• Tidak ada hasil yang ditemukan

Draf awal Kajian Beban Tugas Guru ICT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Draf awal Kajian Beban Tugas Guru ICT"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK: BEBAN TUGAS GURU ICT

PENGENALAN

• Menurut laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), (Berita Minggu 8 Januari 2007) -bahawa beban tugas guru semakin berat, termasuk menjadi sebagai kerani, setiausaha, bendahari, juru jual koperasi, jurutaip dan juruhias.

• Antara manfaat yang boleh diperoleh oleh pelajar apabila guru mereka mahir dalam bidang ICT ialah mereka sebagai pelanggan akan menikmati faedah daripada perkhidmatan selepas pengajaran. (Ahmad Esa,Ali Suradin dan Khairul Azama Mohd Suhaimy,2001)

• Menurut kenyataan Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng dalam Bernama.com. 4 Julai 2008 ”peningkatan beban dan tekanan berkaitan kerja guru, menyebabkan semakin banyak guru yang terdedah kepada risiko mengalami masalah kesihatan yang kritikal”

(2)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk:

1. Mengkaji persepsi guru ICT tentang bidang tugas guru ICT berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM.

2. Mengenalpasti sejauh mana sokongan pihak pentadbiran untuk membantu melaksanakan tugas dan hubungannya di dalam mengurangkan bebanan tugas guru-guru ICT.

3. Mengenalpasti sejauh mana sokongan rakan sekerja untuk membantu melaksanakan tugas dan hubungannya di dalam mengurangkan bebanan tugas guru-guru ICT.

4. Mengetahui sama ada guru-guru ICT mempunyai kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah dan hubungannya di dalam mengurangkan bebanan tugas mereka.

BATASAN KAJIAN

(3)

PERNYATAAN MASALAH

Kedengaran pelbagai rungutan tentang bebanan bidang tugas yang diluahkan oleh guru ICT di sekolah. Menurut maklumat yang didapati daripada ruangan forum Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (http://www.ppdpetaling.net), didapati 80 % daripada guru-guru ICT atau guru-guru data yang menyertai forum tersebut bersetuju mengatakan bahawa mereka menghadapi tekanan di dalam melaksanakan tugas mereka.

Sementara itu, menurut Marzita Abdullah (2005), NUTP telah menggariskan beban tugas yang dihadapi oleh guru ICT dan guru-guru di sekolah iaitu:

1. Urusan Data, Fail, Buku Rekod dan Laporan yang membabitkan:

a) Pemprosesan maklumat guru/pelajar sekolah b) SPBT/stok mata pelajaran/bengkel

c) Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk SPM/STPM/PMR. d) Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PBLS)

e) Buku Nilam Sekolah f) LAB.

g) Baitulmal/biasiswa h) Laporan guru bertugas i) Urusan disiplin pelajar j) Urusan pusat sumber

(4)

a) Pegawai pinjaman di JPN dan PPD b) Pengurusan Pentadbiran

c) Kutipan yuran dan pelbagai d) Guru khas.

3. Kurikulum

a) Jenis peperiksaan

b) Program-program sekolah/JPN/ Kementerian pelajaran. c) Kertas kerja kajian tindakan

d) Panitia

e) Mata pelajaran f) Pentaksiran ULBS

g) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Ko-kurikulum - Aspek keselamatan dan perlindungan guru dan pelajar.

5. Hal Ehwal Murid (HEM) - Urusan HEM sekolah

(5)

PERSOALAN KAJIAN

1. Sejauh manakah persepsi guru ICT terhadap bebanan bidang tugas mereka di sekolah?

2. Sejauh manakah sokongan pihak pentadbiran di dalam membantu dan mengurangkan beban tugas guru ICT ?

3. Sejauh manakah sokongan rakan sekerja di dalam membantu dan mengurangkan beban tugas guru ICT ?

4. Adakah terdapat prasarana ICT yang khusus di sekolah untuk membantu dan mengurangkan beban tugas guru ICT ?

HIPOTESIS KAJIAN:

