• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Sosio ekonomi Kraftangan di Brun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Sosio ekonomi Kraftangan di Brun"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1 Sejarah Sosio-ekonomi Tradisi Kraf Tangan Brunei.

Oleh

Dayang Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, PhD

Awang Abdul Hai bin Haji Julay

Akademi Pengajian Brunei

Universiti Brunei Darussalam.

Pengenalan.

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang ekonomi tradisi kraf tangan sebelum tahun

1960an yang dihasilkan di Brunei. Perbincangan ini memfokuskan kepada penghasilan kraf

tangan masyarakat Melayu Brunei. Kertas ini cuba untuk mengupas perkembangan perusahaan

kraftangan dan hubungannya dengan sosio-ekonomi di negara Brunei Darussalam. Di samping

itu akan disentuh juga potensi perusahaan kraftangan.

Kraf tangan sering dihubungkait dengan kehalusan seni yang melambangkan ciri, motif

dan simbol. Hasil daripada inilah kemahiran kraf tangan menjadi aset penting yang terdapat pada

situkang. Kraf tangan juga merupakan satu identiti dan elemen yang membentuk satu warisan

budaya turun temurun di dalam sesebuah masyarakat.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam kaya dengan khazanah

budaya material. Istilah budaya material ini juga merangkumi hasil pertukangan tangan atau kraf

tangan yang dicipta untuk memenuhi keperluan masyarakat yang selalunya mempunyai

(2)

2 peranan yang wajar dan realistik dalam kehidupan sama ada di rumah atau pada peringkat

komuniti. Salah satu kepentingan kraf tangan dalam masyarakat ialah sumbangannya terhadap

perkembangan sosio-ekonomi.

Sejarah Pengeluaran dan Penggunaan Hasil Kraf tangan.

Catatan awal yang dibuat oleh pengembara-pengembara asing yang datang ke Brunei

banyak menyebutkan kemahiran bertukang tangan ini tertumpu di Kampong Ayer. Di zaman

sebelum naungan British, Kampong Ayer bukan sahaja merupakan pusat pemerintahan, tetapi

juga pusat kebudayaan dan perekonomian yang sangat penting (Md Zain 1996). Brunei

dikatakan terkenal dengan pembuatan barangan kraf tangan seperti menenun kain, pertukangan

tembaga, emas dan perak, kerja-kerja menganyam dan pembuatan perahu (Jiram 2008: 42).

Pigafetta yang datang melawat Brunei pada tahun 1521 menjelaskan bahawa industri kraf

tangan sudah wujud pada abad itu dan beliau merekodkan bahawa terdapat 56 buah meriam yang

diperbuat dari logam besi, tersergam indah di depan istana Sultan Bolkiah. Beliau juga

mencatatkan tentang penggunaan pedang, tombak dan perisai oleh pengawal-pengawal Istana.

Peralatan yang diperbuat daripada perak seperti kedudukan dian dan pelita juga digunakan. Para

pembesar negara membawa keris dan memakai pakaian dari kain tenunan. Selain menjadi

pakaian, kain tenunan juga dijadikan sebagai langsir di istana (Hughes-Hallet 1998: 32-33).

Menurut laporan ini, Brunei sudah wujud sebagai sebuah negara yang bertamadun dan

mempunyai teknologi pembuatan yang canggih pada masa itu sebanding dengan negara-negara

(3)

3 Hasil kajian juga mendapati terdapat beberapa buah kampung yang dinamakan

bersempena dengan kemahiran atau pekerjaan penduduk kampung (Abdul Latif 1996). Spencer

St. John ada menyebutkan nama-nama kampung atas pekerjaan dan kemahiran penduduknya di

antaranya ialah Kampong Pandai Besi yang penduduknya mahir bertukang besi dan Kampong

Pandai Emas1 bagi tempat kediaman tukang emas, perak dan bertenun kain.

Many of the people are employed casting brass guns, or are goldsmiths or

general traders and latterly their women have commenced the manufacture of

expensive and handsome gold brocade. (Spencer St. John 1862: 256)

Brown (1970: 65-66) pula menjelaskan bahawa pembuatan perahu merupakan salah satu

aktiviti kraf tangan yang penting kerana perahu adalah salah satu keperluan perhubungan dan

juga sumber ekonomi masyarakat Brunei ketika itu dan masih relevan sehingga kini. Pada

zaman tradisi, kegiatan-kegiatan ekonomi yang bersumberkan laut terutama penangkapan ikan

merupakan tulang belakang ekonomi Brunei (Pg Khairul Rijal 2008). Pada ketika itu, majoriti

penduduk Kampong Ayer bergantung pada aktiviti menangkap ikan sebagai pekerjaan utama dan

ini memerlukan perahu bagi tujuan menangkap ikan. Pada waktu dahulu, terdapat

berbagai-bagai jenis dan bentuk perahu yang digunakan untuk menangkap ikan seperti bidar, jumpung,

bagung dan temuai (Hj Takong 1996:202).

Selain itu, perahu juga berperanan penting sebagai alat perhubungan dan pengangkutan

yang digunakan oleh masyarakat yang tinggal di Kampong Ayer. Sehingga kini, pembuatan

perahu masih lagi aktif dilakukan terutama di Kampung Setia. Walau bagaimanapun,

pengeluaran perahu lebih tertumpu pada perahu tambang. Sumbangan perahu kepada

1

(4)

4 masyarakat di Kampung Ayer bukan hanya terhad dari segi pembuatan, malah memberikan

sumbangan ekonomi yang agak besar sebagai pendapatan dalam perusahaan perkhidmatan

pengangkutan. Pada zaman dahulu, anak-anak muda menerima upahan untuk mengayuhkan

penumpang dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Di samping itu, mereka juga mengambil

upah berkayuh untuk mengambil air untuk kegunaan seharian. Dari itu, perahu mempunyai

kepentingan menjana ekonomi di zaman tradisi.

Perkembangan Perusahaan Tradisi Kraf tangan.

Perkembangan kraf tangan boleh dibahagikan kepada dua tempoh iaitu sebelum 1940an

dan selepas 1940an. Sebelum tahun 1940, aktiviti perusahaan kraf tangan lebih tertumpu kepada

pertukaran barang. Negara ini memang sudah terdedah kepada bangsa-bangsa asing dan

mempunyai hubungan perdagangan dengan mereka. Brunei pernah pada suatu ketika dahulu

merupakan sebuah pelabuhan penting bagi pedagang-pedagang luar dan berlakunya pertukaran

barang dagangan. Laidlaw yang melawat Kota Bharu, Kelantan pada hujung abad dua puluh

mencatatkan beliau melihat barangan timah dan tembaga dari Brunei diperdagangkan di pasar

membeli-belah di sana (Ishak 1991:29). Bahkan Peter Blundell mencatatkan juga bahawa gong

hasil buatan dari Brunei sangat terkenal di rantau Asia Tenggara (Hj Takong 1996:208). Dari

catatan ini, jelas bahawa barangan logam dari Brunei telah tersebar ke luar negara.

Di samping itu, Residen British juga mempunyai peranan dalam membantu

perkembangan aktiviti kraf tangan sebelum 1940. Terdapat permintaan barangan kraf tangan dari

(5)

5 mereka. Dari itu tidak mustahil mereka membawa balik hasil kraf tangan yang dikumpul ke

negara asal atau tempat mereka bertugas. Ini juga mungkin di antara sebab hasil kraftangan

Brunei boleh di dapati di muzium-muzium di luar negara seperti di England, Malaysia,

Indonesia, Singapura dan Filipina (Mustafa Ahmad 1988:96).

Salah seorang Residen British yang terlibat menyumbang terhadap perkembangan

perusahaan kraftangan di Brunei ialah H.Chevalier. Beliau bertanggungjawab dalam memberi

galakan untuk menggunakan teknologi moden dalam aktiviti pertukangan tangan terutama

pertukangan perak di kalangan masyarakat Brunei (M. Shahree 1976:46). Penggunaan

teknologi moden ini mungkin telah meningkatkan pengeluaran hasil pertukangan perak. Di

samping itu, penemuan bentuk ukiran baru dan juga kemudahan mendapat bahan-bahan mentah

yang diimpot dari England juga telah menyumbang terhadap perkembangan dan kemajuan

perusahaan perak. Pada tahun 1947 sebuah pusat swasta yang mengendalikan penjualan kraf

tangan yang terletak di Jalan Chevalier (seberang jalan Bendahara) telah ditubuhkan. Pusat ini

telah pun berkembang dan hasil daripada kejayaan pusat pertama ini, satu lagi pusat telah

ditubuhkan yang terletak di Jalan Roberts (Mustafa Ahmad 1988: 99).

Tempoh kedua bagi perkembangan perusahaan kraf tangan ialah di zaman pemerintahan

Sultan Omar Ali Saifuddien III. Baginda terkenal dengan jolokan nama “Akitek Brunei Moden”.

Semasa pemerintahan baginda mempunyai inisiatif dan telah menitahkan supaya perusahaan kraf

tangan perlulah dikembangkan terutama perusahaan kraf tangan perak, tenunan dan tembaga.

Baginda juga menjadikan Istana Darul Hana sebagai tempat pertukangan perak dan mengambil

(6)

6 berkembang, Kerajaan Brunei telah menghantar beberapa orang pelajar untuk melanjutkan

kursus pertukangan perak di England.

Penggunaan hasil kraf tangan dalam adat istiadat diraja yang diperbuat daripada logam

seperti keris, gangsa, bedil, celapa, kabuk dan penastan, pesigupan dan alat-alat yang lain boleh

dilihat sebagai usaha mempertahan dan mengembangkan pengeluaran dan permintaan hasil kraf

tangan. Dalam adat istiadat, barangan kraf tangan ini mempunyai peranan sebagai alat kebesaran

dan juga alat perhiasan diraja yang digunakan semasa istiadat-istiadat seperti perkahwinan diraja,

istiadat bergelar, hari keputeraan dan seumpamanya.

Di samping itu, semasa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddien III, baginda juga telah

memperkenankan pemakaian kain tenunan sebagai sebahagian dari pakaian rasmi dalam adat

istiadat diraja, terutama ketika pakaian cara Melayu digunakan. Baginda telah memperkenankan

penggunaan warna, jenis, rekabentuk, corak dan motif untuk membezakan status dan pangkat

para pembesar negara (Siti Norkhalbi 2007). Sebagai orang yang bertanggungjawab memelihara

dan memperkembangkan warisan tenunan ini, baginda sering memakai pakaian dari kain tenunan

ketika berangkat dalam majlis beradat istiadat.

Dari penjelasan ini menunjukkan Sultan Omar Ali Saifuddien III memainkan peranan

yang sangat penting bagi memastikan aktiviti pertukangan tangan dipelihara, dipertahankan dan

diperkembangkan. Dan usaha ini telah dilanjutkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei

Darussalam. Inisiatif ini adalah suatu kelaziman di mana kerabat diraja memang merupakan

(7)

7 suatu yang ganjil kerana pengeluaran dan penggunaan hasil kraf tangan memang biasa dikaitkan

dengan golongan raja-raja dan seterusnya menggambarkan kekuasaan (Uchino 2005).

Kepentingan Hasil Kraf Tangan Dalam Masyarakat Melayu.

Penggunaan kraf tangan dalam masyarakat merupakan faktor yang penting bagi memastikan

kesinambungan pengeluarannya. Hasil kraf tangan ini tidak hanya mempunyai fungsi gunaan

tetapi juga menekankan kepada fungsi ekspresif dan simbolik. Keseimbangan fungsi-fungsi

tersebut memberikan nilai yang lebih tinggi ke atas barangan kraf tangan (Wan Abd. Kadir et al

2004). Pengeluaran dan penggunaan barangan kraf tangan ini berkait rapat dengan adat,

kebudayaan dan kesenian warisan bangsa Melayu. Sebagai contoh, motif-motif yang digunakan

untuk menghiasi barangan kraf tangan melambangkan jati diri Melayu yang mengandungi

nilai-nilai seni keindahan dan kehalusan tradisi budaya Melayu. Ini menunjukkan bahawa barangan

kraf tangan merupakan elemen yang penting dalam sosiobudaya masyarakat Melayu yang

meliputi ruang lingkup yang luas sebagai lambang nilai budaya dan identiti.

Barangan kraf tangan yang diperbuat daripada logam sama ada emas, perak, tembaga dan

besi seperti keris, celapa, gangsa serta kain tenunan mempunyai peranan penting dalam

masyarakat Melayu. Barangan kraf tangan ini biasa dilihat penggunaannya dalam upacara

beradat seperti majlis perkahwinan, istiadat penganugerahan gelaran dan sebagainya. Barangan

kraf tangan ini tidak hanya terhad penggunaannya di kalangan golongan atasan, tetapi juga

(8)

8 Dalam Silsilah Raja-Raja Brunei yang dicatatkan oleh Imam Yaakub (Sweeney 1998)

juga banyak menyebutkan tentang penggunaan budaya material dalam adat istiadat diraja iaitu

majlis menobatkan raja. Di antara alat-alat yang digunakan ialah kasur bertepi emas, puan

kerajaan, keris kerajaan, pedang kerajaan dan perisai kerajaan. Di sebutkan juga penggunaan

penastan perak, kabuk perak, persigupan emas, lembing bersampak emas dan lain-lain.

Permintaan terhadap barangan logam tidak hanya terhad di kalangan masyarakat Melayu Brunei

malah di kalangan masyarakat Melayu yang lain. Laporan Tahunan Brunei 1908 mencatatkan

barangan logam seperti gong, gulingtangan, tawak-tawak dan barangan tembaga yang lain juga

dibekalkan kepada puak Dusun, Iban dan Belait dan barangan ini dipertukarkan dengan

barang-barang hutan yang dibawa oleh puak tersebut. Di zaman tradisi, barang-barangan logam diperlukan oleh

puak-puak ini untuk menunjukkan status kekayaan mereka. Di samping itu, barangan logam

juga mempunyai peranan dalam adat sebagai hantaran perkahwinan dan pembayar denda jika

melakukan kesalahan yang tertentu.

Kain tenunan Brunei juga mempunyai peranan yang penting dalam budaya masyarakat

Melayu Brunei. Ianya digunakan sebagai pakaian dan juga hantaran perkahwinan. Dalam

keadaan ini, kain tenunan mempunyai peranan yang penting dalam mewujud dan mengeratkan

hubungan sosial, serta melambangkan status sosial. Bagi masyarakat Melayu Brunei, kain

tenunan Brunei jenis jong sarat dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan yang mesti

diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sebuah perkahwinan tersebut

dianggap tidak sempurna, malah boleh menimbulkan aib jika pengantin lelaki tidak mampu

memberikan kain tenunan Brunei kepada bakal isterinya. Di samping melambangkan kasih

sayang, pemberian kain tenunan juga menunjukkan kestabilan kedudukan kewangan pengantin

(9)

9 Sumbangan dan Potensi Kraf Tangan Kepada Sosio-Ekonomi.

Satu masalah yang dihadapi ialah kesukaran untuk memperolehi laporan terperinci tentang

pendapatan dan penghasilan kraf tangan tradisi. Ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa

kerana pertukaran zaman tradisi adalah berdasarkan sistem barter atau pertukaran barangan.

Walaubagaimana pun terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penghasilan kraf tangan dan

sistem pertukaran barangan telah menjadi sumber mata pencarian yang penting kepada

pengusahanya. Aktiviti yang bersifat perusahaan kecil dan sederhana atau disebut juga sebagai

cottage industry tidak dapat dinafikan telah menjadikan Kampong Ayer terkenal dengan aktiviti

ekonomi yang berorientasikan kraf tangan2. Sebagai contoh kegiatan aktiviti ekonomi tradisi

seperti bertenun kain telah menghasilkan pendapatan di kalangan penduduk kampung seperti di

Kampung Lurong Sikuna dan Kampung Bukit Salat, perusahaan tembaga di kampung Ujong

Bukit dan perak di Kampung Sungai Kedayan. Informan dari puak Kedayan menjelaskan

bahawa di zaman tradisi harga kain tenunan sangat mahal dan pada ketika itu harga sebidang

kain jong sarat adalah sebanding dengan seekor kerbau. Dari itu, kemampuan seseorang untuk

memiliki kain tenunan itu menggambarkan status ekonominya.

Di samping itu, laporan yang ditemui telah membuktikan bahawa perusahaan kraf tangan

mempunyai peranan dalam meningkatkan dan menyumbang kepada ekonomi pengusaha dan

juga negara. Peter Blundell menjelaskan bahawa di antara perusahaan kraf tangan yang

mendatangkan keuntungan dan menjamin kehidupan ialah perusahaan perak berbanding dengan

perusahaan kraf tangan yang lain (Haji Takong 1996: 205). Ini diperkukuh lagi di mana menurut

2

(10)

10 catatan yang terdapat dalam Laporan Tahunan Brunei tahun 1930 mencatatkan pendapatan dari

hasil pertukangan perak seperti kotak rokok, mangkuk dan kerongsang telah mencapai melebihi

$15,000.

Dari penjelasan di atas menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi tradisi kraf tangan

merupakan di antara sumber ekonomi masyakarat di Kampong Ayer pada tempoh tersebut.

Dengan galakan yang ada daripada pihak kerajaan yang menyedari bahawa kraf tangan

merupakan warisan budaya yang perlu dipelihara agar tidak pupus, menjadikan perusahaan ini

mempunyai potensi walaupun hanya diusahakan secara kecil-kecilan di kalangan mereka yang

memiliki kemahiran bertukang. Usaha kerajaan mengekalkan penggunaan hasil kraf tangan

dalam majlis beradat istiadat merupakan langkah yang sangat penting dalam memastikan

permintaan terhadap hasil kraf tangan berterusan.

Kemerosotan dan Langkah Pengekalan Perusahaan Kraf Tangan Tradisi.

Namun sehingga tahun 1960an, banyak kegiatan kraf tangan telah mula berkurangan

terutama dalam perusahaan emas, perak dan tembaga. Kekurangan bahan mentah adalah salah

satu penyebab kemerosotan ini. Brunei tidak menghasilkan bahan mentah dari bahan logam dan

bergantung kepada bahan mentah yang dimport. Saingan dari barangan logam yang datang dari

luar juga menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran barangan logam tempatan.

Faktor lain yang menyumbang kepada berkurangnya perusahaan pertukangan logam

ialah kemahiran bertukang ini hanya dimiliki di kalangan keluarga tertentu dan diwariskan

(11)

11 pekerjaan dalam sektor kerajaan dan sektor minyak juga di antara faktor yang menyumbang

kepada kemerosotan penglibatan dalam perusahaan kraf tangan tradisi. Sektor kerajaan dan

sektor minyak merupakan dua sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi dan

kondisi yang lebih baik. Dengan pendapatan bulanan yang tetap serta kemudahan-kemudahan

yang ditawarkan telah menarik minat untuk bekerja dalam sektor-sektor tersebut. Fenomena ini

tidak hanya terjadi pada kemahiran pertukangan logam, tetapi berlaku juga pada

kemahiran-kemahiran bertukang yang lain termasuk bertenun kain.

Menyedari akan hal kemerosotan perusahaan kraf tangan ini, pihak kerajaan telah

mengambil langkah agar kemahiran dan pengeluaran kraftangan dapat dipelihara dan

dipertahankan. Satu langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah menubuhkan Pusat

Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada 1 September 1975. Di awal penubuhan,

Pusat ini ditempatkan di Kampung Perpindahan Berakas yang terletak kira-kira lapan kilometer

dari Bandar Seri Begawan. Pada 1 Januari 1984, Pusat ini telah berpindah ke bangunan baru

yang terletak di Bandar Seri Begawan, menghadap Kampong Ayer. Bangunan ini telah dibuka

rasmi oleh Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddein Sa’adul Khairi Waddien sempena

kemerdekaan negara Brunei Darussalam.

Pusat ini menawarkan lima jenis kursus iaitu pertukangan perak, tembaga, ukiran kayu,

tenunan dan anyaman dan pembuatan songkok. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk

mengikuti kursus ditawarkan di Pusat ini. Kursus hanya dibukakan kepada rakyat dan penduduk

tetap negara Brunei Darussalam yang berumur di antara 17 hingga 35 tahun sahaja. Di samping

itu, para pemohon mestilah lulus sekurang-kurangnya tingkatan dua sekolah menengah atau

(12)

12 Pemohon yang berjaya akan menjalani latihan selama tiga tahun dan diberikan elaun sebanyak

B$350.00 sebulan dan pakaian seragam.

Penubuhan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan adalah satu langkah

kerajaan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada generasi muda dalam seni kraf tangan.

Dengan memberi elaun bulanan kepada pelatih-pelatih merupakan galakan untuk menarik minat

para belia untuk menceburi bidang ini. Salah satu bidang yang pesat berkembang ialah

perusahaan tenunan. Mulai tahun 1980an perusahaan bertenun kain secara komersial telah mula

bertapak. Terdapat lepasan yang terlatih dari Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei

telah menubuhkan perusahaan sama ada secara bersendirian dan beroperasi di rumah mereka

sendiri, tetapi ada juga pengusaha yang lebih berani dengan menyewa tempat di kawasan pusat

perniagaan (central business district) (Siti Norkhalbi 2006).

Satu lagi usaha pelestarian yang dibuat bagi memastikan kesinambungan warisan tradisi

bertenun kain ini ialah dengan menubuhkan bengkel tenunan di kawasan perumahan Yayasan

Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bolkiah A dan B yang terletak di kawasan Kampong

Ayer. Penubuhan bengkel tenunan di Kampong Ayer ini merupakan langkah untuk memberi

galakan kepada penduduk di kawasan ini untuk mempertingkatkan sumber ekonomi mereka, di

samping menghidupkan semula aktiviti tradisi kraf tangan bagi menarik pelancong asing

(13)

13 Kesimpulan.

Perusahaan kraf tangan tradisi memberikan sumbangan yang besar dalam sejarah

pembangunan negara. Sumbangannya bukan hanya terhad pada kegemilangan tamadun budaya,

tetapi juga dalam menjana pembangunan ekonomi negara. Walaupun tidak banyak catatan yang

terperinci tentang pendapatan dari hasil kraf tangan kerana sifat pertukaran tradisi yang

berasaskan sistem barter, namun bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan sumbangannya kepada

pendapatan pengusahanya dan negara secara umum. Melihat kepada sumbangan ini maka pihak

kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mempertahankan dan memperkembangkan kemahiran

dan pengeluaran kraf tangan di negara ini.

Tidak dinafikan perusahaan kraf tangan tradisi ini menghadapi kemerosotan mulai tahun

1960an disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan bahan mentah, kemahiran yang

terhad dan terbukanya peluang pekerjaan baru di dalam sektor moden. Namun kerajaan telah

mengambil langkah bijak untuk mempertahankannya dari mengalami kepupusan. Buktinya

adalah penubuhan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei. Pusat ini telah meletakkan

hasil kraf tangan sebagai barangan yang sangat bernilai dan bermutu tinggi. Jika di zaman

tradisi nilai kraf tangan dibandingkan dengan komoditi lain, contohnya nilai sebidang kain

tenunan adalah sebanding dengan seekor kerbau. Kini, produk kraf tangan dinilai dengan

matawang. Ini jelas menunjukkan bahawa barangan kraftangan seperti tenunan, perak dan

tembaga adalah sangat berharga dan bermutu tinggi dan perusahaan kraf tangan tradisi yang

(14)

14 Bibiliografi:

Abdul Latif Haji Ibrahim (Haji). 1996. ‘Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan Masa Depan’.

Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei

Darussalam. 6-9 September 1996.

A. Rahman Haji Karim. (1976). ‘Barang-barang Perak Brunei’, Ikhtisar Budaya, ms 56-59.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.

Blundell, P. 1923. The City of Many Waters. London: Arrowsmith

Brown, D. 1970. 'Brunei: The Structure and History of A Bornean Malay Sultanate'. Monograph

of the Brunei Museums Journal 2:2.

Chi S.C, Cleary M.C and Ka T.S. 1996. 'The Changing Socio-Economic Profile of Kampong

Ayer and Environmental Implications' dalam Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan Masa

Depan. Edited by Haji Abdul Latif Haji Ibrahim, ms. 117-160. Gadong: Akademi Pengajian

Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Hughes-Hallett. H.R. 1998 [1968]. ‘A Sketch of the history of Brunei’. Papers Relating to

Brunei. ms 28-45. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

Ishak Shaari. (1991). ‘Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu Kelantan pada Abad

ke-19’. Masyarakat Melayu Abad ke-19. ms18-55. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jiram Jamit. (2008). ‘Perkembangan Pentadbiran Kewangan Brunei Antara Tahun 1906-1931’.

