• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJAUHMANAKAH ORDINAN PERATURAN DARURAT (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJAUHMANAKAH ORDINAN PERATURAN DARURAT (2)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

PERGERAKAN GERAKAN KOMUNIS DAN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

Ideologi komunis bukanlah sebuah ideologi yang asing di Tanah Melayu. Ideologi

ini diasaskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19. Ideologi ini pada

suatu ketika pernah menjadi ancaman kepada negara sehingga menyebabkan tercetusnya

zaman darurat. Ideologi ataupun fahaman komunis ini diperkenalkan oleh penghijrah

Cina yang merupakan anggota Parti Kuomintang (KMT).1 Di samping itu, usaha

meluaskan pengaruh dan ideologi komunis dalam kalangan penduduk Tanah Melayu turut

dijalankan dan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah Comintern

(Communist International). Usaha untuk menyebarkan ideologi dan fahaman komunis

dalam kalangan orang Melayu ini dapat dilihat melalui kehadiran pemimpin komunis dari

Indonesia seperti Alimin, Tan Malaka, Darsono dan lain-lain yang mana mereka turut

mempengaruhi orang Melayu Islam supaya menyertai gerakan komunis di negeri-negeri

Melayu.2

Tan Malaka sebagai contohnya pernah ke Pulau Pinang pada Mei 1926 dan

berjaya menubuhkan kelab di Seberang Prai.3 Antara sebab mengapa Tanah Melayu

menjadi pilihan untuk komunis menyebarkan pengaruh mereka adalah kerana kegagalan

mereka sendiri untuk menguasai Pulau Jawa pada 1926. Tanah Melayu juga menjadi

sasaran komunis menyebarkan pengaruh kerana majoriti penduduknya adalah berbangsa

Melayu sama seperti di Indonesia dan bahasa yang dipertuturkan juga adalah sama.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak komunis untuk menyebarkan pengaruh

1 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 : Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004, hlm. 3.

2 Ho Hui Ling, ‘Gerakan Komunis dan PKM : Penelitian Terhadap Usaha Komunis Mempengaruhi Orang Melayu 1920-1989’Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jil. 8, Bil. 1, 2015.

(2)

mereka di Tanah Melayu akan tetapi ianya hanya lebih mendapat sambutan daripada

orang Cina sahaja berbanding orang Melayu dan India. Penyertaan orang Cina dalam

komunis adalah disebabkan oleh kesetiaan mereka kepada tanah asal mereka dan segala

perubahan yang berlaku di negara China.4

Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat juga segelintir orang Melayu yang

terpengaruh serta terlibat dengan gerakan komunis di Tanah Melayu seprti Abdullah C.D,

Musa Ahmad, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Pergerakan komunis menjadi lebih

rancak apabila Parti Komunis Nanyang (PKN) ditubuhkan pada tahun 1928.5 PKN

terbentuk kerana berlakunya perpecahan di antara KMT dan Parti Komunis China (PKC)

di China. Akibat daripada perpecahan ini komunis di Tanah Melayu tidak lagi dapat

menggunakan cawangan KMT untuk menyebarkan pengaruh komunis mereka dan

disebabkan itulah PKN ditubuhkan sebagai platform yang baru untuk mereka meluaskan

pengaruh. PKN dijadikan oleh Comintern sebagai alat untuk menyelaras, menggerak dan

mengawasi pergerakan komunis di Tanah Melayu, Thailand, Burma, Annam, Indochina

dan Indonesia dengan Singapura sebagai pusatnya.6 PKN diletakkan di bawah arahan

Biro Timur Jauh Comintern di Shanghai dan menjadikan Singapura sebagai pusatnya

yang dikawal oleh PKC.7

Tetapi apa yang diharapkan daripada penubuhan PKN tidak mencapai kejayaan.

Hal ini kerana PKN gagal mencapai matlamat seperti yang diharapkan dalam

mengkoordinasikan pergerakan komunis. Rentetan itu PKN telah dibubarkan semasa

Persidangan Perwakilan Ketiga di Singapura pada tahun 1930 dan selaras dengan itu

4 Ho Hui Ling, ‘Keadaan Sosial di Tanah Melayu, 1948-1960’, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 5.

5 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 7.

