• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODEL ADDIE DALAM PROSES REKA BENTUK MOD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MODEL ADDIE DALAM PROSES REKA BENTUK MOD"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Proceedings of the International Seminar on Language Teaching ISeLT 2015, 4-5 February 2015, Bangi, Malaysia.

MODEL ADDIE DALAM PROSES REKA BENTUK MODUL

PENGAJARAN: BAHASA ARAB TUJUAN KHAS DI UNIVERSITI

SAINS ISLAM MALAYSIA SEBAGAI CONTOH

Ummu Nasibah Nasohah

Muhammad Izuan Bin Abd Gani

Nazipah Binti Mat Shaid @ Md Shaid

Fakulti Pengajian Bahasa Utama,

Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Makalah ini mengupas tentang proses reka bentuk modul pengajaran dengan berteraskan model ADDIE. Modul pengajaran merupakan salah satu asas utama dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) sesuatu subjek. Maka, reka bentuknya perlu kepada satu teori model reka bentuk yang memperincikan fasa-fasa prosesnya dengan teliti dan sistematik. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengupas penggunaan model ADDIE dalam reka bentuk modul pengajaran dengan mengambil subjek bahasa Arab untuk tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. Ini keran, model ADDIE merupakan antara model rekabentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Hasil daripada penggunaan model ADDIE dalam reka bentuk sesuatu modul pengajaran, akan terbina satu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran & pembelajaran (P&P) dengan efektif serta pendekatan yang sistematik seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar.

Kata Kunci : Model ADDIE: Fasa-Fasa Proses Model ADDIE: Modul Pengajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan Khas, Universiti Sains Islam Malaysia.

PENDAHULUAN

Reka bentuk modul pengajaran merupakan elemen utama dan terpenting dalam menjayakan proses pengajaran & pembelajaran sesuatu kursus. Ianya didefinasikan sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey, 1986).

Model-model rekabentuk pengajaran ini mestilah direka bentukberpandukan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dankonstruktivisme. Teori reka bentuk pengajaran ini pada asalnya digunakan semasa meletusnya perang dunia kedua, di mana para psikologi telah membuat kajian dan penyelidikan kaedah yang akan digunakan bagi latihan perkhidmatan ketenteraan. Namun selepas perang kedua tamat, teori dan kaedah yang diguna pakai ini telah dikembangkan oleh ahli psikologi ke dalam bidang pendidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengajaran seperti yang diguna pakai oleh Institut American (Reiser, 2001, p. 58).

Dalam makalah ini, teori reka bentuk modul yang ingin dikupas adalah model ADDIE dengan memfokuskan reka bentuk modul pengajaran bagi subjek bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan mengambil subjek bahasa Arab untuk tujuan sains sebagai contoh. Sebagai pengenalan, subjek bahasa Arab untuk tujuan sains merupakan satu kursus wajib fakulti yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar aliran sains dari Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), dan Fakulti Pergigian (FPg) di Universiti Sains Islam Malaysia. Kursus ini menawarkan empat kemahiran dalam pembelajaran bahasa Arab dengan memfokuskan lebih kepada kemahiran bertutur dan membaca selain kemahiran mendengar dan menulis dengan berteraskan teks-teks yang berkaitan dengan sains.

(2)

pelajar, maka ianya perlu kepada satu modul pengajaran yang reka bentuknya didasari kepada teori dan model yang tepat dan sistematik menepati kehendak keperluan pelajar-pelajar tersebut.

Ini kerana dalam proses pengajaran, seseorang guru perlu mengetahui dan menggunakan pelbagai teori, strategi serta pendekatan yang tertentu yang bersesuaian dalam memastikan objektif dan matlamat pengajaran berjaya dicapai. Justeru, penggunaan reka bentuk pengajaran oleh guru di dalam pengajarannya mestilah bertepatan dengan tujuan reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran (Rozinah, 2000).

Selain itu, menurut Dick dan Reiser (1989), tujuan diadakan aktiviti reka bentuk pengajaran ialah untuk mengesyorkan kaedah pengajaran yang optimum yang boleh mengubah pengetahuan pelajar, kemahiran dan afektif pelajar. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya reka bentuk pengajaran kepada guru atau pembangun pengajaran kerana aktiviti yang terlibat adalah bersifat professional.

Bahkan dalam mereka bentuk modul pengajaran dengan mengikuti sesuatu teori atau model reka bentuk, ianya memudahkan dalam proses pembangunan modul tersebut kerana menurut Thompson (2001), teori dan model pengajaran akan membimbing pembangun dalam mempercepatkan proses pembangunan bahan, membantu komunikasi dalam ahli kumpulan perekabentuk dan meliputi semua fasa reka bentuk pengajaran (Rio Sumarni Sharifuddin, 2007).

Terdapat pelbagai teori dan model yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji reka bentuk instruksional, namun model ADDIE menjadi pilihan dalam reka bentuk modul pengajaran kursus bahasa Arab untuk tujuan sains kerana proses yang dikemukakan oleh model ADDIE dilihat amat teliti dan berorientasikan sistem dalam menghasilkan satu reka bentuk modul pengajaran yang baik. Justeru kajian ini akan memfokuskan proses bagaimana untuk mereka bentuk modul pengajaran Bahasa Arab untuk tujuan sains dengan mengikut teori ADDIE.

MODEL ADDIE

Model ADDIE adalah berlandaskan behaviorisme, cetusan idea yang dikembangkan oleh Dick dan Carry (1996) untuk merancang sistem pembelajaran. Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagi Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian).

Daripada akronim ADDIE, dapat diketahui bahawa ADDIE menerapkan lima tahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran. Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (Steven J. McGriff, 2000).

Gambarajah 1: Proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE

Gambarajah di atas menerangkan bagaimana proses dalam mereka bentuk modul pengajaran berdasarkan teori ADDIE dan ianya jelas menunjukan bahawa model ADDIE merangka proses menyeluruh

Analysis

Design

Implementation Development

(3)

tentang aktiviti reka bentuk pengajaran dan ini menjadi kelebihan kepada model ADDIE berbanding model lain.

Keberkesanan model ADDIE telah terbukti dalam membangunkan modul pengajaran yang berkesan dan menarik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan dimana sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $350,000 USD bagi melengkapkan kemudahan kelas multimedia dan proses pengajaran dan pembelajaran telah berlansung menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas, melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Youngmin, 2006, pp. 1-11).

Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah mengunakan model ADDIE, di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia berdasarkan minat pelajar. Seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka. Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Pengkaji dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya pelajar tidak lagi tidur di dalam kelas kerana dapat menghasilkan bahan pembelajaran mengikut cara pelajar dengan dibimbing oleh guru (Youngmin, 2006, pp. 12-17).

Justeru berdasarkan kajian ini, penggunaan lima proses yang dikemukakan oleh model ADDIE dalam pembangunan modul pengajaran membuktikan ianya sangat efektif dan berkesan dalam menarik minat pelajar serta memotivasikan kesungguhan pelajar dalam pelajaran yang dipelajari.

ANALISIS (ANALYSIS)

Proses pertama yang perlu dijalankan dalam mereka bentuk modul pengajaran mengikut fasa ADDIE adalah analisis. Fasa Analisis merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam reka bentuk sesuatu pengajaran.

Pada peringkat ini, beberapa analisis dijalankan dan antara yang terpenting adalah permasalahan yang berkaitan dengan mengenal pasti masalah dan cara penyelesaiannya. Tujuan proses ini adalah untuk memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar yang sebenar. Masalah yang berkaitan boleh dikenal pasti melalui pelbagai kaedah atau teknik misalnya temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal selidik dan sebagainya (Baharuddin et al, 2001).

Untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan, beberapa analisis dilakukan terhadap beberapa aspek, antaranya analisis persekitaran pembelajaran, analisis terhadap ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan atau pengetahuan sedia ada, masalah dalam pembelajaran dan mengenal pasti matlamat pengajaran dan sebagainya. Analisis ke atas pelajar membantu dalam menentukan kemahiran atau pengetahuan yang harus dipelajari disamping mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sedia ada pada pelajar atau matlamat pengajaran (Dick dan Reiser, 1989).

Secara ringkasnya, dalam konteks reka bentuk modul bahasa Arab untuk tujuan sains di Universiti Sains Islam Malaysia, proses analisis yang perlu dilakukan adalah melibatkan tiga aspek utama iaitu:

1. analisis terhadap pelajar,

2. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran, 3. analisis kenalpasti matlamat pengajaran.

Dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tiga aspek uatama ini, terdapat beberapa persoalan utama yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu:

1. Siapakah pelajar yang akan mengambil kursus ini dan bagaimana latar belakang pengetahuan bahasa Arab mereka?

2. Sejauh mana penguasaan mereka dalam bahasa Arab?

3. Apakah kepentingan mereka dalam mempelajari bahasa Arab?

4. Apakah kemahiran yang diperlukan dalam memenuhi kepentingan dan keperluan mereka dalam bahasa Arab?

5. Apakah teks-teks yang bersesuaian yang berkisar dalam sains yang perlu digunakan dalam menerapkan kemahiran-kemahiran bahasa Arab yang diperlukan?

(4)

7. Bagaimana bentuk metodologi pengajaran yang berkesan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran modul kursus bahasa Arab ini?

8. Bagaimana bentuk penilaian untuk menguji kemahiran-kemahiran bahasa Arab yang dipelajari? 9. Apakah permasalahan lain yang boleh menganggu dan memberi kesan yang boleh mengagalkan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai matlamat dan objektif yang diletakkan dalam kursus bahasa Arab ini?

Inilah antara persoalan penting yang perlu diberikan jawapannya dalam lakaran awal untuk mereka bentuk modul pengajaran. Analisis perlulah mengikut langkah demi langkah iaitu bermula dengan menganalisa pelajar sehinggalah ke peringkat seterusnya hingga akhir. Kesemua hasil atau output bagi fasa ini akan menjadi input bagi fasa reka bentuk dan seterusnya.

REKA BENTUK (DESIGN)

Rekabentuk atau design merupakan fasa kedua dalam merangka pengajaran mengikut modul ADDIE. Fasa kedua ini bertujuan menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan. Dalam proses mereka bentuk modul bahasa Arab untuk tujuan sains di Universiti Sains Islam Malaysia, fasa ini akan menjawab persoalan yang dikemukakan dari fasa analisis.

Kursus bahasa Arab untuk tujuan sains di Universiti Sains Islam Malaysia diwajibkan kepada pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pergigian (FPg). Pelajar-pelajar tersebut dalam lingkungan umur 19 tahun ke umur 21 tahun dengan sebahagian besar dari mereka adalah lepasan Tamhidi/Matrikulasi/SPM/STPM/STAM dan telah lulus Kursus Wajib Universiti bahasa Arab 1 dan bahasa Arab 2.

Kepentingan bagi pelajar-pelajar FST, FPSK dan FPg mempelajari bahasa Arab adalah mereka akan mempunyai kelebihan dalam saluran berkomunikasi kerana menguasai satu lagi bahasa asing. Selain dari itu, mereka juga dapat memahami intipati al-Quran.

Empat kemahiran asas yang perlu ada dalam pembelajaran modul Bahasa Arab untuk tujuan sains ini ialah membaca, bertutur, mendengar dan menulis.

Gambar rajah berikut menghuraikan keperluan empat kemahiran asas yang berkaitan dengan pembelajaran modul bahasa Arab untuk tujuan sains ini :-

Modul bahasa Arab ini akan menggunakan teks-teks yang bersesuaian yang berkisarkan latar belakang sains. Ianya dirasakan sesuai untuk kegunaan para pelajar sains pada tahap ini (yang lulus bahasa Arab 1 & 2). Teks-teks tersebut turut menerapkan kemahiran-kemahiran bahasa Arab yg diperlukan seperti membaca, mendengar, menulis dan bertutur.

Dalam mencapai objektif integrasi ilmu aqli dan naqli, modul bahasa Arab ini juga turut dilengkapi dengan bahan-bahan yang bersandarkan al-Quran dan Hadith serta memperluaskan daya pemikiran islamik dengan mengaitkan kewujudan sains dan teknoloogi dengan dua sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Sunnah. Antara aktiviti yang diketengahkan ialah membincangkan kaitan mukjizat Al-Quran dan Sains.

Seiring dengan kehendak penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, modul ini akan mengaplikasikan pendekatan metodologi S dan R (Sitimulus and Respond) dan students center dengan mengadakan perbincangan dan pembentangan, memberi tugasan dan kajian kes serta menjayakan program.

Kemahiran Pencapaian

Membaca  Boleh memahami makna am dan khusus.

 Memahami makna pembendaharaan kata dan makna dalam penggunaaan konteks ayat.

Mendegar  Memahami perbualan/ucapan.

 Mampu menulis idea-idea yang dilontarkan melalui pendengaran. Menulis  Mampu mengaplikasikan tataBahasa Arab dengan baik dari segi gaya

bahasa, morfologi, sinteksis dan lain-lain.

 Mampu membina ayat Bahasa Arab yang pelbagai. Bertutur  Mampu melakukan komunikasi dua hala.

(5)

Hasil penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, Kursus bahasa Arab untuk tujuan sains yang menggunakan pendekatan modul ADDIE ini akan menilai kemahiran-kemahiran bahasa Arab pelajar melalui beberapa kompenan yang ditetapkan. Antara kompenan-kompenan yang terlibat dalam penilaian tersebut ialah pemikiran kreatif & kritis dan pendekatan saintifik, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran bersosial (kerja berkumpulan) dan kepertanggungjawaban.

Selain perancangan pengajaran dan pembelajaran, terdapat permasalahan lain yang boleh mengganggu dan memberi kesan yang mana ia boleh menggagalkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai matlamat dan objektif yang diletakkan dalam kursus bahasa Arab ini antaranya ialah; kurang aktiviti pelajar dalam mengamalkan pembudayaan berbahasa Arab yang mana akan membuatkan pelajar berasa kekok dan kurang yakin dalam mengaplikasikan bahasa Arab serta kurang pendedahan bahan media yang menggunapakai bahasa Arab. Walaupun demikian kekangan dan permasalahan lain akan mungkin dapat diatasi sekiranya ia mendapat sokongan pihak atasan dalam mempertingkatkan pembudayaan berbahasa Arab.

PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT)

Setelah mengenalpasti latarbelakang pengajaran dan pembelajaran, fasa ini akan memberi perincian tentang pembangunan modul. Kursus bahasa Arab untuk tujuan sains akan terdiri daripada 5 topik utama. Setiap topik akan disediakan teks yang berkaitan dengan tema topik tersebut.

Selain memberi pendedahan terhadap topik yang berkaitan tema, rangkaan modul kursus ini akan tertumpu kepada teori-teori atau teknik-teknik pembentangan ataupun kemahiran berkomunikasi disamping mengambilkira kemahiran menulis. Pada asasnya modul ini akan dibangunkan mengikut keperluan penguasaan bahasa Arab pelajar terutama sekali dari segi keahiran bertutur.

Di setiap topik akan terdapat teks yang berkaitan, diekori latihan-latihan berdasarkan teks dan pemahaman yang mana ia termasuk dalam kemahiran membaca. Selesai proses kemahiran membaca, modul ini akan diteruskan dengan pendedahan terhadap teori-teori dan teknik-teknik pembentangan ataupun kemahiran berkomunikasi. Pelajar akan diberi aktiviti yang berkaitan dengan teori dan teknik yang telah mereka pelajari dan akan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Jadual berikut adalah cadangan pembangunan modul untuk Kursus bahasa Arab untuk tujuan sains:

(6)

PERLAKSANAAN (IMPLEMENTATION)

Pelaksanaan dalam konteks ADDIE merujuk kepada pembangunan dan rekabentuk bahan-bahan pengajaran yang telah disediakan dan akan dilaksanakan mengikut keperluan pelajar. Tahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, atau penggunaan teknologi terkini. Dalam konteks ini, pelaksanaan bagi modul ini adalah merangkumi rangka kursus yang dibentuk dan diharapkan untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman pelajar dan pengalaman pendidikan bahasa arab di kalangan pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Pelaksanaan (Implementation) dalam modul ini bertujuan untuk penambahbaikan bahan-bahan modul yang disediakan setelah diukur, diuji dan dilaksanakan. Pada tahap ini, elemen-elemen berikut perlu diuji iaitu:

i. Persediaan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu objektif, hasil pembelajaran, kaedah penyampaian, aktiviti dan tugasan.

ii. Persediaan dan latarbelakang pelajar dengan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dalam modul ini yang merangkumi empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Ia juga merangkumi pengetahuan pelajar dalam menggunakan teknologi.

iii. Keadaan persekitaran kelas yang merangkumi bilangan pelajar, tahun pembelajaran, alat bantu mengajar, kelengkapan perkakasan untuk aktiviti dan tugasan.

iv. Proses ini akan dilaksanakan pada semester 3 tahun dua pengajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Perubatan (FPg) dan Fakulti Pengajian Sains dan Kesihatan (FPSK).

Pelaksanaan dalam model ADDIE dilakukan setelah proses analisis dikenalpasti. Ia dapat memberi jawapan kepada permasalahan yang dihadapi semasa reka bentuk disediakan. Modul ADDIE merupakan modul yang sistematik dalam merangka kursus pengajaran.

Kesimpulannya, proses ini bertujuan untuk menguji keberkesanan serta melihat masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa reka bentuk dan pembangunan. Proses ini dilaksanakan dengan menggunakan sekumpulan tenaga pengajar dan pelajar yang menepati kriteria yang telah ditetapkan dalam fasa analisis. Hasil daripada pemerhatian, proses penambahbaikan atau pemulihan akan dapat dilaksanakan sebelum aplikasi yang sebenarnya digunakan secara rasmi (Baharuddin et al, 2001).

PENILAIAN (EVALUATION)

Penilaian ( Evaluation ) adalah satu tahap di mana bahan yang telah disediakan diproses untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap keseluruhan rangka kursus. Ia meliputi keempat-empat tahap dalam model ADDIE iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan.

Di dalam model ADDIE, keempat-empat tahap ini telah meliputi tahap penilaian, di mana setiap tajuk modul yang dibangunkan akan dibuat penilaian formatif bagi mendapatkan keberkesanan rekabentuk dan pembangunan modul tersebut.

Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Penilaian sumatif terhadap keberkesanan pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan. Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik perancangan pengajaran untuk topik yang sama atau berlainan atau untuk pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan. Aktiviti dalam fasa penilaian ini meliputi:

(7)

ii. Penilaian Sumatif - ia dijalankan pada hujung semester yang merangkumi keseluruhan tajuk bagi memastikan modul tersebut efisyen dan berkesan, juga pelajar dapat menguasai modul yang dibina dan direkabentuk.

iii. Refleksi Kendiri – Kebolehan pelajar dalam menjawab dan membuat latihan-latihan yang disediakan dalam proses reka bentuk modul.

iv. Maklum balas pelajar – melalui soalselidik, soal jawab secara langsung atau tidak langsung yang disediakan semasa reka bentuk dan pembangunan modul dilakukan.

· Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan pelajar-pelajar dapat melaksanakan tugasan pembelajaran secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk tujuan penambahbaikan.

Akhir sekali, tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan kemantapan pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara tahap.

Penilaian adalah melalui fasa penilaian mudah, sederhana dan sukar berdasarkan tajuk yang dibina dalam modul tersebut. Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak. Justeru, model ADDIE adalah satu bentu rangka pengajaran yang baik, di mana ia dapat dikenal pasti permasalahan dan boleh ditambah baik modul semasa ia direka bentuk dan dibangunkan.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas, model ADDIE dengan fasa-fasanya yang terdiri daripada analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian merupakan model reka bentuk modul pengajaran yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran. Ini terbukti kerana fasa-fasa yang dianjurkannya adalah bersifat menyeluruh dan sistematik.

(8)

RUJUKAN

Dick, W. & Reiser, R.A. (1989). Planning effective instruction, United States: Prentice Hall.

Nik Azis Nik Pa, Pembinaan Model Pembelajaran Bagi Pengembangan Nilai Dalam Pendidikan Matematik, Bab 3. Reiser, A. R. (2001). A history of instructional design and technology : Part II : A History of instructional design. Diperolehi pada 1 Januari 2015, sumber dari http://www.capella.edu/IDOL/HistoryofIDTPartII.pdf.

Richey, R. C. (1986). The Theoretical and Conceptual Bases of Instructional Design. London/New York: Kogan Page Ltd./Nichols Publishing Co.

Rio Sumarni Shariffudin. (2007). Design of Instructional Materials for Teaching and Learning Purposes: Theory into Practice. In J. V. Robert A. Reiser, Trend and Issues in Instructional Design and Technology (pp. 97-110). New Jersey: Pearson Education.

Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Steven J. McGriff. (2000). Instructional system design : using the ADDIE model. College of Education, Penn State University.

Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich project-based learning experiences in the korean classroom. Sumber dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/

Ummu Nasibah Nasohah Muhammad Izuan Abd Gani

Nazipah Binti Mat Shaid @ Md Shaid

Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, N. Sembilan.

Gambar

Gambar rajah berikut menghuraikan keperluan empat kemahiran asas yang berkaitan dengan

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulannya, ciri-ciri reka bentuk yang diperolehi dari pengguna dapat membantu pereka bentuk sebagai panduan dalam asas reka bentuk antara muka permainan komputer, Kajian

Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Prototaip Pembelajaran Mobile Berasaskan Prestasi (MobiCAD) dalam kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) bagi

efektif adalah berasaskan kepada reka bentuk perisian dan strategi pengajaran yang. bersesuaian dengan teori pembelajaran yang ingin di

3.3.2 Menjana idea dan menghasilkan model dalam proses penghasilan reka bentuk industri berdasarkan: (i) penentuan idea (ii) konsep (iii) media (iv) teknik (v) kemasan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah reka bentuk uji kaji bagi membantu kilang menentukan syif dan mesin yang terbaik yang menjadi panduan bagi penghasilan

Dalam mereka bentuk perisian ini, strategi yang digunakan adalah kaedah tutorial dan juga berdasarkan model reka bentuk pengajaran ADDIE bagi memberi panduan dalam

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran seperti yang disenaraikan di atas, tetapi keseluruhannya mengandungi beberapa aspek asas yang merangkumi: i analisis keperluan institusi

Maka kajian konsep ini mengisi potensi keperluan mengintegrasikan Model D.school MDs yang berkaitan Design Thinking atau Pemikiran Reka Bentuk PRB bersama Terapi Tingkah Laku Kognitif