• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Kerajaan Islam di al Andalus men

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Kerajaan Islam di al Andalus men"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Kerajaan Islam di al-Andalus menurut Buku

Sejarah Umat Islam Karya Hamka

1,2

Ezad Azraai Jamsari, 1Noranizah Yusuf, 1,2Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari & 3Adibah Sulaiman @ Mohamad

1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2

Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor 3

Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembulan

Abstrak: Al-Andalus merupakan antara wilayah terpenting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam disebabkan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam dalam tempoh lebih 700 tahun. Pencapaian tamadun Islam di al-Andalus turut menyerikan lagi catatan kegemilangan sejarah Islam di al-Andalus. Disebabkan itu, fakta dan perbahasan berkaitan kerajaan Islam di al-Andalus banyak dipapar dan dibincangkan dalam karya-karya sejarah dan tamadun Islam, termasuk buku Sejarah Umat Islam karya-karya Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Hamka. Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan sejarah Islam, termasuk berkaitan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam, bermula daripada zaman sebelum di Tanah Arab hingga perkembangan agama Islam di kawasan Nusantara. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tulisan Hamka tentang sejarah kerajaan Islam di al-Andalus. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui paparan dan perbincangan berkaitan sejarah kerajaan Islam di al-Andalus yang dikemukakan oleh Hamka. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualtitatif menerusi metode historical study dan content analysis seperti penelitian terhadap karya Hamka, Sejarah Umat Islam. Hasil kajian mendapati Hamka mempunyai kepakaran dalam penulisan sejarah Islam dan memaparkan maklumat berkaitan kerajaan-kerajaan Islam dari zaman awal hingga zaman hayatnya, termasuk sejarah kerajaan Islam di al-Andalus. Justeru, karya Sejarah

Umat Islam merupakan penulisan bahasa Melayu yang membincangkan sejarah Islam secara umum sekali gus

membuktikan ketokohan Hamka dalam bidang sejarah Islam.

PENGENALAN

Wilayah al-Andalus merupakan antara wilayah yang pernah dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam dahulu dalam tempoh lebih 700 tahun. Ekspedisi ketenteraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan Tariq b. Ziyad telah menjadi titik permulaan kepada penyebaran agama Islam di kawasan Semenanjung Iberia. Penyebaran agama suci ini turut diperkukuhkan lagi dengan kewujudan pelbagai pemerintahan Islam di wilayah tersebut, bermula dari zaman Kerajaan Umawi dan diakhiri oleh Kerajaan Nasriyyah di Granada. Bagaimanapun, kedudukan kerajaan-kerajaan Islam di al-Andalus semakin merosot dan berakhir setelah tentera Kristian di bawah pimpinan Ferdinand dan Isabella berjaya menguasai seluruh al-Andalus pada tahun 1492M.

Namun begitu, sejarah kemunculan kerajaan Islam di al-Andalus banyak dicatatkan dalam karya-karya sejarah dan tamadun Islam, sama ada dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Antara karya berbahasa Melayu yang turut membincangkan sejarah kerajaan Islam di al-Andalus ialah Sejarah Umat Islam karya Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim

Amrullah, atau dikenali sebagai Hamka. Karya beliau ini terdiri daripada empat jilid mengandungi peristiwa sejarah dan tamadun Islam, bermula daripada zaman Semenanjung Tanah Arab sebelum Islam hingga perkembangan agama Islam di kawasan Nusantara. Perbincangan dalam buku ini dilakukan menurut kronologi dan dibahagikan mengikut kawasan seperti kawasan Tanah Arab, Afrika, al-Andalus, Sham, Mesir, Iran, India, Tukri dan Alam Melayu. Penulisan buku ini turut membuktikan kepakaran Hamka dalam penulisan sejarah dan tamadun Islam sekaligus menambahkan koleksi karya berbahasa Melayu dalam bidang tersebut.

Biografi Hamka: Nama beliau ialah Haji Abdul

Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA. Beliau dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908 dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau dikenang sebagai seorang sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik. Beliau turut diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Bapanya bernama Shaykh Abdul

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara

(2)

Karim b. Amrullah, dikenali sebagai Haji Rasul, merupakan antara pelopor gerakan tajdid di Minangkabau setelah pulang dari Makkah pada tahun 1906 (http://id.wikipedia.org/wiki/ Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah).

