• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN BUKU MULUK AL TAWAIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ULASAN BUKU MULUK AL TAWAIF"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad

TAJUK :

Sejarah Muluk al-Tawa’if

NAMA PENSYARAH: Prof. Madya Dr. Roziah Sidik

NAMAPELAJAR :

ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN P80012

(2)

ULASAN BUKU/ BOOK REVIEW SEJARAH MULUK AL-TAWA’IF

Pengenalan

Perbahasan mengenai kajian sejarah Islam di Andalus telah banyak dihasilkan oleh para pengkaji sejarah Islam dan barat. Kehebatan umat Islam di Andalus khususnya dalam pencapaian dan penguasaan bidang ilmu secara tidak langsung telah menarik minat para pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik sejarah tentang Andalus secara lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, perbahasan mengenai sejarah Islam di Andalus tidak hanya berkisar tentang pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu sahaja, namun, perbahasan turut meliputi bidang politik dan pemerintahan umat Islam di Andalus. Kestabilan politik di Andalus sudah tentu memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat Andalus yang memiliki penguasaan yang hebat dalam bidang ilmu pengetahuan.

Pada umumnya, Andalus telah diperintah oleh beberapa buah kerajaan, bermula sejak kemasukan orang-orang Islam di Andalus pada tahun 92H/ 711M hingga kejatuhan mereka pada tahun 897H/ 1496M. Tempoh yang memakan masa lapan ratus tahun itu, melalui pelbagai cabaran dalam sistem politik di Andalus (Bashir Hassan, 2014).

Berdasarkan sejarah, terdapat enam kerajaan yang memerintah Andalus dengan sistem atau corak pemerintahan yang berbeza. Pada peringkat pertama Andalus diletakkan di bawah pemerintah pusat Daulah Umawiyyah yang berpusat di Damsyik, kemudian, setelah kejatuhan Daulah Umawiyyah, Andalus diperintah oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang menjadikan Andalus sebagai sebuah jajahan yang diperintah oleh Bani Umayyah.

(3)

yang memerintah sebelumnya, menyebabkan orang-orang Islam hanya mampu mempertahankan satu jajahan sahaja di Andalus, iaitu Granada yang dipimpin oleh kerajaan Bani Ahmar yang merupakan kerajaan Islam terakhir di Andalus sebelum kejatuhannya pada tahun 897H/ 1496M (Mahayuddin, 1990).

Walau bagaimanapun, kertas kerja ini bertujuan meninjau perbahasan para pengkaji sejarah mengenai Muluk al-Tawaif atau kerajaan-kerajaan kecil iaitu salah satu daripada sistem pemerintahan di Andalus. Tinjauan tertumpu kepada buku-buku, artikel dan jurnal yang dihasilkan berkenaan tajuk Muluk al-Tawaif.

Penulis membahagikan tinjauan ini kepada sepuluh buku dalam bahasa Arab, sepuluh buku juga dalam bahasa Inggeris dan sepuluh artikel jurnal berkaitan tajuk Muluk al-Tawaif.

Bagi tujuan itu, penulis juga menyusun buku-buku tersebut mengikut tahun penerbitan, ini bertujuan memperlihatkan perkembangan perbahasan tajuk ini dalam kalangan para pengkaji sejarah.

TAHUN 1962

Tarikh Muslimin wa Atharihim fil Andalus min Fath Arabi Hatta Suqut al-Khilafah bil Qurtubah oleh Abd. al-Aziz Salim. 1962. Bayrut: Dar al-Ma’arif.

Penulis buku ini Abd. al-Aziz Salim telah mengemukakan suatu topik perbincangan mengenai sejarah umat Islam di Andalus sejak dari pembukaan sehingga kejatuhan, iaitu bermula daripada pemerintahan gabenor di Andalus sehingga pemerintahan kerajaan Bani Nasriyyah di Granada. Namun, penulis hanya memberi penekanan dari sudut kesan peninggalan orang Islam di Andalus termasuk bangunan-bangunan bersejarah seperti istana dan masjid. Pada akhir buku ini, penulis telah melampirkan gambar-gambar bangunan istana dan masjid peninggalan orang Islam di Andalus.

(4)

tolak dari sinilah, penulis membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam. Hal ini, dibuktikan oleh kenyataan penulis sendiri dalam mukadimah buku ini;

Peninggalan orang Islam di Andalus terlalu banyak dan ianya terlalu berharga bagi umat ini. Justeru itu, setiap generasi Islam tidak sepatutnya melupai sejarah penting ini”.

Bagi mencapai maksud ini, penulis telah mengemukakan 8 fasal dalam buku ini. Fasal pertama membincangkan tentang pembukaan Afrika Utara oleh orang-orang Islam. Menurut penulis pembukaan Afrika Utara adalah penting, kerana melaluinya, pembukaan Andalus dicapai.

Fasal yang kedua, membincangkan tentang pembukaan Andalus. Perbincangan mengenai pembukaan Andalus, dibahagikan kepada empat perbahasan. Pertama, perbahasan mengenai Andalus sebelum kedatangan Islam. Kedua, perbahasaan mengenai kedatangan tentera Islam yang diketuai oleh Tariq bin Ziyad. Ketiga, peranan Musa bin Nusair sebagai gabenor pertama di Andalus dan keempat, peranan Abd. al-Aziz bin Musa iaitu anak kepada Musa bin Nusair sebagai pelengkap kepada pendudukkan Islam di Andalus.

Fasal yang ketiga, penulis menyatakan tentang latarbelakang masyarakat Islam di Andalus yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Orang Islam terdiri daripada bangsa Arab, Barbar, al-Muwaladdun iaitu orang-orang Andalus yang memeluk Islam. Manakala orang bukan Islam terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian. Fasal yang keempat dan kelima, penulis membincangkan pula tentang era pemerintahan Bani Umayyah di Andalus. Penceritaan ini diikuti perbahasan mengenai pemimpin-pemimpin Andalus, iaitu Abd. al-Rahman al-Dakhil dan polisi pemerintahannya serta kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh pemerintahan Bani Umayyah di Andalus.

(5)

Bani Umayyah terutama khalifah yang terakhir yang dilihat gagal menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi mereka. Dua faktor inilah menurut penulis, menjadi punca kepada pembentukkan kerajaan-kerajaan kecil di Andalus, disamping kewujudan faktor-faktor lain.

Walaupun, politik Andalus tidak stabil, tetapi aktiviti keilmuan dan keintlektualan masih bergerak dengan baik. Pada fasal kelapan, penulis mula membincangkan tentang pembinaan Masjid Jami’ Cordova, Jami’ Umar Addas di Sevilla, Masjid Toledo dan yang lebih menarik ialah pembinaan tandas di Cordova. Dua buah tandas dibina di Cordova, satunya di tempat yang dikenali dengan nama Calle del Bano dan satu lagi di kawasan yang dikenali dengan nama Las Comedias iaitu berhampiran Masjid Jami’ Cordova. Pembinaan tandas menurut penulis adalah salah satu daripada ketinggian tamadun masyarakat Islam di Andalus, kerana masyarakat barat khususnya pada ketika itu tidak lagi membina tandas.

(6)

TAHUN 1969

Muhammad Abdullah Inan. 1969. Duwal Tawaif Munzu Qiamiha Hatta Fath al-Murabiti. Jil. 2. Qaherah, Maktabah al-Khanaji

Muhammad Abdullah Inan dalam bukunya ini membahaskan tentang Muluk al-Tawaif secara keseluruhan. Buku ini boleh diberikan pujian kerana penulisnya pada jilid yang kedua hanya menumpukan kepada sejarah Muluk al-Tawaif sahaja tanpa menyentuh era pemerintahan kerajaan-kerajaan lain di Andalus.

Perbahasaan mengenai Muluk al-Tawaif dalam buku ini dimulai dengan menyatakan faktor-faktor kejatuhan kerajaan Bani Umayyah dan pembentukkan Muluk al-Tawaif. Beliau telah membahagikan dua faktor kewujudan Muluk al-Tawaif, iaitu sudut dalaman dan sudut dalaman.

Sudut Dalaman

Faktor dalaman kewujudan Muluk al-Tawaif ialah merujuk kepada kelemahan pemerintahan Bani Umayyah. Isu dalaman istana melibat pemimpin-pemimpin tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga melibat pembunuhan sesama mereka. Selain itu, semangat bangsa dan kaum semakin menebal dalam kalangan masyarakat Andalus. Andalus terdiri daripada tiga kelompak besar dalam kalangan orang Islam. Iaitu masyarakat Arab, Barbar dan orang-orang Andalus yang memeluk Islam. Mereka yang kurang senang dengan sikap layanan pemerintah pusat terhadap mereka dalam beberapa perkara. Ekoran itu, wujudlah suatu persekitaran yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan mereka. Faktor ini dikenali sebagai faktor dalaman yang mewujudkan perpecahan dalam kalangan orang-orang Islam di Andalus sehingga sistem pemerintahan berpusat seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya tidak dapat bertahan.

Sudut Luaran

(7)

Kesimpulan, buku ini menyatakan tentang faktor-faktor kewujudan kerajaan-kerajaan kecil di Andalusia, faktor-faktor ini dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan dalaman.

TAHUN 1972

Ma’a al-Muslimin Fil al-Andalus oleh ‘Ali Habibah. 1972. Qaherah; Maktabah al-Shabab.

Buku ini berjudul Ma’a al-Muslimin Fil al-Andalus, hasil tulisan Dr. ‘Ali Habibah iaitu pensyarah di Kuliah Dar al-Ulum, Universiti Kaherah, Mesir. Berpandukan judul buku ini, pembaca sudah boleh menjangka bahawa topik perbincangan buku ini, hanya mengenai sejarah umat Islam di Andalus. Pada pendahuluan buku ini, penulis menyatakan bahawa, selama tempoh 8 kurun umat Islam mencipta sejarah di benua Eropah, sudah tentu banyak pengalaman-pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan ini. (Hlm.2).

Daripada kenyataan penulis, dapat difahami tujuan buku ini ditulis, di mana penulis berhasrat untuk membawa umat Islam pada hari ini, meninjau kehidupan umat Islam di Andalus. Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Andalus yang tercatat dalam buku sejarah, cuba didedahkan oleh penulis dengan menafsirkan sejarah itu sesuai dengan kefahaman masyarakat Islam masa kini.

Buku ini mengandungi 6 fasal utama. Fasal pertama membincangkan tentang wilayah Afrika Utara yang terdiri daripada 4 buah negara pada hari ini, iaitu Libya, Tunisia, Algeria dan Maghribi. Penduduk di wilayah ini terdiri daripada orang Barbar. Mereka menerima Islam selepas kedatangan Uqbah bin Nafi’ ke utara Arfika pada zaman Khulafa’ al-Rashidin. Kemudian, penguasaan Islam di wilayah utara Afrika berterusan sehingga zaman Daulah Umawiyyah. Kerajaan Daulah Umawiyyah, melantik Musa bin Nusair sebagai gabenor di utara Afrika.

(8)

khususnya dan umumnya kepada umat Islam setelah ajaran Islam yang sebelum ini hanya berada dibenua Asia dan utara Afrika, kini berjaya memasuki benua Eropah.

Pada fasal yang ketiga, penulis menumpukan pula perbincangan pembentukan kerajaan-kerajaan Islam di Andalus. Selepas Islam berjaya menguasai Andalus, Musa bin Nusair menjadi Gabenor di sana. Andalus di masukkan ke dalam pentadbiran kerajaan Daulah Umawiyyah yang berpusat di Damsyiq. Pemerintahan ini berterusan sehingga kerajaan Daulah Umawiyyah jatuh di tangan Bani Abbas yang membentuk kerajaan Daulah Abbasiyyah pada tahun 132H dengan perlantikkan Abdullah al-Saffah sebagai Khalifah. Perubahan politik kerajaan pusat juga menyebabkan berlakunya perubahan pemerintah Andalus di mana, Abd. al-Rahman al-Dakhil iaitu kerabat kerajaan Bani Umayyah di Damsyiq melarikan diri ke Andalus, ekoran sikap pemerintah kerajaan Bani Abbasiyyah yang baru menaiki tahta, berhasrat memastikan penyokong Bani Umayyah dihapuskan.

Kedatangan Abd al-Rahman al-Dakhil, disambut baik oleh masyarakat Andalus. Abd. al-Rahman dilantik sebagai pemerintah dan diikuti anak dan cucunya yang menjadi khalifah selepasnya. Maka bermulalah era pemerintah Bani Umayyah di Andalus. Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus bermula pada tahun 138H / 755M. Kerajaan ini telah membina peradaban di Andalus, antaranya ialah terbinanya Masjid Cordova pada tahun 170H / 786M.

Namun, setiap pemerintah sudah tentu ada kelemahannya. Kerajaan ini pada akhirnya mengalami pelbagai krisis dalaman yang tidak diselesai dengan baik. Disamping sikap diskriminasi terhadap kaum lain terutama kaum Barbar, menjadi faktor kelemahan kerajaan Bani Umayyah. Dicelah inilah, munculnya kerajaan-kerajaan kecil atau dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if. Kerajaan-kerajaan ini diwakili oleh setiap kumpulan-kumpulan yang memerintah di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh mereka.

(9)

TAHUN 1974

Al-Mu’tamid bin Abbad oleh Ali Idham. 1974. Bayrut; Dar al-Quds.

Buku ini adalah biografi seorang tokoh besar dalam era Muluk al-Tawa’if di Sepanyol iaitu al-Mu’tamid bin Abbad. Beliau merupakan salah seorang pemimpin kerajaan kecil yang memimpin di kawasan Sevilla. Penulis buku ini iaitu Ali Idham menyatakan tujuan pemilihan tokoh ini sebagai bahan perbincangan, kerana menurut beliau kerajaan Banu Abbad yang memerintah Sevilla merupakan sebuah kerajaan yang kuat dari sudut pengaruhnya (Hlm. 8).

Bagi mencapai objektif penulisan buku ini, penulis telah mengemukakan 14 tajuk dalam buku ini yang secara keseluruhannya menumpukan kepada pemerintahan kerajaan Banu Abbad di Sevilla dan biografi al-Mu’tamid dibincangkan secara terperinci. Tajuk-tajuk yang dikemukakan oleh penulis dimulai dengan penceritaan mengenai kejatuhan khilafah Bani Umayyah di Sepanyol. Penceritaan ini adalah untuk menjustifikasikan terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil atau Muluk al-Tawa’if di Sepanyol.

Penulis tidak ketinggalan menyatakan faktor kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol. Antara faktor-faktor yang dinyatakan ialah penduduk Sepanyol yang terdiri daripada pelbagai bangsa menyukarkan proses penyatuan dilakukan antara mereka. Selain itu, faktor geografi Sepanyol yang bergunung dan berbukit antara satu kawasan dengan kawasan yang lain, turut diklasifikasikan sebagai penyebab kepada kejatuhan Bani Umayyah di Andalus (Hlm. 19). Faktor-faktor ini sekaligus menjustifikasikan kewujudan kerajaan-kerajaan kecil di setiap kawasan di Sepanyol yang diwakili oleh setiap bangsa yang mempunyai kepentingan tersendiri.

(10)

Kemudian, penyerahan semula kerajaan itu kepada Bani Abbad di bawah pimpinan al-Mu’tadid dilakukan selepas pewaris Banu Hamud terkorban dalam peperangan menentang orang Barbar. Bermula pada era itulah, Sevilla dikuasai oleh Bani Abbad di bawah pimpinan al-Mu’tadid. Beliau seorang yang tegas dan berani serta pada masa yang sama seorang yang sangat gemar kepada ilmu pengetahuan.

Selepas berakhir pemerintahan al-Mu’tadid, kepimpinan diteruskan oleh anaknya yang bernama al-Mu’tamid. Beliau dilahirkan pada tahun 432H di perkampungan Bajjah, iaitu salah satu perkampungan di Sepanyol. Mendapat pendidikan daripada ayahnya terutama mengenai urusan pentadbiran wilayah (Hlm. 94). Beliau juga terkenal sebagai seorang yang memiliki kepintaran dalam syair Arab (Hlm. 113). Memimpin kerajaan Bani Abbad di Sevilla dengan mengantikan ayahandanya. Kejayaan besar beliau iaitu berjaya menguasai Cordova pada era pemerintahannya.

Al-Mu’tamid merupakan seorang penyair, banyak bait syair yang dihasilkan oleh beliau. Namun, percaturan politik yang mencabar menyebabkan pemerintahan diuji. Pihak Kristian di utara telah menyerang Sepanyol dan berjaya menawan Toledo pada tahun 478H. Lantaran itulah, al-Mu’tamid mengirim surat kepada kerajaan Murabitun di utara Afrika untuk membantu mengusir tentera Kristian daripada bumi Sepanyol. Tindakan ini menyebabkan pemimpin kerajaan Murabitun datang membantu dan seterusnya menguasai sepanyol serta menyatukan semua seluruh wilayah Sepanyol di bawah pemerintah kerajaan Murabitun. Maka berakhirlah kerajaan Muluk al-Tawaif.

(11)

TAHUN 1975 A History Of Islamic Spain . 1975: W. Montgomery Watt

Di dalam buku A History Of Islamic Spain yang ditulis oleh W. Montgomery Watt adalah bertujuan menceritakan secara keseluruhannya berkaitan dengan pemerintahan Islam di Sepanyol. Bagi memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan berkaitan buku ini, penulis membahagikannya dengan 8 bab yang utama dan satu daripadanya menyentuh sedikit sebanyak berkaitan Muluk At-Tawaif (Party Kings).

Menurut Penulis pada tahun 1009 telah bermula bibit-bibit pergolakan dalam pemerintahan kerajaan Islam Andalusia. Pergolakan ini berlaku dalam jangka masa yang panjang sehingga sampai kepada kemuncak pada tahun 1031. Pada masa itu, kerajaan pusat yang menguasai seluruh kawasan Andalusia telah hilang kuasa sedikit demi sedikit kerana wujudnya perebutan untuk menjadi khalifah ataupun ketua untuk memerintah kawasan mereka sendiri. Ekoran daripada peristiwa tersebut maka wujudlah kerajaan-kerajaan kecil yang diperintah oleh ketua pemerintah yang berbeza.

Mereka terdiri daripada suku-suku Arab yang dikenali sebagai Barbar, Saqliba, dan orang-orang Andalusia. Ia membuatkan kerajaan di Andalusia berpecah belah dan para pemerintah ingin menunjukkan kekuatan masing-masing serta mempertahankan kaum-kaum mereka sahaja. Kerajaan-kerajaan kecil ini bertapak di wilayah Sevilla, Granada, Cordoba, Toledo, Badajoz dan Zaragosa.

(12)

Penulis menceritakan juga sejarah perkembangan budaya dan keadaan umat Islam pada masa itu yang mana lahirnya penyair-panyair yang memuji dan memuja. Mereka mengutarakan syair-syair tersebut di khalayak ramai sebagai usaha untuk mendapatkan restu pemimpin. Pemimpin juga dengan bangganya memberikan mereka ganjaran berbentuk dinar emas dan dirham perak untuk setiap syair yang dideklimasikan.

Ketika itu juga lahirnya ulama yang cuba mengambil perhatian pemimpin. Dengan mengeluarkan arahan (fatwa) yang pelik yang bertujuan untuk mendapatkan keredhaan pemimpin. Antara fatwa-fatwa yang pelik yang telah di keluarkan adalah seperti mengharuskan orang-orang Islam Cordova menyerang rakyat Islam Sevilla. Ada juga arahan atau fatwa yang mengharuskan orang Sevilla orang Islam Badajoz dan begitulah seterusnya sehingga mencetuskan situasi yang huru hara dan wilayah-wilayah mereka menjadi porak peranda dengan tercetusnya perang hasil daripada fatwa yang di reka dan arahan yang sama sekali tidak masuk akal oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Menurut penulis lagi, disebabkan setiap Negara hanya memiliki kekuatan ketenteraan yang kecil dan memiliki keluasan yang agak terhad mereka sama sekali tidak teragak untuk meminta bantuan kerajaan Kristian Sepanyol dan sekitarnya bagi melancarkan perang terhadap terhadap wilayah di bawah penguasaan saudaranya sesame Islam. Masin-masing cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Kristian Sepanyol yang terdiri daripada tiga negara iaitu Kerajaan Leon, Aragon dan Castille.

(13)

TAHUN 1979

Islamic and Christian Spain in The Early Middle Ages. 1979: Thomas F. Glick

Buku Islamic and Christian Spain in The Early Middle Ages merupakan karya Thomas F. Glick. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkaitan dengan pemerintahan dan keadaan umat Islam serta Kristian pada awal zaman pertengahan di Sepanyol. Bagi memudahkan orang ramai untuk memahami buku ini penulis telah membahagikan isi kandungannya kepada 9 bab yang utama.

Bab pertama di dalam buku ini adalah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan persimpangan tamadun pada zaman tersebut yang mana berlaku perpecahan secara besar-besaran terhadap kerajaan Cordova yang mengakibatkan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai Muluk al-Tawaif.

Penulis turut menukilkan dalam karyanya, bahawa pada abad ke 11 merupakan saat yang paling kritikal dalam abad zaman pertengahan sepanyol apabila menyaksikan perubahan kuasa yang berlaku selepas kematian sultan al-Mansur yang merupakan Khalifah di Cordova yang merupakan penguasa yang terkuat di Eropah ketika itu. Namun begitu, kekuasaannya runtuh dan musnah dalam beberapa tahun selepas itu, iaitu pada tahun (1008-1031). Kesatuan Islam telah beralih kuasa daripada sebuah kerajaan yang kuat dan tersusun struktur politiknya dan dipimpin oleh seorang khalifah dalam sebuah negara tersebut kepada kerajaan-kerajaan kecil yang di perintah oleh khalifah-khalifah yang berlainan. Pemerintahan ini dikenali sebagai Muluk al-Tawaif (Party Kings).

(14)

TAHUN 1981

Tarikh Ibn Khaldun, Diwan Mubtada’ wa Khabar fi Ayyam ‘Arab wa ‘Ajam wa al-Barbar wa man Asarahum min zawi al-Sultan al-Akbar. oleh Abd. al-Rahman bin Khaldun (808 H). 1981. Jil. 3 Bayrut: Dar al-Fikr.

Ibn Khaldun atau nama sebenar beliau ialah Waliuddin Abd. al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami yang dilahirkan pada Ramadan tahun 732H bersamaan Mei 1332M di Tunisia. Beliau adalah seorang tokoh sejarawan Islam yang terkenal di dunia Islam. Bahkan dunia barat juga turut mengiktirafnya sebagai seorang pengasas kepada bidang falsafah sejarah.

Karya-karya Ibn Khaldun yang selalu dirujuk ialah Qasidah Ibn Abdun al-Ashbili, Lubab al-Muhsal fi Usul al-Din, kitab al-Rihlah dan yang terkenal iaitu Tarikh Ibn Khaldun,

Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘Ajam wa al-Barbar wa man Asarahum min zawi al-Sultan al-Akbar atau dikenali dengan nama kitab al-’Ibar.

Kitab ini menceritakan tentang sejarah masyarakat-masyarakat yang hidup sebelum atau sezaman dengan Ibn Khaldun. Masyarakat-masyarakat tersebut termasuklah masyarakat Arab, Barbar dan bangsa-bangsa yang lain. Dengan kemunculan kitab ini, Ibn Khaldun dikenali sebagai seorang tokoh ilmu sosiologi yang ulung.

Penceritaan mengenai sejarah Andalus dan pemerintahan Muluk al-Tawaif turut dinyatakan dalam kitab al-Ibar. Menurut Ibn Khaldun, permulaan terbentuknya Muluk al-Tawaif

atau kerajaan-kerajaan kecil setelah kerajaan Khilafah Arab iaitu Bani Umayyah mengalami kelemahan. Ekoran itu, berlakulah perpecahan antara orang Islam di Andalus. Lalu setiap puak, yang terdiri daripada kaum Arab dan Barbar telah membahagikan wilayah antara satu sama lain dengan membentuk kerajaan yang berasingan. Setiap satu daripada kerajaan-kerajaan ini bertelagah antara satu sama lain. Sebahagian daripada mereka sanggup bekerjasama dengan

taghut (pihak Kristian). Konflik ini telah ditamatkan dengan kedatangan Amir kerajaan Murabitun iaitu Yusuf Tashifin.

(15)

iaitu Muluk al-Tawaif. Pemerintahan ini menyaksikan terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil sebanyak melebihi dua puluh buah kerajaan di kawasan-kawasan yang diwakili oleh mereka. Antara kerajaan tersebut ialah Kerajaan Bani Abbad di Sevilla, Kerajaan Bani Jahwar di Cordova dan Kerajaan Bani Hamud juga di Cordova. Pemerintahan ini berakhir selepas pemimpin umat Islam dan para ulama’ menyedari kesilapan yang mereka lakukan selepas jatuhnya bandar Toledo di tangan pihak Kristian. Hal ini, menyebabkan pemimpin Bani Abbad yang memerintah Sevilla, bertindak menjemput pemimpin Kerajaan Murabitun iaitu Yusuf Tashifin datang ke Andalus untuk mengusir pihak Kristian dan menamatkan konfilk yang berlaku. Kerajaan Murabitun memenuhi undangan tersebut atas dasar menolong saudara seagama, berjaya menamatkan konflik politik yang berlangsung lebih kurang 70 tahun itu.

Penceritaan ini diulas oleh Ibn Khaldun dengan mengesa umat Islam khusus mengambil iktibar dan ibrah daripada sikap buruk yang dilakukan oleh pemimpin Islam di Andalus. Sikap ini ternyata merugikan Islam, walaupun pada peringkat awal pemerintahan Islam di Andalus dikira sebagai suatu pemerintahan yang terbaik, namun akibat gila kuasa yang membawa kepada permusuhan sesama sendiri hingga memerlukan bantuan daripada pihak luar. Akhirnya, orang asing diberi kepercayaan untuk mencampuri urusan politik umat Islam.

(16)

TAHUN 1985

The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain 1002-1086 oleh David Wasserstein. 1985. New Jersey : Princeton University Press.

Buku The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain, antara buku terkenal dalam membincangkan sejarah Islam di Sepanyol. Ianya selalu dijadikan rujukan oleh pengkaji dan penyelidik dalam mendapatkan maklumat berkenaan sejarah Islam di Andalus.

Umum mengetahui bahawa tempoh pemerintahan Islam di Andalus, ialah selama 8 abad lamanya, dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa yang dilalui oleh umat Islam di Andalus. Paling menonjol dalam sejarah peradaban tamadun dunia adalah Andalus adalah pintu gerbang kemasukkan tamadun Islam ke dunia barat.

Buku The Rise And Fall Of The Party King : Politics And Society In Islamic Spain, memaparkan kepada para pembaca khususnya, berkenaan peringkat-peringkat yang dilalui oleh pemerintah Islam semasa menguasai Andalus serta kedudukan masyarakat yang menjadi rakyat di Andalus. Dua aspek iaitu politik dan masyarakat diberi penekanan oleh penulis buku ini.

Dalam konteks, pemerintahan muluk al-Tawaif atau dalam istilah bahasa inggeris disebut sebagai The Taifa’ Kingdom, penulis telah menghuraikan mengenai faktor-faktor yang mendorong kewujudan sistem pemerintahan ini. Beliau tidak menolong wujudnya kelemahan dalam pemerintahan Bani Umayyah dan sikap gila kuasa dalam kalangan pemimpin jajahan menjadi sebab terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil ini.

Selain menyentuh tentang faktor-faktor di atas, penulis juga dalam membincangkan tentang latar masyarakat Andalus yang terdiri daripada msayarakat Islam dan bukan Islam juga mengaitkan kewujudan sistem pemerintahan berasingan ini, disebabkan pengaruh bangsa atau kumpulan-kumpulan yang memecahkan perpaduan yang dicapai sebelum ini. Masyarakat Islam pula terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Arab, Muwallad dan Barbar. Manakala masyarakat bukan Islam terdiri daripada Kristian dan Yahudi.

(17)

aspek menjadikan analisanya dilihat kukuh dan logik. Namun, penulis tidak menyebut peranan ulama atau ahli agama dalam menyatukan pemimpin-pemimpin yang bertelagah ini.

TAHUN 1987

Muslim Spain (711-1492) oleh Richard Hitccock. 1987. New York. Methuen & Co. Ltd. Artikel ini ditulis oleh Richard Hitccock dan dimuatkan dalam buku yang berjudul Spain A Companion To Spanish Studies yang diterbitkan pada tahun 1987. Artikel ini telah membincangkan tentang sejarah umat Islam di Sepanyol dalam bentuk yang menyeluruh. Di mana, penulis telah menyusun perbahasannya dalam artikel ini dengan berpandukan kepada kronologi sejak kemasukkan orang-orang Islam ke Sepanyol sehingga kejatuhan mereka.

Penyusunan dalam bentuk kronologi itu dimulai dengan membincangkan tentang sejarah kedatangan Islam ke Sepanyol, kemudian, dibahaskan tentang bentuk muka bumi Sepanyol iaitu dari sudut geografi, pemerintah Islam di Sepanyol dari pemerintahan bergabenor di bawah kekuasaan Daulah Umawiyyah di Damsyik, kerajaan Bani Umayyah, sistem pemerintahan Muluk al-Tawaif, penaklukan kerajaan Murabitun dan Muwahiddun dan pemerintahan Bani Ahmar di Granada. Turut dinyatakan oleh penulis, mengenai kerajaan-kerajaan Kristian yang berkuasa di utara Sepanyol.

Perbincangan mengenai kerajaan Muluk al-Tawaif dalam artikel ini, dimulai dengan menyatakan tarikh bermulanya pemerintahan ini, di mana menurut penulis, pada tahun 1031M, umat Islam mula berpecah dan membentuk kerajaan berasingan mengikut kaum dan kawasan yang dikuasai mereka. Beliau juga menyatakan tahun berakhirnya kerajaan ini iaitu pada tahun 1090M.

(18)

Penulis mengakhir artikelnya dengan mengatakan bahawa, kelemahan umat Islam di Andalus mula terserlah setelah mereka tidak lagi mementingkan agama mereka, sebaliknya hanya mementingkan pangkat, kedudukan dan kekayaan. Beliau juga turut membandingkan kejayaan Sepanyol di bawah pemerintahan Bani Umayyah pada peringkat awal yang berjaya mewujudkan keamanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus.

TAHUN 1992

The Contest Of Cristian And Muslim Spain 1031-1157. Bernard F.Reilly. 1992. 3 Cambridge Centre, USA

Buku berjudul The contest Of Cristian And Muslim Spain adalah tulisan Bernard F.Reilly. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk menceritakan kepada masyarakat umum berkaitan tentang perebutan kuasa oleh orang Kristian dan umat Islam di Sepanyol. Buku ini telah dibahagikan kepada 10 bab yang utama.

Dalam bab yang pertama buku ini penulis yang bertajuk pertukaran pemerintahan lama, penulis cuba mengheret pembaca untuk menceritakan bagaimana keadaan sebenar yang berlaku ke atas pemerintahan Islam yang telah bertukar ganti pemerintahannya kepada kerajaan Kristian di Sepanyol.

Menurut penulis pada era itu iaitu pada tahun 1031M, sepanyol terbahagi kepada tujuh wilayah yang kecil yang memisahkan diri dengan pemerintahan pusat di Cordoba. Ia juga disebut sebagai Muluk al-Tawaif. Masing-masing diperintah oleh pemerintahan daripada suku-suku arab dan Barbar yang berlainan antaranya

1. Banu Ubbad: Mereka merupakan suku kaum yang berketurunan orang asal sepanyol yang telah memeluk Islam dan berlaku percampuran darah dengan orang-orang Arab dan memerintah wilayah sevilla.

(19)

3. Bani Juhur: Menguasai kawasan sekitar Cordoba.

4. Banu Afthas: Mereka juga dari bangsa Barbar yang mendiami kawasan Barat Sepanyol dan mendirikan kerajaan Badajoz.

5. Banu Zi al-Nun: mereka juga adalah dari bangsa Barbar yang menguasai Utara Sepanyol dari Toledo ke bahagian yang mengajur ke Utara.

6. Banu Amir: Mereka adalah keturunan Hajib al-Mansur dari nasab bangsa Arab Yaman yang memerintah negara Islam Sepanyol. Mereka juga menguasai sekitar kawasan timur Sepanyol iaitu Wilayah Valencia.

7. Banu Hud: Menguasai kawasan Zaragosa.

Menurut penulis, perpecahan dalaman yang berlaku menyebabkan akhirnya terbentuk 7 wilayah utama dan 22 buah kawasan-kawasan kecil yang memilik pemerintah yang berasingan. Keadaan ini, berbeza dengan suasana di sepanyol pada zaman awal pembukaannya. Ketika itu, para pemerintah amat mementingkan kesatuan dalam kalangan rakyat, namun begitu segalanya sudah mula berubah apabila para pemimpin mula mementingkan diri sendiri dan berkelahi sesama sendiri. Bagi mendapat kekuatan dan menunjukkan kekuatan mereka di mata rakyat wilayah-wilayah yang kuasai mereka, para pemimpin berlumba-lumba untuk mendapatkan pertolongan daripada luar wilayah dan negara mereka.

Malahan, apabila pemimpin Islam di wilayah-wilayah tertentu perlu membayar ufti kepada kerajaan Kristian Sepanyol demi mendapatkan perlindungan daripada mereka. Bahkan, mereka sanggup menghina diri membayar ufti dan menyatakan ketaatan kepada naungan Kuasa Kristian Sepanyol.

(20)

TAHUN 1994

The Christian Conquest Of Spain. Roger Collins. 1994. USA

Buku The Christian Conquest Of Spain karya Roger Collins membincangkan tentang bagaimana kerajaan Islam mengalami kejatuhan dan sekaligus berjaya ditakluk oleh kerajaan Kristian. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk mendedahkan matlumat kepada para pembaca, supaya mereka mengetahui dan memahami bagaimana kerajaan Islam Andalus berjaya ditewaskan oleh kerajaan Kristian.

Buku ini mengadungi 8 bab utama, di mana pada bab ketiga buku ini, penulis menyentuh perbincangan berkaitan dengan kerajaan-kerajaan kecil dikenali sebagai Muluk al-Tawaif (Party King). Huraian penulis, bahawa Muluk al-al-Tawaif muncul hasil daripada ketidakpuasan hati suku kaum yang mendiami Andalus terhadap pemimpin kerana pusat iaitu Bani Umayyah, hingga menyebabkan timbulnya perpecahan yang terbentuk kerajaan-kerajaan kecil. Hal ini, secara tidak langsung dapat melumpuhkan kedudukan pemerintahan kerajaan Islam di Andalus.

Selepas wujudnya kerajaan-kerajaan kecil, pelbagai krisis telah terjadi di antara mereka antaranya ialah mereka mula bergaduh antara satu sama lain demi mengekalkan tahta dan pemerintahan sehingga terpaksa meminta pertolongan kuasa luar daripada wilayah (Kristian).

(21)

Isu ini semakin berpanjangan, setelah kematian Raja Zaragoza, berlaku pula perebutan sempadan antara antara kedua-dua anaknya. Salah seorang daripada mereka bertindak meminta bantuan kerajaan Kristian Aragon dan akhirnya Raja Barcelona yang berada di bawah kerajaan Aragon dihantar untuk menghapuskan orang-orang Islam di Zaragoza. Peristiwa kepungan terhadap orang Islam ini berlaku pada tahun 1064M dan tercatat dalam lipatan sejarah untuk terus dipaparkan. Sejarah menyaksikan bagaimana 40 hari orang Islam dikepung. Mereka meminta bantuan dari seluruh kuasa Islam di bumi sepanyol, namun tiada siapa yang mempedulikannya.

Menurut penulis lagi, tentera Kristian Barcelona itu juga turut menuntut agar dipilih tujuh ribu wanita-wanita cantik untuk dijadikan sebagai tawanan mereka bagi menghentikan sekatan tersebut. Setelah semua itu berjaya dilaksanakan, mereka mula merogol wanita-wanita malang itu di hadapan suami dan keluarga mereka. Disebabkan terlalu larut dengan kemewahan dunia, orang-orang Islam ketika itu tidak lagi mempunyai roh jihad sebagaimana yang dimiliki oleh nenek moyang mereka. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kecuali meratapi kehinaan yang dicipta oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Pada tahun yang sama, serangan Kristian Sepanyol ke atas Bandar Valencia telah menyaksikan ke peringkat 40,000 angka korban. Ramai ulama yang dilahirkan di era tersebut seperti Ibn Hazm, Ibn Abd al-Barr, Ibn Hayyan, Abu al-Walid al-Baji. Para ulama’ telah mengajak para pemimpin kembali kepada kesatuan di bawah satu kepimpinan. Malangnya, seruan mereka itu disambut dingin oleh pentadbir yang memerintah Sepanyol ketika itu.

(22)

TAHUN 1995

Nafhu al-Tiib Min Ghasn al-Andalus al-Ratib oleh Ahmad bin Muhammad bin al-Maqarri, Tahqiq oleh Maryam Qasim & Yusuf Ali. 1995. Jil. 1. Bayrut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah. Kitab Nafhu al-Tiib Min Ghasn al-Andalus al-Ratib adalah rujukan bagi sejarah Andalus atau Sepanyol. Setiap orang yang mengkaji sejarah Andalus, mesti merujuk kitab ini. Kitab ini adalah antara kitab muktabar yang memperihalkan mengenai sejarah Andalus yang begitu panjang tempoh masanya.

Penulis kitab ini dikenali dengan nama al-Maqarri atau nama sebenarnya Sheikh Ahmad bin Muhammad al-Tilmasani (w.1041). Beliau berasal dari Maghrib dan bermazhab Maliki. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang membicarakan tentang sejarah Andalus secara lengkap. Menurut Maryam Qasim, kitab Nafhu al-Tiib adalah kitab yang membicarakan tentang sejarah Andalus sejak pembukaannya oleh orang-orang Islam sehingga kejatuhannya pada tahun 897H/1492M. Atas sebab itu, kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir dalam bidang pengajian sejarah Andalus (Maryam, 1995).

Perbincangan mengenai era Muluk al-Tawa’if atau kerajaan-kerajaan kecil di Andalus, telah dinyatakan oleh penulis dalam juzuk yang pertama kitab ini. Penulis telah memulakan perbincangannya mengenai Muluk al-Tawa’if dengan menyatakan tentang kelemahan pemerintah terakhir Bani Umayyah dalam menangani krisis dalam kalangan pembesar-pembesar disamping tingginya sifat perkauman dalam kalangan umat Islam di Andalus.

(23)

Penulis kitab ini, telah menyenaraikan kerajaan-kerajaan yang dibentuk oleh kaum-kaum masing di wilayah-wilayah utama di Andalus.

a) Bani Abbad yang memerintah wilayah Sevilla.

b) Bani Jahwar yang memerintah Cordova. Wilayah Codova kemudiannya dikuasai oleh Bani Abbad.

c) Bani Habbus yang memerintah Granada.

d) Bani al-Aftas memerintah Batalyus.

e) Bani Sumadah memerintah Mariyyah.

Kesemua kerajaan-kerajaan kecil mengamalkan dasar perkauman di mana mereka mementingkan kaum mereka sahaja tidak mementing kaum lain, walaupun memiliki pegangan agama yang sama.

Menurut penulis asal pemerintahan ini ditamatkan dengan kedatangan kerajaan Murabitun yang pada asal datang ke Andalus atas jemputan kerajaan Bani Abbad yang meminta pertolongan kerajaan Murabitun untuk mengusir pihak Kristian yang mengambil kesempatan ekoran kelemahan umat Islam di Andalus untuk menakluki bumi orang-orang Islam. Kerajaan Murabitun telah berjaya mengusir pihak Kristian, sebagai penghargaan atas kejayaan itu, pemimpin Bani Abbad telah memberikan hadiah kepada kerajaan Murabitun.

Namun, para ulama’ Andalus, ketika itu meminta kerajaan Murabitun pimpinan Yusuf Tashifin supaya memulihkan perpecahan yang berlaku di Andalus. Lantaran itu, Yusuf menyahut permintaan itu dengan kembali ke Andalus dan menawan kembali Andalus daripada kerajaan-kerajaan kecil. Menyebabkan wilayah Sevilla, Cordova, Batalyus dan Granada berjaya disatukan. Pemimpin Bani Abbad ketika itu, iaitu al-Mu’tamid yang pernah memberikan penghargaan kepada kerajaan Murabitun, kini menjadi tawanan dan dibawa ke sebuah kawasan yang dinama Agrmat berdekatan dengan Marakhish pada tahun 484H. Al-Mu’tamid meninggal dunia pada usianya 88 tahun semasa berada dalam tahanan.

(24)

dipetik daripada luahan dan pujian ulama’ mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku, menjadikan kitab ini lebih tersusun dan menarik.

TAHUN 1998

Fiqh al-Tamkin ‘Ind Daulah al-Murabitin oleh ‘Ali Muhammad Muhammad al-Salabi. 1998. Amman, Jordan: Dar al-Bayyaraq lil al-Nashr.

Buku ini adalah hasil karya Ali Muhammad al-Salabi, iaitu seorang pengkaji sejarah timur tengah kelahiran Libya. Beliau telah banyak menghasilkan tulisan ilmiah berkenaan sejarah Islam. Tulisan beliau sentiasa dirujuk oleh pengkaji-pengkaji masa kini terutama dalam bidang sejarah dan tamadun Islam. Berdasarkan pengalamannya dalam bidang ini, beliau tampil dengan menghasil sebuah buku yang berjudul Fiqh al-Tamkin ‘Ind Daulah al-Murabitin atau dalam bahasa Melayu bermaksud memahami faktor pengukuhan kerajaan Murabitun.

Buku ini pada ditulis oleh Ali Muhammad al-Salabi bertujuan untuk memperkenalkan kerajaan Murabitun dan tokoh-tokoh yang menaungi kerajaan Islam ini. Ianya sekaligus memberi pendedahan kepada generasi masa kini mengenai kerajaan yang pernah berkuasa di Sepanyol ini. Bertitik tolak dari sinilah, al-Salabi menulis buku ini. Bagi mencapai maksud itu, al-Salabi telah membahagikan perbahasannya kepada 5 fasal.

Fasal-fasal tersebut mewakili setiap tajuk utama dalam buku ini. Fasal pertama membahaskan tentang sejarah awal kerajaan Murabitun. Ia ditinjau dari sudut asal usul kerajaan ini yang menurut al-Salibi berasal dari suku kabilah Sanhajah yang merupakan salah satu daripada kabilah-kabilah Barbar. Mereka mendiami utara benua Afrika iaitu di kawasan-kawasan pergunungan. Mereka bergantung hidup dengan bercucuk tanam di lereng-lereng bukit. Pada bab ini, penulis menyatakan juga tentang tokoh-tokoh awal yang terkenal dalam kerajaan Murabitun seperti al-Amir Yahya bin Ibrahim, Abu Imran al-Fasi dan Abdullah bin Yassin.

(25)

menyenaraikan faktor-faktor kelemahan umat Islam Andalus dan sistem politik Muluk al-Tawaif.

Antara-antara faktor-faktor kelemahan kerajaan Muluk al-Tawaif dan kekuatan Kristian menurut al-Salabi;

a) Kelemahan akidah umat Islam terutama sebahagian pemimpin Muluk al-Tawaif.

b) Terlalu terpengaruh dengan Kristian sehingga sanggup bekerjasama dengan mereka dalam mempertahankan kedudukan.

c) Lunturnya semangat jihad dalam kalangan pemimpin Islam. Seruan jihad dilakukan hanya untuk mempertahankan kedudukan dan jawatan yang dipegang.

d) Wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang kecil menyukarkan perpaduan dibentuk dan membuka ruang bagi pihak Kristian memecah belahkan umat Islam di Andalus.

e) Pergaduhan dan perpecahan sesama Islam.

f) Kelesuan para Ulama’ dalam menyeru ke arah perpaduan sesama Islam.

g) Pemimpin-pemimpin Muluk al-Tawaif tidak mendapat nasihat Ulama’ dalam menjalankan pentadbiran.

h) Terikat dengan perjanjian Kristian dan perancangan mereka.

i) Pihak Kristian bersepakat dalam menentang Islam di Andalus dengan membentuk satu pakatan yang kukuh.

j) Pihak Kristian menawarkan pelbagai pertolongan bagi pemimpin Islam yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

(26)

Murabitan melalui panglimanya Yusuf Tashifin datang ke Andalus dan menamatkan segala konflik yang berlangsung selama 70 tahun lebih.

Pada fasal yang seterusnya, iaitu fasal yang ketiga, al-Salabi membahaskan tentang dasar luar kerajaan Murabitun. Pada fasal ini, beliau sekali lagi menyatakan tentang hubungan antara kerajaan Murabitun dengan kerajaan-kerajaan kecil atau Muluk al-Tawaif di Andalus. Menurut beliau terdapat tiga bentuk hubungan yang berlangsung antara kerajaan Murabitun dengan Muluk al-Tawaif, antaranya adalah seperti berikut;

a) Membina persefahaman

Kerajaan Murabitun menjalinkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan kecil di Andalus. Pemimpinnya Yusuf Tashifin mengutuskan surat menyatakan hasratnya untuk menolong umat Islam di Andalus, atas dasar akidah.

b) Menamatkan perjanjian

Selepas kejatuhan Teledo kepada pihak Kristian pada tahun 487 Hijrah, seluruh kerajaan-kerajaan kecil yang lain merasa takut dan bimbang dengan pengaruh Kristian, lalu mereka menjemput Yusuf untuk membantu mereka dan melindungi daripada penguasaan Kristian. Kerajaan Murabitun setelah menguasai Andalus, mereka cuba untuk menamatkan perjanjian yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan kecil dengan pihak Kristian.

c) Menamatkan permusuhan

Berlaku peperangan peringkat awal antara kerajaan Murabitun dengan kerajaan-kerajaan kecil di Andalus. Walau bagaimanapun, kerajaan Murabitun berjaya menguasai Andalus dan menamatkan permusuhan umat Islam di Andalus.

(27)

Kesimpulannya, kerajaan Murabitun menurut al-Salabi, merupakan sebuah kerajaan yang berkuasa di Andalus terutama selepas Andalus menghadapi perpecahan yang teruk sesama sendiri sehingga mewujudkan kerajaan-kerajaan kecil yang menghilangkan semangat perpaduan antara mereka.

TAHUN 2001

Spanish Islam: A History of The Muslims In Spain oleh Reinhart Dozy. 2001, New Delhi, India: Goodword Book Publications.

Buku ini secara umumnya menyentuh perbahasan mengenai sejarah umat Islam di Sepanyol. Sejarah kejayaan umat Islam di Sepanyol tidak boleh dipadam dan dihilangkan begitu sahaja, sekalipun terdapat usaha-usaha dari pihak tertentu untuk mengalih pandangan generasi masa kini dengan memberi gambaran negetif terhadap pemerintahan umat Islam di Andalus. Atas sebab inilah, penulis Reinhart Dozy menulis buku ini dengan mengemukakan kepada generasi masa kini mengenai kejayaan umat Islam di Sepanyol.

Buku ini mengandungi 60 tajuk, bermula dengan menyatakan tentang sejarah kemasukkan umat Islam ke Andalus melalui panglima Islam Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair pada tahun 711 Masihi. Kemasukkan ini diikuti oleh orang-orang Islam seramai 7 000 orang yang menyeberangi Selat Gibraltar. Berlaku peperangan antara tentera Islam pimpinan Tariq dengan pemerintah Kristian iaitu Roderick di sebuah lembah yang dikenali dengan nama Rio Barbate. Peperangan yang berlaku pada 19 Julai 711 Masihi. Dengan kemenangan itu, maka negeri Sepanyol terbuka luas bagi tentera Islam menaklukinya.

(28)

Namun, kekayaan dan keindahan Sepanyol lebih terserlah di bahagian selatan yang dikenali sebagai Andalus yang mewakili 2/3 Sepanyol.

Kemudian, perbahasan seterusnya menyentuh mengenai kepimpinan politik umat Islam di Sepanyol. Penulis telah menyenaraikan pemimpin atau Amir sepanjang pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol. Pemimpin yang dinyatakan oleh penulis ialah Abdul Rahman al-Dakhil, Hisham, al-Hakam, Abdul Rahman, Muhammad bin Abdul Rahman, Umar bin Hafs, Munzir, Abdullah bin Muhammad, Hakam 11, Muhammad, Husham, Sulayman, Ali, Qasim, Yahya, Abdul Rahman V, Muhammad 111 dan Hisham 11. Setiap seorang daripada pemerintah tersebut, dinyatakan sifat peribadinya dan polisi pemerintahan mereka di Sepanyol.

Pada tajuk yang ke-27 daripada 60 tajuk yang dikemukakan dalam buku ini, penulis mula menumpukan perhatiannya kepada kerajaan-kerajaan kecil di Sepanyol iaitu The Taifa Spain Muluk al-Tawa’if. Perbahasan mengenai kerajaan-kerajaan kecil ini bermula, setelah penulis menghuraikan tentang kelemahan-kelemahan yang wujud di akhir pemerintah Bani Umayyah di Sepanyol. Dua kelemahan yang dinyatakan oleh penulis iaitu kelemahan pemerintah dan tebalnya sikap perkauman atau kepuakkan dalam kalangan masyarakat Islam di Sepanyol pada ketika itu. Namun, menurut beliau akibat sikap ini, umat Islam menemui kegagalan dalam meneruskan legasi pemerintahan di Sepanyol.

Perbincangan mengenai Muluk al-Tawa’if dalam buku ini, tidak dibahas secara mendalam, ini kemungkinan perbahasannya terlalu panjang di mana penulis perlu menyatakan setiap kerajaan dan polisi kepimpinan mereka di kawasan-kawasan yang ditakluki masing-masing. Namun, penulis tetap mengemukakan contoh pemerintahan pada era Muluk al-Tawaif, iaitu kerajaan Banu Abbad di Sevilla.

(29)

memperluaskan kerajaan Sevilla hingga ke kawasan barat dan barat daya serta cuba untuk menawan Cordova dan Granada. Akhirnya, Cordava jatuh ke tangan mereka pada era pemerintahan al-Mu’tamid.

Perbahasan seterusnya ialah menyentuh tentang kebangkitan Kerajaan Murabitun menguasai Sepanyol dan menamatkan pergolakan sesama sendiri pada era Muluk al-Tawaif. Kekuatan kepimpinan Yusuf Tashifin iaitu panglima Islam kerajaan Murabitun dinyatakan oleh penulis bagi melengkapkan penceritaannya tentang penamatan era Muluk al-Tawaif dan mengembalikan Sepanyol ke arah satu pemerintah berpusat.

Penulis di akhir perbincangan mengenai sejarah umat Islam di Sepanyol, tidak ketinggalan menyatakan tentang pencapaian tamadun umat Islam di Sepanyol dalam pelbagai bidang. Pada chapter ke 56 hingga 60, beliau menyentuh tentang pencapaian dalam bidang sains dan teknologi dan penghasilan sesuatu yang baru dalam bidang kehidupan yang tidak pernah dihasilkan oleh tamadun lain sebelumnya. Beliau tidak menolak kejayaan barat hari ini berpunca daripada idea-idea kreatif umat Islam di Sepanyol.

Kesimpulan daripada perbahasan buku ini, penulis dilihat begitu mengakumi pencapaian yang dihasilkan oleh umat Islam di Sepanyol. Kejayaan besar itu bukan sahaja dimanafaatkan pada zaman itu, bahkan pada era ini, masyarakat dunia perlu berterima kasih kepada umat Islam di Sepanyol atas pencapaian yang tinggi itu.

TAHUN 2002

Decisive Moments In The History of Islam oleh Muhammad Abdullah Enan. 2002. New Delhi. India: Goodword Books.

(30)

Bagi merealisasikan matlamat ini, penulis telah mengemukakan empat fasal dalam buku ini. Fasal pertama ialah Decisive Moments atau bermaksud pengalaman yang berpahat. Pada fasal ini, penulis mengemukakan beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah masyarakat Islam yang dilihat bernilai dalam kehidupan mereka. Pertama dinyatakan tentang sejarah pembukaan Kota Constantinople di Tukri. Peristiwa ini mencatat suatu kejayaan besar bagi masyarakat Islam kerana berjaya memecahkan penguasaan Rom yang berkuasa di kawasan itu. Tokoh bersejarah iaitu al-Fatih dalam usia muda mampu memimpin sebuah gerakan Islam menguasai kota bersejarah itu. Melalui peristiwa ini, umat Islam wajar mengambil pengajaran, bagaimana untuk terus maju dalam kehidupan mereka dan bersemangat dalam melawan segala anasir yang boleh menjauhkan mereka daripada pegangan ajaran Islam yang suci ini.

Fasal yang kedua, penulis telah mengemukakan satu topik penting iaitu berkaitan pengalaman kerajaan Islam dalam menjalinkan hubungan diplomasi dengan kerajaan-kerajaan bukan Islam. Dinyatakan tentang pandangan ulama’ mengenai hubungan dengan pemerintah bukan Islam, selain mendatangkan beberapa contoh bagi membuktikan kejayaan kerajaan-kerajaan Islam dalam menjalinkan hubungan dengan pemerintah bukan Islam. Contohnya, kejayaan kerajaan Abbasiyyah melalui pemerintahnya iaitu Harun al-Rashid membina kerjasama dengan pemerintah bukan Islam dan individu bukan Islam sehingga wujudnya pertukaran budaya dan ilmu antara kedua-dua pemerintah. Melalui hubungan ini, perkembangan sains boleh bergerak maju dan melahirkan tokoh-tokoh besar dalam bidang sains di Kota Baghdad.

(31)

pelbagai helah politik dan ketenteraan untuk mengusir orang Islam dari Andalus. Penaklukan Toledo telah bermula pada tahun 478 H/ 1085 M. Akibatnya Yusuf Tashfin datang memberi pertolongan di Andalus.

Konflik seperti ini, dikemukan oleh penulis supaya masyarakat Islam hari ini sentiasa mengambil pengajaran daripada peristiwa orang-orang Islam di Andalus. Kejatuhan mereka disebabkan kelemahan iman dan kegilaan kepada pangkat dan harta menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan permainan politik musuh.

Fasal kelima, penulis mengemukakan biografi dua orang tokoh iaitu Marco Polo dan Ibn Batuta, bertujuan mendedahkan kepada masyarakat hari ini semangat orang-orang terdahulu dalam melakukan pengambaran dan meneroka sesuatu bidang yang baru dalam kehidupan.

Kesimpulan daripada perbincangan dalam buku ini, penulis dilihat begitu bersemangat untuk melihat masyarakat Islam khususnya kembali mengusai dunia dengan mengembalikan kegemilangan yang pernah dicapai oleh mereka. Untuk mencapai ke arah, generasi Islam hendaklah mengali khazanah Islam daripada sejarah-sejarah yang bernilai yang mereka miliki untuk dijadikan falsafah dalam melayari kehidupan masa depan.

TAHUN 2005

Toledo oleh Salah Zaimeche. 2005. Manchester : Victoria Park.

Artikel ringkas hasil tulisan Salah Zaimeche mengenai sebuah bandar yang terletak di Sepanyol iaitu Toledo. Beliau dalam artikelnya membincangkan tentang sejarah Toledo yang pernah berada di bawah kekuasaan kerajaan Islam.

Menurut penulis, Toledo dikuasai oleh Banu Dhu al-Nun bermula dengan pemerintahan Amir Ismail bin Abd. al-Rahman bin Sulayman, dari kelompok Yamani. Penguasaan ini berlaku selepas kerajaan Bani Umayyah tidak lagi berkuasa di Sepanyol dan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil dan Toledo salah satu daripada wilayah yang didirikan kerajaan padanya.

(32)

Kristian iaitu Alfanso VI pada tahun 1085M, dan memindahkan ibu kota kerajaan Kristian dari Burgos ke Toledo. Dengan demikian berakhirlah pemerintahan Banu Dhu al-Nun di Toledo, Toledo merupakan bandar yang pertama berjaya ditakluk oleh pihak Kristian.

Ekoran kejatuhan Toledo di tangan Kristian, ianya mengejutkan umat Islam dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain sehingga kerajaan Banu Abbad di Sevilla mengundang kerajaan Murabitun dari utara Afrika untuk datang mengusir pihak Kristian.

Secara kesimpulan, artikel ini hanya membincangkan sejarah Toledo iaitu sebahagian jajahan kerajaan Muluk al-Tawaif dengan menyatakan sejarah perkembangan dan kejatuhannya di tangan Kristian.

TAHUN 2006

Al-Daur al-Jihadi lil Ulama’ fil al-Andalus oleh Mahmud Muhammad Abu Nida’. 2006. Gaza: Universiti Islam Gaza.

Buku ini berjudul Al-Daur al-Jihadi lil Ulama’ fil al-Andalus yang bermaksud peranan ulama’ Andalus dalam menyuburkan semangat jihad. Ianya adalah sebuah desertasi yang dihasil oleh Mahmud Muhammad Abu Nida’ pada tahun 2006 di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera, Universiti Islam Gaza, Palestin.

(33)

menumpukan peranan para ulama’ meniup semangat jihad dalam kalangan pemimpin dan masyarakat Andalus.

Perbahasan dalam buku ini dimulai pada era kerajaan Muluk al-Tawa’if iaitu pada tahun 422H/1031M iaitu sekitar abad ke- 5 hijrah dan perbahasan turut meliputi era Murabitun dan Muwahiddun. Terdapat tujuh fasal dalam buku ini yang menghuraikan tentang peranan ulama’ dalam meniup semangat jihad dalam kalangan umat Islam Andalus.

Fasal yang pertama, penulis membincangkan tentang latar politik umat Islam di Andalus bermula era konfilik iaitu selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah dan pembentukkan kerajaan Muluk al-Tawa’if, penguasaan Murabitun dan Muwahiddun. Perbahasan yang kedua, membincangkan peranan ulama’ dalam menyebarkan ilmu agama terutama meniup segamat jihad ke arah menamatkan persengketaan orang-orang Islam di Andalus pada era kerajaan Muluk al-Tawa’if. Fasal yang ketiga pula, menyatakan tentang pengaruh para ulama’ dalam kerajaan dan seterusnya mengajak mereka supaya bersatu antara satu sama lain. Fasal keempat, menumpukan kepada peranan para ulama’ dalam mengajak masyarakat Islam supaya berjihad menentang Kristian dan mempertahankan tanah air. Fasal yang kelima, memberi tumpuan kepada pandangan atau ijtihad para ulama’ terhadap golongan yang menolak jihad. Fasal keenam membincangkan tentang puisi-puisi atau Qasidah yang dikarang oleh para ulama’ dalam menyuburkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam. Manakala fasal yang terakhir, iaitu fasal yang ketujuh, dinyatakan nama para ulama’ pada era konflik yang memainkan peranan tersebut.

TAHUN 2007

(34)

Artikel ini membincangkan keistimewaan era Muluk al-Tawaif. Dalam artikel ini penulis menyatakan keistimewaan yang terdapat era Muluk al-Tawaif terbahagi kepada 5 aspek yang utama. Antaranya, penulis membincangkan tentang perluasan wilayah, musuh sebagai faktor menewaskan sesama umat Islam, kehilangan kuasa secara Mutlak, Menganiaya bangsa Andalus dan akhir sekali berkaitan dengan dakwah demi kebangkitan Ummah.

Dalam aspek perluasan wilayah penulis menyatakan bahawa era ini berbeza dengan era lain kerana duwaylat saling berlumba untuk meluaskan kuasa masing-masing dengan pelbagai cara apa cara sekalipun agar hasrat mereka tercapai. Ini dilakukan, sama ada dengan tipu helah mahu pun terpaksa menggunakan mata pedang. Hal ini jelas kelihatan dengan apa yang dilalui al-Mu;tadid b 'Abbad ketika Berjaya menewaskan beberapa kuasa puak di selatan dan barat Andalus, peperangan dengan Banu Yahya, Banu al-Aftas, Banu Jawhar, Banu Ziri, cukup membuktikan pendekatan yang diguna pakai oleh kuasa Muluk Al-Tawaif dalam perluasan wilayah.

Keistimewaan era Muluk al-Tawaif kedua yang dibincangkan oleh penulis adalah berkaitan dengan musuh sebagai faktor menewaskan sesama umat Islam. Pemerintah muluk al-Tawaif saling berlumba untuk mendapat bantuan senjata dan tenaga dari kuasa Kristian untuk

survival kerajaan mereka dan perluasan kuasa. Selain itu, fitnah dan adu domba seringkali dilemparkan terhadap pemerintahan Islam oleh pihak Kristian. Misalnya, Alfonso pernah memberi bantuan kepada pemerintah Islam tertentu semata-mata untuk menewaskan pihak musuh. Mereka juga membayar Jizyah kepada pemerintah Islam dengan harapan supaya mereka menjadi semakin lemah dan akhirnya seluruh wilayah menjadi milik mereka.

(35)

Seterusnya, penulis menyambung lagi perbincangan dengan menjelaskan keistimewaan dalam aspek yang keempat iaitu menganiaya Bangsa Andalus. Gambaran yang dibawa pada ketika itu suasana huru hara, kucar-kacir dan hasad dengki banyak berlaku di kalangan penduduk Andalus hinggan berlaku banyak pembunuhan. Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat merasa takut untuk keluar ke masjid untuk menunaikan solat semata-semata takutkan orang Barbar, bencana kebuluran pula menimpa penduduk Cordova sehinggakan mereka terpaksa memakan bangkai serta mencuri di masjid. Kemuncak situasi yang menyedihkan ini merupakan kejatuhan Khilafah dengan cara yang salah. Pergolakan menjadi semakin kusut sehingga pemberontakan dalaman merentasi pergolakan kawasan antara duwaylat. Para penyair dan sasterawan merakamkan situasi sedih ini dalam karya-karya mereka, sama ada dalam bentuk puisi mahu pun prosa.

Keistimewaan akhir yang digariskan oleh penulis adalah berkaitan dakwah demi kebangkitan ummah. Ketika tentera Kristian menyelinap masuk ke bumi Andalus, mereka melakukan jenayah, mengoyak al-Quran, membakar masjid dan memperkosa wanita. Segala bencana ini telah meniggalkan titik hitam serta luka dalam di hati penduduk Andalus. Gerakan refomasi mula memperingatkan masyarat tentang masalah yang berlaku, meniupkan ruh atau semangat penentangan terhadap musuh. Para fuqaha', penyair dan ahli sejarah terkemukan turut menyumbang dalm gerakan ini seperti Ibn Hazm al-Andalusi, Ibn 'Abd Barr, al-Hawzini dan Ibn Hayyan. Mereka berusaha menyedarkan para Umara' Andalus agar bertanggungjawab atas perselisihan mereka. Mereka juga memperingatkan umat Islam agar jangan bersikap mendiamkan diri. Mereka menemui gabenor-gabenor Muluk al-Tawaif dan menasihati mereka untuk menyatukan para menyokong mereka.

(36)

Ibn Khafajah dan Puisi Jihad Di Andalus: Satu Tinjauan Sejarah oleh Muhd. Zulkifli Ismail dan Zamri Arifin. 2007. Prosiding Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan II: Politik, Ekonomi, Sosial Dan Intelektual Era Andalusi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel ini membincangkan tentang Ibn Khafajah. Nama penuh beliau ialah Ibrahim b. Abu al-Fath b 'Ubayd Allah b Khafajah al-Hawwari al- Andalusi, Abu Ishaq (1058-1138M). beliau dilahirkan di Alcira, bahagian timur Andalus, yang terletak di wilayah Valencia. Ibn Khafajah merupakan seorang penyair yang hebat pada zamannya, ciri-ciri puisi Ibn Khafajah secara umumnya bersifat halus dan perkataan-perkataan yang digunakan adalah indah dan unik.

Penulis menceritakan lagi akan keistimewaan Ibn Khafajah adalah terletak kepada minat dan kecenderungan beliau terhadap lakaran unsur-unsur keindahan alam semulajadi dan banyak puisinya adalah menceritakan interaksi dengan alam andalus sehingga dia digelar oleh penduduk setempat sebagai al-jinan (taman-taman) dan Sanawbar al-Andalus (pokok pine Andalus). Tumpuan diberikan kepada Ibn Khafajah kerana pandangan beliau terhadap sikap buruk pemimpin Muluk al-Tawaif, secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau tidak menyukai perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus.

Penulis artikel ini menceritakan keadaan politik di zaman Ibn Khafajah, beliau melalui dua era pemerintahan iaitu pemerintahan Muluk Tawaif dan era Murabitun. Di Era Muluk al-Tawaif menyaksikan andalus berpecah kepada wilayah-wilayah kecil yang ditadbir secara berasingan di bawah pemerintahan tersendiri tanpa sebarang kuasa pusat yang menyatukan mereka dan telah mula timbul peperangan sesama sendiri. Rentetan daripada keadaan politik di Andalus pada ketika itu, Ibn Khafajah tidak pernah memuji pemerintah Muluk al-Tawaif dalam puisi-puisinya yang bertemakan pujian, walaupun mereka terkenal dengan kecenderungan terhadap kesusateraan dan sering menyanjung para sasterawan.

(37)

pejuang jihad di Andalus. Sebagai contoh, Ibn Khafajah dalam sebuah puisinya yang menceritakan tentang keindahan alam semulajadi di Andalus telah menyelitkan unsur-unsur gesaan berjihad.

Sebagai kesimpulan, artikel ini menunjukkan sikap Ibn Khafajah terhadap pemimpin Muluk al-Tawaif, di mana beliau tidak menyukai perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus.

Perkembangan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492M): Satu Sorotan Sejarah Menurut Sumber-Sumber Berbahasa Indonesia oleh Saifullah Mohd. Sawi. 2007. Prosiding Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan II: Politik, Ekonomi, Sosial Dan Intelektual Era Andalusi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel ini membincangkan tentang perkembangan tamadun Islam di Andalus dengan berpandukan kepada sumber-sumber dalam bahasa Indonesia. Penulis artikel ini pada pendahuluan penulisannya, beliau menghuraikan latar belakang Andalus secara umum. Di mana, menuru beliau, Andalus adalah sebuah negara yang berada dalam benua Eropah. Dipimpin oleh kerajaan Kristian sebelum kedatangan Islam. Setelah kemasukan Islam pada tahun 92H, persekitaran politik dan sosial di Andalus telah berubah. Menurut beliau lagi, Andalus terkenal dengan pembinaan tamadun yang ulung dan cemerlang sehingga namanya dan sejarahnya disebut oleh setiap generasi termasuklah buku-buku dari Indonesia.

Penulis dalam membincangkan tentang sejarah Andalus dalam sumber buku Indonesia, beliau menyatakan bahawa dalam buku Indonesia dinyatakan tentang Muluk al-Tawaif atau kerajaan-kerajaan kecil yang terbentuk ekoran kelemahan sistem pemerintahan Bani Umayyah di Andalus.

(38)

Perbincangan lain dalam artikel ini menyentuh hampir sebahagian tentang kerajaan-kerajaan selepas era Muluk al-Tawaif iaitu Murabitun, Muwahiddun dan Bani Nasriyyah di Granada.

Sebagai kesimpulan, sumber buku Indonesia terlalu banyak membicarakan tentang sejarah Islam dan umat Islam di Andalus. Buku-buku kebanyakkannya dihasilkan sendiri oleh penyelidik sejarah Islam Indonesia atau diterjemahkan dari bahasa asing kepada bahasa Indonesia. Manakala skop perbahasan juga meliputi setiap aspek dalam peradaban Islam di Andalus.

Pencapaian Muluk al-Tawa'if Dalam Aspek Politik dan Tamadun Di Andalus: Satu Analisa oleh Layth Su'ud Jasim, Eeman Muhammad 'Abbas dan Suhaila Zailani. 2007. Prosiding Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan II: Politik, Ekonomi, Sosial Dan Intelektual Era Andalusi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel ini telah dihasilkan oleh tiga orang penyelidik dan penulis iaitu Layth Su'ud Jasim, Eeman Muhammad 'Abbas dan Suhaila Zailani. Secara keseluruhan, artikel ini membincangkan tentang sejarah Andalus pada era Muluk al-Tawa'if dengan menumpukan kepada aspek politik dan tamadun. Kedua-kedua aspek ini, perlu dilihat dengan lebih mendalam kerana pada era ini, umat Islam di Andalus berada dalam krisis politik yang meruncingkan.

Pada pendahuluan artikel ini, penulis menyatakan tentang sejarah pemerintahan Bani Umayyah di Andalus. Nama-nama besar seperti Abd. Rahman Dakhil, Hakam al-Muntansir dan pemimpin-pemimpin Bani Umayyah lain yang telah mengharumkan nama Andalus ke persada dunia, disebut oleh penulis, lantaran kejayaan mereka dalam bidang politik dan tamadun di Andalus pada peringkat awal. Kemudian, kepimpinan Bani Umayyah semakin merosot dan mengalami kelemahan berpunca sikap pemimpin dan sikap kepuakkan masyarakat Islam Andalus. Ekoran itu, berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam ingga terbentuknya kerajaan-kerajaan kecil atau Muluk al-Tawa'if. Era ini menurut penulis bermula pada tahun 422H/ 1031M.

(39)

kabilah dan suku kaum masing-masing. Kaum Arab terbahagi kepada sebelas kumpulan yang membentuk kerajaan di kawasan masing-masing. Mereka ialah;

1. Bani 'Abbad. Mereka berasal dari kabilah lakhm yang memerintah di Sevilla.

2. Bani Jahwar. Keluarga ini memerintah Cordova.

3. Bani Bakr. Berkuasa di Huelva dan Saltex.

4. Bani Yahya. Berkuasa di Nievla.

5. Bani Mazin. Berkuasa di Silves

6. Bani Tujib. Berkuasa di Saragossa.

7. Bani Hud. Berkuasa di Saragossa juga.

8. Bani Razin. Berkuasa di Albarracin yang dinamakan Shantamariyyah.

9. Bani al-Qasim al-Fahrayyun. Berkuasa di Alpuente.

10. Bani Sumadih. Berkuasa di Almeria.

11. Al-Amiriyyun. Memerintah Valencia, Almeria dan Murcia.

Manakala kaum al-Saqalibah iaitu kaum yang berasal daripada keturunan hamba. Menurut penulis, perkataan al-Saqalibah digunakan secara meluas terhadap hamba yang dibeli dari pelbagai wilayah Eropah termasuk utara Semenanjung Iberia yang beragama Kristian. Mereka juga telah membentuk kerajaan-kerajaan kecil yang tersendiri, kerajaan tersebut ialah;

1. Sabur al-Farisi memerintah sebuah kawasan yang bernama Baytalius.

2. Mujahid al-Amiri memerintah di Saragossa.

3. Khayran memerintah Almeria dan Murcia.

4. Zuhayr memerintah di Almeria.

(40)

6. Nabil memerintah Tutuwashah.

Selain kaum Arab dan al-Saqalibah, kaum Barbar juga mempunyai kerajaan-kerajaan yang tersendiri di Andalus. Penulis menyatakan, bahawa kaum Barbar merupakan kaum yang berhijrah ke Andalus dari Utara Afrika. Penghijrahan mereka berlaku pada zaman al-Mansur bin Abi 'Amir. Kerajaan-kerajaan mereka adalah seperti berikut;

1. Bani Hamud. Memerintah Malaga dan Algeciras.

2. Bani Ziri. Berkuasa di Granada.

3. Bani Barzal. Berkuasa di Carmona.

4. Bani Yafran. Berkuasa di Ronda.

5. Bani Dammar. Berkuasa di Moron.

6. Bani Khazrun. Berkuasa di Arcos dan Xeres.

7. Muhammad bin Sa'id. Berkuasa di Shantarmariyyah.

8. Ibn Tayghur. Berkuasa di Mertola.

9. Bani al-Aftas. Berkuasa Badajoz.

10. Bani Dhu al-Nun. Berkuasa di Toledo.

Penulis juga menyatakan bahawa kesemua kerajaan-kerajaan kecil ini mengamalkan dasar mementingkan diri sendiri dengan mengetepikan antara satu sama lain. Sikap ini menyebabkan kuasa Kristian di Utara Andalus mula memasuki urusan pentadbiran umat Islam di Andalus. Hasil daripada perpecahan ini, masa depan umat Islam di Andalus dan nasib mereka sudah boleh diramalkan. Penulis menegaskan bahawa perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di Andalus dengan pembentukkan Muluk al-Tawa'if ini, menyebabkan kelemahan demi kelemahan mula zahir dalam sudut politik dan pentadbiran umat Islam di bumi Andalus.

(41)

samping isu-isu yang lain yang mendorong kepada kelemahan dan keruntuhan tamadun Islam yang dibina 8 abad lamanya.

Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalus : Teladan dan Sempadan oleh Mohd Roslan Mohd Nor. 2007. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Artikel tulisan Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, pensyarah di Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, telah dimuatkan dalam buku berjudul Baldatun Tayyibah : Model Andalusia. Objektif artikel ini ditulis adalah untuk meninjau sejarah perkembangan dan kejatuhan pemerintahan Islam di Andalus dan mengambil pengajaran daripadanya.

Menurut penulis, Umat Islam di Andalus, terbahagi kepada beberapa tahap. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada peringkat-peringkat yang dilalui oleh pemerintah umat Islam di Andalus. Terdapat tiga tahap, antaranya seperti berikut;

a) Tahap penubuhan dan pembinaan

b) Tahap krisis

c) Tahap kegemilangan

d) Tahap kelemahan dan keruntuhan

Manakala dalam aspek pemerintahan pula, dibahagikan kepada lima peringkat. Pembahagian ini dilihat berdasarkan kepada kronologi kerajaan-kerajaan Islam yang memerintah di Andalus. Lima peringkat tersebut adalah seperti berikut;

a) Zaman pemerintahan gabenor Bani Umayyah Damsyik (711M-756M)

b) Zaman pemerintahan Bani Umayyah (756M-1031M)

c) Zaman pemerintahan kerajaan kecil atau Muluk al-Tawa’if (1031M-1086)

d) Zaman pemerintahan kerajaan Afrika Utara (1086M-1143M)

(42)

Perbincangan mengenai Muluk al-Tawa’if diulas oleh penulis, di mana menurut beliau, kewujudan kerajaan-kerajaan ini ekoran daripada kelemahan pemimpin Bani Umayyah selepas khalifah al-Mustansir Billah (961M-976M). Selain itu, faktor semangat kepuakan dalam kalangan masyarakat Islam di Andalus begitu tinggi sehingga menyebabkan terbentuknya kuasa pemerintahan tersendiri di wilayah yang berasingan. Semangat ini menjadikan mereka tidak langsung berpegang kepada ukhwwah Islamiyyah sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.

Kemudian penulis mengemukakan perkara-perkara yang perlu diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia. Jika diteliti dengan mendalam, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam di Andalus telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan, di samping perkembangan industri dan pertanian. Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:

a) Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang mentadbir wilayah. Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Di samping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Qairawan. Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

(43)

c) Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Selain itu, penulis juga mengemukakan kejayaan-kejayaan umat Islam di Andalus yang boleh dijadikan iktibar ialah, kejayaan tersebut adalah seperti berikut;

a) Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan, kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi kerana mereka menggalakkan suasana intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

b) Kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat.

Kesimpulan artikel ini, penulis menegaskan bahawa kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam. Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Kristian dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam. Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini.

TAHUN 2009

Referensi

Dokumen terkait

Lithos filling machine adalah suatu mesin yang digunakan untuk pengisian pelumas ke dalam lithos (botol kemasan plastik ) yang menggunakan

Proses pembelajaran menggunakan model pembelajaran numbered heads together yang menarik perhatian siswa dan sesuai materi dapat meningkatkan kualitas pembelajaran

pengertian sistem informasi prototype digunakan untuk membantu sistem desain yang akan dibangun sistem informasi secara intitusi dan mudah diubah untuk end user, prototipe

Berdasarkan hasil penyusunan kinerja Rencana Kerja Dinas Kehutanan Kabupaten Tambrauw, mencakup sasaran, program dan kegiatan yang dilaksanakan pada tahun lalu

ACE Inhibitor dan angiotensin receptor blockers mempunyai efek yang baik pada fungsi renal dan memperbaiki sensitivitas insulin, oleh karena itu ACE Inhibitor dan

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

Berdasarkan hasil yang didapat, maka assessment berbasis problem solving pada materi pokok kelarutan dan hasilkali kelarutan (Ksp) yang dikembangkan

Tujuan penelitian ini untuk menentukan tingkat kemiripan sekuens barcode DNA tanaman Anggrek Payus Limondok (Phaius tancarvilleae) dengan spesies kerabatnya yang