Handbook
SISTEM REKA BENTUK INSTRUKSIONAL
KOLABORATIF
Ismail Md. Zain, PhD.
© Dynamic Global Vision, 2021
Edisi 3
SISTEM REKA BENTUK INSTRUKSIONAL KOLABORATIF:
KERANGKA DAN KONSEP
Satu dimensi baharu guru mereka bentuk pengajaran secara kolaboratif, sistematik dan
profesional untuk Pembelajaran Abad Ke-21 masa kini dan keperluan pendidikan masa depan.
Edisi 3
Ismail Md. Zain, PhD.
© Dynamic Global Vision:
Ipoh, Perak, Malaysia.
2021.
REFLEKSI
“ M
alaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam Abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran….“
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)"Transformasi Pendidikan Negara telah digubal dan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan persekitaran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) masa kini, tetapi…"
Adakah kita merancang dan melaksanakannya dalam persekitaran di bilik darjah mengikut keperluan dan aspirasi pendidikan negara?
"Guru diperkaya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran pedagogi & kemahiran teknologi dalam kursus praperkhidmatan & dalam perkhidmatan untuk membentuk kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, tetapi…"
Adakah kita telah merangkai & mengintegrasikannya (connecting the dots...) ke dalam perancangan dan pengajaran kita?
CIDS - "Collaborative Instructional Design System" - transforming teachers...inspiring learners...
SISTEM REKA BENTUK INSTRUKSIONAL KOLABORATIF COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM
(CIDS)
1.0 PENDAHULUAN
Penekanan yang serius dalam aspek perancangan pengajaran guru yang diberikan oleh beberapa buah negara luar adalah bertujuan untuk mewujudkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkualiti tinggi, efektif, sistematik dan profesional sebagai amalan terbaik dalam proses pembelajaran dalam konteks Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
Cabaran ini harus dihadapi dan dipikul kerana penekanan persekitaran pendidikan masa kini adalah ke arah membina perwatakan insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam aspek pemikiran, komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan perwatakan (5C) tetapi juga dapat mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang silang budaya. Kewujudan insan yang mempunyai ciri-ciri daya saing di peringkat global (globally competitive learner) yang sihat dan “towering personality” yang konsisten dan relevan dengan keperluan kebolehpasaran kerja dalam era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) serta kebolehsuaian diri dalam kemuncualan Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0) pada masa hadapan adalah menjadi agenda utama dalam pendidikan masa kini.
Dalam hal ini konsep dan model reka bentuk instruksional (instructional design) memerlukan anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi perlulah menjurus kepada perkembangan profil pelajar bersesuaian dengan pendekatan pemusatan murid (learner centered) dan kaitannya ke arah mencipta pengalaman pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan melalui situasi pembelajaran di bilik darjah, di luar bilik darjah atau dalam talian.
Bagi tujuan ini Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif (The Collaborative Instructional Design System – CIDS) melalui Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE yang telah melalui proses ujian rintis di peringkat negara dan di luar negara merupakan satu mekanisme perancangan pembelajaran (instructional planning mechanism). Model ASIE ini memberi panduan yang mudah, komprehensif serta menggalakkan kreativiti guru dalam mencadangkan perancangan pengajaran di peringkat makro (mingguan) dan mikro (RPH) mengikut keperluan sendiri. Manakala pelajar diberi peluang memilih dan menentukan kaedah dan aktiviti yang sesuai dan menarik minat mereka. Sistem ini juga memberi opsyen kepada guru, murid dan masyarakat berkolaboratif dan berkomunikasi untuk berkongsi maklumat, ilmu, kemahiran dan pengalaman secara bersemuka atau maya melalui program Komuniti Pembelajaran Profesional dalam menyediakan situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan terkini bagi memenuhi
2.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM REKA BENTUK INSTRUKSIONAL KOLABORATIF - Collaborative Instructional Design System (CIDS)
Paparan 2.1: Laman utama Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif (https://asiemodel.net/ms)
2.1 Pengenalan Umum
Pembinaan Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif (Collaborative Instructional Design System - CIDS) adalah untuk menyediakan satu pelantar bagi warga pendidik merancang & memantau pembelajaran dan melaksanakan pembelajaran yang sesuai dalam persekitaran maya.
CIDS telah pun melalui proses penyelidikan dan rintis selama 5 tahun dan mendapat verifikasi daripada tokoh-tokoh pendidikan dalam & luar negara serta daripada badan Center for Curriculum Redesign, US.
CIDS merupakan pelantar pelbagai perancangan pembelajaran termasuk e-pembelajaran untuk murid. Manakala Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE yang terangkum di dalamnya mempunyai dwi-fungsi - (i) merupakan Alat Perancangan Pembelajaran (Instructional Design Tool) (ii) sebagai Model Reka Bentuk Instruksional Abad21 (21st Century Instructional Design Model).
Perhatian!
CIDS bukan sekadar templat e-RPH untuk memudahkan guru merancang pengajaran tetapi merupakan prosedur perancangan pembelajaran secara profesional & sistematik yang
berlandaskan teori & prinsip-prinsip utama bidang reka bentuk instruksional (instructional design)
2.2 Kerangka & Konsep CIDS
Elemen-elemen perancangan dalam CIDS didasarkan pada kandungan Dokumen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terbitan KPM, 2017.
Paparan 2.2: Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) terbitan KPM, 2017.
Manakala Kerangka PAK21 yang terdapat pada Four-Dimesional Education, (2015, 2019) terbitan badan antarabangsa Center for Curriculum Redesign diadaptasikan dalam CIDS dengan ihsan badan tersebut.
2.3 Four-Dimensional Education (Pendidikan Empat-Dimensi)
"The 4-Dimensional Education (4DEdu) framework has been selected as the 21st Century Learning Framework in the Collaborative Instructional Design System (CIDS). The 4DEdu-CIDS guides user in the instructional planning: redesigning, reconstructing, and reengineering academic directions, visualizing the current Education landscape towards preparing learners’ future career path that is relevant to the Fourth Industrial Revolution."
(Pernyataan Charles Fadel terhadap CIDS dan kaitannya dengan Four-Dimensional Education)
Paparan 2.3: Kerangka PAK21 - Four-Dimensional Education
Charles Fadel
Global Education Thought Leader, Author, Futurist, Inventor,
Founder & Chairman, Center for Curriculum Redesign, USA
Project Director at Harvard Graduate School of Education, USA
CIDS bukan sekadar e-RPH tetapi merupakan:
Pelantar membantu guru merungkai standard kurikulum (unpacked curriculum standard) bagi memenuhi keperluan Pendidikan 4.0 (Education 4.0) serta keperluan pendidikan masa kini dan masa hadapan dalam menuju era Revolusi 4.0.
Ia boleh diadaptasi & diintegrasi dengan sumber-sumber luar (YouTube dsb. dan Pakej aplikasi Google Classroom, DELIMa) di mana ia saling lengkap melengkapi proses perancangan pengajaran guru.
Pelantar bagi memandu guru-guru ke arah Merancang Pembelajaran Abad Ke-21 Secara Profesional & Sistematik sama ada bersemuka atau pembelajaran di rumah (PdPR).