Janang. ms 41-56. Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei

Darussalam.

Lamat Jaafar. (1989). ‘Pertukangan Tembaga di Brunei’, Budaya Bangsa, ms 46-57. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Zain bin Haji Serudin (Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Haji). 1996.

(15)

15

Simposium Antarabangsa Kampong Ayer Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei

Darussalam. 6 September 1996.

Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. 2006. 'Kampong Ayer (Aying): Cabaran dan Masa

Depan'. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial

Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat

Indonesia, 13-15 Ogos 2006.

Mustafa Ahmad, (Haji). (1988). ‘Kraftangan Brunei: Masa Depannya’, Intisari Kebudayaan Brunei, ms.92-110. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Shahree P.O.K.J.L.A.I.D Hj Hussin. (1976). ‘Pertukangan Perak dan Emas di Brunei’,

Ikhtisar Budaya, ms. 45-54., Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nicholl, R. (Peny.). 1975. European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the

Sixteenth Century. Bandar Seri Begawan.: Muzium-Muzium Brunei.

Pengiran Khairul Rijal Pg Hj Abd.Rahim. (2008). ‘Perusahaan Perikanan dan Teknologi

Penangkapan Ikan Yang Digunakan di Negara Brunei Darussalam Semasa Zaman

Pentadbiran Residen British (1906-1941)’. Janang. ms. 76-107. Bandar Seri Begawan:

Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2006. 'Transformasi Lokasi Pengeluar Kain Tenunan:

Kesinambungan Warisan Budaya Brunei Darussalam'. Konferensi Antaruniversiti di

Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di

Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. (2007). Textiles and Identity in Brunei Darussalam. Bangkok:

White Lotus Press.

St.John, S.( 1962). Life in the Forests of the Far East. London: Smith, Elder and Co.

Sweeney, A. (1998). 'Silsilah Raja-Raja Brunei' in Papers Relating to Brunei. m.s 46-127. Kuala

Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.

(16)

16

Kampong Ayer. B.A. Thesis, University of Singapore.

Takong Amit (Haji). (1996). ‘Ekonomi Tradisional Kampong Ayer- Satu Identiti Budaya Kerja

Masyarakat Melayu Brunei’, Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan Masa Depan. ms 194

-215. Bandar Seri Begawan: Akademi Pengajian Brunei.

Uchino, M. 2005. ‘Socio-Cultural History of Palembang Songket’ dalam Indonesia and the Malay World. 33(96). m.s. 205-223

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff et al. 2004. Teknologi Melayu: Konsep dan Bibliografi. Kuala

Referensi

Dokumen terkait

Kepala sekolah juga mempunyai peranan penting dalam membangun serta melestarikan budaya mutu di sekolah, untuk membentuk karakter lembaga sebagai identitas yang dapat

Di samping itu, makanan juga mempunyai peranan yang penting dalam kesehatan masyarakat, tetapi adakalanya kesadaran masyarakat terhadap kualitas makanan terabaikan karena

Kabupaten Aceh Tenggara memiliki sektor pertanian yang mempunyai. peranan yang sangat penting dalam pembangunan daerah antara lain

4m.. Kerajaan Alam Melayu juga merupakan kerajaan yg penting dan mempunyai tamadun tinggi setanding dengan kerajaan luar yang lain. a) Namakan 2 kerajaan luar yang sezaman

Kepala sekolah juga mempunyai peranan penting dalam membangun serta melestarikan budaya mutu di sekolah, untuk membentuk karakter lembaga sebagai identitas yang dapat

Kegiatan ini syarat akan makna yang tidak saja berkaitan dengan budaya masyarakat, tetapi juga mempunyai arti penting dalam hal agama, sosial, demokrasi, dan tanpa

Menerusi kajian ini juga didapati bahawa pihak BNBC telah berjaya menemui formula yang berkesan bagi memastikan masyarakat peribumi khususnya masyarakat Melayu Brunei untuk

Dua nama terakhir, al-Raniri dan al- Sinkili, adalah dua dari tiga mata rantai utama dari jaringan ulama di wilayah Melayu Indonesia dengan Timur Tengah yang mempunyai peranan penting