• Tidak ada hasil yang ditemukan

E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "E-book Contoh Rancangan Perniagaan Penanaman Cendawan Tiram"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

e-book contoh Rancangan

Perniagaan Penanaman

(2)

Isi Kandungan Ebook

PRAKATA

Matlamat

Pihak yang terlibat

Kenapa cendawan tiram kelabu

BAB 1

1.0 Rancangan Pengeluaran

1.1 Analisa Pengeluaran dan Kewangan

1.2 Cara-cara pengurangan kos

BAB 2

2.0 Rancangan Pemasaran

2.1 Pembangunan Perniagaan

(3)

BAB 3

3.0 Anggaran Keperluan Memulakan Projek Penanaman Cendawan

3.1 Anggaran Keperluan Memulakan Projek Cendawan Dengan Pendapatan Kasar RM3,000 / bulan

(4)
(5)

PRAKATA

A. Matlamat

Apakah matlamat anda? Sudah tentunya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum setiap bulan bukan? Ya semua pengusaha mengidam-idamkan pendapatan yang lumayan tetapi apakah matlamat anda untuk mencapai kejayaan itu? Memang sudah pasti setiap insan mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Berikut adalah beberapa contoh matlamat yang boleh dijadikan panduan untuk 'mencipta'

matlamat anda sendiri.

1. Mencapai kadar jualan melebihi RM 100, 000.00 setahun

2. Menceburkan diri dalam bidang pertanian dalam pengunaan bioteknologi terkini untuk memaksimumkan pengeluaran cendawan yang berkualiti

3. Melibatkan diri sebagai kaun bumiputra dalam sektor penanaman cendawan secara komersil 4. Dapat menyediakan peluanng pekerjaan sampigan kepada penduduk setempat

5. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan produk yang berkualiti kepada pelanggan

Ha sekarang bagaimana? Dapat memikirkan apakah matlamat sebenarnya anda berminat dalam bidang ini? Sekarang minat sahaja tidak cukup. Ianya perlu diiringi dengan usaha yang berterusan berlandaskan matlamat anda yang betul dan jitu.

(6)

B. Pihak yang terlibat

Dalam melaksanakan sesuatu projek, kita mestilah melibatkan pelbagai pihak. Antara pihak-pihak itu adalah

1. Syarikat anda sendiri

2. Jabatan Pertanian dan Universiti Putra Malaysia yang merupakan pembimbing projek 3. FAMA sebagai khidmat pemasaran dan logistik

4. MARDI sebagai khidmat nasihat teknikal

5. MARA dan bank-bank berkaitan sebagai pembantu pembiaya projek

C. Kenapa cendawan tiram kelabu, berbanding dengan cendawan lain

6. Secara amnya, cendawn tiram kelabu tidak memerlukan ruang atau tanah sebagai media, ia hanya memerlukan bahan buangan seperti habuk kayu getah yang merupakan media paling utama. Selain itu, projek ini hanya mengunakan ruang yang minimum kerana beg cendawan disusun diatas rak-rak. Cendawan tiram kelabu juga mempunyai pusingan pengeluaran yang boleh dijangkakan. Harga cendawan tiram juga dilaporkan stabil setiap bulan.Oleh itu para pengusaha tidak perlu risau mengenai isu turun naik harga.

(7)

Gambar-gambar berkaitan dengan penanaman cendawan

Cendawan Tiram Kelabu Beg-beg cendawan di atas rak

(8)

BAB 1

1. Rancangan Pengeluaran

Antara faktor-faktor utaman yang perlu diambil perhatian dalam rancangan pengeluaran adalah A) Penghasilan

B) Peralatan

i) Rumah Cendawan ii) Pengukus@Steamer iii) Sistem sprinkler iv) Mesin Pengaul

v) Ruang menyuntik dan stor vi) Lain-lain keperluan A) Penghasilan

Apa yang dimaksudkan penghasilan disini adalah faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan penanaman cendawan. Faktor-faktor ini sangatlah penting dan merupakan KIP(Key Performance Index) atau merupakan indicator @ penunjukkepada projek cendawan anda. Berikut adalah antara KIP projek

(9)

1. Tempoh pemeraman – selepas menyuntik benih 45 hari – 60 hari

2. Fruiting interval @ masa cendawan berehat adalah 7 – 10 hari selepas setiap kali petikan cendawan dilakukan 3. Tempoh matang adalah 3 hari, dimana beg media akan ditutup semula pada hari ke 5