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamkamencapai 10 tahun, bapanya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ, Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Shaykh Ibrahim Musa, Shaykh Ahmad Rashid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo. Hamka mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian, Hamka dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Setelah itu, beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan tersebut ketika Sukarno member kata dua kepada beliau sama ada menjadi pegawai kerajaan atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka dikenali sebagai seorang ilmuwan yang menguasai pelbagai bidang pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi, tafsir, fiqh dan politik. Beliau mempunyai kemahiran bahasa Arab yang tinggi dan mampu menyelidik karya ulama dari Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaydan, ‘Abbas al-‘Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Husayn Haykal. Beliau turut meneliti karya sarjana Barat seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka turut rajin dan selalu bertukar pendapat dengan tokoh-tokoh terkenal di Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Hamka turut aktif dalam gerakan Islam dengan menyertai Kumpulan Muhammadiyah. Beliau menyertai organisasi ini pada tahun 1925 untuk menentang khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan terpilih sebagai konsul Muhammadiyah di Makassar dua tahun kemudian. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah,

menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Ia menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950. Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat Pusat Muhammadiyah. Pada 26 Julai 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali telah melantik Hamka sebagai ketua umu Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau telah meletakkan jawatannya pada tahun 1981 kerana nasihatnya tidak dipedulikan oleh pihak pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 apabila beliau menyertai Partai Politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu usaha menentang penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, Hamka dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Masyumi dan pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Kemudiannya, Masyumi diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjarakan oleh Presiden Sukarno atas tuduhan pro-Malaysia. Semasa di penjara, beliau menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka dilantik sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional Indonesia.

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan untuk beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau dilantik sebagai editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka turut pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Hamka banyak menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid). Antara novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

(3)

sasterawan di Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mohamad Zulfazdlee & Ezad Azraai 2010: 232).

Karya Hamka: Berdasarkan keilmuannya dalam

pelbagai bidang, Hamka telah menulis pelbagai karya, antaranya seperti (http://ms.wikipedia.org/ wiki/Hamka):

 Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).

 Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).

 Kepentingan melakukan tabligh (1929).

 Hikmat Isra' dan Mikraj.

 Arkanul Islam (1932) di Makassar.

 Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.

 Majalah Tentera (4 nombor) (1932), di Makassar.

 Majalah Al-Mahdi (9 nombor) (1932) di Makassar.

 Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) (1934).

 Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.

 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.

 Di Dalam Lembah Kehidupan (1939), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.

 Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.

 Margaretta Gauthier (Terjemahan) (1940).

 Tuan Direktur (1939).

 Dijemput mamaknya,(1939).

 Keadilan Ilahy (1939).

 Tasawuf Moden (1939).

 Falsafah Hidup (1939).

 Lembaga Hidup (1940).

 Lembaga Budi (1940).

 Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).

 Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.

 Negara Islam (1946).

 Islam dan Demokrasi (1946)

 Menunggu Beduk berbunyi, diterbitkan di Bukittinggi (1949)

 Ayahku, diterbitkan di Jakarta (1950).

 Mandi Cahaya di Tanah Suci. (1950).

 Mengembara Dilembah Nyl. (1950).

 Ditepi Sungai Dajlah. (1950).

 Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 hingga tahun 1950.

 Kenangan-kenangan hidup 2.

 Kenangan-kenangan hidup 3.

 Kenangan-kenangan hidup 4.

 Sejarah Umat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.

 Sejarah Umat Islam Jilid 2.

 Sejarah Umat Islam Jilid 3.

 Sejarah Umat Islam Jilid 4.

 Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 (1937); Cetakan ke 2 tahun (1950).

 Pribadi (1950).

 Agama dan perempuan (1939).

 Muhammadiyah melalui 3 zaman diterbitkan di Padang Panjang (1946).

 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat,dibukukan pada tahun 1950).

 Pelajaran Agama Islam (1956).

 Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad (1952).

 Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.

 Empat bulan di Amerika Jilid 2.

 Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.

 Soal jawab 1960,disalin dr karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.

 Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M.Arbie Medan.

 Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang,Jakarta.

 Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.

 Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.

 Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965,Bulan Bintang.

 Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963,Bulan Bintang.

 Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.

 Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).

 Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).

 Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan (1970).

 Studi Islam,diterbitkan oleh Panji Masyarakat (1973).

 Himpunan Khutbah-khutbah.

 Urat Tunggang Pancasila.

 Doa-doa Rasulullah S.A.W (1974).

 Sejarah Islam di Sumatera.

 Bohong di Dunia.

 Muhammadiyah di Minangkabau (1975) (Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).

 Pandangan Hidup Muslim (1960).

 Kedudukan perempuan dalam Islam (1973).

(4)

Buku Sejarah Umat Islam: Buku ini dikarang oleh

Hamka selama 22 tahun bermula dari tahun 1939 hingga 1961. Buku ini menghuraikan sejarah umat Islam bermula dari zaman sebelum kedatangan Islam hingga zaman perkembangan Islam di Alam Melayu. Hamka (2006: 1) menyatakan bahawa buku ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan disebabkan harga kertas ketika buku ini ditulis semakin mahal. Selain itu, kesibukan Hamka dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan Indonesia dengan seruan Islam dan menulis buku-buku lain dalam pelbagai bidang turut melambatkan penerbitan buku Sejarah Umat Islam.

Buku ini dibahagikan kepada empat jilid iaitu jilid pertama, jilid kedua, jilid ketiga dan jilid keempat. Jilid pertama membincangkan keadaan dan suasana di Semenanjung Tanah Arab, bentuk muka bumi, demografi, hasil bumi, amalan dan cara hidup masyarakat ketika zaman Jahiliyyah. Selain itu, jilid ini turut membincangkan suasana di Tanah Arab ketika zaman Rasulullah (s.a.w.) ketika Baginda berada di Makkah dan Madinah (Hamka 2006: 1-2). Jilid kedua pula membincangkan zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin, Banu Umayyah, Banu ‘Abbasiyyah dan kerajaan-kerajaan Islam di Afrika Utara dan al-Andalus. Antara perkara yang dibincangkan seperti gerakan futuhat al-Islamiyyah, peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom dan Parsi, penentangan politik, Perang Salib dan pertembungan antara Islam dan Kristian di Andalus. Justeru, sejarah kerajaan Islam di al-Andalus dibahaskan oleh Hamka dalam jilid kedua (Hamka 2006: 2-3).

Jilid ketiga membincangkan proses perluasan Islam ke wilayah sebelah timur termasuk Parsi, Afghanistan dan India. Antara kerajaan-kerajaan Islam yang pernah wujud di kawasan ini seperti Kerajaan Ghaznawi, Kerajaan Ghuri, Kerajaan Delhi dan Kerajaan Mughal (Hamka 2006: 3-4). Manakala jilid keempat membincangkan sejarah Islam di Alam Melayu. Antara kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang dijadikan topik perbincangan Hamka ialah Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Johor, Demak, Mataram, Bantam di Pulau Jawa serta Ternate di Kepulauan Maluku. Menurut Hamka (2006: 4), jilid keempat ini merupakan jilid yang terberat berbanding ketiga-tiga jilid sebelum itu kerana belum ada sumber sejarah Islam di Nusantara yang ditulis secara tersusun ketika itu. Untuk jilid keempat ini, Hamka banyak menukilkan maklumat daripada beberapa sumber klasik seperi Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai, Tuhfat al-Nafis, Sejarah Cheribon, Babad Gianti dan Hikayat Merong Mahawangsa. Hamka memperoleh bahan melalui pengembaraannya ke seluruh Indonesia, Tanah Melayu, Brunei dan Sarawak. Selain itu, beliau turut memperoleh bahan daripada pemerintah sesebuah negeri kerana bahan-bahan berkaitan sejarah sesuatu negeri disimpan di dalam istana dan kebanyakannya belum dicetak. Antara pemerintah

negeri-negeri Melayu yang memberikan bahan sejarah kepada Hamka ialah Seri Paduka Sultan Siak Seri Inderapura (1940), Sultan Terengganu (1955), Sultan Perak (1958), Aru Mapanyuki Raja Bone (1955), Raja Gowa (1956), Tengku Ahmad Tajuddin Ibni Sultan Kedah dan Sultan Brunei (1960). Selain itu, Hamka turut mendapatkan bahan daripada pihak Belanda dan Inggeris untuk dibuat perbandingan dengan catatan-catatan sejarah yang diperoleh daripada raja-raja Melayu (Hamka, 1980; Mohamad Zulfazdlee & Ezad Azraai 2010: 235).

KERAJAAN ISLAM DI AL-ANDALUS DALAM SEJARAH UMAT ISLAM

Banu Umayyah: Hamka memulakan perbincangan

tentang sejarah kerajaan Islam di al-Andalus dengan peristiwa ‘Abd al-Rahman al-Dakhil melarikan diri daripada ancaman ‘Abbasiyyah ke wilayah tersebut. Beliau, yang dikenali sebagai ‘Sakhar Quraysh’, telah berjaya membentuk sebuah imarah Umawi di Andalus. Bagaimanapun, kemasukan Islam di al-Andalus bermula lebih awal dengan ekspedisi ketenteraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan Tariq b. Ziyad pada tahun 92H/711M.

Hamka telah membahagikan Kerajaan Umawi di al-Andalus kepada tiga era, iaitu (Hamka 2006: 293):

 Era Kerajaan Umawi di al-Andalus menumpahkan taat setia kepada Dimashq, iaitu dari tahun 93-138H. Era ini turut dikenali sebagai ‘asr al-Wulat.

 Era al-Andalus diperintah oleh para amir, yang berpisah ketaatan kepada Kerajaan ‘Abbasiyyah di Baghdad, iaitu dari tahun 138-315H. Era ini dikenali sebagai ‘asr al-Imarah.

 Era al-Andalus diperintah oleh khalifah bermula dari pengisytiharan ‘Abd al-Rahman al-Nasir sebagai khalifah, iaitu dari tahun 315-422H. Era ini dikenali sebagai ‘asr al-Khilafah.

(5)

penentangan daripada penduduk asal al-Andalus (Hamka 2006: 294-6).

Hamka menyifatkan kedatangan ‘Abd al-Rahman al-Dakhil sebagai satu anjakan kepada perubahan yang lebih baik bagi Kerajaan Umawi di Andalus. Bahkan, Hamka turut menyatakan al-Andalus ketika era Umawi berada dalam pencapaian yang teratur dan hebat ketika pemerintahan ‘Abd al-Rahman al-Dakhil, ‘Abd al-al-Rahman al-Awsat dan ‘Abd al-Rahman al-Nasir (Hamka 2006: 297). Ketika pemerintahan ‘Abd al-Rahman al-Nasir, Kerajaan Umawi berada dalam keadaan stabil dan gemilang. Beliau dapat menyelesaikan konflik dan pemberontakan yang berlaku ketika itu. Sepanjang 50 tahun pemerintahannya, beliau telah berupaya mempertahankan kedaulatan kerajaannya sehingga menggerunkan kerajaan-kerajaan Kristian yang bersempadan dengan al-Andalus.

‘Abd al-Rahman al-Nasir mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah dan memakai gelaran Amir al-Mu’minin disebabkan kematian Khalifah ‘Abbasi, al-Muqtadir. Hal ini bagi membuktikan kekuasaan beliau dan kedaulatan Umawi di al-Andalus. Bagaimanapun, 11 orang pemerintah selepas ‘Abd al-Rahman al-Nasir tidak lagi berupaya mempertahankan kerajaan Umawi sehingga ia tumbang ketika pemerintahan Hisham III pada tahun 422H/1031M.

Muluk al-Tawa’if: Hamka membincangkan tentang

kemunculan Muluk al-Tawa’if ketika pemerintahan Umawi semakin lemah dan merosot. Antara kerajaan kecil yang paling awal muncul ketika era Muluk al-Tawa’if ialah Banu Jahwar di Cordova, yang diketuai oleh al-Wazir Abu Muhammad Jahwar b. Muhammad. Kemudian diikuti oleh pelbagai kerajaan kecil lain seperti Banu Hud (Saragossa), Banu ‘Abbad (Sevilla), Banu Ziri (Granada), Banu Hammud (Malaga), Banu Dhu Nun (Toledo) dan ‘Amiriyyah di Valencia.

Hamka menggambarkan era Muluk al-Tawa’if sebagai era kucar-kacir bagi kerajaan Islam di al-Andalus. Kerajaan-kerajaan kecil ini lebih senang untuk bermusuh dan memerangi sama sendiri berbanding menentang ancaman kerajaan Kristian. Konflik perpecahan yang timbul ini menyebabkan kedudukan kerajaan Islam menjadi semakin lemah dan memberi kegembiraan serta kekuatan kepada kerajaan Kristian untuk menguasai kembali al-Andalus (Hamka 2006: 300). Disebabkan itu, pemerintah Banu ‘Abbad, al-Mu‘tamid, telah memohon bantuan daripada Kerajaan al-Murabitun yang berpusat di al-Maghrib untuk menyelesaikan konflik di antara kerajaan-kerajaan kecil ini. Kerajaan Murabitun telah menyeberang ke al-Andalus dan berjaya menghapuskan pergolakan yang tercetus. Malah, al-Mu‘tamid, turut menerima bencana daripada permohonan beliau apabila disingkirkan daripada kekuasaan dan ditawan di al-Maghrib (Hamka 2006: 301).