1. Guru-guru ICT tidak berasa terbeban dengan tugas mereka di sekolah

2. Tidak terdapat hubungan di antara sokongan pihak pentadbiran di dalam membantu mengurangkan bebanan guru ICT.

3. Tidak terdapat hubungan di antara sokongan rakan setugas di dalam membantu mengurangkan bebanan guru ICT.

4. Tidak terdapat prasarana ICT yang khusus di sekolah untuk membantu mengurangkan bebanan guru ICT di dalam melaksanakan tugas

Pembolehubah Bersandar: 1. Bebanan Tugas guru ICT

Pembolehubah Tidak Bersandar: 1. Sokongan Pihak Pentadbiran 2. Sokongan Rakan Sekerja

(6)

SOROTAN KAJIAN

1. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, beban kerja para guru pada masa kini adalah terlalu berat. Sehubungan itu, bebanan yang digalas di bahu para guru perlu dikurangkan melalui penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan selain penyertaan pihak ketiga. (Utusan Malaysia, 2008).

2. Menurut Setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, semakin banyak guru kini mengalami tekanan perasaan dan terdedah kepada risiko diserang penyakit barah, jantung dan tekanan darah tinggi. (Bernama, 2008)

3. Banyak kajian yang membuktikan bidang perguruan merupakan satu profesion yang sangat mencabar. Kajian-kajian Peklaj & Puklek, 2000; Friedman, 2000; Philip, 1999, mendapati satu pertiga daripada responden mendapati mengajar sebagai satu pekerjaan yang tinggi tahap stresnya.

(7)

METADOLOGI KAJIAN

Dalam bab ini pengkaji membincangkan aspek-aspek metodologi yang terlibat dalam kajian ini seperti Reka Bentuk Kajian, Instrumen Kajian, Populasi dan Sampel Kajian, Prosedur dan Analisis Data Kajian. Umumnya, matlamat utama kajian ini adalah untuk mendapatkan data mengenai beban guru ICT di sekolah menengah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian berbentuk tinjauan ini adalah bersesuaian dengan objektif penyelidikan kerana ia dapat mengumpulkan sejumlah besar maklumat yang mewakili populasi (Baron, 1994). Kaedah ini didapati berguna untuk mengukur beban tugas guru ICT di sekolah menengah.

Instrumen yang telah digunakan bagi menjalankan penyelidikan ini ialah borang soal selidik iaitu untuk mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah subjek. Menurut Tuckman (1978), kaedah soal selidik merupakan cara yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada respoden selain daripada membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden.

Instrumen Kajian

(8)

Untuk mencapai ketiga-tiga objektif kajian ini, satu set soalan soal selidik (lihat Lampiran 1) yang mengandungi dua bahagian telah disediakan. Bahagian A mengumpulkan maklumat demografi responden seperti umur, tahap pendidikan, jantina, bangsa, tempat asal, aliran pengajian, dan mempunyai komputer di rumah serta pernah mengikuti kursus ICT atau tidak. Responden hanya mengisi borang soal selidik ini dengan menandakan pada ruang yang berkenaan atau mengisi tempat kosong yang disediakan. Semua data dalam Bahagian A adalah data bagi pembolehubah tak bersandar yang akan digunakan untuk menganalisis data selanjutnya.

Dalam Bahagian B, responden perlu menjawab 26 soalan yang berbentuk Kaedah Skala Likert yang mana responden perlu membaca soalan dengan teliti dan memilih pendapat mereka berdasarkan empat skala yang diberikan iaitu Sangat Bersetuju, Bersetju, Tidak Bersetuju dan Sangat Tidak Bersetuju.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada guru ICT yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah, Perak, Johor dan Terengganu. Sebanyak 25 buah sekolah menengah kebangsaan dan 25 orang guru ICT dipilih untuk menjalankan kajian ini. Penyelidik memilih subjek yang mewakili sampel secara persampelan berkelompok di mana ia melibatkan pemilihan kelompok-kelompok secara rawak daripada satu kumpulan guru ICT di sekolah menengah.

Prosedur

Prosedur kajian ini adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam menjalankan penyelidikan. Data daripada setiap responden akan dirahsiakan. Kebenaran untuk menjalankan penyelidikan ini akan mendapat kebenaran daripada setiap sekolah. Langkah-langkah untuk menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :

(9)

3. Analisis data.

Analisis Data Kajian

Data yang akan diterima melalui soalan selidik ini akan dikodkan untuk proses pemindahan data ke dalam hardisk komputer berasaskan program Statistical Package For The Sosial Sciences (SPSS). Data ini akan diproses untuk dianalisis dengan menggunakan format yang ditetapkan dan berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian akan dianalisis dengan menggunakan statistik berikut :

1. Statistik Deskriptif 2. Ujian Korelasi

(10)

DAPATAN KAJIAN

Bab ini melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan di kalangan guru-guru ICT sekolah menengah di negeri Kedah, Perak, Johor dan Terengganu.

Analisis data adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A membincangkan tentang latar belakang peribadi responden dan latar belakang pemilikan komputer peribadi responden. Bahagian B ialah berkaitan dengan Maklumat sekolah responden dan Bahagian C pula berkaitan dengan beban tugas guru ICT berdasarkan persepsi guru-guru ICT terhadap bidang tugas mereka, sokongan daripada pihak pentadbiran dan rakan sekerja di dalam membantu tugas-tugas guru ICT serta kelengkapan prasarana ICT di sekolah yang membantu guru-guru ICT menjalankan tugas mereka.

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Jadual 1 menunjukkan taburan latar belakang responden mengikut jantina. Responden kajian terdiri daripada 44.0 % guru lelaki dan 56.0 % guru perempuan. Ini menunjukkan majoriti responden terdiri daripada perempuan.

Jadual 1 Jantina Responden

Frekuensi %

Lelaki 11 44.0

Perempuan 14 56.0

Total 25 100.0

(11)

Jadual 2 Tahap Pendidikan

Frequency Percent

Ijazah 22 88.0

Sarjana 3 12.0

Total 25 100.0

Jadual 3 dan Jadual 4 merujuk kepada opsyen pengajian dan Kursus ICT yang diikiuti oleh responden. Maklumat ini penting sebagai syarat perlantikan guru ICT dan sebagai rujukan kepada persepsi bebanan tugas responden. Daripada Jadual 3 didapati hanya 4 orang responden atau 16 % sahaja responden yang bukan opsyen pengajian di dalam bidang IT. Walau bagaimanapun, Jadual 5 menunjukkan semua responden atau 100 % responden telah mengikuti kursus IT.

Jadual 3 Opsyen Pengajian IT

Frequency Percent

Ya 21 84.0

Tidak 4 16.0

Total 25 100.0

Jadual 4

Pernah Mengikuti Kursus IT

Frequency Percent

Ya 25 100.0

(12)

Jadual 6

Pemilikan Komputer Peribadi Frequency Percent

Ya 23 92.0

Null 2 8.0

Total 25 100.0

Bahagian B: Maklumat Sekolah

Berdasarkan kepada Jadual 7, sebanyak 44.0 % responden adalah daripada sekolah kategori bandar, manakala 56.0 % responden pula daripada sekolah luar bandar.

Jadual 7 Kategori Sekolah

Frequency Percent

Bandar 11 44.0

Luar Bandar 14 56.0

Total 25 100.0

Jadual 8 menunjukkan pecahan responden mengikut jenis sekolah. Seramai 21 orang atau 84.0 % responden adalah daripada SMK harian biasa manakala responden daripada sekolah kawalan dan Teknik adalah sebanyak 2 orang atau 2.0 % responden masing-masing.

Jadual 8 Jenis Sekolah

Frequency Percent

SMK 21 84.0

Kawalan 2 8.0

Teknik 2 8.0

(13)

Bahagian C: Beban Tugas GURU ICT

Persepsi guru-guru ICT terhadap bidang tugas mereka.

Daripada Jadual 9, didapati bahawa 77.2 % responden mengatakan mereka sangat bersetuju dan bersetuju menghadapi bebanan di dalam melaksanakan tugas sebagai guru ICT.

Jadual 9

Menghadapi Tekanan Kerja

Frequency Percent

Sangat Bersetuju 3 13.6

Bersetuju 14 63.6

Tidak Bersetuju 4 18.2

Total 22 100.0

Jenis-jenis bebanan tugas yang menyebabkan tekanan kepada guru-guru ICT adalah seperti yang dilaporkan daripada Jadual 10.

(14)

Jadual 10

Beban Tugas Guru ICT

Item Sangat S1. Merancang dan mengajar

Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu adalah

membebankan.

S2. Masa untuk Kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan ICT melebihi masa P & P.

S3. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru lain amat membebankan.

S4. Kerja-kerja Staf sokongan memerlukan pertolongan anda sekiranya melibatkan penggunaan peralatan ICT

S5. Merekod pinjaman bahan ICT adalah tanggungjawab anda

n

S6. Anda menghabiskan banyak masa dalam mengurus laman web serta e-mel sekolah.

n

S7. Penyelenggaraan dan keselamatan peralatan ICT di sekolah adalah tanggungjawab anda sahaja.

S8. Anda mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengurus dan merancang kursus ICT di sekolah.

n

S9. Anda memerlukan banyak masa dalam menyediakan laporan mengenai peralatan ICT

n

S10. Pengurusan sistem-sistem disekolah tidak dapat disiapkan dalam waktu persekolahan setiap hari.

S11. Menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum menggangu tugas anda.

S12. Sistem SMM, PTK, SSDM, Sisteks dll patut diagihkan kepada guru lain.

(15)

Sokongan daripada pihak pentadbiran di dalam membantu tugas-tugas guru ICT

Hasil kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan (p<.05) di antara beban tugas guru ICT dengan sokongan pihak pentadbiran. Daripada jadual 11, didapati hubungan di antara beban tugas guru ICT dan sokongan penuh pihak pentadbiran adalah sangat lemah iaitu pada r = .027 (Chua Yan Piaw, 2006).

Jadual 11

Keputusan Ujian Korelasi Beban Tugas Guru ICT dan Sokongan Pentadbiran

s15 s16 s17 s18 s22

s15 Pearson Correlation

1 .275 .120 .079 .150

Sig. (2-tailed) .184 .567 .712 .473

N 25 25 25 24 25

Jadual 12 membuktikan bahawa 40.9 % responden sangat bersetuju dan 54.5 % responden bersetuju mendapat sokongan penuh pihak pentadbiran. Hal ini membuktikan walau pun pihak pentadbiran sekolah menetapkan jawatankuasa ICT dan menyediakan bilik khusus kepada responden (54.5 % responden bersetuju) ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada mengurangkan tekanan guru ICT di dalam melaksanakan tugas.

Situasi ini disebabkan oleh kerana pihak pentadbiran tidak memperuntukkan masa yang khusus di dalam jadual waktu pengajaran untuk guru-guru ICT menjalankan tugas mereka.

(16)

Jadual 12

Beban Tugas Guru ICT dan Sokongan Pentadbiran

Item Sangat S16. Anda mendapat sokongan

penuh pihak pentadbiran dalam menjalankan tugas-tugas ICT

n

S17. Pihak sekolah

memperuntukkan masa yang khusus di dalam jadual waktu untuk tugas-tugas ICT

n

S18. Adakah sekolah anda mempunyai Jawatankuasa ICT yang lengkap.

S22. Pihak sekolah menyediakan bilik/ruang khusus untuk anda.

n

Sokongan daripada rakan sekerja di dalam membantu tugas-tugas guru ICT

(17)

Jadual 13

Keputusan Ujian Korelasi Beban Tugas Guru ICT dan Sokongan Rakan Sekerja

s15 s19 s20 s21

Jadual 14 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang songsang di dalam dapatan kajian ini. Ini kerana walau pun 63.6 % responden mengatakan mereka mendapat kerjasama rakan sekerja di dalam memudah tugas tetapi guru-guru ICT masih berasa terbeban. Selain daripada itu, 4.5 % responden sangat bersetuju dan 63.6 % responden bersetuju bahawa mereka boleh mengharapkan rakan sekerja untuk menguruskan tugas ICT sewaktu tiada di sekolah. Oleh yang demikian, sekiranya keadaan ini berlaku sepatutnya guru-guru ICT tidak lagi berasa terbeban dengan tugas mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Jadual 14

Beban Tugas Guru ICT dan Sokongan Rakan Sekerja

Item Sangat S19. Rakan sejawat banyak

membantu memudahkan tugas anda.

S20. Anda boleh mengharapkan rakan sejawat dalam membantu menguruskan tugas ICT sewaktu anda tiada di sekolah.

n

(18)

Kelengkapan prasarana ICT.

Hasil kajian mendapati tiada hubungan yang signifikan (p<.05) di antara beban tugas guru ICT dengan kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah. Daripada jadual 15, didapati hubungan di antara beban tugas guru ICT dan kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah adalah sangat lemah iaitu pada r = .226 (Chua Yan Piaw, 2006). Ini bermakan kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah kurang membantu guru-guru ICT di dalam mengurangkan bebanan tugas mereka.

Hasil kajian ini turut mendapati bahawa terdapat perhubungan sederhana dan negatif, iaitu hubungan songsang antara kemudahan pencetak yang disediakan di sekolah dengan sikap responden yang lebih kerap menggunakan peralatan sendiri di dalam melaksanakan tugas pada r = -.661. Ini menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor lain menyebabkan guru-guru ICT lebih gemar menggunakan peralatan sendiri di dalam menjalankan tugas mereka.

Jadual 15

Keputusan Ujian Korelasi Beban Tugas Guru ICT dan Kemudahan ICT

s15 s23 s24 s25

s15 Pearson Correlation

1 .226 -.357 .336

Sig. (2-tailed) .278 .080 .100

N 25 25 25 25

s23 Pearson Correlation

.226 1 .045 -.304

Sig. (2-tailed) .278 .831 .140

N 25 25 25 25

s24 Pearson Correlation

-.357 .045 1 -.661(**)

Sig. (2-tailed) .080 .831 .000

N 25 25 25 25

s25 Pearson Correlation

.336 -.304 -.661(**) 1

Sig. (2-tailed) .100 .140 .000

(19)

Daripada jadual 16, kajian membuktikan bahawa sebanyak 81.8 % responden sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka lebih kerap menggunakan peralatan sendiri di dalam melaksankan tugas walaupun mempunyai komputer ( 77.2 %) dan pencetak (50 %) yang khusus di sekolah.

Jadual 16

Beban Tugas Guru ICT dan Kemudahan ICT

Item Sangat S23. Untuk melaksanakan tugas,

anda mempunyai komputer khusus di sekolah.

n

S24. Pihak sekolah menyediakan pencetak (printer) khusus untuk anda

S25. Anda kerap kali

menggunakan peralatan sendiri di dalam melaksanakan tugas.

(20)

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keputusan-keputusan yang di luar jangkaan. Contohnya, kajian mendapati 77.2 % responden mengakui menghadapi bebanan tugas. Kajian turut mendapati 95.4 % responden mengesahkan mereka mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbiran dan 63.6 % responden mengakui mendapat sokongan daripada rakan sekerja.

Oleh yang demikian, sepatutnya tidak berlaku di mana guru-guru ICT masih berasa terbeban dengan tugas mereka setelah mendapat pertolongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuklah kemudahan infrastruktur ICT yang lengkap di sekolah (81.8 %). Ini bermakna kajian gagal menolak hipotesis null.

Berikutan daripada keputusan yang diperolehi ini, satu penelitian lain telah dibuat ke atas borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden untuk mencari apakah sebab sebenar guru-guru ICT masih menghadapi bebanan dengan bidang tugas mereka.

Hasilnya, penelitian mendapati bahawa responden begitu peka terhadap peruntukkan masa bertugas dan masa menyelesaikan tugas. Oleh yang demikian, satu analisis dibuat untuk melihat perhubungan masa dengan bebanan tugas guru ICT.

(21)

Jadual 16

Keputusan Ujian Korelasi Beban Tugas Guru ICT dan Masa Bertugas

s15 s1 s2 s7 s10 s11

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Keputusan ini juga turut disokong oleh dapatan kajian daripada Jadual 17 di mana 72.7 % responden sangat bersetuju dan bersetuju menguruskan sistem dan data lebih mudah di rumah daripada di sekolah (S26).

Jadual 17

S26- Menguruskan sistem & data lebih mudah di rumah daripada sekolah

Frequency Percent

Sangat Bersetuju 2 9.1

Bersetuju 14 63.6

(22)

Rujukan:

Anderson, G. (1997). Fundamentals of Educational Research. USA: The Falmer Press.

Best, J. W. & Kahn, J. V. (1998). Research in Education. (8th ed.). USA: Allyn & Bacon.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.

Greenstein, D. & Thorin, S. E. (2002). The Digital Library: A Biography. Retrieved

March 16, 2008, from http://www.clir.org/PUBS/reports/pub109/pub109.pdf. Ken, Y. N. (2006). Electronic Dictionary Usage. Retrieved March 16, 2008, from http://whatjapanthinks.com/2006/04/10/electronic-dictionary-usage/.

Pastore, M. (2008). 30 Benefits of Ebooks. Retrieved March 16, 2008, from http:// epublishersweekly.blogspot.com/2008/02/30-benefits-of-ebooks.html.

Tsakonas, G. & Papatheodorou, C. (2008). Exploring usefulness and usability in the evaluation of open access digital libraries. Journal of Information Processing and Management, Vol. 44 Issue 3, pp.1234-1250.

Wikipedia. (2008). Book. Retrieved March 16, 2008, from http://en.wikipedia.org /wiki/Book.

Wikipedia. (2008). E-book. Retrieved March 16, 2008, from http://en.wikipedia.org /wiki/E-book.

Wikipedia. (2008). Electronic dictionary. Retrieved March 16, 2008, from http://en. wikipedia.org/wiki/Electronic_dictionary.

Wikipedia. (2008). Digital library. Retrieved March 16, 2008, from http://en. wikipedia.org/wiki/Digital_library.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian tercatat bahwa risiko kematian sebesar delapan persen terjadi pada mereka yang tidur enam jam sehari.. Jumlah ini meningkat menjadi 11 persen pada orang yang

Metode penjadwalan produksi yang digunakan di perusahaan menghasilkan makespan sebesar 194,4 jam atau 25 hari kerja (1 hari terdapat 8 jam kerja), sedangkan usulan penjadwalan

Pergerakan sebuah garis dari satu posisi ke posisi lain dalam ruangan yang sama.. akan membentuk

Berdasarkan hasil yang diperoleh menunjukan bahwa dari luas lahan rata-rata 2.05 Hektar yang digarap oleh petani di daerah penelitian dengan biaya yang

A.. e) Realisasi Output : Tersedianya peralatan dan perlengkapan kantor (AC, meja rapat, printer, layar LCD) 4 jns.. e) Realisasi Output : Terlaksananya Rapat

Sedangkan fungsi dari tes tertulis, yaitu: (a) Fungsi formatif di kelas, adalah dilakukan saat berlangsungnya proses belajar mengajar, dilaksanakan secara periodik, mencakup semua

Hasil synonym set program selanjutnya dibandingkan dengan synonym set dari Princeton WordNet dengan menghitung F1 score, untuk mengetahui metode komutatif ini

Hasil penelitian secara serempak diperoleh penyuluhan, pencurahan tenaga kerja dan pendidikan mempengaruhi tingkat pendapatan anggota kelompok tani, sedangkan