Fitur-Fiturnya boleh diubahsuai (customized) mengikut kreativiti guru-guru selari dengan konsep "desentralisasi" iaitu memberi autonomi kepada guru-guru dalam menentukkan corak perancangan bagi menzahirkan Kemenjadian Murid di sekolah masing-masing.
Menyediakan panduan rangka merancang pembelajaran untuk STEM, STEAM, STREAM, Pengintegrasian Pendidikan Sivik dan Pembelajaran Teralih & Terbeza (Flipped Learning & Defferentiated Learning).
Sebagai Nilai Tambah memberi kemudahan untuk merancang/melapor aktiviti kokurikulum, mengisi Penilaian SKPMg2, berkongsi PLC (Lesson Study), dan menyediakan tapak Pembelajaran Maya/Pembelajaran Teralih (Virtual & Flipped learning) untuk murid-murid.
Melalui program PLC ia dapat memberi impak yang tinggi kepada guru dan murid dalam proses pembelajaran melalui opsyen yang ada pada ruang dan peluang untuk mereka berbincang serta berkongsi bahan, pengalaman dan kreativiti dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara ke arah mewujudkan pendekatan strategi pembelajaran yang berkualiti tinggi memenuhi kehendak pendidikan semasa
Guru-guru juga boleh mencipta kumpulan untuk aktiviti e-Forum untuk mereka berinteraksi dan berkongsi pembelajaran. Manakala melalui Pembelajaran Teralih (Flipped learning) yang berasaskan kepada aplikasi e-pembelajaran Moodle, guru-guru boleh menyediakan bahan-bahan modul atau kursus untuk diakses oleh murid-murid secara maya khususnya dalam situasi PdPR ini.
CIDS menyediakan peluang kepada individu dari komuniti yang berbeza, untuk menyumbang dan berkongsi idea, kemahiran, strategi dan pengetahuan, untuk mempertingkatkan, dan mengekalkan, kualiti pendidikan terutamanya dalam menangani isu kebolehpasaran pelajar pada masa hadapan.
Bagi tujuan ini individu adalah dijemput atau secara sukarela menyertai program ini dengan cara berdaftar sebagai ahli Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Mereka boleh memilih untuk menjadi ahli dalam kumpulan komuniti tertentu iaitu komuniti pendidik, komuniti pentadbir, komuniti guru, komuniti profesional, komuniti pelajar dan komuniti persendirian. Sebagai ahli PLC, butir-butir mereka, boleh didapati di dalam laman web CIDS dan boleh diakses oleh pelbagai golongan komuniti di seluruh negara untuk tujuan pendidikan.
Pengguna boleh berbincang secara maya dengan ahli-ahli PLC untuk mendapat nasihat, sumbangan dan perkongsian idea-idea dalam memenuhi keperluan kemahiran belajar. Ini
yang bukan berbentuk kewangan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan pelajar dalam dunia pendidikan.
Paparan 2.4: Program Komuniti Pembelajaran Profesional
Paparan 2.5: Aktiviti e-Forum
Paparan 2.5: Aktiviti Pembelajaran Teralih (Flipped learning)
3.0 PERISTILAHAN
Collaborative Instructional Design System (CIDS) Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif – Sistem aplikasi untuk mereka bentuk instruksional merangkumi pelbagai aspek perancangan pembelajaran guru, murid serta pentadbir bagi memenuhi keperluan pendidikan peringkat lokal dan global.
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE – Alat mereka bentuk instruksional - Instructional Design Tool (berlandaskan prinsip & teori reka bentuk pengajaran – instructional design) yang menyediakan aliran prosedur merancang pengajaran secara professional &
sistematik.
Professional Learning Komuniti (PLC) – kemudahan kepada guru menyediakan Lesson Study serta interaksi dan penyertaan pelbagai komuniti untuk berkongsi maklumat, sumber bagi membantu guru dalam proses PdP (Sarana Kominiti) melalui e-forum, chat, sidang video dan pembelajaran secara maya (online learning).
Komponen – Empat (4) komponen yang mempunyai beberapa aspek/dimensi dalam Model untuk proses merancang instruksional.
Aspek/dimensi – aspek-aspek/dimensi perancangan yang terdapat dalam setiap komponen model hasil adaptasi daripada Kerangka Pembelajaran PAK21 (KPM, 2017) dan Kerangka Pembelajaran PAK21 Four Dimensional Education (Center for Curriculum Redesign, 2015, 2019).
Item – beberapa item perancangan dalam setiap aspek yang boleh diubahsuai (customize) oleh pengguna.
RPT – Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi beberapa rancangan mingguan.
MIW – Multiple Integration Worksheet (Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai) - ialah tapak koleksi maklumat perancangan mingguan yang secara tidak langsung membentuk RPT secara automatik. MIW juga akan dipilih kandungannya untuk mencipta RPH pada minggu tersebut.
RPH – Rancangan Pelajaran Harian – Terbentuk daripada MIW.
Adegan Pengajaran (Instructional Events) – Langkah-langkah aktiviti PdPc dalam RPH.
Cipta Kelas - (untuk penyelaras sekolah sahaja) mencipta kelas-kelas untuk pengajaran. Kelas yang dicipta oleh penyelaras dapat dikases oleh semua pengguna dalam institusi (sekolah) tersebut.
Rekod – merujuk pada set perancangan pengajaran guru (MIW & RPH) yang lengkap dibina.
Cipta Rekod Baharu - mencipta rekod untuk membina RPH.
Buka Rekod - Buka rekod yang telah dicipta.
Waktu Pengajaran - Jadual waktu pengajaran (dicipta oleh guru) untuk kegunaan dalam sistem terutama pada penetapan tarikh dan waktu pengajarn (RPH).
Perkongsian Rekod – rekod lengkap yang dihantar untuk dikongsi oleh rakan-rakan lain.
Rekod Penyeliaan - senarai rekod perancangan guru di bawah penyeliaan seseorang pentadbir.
Rekod Belum Sah - Senarai rekod yang belum disah oleh pentadbir.
Pautan Ke Sumber Perkongsian – merujuk kepada proses memuat turut klip video, imej dan info dari internet atau bahan dari local folder untuk dimuatnaik ke laman perancangan
pembelajaran CIDS untuk dikongsi bersama.
Pautan Ke Sumber Bukti Pengajaran – merujuk kepada proses memuat naik dari pelbagai sumber bahan sebagai bukti pengajaran yang dilaksanakan oleh guru (contoh: gambar kerja lapangan, laporan, aktiviti murid, dan sebagainya).
Sedia Dibimbing - tercatat pada akhir helaian setiap RPH. Diaktifkan oleh guru untuk memberi notifikasi bahawa RPH berkaitan sudah tersedia untuk dipantau oleh pihak berkaitan
(pemantau/penilai/pembimbing). Peringatan - pihak pemantau/penilai/pembimbing bebas boleh memilih mana-mana RPH yang telah dihantar oleh guru tanpa memerlukan notifikasi seperti di atas daripada guru.
Sisipan Ulasan - butang ini hanya dapat diakses oleh pemengan ID yang berkaitan sahaja (pemantau/penilai/pembimbing - Contoh: cidsdidik, cidsuper). Mereka boleh menyisip ulasan bagi setiap langkah-langkah aktiviti pengajaran guru untuk tujuan bimbingan/penambahbaikan.
