• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cold War perang dingin Korea dan Vietna

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cold War perang dingin Korea dan Vietna"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

HSL 334: KERTAS KHAS SEJARAH DUNIA BARAT

TAHUN 3, SIDANG 2015/2016

SOALAN 10:

Bincangkan bentu penglibatan dan persaingan Amerika-Soviet-China yang

berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam.

NAMA PENSYARAH :

DR. AZMI BIN ARIFIN

PUSAT PENGAJIAN: ILMU KEMANUSIAAN

Bil

Nama

No. Matrik

NO. IC

1.

FAIDAH BiNTI YUSOF

Masa tutorial: ISNIN (9-10 AM)

TARIKH HANTAR: 25 APRIL 2016.

(2)

ISI KANDUNGAN

Tajuk m/s

1.0

PENGENALAN

1

2.0

2.0 BIBIT-BIBIT AWAL PENGLIBATAN DAN

PERSAINGAN AMERIKA – SOVIET DAN CHINA.

2-3

3.0

PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA –

SOVIET - CHINA DALAM PERANG.

3.1

Perang Korea.

3-8

3.2

Perang Vietnam.

8-16

4.0

SEJAUHMANAKAH PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN

AMERIKA SOVIET DAN CHINA DALAM PERANG KOREA

DAN PERANG VIETNAM.

17

5.0

KESIMPULAN

18

6.0

BIBLIOGRAFI

29-20

7.0

LAMPIRAN

21-27

1.0 PENGENALAN.

Selepas Perang Dunia II (1939-1945) dunia telah menyaksikan kebangkitan kuasa Amerika, Soviet dan China dalam menentukan orde baru dunia sehingga mencetuskan krisis dalam hubungan ketiga-tiga kuasa besar ini.1 Walaupun Perang dunia II telah tamat apabila

(3)

Kapitalis) dengan blok Timur diketuai Kesatuan Soviet dan China (fahaman komunis) bermula selepas Perang Dunia II.2 Maka disinilah bermula sebutan “Cold War” bagi sebuah

tempoh masa di mana terjadi konflik, ketegangan, dan isu dingin antara Amerika, Soviet dan China.

Soalan tugasan kali ini memerlukan penulis untuk membincangkan mengenai persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China dalam Perang Korea dan Perang Vietnam. Maka timbul persoalan utama oleh pembaca iaitu apakah bibit awal tercetus kedua-dua perang ini. Malah bagaimanakah bentuk persaingan dan penglibatan ketiga-tiga kuasa besar ini?. Mengapakah Amerika-Soviet-China telah masuk campur tangan dalam Perang Korea dan Perang Vietnam?. Adakah mereka mempunyai matlamat masing-masing yang berbeza dalam perang tersebut?. Oleh itu persoalan ini juga, memerlukan penulis membincangkan secara terperinci penglibatan dan persaingan Amerika-Soviet-China dalam Perang Korea dan Perang Vietnam dengan melihat kepada kepentingan Amerika-Soviet-China yang telah terlibat secara tidak langsung terlibat dalam Perang Korea dan Perang Vietnam ini sendiri.

2.0 BIBIT-BIBIT AWAL PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA – SOVIET DAN CHINA..

Sebelum pergi lebih jauh, penulis ingin menceritakan sepintas lalu Perang Dingin yang dikaitkan dengan Perang Korea dan Vietnam. Permulaan Perang Dingin dikatakan oleh sejarawan ia mula berlaku pada Revolusi Rusia pada 1917 apabila pihak Bolshevik telah mengambil alih kuasa di Rusia. 3 Namun menurut penulis ia terlalu jauh dan panjang untuk

diceritakan. Maka setelah dilihat secara terperinci bibit awal yang jelas mengenai Perang Dingin ini berlaku selepas Perang Dunia II iaitu melalui tiga siri pendamaian oleh pemimpin negara yang cuba dilakukan antara tahun 1943-1945. Penemuan pertama pada November

(4)

