GALLERY WALK IN TEACHING AND LEARNING OF MATHEMATICS
Sharida Binti Abu Talib, Roslinda Binti Rosli
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRACT
In this paper, we discuss about the 21st century teaching approach, Gallery Walk that have been utilized in the teaching and learning of secondary schools mathematics in Malaysia. The integration of the gallery walk activity encourages students to think and communicate effectively while learning mathematical concepts. Students are actively involved in constructing their knowledge and are interacted socially with peers when presenting and communicating ideas and opinions. In this paper, we provide some guidelines for teachers when integrating the gallery walk in classroom instruction. The benefits of the approach is also discussed.
Keywords: Mathematics, Active Learning, Problem Solving, Communication in
Mathematics
PENGENALAN
Ke arah mencapai status negara maju, pendidikan memainkan peranan utama dalam melahirkan insan yang berdaya saing dari pelbagai aspek. Pendidikan mampu memberi kesan yang besar ke atas kehidupan manusia pada hari ini. Melalui pendidikan yang berkualiti, taraf hidup individu dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Seterusnya mampu untuk membasmi kemiskinan dan membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Menerusi pendidikan juga, individu dapat memupuk keyakinan diri untuk terus maju di masa akan datang.
Pendidikan yang berkualiti mestilah fleksibel dan berubah mengikut arus peredaran zaman. Malah keperluan masyarakat dan negara pada hari ini turut menuntut perubahan dalam sistem pendidikan. Menurut (Faulkner, & Latham 2016) guru-guru memerlukan pemikiran yang terbaik, ilmu yang baru dan mempelbagaikan strategi. Oleh yang demikian, perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukandengan pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, gaya pembelajaran dan sebagainya.Penambahbaikan yang dibuat dapat meningkatkan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar sehingga ke tahap yang cemerlang.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) memberi penekanan berkaitan pembelajaran abad ke-21 yang merupakan salah satu elemen yang penting. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan disebarluaskan pelaksanaan mulai tahun 2015. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek yang utama dalam kurikulum. Pelbagai aktiviti dan strategi dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar. Kemajuan teknologi pada hari ini dan keupayaan pelajar perlu digunakan sebaiknya bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Berikut merupakan elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam diri pelajar:
a. Pembelajaran berpusatkan pelajar.
b. Pembelajaran secara kontekstual dan praktikal c. Pembelajaran kolaboratif/ aktif
d. Integrasi dengan masyarakat/komuniti e. Kemahiran –kemahiran abad ke-21 f. Pembelajaran adalah proses
g. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Amalan pengajaran dan pembelajaran yang konvensional kurang sesuai untuk dipraktikan dengan pelajar hari ini. Pendekatan ini menyebabkan mereka pasif dan bosan ketika berada di dalam kelas. Pelajar cuma menerima input daripada guru semata tanpa memahami konsep dan prosedural yang sepatutnya. Dalam usaha untuk pelajar mencapai kejayaan, mereka memerlukan kemahiran dalam cara-cara untuk menggunakan maklumat bagi menyelesaikan masalah yang kompleks. Menurut Siti Faizzatul Akmal (2011) satu anjakan perlu dilakukan dalam sistem pendidikan hari ini supaya kemahiran abad ke-21 dapat disampaikan kepada pelajar. Tiga kemahiran yang perlu ada bagi setiap pelajar ialah kemahiran maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran interpersonal dan arah kendiri.
Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21memerlukan guru untuk merangka strategi yang akan digunakan di dalam kelas. Selain daripada penetapan objektif pembelajaran, susun atur kelas,aktiviti dan bahan yang digunakan ketika kelas juga merupakan komponen yang perlu dititikberatkan oleh warga pendidik. Sebagai seorang guru, adalah perlu untuk sentiasa membuat penambaikan dan melengkapkan diri dengan amalan-amalan pedagogi yang terkini. Antara aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-21
adalah seperti ‘Round Table’, ‘Gallery Walk’, ‘Think-Pair-Share’, ‘Role Play’, ‘Hot
Seat’, pembentangan hasil sendiri, dan deklamasi sajak/nyanyian.
Menurut Kheong Sia Chung (2011) kepentingan pembelajaran dan pengajaran matematik di negara kita pada hari ini adalah kurang menggalakkan. Ia kerana guru tidak melibatkan pelajar secara aktif ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Kajian Norasykin Mohd Zaid & Nurulhidayah Ariff (2011) mendapati melalui pembelajaran aktif dapat memperbaiki kemahiran komunikasi pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan, kemahiran penyelesaian masalah tidak dapat dijalankan. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tercicir dalam penguasaan konsep asas seterusnya menghadapi masalah dalam menyelesaikan permasalahan matematik ketika sesi pembelajaran.
