Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
PENYAMANAN UDARA
Objektif am : Mengetahui jenis – jenis dan cara penyusunan sistem penyamanan
udara
Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menyenaraikan jenis-jenis sistem penyamanan udara
Menerangkan perjalanan sistem penyamanan udara
Melakarkan secara ringkas operasi sistem loji sepusat
Menerangkankan fungsi setiap komponen di dalam sistem hawa dingin
Menerangkan dengan ringkas sumber bateri haba.
UNIT 6
SISTEM PENYAMAN
JENIS
–
JENIS
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
6.0 Pengenalan
INPUT
Penyamanan udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi pemanasan, mengawal suhu, mengawal kelembapan, pembersihan dan pengagihan udara untuk mencapai kehendak tempat yang dinyamankan.
Di dalam sistem penyamanan udara, haba hendaklah di keluarkan dari tempat yang hendak dinyamankan, haba kemudiannya hendaklah dibuang ke udara luar. Ianya dibuat melalui sifat pergerakan haba itu sendiri iaiti bergerak dari satu kawasan yang panas ke satu kawasan yang sejuk.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Proses ini mengamalkan prinsip pengaliran haba pendam terhadap keadaan jisim. Media yang digunakan adalah cecair penyejuk samada R12, R21 atau lain – lain yang sifat- sifatnya tidak bertindak balas dengan kebanyakan logam.
Ia mempunyai 4 langkah yang utama seperti berikut:
Pemampat (Compressor) memampatkan cecair penyejuk dan ia bertukar kepada gas yang bertekanan
dan bersuhu tinggi
1
Pengental (Condenser) memindahkan haba pada gas keudara luar dan gas bertukar menjadi cecair yang masih bertekanan dan bersuhu tinggi.
2
Injap Pengembangan (Expansion valve)
merendahkan suhu dan tekanan cecair tersebut.
3
Pemeluwap (evaporater) mengambil haba dari udara dan cecair akan bertukar menjadi gas semula. Pada bahagian ini udara sejuk dihasilkan.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Lorekkan 5 jenis sistem penyaman udara pada petak yang berkenaan seperti contoh yang diberi.
ANDA YAKIN DENGAN JAWAPAN ANDA???
SILA SEMAK DENGAN MAKLUMBALAS DI MUKA SURAT YANG BERIKUT.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Tuliskan nombor komponen sistem penyamanan udara yang bersesuain dengan fungsinya di dalam petak yang disediakan, rujuk contoh:
A. PEMAMPAT ( Compressor)
B. PENGENTAL (Condenser)
C. PEMELUWAP (Evaperator)
D. INJAP PENGEMBANGAN (Expansion Valve)
E. LAMPU
KOMPONEN FUNGSI
E Menerangi sesuatu ruang
Pada komponen ini gas dalam keadaan suhu dan tekanan tinggi
Merendahkan suhu dan tekanan cecair
Cecair bertukar menjadi gas semula kerana komponen ini mengambil haba dari udara
Komponen ini memindahkan haba pada gas ke udara luar dan gas bertukar menjadi cecair tetapi masih bertekanan dan bersuhu tinggi.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
KOMPONEN FUNGSI
E Menerangi sesuatu ruang
A Pada komponen ini gas dalam keadaan suhu dan tekanan tinggi
D Merendahkan suhu dan tekanan cecair
C Cecair bertukar menjadi gas semula kerana komponen ini mengambil haba dari udara
B Komponen ini memindahkan haba pada gas ke udara luar dan gas bertukar menjadi cecair tetapi masih bertekanan dan bersuhu tinggi.
MAKLUM BALAS 6b
Tahniah!!…Sekarang
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
6.2 Operasi Sistem
Cara pembahagian sistem – sistem penyamanan udara diatas berdasarkan kepada cara tataatur dan bentuk kelengkapan serta komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem.
INPUT
Sistem – sistem Unit ( Unitary System )
Sistem ini digunakan untuk pendinginan kecil ke sederhana yang melibatkan beban penyejukan dalam lingkungan 15 Tan refrigeration (360 000 BTUH ) dengan keupayaan pengendalian udara sebanyak 6 000 CFM kebawah. Ia selalunya digunakan untuk mendinginkan satu atau beberapa ruang kecil yang berdekatan secara serentak.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.3 Aturan alatan unit tingkap
Sistem Unit Tingkap( Window Unit )
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.4 : Keratan rentas bagi sistem unit tingkap
Unit Pisah (Split Unit )
Ia digunakan untuk pendinginan satu hingga ketiga buah ruang /bilik kecil yang boleh dikendalikan secara berasingan. Ia boleh dibahagikan kepada Dua jenis iaitu
Unit pisah tanpa udara luar
Unit pisah dengan udara luar
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Rajah 6.4 Susunatur sistem Unit Pisah Tanpa Udara Luar
Unit Pisah Tanpa Udara Luar
Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang untuk disejukkan dan tidak mengambil udara luar untuk memperbaharui udara (pengudaraan) sedia ada.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Unit Pisah Dengan Udara Luar
Jenis ini menyedut balik udara dalam ruang, sistem ini juga mengambil udara luar untuk tujuan pengudaraan. Keupayaannya lebih besar berbanding dengan sistem unit pisah tanpa udara luar. Udara bersih diambil secara terus dari luar atau dibekalkan melalui salur.
Sistem Unit Kemas-siap (Package Unit)
Sistem ini melibatkan pendinginansatu ruang atau beberapa ruang kecil bagi kegunaan serentak. Ciri-cirinya seakan-akan sama degan sistem loji sepusat.
Ia boleh dibahagikan kepada TIGA sistem asas, iaitu :
Sistem Kemas-Siap keseluruhan
Sistem Kemas – Siap Penyejukan Udara
Sistem Kemas – Siap Penyejukan Air
Sistem Kemas-Siap keseluruhan
Konsep tatatur komponen seperti Sistem Unit Tingkap tetapi keupayaannya adalah jauh lebih besar. Keseluruhan alatan ditempatkan di luar bangunan berdekatan dengan ruang-ruang yang akan didinginkan. Sambungan ke ruang adalah melalui salur bekal dan balik.
Unit ini selalunya dipasang pada bangunan-bangunan sedia ada tau bangunan-bangunan yang tidak membenarkan sebarang unit dalaman ditempatkan didalamnya.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.5 Susun atur Sistem Kemas-Siap keseluruhan
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.6 Keratan rentas sistem kemas-siap keseluruhan
Sistem Kemas-Siap Penyejukan Udara
Dalam sistem ini kebanyakan komponen-komponen asasnya seperti kipas penghembus, lingkaran pengewap, injap pengembang serta alat pemampat diletakkan dalam satu unit dalaman lengkap.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.7 : Konsep aturan alatan unit kemas-siap penyejukan udara
Cuba anda cari perbezaan diantara sistem kemas-siap penyejukan udara dan sistem kemas-siap
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah 6.8 Keratan rentas sistem kemas-siap penyejukan udara.
Sistem Kemas-Siap Penyejukan Air
Kesemua komponen-komponen asas kitaran penyejukan dibina atau ditempatkan di dalam satu unit dalaman yang padat. Satu unit menara penyejuk (Cooling Tower) diperlukan dan selalunya diletakkan di satu tempat yang tinggi diluar bangunan.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Bagi soalan yang berikut bulatkan B bagi pernyataan yang betul dan S bagi pernyataan yang salah. Rujuk contoh yang diberikan.
Sistem penyamanan udara adalah untuk memberi keselesaan kepada
penghuni ruang tersebut B S
Sistem unit dapat mengendalikan udara melebihi 6000 CFM B S
Komponen-komponen asas sistem unit tingkap terletak pada bahagian luar
bangunan B S
Sistem unit terbahagi kepada 2 jenis yang utama B S
Sistem unit pisah dengan udara luar digunakan pada ruang yang
memerlukan pergantian udara. B S
Perletakan komponen sistem unit tingkap adalah sama dengan perletakan
komponen bagi sistem kemas- siap keseluruhan B S
Bagi sistem kemas - siap penyejukan udara hanya terdapat kipas,
pemampat dan lingkaran pengental sahaja pada bahagian unit luar. B S
Unit kemas-siap penyejukan air memerlukan menara penyejuk B S
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Sistem penyamanan udara adalah untuk memberi keselesaan kepada
penghuni ruang tersebut B S
Sistem unit dapat mengendalikan udara melebihi 6000 CFM B S
Komponen-komponen asas sistem unit tingkap terletak pada bahagian luar
bangunan B S
Sistem unit terbahagi kepada 2 jenis yang utama B S
Sistem unit pisah dengan udara luar digunakan pada ruang yang
memerlukan pergantian udara. B S
Perletakan komponen sistem unit tingkap adalah sama dengan perletakan
komponen bagi sistem kemas- siap keseluruhan B S
Bagi sistem kemas - siap penyejukan udara hanya terdapat kipas,
pemampat dan lingkaran pengental sahaja pada bahagian unit luar. B S
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
TAHNIAH...
SEKARANG SILA KE INPUT YANG SETERUSNYA....
INPUT
6.3 Sistem Loji Sepusat
Sistem yang selalu digunakan untuk pendinginan yang melibatkan beban penyejukan 15 Tan Refrigerant atau keupayaan kendalian udara 6000 CFM keatas. Ia dapat dibahagikan kepada DUA sistem asas iaitu
i) Sistem Loji Pengendalian Pusat ( Central Handling Plant System ) ii) Sistem loji Pengendalian Setempat atau Sistem Loji Air Sejuk
( Central Plant With Local Handling )
Selalunya sistem – sistem ini memerlukan ruang khas untuk loji serta larian-larian agihannya.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Rajah 6.9 Sistem logi pusat
Sistem Loji Pengendalian Pusat ( Central Handling Plant System )
Dalam sistem ini, kebanyakan komponen-komponen asasnya diletak dalam satu ruang Loji Mekanikal Penyaman Udara ( Mechanical air-cinditioning plant room) yang mengendalikan sebahagian besar kitaran penyejukan . Sistem ini memerlukan satu unit pengental penyejukan udara atau menara penyejuk jenis ruang di dalam bangunan dimana ia boleh mendapat pengudaraan yang baik ( selalunya di tempat-tempat yang tinggi dan tidak menimbulkan masalah pepeluhan haba). Rujuk rajah 6.9.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Sistem loji Pengendalian Setempat atau Sistem Loji Air
Sejuk ( Central Plant With Local Handling )
Ciri utama sistem ini adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran penyejukan untuk menyejukkan udara. Sistem ini mengadakan media air sejuk (chilled water) di satu loji Pendinginan dengan tujuan diagihkan ke beberapa Unit pengendalian udara ( air Handling Unit). Ia mempunyai EMPAT pusingan berasingan untuk mengalihkan haba dari dalam ruang didinginkan ke udara luar bangunan. Rujuk gambarajah 6.10
Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke A.H.U melalui media udara
1
Pusingan air mengalihkan haba dari alat A.H.U ke lingkaran Pengewap di chiller.
2
Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pengewap
ke lingkaran pengental dalam alat chiller.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Rajah6.10 Sistem loji Pengendalian Setempat atau Sistem Loji Air Sejuk
6.4 Alat Utama Dalam Sistem Hawa Dingin
a) Pengental (condenser) b) Pemampat (compressor) c) Pemeluwap (evaperator)
d) Peranti permeteran (Expansion valve)
Pusingan air mengalihkn haba dari lingkaran pengental ke menara penyejuk melalui media air
4
Masih ingat lagi fungsi bagi setiap komponen ?
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
6.5 Bateri Haba (heater batteries )
Bateri Haba merupakan satu alatan tambahan didalam sistem hawa dingin bagi menghasilkan udara panas. Ia digunakan di negeri-negeri yang beriklim sejuk. Sumber bagi bateri haba ialah air panas, gegelung wap panas atau haba dari gegelung elektrik.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
AKTIVITI 6a
Oppstt... Sebelum ke Unit 7 pastikan anda telah menjawab semua soalan pada
aktiviti – aktiviti yang diberi.
1. Senaraikan jenis – jenis sistem penyamanan udara.
2. Dengan bantuan gambarajah terangkan dengan ringkas operasi sistem penyamanan
udara jenis Unit Tingkap.
3. Senaraikan komponen-komponen utama yang terdapat didalam sistem penyamanan
udara.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
MAKLUMBALAS YANG DIBERIKAN PADA MUKASURAT
BERIKUT.
MAKLUM BALAS 6a
1. Senaraikan jenis – jenis sistem penyamanan udara.
(Jawapan sila rujuk input 6.1)
2. Dengan bantuan gambarajah terangkan dengan ringkas operasi sistem penyamanan
udara jenis Unit Tingkap.
(Jawapan sila rujuk gambarajah 6.1)
3. Senaraikan komponen-komponen utama yang terdapat didalam sistem penyamanan
udara.
( Jawapan sila rujuk input 6.4)
SILA RUJUK DENGAN PENSYARAH ANDA SEKIRANYA TERDAPAT
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan 4 perbezaan diantara Sistem loji sepusat dan sistem unit
2. Dengan bantuan gambarajah terangkan dengan ringkas operasi sistem loji sepusat. 3. Berikan kegunaan bateri haba.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan 4 perbezaan diantara Sistem loji sepusat dan sistem unit
Sistem Loji Sepusat Sistem Unit
Untuk beban yang besar Untuk beban yang kecil
Memerlukan ruang yang besar bagi komponen-komponennya
Tidak memerlukan ruang yang besar
Perlu sentiasa diselenggara Tidak memerlukan penyelenggaran yang kerap
Kos yang tinggi Kos yang rendah
2. Dengan bantuan gambarajah terangkan dengan ringkas operasi sistem loji sepusat.
(Jawapan sila rujuk input 6.3.2 )