• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN EMPAT - BAHAGIAN TAMADUN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN EMPAT - BAHAGIAN TAMADUN ISLAM"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

TINGGI (KBAT) DALAM KURIKULUM

SEJARAH TINGKATAN EMPAT -

BAHAGIAN TAMADUN ISLAM

Abu Hanifah Haris, PhD

Jabatan Sejarah

Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

Simposium Janji Sejarah: Asas Berfikiran Aras Tinggi

22 Januari 2015

(2)

• Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah -

sering jadi perbincangan ahli akademik dan masyarakat.

• Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah -

dianggap masih konservatif, pasif dan gagal

mewujudkan suasana yang ‘menarik’

• Kesan - memberikan pengaruh negatif kepada pelajar.

• Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah

- menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah tidak

dapat dicapai sepenuhnya.

• Oleh itu, pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik

darjah - memerlukan satu bentuk transformasi baru

(3)
(4)
(5)
(6)

5

6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing pada peringkat global

Kemahiran

memimpin

Identiti nasional

Kemahiran

dwibahasa

Etika dan

Kerohanian

Kemahiran

berfikir

Pengetahuan

6 ciri utama setiap murid perlu ada untuk bersaing

pada peringkat global :

(7)
(8)
(9)
(10)
(11)

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

KBAT KBAR

(12)

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan

untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran

dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi

bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

(13)

Dari Sudut Pandangan JPN/PPD/Guru KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MENAAKUL TEKNIK MENYOAL KREATIVITI INKUIRI PENYELESAIAN MASALAH 12

(14)

BAGAIMANA HENDAK MENGAJAR KBAT? Tingkatkan Soalan Aras Tinggi Pembelajaran Berasaskan Projek Menggunakan Alat Berfikir Aktiviti Penyelesaian Masalah Teknik Menyoal Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks Dari Sudut Pandangan JPN/PPD/Guru

(15)
(16)

KEMAHIRAN

PENERANGAN

Mengaplikasi

• Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai

dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu

perkara.

Menganalisis

• Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk

memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait

antara bahagian berkenaan.

Menilai

• Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan

pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta

memberi justifikasi.

Mencipta

• Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang

kreatif dan inovatif.

(17)

Aras

KBAT KBAT Maksud

Contoh Kata Kunci

(M/P: Sejarah) Hasil Pembelajaran dalam HSP

3 Mengaplikasi

Mengaplikasi pengetahuan kepada situasi dan

pengalaman baharu  Menjelaskan dengan contoh  Merekod

 Menjelaskan dengan contoh penentangan masyarakat Arab terhadap penyebaran Islam di Makah  Mengklasifikasikan sumbangan setiap

tamadun

4 Menganalisis

Pecahkan kepada

bahagian yang lebih kecil untuk memeriksa lebih mendalam dan memahami perhubungannya

 Membuat kajian

 Mencirikan

 Menganalisis implikasi perang dunia terhadap keamanan dan kesejahteraan sejagat

 Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa

(18)

Aras

KBAT KBAT Maksud

Contoh Kata Kunci

(M/P: Sejarah) Hasil Pembelajaran dalam HSP

5 Menilai Membuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulan  Mewajarkan  Membahas  Mengkritik  Menguji  Membuat andaian

 Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara  Membahaskan teori kedatangan Islam

ke Asia Tenggara melalui perdagangan  Menjustifikasikan pendapat Barat yang

menyatakan bahawa imperialisme sebagai beban orang putih dan tugas menyebarkan tamadun

 Menilai kesan dasar eknomi British terhadap bandar lama

 Merumus sikap sanggup menerima perubahan ke arah kemajuan

6 Mencipta Gabungan maklumat untuk mencipta sesuatu yang baharu  Mengkonsepsikan  Menggabungkan  Membuat gambaran mental  Membuat hipotesis

 Mengupas prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai ideologi ke arah perpaduan

 Menghubungkaitkan kesan Perang Dingin terhadap rantau Asia Tenggara  Membincangkan tanggungjawab murid

dalam merealisasikan Wawasan 2020  Merasionalkan perlembagaan

memperuntukan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan

(19)
(20)

APLIKASI KBAT DALAM KURIKULUM

SEJARAH TINGKATAN EMPAT

(21)

• Tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya)

merupakan salah satu tema yang penting dan mempunyai

banyak bab dalam kurikulum Sejarah Tingkatan Empat.

• Terdapat 5 bab yang berkaitan dengan Tema 8 dalam

kurikulum Sejarah Tingkatan Empat:

1.

Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di

Makkah (Bab 4)

2.

Kerajaan Islam di Madinah (Bab 5)

3.

Pembentukan Kerajaan Islam dan Pengukuhannya (Bab 6)

4.

Islam di Asia Tenggara (Bab 7)

5.

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum

Kedatangan Barat (Bab 8)

.

(22)

• Guru boleh mengajar KBAT kepada para pelajar dengan

menggunakan gambar berkaitan dengan kemunculan

Tamadun Islam di Makkah.

• (Contoh = Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan

Perkembangannya di Makkah).

• Guru boleh meminta pelajar mencari gambar Kaabah

khususnya gambar lama sebelum abad ke-20 (melalui

internet, buku, artikel, majalah atau akhbar lama).

• Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis

terhadap persekitaran dan maksud yang terdapat dalam

gambar tersebut.

(23)

• Berdasarkan gambar Kaabah

tersebut, guru boleh bertanya

soalan-soalan seperti berikut:

1. Apakah yang dipaparkan oleh

gambar tersebut?

2. Apakah peristiwa yang

melibatkan Nabi Muhammad

SAW di Kaabah sebelum

kedatangan Islam?

3. Pada pendapat anda,

kenapakah Kaabah penting

(24)

• Guru boleh meminta pelajar menggunakan lawan web

berkaitan peta yang boleh diakses secara percuma di

internet seperti Google Maps dan mencari peta Makkah

dan Madinah.

• Guru kemudian meminta pelajar mengukur jarak perjalanan

antara Makkah dengan Madinah dalam peristiwa

penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari

Makkah ke Madinah

• (Contoh = Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam dan

Sumbangannya).

• Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis

terhadap kandungan peta tersebut.

(25)

• Berdasarkan peta tersebut,

guru boleh bertanya

soalan-soalan seperti berikut:

1.

Apakah yang cuba

ditunjukkan oleh peta

tersebut?

2.

Bandingkah jarak perjalanan

antara Makkah dan Madinah

antara dua laluan tersebut

dan tempoh perjalanan

antara dua laluan tersebut.

3.

Pada pendapat anda,

apakah kepentingan

peristiwa Hijrah kepada

perkembangan Islam?

(26)

• Guru boleh membekalkan salinan petikan manuskrip Melayu

seperti Sulalatus Salatin kepada para pelajar bagi

mendedahkan para pelajar kepada teori kedatangan Islam ke

Alam Melayu.

• (Contoh = Bab 7: Islam di Asia Tenggara).

• Guru kemudian meminta para pelajar meneliti dan mengkaji

petikan manuskrip Sulalatus Salatin bagi mengetahui

perkaitan antara manuskrip tersebut dengan teori

kedatangan Islam ke Alam Melayu.

• Guru seterusnya meminta pelajar membuat analisis terhadap

kandungan peta tersebut.

(27)

• Berdasarkan petikan

manuskrip tersebut, guru

boleh bertanya soalan-soalan

seperti berikut:

1.

Apakah yang terkandung

dalam petikan manuskrip

tersebut?

2.

Mengapakah Syed Abdul

Aziz datang ke Melaka?

3.

Pada pendapat anda,

mengapakah penduduk

Melaka mudah menerima

Islam?

“...Setelah hari pun Asarlah, maka

datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta

ia datang berlabuhlah; maka urunlah

makhdum dari dalam kapal itu, Syed abdul

Aziz namanya, lalu ia sembahyang di

pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala

orang Melaka melihat dia. Maka kata

segala orang itu,

‘Mengapa orang itu

tunggang-tunggik?’.

Maka

berebutlah

orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada

bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya

sampai ke dalam”.

A.

Samad

Ahmad

(peny.)

(2010).

Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.,

hlm. 73.

(28)

• Guru mencari beberapa keratan akhbar lama yang boleh

dijadikan Alat Bantu Mengajar (ABM).

• Guru boleh memberikan salinan keratan akhbar Berita

Harian (13 Julai 1966, hlm. 5) bertajuk

“Peranan Islam di

Nusantara” kepada pelajar untuk mengajar berkenaan

dengan kesan kedatangan Islam di Tanah Melayu sebelum

kedatangan penjajah Barat.

• (Contoh = Bab 8: Pembaharuan dan Pengaruh Islam di

Malaysia Sebelum Kedatangan Barat).

• Guru seterusnya meminta pelajar mengaitkan keratan akhbar

tersebut dengan apa yang akan mereka pelajari.

(29)

• Berdasarkan petikan akhbar

tersebut, guru boleh bertanya

soalan-soalan seperti berikut:

1.

Apakah yang terkandung

dalam keratan akhbar

tersebut?

2.

Siapakah tokoh yang akan

menyampaikan ceramah

berkenaan “Peranan Islam di

Nusantara”?.

3.

Pada pendapat anda, sejauh

manakah pengaruh Islam dapat

dilihat sistem pendidikan

(30)

CONTOH SOALAN KBAT DALAM

KURIKULUM SEJARAH TINGKATAN

(31)

Soalan Objektif

1. Pemimpin-pemimpin Quraisy di Makkah menentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW secara berterusan. Apakah kesan tindakan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW (KBAT

membuat inferens)

A Penghijrahan ke Habsyah B Penyebaran Islam tersekat C Pengikut baginda bertambah D Perjanjian damai ditandatangani

Soalan Struktur

1 (e) Nyatakan kesan amalan sistem kabilah dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah (KBAT -

membuat inferens)

i._____________________________________________________________________ [1 markah]

Soalan Esei

1 (c) Pada pendapat anda, mengapakah perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul dianggap sebagai rahmat kepada masyarakat Arab Jahiliah khususnya dan masyarakat dunia amnya? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN

PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

(32)

Soalan Objektif

1. Perjanjian Aqabah Pertama ditandatangani pada tahun 621 Masihi. Apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada perjanjian tersebut? (KBAT – membuat interpretasi)

A Taat setia B Tolak ansur C Rendah diri D Hemah tinggi

Soalan Struktur

1. (e) Sebagai seorang pelajar, nyatakan konsep ‘hijrah’ yang boleh anda amalkan dalam kehidupan anda? (KBAT – membuat interpretasi)

i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan Esei

1 (c) Pada pendapat anda, mengapakah pembukaan semul kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW dianggap penting kepada dunia Islam? (KBAT – menjana idea) [8 markah]

(33)

Soalan Objektif

1. Sistem Syura digunakan dalam pelantikan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Apakah kebaikan sistem tersebut? (KBAT – menilai)

A Mengekalkan amalan demokrasi

B Mengekalkan budaya masyarakat Arab C Menjamin sokongan golongan bukan Islam D menjamin pelantikan pemimpin berkelayakan

Soalan Struktur

1. (e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan proses syura dan baiah dalam sistem pelantikan khalifah? (KBAT - menjana idea)

i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan Esei

1 (c) Khalifah Ali bin Abu Talib menghentikan Perang SIffin apabila pihak lawan mengangkat al-Quran. Apakah nilai yang ditunjukkan oleh Khalifah Ali dalam Peristiwa tersebut (KBAT

membuat interpretasi) [4 markah]

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN

PENGUKUHANNYA

(34)

Soalan Objektif

1. Menurut catatan China, perkampungan Ta-Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kewujudan perkampungan tersebut? (KBAT – membuat kesimpulan)

A Perpaduan penduduk Islam

B Penubuhan sebuah kerajaan Islam

C Peranan pedagang dalam menyebarkan Islam D Perkembangan pusat pendidikan Islam

Soalan Struktur

1 (e) Pada pendapat anda, mengapakah para sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara dibawa oleh pedagang Islam? (KBAT – menjana idea)

i._____________________________________________________________________ [1 markah]

Soalan Esei

1 (c) Pada pendapat anda, apakah kesitimewaan Islam yang menyebabkan ramai orang yang tertarik dengannya? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

(35)

Soalan Objektif

1. Senarai berikut merupakan undang-undang yang dilaksanakan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat (Undang-undang Perak/Undang-undang Kedah/Undang-undang

Pahang). Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut? (KBAT – membuat inferens). A Menyatupadukan rakyat

B Melicinkan sistem pentadbiran C meningkatkan sistem pendidikan D Mengekalkan adat istiadat rakyat

Soalan Struktur

1. (d) Apakah nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu menerusi majlis berunsur Islam yang diadakan? (KBAT – membuat interpretasi)

i._______________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________________ [2 markah]

Soalan Esei

1 (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sistem perundangan dalam masyarakat Melayu tradisional? (KBAT – menjana idea) [6 markah]

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI

MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

(36)

JADILAH SESIAPA SAJA

A. Aziz Deraman (2002)

Jadi penulis, bergelar sasterawan, merakam adab,

Jadi pencatat zaman, semua seniman berfikir hebat,

Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan

kurang ajar

,

Jadi pendidik, tugasan guru di tanganmu, lahir

pemimpin besar

,

Jadi pelatih, jangan tahu maki herdik, oleh letih lesu nafsu marah,

Jadi pensyarah tahu kaedah, sedar insaf akan ilmu

yang parah

,

Jadi perancang, di situ berfikir, selok belok ekonomi rakyat,

Jadi peguam, fasih lidahmu, kelak kebenaran hukum terletak,

Jadi komander, kau kawal pesawat, para penumpang terselamat,

Jadilah siapa saja, ikut keupayaan kebolehan diri,

Jadi pemimpin, tanggungjawab membangun pertiwi

.

(37)

TIDAK MUNGKIN ANDA TERTAKDIRKAN

MENJADI GURU OLEH ALLAH SWT

MELAINKAN ANDA MEMPUNYAI SESUATU

ASET ATAU KELEBIHAN YANG

TERSENDIRI SAMA ADA SECARA SEDAR

ATAU TIDAK ……

HANYA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA

YANG DITAKDIRKAN MENJADI GURU

(38)

SEKIAN

Referensi

Dokumen terkait

Itulah sebabnya di era modern ini dibutuhkan rekonstruksi pemahaman konsep qath’i dan zhanni yang lebih inovatif dalam rangka pengembangan hukum islam agar sesuai

pengertian sistem informasi prototype digunakan untuk membantu sistem desain yang akan dibangun sistem informasi secara intitusi dan mudah diubah untuk end user, prototipe

Berdasarkan hasil yang didapat, maka assessment berbasis problem solving pada materi pokok kelarutan dan hasilkali kelarutan (Ksp) yang dikembangkan

Lebih lanjut, upaya dan program penanggulangan kemiskinan dilakukan pemerintah pusat dan daerah, seperti yang dituangkan dalam lima pilar penanggulangan kemiskinan

Berdasarkan hasil yang diperoleh bahwa jumlah pemesanan produk susu dan rasanya yang optimal untuk susu indomilk dengan rasa coklat 10 pack, susu indomilk dengan rasa

Lithos filling machine adalah suatu mesin yang digunakan untuk pengisian pelumas ke dalam lithos (botol kemasan plastik ) yang menggunakan

Selain serat dan kadar air yang tinggi, kandungan vitamin C dalam bengkuang yang berfungsi sebagai antioksidan juga dapat membantu dalam proses penurunan kadar kolesterol dalam