif Barat, tetapi bersifat kebendaan itu mungkin dirasakan tidak sesuai dan materialistik menurut perspektif Islam yang memang menganjurkan umatnya untuk bersederhana dalam kehidupan. Jadi, bagaimanakah pendidikan dan agama memainkan peranan dalam konteks kehidupan manusia yang sebenarnya menurut perspektif Islam dan Barat? Justeru, perbincangan seterusnya akan menghuraikan persamaan dan perbezaan pendidikan dan agama itu menurut perspektif Islam dan Barat.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KONSEP PENDIDIKAN DAN AGAMA Menurut Nor Sahida (2013), iman dan taqwa ditafsirkan sebagai faktor

(9)

pendorong kepada terbentuknya akhlak baik atau buruk seseorang manusia. Justeru, iman dan taqwa membawa kepada pembentukan implikasi ketaatan dan amalan baik dalam diri manusia. Seseorang yang mempunyai iman dan taqwa dalam dirinya akan melahirkan seorang individu yang baik dan berkualiti. Namun, berbeza pula dengan

pandangan Maza (2010)mengatakan bahawa ‘Dasar Pandang ke Timur’ merupakan

suatu slogan yang baik, disebabkan dunia Islam kini gagal untuk menjadi contoh yang baik dalam membina kemodenan hidup yang diburu oleh manusia, Barat telah

mengambil tempat mengepalai ‘tamadun dengan acuan mereka’. Akhirnya, Barat

diikuti ataupun dipuja oleh pelbagai pihak dalam dunia ini. Setelah kejatuhan tamadun umat Islam, Barat dilihat sebagai kiblat baru dunia dalam membina kemajuan dan gaya

hidup. Sehingga seringkali ‘modernization’ itu dikaitkan dengan ‘westernization’. Jika

seorang itu hendak maju, dia mesti meniru Barat dan bergaya Barat ataupun jika seseorang itu meniru atau bergaya Barat, maka dia akan dianggap maju dan juga moden.

Jika tidak, maka syarat ‘kemodenan’ itu tidak cukup. Keadaan ini adalah gambaran yang

melekat dalam pemikiran ramai manusia pada kurun ini mengenai ‘modernization’.

Aspek akhlak sangat ditekankan dalam Islam, malah akhlak merupakan sebahagian daripada agama Islam itu sendiri. Bagi memelihara kehidupan yang harmoni, maka penekanan kepada sudut keagamaan dan kerohanian amatlah penting terutama dalam penekanan iman yang hanya berlandaskan tauhid kepada Allah SWT. Hal ini kerana kuat atau lemahnya iman seseorang itu dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah melahirkan akhlak yang buruk dan keji (Asmawati, 2005). Rasulullah SAW selalu mengutamakan pendidikan akhlak, kerana akhlak merupakan dasar yang utama dalam pembentukan peribadi manusia dan dengan pendidikan akhlak pula akan melandasi kestabilan keperibadian manusia secara keseluruhan. Bahkan, Nabi sendiri menyatakan dalam sabdanya bahawa keimanan seseorang tidak sempurna apabila tidak disertai dengan akhlak yang baik (Mohd S. Rahman, 2010).

Walaupun Barat seringkali dilihat dengan pandangan akhlak yang tidak elok, namun mereka masih mengamalkan nilai-nilai Islam yang baik yang juga dikenali sebagai nilai moral. Di Malaysia, pendidikan moral telah dilaksanakan bertujuan untuk satu masyarakat yang berdisiplin (Abd Rahman, 1984).Masyarakat Barat juga mempunyai nilai-nilai Islam misalnya pengurusan rumah ibadat mereka seperti di

(10)

kuil-kuil dimana mereka mengajar penganutnya beretika di dalam rumah ibadat. Sebagai contoh, mereka menyusun selipar di luar rumah ibadat sedangkan bagi masyarakat Islam mereka tidak melakukan perkara seperti itu. Hal ini menunjukkan, etika dan akhlak orang Islam telah diambil sebagai contoh kepada bukan Islam. Situasi di sini juga memperihalkan bahawa walaupun Barat hilang ketauhidan, namun Barat masih mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yang baik.Menurut berita Sinar Harian (2015), Barat juga boleh menjadi budaya Islam. Terdapat banyak juga budaya masa kini yang menjadi praktikal masyarakat di sebelah Barat selari dengan tuntutan Islam, seperti hormat-menghormati, berkasih sayang, mesra, budaya mementingkan ilmu dan sebagainya.

