• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni dalam Pendidikan Seni itu seiring d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Seni dalam Pendidikan Seni itu seiring d"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pandangan sepintas lalu: Seni dalam pendidikan (seni itu seiring dengan kemajuan teknologi)

Tertarik dengan sebuah artikel yang baru saya baca semalam, hati saya terdetik pula untuk

menulis mengenainya. Walaupun ringkas tetapi cukup mudah untuk dijadikan contoh mengenai

seni dan kedudukannya di dalam kemajuan sains dan teknologi sekarang. Ini pandangan peribadi

dan interpretasi saya dan terserah kepada kebijaksanaan masing-masing menilai. Sekadar

berkongsi ilmu yang baru saya baca.

“Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, seni dalam pendidikan dapat membantu menangani kemajuan yang kian pesat membangun. Sebagai contoh, walaupun kita mempunyai gajet-gajet canggih seperti Ipad, Ipod, Iphone, Samsung Galaxy Note, Tab, [HTC] dan sebagainya tetapi kecanggihan ini masih memerlukan aksesori untuk kesempurnaan. Dalam erti kata lin, gajet-gajet ini juga mempunyai pelbagai pilihan warna yang merupakan unsur utama dalam unsur-unsur seni asas seni reka, Maka dengan itu, jelaslah bahawa seni bukanlah jumud atau mundur malah seiring dengan kemajuan teknologi hari ini sehingga mampu mengoptimumkan pembelajaran murid-murid sekolah.”

(Andy Hadzan, 2014:8)

Jika ditambah selain seni reka, aplikasi-aplikasi yang dimuat turun dan direka juga

memerlukan seni muzik atau kesan bunyi untuk melengkapkannya. Tanpa muzik, bunyi dan

aneka warna sudah pasti pengguna seperti kita tidak berasa seronok malah berasa bosan. Begitu

juga seni pergerakan, bagaimana aplikasi-aplikasi yang dicipta memerlukan teknik gerak sesuai

dengan irama, bunyi, bentuk untuk daya tarikan agar aplikasi dimuat turun oleh ramai pengguna.

Seni lagu, seni visual, seni drama, seni bina, seni fotografi, dan banyak lagi unsur-unsur seni

sastera diperlukan untuk kesempurnaan aplikasi-aplikasi canggih ini. Jadi, kecanggihan ini

sebenarnya memerlukan seni untuk menyempurnakan dan melengkapkannya. Kemajuan

teknologi dan seni saling melengkapi. Contoh ringkas di atas cukup jelas untuk memperlihatkan

kedudukan seni itu sama taraf malah seiring dengan kemajuan sains dan teknologi sekarang.

Seringkali kita mendengar seni itu dilabelkan mundur, terkebelakang, ketinggalan zaman malah

(2)

menyedarinya kerana yang nyata di mata kita adalah kemajuan sains, dan seni pula sering tersirat

dan tidak terlihat oleh mata kasar kita.

Kecanggihan yang kita miliki sekarang merupakan kreativiti seseorang dalam

memasukkan unsur-unsur seni secara terancang dan sistematik cuma penggunaan perkataan ‘seni’ itu tidak meluas digunakan. Akhirnya kita menganggap kemajuan yang ada ini adalah sains semata-mata tanpa memandang sains dan seni itu saling memerlukan. Kita perlu

menajamkan lagi persepsi kita tentang seni kerana melalui seni, kita sebenarnya menggunakan

semua panca indera kita. Bagaimana kita cuba menguasai dan mendalami satu-satu aplikasi

dengan sebaiknya, kita menajamkan persepsi, imaginasi dan pemahaman kita tanpa kita sedari.

Aplikasi-aplikasi yang dimuat turun berperanan untuk mengembangkan daya kreativiti, persepsi

dan imaginasi kita dan aplikasi yang berbentuk pendidikan membantu kanak-kanak belajar lebih

berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang bijak dalam memahami satu

konsep atau idea dengan lebih jelas. Penggunaan unsur-unsur seni banyak mewarnai

aplikasi-aplikasi sekarang malah kanak-kanak sudah pandai memilih aplikasi-aplikasi mereka sendiri. Ini kerana

aplikasi-aplikasi yang dipilih menghidangkan pelbagai daya tarikan dari segi warna, bunyi,

visual, bentuk malah hiasan yang seronok. Seni visual yang ada di dalam aplikasi-aplikasi yang

kita muat turun seterusnys kita simpan di dalam gajet kita, menyediakan aktiviti untuk kemahiran

mencorak, membentuk, melukis dan menggambar, mereka dan membuat binaan. Ini berperanan

mengembangkan kemahiran kognitif, bakat dan kreativiti kita. Begitu juga dengan aplikasi yang

memuatkan banyak unsur muzik dan bunyi, membolehkan kita mengenal lagu berdasarkan

melodinya, melakukan gerakan mengikut rentak lagu, malah melatih kita mahir menggunakan

alat muzik dan belajar tanpa perlu menghadiri kelas muzik. Semua ini menimbulkan

keseronokan pada kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu pengetahuan baru walaupun ianya

berupa permainan dan hiburan, namun proses pembelajaran sedang berjalan tanpa kita sedari.

Seni boleh mempengaruhi individu dalam membina tingkah laku dan jelaslah bahawa seni dapat

menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Referensi

Dokumen terkait

Meskipun demikian, unsur karya seni sebagai sebuah produk yang mewujud dalam bentuk tertentu juga menjadi penting adanya dalam antropologi seni, sebab ia menjadi penanda awal

Hiasan jubin pada masa kini kebanyakan dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut citarasa pengguna dan pasaran. Jubin memainkan peranan dalam pelbagai seni reka

Dalam perkuliahan ini dibahas tentang konsep seni tari, unsure-unsur seni tari, tujuan seni tari, fungsi seni tari untuk anak usia dini, karakteristik tari bagi

Terdapat pelbagai teori dan model yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji reka bentuk instruksional, namun model ADDIE menjadi pilihan dalam reka bentuk modul pengajaran kursus

Dalam karya seni rupa unsur-unsur tersebut disusun menjadi desain atau komposisi berdasarkan prinsip-prinsip seperti proporsi, keseimbangan, kesatuan, variasi,

Hiasan jubin pada masa kini kebanyakan dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut citarasa pengguna dan pasaran. Jubin memainkan peranan dalam pelbagai seni reka

Dalam karya seni rupa unsur-unsur tersebut disusun menjadi desain atau komposisi berdasarkan prinsip-prinsip seperti proporsi, keseimbangan, kesatuan, variasi,

Dalam karya seni rupa unsur-unsur tersebut disusun menjadi desain atau komposisi berdasarkan prinsip-prinsip seperti proporsi, keseimbangan, kesatuan, variasi,