Pelajar yang tidak dapat menguasai konsep asas dan kemahiran matematik akan menyebabkan pelajar tersebut menghadapi masalah dalam pemahaman matematik (Norazuana 2014). Ini antara faktor yang menyebabkan pelajar kurang minat untuk belajar matematik dan rasa membosankan. Kebanyakan pelajar hari ini bukannya lemah dalam penyelesaian masalah tetapi kemahiran mengatur strategi masih belum memuaskan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan (Schoenfeld 1985). Hal ini disokong oleh Noraini Idris (2006) dalam pengajaran penyelesaian masalah, matlamat pendedahan dapat membantu pelajar mempelajari prosedur penyelesaian masalah iaitu
pemahaman masalah, merancang bagaimana masalah hendak diselesaikan,
menyelesaikan masalah dan melihat semula masalah dan penyelesaian.
Menurut Tajudin et al. (2011) pengajaran dan pembelajaran matematik mestilah aktif dan kemahiran berfikir pelajar dapat diterapkan seterusnya meneroka dan menyelesaikan masalah. Pembelajaran ini membolehkan mereka untuk berkomunikasi secara matematik serta menyelesaikan masalah manakala guru bertindak sebagai pemudahcara. Manakala Wreyana Mohd Hambari (2015) menyatakan pelajar dapat memahami konsep matematik melalui aktiviti yang melibatkan penyiasatan, pengujian hipotesis, membuat anggaran, penyelesaian masalah, perbincangan dan perkongsian idea. Proses pembelajaran yang melibatkan proses kognitif dalam mensistesis maklumat dapat membantu pelajar membina konsep-konsep asas.
Salah satu strategi atau kaedah pembelajaran abad ke-21 yang digunapakai pada hari ini ialah ‘Gallery Walk’. ‘Gallery Walk’ atau galeri belajar dapat dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran matematik. ‘Gallery Walk’ berasal daripada dua patah perkataan iaitu ‘Gallery’ dan ‘Walk’. ‘Gallery’ bermaksud pameran, dimana
melalui pameran kita dapat memperkenalkan pelbagai karya, produk, hasil dapatan dan sebagainya. Sebagai contoh pameran komputer, buku dan sebagainya. Strategi pembelajaran ini adalah sebagai satu alternatif bagi menggalakkan pembelajaran secara aktif di kalangan pelajar.
Kajian eksperimentalSiti Maulidatun (2012)mendapati ‘Gallery Walk’ dapat meningkatkan hasil belajar dan turut mencadangkan kepada warga pendidik untuk mengembangkan dan menerapkan aktiviti ‘Gallery Walk’ ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan atau soalan-soalan terbuka yang diberikan ketika aktiviti dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis, menilai dan menerima pandangan antara satu sama lain. Perkara ini disokong oleh Chee Keong et. al (2016) iaitu aktiviti ‘Gallery Walk’ dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Aktiviti ini didapati sesuai untuk melatih pelajar dalam berkomunikasi seterusnya menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
‘GALLERY WALK’
‘Gallery Walk’ merupakan satu aktiviti perbincangan, strategi kerja kumpulan atau penilaian serta merta yang membolehkan pelajar terlibat secara aktif tanpa rasa terpinggir.’Gallery Walk’ juga boleh menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran , pelajar diberi peluang untuk melontarkan pendapat, cadangan dan idea mereka berkaitan pembelajaran. Pelajar boleh meninggalkan jawapan atau cadangan di atas hasil kerja rakan. Melalui ‘Gallery Walk’, pelajar dapat menyelesaikan masalah secara individu atau kumpulan. Kaedah ini lebih fleksibel kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. ‘Gallery Walk’ boleh dilakukan atau dilaksanakan menggunakan teknologi ataupun kertas.
Aktiviti ‘Gallery Walk’ ini menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid dan juga pembelajaran aktif. Menurut Abdullah Ibrahim (2004) pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu pendekatan pembelajaran meluas termasuk teknik-teknik melibatkan belajar secara aktif, menyelesaikan masalah berfikir kritis dan kreatif, pembelajaran melalui permainan dan sebagainya. Pembelajaran berpusatkan pelajar dapat meningkatkan motivasi,pemahaman dan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut (Meyes & Jones 1993). Unsur-unsur kreatif perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran aktif merupakan kaedah pembelajaran yang melibatkan suasana dan aktiviti di mana pelajar mengambil bahagian dengan aktif. Ianya juga didefinisikan sebagai aktiviti berbincang, mendengar, menulis, membaca dan boleh membuat rumusan yang bermakna berkaitan isi kandungan pembelajaran dan yang berkaitan tajuk-tajuk yang dibincangkan (Meyers & Jone 1993). Menerusi aktiviti ini pelajar digalakkan untuk menggunakan pendekatan alternatif kepada masalah. Dalam menyelesaikan masalah yang diberikan, pelajar boleh berkerjasama antara satu sama lain dalam mensintesis maklumat yang diperoleh.
Teori psikologi menyatakan kanak-kanak yang aktif dan suka bergaul dapat mendorong mereka berkomunikasi dengan orang lain. Melalui komunikasi, pelajar dapat melontarkan pendapat dan mengasah pemikiran mereka. Penggunaan kemahiran seperti menerokai, menyiasat, menghuraikan dan menerangkan idea merupakan aktiviti yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Melalui aktiviti seperti itu, pelajar-pelajar dapat membina pengetahuan matematik dan membantu mereka untuk lebih memahami (Clarke 1992 dalam Noraini Idris 2006). Dalam masa yang sama, dapat menggalakkan pelajar untuk memikir dengan lebih mendalam tentang kandungan matematik dan mengaitkan konsep-konsep matematik.
Aktiviti ‘Gallery Walk’ ini juga dapat menerapkan dan mengaplikasikan Teori Konstruktivisme Vygotsky. Melalui interaksi sosial yang berterusan dan faktor persekitaran dapat mengembangkan pengetahuan dan kognitif pelajar(Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin & Yeo Kee Jiar 2013). Melalui aktiviti ini, pelajar diberi peluang untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu dengan yang lain dan juga bahan-bahan bantu mengajar secara optimum. Guru perlu bertindak sebagai pendorong dan memberi motivasi kepada pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
PROSESAKTIVITI ‘GALLERY WALK’
Semasa aktiviti ‘Gallery Walk’ sedang dijalankan, pelajar boleh meneroka pelbagai teks, imej, dan soalan yang diletakkan di sekita bilik atau ruang legar. Guru-guru boleh menggunakan strategi ini sebagai salah satu cara untuk menyemak hasil kerja pelajar. Pelajar boleh berkongsi hasil kerja mereka dengan kawan-kawan dan memberi idea serta respon. Pergerakan pelajar dalam aktiviti ini membolehkan mereka lebih aktif dan bukannya hanya duduk di meja tulis. Ruang yang ingin digunakan mestilah luas dan selesa ketika melakukan aktiviti ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan guru untuk merancang dengan rapi supaya hasil atau objektif pembelajaran tercapai. Berikut merupakan strategi dan langkah-langkah aplikasi aktiviti ‘Gallery Walk’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik:
i. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Guru membuat persediaan mengajar bagi matapelajaran matematik. Perancangan yang rapi perlu merangkumi beberapa aspek seperti maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai dan juga isi kandungan.
b. Guru juga merancang bahan bantu mengajar yang akan digunakan di dalam kelas dan bersesuaian dengan tahap pelajar. Penggunaan sumber dan peluang yang sesuai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan setiap pelajar untuk membina pengetahuan mereka.
c. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang selamat, menyokong dan positif untuk semua pelajar.
d. Perancangan jangka masa panjang dan pendek juga perlu ada.
ii. Pelaksanaan aktiviti ‘Gallery Walk’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memainkan peranan penting. Guru hanya sebagai pemudahcara dan membimbing aktiviti dijalankan.
b. Guru dan murid berinteraksi secara dua hala. Interaksi ini dapat menggalakkan pelajar berfikir.
c. Guru perlu memberi tumpuan supaya pembelajaran lebih bermakna dan capai objektif pembelajaran.
LANGKAH 1 PENGENALAN LANGKAH 2 PEMILIHAN BAHAN DAN BINA LANGKAH 3 PAMERAN HASIL KUMPULAN LANGKAH 4 PEMBENTANGAN DAN PERGERAKAN PELAJAR LANGKAH 5 RUMUSAN AKTIVITI Langkah 1: Pengenalan
- Guru bertindak sebagai pemudahcara.
- Guru menetapkan objektif dan tema. Melalui transformasi pengajaran abad
ke-21, objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan merupakan paparan penting di dalam kelas. Murid akan lebih peka terhadap apa yang mereka pelajari.
- Guru membuat penerangan,memberikan arahan dan peraturan.