Ulasan ini hanya boleh diakses oleh guru tersebut dan pihak yang berkaitan sahaja. Pihak pentadbir yang tidak berkaitan (Pengetua/Guru Besar) tidak boleh akses pada ulasan tersebut.
Cipta Pembelajaran Modular - mencipta rekod pengajaran yang mempunyai gabungan subjek bagi satu aras kelas atau gabungan subjek bagi aras-aras kelas yang berbeza (contoh:
pembelajaran di sekolah SKM atau pada situasi tertentu).
PLC - Professional Learning Community - platform yang membolehkan guru atau komuniti luar mencipta tapak/bilik maklumat untuk warga CIDS berkomunikasi dan berinteraksi.
E-Forum - kemudahan fitur yang terdapat dalam tapak/bilik PLC yang dicipta oleh guru bagi membolehkannya memasukkan maklumat/isi pengajaran tambahan (sesuai untuk PdPR) untuk dijadikan tapak sesi interaksi murid bersama bahan-bahan yang dimuatkan oleh guru.
CIDS VideoCorps - Fitur untuk berkomunikasi secara maya (dalam kumpulan kecil) dalam kalangan pengguna CIDS (termasuk murid) dan tetamu yang diundang untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran sahaja (fitur ini dapat diakses pada laman utama CIDS, laman utama Model ASIE, laman PLC, laman E-Forum dan laman Flipped Learning).
Carta Aliran Prosedur Pelaksanaan CIDS
Sebagai sebuah sistem, pengguna harus mengikut aliran prosedur yang bermula dengan
pendaftaran oleh penyelaras diikuti oleh pengguna, merancang pengajaran, membina aktiviti RPH dan menghantar untuk pengesahan.
4.0 MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL INTEGRAL ASIE
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE (Ismail Zain, 2104) merupakan pendekatan bersepadu dalam merancang prosedur strategi pengajaran yang biasa dilaksanakan untuk keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran & pengajaran masa kini.
ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis) S – Strategize (menyusun strategi) I – Implement (melaksana) E – Evaluate (menilai). Kesemua komponen bertindak sebagai prosedur merangka perancangan pengajaran (instructional planning procedures) di peringkat makro secara bersistematik dan profesional untuk diaplikasikan di peringkat mikro iaitu pembentukan beberapa rancangan pelajaran harian (RPH) yang mengandungi item-item aktiviti pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pelajar sendiri. Ia juga dibina berlandaskan pendekatan eklektif di mana prinsip dan cantuman teori reka bentuk pengajaran (principles of instructional design theories) dan teori pembelajaran yang berfokuskan mazhab kognitif, konektivis dan konstruktivis diberi penekanan.
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE memberi opsyen kepada guru bagi membolehkan mereka merancang pengajaran secara lebih efisyen melalui aplikasi dalam talian (online application). Terdapat beberapa aspek dan item dalam komponen model ini yang boleh diubah suai (customized) atau membuat penambahbaikan atau mengubah tetapan (setting) yang disediakan mengikut keperluan kurikulum, situasi amalan perancangan sesebuah sekolah, keperluan pelajar dan kreativiti guru.
Model ini bersifat interaktif, integratif, preskriptif, dan konstruktif.
Interaktif: Memudahkan pengguna berinteraksi dengan pengisian item yang disediakan dengan opsyen memilih, menampal dan menulis mengikut prosedur yang disediakan.
Integratif: Memudahkan guru mengintegrasikan item-item perancangan yang disediakan atau menambah item-item mengikut keperluan, dalam proses penyediaan perancangan.
Preskriptif: Memudahkan guru memahami kandungan dalam model ini dimana bagi setiap komponen, aspek dan item yang tertentu disediakan penerangan ringkas untuk pemahaman kendiri (self-prescriptive).
Konstruktif: Penyusunan perancangan yang padu, lengkap dan komprehensif.
Untuk memudahkan pengguna, model ini menyediakan manual pengguna, bahan rujukan, bahan informasi dan bimbingan video untuk memahami dan memudahkan pengaplikasian dan pengoperasian model ini.
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE ialah Model Reka Bentuk Instruksional yang telah melalui proses transformasi bagi memenuhi persekitaran pembelajaran masa kini. Model ini merupakan satu aliran prosedur perancangan pengajaran yang mudah, fleksibel, konstruktif dan mesra pengguna. Ia menyediakan pengamal dalam pendidikan suatu alat atau mekanisme perancangan pengajaran mengikut keperluan pelajar berdasarkan ciri-ciri atau atribut profil pelajar. Pelajar diberi peluang memilih pelbagai kaedah, aktiviti dan resos yang dicadangkan untuk dialami dalam persekitaran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menarik dan menyeronokkan. Model in mempunyai perspektif yang luas dan berharga ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan serta latihan.
Paparan 4.1: Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE
4.1 Kerangka Teori Dan Konsep Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE secara asasnya merangkumi sifat falsafah metafizik, epistemologi, aksiologi, etika, dan logik (philosophical attributes of metaphysics, epistemology, axiology, ethics and logic). Ini dapat dilihat pada item-item perancangan yang fleksibel yang banyak bergantung kepada kreativiti guru dan pelajar.
Paparan 4.2: Sifat Falsafah
Sifat Falsafah Huraian /Definisi
metafizik falsafah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip terhadap sesuatu perkara, termasuk konsep yang abstrak seperti, mengetahui, identiti, masa, dan ruang
epistemologi teori pengetahuan, terutamanya berkaitan dengan kaedah, kesahihan, dan skopnya, dan perbezaan antara kepercayaan dan pendapat yang wajar.
aksiologi kajian tentang sifat, jenis, dan kriteria nilai dan penghakiman nilai terutama dalam etika
etika prinsip moral yang mengawal tingkah laku seseorang atau menjalankan sesuatu aktiviti
logik penaakulan yang dilakukan atau dinilai berdasarkan prinsip yang sah.
Dasar-dasar falsafah ini memperkuat keperluan untuk golongan pendidik profesional terutamanya guru kelas untuk melaksanakan model ini dalam usaha melaksanakan pembelajaran harian mereka.Ia dapat dilihat melalui pelbagai perspektif, konsep dan teori-teori seperti huraian berikutnya.
CIDS dapat dilihat dalam pelbagai perspektif di mana sistem ini mampu berkolaboratif dengan pelbagai elemen perancangan pengajaran dan memenuhi pelbagai konsep serta memenuhi prinsip-prinsip dan teori-teori pembelajaran.
Bersesuaian dengan nama model yang terangkum dalam CIDS ini iaitu Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE yang bersifat integral (kesepaduan), maka ianya mempunyai ciri-ciri IHE (integratif, hibrid, eklektik)
Item-item yang terdapat dalam model ini bersifat integral kerana diintegrasikan dengan pelbagai elemen asas dalam ilmu pendidikan iaitu merangkumi ilmu teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan (TPACK) (Mishra, P., & Koehler, M.J. (2006) secara komprehensif untuk memenuhi situasi pembelajaran masa kini.
Malah ia melibatkan pelbagai komuniti dan sarana komuniti yang menyumbang ke arah perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan pelajar.