Seterusnya, persamaan serta perbezaan konsep pendidikan dan agama adalah melalui pendidikan sepanjang hayat, di mana ianya tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu kepada semua golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan juga warga emas. Pendidikan sepanjang hayat bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan masyarakat. Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan (Ramlan Zainal Abidin et.al. 2008). Kenyataan ini

disokong oleh Akhmad Sudrajat (2008), dimana pendidikan sepanjang

hayat merupakan asas pendidikan yang sesuai bagi orang-orang yang hidup dalam dunia transformasi dan di dalam masyarakat yang saling mempengaruhi seperti zaman globalisasi sekarang ini.

Menurut Adanan Mat Junoh (2006), pembelajaran sangat penting bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran, maka agama Islam menuntut seluruh umatnya mencari ilmu melalui wahyu pertama dalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Dalam pandangan pendidikan Islam, pendidikan seumur hidup bererti belajar untuk terus menerus memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti hidup, samaada secara vertikal (hablumminallah), mahupun secara horizontal (hablumminannas) melalui pendidikan formal, non-formal daninformal.Oleh itu, pendidikan seumur hidup ini bukan bererti perlu bersekolah seumur hidup, iaitu pendidikan fomal, tetapi pendidikan seumur hidup disini mempunyai pengertian bahawa manusia dapat belajar dimana sahaja, samaada yang bersifat formal, non-formal dan juga informal (Marinasari dan Widyaiswara, 2014).

(11)

long education merupakan pendidikan tidak terbatas oleh ruang dan waktu. Pendidikan akan sentiasa berlaku dalam kehidupan, keluarga, bangsa, agama, masjid, gereja, sekolah, mahupun di tempat kerja melalui aktiviti membaca buku, mendengar radio, melalui media massa dan sebagainya. Konsep pendidikan seumur hidup sebenarnya sudah difikirkan sejak dahulu lagi oleh pakar-pakar pendidikan dari zaman kezaman. Bagi umat Islam, sebelum orang-orang barat mengamalkan pendidikan seumur hidup, Islam telah mengenal pendidikan seumur hidup terlebih dahulu, sebagaimana dinyatakan oleh hadis Nabi SAW yang berbunyi:

“Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”

Pendidikan life long education juga telah dijalankan oleh John Dewey, seorang

tokoh pendidikan dari Barat, di mana beliau menyatakan konsep pendidikan yang tidak

mengenal erti kata terlambat, terlalu tua, ataupun terlalu dini untuk memulakannya.

Menurutnya lagi, “Educational process has no end beyond it self in its own and end”

(Arba’iyah, 2012). Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Rizki (2015), di mana

pembelajaran sepanjang hayat life long education dalam pendidikan formal adalah

pembelajaran yang sistematik dan terancang, memilki tujuan-tujuan khusus sesuai dengan bakat, kemampuan atau jurusan yang diminati oleh pelajar.

Pendidikan seumur hidup adalah sebuah pendidikan yang menerangkan keseluruhan kegiatan belajar dan juga mengajar yang berlangsung dalam kehidupan manusia. Proses pendidikan seumur hidup ini berlangsung secara berterusan dan tidak terbatas oleh waktu seperti pendidikan formal dan juga proses belajar seumur hidup tidak hanya dilakukan oleh orang yang terpelajar sahaja tetapi semua lapisan masyarakat boleh melaksanakannya. Sebagai contoh di Barat, kita dapat melihat orang

tua masih pergi belajar kerana mereka menganggap life long educationadalah amat

penting dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, orang Islam sehingga kini tidak ramai yang menganggap pendidikan sepanjang hayat merupakan suatu kepentingan dalam hidup.