- Guru bersama dengan pelajar perlu tahu langkah-langkah dalam pembelajaran
dan menyediakan kerja yang bermakna.
- Bahan-bahan seperti dokumen, imej, petikan dan hasil kerja dipilih untuk dijadikan galeri.
- Pemilihan peralatan mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
- Pelajar mestilah membiasakan diri dengan alat dan teknik-teknik supaya dapat
gunakannya dengan berkesan.
- Guru perlu susuli dengan soalan-soalan yang berkaitan supaya pelajar yang
mencipta imeh mental melalui aktiviti dan pembelajaran aktif ini.
- Pelajar boleh lakukannya secara individu ataupun kumpulan.
Langkah 3: Pameran hasil kumpulan
- Bahan-bahan disusun di sekitar bilik darjah. Bahan-bahan diperagakan sama
ada di dinding atau diletakkan di atas meja.
- Melalui ‘Gallery Walk’ ini membolehkan pelajar bergerak dari satu stesen ke
Langkah 4: Pembentangan dan pergerakan pelajar
- Pelajar diarahkan untuk melalui dan mendengar pembentangan dimana
pembentangan akan dilakukan di sudut masing-masing.
- Kumpulan tadi akan bergerak dari satu sudut ke sudut yang lain.
- Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut mereka dengan
kumpulan baru. Pembentang akan memberikan segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberi.
- Sekiranya terdapat soalan daripada tetamu, mereka dalam kumpulan akan cuba
sebaiknya untuk memberikan jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut.
- Pelajar dibenarkan untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-bahan lain
sebagai rujukan.
- Melalui aktiviti ‘Gallery Walk’ pelajar dapat bertukar-tukar idea dan pendapat.
- Sekiranya terdapat kesilapan pada hasil kerja rakan mereka, pembetulan dapat
dilakukan. Pelajar juga boleh membantu dengan memperbaiki hasil kerja rakan mereka. Pelajar boleh perbaiki terus di hasil kerja yang dipaparkan.
Langkah 5: Rumusan aktiviti
- Guru membuat kesimpulan dan memberi cadangan.
- Guru membuat penilaian.
iii. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Refleksi dilakukan bagi membolehkan para pendidik untuk membuat penilaian
kendiri.
b. Guru-guru boleh mengenalpasti masalah dan merangka cara-cara mengatasi
dan membuat penambahbaikan.
IMPLIKASI AKTIVITI ‘GALLERY WALK’
Suasana pembelajaran yang berbeza dapat memberi kesan kepada pelajar. Aktiviti ‘Gallery Walk’ memberi banyak manfaat kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, antaranya pelajar dapat belajar lebih aktif, kreatif dalam mengeluarkan idea matematik, dan suasana pembelajaran menjadi menyenangkan. Seterusnya menukarkan persepsi pembelajaran matematik satumatapelajaran yang sukar dan membosankan untuk dipelajari. Pelajar juga dilatih untuk menyelesaikan masalah matematik secara lebih sistematik melalui pelbagai cara yang bersesuaian. Hal ini memberi impak kepada proses pengembangan kognitif pelajar iaitu terbentuknya pengetahuan baru melalui pemahaman penyelesaian masalah di samping meningkatkan komunikasi secara matematik di kalangan pelajar.
Dari aspek inovasi dan kreativiti guru perlu menggunakan kebijaksaan dalam memilih strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Kepelbagaian strategi dan
kaedah pengajaran dapat membantu dalam usaha meningkatkan pencapaian dan keupayaan penyelesaian masalah matematik. Melalui ‘Gallery Walk’, guru dapat menyampaikan pembelajaran matematik dalam keadaan lebih santai. Aktiviti ‘Gallery
Walk’ inidapat membantu guru dalam mengesan kelemahan pelajar dari segi pertuturan
mahupun penulisan.Dengan pengukuran keupayaan penyelesaian masalah, guru dapat mengetahui kelemahan pelajar sehingga dapat dicari solusinya.
Alternatif kepada penggunaan alat bantu teknologi dalam pengajaran, aktiviti pembelajaran aktif juga dapat memberi kesan yang mendalam. Kaedah pembelajaran yang pelbagai dapat memudahkan pelajar menerima sesuatu konsep yang mana dengan kaedah konvensional sendiri masih sukar untuk difahami oleh pelajar. Selain daripada itu, suasana pembelajaran yang aktif dan kemampuan kognitif pelajar yang berkembang baik memberikan dorongan dan semangat kepada guru.
KESIMPULAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang penting dalam penitisan ilmu. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran merupakan dua proses yang saling melengkapi antara satu sama lain.Pembelajaran yang berkesan ialah proses yang dapat membantu pelajar memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran yang dapat membantu perkembangan minda pelajar ke tahap optimum. Pembelajaran juga merupakan salah satu proses mental atau fizikal yang membawa perubahan tingkah laku. Pembelajaran yang berkesan dapat dicapai dengan pelbagai cara.
Kesimpulannya, amalan pengajaran kreatif seharusnya dipupuk dari peringkat awal pendidikan sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Pengetahuan konsep asas, kemahiran berfikir dan komunikasi secara matematik penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.Menjadi tanggungjawab dan peranan guru untuk memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Pengaruh kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini kerana pelajar perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-konsep matematik asas bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam menuju ke arah negara maju dan pesat membangun dalam bidang Sains dan Teknologi, bidang matematik memainkan peranan yang penting.
RUJUKAN
Abdul Halim, A. (2016a). KBAT : Tugas Guru Semakin Mencabar. Dewan Masyarakat, (November), 39–41.
Abdul Halim, A. (2016b). KBAT : Cabaran Besar Untuk Guru Dan Pelajar. (April). Abdullah Ibrahim. (2004). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya dengan
Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru
Peringkat Kebangsaan 2004.
Azizi Yahaya. (2010). Kemahiran Penyelesaian Masalah. Psikologi Pendidikan,. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2011). Dokumen Standard KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi
di Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia, hlm.Vol. 53.
doi:10.1017/CBO9781107415324.004
Chee Keong, C., Tiam Kian, T. & Jesse B., A. (2016). Peer-Assessed Gallery Walk as a Teaching Strategy : A Professional Development Experience for 21st Century Education Peer- Assessed ... (December).
Farah Nur Abdul Hamid. (2015). Analisis Struktur Fokus Dalam Komunikasi Arahan Guru 14(2), 346–361.
Faulkner, J. & Latham, G. (2016). Adventurous lives: Teacher qualities for 21st century
learners. Australian Journal of Teacher Education, 41(4), 137–150.
doi:10.14221/ajte.2016v41n4.9
Ginsburg, H.P. & Baron, J. (1993). Cognition: Young childen's construction of mathematics. In R.J. Jensen (Ed.), Research ideas for the classroom: Early childhood mathematics (m.s. 3-21). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.
Goldin, G.A. (1992). Meta-analysis of problem-solving studies: a critical response.
Journal for Research in Mathematics Education 23(3): 274-283.
Jamian, A. R. & Ismail, H. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu 3.
Kheong Sia Chung. (2011). Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Kebarangkalian Di kalangan Pelajar Tingkatan 5. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Kurikulum, P. P. (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan
Pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 4.
Lokman, M. T. & Kalsom, S. (2011). Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru-Guru Sekolah Rendah. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,.
Meyers, C.& T. Jones. (1993). Promoting Active Learning: Strategies for the College Classroom.
Newmann, F. M. (1990). Higher order thinking in teaching social studies: a rationale for the assessment of classroom thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies, 22(1), 41-56.
Noraini Idris. (2006). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Norasykin Mohd Zaid & Nurulhidayah Ariff. (2011). Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Aktif Di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 1–10. Retrieved from http://eprints.utm.my/12019/
Norazuana Sait. (2014). Komunikasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah. Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Nurul Huda, I. (2015). Kepercayaan Dan Amalan Pengajaran Matematik Serta
Hubungannya Terhadap Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Matematik.
Schoenfeld, A. (1985). Mathematical Problem Solving. Orlando, FL: Academic Press. Siti Faizzatul Aqmal Mohsin. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan
‘Streaming Video’ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad ke-21. Universiti Tun Hussein Onn.
Siti Maulidatun. (2012). Pengaruh Penggunaan Metode Gallery Walk Materi Pokok
Keragaman Suku Bangsa Dan Budaya Di Indonesia Kelas V Semester 1.
Tajudin, N. M., Tarmizi, R. A., Wan Ali, W. Z. & Majid Konting, M. (2011). The use of Graphic Calculator in Teaching and Learning of Mathematics: Effects on Performance and Metacognitive Awareness. American International Journal of
Contemporary Research, 1(1), 59–72.
Wreyana Mohd Hambari. (2015). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Melalui Aktiviti Penjanaan Masalah. PROCEEDINGS OF ICHSUPSI2015,.
Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin & Yeo Kee Jiar. (2013). Keberkesanan Modul Belajar Melalui Bermain Terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-kanak Prasekolah. 2nd International Seminar on Quality and Affordable