Melihat kepada ciri-ciri pada komponen dan item Model ASIE ini, ia juga dapat digolongkan dalam kategori Model Reka Bentuk Instruksional Hibrid (Hybrid Instructional Design System) walaupun pada asasnya ia adalah model reka bentuk instruksional berasas bilik darjah (classroom-based ID model) tetapi ruang lingkupnya adalah lebih luas menjangkau bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya (virtual). Ini merupakan di antara aspek ciri-ciri perbezaan Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE dengan model-model konvensional yang lain.
Dari segi toerinya pula model ini mengikut aliran pendekatan eklektik dalam bidang reka bentuk instruksional (an eclectic approach to the instructional design) di mana seseorang pereka bentuk instruksional boleh menggabungkan idea dari pelbagai teori pembelajaran untuk membina pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan daripada hanya tertumpu pada satu pengaruh teori sahaja
Oleh itu, paradigm behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, dan konektiviti dipertimbangkan dan digunakan dalam pelbagai prosedur perancangan pengajaran, yang berpusatkan murid, tidak seperti beberapa model konvensional yang pada mulanya bertujuan untuk Pembangunan Sistem Pengajaran (ISD) (Seel, N.M 1997, Gustafson K.L, Branch R.M, (2002).
Paparan 4.3: Sifat Falsafah Model Reka Bentuk Integral ASIE Ciri-Ciri Model Reka Bentuk
Pengajaran Integral ASIE
Huraian
Integral pengintegrasian pelbagai elemen asas dalam ilmu
pendidikan iaitu ilmu teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan (TPACK)
diintegrasi secara komprehensif untuk memenuhi situasi dan ciri-ciri pembelajaran masa kini.
melibatkan pelbagai komuniti dan sarana komuniti yang menyumbang ke arah
perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan pelajar.
Hibrid pada asasnya ia adalah model reka bentuk
instruksional berasas bilik darjah (classroom- based ID model)
ruang lingkupnya adalah lebih luas menjangkau bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya (virtual).
Eklektik menggabungkan idea dari pelbagai teori
pembelajaran.
bertujuan membina pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan daripada hanya tertumpu pada satu pengaruh teori sahaja.
Teori behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme adalah tiga teori pembelajaran yang paling sering digunakan dalam penciptaan persekitaran pengajaran. Walau bagaimanapun teori-teori ini telah dibangunkan dalam masa teknologi tidak memberi kesan kepada pembelajaran. Selama dua puluh tahun yang lalu, teknologi telah menyusun semula bagaimana kita hidup, bagaimana kita berkomunikasi, dan bagaimana kita belajar.
Teknologi baharu (new technology) memaksa pelajar abad ke-21 untuk memproses dan menggunakan maklumat dengan cara dan kadar yang sangat cepat. Ini membawa kepada kemunculan teori konektivisme.
Menurut Siemens, (2005) konektiviti didorong oleh pemahaman bahawa keputusan dibuat berdasarkan kepada dasar yang cepat mengalami perubahan. Maklumat baru terus diperoleh, dan keupayaan untuk memberi perhatian terhadap perbezaan antara maklumat penting dan tidak penting merupakan satu keutamaan yang amat diperlukan.
Bartlett (1932) seperti yang dilaporkan oleh Good & Brophy, 1990 pada awalnya merintis apa yang mewujudkan pendekatan konstruktivis. Konstruktivis percaya bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menafsirkannya berdasarkan persepsi mereka terhadap pengalaman, sehingga pengetahuan individu adalah fungsi pengalaman terdahulu, struktur mental, dan kepercayaan yang digunakan untuk menafsirkan objek dan peristiwa. Apa yang diketahui oleh seseorang adalah berdasarkan persepsi tentang pengalaman fizikal dan sosial yang difahami oleh fikiran (Jonassen, 1991).
Hasil daripada teori-teori di atas maka pelbagai model pembelajaran/pengajaran (learning/teaching models) memperkenalkan kaedah dan teknik untuk dijadikan modul berbentuk cadangan aktiviti untuk diaplikasikan oleh guru dan murid dalam situasi pembelajaran. Kesemuanya elemen-elemen ini boleh diintegrasikan dalam prosedur perancangan guru melalui model ASIE ini mengikut kreativiti masing- masing.
Manakala penyesuaian terhadap prinsip-prinsip asas reka bentuk instruksional serta model-model reka bentuk instruksional yang lain seperti Model Dick & Reisar, Model Dick & Carey, Model ASSURE, Model ARCS, Model ADDIE serta model- model lain yang dikemukan oleh beberapa tokoh bidang ini diberi perhatian dalam membentuk model ini.
Pada asasnya apa yang membezakan antara model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE dengan model-model reka bentuk konvensional ialah dari segi tujuan ke arah menepati konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Kebanyakan model-model lain membawa persoalan “Apakah elemen-elemen perlu ditentukan oleh guru untuk membina sesuatu situasi pembelajaran bagi pelajar-pelajar” – lebih bersifat pembelajaran berpusatkan guru kerana guru menentukan proses merancang
Manakala bagi Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE pula ia membawa persoalan “Bagaimanakah caranya guru menyusun strategi pembelajaran dalam membina situasi pembelajaran yang fleksibel mengikut keperluan pelajar” – lebih bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar kerana guru hanya mencadangkan pelbagai elemen-elemen yang difikirkan sesuai untuk diberi penekanan terhadap penyusunan strategi pembelajaran (strategize) sementara pelajar diberi peluang melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut bersesuaian dan minat mereka dalam memenuhi situasi pendidikan semasa.
Sebagai contoh daripada cadangan strategi yang disusun oleh guru untuk sesi penyelesaian masalah, sekumpulan murid mungkin memilih peta minda untuk dibincang dan dipersembahkan bersama rakan-rakan, manakala sekumpulan pelajar lain mungkin berminat untuk mencari klip video yang sesuai untuk dipersembahkan.
Dalam hal ini penumpuan harus diberi terhadap ciri-ciri profil pelajar, kesediaan pelajar, ciri-ciri media yang hendak digunakan, aras pemikiran yang ingin dikuasai oleh pelajar dan aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan semua pelajar berdasarkan pembelajaran terbeza (differentiated learning) serta kaitannya antara prinsip dan teori yang diajar dengan alam pekerjaan yang akan ditempuhi dalam era Industri Revolusi 4.0 dan kedudukan dan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat pintar 5.0 (Society 5.0) di masa yang akan datang.
Ini adalah penting untuk mewujudkan pelajar berfikir di luar koak yang sentiasa relevan dengan perkembangan semasa di peringkat lokal dan global.
Begitu juga dengan elemen-elemen penting dalam kerangka pembelajaran terkini seperti Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21, (2002), Four Dimensional Learning, 2015 dan Kerangka PAK21, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2017), yang mempunyai korelasi yang hampir sama di antara satu sama lain. Elemen-elemen ini juga dijadikan sebahagian daripada item-item perancangan dalam model ini untuk memastikan ianya juga relevan dengan situasi pembelajaran masa kini.
Secara praktiknya berdasarkan huraian teori di atas guru-guru memerlukan berkemahiran dalam bidang pedagogi, teknologi dan bidang pengetahun dan kemahiran kandungan bidang pembelajaran (technological knowledge, pedagogical knowledge, content knowledge - TPACK ) yang diajar (Mishra, P., & Koehler, M.J.
2006). Ia harus dilaksanakan bukan secara terpisah tetapi harus mengintegrasikannya dalam PdPc.