Kedatangan Islam ke dunia telah memberikan satu kesan yang besar sehingga berjaya menolak corak hidup jahiliyyah dan memberi harapan baru transisi masyarakat Arab dari zaman gelap ke zaman menghormati norma-norma kehidupan bermasyarakat. Islam berkembang dengan cepat sehingga dapat menguasai al-Jazirah dan beberapa wilayah lain di al-Sham, Mesir, Afrika Utara dan Iraq dalam masa 50 tahun yang pertama. Penjajahan pemikiran dalam bentuk moden ini tidak boleh dibiarkan begitu

(12)

sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk menghadapi cabaran tersebut. Umat Islam memerlukan agenda bertindak yang tersusun agar dapat menangkis cabaran dan tohmahan yang cuba dilontar ke atas agama ini. Oleh yang demikian melalui pendidikan akan membolehkan umat keluar dari kegelapan dan kekeliruan yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak. Allah SWT telah mengingatkan umat manusia supaya tidak mengikut golongan yang sesat atau cuba menyesatkan umat (Mohd Roslan, 2011).

Menurut M.Mujab (2012), pendidikan Islam mempunyai watak dan corak yang sentiasa berkembang dengan sangat dinamik. Hal itu telah dibuktikan dalam perjalanan sejarah panjangnya. Jika dahulu, barat belajar kepada Islam, tetapi kini terjadi titik balik

ataupun turning point. Dalam pusingan sejarah masa ini, Islam telah tertinggal jauh.

Jika umat Islam menginginkan kemajuan, maka peniruan cara barat dalam menyerap ilmu dari Islam, menjadi sebuah keperluan.

Oleh yang demikian, penulis menegaskan disini bahawa pendidikan sepanjang hayat amat diperlukan dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana pendidikan bukan sahaja dijalankan secara formal, namun dapat dilakukan secara tidak formal. Masyarakat yang berilmu akan melahirkan generasi yang bertamadun. Menurut sejarah lampau, pendidikan telah dijalankan pada masa dahulu sehingga kini mengikut sejarah bagaimana Barat dan Islam itu melihat pendidikan dapat membantu umat manusia dari masa ke semasa.

KESIMPULAN

Pendidikan amat penting dalam kehidupan manusia. Justeru, wujudlah pelbagai perspektif pendidikan dari sudut Barat dan juga Islam. Konsep pendidikan Barat lebih tertumpu kepada kehidupan dunia sahaja, manakala pendidikan Islam bersifat ukhrawi. Melalui pendidikan, manusia akan lebih mendalami sesuatu ilmu itu sepanjang hayat mereka. Pencarian sesuatu ilmu itu hanya boleh diperolehi melalui pendidikan. Ilmu juga bukan sahaja terhad diperoleh melalui pembelajaran di sekolah, universiti mahupun masjid dan sebagainya, namun ilmu juga boleh diperolehi secara tidak formal. Hal ini adalah kerana ilmu itu boleh didapati secara meluas dan tanpa sempadan. Justeru, tanpa pendidikan manusia akan hilang arah tuju dalam kehidupan seharian mereka kerana setiap apa yang dilakukan mestilah bermula dengan pendidikan.

RUJUKAN Al-Quran

(13)

Ab. Aziz Yusof. (2013). Pengurusan pendidikan Islam mekanisme transformasi

ummah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd. Rachman Assegaf. (2011). Filsafat pendidikan Islam. Jakarta: Penerbit PT

RajaGrafindo Persada.

Abdul Rahman al-Nahlawi. (1983). Asas pendidikan Islam dan kaedah-kaedahnya.

Syria: Dar al-Fikr.

Abdurrahman an-Nahlawi. (1989). Prinsip-prinsip dan metoda pendidikan Islam.

Indonesia: Darul Fikr.

Ahmad Munawar Ismail, Zakaria Stapa, Mohd Yusof Othman & Mashitoh Yaacob. (2012). Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati

diri bangsa Melayu di Malaysia. Jurnal Hadhari Special Edition: 37-50.

Allamah Sayyid Muhammad Husain Tabatabai. (1987). Al-Quran dalam Islam. Iran:

Propagasi Tablighat Islami.

Arina Manasikana, Hasan Basri, Aisatul Maghfiroh & Abdul Latif. (2015). Sumber- sumber pendidikan Islam: 1-13.

Adanan Mat Junoh. (2006) . Atribut pembelajaran non-formal dalam kalangan orang melayu

dewasa di Malaysia. Diakses pada 11 November 2016 daripada

https://core.ac.uk/download/pdf/12224048.pdf

Asmawati Suhid (2005). Pemantapan komponen akhlak dalam pendidikan Islam bagi

menangani era globalisasi. Jurnal Kemanusiaan: 96-104.

Arba’iyah Yusuf (2012). Long Life Education: belajar tanpa batas. PEDAGOGIA Vol.

1, No.2, Juni 2012: 111-129

Dosen Stain Kudus (Prodi). 2015. Pendidikan anak dalam keluarga perspektif Islam

mufatihatut taubah. Jurnal Pendidikan Agama Islam 3 (1): 110-136.

Dr Mohd Asri Zainul Abididn (2010). Jepun, Islam dan Barat. Diakses pada 11 November 2016 daripada http://drmaza.com/home/?p=1284

Fikhry Hakim Bin Fadzilullah. (2015). Konsep Pengurusan Konflik Menurut Perspektif

Barat dan Islam: Suatu Perbandingan. Prosiding Seminar Pengurusan Islam:

Ke Arah Pemantapan Ummah.

H. Abuddin Nata. (1993). Al-Quran dan hadiths. Jakarta: Penerbit PT RajaGrafindo

Persada.

H. Abuddin Nata. (2005). Filsafat pendidikan Islam. Jakarta: Penerbit Gaya Media

Pratama.

H. Muhammad Chirzin. (t.th). Kearifan al-Quran. Sungai Buloh : S.A Majeed & Co.

Sdn. Bhd.

Hasan Langgulung. (1985). Pendidikan dan Peradaban Islam. Jakarta : Penerbit

Pustaka Al- Husna.

Hasan Langgulung. (1988). Pendidikan Islam menghadapi abad ke-21. Jakarta: Pustaka

Al- Husna.

Hashim Haji Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor. (2008). Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam

keluarga; isu dan cabaran. Seminar Kaunseling Keluarga.

Ismail Ab. Rahman. (1992). Pendidikan Islam Malaysia. Selangor: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi & ‘Atiqah Selamat. (2013). Penciptaan manusia dari perspektif

al- Quran. Johor Bharu: Penerbit UTM Press.

Kamaruzaman Jusoff & Nurul Nadiah Sahimi. (2009). Television and Media Literacy in

(14)

Education Studies 2 (3).

M. Faishal Hadi. (2015). Pendidikan keluarga dalam al-Quran surah al-Tahrim ayat 6 dalam tafsir al-Mishbah karya M.Quraish Shihab dan relevansinya dengan tujuan pendidikan Islam.

Mahmud bin Al-Jamil. (2012). Indahnya sebuah perkahwinan menurut al-Quran dan

al- Sunnah. Abdul Rachman Saleh Siregar Lc. Batu Caves: Al-Hidayah

Publication.

Masbukin. (2012). Kemu’jizatan al-Qur’an. Jurnal Pemikiran Islam 37 (2) : 171-181.

Moh. Arsyad Ba’asyien. (2008). Beberapa segi kemukjizatan al-Quran. Jurnal Hunafa 5

(1) : 117-128.

Mohd Aderi Che Noh, Noraini Omar & Nur Hanani Hussin. (2014). Sumber pendidikan

Islam. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Afif Yahya. (2011). Keterlibatan Remaja dalam Lumba Haram di Daerah Larut dan Matang, Perak: Kajian daripada Perspektif Pembangunan Insan. Disertasi. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Sabri Mohammed. (2007). Fahami al-Quran menurut kaedah para ulama’. Shah

Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan sejarah pendidikan Islam. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Mohd S.Rahman (2010). Upaya penerapan karakter pendidikan Rasulullah SAW di era moden. Diakses pada 11 November 2016 daripada http://journal.iain- manado.ac.id/index.php/JII/article/view/272/242

Marinasari Fithry Hasibuan, Widyaiswara Muda. (2014). Pendidikan seumur hidup dalam perspektif Pendidikan Islam. Diakses pada 11 November 2016 daripada http://bdkmedan.kemenag.go.id/wp-content/uploads/5.-Pendidikan-Seumur-Hidup- Dalam-Perspektif-Islam.pdfISLAM

Mohd Roslan Mohd Nor (2011). Menangani cabaran umat Islam era moden. Jurnal Al-

Tamaddun Bil. 6 (2011) 107-121

Nor Sahida Mohamad dan Sanep Ahmad ( 2013) Pembangunan menurut perspektif Islam: Satu analisis awalan. Diakses pada 11 November 2016 dar ipada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI II/PKEM2013_2A3.pdf

Ramlan bin Zainal Abidin, Ahmad bin Esa, Wan Mohd Rashid (2008). Pendidikan sepanjang hayat, isu dan cabaran. Diakses pada 11 November 2016 daripada http://eprints.uthm.edu.my/2713/1/22._PKPGB_2008_.pdf

Radhiati Mai (2014). Mengupas makna pendidikan seumur hidup dari perspektif Islam. Diakses pada 11 November 2016 daripada https://www.academia.edu /7592798/MENGUPAS MAKNA PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP DALAM

Rizky Meilinda (2015). Makalah Long Life Education. Diakses pada 11 November 2016 daripada http://rizkymeilynda.blogspot.my/2015/01/makalah-long-life-education.html

Santi Awaliyah. (2008). Konsep anak dalam al-Quran dan implikasinya terhadap pendidikan Islam dalam keluarga. Diakses pada 7 Oktober 2016 daripada http://digilib.uin-

suka.ac.id/3012/1/BAB%20I,%20V,%20DAFTAR%20PUSTAKA.pdf. Sayid Qutub. (2011). Sumber-sumber ilmu pengetahuan dalam al-Quran dan hadits.

Humaniora 2 : 1339-1350.

(15)

Akaf. Jakarta: Penerbit PT Lentera Basritama.

Sulaiman Ibrahim. (2015). I’jaz al-Qur’an: Menelusuri bukti keotentikan al-Qur’an.

Journal Farabi 12 (1) : 35-49.

Syahrul Riza. (2008). Konsep pendidikan Islam menurut pemikiran Ibnu Khaldun: Satu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan Islam. Diakses pada 3

Oktober 2016 daripada

http://eprints.usm.my/9979/1/KONSEP_PENDIDIKAN_ISLAM.pdf.

Syamsul Ma’arif. (2010). Konsep al-Quran tentang keluarga bahagia. Diakses pada 3

Oktober 2016 daripada

http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/.pdf.

Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni. (1996). Sejarah dan dasar pengajian ilmu

al-Quran. M. Junaid Al Hashimi. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Ilmu Cahaya

Kehidupan.

Syahidatul Akmal Dunya (2015). Terlebih Barat? .Diakses pada 11 November 2016 daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/terlebih-barat-1.383096 Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Nor ‘Adha Abdul Hamid, Azizah Mat Rashid,

Norul Huda Bakar & Norashikin Azmi. (2015). War 08 Kesalahan akhlak dan perkaitannya dengan faktor kematangan, kerohanian dan kesedaran kendiri

individu. World Academic and Research Congress. Diakses pada 8 Oktober

2016 daripada http://rmc.kuis.edu.my/world-ar/wpcontent/uploads/.pdf Turow, J. (1985). The Effects of Television on Children: What the Experts Believe.

Communication Research Reports 2 (1): 149-155.

Umar Latif. (2014). Al-Quran sebagai sumber rahmat dan obat penawar (syifa’) bagi

manusia. Jurnal Al-Bayan 21: 30.

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff & Ahmad Arifin Sapar. (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 1 (1).

Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti,

Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Psychology & Counseling 1:

115-140.

https://core.ac.uk/download/pdf/12224048.pdf http://drmaza.com/home/?p=1284 http://bdkmedan.kemenag.go.id/wp-content/uploads/5.-Pendidikan-Seumur-Hidup- Dalam-Perspektif-Islam.pdfI https://www.academia.edu http://digilib.uin- suka.ac.id/3012/1/BAB%20I,%20V,%20DAFTAR%20PUSTAKA.pdf. http://eprints.usm.my/9979/1/KONSEP_PENDIDIKAN_ISLAM.pdf. http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/.pdf. http://rmc.kuis.edu.my/world-ar/wpcontent/uploads/.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga