• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYD (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYD (1)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PPPC 6253

TAMADUN ISLAM

TAJUK:

SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN

DISEDIAKAN UNTUK:

FARID BIN MAT ZAIN

DISEDIAKAN OLEH:

ZURIANI BINTI IBHRIM ( P78721 )

FAIZATUL AKMA BINTI AHMAD SAKRI ( P77880 )

(2)

SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN

2015

ZURIANI BINTI IBHRIM

FAIZATUL AKMA BINTI AHMAD SAKRI

ABSTRAK

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji tentang pendekatan falsafah sejarah tamadun Islam yang dibawa oleh Jurji Zaydan di dalam karyanya. Jurji Zaydan beliau bukan sahaja terkenal dalam penulisan sejarah malahan beliau juga turut menulis dan mengkaji dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan novel. Penulis akan mengkaji tentang penulisan yang ditulis oleh Jurji Zaydan

dalam bidang sejarah tamadun Islam serta beberapa karya yang dihasilkannya serta sedikit kritikan yang dibuat oleh sejarawan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah sumber primer dan sekunder. Perkataan tamadun adalah berasal daripada kata terbitan ‘maddana’ yang bererti

‘pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ dan ‘membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran’. Perkataan ‘maddana’ juga membawa pengertian ‘hidup dalam

(3)

PENGENALAN

Kajian ini membantu kita untuk mengetahui siapakah sejarawan yang pertama yang telah menggunakan Perkataan “tamadun” sebagai satu istilah baru dalam dunia persejarahan Islam. Perkataan ini sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian Jurji Zaydan yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterima pakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun

yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau

dari sudut fizikal. Bagaimana pula dengan spiritual? Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun terlebih dahulu.

BIOGRAFI

Siapakah Jurji Zaydan?

(4)

guru-gurunya, disebabkan galakan yang diberi beliau berazam untuk mempelajari pelbagai bahasa lain (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).

Pendidikan beliau terhenti seketika beberapa tahun kerana mahu membantu menguruskan restoran yang dimiliki bapanya, namun Jurji Zaydan tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencari ilmu, pada tahun 1881 beliau meneruskan pencarian ilmunya dengan memasuki sekolah perubatan dan berjaya memperolehi kelulusan dalam bidang Sains dan menyambung pengajian dalam bidang farmasi, namun sekolah perubatan tersebut mempunyai beberapa masalah hingga menyebabkan Jurji Zaydan meninggalkan sekolah tersebut dan berhijrah ke Mesir untuk

meneruskan pengajian (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).

Tujuan asal Jurji Zaydan datang ke Mesir adalah untuk menyempurnakan pengajiannya

dalam bidang perubatan, namun beliau terkejut dengan tempoh masa pengajian yang agak lama dan jumlah yuran yang tinggi di Mesir. Ia telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan mencari pekerjaan di sana untuk meneruskan kehidupan. Beliau bekerja di salah sebuah syarikat akhbar harian selama setahun dan pada tahun 1884 beliau menyertai kumpulan perisikan Britain ke Sudan sebagai penterjemah dalam perundingan kerana beliau mahir dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Di dalam perundingan tersebut beliau memainkan peranan yang cemerlang dan mendapat ganjaran melawat London sebagai hadiah atas khidmatnya. Pada tahun 1885 beliau pulang ke Beirut untuk melawat keluarganya disamping mempelajari Bahasa Ibrani dan Syria (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).

Pada tahun 1886 iaitu ketika umurnya 25 tahun beliau melawat London dan menziarahi pelbagai muzium, universiti dan perpustakaan. Di sana beliau melakukan pemerhatian dan perbandingan di antara tamadun Arab dan tamadun Barat. Apabila beliau pulang ke Mesir, beliau ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan majalah al-Muqtataf sebagai penolong editor selama beberapa tahun, kemudian beliau meletakkan jawatan dan mengajar Bahasa Arab di sebuah sekolah (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).

Pada tahun 1890 Jurji Zaydan menerbitkan buku al-Tarikh al-‘Alam, iaitu buku sejarah dunia yang ringkas dengan memberi tumpuan kepada Timur Tengah. Ia dinamakan sebagai salah satu penulisan pertama yang mengikut sistem sejarah bukan Islam kerana sebelum ini keseluruhan

(5)

syarikat akhbar milik beliau sendiri yang bernama al-Hilal. Pada tahun 1914 beliau meninggal dunia dan meninggalkan begitu banyak penulisan, dalam bidang sejarah dan sastera (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).

Terdapat karya yang dtulis oleh Zaydan selain sejarah tamadun Islam antaranya

penulisan novel yang dihasilkan sebanyak 23 novel yang diterbitkan, banyak kerja-kerja ilmiah

dan majalah diedarkan di Parsi, India, Jepun, Afrika Barat, Zanzibar, Australia, New Zealand,

Hindia Barat, dan Utara dan Selatan Amerika, dia adalah salah seorang penulis-penulis Arab yang

paling prolifik dan terkenal pada masa itu. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam kepada

penduduk Arab umum serta sasterawan seperti Taha Hussein, Naguib Mahfouz dan penyair Fadwa

Tuqan (Stephen Sheehi.1999).

Sejarah

1. 1889: Tarikh al-Masuniya al-'Amm

2. 1890: Tarikh al-'Amm

3. 1899: Tarikh al-Yunan wa al-Ruman

4. 1901–1906: Tarikh al-Tamaddun al-Islami 5 Jilid.

5. 1907: al-'Arab qabl al-Islam

6. 1910–1913: Tarikh Adab al-luga al-'Arabiya 4 vols.

7. 1912: Ṭabaqāt al-umam aw Al-salāʼil al-basharīyah

Autobiografi

1. 1966: Mudakkirat Gurgi Zaydan

Majalah

1. 1892–1914: al-Hilal Novel

(6)

2. 1892: Asir al-Mutamahdi

3. 1893: Istibdad al-Mamalik

4. 1893: Jihad al-Muhibbin

5. 1896: Armansura al-Misriyya

6. 1897/98: Fatat Ghassan

7. 1899: 'Adra Quraish

8. 1900: 17 Ramadan

9. 1901: Ghadat Karbala

10. 1902: al-Hajjaj ibn Yusuf 11. 1903: Fath al-Andalus

12. 1904: Sharl wa 'Abd al-Rahman

13. 1905: Abu Muslim al-Khurasani

14. 1906: al-'Abbasa ukht al-Rashid

15. 1907: al-Amin wa al-Ma'mun

16. 1908: 'Arus Farghana

17. 1909: Ahmad ibn Tulun

18. 1910: 'Abd al-Rahman al-Nasir

19. 1911: al-Inqilab al-'Uthmani

20. 1912: Fatat al-Qairawan

21. 1913: Salah al-Din al-Ayyubi

(7)

FALSAFAH SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN

Definisi Tamadun dari Segi Bahasa dan Istilah

Seperti mana yang kita tahu bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap

tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan pendapat tentang tamadun apabila diikuti definisi yang

telah dikemukakan oleh mereka dalam menerangkan pengertian sebenar tamadun itu. Namun bagi

Jurji Zaydanpada abad ke 19 beliau telah menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya”Tarikh

al-Tamadun al-Islami”. Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam memperkatakan tamadun Islam dan sejarah perkembangannya dan telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Dari segi bahasa tamadun berasal dari perkataan”madinah”yang membawa erti membina, mendirikan bandar, menaikan taraf ke tahap beradab. Jurji Zaidanmenggunakan istilah

tamadun untuk menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur (Chandra Muzaffar, 2001:3).

Ianya juga termasuk bandar-bandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat serta meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan. Istilah ini kemudiannya diterima dan digunakan secara meluas oleh penulis-penulis kerana ia dianggap menyamai maksud istilah Civilization dalam Bahasa Inggeris (Jurji Zaydan, 1967).

Konsep Tamadun yang Didefinisikan

Penulis penulis Arab menggunakan berbagai bagai nama untuk tamadun. Terdapat beberapa istilah tamadun dalam bahasa Arab yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini. Antaranyaa Jurji Zaydan menggunakan istilah tamadun ialah:

a) Al-Hadarah: Membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan

(8)

b) Tamadun: ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandar-bandar Islam serta

terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik

serta nyanyian (Jurji Zaydan, 1967).

Perkataan madaniyyah telah mengambil tempat dalam bidang penulisan dengan memberi

erti yang sama dengan Tamadun maka lahirlah pula kemudiannya perkataan “Tamadun” yang

berakarkan perkataan madaniyyah. Perkataan tamadun lebih cepat berkembang dan popular di kalangan masyarakat. Perkataan Madinah yang bererti bandar dengan pengertian bahawa tamadun itu adalah kebudayaan bandar. Perkataan ini telah digunakan oleh seorang penulis Arab, Jurji Zaydan dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization). Hasil penerbitan Jurji yang berkaitan tamadun Islam telah berjaya dihasilkan hampir

lima jilid yang mana buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Parsi, Turki, Urdu, Perancis dan Inggeris. Ini merupakan suatu hasil karya cemerlang mengenai tamadun Islam dalam bahasa Arab Moden (Abdul Jabbar, t.th: 42). Disebalik keseluruhannya, terdapat beberapa bahagian penting dari Tarikh al-Tamadun al-Islami sekarang menjadi ketinggalan zaman dan memerlukan penulisan semula atau penyemakan kembali. Meskipun kajian keislaman berkembang begitu giat sekali dalam beberapa dekad kebelakangan ini, namun buku Zaydan tetap popular sebagai buktinya terdapat banyak jumlah edisi-edisi baru dari buku tersebut (Ibid).

Buku ini juga telah dapat menonjolkan pengertian sebenar yang dibayangkan oleh perkataan ketamadunan manusia seperti yang dikehendaki. Jurji seorang yang mahir dalam sumber-sumber sejarah dan suratan Arab Klasik dan juga berdamping rapat dengan hasil karya penulis-penulis moden Eropah tentang tamadun (Jurji Zaydan, 1967). Hasil karyanya dalam tamadun mendapat taraf cemerlang kerana konsep tamadun modennya adalah lebih baik dari kebanyakan penulis-penulis Arab (Jurji Zaydan, 1967).

(9)

(civilization) dalam pemikiran orang-orang Arab dengan menganalisa kandungan buku-buku Arab mengenai tamaddun, hadarah dah lain-lain. Jurji Zaydan berpendapat bahawa sejarah hakiki bagi umat Islam tertera dalam tamadunnya dan kehidupan menetap (Hadarah), dan tidak dalam siri peperangan dan penaklukannya (Jurji Zaydan, 1967).

Seterusnya Jurji Zaydan merasai ketandusan dalam mengkaji siri peperangan penaklukan yang dilancarkan oleh tentera Muslim Arab di zaman awalnya. Sejarah awal Islam ialah, sebenarnya, sejarah keperwiraan Arab sebuah kuasa penakluk yang menguasai ke atas bangsa-bangsa dan qabalah-qabilah, dan meletakkan mereka di bawah pemerintahan khilafah. Jurji Zaydan menghargai sejarah tamadun (Tarikh al-Tamaddun) dari sejarah politik. Di sebaliknya,

peperangan –peperangan penaklukan itu amat bermakna bagi keruntuhan tamadun-tamadun lama dan kelahiran tamadun baru. Sebagai yang diungkap dengan tepat oleh Bertran Russell penaklukan melalui kekuatan senjata itu memberi lebih sumbangan terhadap penyebaran tamadun dari mana-mana satu agensi lain (Bertran Russell, 1975: 28).

Apa yang jelas kita melihat bahawa Jurji Zaydan menggunakan tema tamadun Arab/Islam sebagai tema yang berbahasa Arab. Beliau dalam kajiannya di dalam Sejarah Tamadun Islam (Tarikh al-Tamaddun al-Islami) menumpukan kepada subjek-subjek berikut:-

i) Negara Islam dan kerajaan (termasuk sistem pentadbiran).

ii) Bandar-bandar Islam termasuk Basrah, Kufah Fustat dan Baghdad. iii) Susun lapis masyarakat (Nizam al-Ijtima’wa tabaqat al-nas). iv) Sains dan pengetahuan Arab (Ulum al-Arab).

v) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dan seni bina Islam terutamanya muzik (muziqa) dan nyanyian (ghina).

Menurut Jurji Zaydan ciri-ciri tamadun Islam yang berjaya boleh diukur dan dapat dilihat dari aspek system pentadbiran yang cekap oleh pemerintah yang mempunyai negara dan politik yang

(10)

berpaksikan kepada ciri-ciri Rabaniyyah (Ketuhanan), Insaniyyah (Kemanusiaan), Dunyawiyyah (Keduniaan), dan Syumuliyyah (keseluruhan) (Jurji Zaydan, t.th: 288-289).

Perbezaan beliau dengan sejarawan Ilmuan Arab lain iaitu Hasan Husni Abdul Wahab menghasilkan sebuah buku Arab yang berjudul tamadun Islam di Ifriqiyyah (Turnisia) (Abdul Wahab, 1965:65). Terdapat dua jilid dan ia mencakupi

i) Bandar-bandar Islam, seumpama Qayrawan, Abbasiyyah, Raqqabah dan Susah. ii) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dengan penumpuan khusus kepada

masjid-masjid, Ribat dan lain-lain.

iii) Kehidupan ekonomi, terutama perniagaan dan perusahaan (Tijarah wa l-sinaáh). iv) Susunan etnik penduduk kota (sukkan al-mudun) i,e susun lapis masyarakat (social

stratification).

v) Sains dan Pendidikan (dengan penumpuan khusus kepada astronomi, perubatan dan lain-lain bidang pengajian Islam).

vi) Seni Islam (seumpama muzik, nyanyian dan senilukis) (Abdul Jabbar, t.th: 47).

KRITIKAN TERHADAP PENULISAN JURJI ZAYDAN

Di sebalik kecemerlangan Jurji Zaydan menggarap perbahasan tentang sejarah tamadun Islam yang kini menjadi asas kepada perbincangan dalam tamadun Islam, beliau juga sama seperti tokoh-tokoh lain yang tidak terlepas dari kritikan dalam penulisannya. Tambahan pula beliau merupakan tokoh bukan Islam pertama yang menghasilkan tulisan berkaitan sejarah tamadun Islam menjadikan suatu fenomena baru yang melanda Tanah Arab ketika itu. Beberapa tokoh yang mengkritik Jurji Zaydan telah muncul dari pelbagai negara, antaranya ialah:

a) Kritikan dari Syeikh Shibli Nu’man

Beliau lahir pada 1857 dan meninggal pada 1914, beliau melakukan kritikan dan diterbitkan di sebuah majalah yang bernama al-Manar. Beliau telah memulakan kritikan beliau terhadap Jurji Zaydan dengan permohonan maaf terhadap penulis kitab Tarikh Tamadun al-Islam itu dan

(11)

sebarang salah faham berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa pada pandangan beliau Jurji Zaydan adalah seorang penulis yang telah menyeleweng dan memalsukan fakta serta melakukan pengkhianatan dalam penulisan sejarah Islam. Di samping itu beliau juga mengkritik pandangan dan pendapat yang diutarakan oleh Jurji Zaydan dalam penulisan sejarah dan tamadun Islam. Beliau telah membahagikan pemerintahan awal Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad ialah

Khulafa’ al-Rasyidin, di ikuti oleh Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Namun Jurji Zaydan hanya memuji pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dan Bani Abbasiyah sahaja serta menyatakan bahawa hanya 2 kerajaan tersebut yang memiliki pemerintahan bercirikan Islam. (Mahmood al-Sawi, 2000: 120)

b) Kritikan dari Rasyid Ridha

Beliau lahir pada tahun 1865 dan meninggal pada tahun 1935, kritikan beliau sedikit berbeza kerana ia dilihat lebih lembut. Ini kerana beliau memulakan kritikannya dengan ucapan terima kasih kepada Jurji Zaydan atas penulisan yang baik, ia telah dicetak dan dibaca oleh ramai pembaca tambahan pula sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Rasyid Ridha berpandangan bahawa medan penulisan merupakan medan yang luas dan penulis pula bebas dalam mengutarakan pandangan dan pendapat mengikut pengkajian masing-masing, namun pada beliau Jurji Zaydan sebenarnya belum cukup persediaan untuk menulis terutamanya dalam bidang sejarah Islam. Ini kerana Jurji Zaydan tidak mengambil ilmu sejarah daripada ahlinya dan tidak mengetahui sejarah dari asal usulnya. Jurji Zaydan mungkin hanya membaca sebahagian buku-buku sejarah yang masyhur sahaja lalu beliau merasakan perlunya beliau menulis mengikut pandangannya sendiri.

(12)

c) Kritikan dari Syauqi Abu Khali

Beliau merupakan tokoh kontemporari yang lahir pada tahun 1941 dan meninggal pada tahun 2010 turut mengkritik Jurji Zaydan dalam bukunya yang bertajuk Jurji Zaydan Fi al-Mizan. Beliau menyatakan bahawa Jurji Zaydan mengkaji sejarah dan tamadun Arab adalah untuk melakukan pemalsuan dan kerosakan terhadapnya serta tulisan-tulisan Jurji Zaydan telah merosakkan minda pemuda-pemuda Arab. Beliau juga mengkritik beberapa tokoh lain yang mengkagumi Jurji Zaydan seperti Taha Hussein dan Muhammad Husain Haekal. Beliau mendakwa penulisan Jurji Zaydan terutama dalam bidang sejarah telah jauh daripada metodologi pengkajian sejarah dan

tidak melakukan penelitian dan penyelidikan (Syauqi Abu Khalil, 1983: 15)

KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa istilah tamadun yang di bawa dan ditulis oleh Jurji Zaydan di dalam kitabnya Tarikh al-Tamaddun al Islami telah diterima dan digunakan secara meluas oleh penulis-penulis muktahir kerana ianya dianggap dapat menyamai maksud istilah civilization dalam Bahasa Inggeris. Sebelum Istilah tamadun digunakan secara meluas, terdapat beberapa istilah yang digunakan oleh pengarang-pengarang Arab. Antara istilah yang digunakan oleh mereka seperti al-Madaniyyah, al-Umran dan al-Hadarah. Di antara istilah-istilah ini, al-madaniyyah dianggap

(13)
(14)

RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Latif Muda. 1983. Pemikiran Islam Menghadapi Cabaran: Satu kajian

Tentang Pemikiran Malek Bennabi. Kuala Lumpur: Angkatan Belia IslamMalaysia.

Abdul Rahman. 1993. Waqfah Ma’a Jurji Zaydan. Riyadh: Maktabah al-‘Abikah.

Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. (ed). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Qardhawi, Yusuf. 1992. Wawasan Islam: Antara Keaslian dan Kemodenan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Bertran Russell. 1975. Power: A New Social Analysis. London

Chandra Muzaffar et.al. 2001. “Pengenalan Ilmu Ketamadunan” dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Cachia, Pierre. 2004. "Literature: Arabic." Encyclopedia of the Modern Middle East and North Africa. 2nd ed. Vol. 3. New York: Macmillan

H.H. Abdul Wahab. 1965. Waraqat. Tunis

Ibrahim Abu Shah, Prof. Dr., Lelawati Abdul Hamid, Mohd Asri Abdullah. 1977. Kecemerlangan Tamadun Islam: Dalam Menghadapi Cabaran Abad Ke-15 Hijrah/21 Masihi. (et.al.). Shah Alam: Biroteks ITM.

Jurji Zaydan. 1968. Tarikh Tamaddun al-Islami. 1: 2 Cairo: Reprint of 1902-06 ed.

Jurji Zaydan. 1967. Tarikh Tamaddun al-Islami. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah

Jurji Zaydan. T,th. Tarikh Tamaddun al-Islami. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah

Mahayudin Haji Yahya. 1986. Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini.Selangor: Penerbit Nadhi.

M.A.J. Beg, 1980. Islamic And Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(15)

Mahmood al-Sawi. 2000. Kitabat Jurji Zaydan Wa Dirasah Tahliliah Fi Dhu’ al-Islam. Al-Azhar: Dar al-Hidayah.

Mustafa Haji Daud. 1992. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Muhammad Abdul Ghani Hasan. 1970. A’lam al-‘Arab Jurji Zaydan. Kaherah: Hay’ah Misriyah.

Muhammad Abdul Jabbar. T.th. Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Philipp, Thomas, and Jirji Zaydan.1979. Gurgi Zaidan: His Life and Thought. Beirut: Orient- Institut

Stephen Sheehi.1999. Doubleness and Duality: Jurji Zaydan’s Al-Mamluk al-Sharid and Allegories of Becoming .Index Islamicus: Journal of Arabic Literature.

Syauqi Abu Khalil. 1983. Jurji Zaydan Fi al-Mizan. Damsyik: Dar al-Fikr.

Syibli al-Nu’mani. 1912. Al-Intiqad Kitab al-Tamaddun. India: Maktabah Hind.

Referensi

Dokumen terkait

1.2 Mengambil ibrah dari misi Nabi Muhammad SAW dalam membangun masyarakat melalui kegiatan ekonomi dan perdagangan untuk masa kini dan yang akan datang5. Dalam mempelajari

Pilih kenyataan yang tepat men Akidah adalah asas kepada pembinaan Tamadun Islam?. Pilih kenyataan yang tepat men

Abstrak: Al-Andalus merupakan antara wilayah terpenting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam disebabkan pernah menjadi tapak pelbagai kerajaan Islam dalam tempoh

TUGAS MATA KULIAH SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM NAMA : Farkha Nadya Nukha NIM : 223862085266 Soal : Sebutkan 3 tantangan di era pembaharuan pendidikan islam masa kini dan solusinya supaya

Soal Asesmen Sumatif Akhir Semester (ASAS) Genap SKI (Sejarah Kebudayaan Islam) Kelas 4

Soal Asesmen Sumatif Akhir Semester (ASAS) Genap SKI (Sejarah Kebudayaan Islam) Kelas 5

Soal Asesmen Sumatif Akhir Semester (ASAS) Genap SKI (Sejarah Kebudayaan Islam) Kelas 6

Soal Asesmen Sumatif Akhir Semester (ASAS) Ganjil SKI (Sejarah Kebudayaan Islam) Kelas 6