6 Ho Hui Ling, ‘Gerakan Komunis dan PKM : Penelitian Terhadap Usaha Komunis Mempengaruhi Orang Melayu 1920-1989’Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jil. 8, Bil. 1, 2015, hlm. 66.

(3)

Comintern memutuskan untuk menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM).8 PKM

ditubuhkan pada tanggal 30 April 1930 dan Setiausaha Agung pertamanya ialah Joseph

Ducroix.9 Penubuhan PKM kini menandakan bahawa gerakan komunis di Tanah Melayu

tidak lagi berada di bawah PKC sebaliknya di bawah Biro Timur Jauh Comintern. PKM

telah menggunakan keadaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an untuk

mempengaruhi buruh-buruh di Tanah Melayu agar melakukan mogok kerja. Pihak PKM

pada ketika itu telah berjaya menghasut golongan pekerja dalam hampir semua sektor

seperti perlombongan, binaan, perkilangan, pembuatan serta perladangan.

Pihak PKM juga meniupkan semangat anti-Jepun khususnya kepada orang-orang

Cina di Tanah Melayu. Mereka menggunakan isu Perang China-Jepun untuk meniup

semangat kebangsaan dalam kalangan orang Cina. Keadaan ini berterusan sehingga

menjelang Perang Dunia Kedua apabila pihak PKM menawarkan kerjasama kepada pihak

British dalam usaha menentang kemaraan Jepun di Tanah Melayu. Hasil dari kerjasama

ini telah melahirkan sebuah pertubuhan iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army

(MPAJA) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga.10 Matlamat utama MPAJA adalah

untuk menentang Jepun bersama-sama dengan British di samping mendapat bantuan

senjata, latihan, kewangan serta bantuan logistik. MPAJA mendapat sokongan ramai

orang Cina dari segi bekalan makanan, maklumat dan rekrut. Selepas Jepun menyerah

kalah pada 15 Ogos 1945, MPAJA dan PKM telah keluar melakukan pelbagai kezaliman

seperti pembunuhan untuk menghukum mereka yang didapati bersubahat dengan Jepun.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu dan mengambil semula kuasa

pemerintahan melalui British Military Administration (BMA), MPAJA telah dibubarkan

pada 1 Disember 1945. Mereka telah diarahkan supaya memulangkan semula senjata

(4)

akan tetapi didapati bahawa masih banyak lagi senjata yang tidak dipulangkan malah

disembunyikan. Jelas dapat dilihat disini bahawa pihak PKM sebenarnya sejak dari awal

lagi telah merancang untuk menguasai Tanah Melayu serta bercita-cita untuk

menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Dengan itu mereka perlu

menghalau British keluar dari Tanah Melayu supaya cita-cita mereka terlaksana. Antara

strategi yang digunakan oleh PKM untuk menguasai Tanah Melayu termasuk dengan

melancarkan gerakan bersenjata pada tahun 1948. Dalam penulisan ini, faktor-faktor yang

membawa kepada gerakan bersenjata oleh pihak PKM pada tahun 1948 akan

dibincangkan dengan lebih lanjut.

FAKTOR-FAKTOR PKM MELANCARKAN GERAKAN BERSENJATA DI TANAH MELAYU PADA TAHUN 1948

KEGAGALAN DASAR BARISAN BERSATU

Salah satu faktor yang membawa kepada keputusan PKM untuk melancarkan

gerakan bersenjata ialah kegagalan dasar Barisan Bersatu. Dasar ini memerlukan PKM

untuk bergabung dengan organisasi politik yang lain dan kesatuan sekerja untuk menuntut

kemerdekaan.11 Apabila rancangan Malayan Union diperkenalkan oleh British, PKM

telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan berhaluan kiri lain. Kerjasama di antara

PKM dengan pertubuhan berhaluan kiri sebenarnya adalah bertujuan untuk menentang

rancangan Malayan Union (MU). Rancangan Malayan Union ditentang oleh PKM dan

pertubuhan kiri yang lain adalah kerana rancangan ini dilihat oleh mereka sebagai satu

langkah yang diambil oleh British bagi menguatkan cengkamannya terhadap Tanah

Melayu.12 Antara pertubuhan kiri yang bekerjasama dengan PKM ketika itu termasuklah

11 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya, hlm. 16.

(5)

All Malayan Council of Joint Action (AMCJA), Parti Kebangsaan Melayu Malaya

(PKMM), Malayan Democratic Union (MDU), New Democratic Youth League (NDYL),

Malayan Indian Congress (MIC), Hisbul Muslimin dan Saberkas (Kedah).13 Rancangan

MU walaupun mendapat sokongan daripada orang Cina di Tanah Melayu akan tetapi

ianya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu ekoran daripada isu kerakyatan

yang diberikan secara longgar kepada orang bukan Melayu. Oleh itu, British

kemudiannya mengadakan perundingan dengan UMNO dan Raja-raja Melayu bagi

mencari penyelesaian kepada kemelut tersebut dengan membincangkan tentang

perlembagaan baru yang akan diwujudkan. Malangnya British tidak melibatkan PKM

dalam perbincangan ini dan PKM merasakan tindakan ini mengancam kepentingan

mereka.14

Dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan berhaluan kiri, PKM juga

memainkan peranan dalam gabungan PUTERA-AMCJA. PUTERA dianggotai oleh

pertubuhan sepeti AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan API (Angkatan Pemuda Insaf).

PKM mengharapkan agar gabungan PUTERA-AMCJA akan berganding bahu bersama

mereka untuk menentang British seterusnya mencapai matlamat bagi membentuk sebuah

negara komunis di Tanah Melayu. Selaras dengan itu, gabungan AMCJA-PUTERA telah

mengemukakan Perlembagaan Rakyat pada bulan Oktober 1947 yang menyatakan

bahawa Tanah Melayu seharusnya ditadbir oleh kerajaan sendiri melalui sistem

demokrasi.15 Tetapi perlembagaan ini ditolak oleh British dengan alasan ianya tidak

praktikal dan terlalu idealistik. Rentetan penolakan terhadap perlembagaan tersebut,

Jawatankuasa Kempen Perlembagaan PUTERA-AMCJA telah menganjurkan rapat-rapat

13 Ho Hui Ling, ‘Keadaan Sosial di Tanah Melayu, 1948-1960’, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 16.

14 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya, hlm. 17.

(6)

umum dan hartal di seluruh negara yang berlangsung pada 19 Oktober 1947.16 Namun

demikian, hartal yang dijalankan tidak berjaya malah menyebabkan banyak kerugian

yang dialami oleh peniaga-peniaga Cina. Kemudian, Perjanjian Persekutuan telah

dimeterai pada 21 Januari 1948 oleh Raja-raja Melayu dan British di King’s House, Kuala

Lumpur yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

pada 1 Februari 1948. Dengan itu, strategi PKM melalui dasar Barisan Bersatu boleh

dikatakan tidak berjaya dan ianya merupakan kegagalan yang pertama buat mereka.

Kegagalan ini menjadi salah satu faktor yang membuatkan PKM menukar strategi

perjuangan kepada pelancaran gerakan bersenjata.

KEGAGALAN MENGUASAI KESATUAN SEKERJA

Selepas pendekatan dasar Barisan Bersatu dilihat gagal menemui kejayaan, PKM

mula menukar strategi perjuangannya. Kali ini PKM memokuskan kepada

kesatuan-kesatuan sekerja sebagai platform baru untuk menyebarluaskan pengaruh serta ideologi

komunis mereka. Dalam hal ini, pihak PKM bijak mengambil kesempatan terhadap

keadaan kemelesetan ekonomi selepas perang untuk melumpuhkan jentera kerajaan.17

Dengan menguasai kesatuan sekerja, pihak PKM menggunakan senjata ampuh mereka

iaitu melalui pemogokan. Selain itu, PKM juga turut mendalangi aktiviti seperti

membakar harta benda, membunuh majikan, ketua buruh Cina dan pengurus ladang

berbangsa Eropah. PKM beranggapan dengan cara tersebut perkembangan ekonomi di

Tanah Melayu akan terganggu lalu membuatkan penduduk Tanah Melayu hilang

kepercayaan terhadap British seterusnya bekerjasama dengan PKM untuk menyokong

perjuangan mereka.

16 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 29.

(7)

Antara kejayaan terbesar PKM adalah apabila mereka dapat mempengaruhi

kesatuan sekerja melalui kawalan terhadap Pan-Malayan Federation of Trade Unions

(PMFTU).18 Penguasaan PKM terhadap PMFTU memudahkan mereka menghasut dan

mengagitasi kaum pekerja.19 Pada tahun 1947, pengaruh PMFTU sangatlah kuat dan

berkesan di mana PMFTU mempunyai 262,598 orang ahli atau lebih dari 50% dari

jumlah pekerja di Tanah Melayu.20 Sebaik sahaja berjaya menguasai PMFTU, PKM giat

menjalankan aktiviti-aktiviti seperti pemogokan, hasutan dan kekacauan. Berikutan

pengaruh dan hasutan PKM juga, kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji dan keadaan

kerja yang lebih baik daripada majikan mereka yang majoritinya berbangsa Eropah.

Tuntutan ini kerap kali berakhir dengan rusuhan. Pada tahun 1947 didapati bahawa lebih

300 tunjuk perasaan dan pemogokan yang melibatkan 69,000 orang pekerja di Tanah

Melayu telah berlaku dan dipercayai dianjurkan oleh PKM.21 Keadaan ini benar-benar

menggusarkan pihak majikan dan mereka terpaksa meminta bantuan pihak kerajaan bagi

mengekang gerakan kesatuan sekerja.

Rentetan itu beberapa undang-undang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan seperti

Trespass Law di mana pegawai-pegawai kesatuan sekerja tidak dibenarkan masuk ke

ladang-ladang untuk memberi ucapan dan mengorganisasikan pekerja-pekerja.22 Bukan

itu sahaja, semua kesatuan sekerja mestilah didaftarkan mulai pertengahan tahun 1947

supaya dapat memudahkan pihak kerajaan mengawal aktiviti kesatuan-kesatuan sekerja.

Pada 15 April 1947 pula Ordinan Persatuan yang selama ini diketepikan telah

dikuatkuasakan semula begitu juga dengan Ordinan Sedition and Banishment (Hasutan

dan Buang Negeri) yang mula digunakan dan mulai bulan Februari sehingga Mac 1948

18 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960, hlm. 13.

19 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya, hlm. 19.

20 Michael R. Stenson, Repression and Revolt : The Origins of The 1948 Communist Insurrection in Malaya and Singapore, Athens, Ohio: Ohio University, Center for International Studies, 1969, hlm. 3. 21 Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960, hlm. 13.

(8)

kerajaan telah memperketatkan lagi Ordinan Pendaftaran di mana kesatuan-kesatuan

sekerja tidak dibenarkan mencarumkan wang kepada Persekutuan (Federation) yang

tidak berdaftar.23

Keadaan menjadi semakin sulit buat PKM apabila pada akhir tahun 1947 kerajaan

Singapura dan Kuala Lumpur telah meminda undang-undang buruh untuk mendaftarkan

semua kesatuan sekerja dan mengawal aktiviti kesatuan sekerja.24 Kemudian pada 31 Mei

1948 kerajaan telah meluluskan Trade Unions Ordinance No.9 of 1948 bertujuan

mengehadkan persekutuan kesatuan sekerja kepada persekutuan kesatuan berdasarkan

perniagaan, pekerjaan dan industri yang sama.25 Selain itu, menerusi ordinan ini juga

seseorang pemimpin dalam kesatuan sekerja mestilah tidak mempunyai sebarang rekod

kesalahan jenayah seperti pernah terlibat dalam pemerasan dan ugutan. Berikutnya pada

12 Jun 1948 Trade Unions (Amendments No.2) Ordinance telah dikuatkuasakan.26

Ordinan ini bertujuan untuk menjamin mereka sebenarnya adalah sebuah kesatuan sekerja

dengan ahli-ahli untuk tujuan kesatuan sekerja dan pemimpin mereka mestilah sama ada

pekerja bergaji di industri itu atau sekurang-kurangnya orang yang mempunyai tiga tahun

pengalaman dalam industri berkenaan.

Tindakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang telah diambil oleh

kerajaan ini ternyata berjaya mengawal kesatuan sekerja seterusnya melemahkan

pergerakan PKM dalam kesatuan sekerja. Didapati bahawa pada awal tahun 1948 terdapat

sebanyak 289 kesatuan sekerja yang berdaftar sedangkan menjelang tahun 1949 hanya

162 kesatuan sekerja sahaja yang wujud.27 Tindakan kerajaan ini juga telah menyedarkan

23 Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (editor), Darurat 1948-1960, hlm. 37.

24 Ho Hui Ling, ‘Keadaan Sosial di Tanah Melayu, 1948-1960’, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 17.

25 Ho Hui Ling, ‘Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960: Satu Analisis’Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 38, 2010, hlm. 83.

(9)

PKM bahawa mereka berhadapan dengan kegagalan kali kedua apabila strategi mereka

untuk menguasai kesatuan sekerja tidak menemui kejayaan yang diinginkan. Oleh yang

demikian, kegagalan ini turut menjadi salah satu penyebab untuk PKM menukar strategi

perjuangan mereka dengan melancarkan gerakan bersenjata untuk menguasai Tanah

Melayu.

PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN DAN MASALAH DALAMAN PKM

Perubahan pucuk pimpinan dan masalah dalaman PKM itu sendiri turut membawa

kepada perubahan corak dan strategi perjuangan PKM kepada pelancaran gerakan

bersenjata. Sebelum berlakunya perubahan pucuk pimpinan PKM, beberapa kemelut

lebih dahulu telah berlaku. Antaranya ialah ketidakpuasan hati para pemimpin PKM

sendiri terhadap Setiausaha Agung PKM pada ketika itu yang bernama Lai Teck / Loi

Teck. Lai Teck merupakan pemimpin PKM yang lebih cenderung mengamalkan

pendekatan agitasi secara aman dan berperlembagaan.28 Akan tetapi pemimpin PKM

yang lain merasakan bahawa pendekatan tersebut kurang berkesan malah pencapaiannya

adalah terlalu lambat. Mereka lebih memilih untuk menggunakan strategi pemberontakan

yang telah diguna pakai di China kerana strategi ini dilihat lebih berjaya. Dengan itu

pemimpin-pemimpin PKM berhasrat untuk menggulingkan Lai Teck dan untuk mencapai

tujuan tersebut mereka telah mengecam kepimpinan Lai Teck sebagai pemimpin yang

lemah dan tidak berkesan.

PKM pada tahun 1948 dilihat semakin mengalami keadaan berpecah belah dan

kesulitan yang serius berlaku di dalam organisasi mereka.29 Hal ini berlaku apabila

anggota kanan Jawatankuasa Kerja Pusat PKM telah disyaki memboroskan wang parti.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila Lai Teck sendiri telah lari pada bulan Mac 1947

28 Ibid.

(10)

bersama dengan wang simpanan parti itu. Lai Teck kemudiannya telah didedahkan oleh

PKM sebagai individu yang menjadi ejen Jepun dan juga ejen British.30 Sebagai individu

yang didakwa menjadi ejen Jepun, Lai Teck dikatakan telah membocorkan rahsia PKM

sehingga menyebabkan Jepun berjaya membunuh dan menangkap ramai anggota PKM

terutamanya dalam peristiwa serang hendap di Batu Cave.31

Sejurus selepas Lai Teck menghilangkan diri, tempat beliau telah diganti oleh

Chen Ping.32 Chen Ping pada masa itu merupakan Pengerusi PKM Negeri Perak. Chen

Ping merupakan seorang pemimpin yang bersikap lebih radikal dan beliau berpendapat

bahawa satu revolusi perlu diadakan sekiranya PKM ingin menguasai politik Tanah

Melayu.33 Tindakan Lai Teck yang mengkhianati organisasinya sendiri telah

mendatangkan kecurigaan antara ahli dalam PKM dan sememangnya memberi tamparan

hebat buat PKM sendiri. Perlantikan Chen Ping bagi menggantikan tempat Lai Teck

selaku Setiausaha Agung PKM pula telah menjadi faktor yang kuat mengapa PKM

memilih untuk melancarkan gerakan bersenjata kerana beliau telah mengadakan

mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PKM di Singapura dari 17 hingga 21 Mac 1948

yang mana di dalam mesyuarat ini PKM dipercayai telah mengambil keputusan

menjayakan matlamat mereka untuk mendirikan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu

dengan cara keganasan dan kekerasan bersenjata.34

TEKANAN PERGERAKAN KOMUNIS ANTARABANGSA

30 Richard Clutterbuck, The Long Long War : The Emergency in Malaya 1948-1960, London: Cassell, 1967, hlm. 15.

31 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya, hlm. 21.

32 Kassim Thukimin, Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 111.

33 Ho Hui Ling, ‘Keadaan Sosial di Tanah Melayu, 1948-1960’, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 18.

(11)

Keputusan yang diambil oleh PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata juga

turut bertitik tolak apabila pada bulan Februari-Mac 1948, dua persidangan telah

dianjurkan oleh gerakan komunis antarabangsa di Calcutta iaitu Persidangan Kongres

Belia Asia (19-25 Februari 1948) dan Persidangan Parti Komunis India pada Mac 1948.35

Persidangan di Calcutta itu juga mendengar dasar komunis antarabangsa yang baru dan

dasar tersebut dibentangkan oleh ahli teori Soviet iaitu Andrei Zhadnov pada tahun 1947

di Poland.36 Zhadnov telah menyeru semua parti komunis terutama di Timur Jauh untuk

membuka medan baru dalam perjuangan mereka. Dalam persidangan ini PKM turut tidak

ketinggalan menghantar wakil mereka. PKM telah menghantar Lee Siong / Lee Soong

yang merupakan Presiden New Democratic Youth League kerana kemahiran berbahasa

Inggerisnya yang baik selaku wakil Tanah Melayu bagi menghadiri persidangan itu.

Pada masa yang sama seorang pemimpin komunis dari Australia iaitu Lawrence

Sharkey telah singgah di Singapura selepas menghadiri persidangan ini dan

menyampaikan resolusi kongres yang mendesak PKM untuk memulakan pemberontakan

bersenjata selaras dengan pemberontakan lain di Asia Tenggara.37 Persidangan ini ternyata

berjaya membangkitkan semangat PKM untuk menentang penjajahan di Tanah Melayu

yang ketika itu berada di bawah penguasaan pihak British. Buktinya, Jawatankuasa Kerja

Pusat PKM dalam perjumpaan pada bulan Mac 1948 telah mengambil keputusan bahawa

pemberontakan bersenjata harus dilancarkan dan satu lagi mesyuarat telah diadakan oleh

Jawatankuasa Eksekutif PKM di hutan Pahang Barat pada lewat bulan Mei 1948 turut

memutuskan bahawa pemberontakan bersenjata perlu dilakukan.38 Tekanan pergerakan

komunis antarabangsa yang disampaikan melalui persidangan-persidangan ini sebenarnya

35 Nor Ashima Omar, ‘Kegiatan Komunis Di Kedah Pada Zaman Darurat, 1948-1960’, Latihan Ilmiah, B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2005/2006, hlm. 33.

36 Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya, hlm. 21-22. 37 Kassim Thukimin, Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 112.

(12)

tidak dapat dinafikan telah menjadi antara sebab mengapa pihak komunis melancarkan

gerakan senjata di Tanah Melayu.

KESIMPULAN

Keputusan untuk melancarkan gerakan bersenjata untuk menguasai Tanah Melayu

akhirnya telah direalisasikan pada bulan Jun 1948 apabila pihak komunis mula

melakukan kegiatan seperti pembunuhan, sabotaj, dan keganasan bertujuan untuk

melumpuhkan kerajaan. Apabila dianalisis setiap faktor yang membawa kepada

pelancaran gerakan bersenjata oleh PKM, setiap satu daripada faktor tersebut mempunyai

justifikasinya yang tersendiri. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada faktor dalaman

dan faktor luaran. Dari segi faktor dalaman, kegagalan dasar Barisan Bersatu yang juga

merupakan kegagalan pertama bagi PKM dalam merancang strategi untuk menguasai

Tanah Melayu perlu diakui oleh mereka. Hal ini kerana dasar tersebut ternyata tidak

memberikan kesan seperti yang diharapkan malah tidak menggugat sedikit pun

perancangan pihak British di Tanah Melayu sebaliknya British lebih memilih untuk

berpihak kepada Raja-raja Melayu dan UMNO khususnya dalam isu Malayan Union.

Kegagalan menguasai kesatuan sekerja pula merupakan kegagalan kedua yang

dialami oleh PKM serta turut menjadi faktor dalaman yang mempengaruhi PKM untuk

melancarkan gerakan bersenjata. Walaupun tujuan PKM untuk menyebarkan pengaruh

mereka terhadap golongan pekerja adalah supaya golongan ini menyokong PKM untuk

menentang British akan tetapi PKM perlu mengakui bahawa British sentiasa berada

selangkah di hadapan mereka. British yang pada ketika itu turut tidak mahu kedudukan

mereka selaku penguasa dan pentadbir Tanah Melayu dicabar oleh anasir luar telah

mewujudkan pelbagai undang-undang untuk menyekat kemaraan PKM yang akhirnya

(13)

Apabila pelbagai undang-undang diperkenalkan oleh pihak British, PKM mula menyedari

bahawa strategi untuk menguasai kesatuan sekerja bukanlah satu langkah yang mudah

dan tepat sebaliknya mereka semakin ditekan dan perlu memikirkan strategi lain sebagai

senjata untuk menentang British.

Setelah beberapa strategi PKM menemui kegagalan demi kegagalan, mereka

berpendapat bahawa tiada pilihan lain yang boleh dibuat melainkan dengan memilih jalan

ke arah pemberontakan bersenjata. PKM kemudian diuji pula dengan kemelut dalaman

parti mereka yang membawa kepada pertukaran pucuk pimpinannya. Pertukaran pucuk

pimpinan PKM ini juga merupakan salah satu faktor dalaman yang menyebabkan mereka

melancarkan gerakan bersenjata untuk menguasai Tanah Melayu. Kehadiran Chen Ping

yang menggantikan Lai Teck selaku Setiausaha Agung PKM yang baru dilihat tepat pada

masanya. Sifat kepimpinan Chen Ping yang lebih radikal berbanding Lai Teck

sememangnya mendapat sokongan ahli-ahli PKM yang lain kerana ianya sesuai dengan

matlamat PKM pada ketika itu yang melihat bahawa hanya gerakan bersenjata sahaja

pilihan terbaik untuk mereka menguasai Tanah Melayu berbanding perlu menyerah kalah

di tangan pihak British.

Namun begitu, faktor luaran menerusi tekanan pihak komunis antarabangsa juga

tidak kurang pentingnya. Tekanan pihak komunis antarabangsa ini telah mencetuskan

semangat dan keyakinan PKM bahawasanya strategi mereka untuk melancarkan gerakan

bersenjata mendapat sokongan luar serta tepat pada masanya. Disebabkan itu jika dilihat

dengan terperinci, pemberontakan bersenjata PKM di Tanah Melayu seiring dengan

pemberontakan-pemberontakan komunis di Asia Tenggara pada tahun yang sama

contohnya di Burma pada Mac 1948, diikuti Tanah melayu pada Jun 1948, kemudian

Thailand pada Julai 1948, Filipina pula pada Ogos 1948 dan juga Indonesia pada

(14)

yang agak besar dalam PKM akan tetapi ianya tidak lebih hanyalah sebagai pemangkin

sahaja kepada PKM dalam melancarkan gerakan bersenjata bagi menguasai Tanah

Melayu.

Walaupun kesemua faktor-faktor yang telah dibincangkan di atas menjadi

penyebab kepada PKM melancarkan gerakan bersenjata akan tetapi perlulah dinilai

dengan lebih kritis adakah sebelum munculnya faktor-faktor ini PKM tidak langsung

mempunyai niat untuk melancarkan gerakan bersenjata? Jelas sekali sebelum munculnya

faktor-faktor ini pihak PKM sudahpun mempunyai rancangan untuk melancarkan gerakan

bersenjata. Buktinya dapat dilihat sejak dari awal lagi iaitu semasa MPAJA dibubarkan

dan diarahkan untuk memulangkan kembali senjata kepada pihak British. Apa yang

berlaku pada ketika itu ialah mereka menyembunyikan sebahagian besar senjata yang

diberikan oleh British dan tindakan ini tentunya mempunyai matlamat tersendiri buat

PKM. Kemungkinan besar PKM sebenarnya telah merancang untuk melancarkan gerakan

bersenjata untuk menguasai Tanah Melayu sejak zaman pendudukan Jepun lagi namun

mereka perlu menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

Tindakan PKM yang melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun

1948 kemudiannya menjadi sejarah hitam khususnya buat penduduk-penduduk Tanah

Melayu sendiri. Hal ini kerana banyak kezaliman seperti pembunuhan, serangan,

penculikan dan kerosakan telah dilakukan oleh PKM di Tanah Melayu sehingga

Undang-undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948 dan zaman

tersebut sehingga kini dikenali sebagai zaman darurat. Zaman darurat telah

memperlihatkan kepada penduduk Tanah Malayu bahawasanya PKM yang berpegang

kepada ideologi komunis sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat utama

(15)

RUJUKAN

(16)

Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997.

Clutterbuck, Richard L., The Long Long War : The Emergency in Malaya 1948-1960,

London: Cassell, 1967.

Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 : Keadaan Sosial Di Tanah Melayu, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2004.

Ho Hui Ling, Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya 1968-1989 : Kebangkitan

Semula dan Penumpasannya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2015.

Kassim Thukimin, Malaysia Perspektif Sejarah dan Politik, Skudai: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia, 2002.

Khoo Kay Kim dan Adnan Hj. Nawang (editor), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur:

Muzium Angkatan Tentera, 1984.

Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.

Stenson, Michael Roger., Repression and Revolt : The Origins of The 1948 Communist

Insurrection in Malaya and Singapore, Athens, Ohio: Ohio University, Center for

International Studies, 1969.

Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

(17)

Ho Hui Ling, ‘Gerakan Komunis dan PKM : Penelitian Terhadap Usaha Komunis

Mempengaruhi Orang Melayu 1920-1989’Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jil. 8, Bil.

1, 2015.

Ho Hui Ling, ‘Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960:

Satu Analisis’Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 38, 2010.

TESIS / LATIHAN ILMIAH

Ho Hui Ling, ‘Keadaan Sosial di Tanah Melayu, 1948-1960’, Tesis Ph.D, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur, 2003.

Nor Ashima Omar, ‘Kegiatan Komunis Di Kedah Pada Zaman Darurat, 1948-1960’,

Referensi

Dokumen terkait

asuransi Pramuka/ PMR Gaji BOS NO PROGRAM / KEGIATAN volum harga satuan.

Peraturan Pemerintah Nomor 22 Tahun 2015 tentang Perubahan Atas Peraturan Pemerintah Nomor 60 Tahun 2014 tentang Dana Desa Yang Bersumber dari Anggaran Pendapatan dan

Tujuan yang ingin dicapai oleh penulis adalah menjawab rumusan masalah yang telah dijabarkan di atas yang dibagi kedalam tujuan umum dan tujuan khusus. Adapun

HAM jenis ini harus ditegakhormati oleh Polri dan Kepolisian di seluruh dunia, terutama yang terkait dengan tindakan kesewenangan, penyiksaan dan

20 Riduan Syahrani, loc.cit.. perundang-undangan untuk melakukan suatu perbuatan hukum.65 Hal ini ditegaskan dalam pasal 1329 Kitab Undang-Undang Hukum Perdata yang

24 Fatmin Prihatin Malau, “Musik Gayo Mengingatkan Penyair To'et”, Harian Analisa , 22 Maret 2015. 25 Ada juga yang menyebutnya dengan Siti Kewe, untuk memberikan klasifikasi

Hal ini menunjukkan bahwa H0 ditolak dan H1 diterima, yang artinya variabel bebas promosi media sosial instagram yang terdiri dari context , communication ,

Dari hasil analisis koefisien regresi variabel kepastian diperoleh hasil yang positif sebesar sebesar 0,177, hal ini berarti dengan semakin kepastian yang diberikan maka