Setelah itu, wilayah al-Andalus berada dalam pemerintahan kerajaan Islam yang berpusat di al-Maghrib, iaitu al-Murabitun dan al-Muwahiddun. Pada masa yang sama, kerajaan Islam kecil telah muncul, iaitu Kerajaan Nasriyyah, atau dikenali sebagai Banu al-Ahmar di Granada. Menurut Hamka (2006: 301), kerajaan ini berkuasa dari tahun 629-897H/1232-1492M. Kerajaan ini disifatkan berjaya menyemarakkan kembali pencapaian hebat Islam di Andalus ketika pemerintahan Khalifah ‘Abd al-Rahman al-Nasir. Bagaimanapun, pelbagai cabaran yang dihadapi, khususnya daripada tentera Kristian, telah menyebabkan kerajaan ini semakin lemah. Akhirnya, pernyatuan antara Castile dan Aragon melalui perkahwinan Ferdinand dan Isabella telah memberikan kejayaan kepada kuasa Kristian menawan Kerajaan Nasriyyah, satu-satunya kerajaan Islam yang masih wujud di al-Andalus ketika itu, pada tahun 1492M. Setelah penawanan tersebut, kuasa Kristian, seperti Portugis dan Sepanyol, telah melakukan ekspedisi pengembaraan ke luar Eropah dan meneroka dunia baru seperti Amerika dan Asia dengan berbekalkan ilmu peninggalan tamadun Islam al-Andalus (Hamka 2006: 301-2).

KESIMPULAN

Buku Sejarah Umat Islam telah membuktikan penguasaan Hamka dalam bidang sejarah Islam. Perbincangan karya tersebut disusun mengikut kronologi dan zon kawasan tamadun Islam, bermula daripada sejarah awal sebelum Islam di Tanah Arab hingga zaman perkembangan Islam di Nusantara. Hamka menggunakan bahasa Melayu bertujuan agar khalayak pembaca, khususnya masyarakat Melayu, dapat memahami dan mengetahui sejarah Islam. Antara topik perbincangan sejarah Islam dalam karya tersebut ialah kerajaan Islam di al-Andalus. Topik sejarah Islam di al-Andalus bermula dengan penceritaan Kerajaan Banu Umayyah diikuti oleh Muluk al-Tawa’if, al-Murabitun, al-Muwahhidun dan Nasriyyah. Bagaimanapun, sejarah al-Murabitun dan al-Muwahhidun di al-Andalus tidak diperincikan secara panjang lebar kerana kerajaan ini berpusat di al-Maghrib. Namun demikian, catatan Hamka ini boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada para pelajar dan penyelidik, khususnya yang berminat terhadap pengkajian sejarah dan tamadun Islam di al-Andalus.

RUJUKAN

Hamka. 1967. Dari Lembah Tjita-tjita. Jakarta: Bulan Bintang.

Hamka. 1971. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Penerbit Pembimbing Masa.

Hamka. 1979. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Penerbit Yayasan Nurul Iman.

(6)

Hamka. 1990 Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Hamka. 2006. Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Kari m_Amrullah (3/11/2011)

http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka (3/11/2011) http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka (3/11/2011)

Referensi

Dokumen terkait

dengan jumlah sampel adalah 58 orang responden yang memutuskan membeli Indomie. Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahwa Kesadaran Merek, Persepsi Kualitas, Asosiasi

Stadium klinis terbanyak adalah T4bN0Mx yaitu 18 kasus (11%), dimana menurut klasifikasi TNM (AJCC) 2002 tumor digambarkan sebagai berikut: 1) T4b adalah ukuran tumor

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui kesuburan perairan berdasarkan kandungan bahan organik total, nitrat, fosfat dan klorofil-a di Sungai Jajar Kabupaten

Proses pembelajaran menggunakan model pembelajaran numbered heads together yang menarik perhatian siswa dan sesuai materi dapat meningkatkan kualitas pembelajaran

8.8 AFM dan AmBank serta agensi pengiklanan, kreatif, media, digital, reka bentuk dan agensi kreatif Kumpulan AmBank yang lain, tidak akan bertanggungjawab

1) Visual Basic.Net 2008 digunakan untuk pembuatan program ekstraksi data navigation file GPS format RINEX versi 2.10 dan pembuatan program perhitungan posisi satelit

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat