• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alam Sekitar Pages at BULLET Jenis jenis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Alam Sekitar Pages at BULLET Jenis jenis"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Alam Sekitar

Pages

Jenis-jenis Pencemaran

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan

mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam

sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu

pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung

dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan

biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah

dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang

(2)

Antara punca yang telah dapat

dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah

masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas

kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana

bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah

merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka

merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa

makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna

yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan

dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang

menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan

keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah

apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu

didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran

air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan

menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan

pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling

(3)

Selain itu, antara punca lain ialah

pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta

merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan

secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan

alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan

semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh

menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan

dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan

menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera

berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada

projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama

pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek

pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang

berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh

mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada

pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori

(4)

pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini

kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas

yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat

pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan

semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa

menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju

berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat

mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan

pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya

penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang

berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan

lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas

menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu

punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain penyebab

berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas

dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan

untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut, penanaman semula

sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang

dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya

(5)

disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi

semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah sebenarnya

akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa

kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan

(6)

DISEDIAKAN OLEH :

NOR’ATIKAH BINTI MOHAMAD NAJIB

206137

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

Home

Subscribe to:

Posts (Atom)

About Me

alamsekitarBM

sintok, kedah darul aman, Malaysia

View my complete profile

Blog Archive

2010

(1)

o

August

(1)

Tujuan blog

Digital clock

There was an error in this gadget

There was an error in this

gadget

Followers

Referensi

Dokumen terkait

Pesoalan sengketa internal partai politik dalam rentang tahun 2014-2015 menghasilkan dua penetapan penundaan yang dikeluarkan oleh Pengadilan Tata Usaha Negara Jakarta yaitu

Sedangkan tujuan dari penelitian ini adalah menelaah proses pengembangan serta menghasilkan perangkat pembelajaran matematika berbasis karakter konsisten dan teliti

biasanya gigi ter%adi di daerah peluru dari mulut dan peluru dari mulut dan 6+ray muncul sebagai 6+ray muncul sebagai cytic luka tumor menun%ukan tanda kesukaan untuk rahang

Jenis data meliputi data primer yang berkaitan langsung dengan tujuan penelitian yang meliputi informasi tentang tanggapan siswa Panti karya wanita “Wanodyatama” Kendal

Aspek kesucian dalam hidup subjek dengan memahami bahwa manusia tidak ada yang suci, karena kesucian hanya milik Tuhan semata, namun manusia tetap harus mencari kebenaran

kemurungan di kalangan subjek; membandingkan peratusan strok, kemurungan dan kecelaan fungsi kognitif di kalangan warga tua lelaki dan perempuan; dan melihat hubungan tahap

Fitness Test. analisis data dalam penelitian ini menggunakan uji perbedaan dengan rumus t-test dengan taraf signifikansi 5%. Sebelum menguji dengan rumus t-tes,

Masih tingginya angka lansia dengan penderita hipertensi yang ada di desa Lemahputih, dan konsumsi obat yang terus menerus dalam mengatasi hipertensi serta kurangnya