Paparan 4.4: Sifat Falsafah
ASPEK PERBEZAAN ANTARA MODEL REKA BENTUK INSTRUKSIONAL INTEGRAL ASIE DENGAN MODEL-MODEL LAIN
Aspek Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE
Model-model Reka Bentuk Instruksional Konvensional Bidang fokus Pemusatan khusus kepada pembelajaran
pelajar dalam situasi amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan masa kini
Penumpuan yang bercampur- campur.
Contoh: Model ADDIE – tumpuan kepada pembinaan produk, Model ASSURE – tumpuan kepada pemilihan media dalam pembelajaran
Model ARCS – tumpuan kepada unsur motivasi dalam perancangan pengajaran.
Model Dick & Reiser – tumpuan kepada amalan di bilik darjah secara umum.
Strategi perancangan
Item-item perancangan yang fleksible yang boleh ditambah dan diubahsuai (customized) sendiri
Lebih bersifat cadangan penyusunan strategi berdasarkan profil pelajar
Memberi kebebasan kepada pelajar memilih kaedah, aktiviti dan strategi sendiri
Item-item adalah rigid
Lebih bersifat membina strategi pembelajaran di mana guru menentukan kaedah yang perlu diaplikasikan oleh murid
Media perancangan
Melalui aplikasi dalam talian (online)
Khusus pada perancangan pengajaran berasaskan konsep bidang reka bentuk pengajaran
Pembentuk Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai nilai tambah pada model ini
Tidak melalui dalam talian.
Terdapat banyak perancangan pengajaran yang menggunakan aplikasi berbentuk templat untuk merancang sesuatu kursus atau pengajaran. Contoh:
Google classroom
Terdapat juga aplikasi yang hanya menyediakan ruang untuk berkongsi pelbagai sumber rancangan pengajaran: Contoh Edmodo
Paparan 4.5: Pengintegrasian bidang teknologi, pedagogi & pengetahuan bidang pelajaran dalam Model TPACK (Mishra, P., & Koehler, M.J. 2006)
Penjelasan ringkas kerangka Model TPACK
Pengetahuan teknologi (TK) – guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas strategi mengintegrasikan pelbagai teknologi yang sedia ada mengikut kemampuan dan kemudahan untuk memberi memberi peluang kepada pelajar mengakses maklumat dengan cara yang lebih mudah, efekif dan praktikal.
Pengetahuan pedagogi (PK) – pengetahuan dalam bidang ini amat diperlukan agar guru mampu menyusun strategi dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk membentuk aktiviti pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Pengetahuan bidang kandungan pelajaran (CK) – guru harus mahir dalam bidang pengetahuan yang diajar. Pengetahuan yang mendalam, luas dan komprehensif menjadi satu keperluan dalam proses PdPc.
TPACK (kombinasi ketiga-tiga bidang) – untuk melahirkan keberkesanan pengajaran, guru seharusnya menggandingkan ketiga-tiga bidang dalam sesi pengajarannya bukan hanya mahir dalam bidang-bidang tertentu sahaja.
Paparan 4.6: Kerangka PAK21 – KPM, 2017 dan Kerangka PAK21 Four Dimensional Education – Center for Curriculum Redesign, 2015
Paparan 4.7: Korelasi antara elemen-eleman pada kerangka-kerangka pembelajaran dalam situasi pembelajaran masa kini
Elemen-elemen dalam kedua-dua kerangka ini dijadikan rujukan utama ke arah pembinaan item- item Model Reka Bentuk Instruksiona Integral ASIE.
4.2 Komponen, Aspek dan Item dalam Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE mengandungi 4 Komponen: ANALYZE – Analisis, STRATEGIZE (Menyusun Strategi, IMPLEMENT (Melaksana) & EVALUATE (Menilai).
Paparan 4.8: Komponen, Aspek dan Item dalam Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE
Dimensi 1:
Pengetahuan
Menganalisis maklumat persediaan
perancangan pengajaran peringkat makro (mingguan)
Dimensi 2: Kemahiran Dimensi 3:
Watak Dimensi 4: Pembelajaran - Meta
Menyusun strategi pengajaran peringkat makro (mingguan) melalui penginterasian pelbagai item mengikut aliran perkembangan pembelajaran masa kini untuk pilihan pelajar.
Melaksana pengajaran peringkat mikro (pengajaran harian) melalui pembentukan RPH Pemantauan,
Penilaian, Refleksi untuk
penambahbaikan PdPc
Pemusatan perancangan n
Fungsi tunjuk arah
Aliran prosedur: Memberi panduan kepada guru langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam perancangan mengikut komponen.
Interaksi antara komponen: Aliran prosedur ini bukannya berbentuk sehala tetapi guru boleh berinteraksi semula dengan komponen sebelum dan selepas perancangan. Tujuannya ialah supaya item- item yang dipilih atau perancangan yang dibuat dan aktiviti yang distrategikan untuk murid perlulah sesuai dan saling berkaitan antara semua aspek yang terdapat antara satu komponen dengan komponen yang lain.
Integrasi komponen: Maklumat perancangan diintegrasikan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai – MIW (Multiple Integration Worksheet).
Kitaran refleksi: Guru harus membuat refleksi terhadap keseluruhan perancangan yang terdapat pada semua komponen supaya ia bersifat penyepaduan“integrated” alam memenuhi hasil pembelajaran.
Paparan 4.9: Huraian Komponen, Aspek dan Item dalam Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE
KOMPONEN ASPEK ITEM MIW
A
ANALYZE (Analisis)
Dimensi 1: Pengetahuan
“apa yang kita tahu dan faham”
Integrasi – Pengetahuan:
o Tema PAK2 - subjek, topik, objectif pembelajaran dsb., o Profil pelajar – kesediaan
pelajar, atribut pelajar/
o Jenis media o Integrasi media
Lembaran kerja pelbagai - (Multiple Integration Worksheet adalah maklumat perancangan mingguan yang dipaparkan dari item yang dipilih oleh pengguna dalam model untuk
menghasilkan perancangan pengajaran tahunan (RPT) secara
automatik.
Pengguna boleh memilih item-itemnya untuk
mencipta beberapa Rancangan Pelajaran Harian (RPH).
S
STRATEGIZE(Menyusun Strategi)
Dimensi 2: Kemahiran
“bagaimana kita tahu apa yang kita tahu”
Membangun – Kemahiran:
o kreativiti o pemikiran kritis o komunikasi o kolaboratif
item-item lain yang berkaitan:
kaedah, teknik,
pendekatan, pentaksiran, dsb..
Dimensi 3: Watak
“bagaimana kita
berkelakuan dan terlibat di persada dunia”
`Membina - Watak:
o kesedaran o rasa ingin tahu o keberanian o daya ketahanan o etika
o kepimpinan Dimensi 4: Pembelajaran -
Meta “bagaimana kita melakukan refleksi dan adaptasi kepada diri” Menerap Pembelajaran – Meta:
o metakognisi
o pertumbuhan penetapan minda
I
IMPLEMENT (Melaksana)Mengaplikasi Perancangan Pembelajaran
Item & kandungan terpilih dikumpulkan dalam MIW untuk disuaikan/dipilih & dalam mencipta RPH amalan terbaik bilik darjah
E
EVALUATE (Menilai)
Bertindak balas o bertindak balas terhadap respon Mengkaji o mengkai strategi perancangan
pengajaran untuk penambahbaikan Menyusun semula
Perancangan pembelajaran
o menyusun semula strategi perancangan pengajaran untuk mereka bentuk semula
pengajaran
5.0 PROSEDUR PENGAPLIKASIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE
Model ini bermula dengan komponen pertama iaitu:
Komponen 1: Analisis (Analyze) Dimensi 1: Integrasi - Pengetahuan
Aspek yang dianalisis:
i. Profil Pembelajaran
Mencipta maklumat khusus untuk isi-isi penting pada item: Tema - merangkumi pengetahuan dalam pelbagai Disiplin, Bidang (cabang), Profil Subjek & Konsep Teras (termasuk proses).
Tema PAK21 (elemen penting dalam PAK21- perlu dipilih)
Item-item pembelajaran - meliputi item seperti kelas yang diajar, subjek, tema, bidang pembelajaran, topik/tajuk, objekti pembelajaran, kriteria kejayaan dan sebagai yang berdasarkan kepada huraian Dokumen Standard Kualiti Pembelajaran (DSKP) yang dikeluarkan oleh KPM atau dokumen-dokumen lain. Guru boleh juga menambah item-item yang lain yang bersesuaian dengan amalan guru tersebut. Pengguna diberi pilihan sama ada memilih kandungan yang disediakan atau mencatat dan menambah kandungan mengikut keperluan sendiri.
Tujuan: Oleh kerana model ini berkonsepkan pembelajaran berasaskan hasil pembelajaran (outcome-based learning), guru harus mengetahui apakah yang sebenarnya hasil pembelajaran yang ingin dicapai
Profil Pembelajaran Profil Pelajar
(Intended learning outcomes – ILO) serta kemahiran atau pengetahuan yang perlu diperoleh serta kemahiran-kemahiran yang bersifat multi disciplinary, atau kemahiran generik mengikut keperluan semasa.
Terdapat beberapa pilihan deskripsi bagi item Tema PAK21.
Ia menjadi panduan kepada pengguna memilih dan menyesuaikan Tema PAK21 dengan aktiviti RPH yang akan ditulis nanti.
ii. Profil Pelajar – Terdiri daripada Kesediaan Pelajar, Jenis Media & Integrasi Media Pembelajaran disatukan dalam satu laman (laman ke-2, setelah simpan profil pembelajaran) untuk Komponen yang sama – Komponen: Integrasi - Pengetahuan.
Komponen 2 : Strategize (Menyusun Strategi) Dimensi 2: Membangun – Kemahiran
Aspek: Kemahiran PAK21, Kaedah, teknik, pendekatan, Pentaksiran
Tumpuan kepada Kemahiran Belajar Abad Ke-21
Terdapat beberapa pilihan deskripsi bagi item Tema PAK21.
Ia menjadi panduan kepada pengguna memilih dan menyesuaikan Kemahiran PAK21 dengan aktiviti RPH yang akan ditulis nanti.
Kemahiran PAK21
Kaedah, teknik, pendekatan Pentaksiran
Komponen 2: Strategize (Menyusun Strategi) Dimensi 3: Membina - Watak
Aspek: Pemupukan Nilai Murni & Etika
Tumpuan kepada pembinaan watak melalui Pembelajaran Abad Ke-21
Terdapat beberapa pilihan deskripsi
Ia menjadi panduan kepada pengguna memilih dan menyesuaikan Kemahiran PAK21 dengan aktiviti RPH yang akan ditulis nanti.
Pemupukan Nilai Murni & Etika
Komponen: Strategize
Dimensi 4: Menerap- Pembelajaran-Meta Aspek: Pembelajaran-Meta
Senarai nilai dalam Meta - kognisi & Pertumbuhan “Mindset”
Terdapat beberapa pilihan deskripsi
Ia menjadi panduan kepada pengguna memilih dan menyesuaikan Kemahiran PAK21 dengan aktiviti RPH yang akan ditulis nanti.
Pengguna boleh lalukan tetikus (mouse over) ke atas teks dalam komponen model untuk membaca preskripsi setiap aspek dalam komponen model atau pada arah aliran. Berikut adalah beberapa contoh:
Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integraton Worksheet - MIW)
Model ini memaparkan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet – MIW) iaitu paparan pemusatan strategi atau kerangka perancangan yang dibuat melalui pelbagai aspek dan item yang dipilih di peringkat makro (boleh berbentuk minggu) untuk membentuk perancangan amalan terbaik di peringkat mikro (RPH) untuk pelajar ke arah pengintegrasian dalam PdP. Ia merupakan hasil daripada cadangan penyusunan strategi perancangan guru melalui kitaran refleksi dan penilaian bagi setiap komponen dalam model yang dilalui untuk keperluan dan pemilihan pelajar.
MIW dan RPH ini boleh diakses, dikongsi atau disunting bersama mengikut situasi kesesuaian sebagai nilai tambah dalam pemantapan ilmu dan kemahiran dalam profesion perguruan.
Bimbingan dan pengesahan boleh dilaksanakan oleh penilai atau pemantau secara profesional.
Paparan : Lembaran Analisis Integrasi Pelbagai (MIW)
Kemudahan pada MIW:
Boleh disalin semula ke rekod yang lain
Boleh dikongsi bersama dengan guru lain
Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)
Boleh menyimpan MIW dalam format pdf
Boleh dicetak
Boleh mencipta beberapa RPH untuk semua kelas
Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru
Paparan: Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Kemudahan pada RPH:
Boleh sunting, disalin dan dikongsi dan dicetak
Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)
Boleh memuat naik bahan refleksi
Boleh mencari dan menyisip maklumat dari laman sesawang lain untuk menjana pemikiran pelajar
Boleh menyimpan dalam format pdf
Boleh dicetak
Boleh mencipta beberapa RPH lain untuk semua kelas
Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru
Kekuatan Dan Kemampuan Model Integral ASIE
Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:
Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.
Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.
Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.
Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.
Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.
Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.
Impak
o Impak kepada guru
Memudahkan guru merancang pengajaran secara lebih sistematik tanpa sempadan
Mengurangkan bebanan guru dalam proses merancang pengajaran sebab CIDS mengamalkan prinsip perkongsian maklumat
Membantu guru merancang pengajaran mengikut keperluan persekitaran pembelajaran terkini
Membantu guru merancang pengajaran terbeza melalui informasi pelbagai profil pelajar
Memantap dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran guru dan murid dalam menentukan strategi pembelajaran yang berkesan
o Impak kepada pelajar
Pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak pembelajaran masa kini
Pelajar boleh melaksanakan PdPR melalui e-forum
Pelajar mampu membentuk diri yang bersifat “a globalized personality”
melalui interaksi bersama guru dan dengan pelbagai komuniti yang berbentuk silang budaya (cross culture) untuk mendapat maklumat yang membantu mereka mengembangkan potensi dan menjana kreativit mengikut kehendak pembelajaran masa kini ke arah masa depan yang lebih sejahtera dan harmoni
Pelajar lebih terangsang kerana mendapat maklumat yang lengkap kaitan antara topik yang dipelajari, keadaan semasa dan dengan bidang minat kerjaya masing-masing
o Impak kepada pentadbir
Pengetua, guru besar dan pihak pentadbir PPD, JPN dan KPM boleh membantu dan memberi input yang berguna terhadap perancangan guru tanpa sempadan (bila-bila masa dan di mana sahaja) – time effective
Boleh dijadikan bahan untuk membina kompetensi guru
Boleh melihat aspek-aspek yang masih perlu dibuat penambahbaikan ke atas guru untuk Latihan Dalam Perkhidmatan
Mempunyia opsyen kepada pihak penilai jika perlu seperti pihak Nazir untuk mendapat maklumat awal perancangan guru sebelum hadir ke sekolah untuk proses pencerapan
Mempunyai opsyen bagi membolehkan semua pihak pentadbir sekolah hingga ke peringkat KPPM dan Menteri mengakses perancangan guru untuk tujuan perkongsian dan beramah mesra bersama guru secara maya dengan mudah dan pantas
o Impak kepada negara
Menjimatkan kos pengendalian hampir RM6 juta setahun (menggantikan cara amalan konvensional menulis dalam buku catatan guru)
Mampu memenuhi hasrat dasar-dasar/ visi dan misi pendidikan negara.
Mengintegrasikan semua elemen-elemen pedagogi, psikologi dan teknologi yang dikeluarkan oleh KPM agar guru-guru boleh mereka bentuk pengajaran melalui Model ASIE dan diaplikasi dalam PdPc secara bersepadu dan sistematik mengikut kreativiti masing-masing.
Menjadi di antara negara di dunia yang mencipta CIDS dan mendapat pengiktirafan di peringkat global yang akan dicontohi oleh negara lain.
6.0 KOMUNIITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Pada asasnya Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community—
PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik.
http://edglossary.org/professional-learning-community/ .
Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan di luar sekolah berkonsepkan program sarana komuniti termasuk golongan profesional, golongan cendekiawan di pusat pengajian tinggi, pelajar sekolah, golongan industri, korporat, agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk berperanan sebagai Pakar Rujuk.
PLC merupakan “hub” penghubung para profesional termasuk guru dan pelajar berkolaboratif untuk terlibat dalam perkongsian maklumat secara maya melalui forum, sembang video, sidang video dan fitur-fitur lain bagi membina generasi masa hadapan yang berkualiti, memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan persediaan diri dalam Masyarakat pintar 5.0 (Society 5.0).
Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu dibentuk secara bersama kerana pelajar inilah yang bakal menjadi penawaran aset tenaga kerja ke pihak industri kelak. Adalah diharapkan melalui program ini kedua-dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input yang dikongsi bersama oleh guru ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha ini mampu mempertingkatkan proses pembelajaran murid, terutamanya dalam isu kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
Di samping memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan kualiti pendidikan negara, ia membantu melahirkan kemenjadian insan yang seimbang dan
berprestasi tinggi serta cintakan negara.
Maklumat tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan, kejayaan-kejayaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan
seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen dengan penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka. Ianya juga merupakan langkah
persediaan bagi pelajar menghadapi Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) yang lebih mementingkan automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi awan “cloud computing” http://canselori.umt.edu.my/?p=5137
6.1 Peranan ahli PLC
Ahli PLC memainkan peranan yang besar kerana mereka mampu menyumbang kepakaran, pandangan, dan nasihat dalam bidang masing-masing melalui fitur-fitur komunikasi dalam CIDS
kaedah pengajaran, strategi, atau inovasi dalam pembelajaran & amalan pengajaran.
pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk peluang pekerjaan masa depan pelajar.
berkongsi bahan digital atau bukan digital untuk meningkatkan aktiviti bilik darjah
berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru dan murid melalui kumpulan kecil yang dicipta oleh mereka sendiri.
maklumat mengenai produk / sifat kerja di tempat kerja / peluang kerjaya, yang berkaita dengan prinsip-prinsip topik yang dipelajari di dalam kelas.
mengukuhkan, memotivasi dan memberi inspirasi kepada peserta didik ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih dinamik.
bantuan lain untuk meningkatkan perkembangan profesional guru dalam mencapai keperluan pembelajaran abad ke-21 serta keperluan perindustrian yang membentuk
"personaliti global" di kalangan pelajar mereka.
Komuniti PLC
6.2 Ciri-ciri PLC
Laman PLC mengandungi beberapa Kategori Komuniti yang telah dibentuk untuk menjemput pengguna masuk berkongsi aktiviti pembelajaran digital. Laman ini juga mempunyai Komuniti Persendirian di mana pengguna boleh membentuk & mencipta komuniti sendiri (Contoh: Guru cipta komuniti) dan kemudian menjemput pelajar-pelajar menyertainya untuk pembelajaran dalam talian.
E-Forum
E-Forum – sebagai satu alternatif digital learning
Berasaskan konsep facebook, whatsapps & chat yang sudah dikenali dan sudah ada kemahiran kegunaannya dalam kalangan guru dan pelajar.
Boleh menggunakan laptop atau telefon pintar
Terdapat juga limitasi (had) aplikasinya
Pembelajaran berlaku dalam komuniti yang dicipta oleh guru
Terdapat topik bimbingan teknikal untuk memudahkan penggunaannya
Anda boleh menyisip pelbagai bentuk bahan dalam ruang e-forum ini (bahan dari Google Classroom (aplikasi Google Doc, slide dll., klip video dari YouTube, rakaman audio dari sound recorder, bahan dari storan Goggle Drive, One Drive dll) bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda. Pembelajaran akan menarik jika guru kreatif menyediakan bahan untuk pelajar-pelajarnya. Anda boleh menggunakan komputer riba atau telefon pintar untuk pembelajaran digital E-Forum ini. Terdapat juga fitur-fitur komunikasi seperti CIDS-VideoCorps, untuk berkomunikasi.
Laman e-forum
Contoh e-Forum
7.0 RUMUSAN
CIDS terdiri daripada Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE dan lanjutan dari Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
Model Reka Bentuk Instruksional Integral ASIE merupakan pendekatan strategik yang bersepadu untuk merancang pengajaran dalam memenuhi keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran hari ini.
Ia adalah alat perancangan yang mudah dan praktikal untuk membolehkan guru merancang pendekatan, kaedah, dan aktiviti yang sesuai untuk dipilih oleh pelajar. Ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan lebih menyeronokkan di samping mengekalkan ciri-ciri profesionalisme guru dalam prosedur pembelajaran dan pemudahcaraan.
Ia bertindak balas terhadap cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 dan mungkin memberi penyelesaian kepada guru untuk merancang pengajaran secara profesional, sistematik dan berkesan.
Model ini mempunyai keupayaan asas seperti berikut:
o Mereka bentuk pengajaran di peringkat makro dan mikro secara sistematik dan profesional
o Membenarkan penyesuaian (customization) untuk memenuhi keperluan pengguna o Berkongsi rekod pengajaran (RPH) di seluruh negara
o Salin rekod pengajaran o Mencari rekod pengajaran
o Memuat naik semua jenis sumber pengajaran
o Mencari & memaparkan maklumat mengenai pembangunan global dan isu-isu yang berkaitan dengan topik untuk aktiviti ko-akademik & ko-kurikulum pelajar.
o Panduan, bimbingan dan pengesahan perancangan pengajaran boleh dijalankan secara profesional di semua peringkat pentadbiran.
Sementara itu, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah “hub” yang
menghubungkan profesional daripada pelbagai bidang termasuk guru dan pelajar secara bersama terlibat dalam perkongsian maklumat melalui forum maya, saluran komunikasi video, dan fitur-fitur komunikasi lain untuk membina generasi masa hadapan yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan kemunculan Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0).
PLC mempunyai keupayaan asas seperti berikut:
o Berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat dengan komuniti secara maya melalui forum, bersembang, dan persidangan video yang mampy meningkatkan dan mempromosikan konsep berfikir di luar kotak.
o Mengundang peserta dari pelbagai komuniti lain, seperti profesional, sama ada dalam sektor akademik atau korporat dari industri, usahawan, dan pentadbir untuk bekerjasama – berkongsi dan menyumbang kepakaran, nasihat, pendapat,
pandangan dan cadangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, ke arah memenuhi keperluan semasa dan keperluan dan cabaran pendidikan masa hdapan, berkaitan dengan isu-isu pekerjaan.
Untuk kemudahan pengguna, CIDS menyediakan manual pengguna, bahan rujukan, bahan maklumat dan panduan video bagi memudahkan pemahaman aplikasi dan operasi model ini
8.0 RUJUKAN
Anderson, J. and Glenn, A. (2003). Building Capacity of Teachers/Facilitators in Technology- Pedagogy Integration for Improved Teaching and Learning. Bangkok, UNESCO Regional Office for Education in Asia and the Pacific. http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/ict/e- books/ ICT Building Capacity /BuildingCapacity.pdf (Accessed 6 January, 2012).
Andrews, D.H. & Goodson, L.A. (1981). A comparative analysis of models of instructional design. In Anglin, G.J. (1981) (Ed.). Instructional Technology: Past, Present, and Future.
Englewood, Colorado: Libraries Unlimited, Inc.
Cox, M. J. and Abbott, C. (Eds.) (2004), ICT and Attainment – A Review of the Research Literature. Coventry, Becta /London, DfES
Darling-Hammond, L. (2006), Powerful teacher education. San Francisco: Jossey-Bass.
Dick, W., and Carey, L. & Carey, J. (2004). The Systematic Design of Instruction. Allyn &
Bacon; (6th ed.)
Fadel., Bialik. M., Trilling B. (2015). Four-Dimensional Education: The Competencies Learners Need to Succeed, Centre for Curriculum Redesign, 2015.
Gustafson K.L., Branch R.M. (2002).What is Instructional Design?. In R. A. Reiser, J.V.
Dempsey (Eds.), Trends and Issues in Instructional Design and Technology. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2001). Instructional media and technologies for learning (7th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Ireland, T. (2007). Situating connectivism. Retrieved November 7, 2008, from http://design.test.olt.ubc.ca/Situating_Connectivism
Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE ID Model: The 21st Century Instructional Design Model For Teachers. Universal Journal of Educational Research 4(3):547-554, 2016. DOI: 10.13189/ujer.2016.040311.
Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE Instructional Design Model: An Integrated Approach In Instructional Planning For The 21st Century Learning &
Teaching Environment. GSE E-Journal of Education. Vol. 3, 2015.
Ismail Md. Zain. Best Practices Of ICT Integration Strategies For Teaching And Learning. An Approach to Generate Critical and Creative Minds. European Academic Conference &
Mediterranean Cruise Program 6-8 Jun, 2012. Journal of Teaching and Education, University Publications.net.CD-ROM. ISSN: 2165-6266, 2(3):79–86, 2013.
Ismail Md. Zain. Instructional Media Integration Strategies for Basic Development of Human Capital: An approach to generate critical and creative minds in teaching and learning process.
The Macrotheme Review 2(2) 55-64, Spring 2013.
Ismail Md. Zain, M. Balakrishnan. An Integral ASIE Instructional Design Model: Towards Higher Order Thinking Skill in Designing Instruction, National Conference on the Development of Higher Order Thinking Skill, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh Perak. Examination Council, Malaysia Ministry of Education, 14-16, 2014.
Jefferson, J. C. (2007). Teaching in the 21st Century A Review of the Issues and Changing Models in the Teaching Profession, County School District Colorado,
Keller, J. M. (2010). Motivational design for learning and performance: The ARCS model approach. New York: Springer.
Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, 2013.
Mehmet, C. S. (2009). Instructional design principles for 21st century learning skills. World Conference on Educational Sciences 2009. Procedia Social and Behavioral Sciences 1 (2009) 1464–1468.
Mishra, P., & Koehler, M.J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A framework for teacher knowledge. Teacher College Record, 108, 1017–1054.
Newby T.J., et al. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning. New Jersey:
Prentice Hall.
Novak, J.D. (2010). Learning, Creating, and Using Knowledge: Concept Maps as Facilitative tools in Schools and Corporations (2nd Ed.). New York: Routledge, Taylor-Francis.
Oblinger, D.G., Oblinger,J.L. (2005). Educating the Net Generation. Retrieved November, 2015 from: http://www.educause.edu/educatingthenetgen/
Partnership for 21st Century Skills (2008).
Resnick, L.B. (1989), Introduction. In L,B,Resnick (Ed.), Knowing, learning and instruction:
Essay in honor of Robert Glaser (pp. 1-24). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.
Reiser, R. A. & Dempsey, J. V. (2007). Trends and Issues in Instructional Design (2nd ed.).
Upper Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.
Richard D.F. (2004). What Is a Professional Learning Community? Schools as Learning Communities Pages 6-11, May 2004 , Volume 61, Number 8.
Richey, R.C. and Klein, J.D. (2011). The instructional design knowledge base: Theory, research and practice New York: Taylor and Francis Group
Safeer, Richard S. and Jann Keenan. “Health Literacy: The Gap Between Physicians and Patients.” American Family Physician. 2005 Aug 1; 72(3): 463-468.
http://www.aafp.org/afp/2005/0801/p463.html
Siemens, G. (2005, January). Connectivism: A learning theory for the digital age. International Journal of Instructional Technology & Distance Learning, Retrieved November 03, 2008, from http://www.itdl.org/Journal/Jan_05/article01.htm
Seel,. N. M. (1997). Model of instructional design: introduction and overview. In R. D.
Tennyson, F. Schott, N. Seel, & S. Dijkstra (Eds.), Solving instructional design problems, instructional design: International perspective Vol.1 (pp. 355-360). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum
Theroux, P, (2001). Comparing Traditional Teaching and Student-Centered, Collaborative Learning
UNESCO, (2014). UNESCO Education Strategy, 2014-2021. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization: Place de Fontenoy, Paris, France.
UNESCO. 2010. ICT Transforming Education: Regional Guide (Editors J. Anderson).
UNESCO, Bangkok. [Online]. Available: http://unesdoc.unesco.org/images/ 0012/
001295/129538e.pdf (Accessed 1 January, 2012)
UNESCO. 2002. Information and Communication Technology in Education: A Curriculum for Schools and Programme of Teacher Development (Editors J.
UNESCO. 2005. Regional Guidelines on Teacher Development for Pedagogy-Technology Integration [Working Draft] (Editor Shyamal Majumdar). UNESCO, Bangkok
Wang, Q., & Woo, H. L.. (2007). Systematic Planning for ICT Integration in Topic Learning.
Educational Technology & Society, 10 (1), 148-156