4. Kekerapan petikan adalah sebanyak 4 kali

5. Campuran media cendawan: 100:10:1, Habuk kayu ~500gram/beg 6. Biji benih: 1 botol / 25 beg

7. Pengeluaran hasil: 200kg sehari 8. Anggaran hasil setiap beg: 60gram 9. Anggaran upah pekerja:

9a. Penyediaan beg: 17-20 sen/beg 9b. Proses membungkus: 7-10 sen/beg 9c. Pengurusan:RM5,000 – RM 10,000

(10)

11. Pemasaran

11a. Berat bersih: 120gram/pek 11b. Harga: RM4.00/kg

B) B) Peralatan

i) Rumah Cendawan

Sekurang-kurangnya 1-2 unit rumah cendawan perlu dibina untuk permulaan projek. Jangan terlalu banyak kerana ini akan

menjejaskan budget kewangan anda. Ini adalah kerana anda tidak mengetahui samaada bolehkah anda mengawal sekiranya rumah cendawan anda diserang penyakit, padahal anda baru sahaja hendak memulakan projek? Maka langkah ini adalah wajar dilakukan. Apabila anda sudah biasa dengan persekitaran dan hasil cendawan anda adalah baik, barulah menambah bilangan rumah dimasa akan datang. Rumah pertama adalah tempat untuk menempatkan beg-beg cendawan bagi penghasilan semasa dan satu lagi adalah untuk menempatkan beg cendawan gantikan selepas pondok pertama habis mengeluarkan hasil.

(11)

ii) Pengukus@ Steamer

Anggaran muatan untuk satu pengukus adalah dalam 1000 beg. Untuk mengeluarkan hasil dalam 200kg sehari, menyuntik sebanyak ~4000 beg media sehari, sebanyak 2 buah steamer diperlukan

a) Untuk aktiviti pengukusan, sebanyak 2-3 tong gas diperlukan untuk proses pengukusan selama 7 -8 jam. Selepas itu beg-beg media hendaklah disejukkan 1 hari sebelum disuntik pada keesokan paginya.

b) Tujuan utama proses ini dilakukan adalah untuk membunuh kuman-kuman yang mungkin ada dalam campuran beg media itu.

iii) Sistem sprinkler

Sistem ini adalah diperlukan kerana bagi melembabkan atap-atap dan dinding rumah cendawan, terutama semasa cuaca pana.

Cuaca yang terik akan menghasilkan haba pada rumah cendawan dan mengakibatkan cendawan kuning dan cepat mati. Anggaran suhu yang dan peratus kelembapan yang sesuai adalah di antara suhu bilik (25 – 28 darjah celcius) dan peratus kelembapan melebihi 80 %

iv) Mesin Pengaul

Tujuan mesin ini digunakan adalah untuk menjimatkan kos buruh dan untuk meningkatkan kadar produktiviti syarikat. Mesin ini juga digunakan untuk mendapatkan campuran media yang sekata.

(12)

v) Ruang menyuntik dan stor

Ruang menyuntik/meletakan benih dalam beg media perlulah sejuk(kalau boleh ber air-con) dan sentiasa bersih serta hygin. Stor digunakan untuk menyejukkan beg-beg media selepas dikukus

vi) Lain-lain keperluan

Lain-lain keperluan termasuklah peralatan dan alat-alat pembasmi serangga perosak, peti sejuk, lampu suluh, tool box dan lain-lain

(13)

1.1 Analisa Pengeluaran dan Kewangan

1.1 Kos

a) Anggaran kos peralatan dan rumah – RM150,000.00 Rumah cendawan

- 2 pondok cendawan memerlukan kos lebih kurang RM 50,000.

b) Anggaran kos 2 buah pengukus @ steamer: RM 10,000.00 – RM 15,000.00 bergantung pada bahan-bahan yang digunakan.

1.2 Perbelanjaan tetap (Overhead) untuk pengurusan dan sewa

a) Anggaran kos ini adalah sebanyak RM 20,000.00 bagi setiap pusingan penanaman

b) Bagi setiap beg, kosnya dianggarkanadalah sekitar RM0.40 – RM0.60

(14)

1.3 Perbelanjaan Operasi – RM 40,000.00 semusim

a) Untuk menyediakan 46,000 beg cendawan semusim dan 200kg pek cendawan sehari, perbelanjaan yang diperlukan adalah sebanyak RM30,000.00

b) Kadar kos adalah berkadar terus dengan kadar penghasilan

c) Hasil pendapatan bagi pusingan semasa kan disimpan untuk keperluan pusingan penanaman yang seterusnya d) Perbelanjaan untuk habuk kayu getah menyumbang kepada perbelanjaan operasi yang

(15)

1.2

Cara-cara pengurangan kos

Sekiranya dapat meningkatkan kadar penghasilkan setiap beg, maka kos dapatlah dikurangkan. Maka, antara faktor yang perlu dititikberatkan adalah faktor suhu. Suhu yang terik akan merencatkan pertumbuhan cendawan, menyebabkan cendawan cepat kering dan mati. Selain daripada itu, penggunaan kawasan rumah cendawan dan pengukus yang optimum juga dapat mengurangkan kos operasi. Daripada segi reka bentuk rumah juga perlu diteliti pelannya agar dapat menempatkan jumlah keseluruhan beg yang diperlukan bagi satu pusingan. Cara ini juga dapat mengelakan percampuran antara penanaman baru dan lama. Antara cara lain untuk meminimkan kos adalah dengan menyegerakan kutipan hasil.

Melambat-lambatkan kutipan hasil akan menyebabkan penambahaan masa rehat penghasilan dan seterusnya menyebabkan kos penyediaan dan kos tetap akan meningkat. Ini adalah disebabkan lebih lama masa yang diperlukan untuk mengeluarkan hasil. Ini akan mempengaruhi faktor masa, iaitu lebih masa diperlukan untuk mengeluarkan hasil dan tempoh bayaran balik juga akan meningkat.

Bagi penghasilan setiap beg adalah amat penting kerana setiap satu beg akan mengurangkan jumlah beg yang diperlukan. Dengan penambahan jumlah beg, akan menyebabkan penambahan peralatan dan menambah keperluan tenaga kerja.

(16)

Jadual berikut menunjukan perkara-perkara yang kesan positif dan negatif terhadap projek

Konstan Pengeluaran Harga Hasil/beg Masa Rehat &

Matang

Masa Pemeraman

NPV +ve +ve +ve +ve -ve

IRR +ve +ve +ve -ve -ve

B/C +ve +ve +ve +ve -ve

Tempoh Bayaran +ve +ve +ve -ve tiada

(17)

BAB 2

2.0 Rancangan Pemasaran

Peringkat awal

Buat permulaan, pemasaran akan duilakukan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Tujuan utama ianya dibuat demikian adalah supaya pengusaha dapat menumpukan 100% perhatian kepada pengurusan syarikat dan penanaman. Dengan cara ini juga, pengusaha akan dibantu oleh FAMA daripada segi logistik dan pasaran. Selain daripada itu, pengusaha juga akan memperoleh

pengalaman sebelum memulakan strategi pemasaran tersendiri

Peringkat kedua

Dalam masa ini, pemasaran masih lagi dijalankan melalui FAMA tetapi menggunakan Kontrak Bekalan yang berbeza. Selain daripada itu, kaedah yang akan digunakan setelah pinjaman dilunaskan dan mendapat kepercayaan daripada pasaran terbuka. Disini

pemasaran akan dilakukan melalui kedai-kedai runcit dan restoran-restoran berdekatan. Selain daripada itu, pengusaha akan mencuba untuk memasuki pasaraya besar, pasar borong, pasar malam untuk mendapatkan jualan yang maksimum

(18)

2.1

Pembangunan Perniagaan

Meningkatkan kadar pengeluaran

a. Ianya dapat dilakukan dengan cara 2 kaedah berikut;

- Pelaburan keatas unit sedia ada dengan menambah peralatan. Tetapi dengan cara ini, akan menyebabkan syarikat perlu mengeluarkan duit sendiri dan meminjam bank.

- Rangkaian pembekal. Dengan kaedah ini, syarikat akan dapat pembekal yang tetap bagi menampung peningkatan pengeluaran tanpa mengeluar atau meminjam duit.Sebelum kaedah ini dapat dilaksanakan, beberapa perkara asas perlu dilaksanakan

– Pengusaha tidak bergantung pada FAMA

(19)

2.2

Contoh Pelan Tindakan Bagi Risiko

Disebabkan cendawn adalah sensitif kepada sebarang unsur-unsur pencemaran dan cuaca, maka ianya memerlukan persekitaraan yang bersih dan suhu yang terkawal.

A.

Suhu dan kelembapan

1. Suhu yang panas akan membantutkan pembesaran dan pengeluaran cendawan

2. Alat sprinkler wajib dipasang pada setiap rumah cendawan agar dapat melembabkan suhu rumah sekiranya terjadi suhu yang melampau.

3. Bumbung rumah cendawan perlu disiram secara manual 2-3 kali sehari bagi menurunkan suhu didalam pondok disamping memastikan bahan yang mungkin mengundang serangga perosak dapat dibuang.

B.

Bangunan dan peralatan

1. Membuat jadual untuk membersihkan kawasan dalam rumah cendawan seperti aktiviti menyapu dan membuang sampah-sarap yang mungkin mengundang serangga perosak

2. Pembinaan diding simen dalam tinggi 6 inci keatas dan bawah permukaan tanah bagi mengelakkan serangga atau binatang yang merayap dari masuk rumah cendawan.

(20)

3. Meletakan umpan binatang perosak terutaman lipas, tikus, semut dll

4. Pasang juga alat pembunah serangga jika perlu pada jaring halus pada dinding rumah cendawan 5. Bilik suntikan dibina daripada bahan yang tidak mengeluarkan habuk halus

6. Pintu masuk ke mana-mana kawasan pengeluaran atau tempat simpanan benih perlu ditutup selalu dan hanya orang yang berkenaan sahaja dibenarkan keluar masuk disitu.

7. Memastikan benih yang dibekal pembekal adalah yang terbaik dan berkualiti bagi memastikan tiada sebarang serangan penyakit hijau atau oren

8. Proses pembersihan berkala perlu dilakukan didalam bilik suntik untuk setiap kali sebelum ianya digunakan.

C. Persekitaran

i. Longkang-longkang perlu dibina bagi memastikan air tidak mengalir masuk kedalam rumah cendawan, bilik suntik, tempat simpan habuk dll

ii. kawasan persekitaran hendaklah selau dibersihkan

(21)

BAB 3

3.1 ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN(PERUNTUKAN RM20,000)

PERKARA 14500 1 unit 2 set 1000 7,200 set 1080 1set 100 JUMLAH 16680

2. BAHAN PENANAMAN CENDAWAN (UNTUK 3,600 BEG/MUSIM X 2 MUSIM/TAHUN = 7,200 BEG/TAHUN)

2.1 3600 720 500gram/beg

2.2 2360kg 180 50gram/beg

2.3 36kg 72 5gram/beg

2.4 36kg 288 200keping/kg

2.5 288

2.6 Gas @ 7 sen/beg 7,200 beg 504

2.7 100

2.8 68

2.9 1100

JUMLAH 3320

JUMLAH BESAR 20000

Kuantiti Anggaran (RM) Catatan

1. Binaan dan peralatan Ruang memungut hasil memuatkan 3,600 beg cendawan

1.1 Bangunan I – Rumah cendawan (15 x 40') (anggaran hasil 12kg/hari) Ruang menyimpan media (5' x 5')

Ruang menggaul media, bagging & kukus Anggaran jualan hasil: 12kg x RM5 x 30 hari= RM1,800 Beg media & simpan barang (10'x10') Per bulan

Bilik suntik benih (5'x5')

Ruang memeungut hasil (15'x30') 1.2 Set dapur, pengukus beg @ RM500/set

1.3 Penutup, leher & penyumbat beg @ 15 sen/set Boleh dipakai 3 tahun 1.4 Peralatan menyiram & peralatan kecil(baldi, pencedok dll)

Habuk @ 20 sen/kg Dedak halus @ 50 sen/kg Kapur pertanian @ 20sen/kg Plastik PP 6”x13” @ RM8/kg

Benih cendawan @ RM1.20 240 botol 30beg/botol

Kadar pengukusan menggunakan tong dram Penggunaan air

Pelbagai(alkohol,lysol,klorox dll)

(22)

3.2 ANGGARAN KEPERLUAN MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN(PENDAPATAN KASAR RM3,000/BULAN)

BIL PERKARA ANGGARAN(RM) CATATAN

1 7000 1.1 (10'x15') 1.2 16000 1.3 1000 1.4 100 1.5 300 JUMLAH 24400 2 2.1 1200 2.2 300 2.3 12 2.4 1800 2.5 480 2.6 240

2.7 Gas @ 7 sen/beg x 12,000 beg 840

2.8 200

2.9 400

JUMLAH 5472

JUMLAH BESAR 29872

Binaan dan peralatan

Bangunan I – Rumah Penyediaan (20' x 15') Ruang menyimpan media (5'x10') Stor (3'x10')

Ruang menggaul media, bagging & kukus beg media Bilik suntik benih (7'x10')

Bangunan II – Rumah Cendawan (20' x 40') Ruang memungut hasil memuatkan 6,000 beg cendawan

(termasuk rak beg media) Beg cendawan (anggaran hasil 20kg/hari) Set dapur, pengukus beg, 2 set @ RM500/set

Peralatan menyiram 1 set

Pelbagai peralatn kecil-baldi/pencedok dll

Bahan penanaman cendawan (untuk 6,000 beg/musim x 2 musim/tahun= 12,000 beg/tahun)

Habuk kayu 6,000kg @ 20 sen 3000 kg / 1 musim Dedak halus 600kg @ 50 sen 300 kg / 1 musim Kapur pertanian 60kg @ 20 sen 30 kg / 1 musim

Tutup, leher & penyumbat beg 12,000 set @ 15 sen Boleh dipakai untuk 3 tahun Plastik PP 6” x 13”, @ RM8kg 200 keping / kg

Benih cendawan 400 botol @ RM1.20 Penggunaan air & api

(23)

Cara pengiraan mendapatkan pendapatan kasar RM3,000 / bulan

Perkiraan pendapatan kasar RM3,000/bulan:

Penghasilan 20kg/hari

1) Tiap beg dianggarkan 50 gram/kutipan

2) Setiap hari perlu buka beg media 400 beg/hari (400 beg x 50 gram

3) Setiap beg media diselang 15 hari sekali kutip hasil

4) Perlu ada: 400 beg media x 15 hari = 6,000 beg media

Hasil harian cendawan

20kg/hari dengan harga jualan RM5/kg

(24)

3.3 SENARAI PEMBEKAL KEPERLUAN PENANAMAN CENDAWAN Bil

1

Tel: 03-3260 0211

2 Vita Mushroom Enterprise

Tel: 03-3197 5600/3197 3919 3 C&C Mushroom Cultivation

Tel: 03-9727 250/7950 4

Tel: 03-3191 5357

Alamat & No. Tel Peralatan Bahan

CIMA Agro Sdn Bhd Beg plastik PP, set leher Media cendawan bersuntik Lot 228, Jln Dato Hashim & penutup beg Benih cendawan

Tmn Bkt Belimbing 45000 Kuala Selangor

Beg plastik PP, set leher Media cendawan bersuntik Lot700, Jln Laut Membiru & penutup beg, mesin Benih cendawan

42800 Tanjung Sepat Pembancuh media,

Selangor Mesin pengisi beg,pengukus

Media cendawan bersuntik

Farm Sdn Bhd Benih cendawan

Lot 6, Kaw. Perindustrian Gerisik

Damansara Mushroom Ind. Media cendawan bersuntik Lot 406, Bt 15 Jln Banting Benih cendawan

(25)

Terima kasih atas sokongan anda terhadap e-book ini.

Baiklah saya tinggalkan e-book ini kepada anda semua. Semoga anda semua memperoleh manfaat daripadanya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan komen silalah ke www. cendawan-tiram-online.wetpaint.com. Dan nantikan kemunculan e-book saya seterusnya

iaitu e-book Teknik Mudah Penanaman Cendawan Tiram saya tidak lama lagi...Jumpa lagi!!!

Assalamualaikum

Knowlegde sharing

Azuwin Ahya Ulpuraed aka MawinWorld

www.cendawan-tiram-online.wetpaint.com

Referensi

Dokumen terkait

Adapun sumber data sekunder yang digunakan dalam penelitian ini diantaranya buku : Pandangan Ibnu Khaldun tentang Ilmu dan Pendidikan, yang ditulis Prof.

Hasil penelitian terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan media sosial WhatsApp berkonten pornografidengan perilaku seksual berisiko pada remaja di SMKN

Selama setengah siklus negatif, dioda kiri atas dan dioda kanan bawah yang forward biased, sehingga tahanan beban juga memiliki polaritas yang sama dengan

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dijabarkan sebelumnya, pada umum nya peneliti menggambarkan bahwa kualitas pelayanan di instansi pemerintahan yang masih belum

permohonan dari pemohon, membukukan, mencatat panjar biaya perkara dalam buku jurnal, memberi nomor perkara pada lembar jurnal dan SKUM, menandatangani dan memberi cap lunas

Konsumen yang berdatangan tidak hanya dari Kecamatan Banjarmasin Barat, namun ada juga dari luar kota yaitu, Bandung, Surabaya, dan Palangkaraya, kendala yang dihadapi

Peran komunikasi pemasaran dalam iklan “Beragam itu Basuki djarot” ialah sebagai sarana media komunikasi dalam mengkonstruksikan isi pesan pada tayangan iklan “Beragam Itu

Tabel 7 Distribusi Keluhan Nyeri Punggung Bawah, Paparan Intensitas Getaran, Usia, Masa Kerja, Indeks Massa Tubuh (IMT), Jumlah Rokok Yang Dikonsumsi Pada