1943 di Teheran mesyuarat ini memutuskan bahawa selepas perang negara-negara dibawah pengaruh masing-masing perlu diberikan kemerdekaan. Namun kata sepakat ini tidak tercapai. Diikuti, penemuan siri kedua di Yalta iaitu “Yalta Conference February 1945” yang terdiri daripada “The Big Three” iaitu Winston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin D. Roosevelt (rujuk Lampiran A gambar 1.0). Dalam penemuan ini Stalin menyatakan beliau akan mengundurkan tenteranya dari Manchuria, Korea, Eropah Timur dan Kuwait manakala Britain dan Amerika mahu negara ini ada hak dalam menentukan masa depan sendiri. Seterusnya dalam siri perdamaian ketiga dikenali “Potsdam Conference July 1945”. Membincangkan mengenai pembahagian tanggungjawab di German dengan membahagikan Jerman kepada 4 kuasa yang terdiri daripada Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Russia (rujuk Lampiran A peta 2.0). 4 Namun perkara yang menjadi masalah besar ialah apabila Kota

Berlin yang berada seratus batu (160 KM) daripada Kesatuan Soviet di Timur dan berada di bawah Soviet Union turut dibahagikan lagi kepada zon yang berbeza, setiap satunya adalah untuk satu kuasa di pihak bersekutu iaitu Britain, Amerika, Perancis dan Soviet Union ( rujuk Lampiran A peta 2.0) 5. Maka ini mewujudkan ketegangan hubungan Amerika-soviet.

(5)

dan pemisahan fahaman Komunisme.7 Maka, di sinilah Perang Dingin lebih jelas berlaku

antara kuasa Kapitalis dan Komunis. Malah, pemberian bantuan Amerika Syarikat melalui

“The Marshall Plan” dan “The Doctrine of Truman” terhadap negara-negara di kawasan Eropah dan Asia telah melahirkan Blok Kapitalis dan Komunis yang berbeza.8

3.0 PENGLIBATAN DAN PERSAINGAN AMERIKA - SOVIET - CHINA DALAM PERANG.

3.1 Perang Korea.

Penglibatan tiga kuasa besar ini dalam isu Korea bermula pada 3 Mac 1945 apabila Roosevelt mencadangkan Korea dan IndoChina ditelakkan di bawah Payung Pemegang Amanah yang dikendalikan oleh Amerika, Soviet dan China bagi membolehkan bekas negara jajahan baru mempelajari institusi demokrasi.9 Keputusan ini diterima dalam Deklarasi

Kaherah pada 28 November 1943 dengan pembentukan Payung Pemegang Amanah sebagai pemerintah sementara Korea. Penglibatan Amerika jelas apabila pada persidangan Yalta 8 Februari 1945 Jabatan Negara Amerika mencadangkan 3 tahap pembentukan Korea yang merdeka dengan pendudukan tentera Bersekutu, penubuhan kerajaan tentera di bawah Pentadbiran Bersatu dan pemindahan kuasa pemerintahan Amerika ke Korea. 10 Maka

semasa persidangan di Potsdam Julai 1945, Soviet Union bersetuju membentuk garisan pemisah dengan Amerika di Korea jika berlakunya Perang Pasifik oleh Russia.

Dalam isu pembahagian Korea ini, Amerika dan Soviet ini mempunyai matlamat dan kepentingan masing-masing yang ingin dicapai. Di pihak Amerika matlamatnya ialah ingin mengelakkan pendudukan Russia ke atas Korea, memberi perlindungan kepada tentera Amerika semasa penyerahan Jepun dan paling penting menghadkan penguasaan kuasa

7

(6)

kawasan Komunis. Di pihak Soviet, pembahagian ini perlu bagi membolehkan Soviet berkongsi kerajaan ketenteraan dengan Jepun dan memasukkan Korea bawah pengaruh negaranya. 11 Bibit permulaan Perang Korea apabila pada 12 ogos 1945, duta Amerika Edwin

W. Paules mencadangkan Amerika menduduki Korea dan pembahagian Korea yang ditentukan di garisan “38th parallel” Utara untuk mengelakkan penguasaan Soviet di Korea.

Namun Soviet terlebih dahulu memasuki Korea dan mendarat di “38th Parallel” Utara

bermula 10 Ogos di Woonggi, 13 Ogos di Chongjin, 14 Ogos di Nanam dan bergerak ke Wonsan dan selatan Korea pada 16 Ogos 1945.12 Manakala garisan lintang di selatan

dikuasai oleh Amerika dibawah Douglas McArthur. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini pembahagian ini kekal apabila McArthur mengeluarkan General Order No. 1 yang mengiktiraf pembahagian Korea berdasarkan garis lintang “38th Parallel” (rujuk Lampiran

peta 4.0). Namun bagaimanakah pembahagian ini mencetuskan perang?. Hal ini kerana selepas pembahagian kedua-dua pihak bersaing mencetuskan provokasi antara satu sama lain. Persaingan yang jelas pertamanya selepas pilihanraya di Korea Selatan, Syngman Rhee telah dilantik menjadi pemimpin Korea Selatan pada 20 Julai 1948.13 Kemudian pada 15 Ogos

1948 Republic of Korea (ROK) ditubuhkan. Pada 24 Ogos 1948 Amerika diwakili Jeneral John R. Hodge membuat perjanjian pemindahan kuasa dengan Syngman Rhee (Korea Selatan) dan diakui sebagai kerajaan sah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 1948.

(7)

Kim II Sung dan Chistiakov sebagai duta Soviet ke (DPRK).14 Bagaimanakah provokasi ini

mencetuskan perang?.

Pada 1949 Amerika bekerjasama dengan North Atlantic Treaty Organization (NATO),

Intelligence Bureau di bawah McArthur, History Research Association dan organisasi lain untuk merangka pelan pencerobohan dikenali “northward expedition” iaitu (Pelan Pencerobohan di Asia secara berperingkat bermula di Korea-Manchuria dan ke Siberia). Dalam masa ini seramai 350 tentera ROK (selatan) menceroboh kawasan Kachon pada 27 Mei 1949, diikuti pergunungan Kosan pada Ferbruari dan pergunungan Unpha pada Jun 1949 ini menimbulkan kemarahan DPRK(Utara). Akibat tekanan daripada Central Intelligence Agency (CIA) akhirnya Amerika mengundurkan diri.

Namun begitu, Dean Achenson menyebut pada 12 Januari 1950 bahawa pertahanan Amerika di Asia meliputi kawasan Jepun dan tidak menyebut tentang Korea. Oleh itu, Kapten Shih Sung Mo (Menteri Pertahanan Korea Selatan) mengadakan sidang akhbar dengan menyebut bahawa tentera Korea Utara sudah berhampiran dengan garisan “38 Parallel”,maka Syngman Rhee juga menyebut kerisauannya dengan tindakan Korea Utara dengan

menyebut:-“May and June may be the crucial Period in the life of our nation”15

Maka apa yang dirisaukan menjadi realiti apabila pada 25 June 1950 pada jam 4.00 am (waktu Korea) DPRK membuat serangan mengejut ke garisan lintang “38th parallel”

sempadan pemisahan Korea Utara dan Selatan. 16 DPRK di bawah Jeneral Chai Ung-Jun

telah berjaya menawan Seoul seterusnya bergerak ke Pusan. 17 Persaingan dan penglibatan

Soviet jelas dengam membekalkan kereta kebal T-34, meriam yang besar dan kuasa tentera

14

(8)

udara membuat serangan skala penuh ke atas ROK di Korea Selatan. 18 Serangan ini memberi

kejutan kepada Amerika ini dibuktikan melalui “The White Paper” oleh “American State Dipartement” menyatakan penyerangan ini

ialah:-“It’s a surprise attack”19

Maka dengan kelulusan PBB, Amerika dibenarkan untuk membantu ROK di selatan. Perang Saudara ini terus berubah menjadi krisis antarabangsa melalui penglibatan Amerika dan China.20 Maka disinilah bermulanya penglibatan ketiga-tiga kuasa besar Amerika-Soviet

–China dalam Perang Korea. Penglibatan China berlaku apabila Amerika telah berjaya mendapatkan kelulusan daripada PBB untuk membantu ROK dan pada 27 Ogos 1950, Amerika menghantar McArthur bersama-sama kapal “7Th Fleet”, kapal “Pledge”, “Pirate”

dan “incredible” untuk membersihkan periuk api di perairan Korea. Maka 4 bulan kemudian Amerika berjaya mengundurkan DPRK dan menawan Pyongyang tetapi melalui Sungai Yalu berhampiran China (rujuk Peta 5.0). Masalah bermula apabila Amerika menceroboh kawasan perairan China. Ini menimbulkan kemarahan Perdana Menteri China, Zhou Enlai. Beliau melalui N. V Roschin iaitu duta Russia ke China dengan tegas

menyatakan:-“…..if the American cross the 38th parallel, the Chinese Army plans to deploy

troops dressedin North Army Uniform….Chinese leader has ordered three armies of the

Chinese People’s Liberation Army (PLA), numbering 120, 000 trop, to amass at Mokdan”21

Maka tentera Bersekutu diketuai McArhur (Amerika) telah bertempur dengan PLA (China) diketuai oleh Peng Daehuai. Akhirnya China dan DPRK berjaya mengundurkan Amerika dan pihak Bersekutu lain ke bawah garisan “38th parallel” pada Januari 1951.22

Kemudian Presiden Amerika Harry S. Truman melalui Jeneral Matthew Ridgway pula, telah

(9)

berjaya mengundurkan Komunis ke garisan lintang “38th parallel” di Selatan Korea. Dalam

Perang Korea ini Amerika telah memberi bantuan ketenteraan dan logistik iaitu 90% daripada jumlah sumber peperangan. Misalnya dari segi kekuatan udara, Korea Selatan disokong dengan pesawat jenis F-80, F-82, B-26, C-54s, C-47 dan F-86 sabre. Malah di pihak Korea Utara DPRK yang disokong China mempunyai 200 000 sukarelawan ketenteraan dan semasa era Mao Zedong menjadi pemimpin “Communist Chinese Party”, China tetap membantu Korea Utara ditambah pula bantuan Soviet Union dengan kekuatan 162 buah kapal Yokovlev dan Lavochkin, Ilyushin II-10s dan MiG-15. Persaingan hebat yang jelas apabila serangan udara DPRK bermula di Kimpo pada Jun 1950 dan memusnahkan sistem C-54 milik Amerika. Maka keadaan ini jelas menunjukkan penglibatan Amerika-Soviet-China dan mereka bersaing antara pihak Bersekutu di Korea Selatan diketuai Amerika berlawanan dengan DPRK disokong oleh Soviet dan China untuk mengekalkan pengaruh mereka. Permulaannya hanya disebabkan kepentingan berbeza misalnya, pihak Amerika kepentinganya ialah ingin menyekat penyebaran Komunis, dan di pihak China kepentingannya ingin menjaga wilayah dan ingin menguasai Manchuria serta Korea daripada diceroboh. Manakala, Soviet pula ingin menyebarkan idea Komunismenya. Namun tidak diduga perang saudara di Korea membawa kepada persaingan dan penglibatan yang hebat antara ketiga kuasa besar ini yang berbeza proksi fahaman antara Kapitalis (Amerika) dan Komunis (China dan Soviet).

Maka perang tamat pada 27 Julai 1953 apabila Lt. Jeneral Nam-II dari DPRK dan Lt. Jeneral K. Harrison dari Amerika memeterai Genjatan Senjata (Armistic Agreement) di Panmunjom. Dengan keluasan 4km lebar dan 155 batu panjang, kawasan ini menjadi

(10)

Perang di Vietnam ini juga merupakan sebahagian daripada Perang Dingin antara kedua proksi kuasa besar ini terdiri daripada Amerika - Soviet - China. Perang Vietnam terjadi antara tahun 1957 sampai tahun 1975 dan berlaku di Vietnam. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Indochina kedua atau Khang chien Chong My (Rintangan Perangi Amerika) atau Chien tranh Viet Nam (The Vietnam War). Perang Vietnam melibatkan negara adikuasa Amerika, Soviet dan China yang yang mempunai kepentingan yang berbeza.

Permulaan pemisahan Vietnam berlaku pada tahun 1954, setelah perjumpaan “The Geneva Conference” diadakan 3 kali bermula 8 Mei - 21 Julai 1954 terdiri daripada Amerika Syarikat, British, Perancis, Soviet Union, Vietnam Utara (Vietminh), Selatan Vietnam, Laos dan Kemboja membincangkan isu Indochina dan Vietnam.23 Kemudian, pada bulan Julai

1954 pemimpin-pemimpin ini semua telah memutuskan pembahagian Vietnam kepada dua bahagian selari dengan garisan“17th Parallel” (rujuk Lampiran A peta 6.0).24

Pada tahun 1955 tentera Perancis telah meninggalkan Vietnam Selatan dan disinilah bermulannya penglibatan Amerika. Amerika telah mengambil alih dalam usaha menubuhkan tentera tempatan di Selatan Vietnam kemudian mengiktiraf kerajaan Vietnam Selatan dan melantik Ngo Dinh Diem seorang anti-Komunis sebagai pemimpin Vietnam Selatan. 25

(11)

berhujah mengenai “Teori Domino 1954” menyatakan penyebaran fahaman Komunis di Vietnam ini boleh memberikan kesan domino atau “falling domino” di negara-negara sekitarnya.26 Kesan Domino ini dibuktikan dalam karya McMohan menjelaskan Eisenhower

berpendapat jika Vietnam jatuh ke tangan Komunis maka, negara sekitar seperti Burma, Thailand, Indonesia, Semenanjung, Filipina, Laos , Kemboja dan Jepun juga boleh jatuh ke tangan Komunis.27 Penulis berpendapat kesan “Domino Theory” menjadi kerisasuan kepada

Amerika jika mereka tidak menghalang Soviet Union mahupun China, maka Komunis akan merebak ke seluruh Asia. Malah bukan itu sahaja semasa era Presiden Amerika yang ke-36 iaitu Lyndon B. Johnson pada 24 November 1963, mempunyai pendapat yang sama, ini dibuktikan melalui ucapan

beliau:-"…the battle against communism [...] must be joined [...] with strength and

determination”.28

Di pihak China dan Soviet pula, kedua-duanya merupakan negara Komunis terbesar dunia. Kedua-dua buah negara ini memainkan peranan iaitu penglibatan di Vietnam Utara dalam Perang Vietnam. Walaupun, kedua-dua negara ini mempunyai fahaman komunis yang sama, musuh yang sama iaitu membantu Vietnam Utara menentang Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan namun, dua negara Komunis ini ibarat bersatu dalam berpecah kerana kedua-dua ini mempunyai kepentingan masing-masing terutama semasa era pemerintahan Soviet oleh Nikita Krushchev (1894-1971) dan Mao Zedong China (1893-1976). Malah sebelum terlibat dalam Perang Vietnam, kedua-dua kuasa ini sering bersaing untuk meluaskan pengaruhnya. Misalnya persaingan yang jelas pihak Soviet ingin meluaskan pengaruhnya ke atas Vietnam Utara dan mengembangkan ideologi Komunisnya. China membantu Vietnam kerana tidak ingin melihat Soviet Union mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding

(12)

China dan ingin juga meluasakan pengaruh Komunis di Vietnam namun dibawah telunjuk China sendiri. Maka, pemisahan Vietnam ini juga bermakna bermulalah persaingan dan penglibatan untuk menyatukan Vietnam sebagai sebuah negara berdasarkan fahaman yang diperjuangkan.29

Berbalik kepada isu persaingan dan penglibatan tiga kuasa besar ini dalam Perang Vietnam. Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang diberikan dalam penglibatan dan persaingan tiga kuasa ini. Bantuan penglibatan dan persaingan dijelaskan melalui beberapa aspek. Aspek pertama bantuan yang menggalakkan persaingan. Perang Vietnam ialah senjata nuklear. Misalnya, Soviet menyediakan senjata kepada Vietnam Utara (Viet Cong). Senjata yang digunapakai oleh Viet Cong merangkumi senjata PPSh 41, pucuk pistol

submesin versi Cina dan Soviet, karbin SKS, senapang jentera berat DShK dan RPG 2 / B 40

jenis pelancar grenad. Malah, Viet Cong juga mempunyai kedua-dua tangki amfibia (seperti

PT 76) dan tangki ringan (seperti Type 62) dan basikal digunakan untuk mengangkut senjata api. 30 Walaupun Vietnam adalah negara yang kecil namun perang ini tidak semudah yang

dibayangkan kerana Perang ini berlanjut 11 tahun yang memusnahkan banyak hutan-hutan Vietnam hancur dan jutaan wanita mengalami kecacatan hamil malah haiwan ternakan terkena sejenis bahan kimia Agent Orange (Dioxin), sejenis senjata kimia oleh Amerika.

Tambahan lagi, Kesatuan Soviet membekalkan 7 000 pucuk senapang-senapang artileri dan lebih daripada 5,000 pucuk meriam penangkis kapal terbang, 158 pelancar misil darat ke udara serta 120 buah helikopter. Malah, Semasa perang, Soviet membuat penghantaran senjata bernilai USD 450 juta.31 Selain itu, Viet Cong juga dibekalkan dengan

perubatan, tangki, kapal terbang, helikopter, altileri, peluru berpandu, dan peralatan ketenteraan lain. 32 China pula, membantu Vietnam Utara sejak 1950-an dan China

(13)

berperanan mengiktiraf Democratic Republic of Vietnam. China telah menghantar senjata, penasihat tentera seperti Luo Guibo untuk melawan anti-Komunis. Semasa era Mao Zedong (1893-1976) sekitar tahun 1962, Mao Zedong membekalkan 90 000 laras senapang dan senjata api percuma. Manakala, awal 1965 China menghantar unit-unit pesawat dan batalion-batalion kejuruteraan ke Vietnam Utara untuk membaiki kerosakan yang berlaku oleh pengeboman Amerika seperti bateri-bateri kapal terbang, membina semula jalan raya, landasan kereta api dan lain-lain.

Tidak kurang juga dari aspek ketenteraan, misalnya pada Jun 1961, era pemerintahan John F. Kennedy presiden Amerika ke-35 dengan tegas tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Soviet Nikita Khrushchev apabila mereka bertemu di Vienna membincangkan isu Vietnam. Persaingan ketenteraan oleh Amerika jelas apabila Amerika telah menaik taraf

“Strategic Air Command” (SAC). Semasa era pemerintahan John J. Kennedy (1961- 1963) bantuan kewangan ketenteraan diberi kepada Vietnam Selatan dianggarkan 85 Juta Dollar setahun sekitar tahun 1962.33 Selain itu, jumlah kehadiran pasukan AS juga mengalami

peningkatan dengan mendadak akibat insiden di Teluk Tonkin. Awalnya hanya berjumlah 2 000 orang pada 1961 menjadi 16 500 pada tahun 1964.34 Kemudian ditingkatkan lagi kepada

850 000 orang sehingga hampir sejuta orang.35 Amerika syarikat juga menubuhkan “Military Assistance Advisory Group” (MAAG) iaitu tentera tempatan Vietnam Selatan seramai 40 000 orang “Self – Defense Corp”.36 Di pihak China dan Soviet juga bersaing memberi bantuan

ketenteraan. Contohnya, China menghantar 320 000 kumpulan askar untuk melawan Vietnam Selatan malah penghantaran senjata tahunan oleh China bernilai $180 juta.37 Soviet pula,

bermula pada Julai 1965 sehingga hujung 1974, menghantar 6 500 orang pegawai dan jeneral serta lebih daripada 4 500 orang askar dan Sarjan “Armed

33 34,

(14)

Forces Soviet” sebagai tentera tambahan. Malah sekolah tentera dan akademi tentera digunakan untuk melatih askar-askar Vietnam terdiri lebih daripada 10 000 orang tentera.

Soviet dan China ingin Viet Cong menguasai ekonomi Vietnam Selatan. Kerana kekurangan makanan di Vietnam Utara telah di atasi oleh Soviet Union dengan menyumbang 150 000 tan beras dan sebanyak 150 Juta Dollar geran untuk pembangunan ekonomi telah dikreditkan ke Vietnam Utara. Di pihak China, China telah memberi bantuan sekitar 200 Juta Dollar yang diperuntukkan untuk kilang-kilang, juruteknik dan pembangunan ekonomi Vietnam Utara. 38 Hal ini kerana dalam setahun sahaja Vietnam Utara terpaksa mengimport

beras sebanyak 250 000 tan dari Vietnam Selatan. Sedangkan populasi penduduk Vietnam Utara seramai 16 Juta orang dan hanya mempunyai kurang dari 5 Juta ekar tanah yang sesuai untuk pertanian berbeza dengan Vietnam Selatan berjaya menghasilkan beras sebanyak 60 peratus dengan populasi hanya 14 Juta orang.39

Penulis ingin buktikan dalam perang Vietnam persaingan dan penglibatan ketiga kuasa besar ini jelas berlaku ketika dalam peristiwa “The Gulf of Tonkin Incident” atau Tragedi Teluk Tonkin tahun 1964.40 Peristiwa bermula dengan Amerika mula mengirim bantuan

untuk menawan kawasan maritim dengan menghantar Kapal Perang USS Maddox ke Teluk Tonkin (sila rujuk peta 7.0). USS Maddox dikirimkan ke perairan untuk melakukan misinya namun perkara diluar jangka berlaku apabila USS Maddox diserang oleh 3 kapal Patrol-Torpedo (PT) Vietnam Utara.41 Kapal selam tersebut menyerang USS Maddox pada 2 Ogos

dan serangan kedua pada 4 Ogos 1964 oleh enam kapal Patrol-Torpedo (PT) Vietnam Utara yang telah merosakkan USS Turner Joy di Teluk Tonkin (rujuk gambar 8.0 ). Namun empat jam kemudian, Amerika Syarikat dengan kapal terbang udara telah melepaskan peluru menghancurkan kapal Patrol Torpedo (PT).

(15)

Peristiwa ini menjadi hangat apabila 13 jam selepas serangan di Teluk Tonkin Presiden Johnson melalui siaran televisyen pada 4 Ogos jam 11.30 pm dengan tegas memberi amaran kepada Vietnam Utara dengan berhujah:-

“Air Action is now in execuation against gunboats and certain supporting facilities

in North Vietnam which have been used in these hostile operations”42

Maka, menurut penulis persaingan dua blok kapitalis dan komunis ini menjadi semakin rancak apabila era pemerintahan Presiden Amerika L. B. Johnson pengganti John F. Kennedy membawa masalah ini ke Kongres Amerika Syarikat untuk meminta kuasa autoriti membuat serangan balas terhadap Vietnam Utara yang ketika itu disokong oleh Soviet dan China. Maka tertubuhnya “Golf of Tonkin Resolution” pada 7 Ogos 1964. Melalui resolusi ini sebenarnya juga memberi kuasa kepada Presiden menjalan operasi ketenteraan tanpa mengisytiharkan perang malah peperangan besar-besaran boleh berlaku jika perlu.43 Beberapa

bulan kemudian antara November dan Disember tentera Vietnam Selatan telah membuat pengeboman di sepanjang “Ho Chi Ming Trail” dan membuat sabotaj stesen radio Vietnam Utara (rujuk gmabar 10.0).44

Bukan itu sahaja, seperti dijangka selepas resolusi Teluk Tonkin itu dibuat tentera Amerika melancarkan Operasi Rolling Thunder, Arc Light dan operasi lainnya untuk mengebom wilayah Vietnam Utara.45 Sekitar Mac 1965 sehingga November 1968

sebenarnya Vietnam Utara telah dibanjiri peluru, roket dan bom melalui “Rolling Thunder”

sebagai satu amaran kepada Vietnam Utara dan Komunis China serta Soviet untuk memberhentikan sokongan terhadap Viet Cong.

Selain itu, Persaingan dan Penglibatan kedua blok semakin tegang juga melalui peristiwa “Pengepungan Khe Sanh”. Vietnam Utara melalui “People’s Army of Vietnam

42

(16)

(PAVN) cuba melalui lauan Ho Chi Minh ke Vietnam Selatan. Tetapi menghampakan apabila Amerika berjaya melakukan pengepungan Khe Sanh dan menewaskan mereka, jadi pada masa ini Amerika menganggap mereka menang dengan mudah dengan melumpuhkan Khe Sanh.

Manakala, di Vietnam Selatan semasa diketuai oleh Jeneral William C. Westmoreland beliau cuba menjalankan operasi ketenteraan terhadap Vietnam Utara iaitu Vietcong.46

Misalnya, selepas isu Pengepungan Khe Sanh yang dianggap menang bagi Amerika maka, dibawah Jeneral William S. Westmoreland beliau ingin menyerahkan pertahanan ketenteraan kepada “Army Republic of Vietnam” (ARVN) kerana Jeneral Westmoreland melihat kemampuan ARVN (selatan) setelah mampu melakukan Pengepungan Khe Sanh. Maka, menjelang 15 Disember 1967, pemerintah pasukan tentera Amerika di Saigon menyerahkan tanggungjawab pertahanan Saigon kepada pasukan ARVN. Tindakan ini adalah sebagai tanda keyakinan Amerika kepada kesediaan ARVN memikul tanggungjawab mempertahankan ibu negara tersebut. Tugas menjaga keselamatan Saigon dan keselamatan Saigon adalah di pertanggungjawabkan kepada Kumpulan ke-5 Ranger ARVN dengan dibantu oleh BN 2/13

Rejimen Artileri Tentera Amerika.

(17)

Saigon.47 Media Amerika menyifatkan Serangan Tet sebagai tamparan hebat ke atas tentera

Amerika.48 Kos perang yang dibiayai oleh Amerika dalam tahun 1968 ialah sebanyak US$66

juta setiap hari. Ini telah menyebabkan kedua-dua blok ini meningkatan ketenteraan dan senjata untuk bersaing antara satu sama lain. Namun begitu, walaupun Soviet-China bersama-sama untuk menghapuskan kekuasaan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan ini wujud pula, persaingan antara Soviet dan China antara Nikita Kruschev dan Mao Zedong dari segi bentuk peperangan. Misalnya penulis buktikan melalui peristiwa “Serangan Tet” atau

“Tet Offensive” sekitar tahun 1967. Mao Zedong mencadangkan bentuk peperangan melalui serang hendap namun “Tet Offensive” dibawah Soviet Union menyerang secara besar-besar di bandar pada hari Perayaan Tet seperti dijelaskan di atas. Maka ini menyebabkan mereka berpecah pendirian walaupun bersama-sama melawan Amerika dan Vietnam Selatan. Walaupun, dalam serangan semasa Perayaan Tet ini VietCong atau Vietnam Utara sering dilengkapi dilengkapi dengan senjata-senjata yang lengkap dengan bantu oleh senjata Soviet Union dan Mao Ze Dong untuk Viet Cong. 49

Ketegangan dengan Soviet bertambah lagi apabila China melalui Mao Zedong menubuhkan revolusi budaya China ianya dikenali sebagai “The Red Army” (TRA). Kumpulan “The Red Army” ini pernah menahan tentera Soviet yang membawa peralatan perang ke Vietnam malah pernah membuat rusuhan di Moscow, Russia. Maka perkara ini merenggangkan lagi hubungan Soviet –China yang sama-sama membantu Vietnam. Hubungan kedua negara Komunis ini bertambah tegang juga apabila pada Oktober 1968, merupakan ulang tahun kejayaan Komunis China oleh Mao Zedong yang berjaya merampas kuasa daripada pemerintah sebelumnya namun, Soviet Union dan negara sekutunya memboikot perayaan tersebut. Maka, ini menjatuhkan maruah Mao Zedong selaku sekutu

(18)

Soviet ini menyebabkan hubungan mereka bertambah tegang. Maka tidak hairanlah dalam Perang Vietnam kedua-dua kuasa besar Komunis ini sering berhati-hati antara satu sama lain. Contohnya melalui bantuan senjata nuklear, ekonomi, ketenteraan mahupun kewangan untuk meluaskan pengaruh untuk kepentingan masing-masing seperti dijelaskan penulis di atas.

Persaingan dan penglibatan Amerika – Soviet - China ini hanyalah berakhir apabila Perang Vietnam berakhir dan Amerika mengambil keputusan mengundurkan diri.50 Akhirnya

kemenangan telah berpihak kepada VietCong atau Vietnam Utara setelah jatuhnya ibu Kota Saigon ke tangan VietCong pada tahun 1975. Seterusnya, pada tahun 1976, Vietnam Utara dan Vietnam Selatan telah disatukan dan menjadi sebuah negara Vietnam sahaja dan gerakan revolusi Viet Cong mahupun Viet Minh telah dibubarkan apabila Vietnam disatukan.

5.0 SEJAUHMANAKAH PERSAINGAN DAN PENGLIBATAN AMERIKA-SOVIET-CHINA DALAM PERANG KOREA DAN PERANG VIETNAM.

(19)

merupakan dua buah negara yang paling dekat, maka tidak hairanlah jika Vietnam meminta bantuan daripada Soviet-China, walaupun kedua negara ini mempunyai matlamat dan kepentingan masing-masing dalam usaha untuk meluaskan pengaruh mereka dalam masa yang sama menentang Amerika Syarikat dan sekutunya serta menghapuskan anti-Komunis.

6.0 KESIMPULAN.

(20)

7.0 BIBLIOGRAFI

8.0

LAMPIRAN.

- SEKADAR RUJUKAN DAN PERKONGSIAN UMUM, PENULISAN YANG BAIK ADALAH PENULISAN HASIL USAHANYA SENDIRI.

Referensi

Dokumen terkait

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

Bagi manusia, nilai berfungsi sebagai landasan, alasan, atau motivasi dalam segala tingkah laku, dan perbuatannya. Nilai mencermin kan kualitas pilihan tindakan dan pandangan

EFEK LARVISIDA EKSTRAK ETANOL DAUN KEMANGI ( Ocimum sanctum Linn) TERHADAP LARVA INSTAR III Aedes aegypti.. Kartika F.D 1 , ,VWL¶DQDK S 2

Alhamdulillah, puji dan syukur Penulis panjatkan kepada Allah swt, Tuhan Semesta Alam serta seruan bagi Umat Nya, berkat kasih sayang dan atas petunjuk-Nya Penulis dapat

Populasi dalam penelitian ini adalah seluruh karyawan yang bekerja di CV Sujiwo Kusuma, Klaten berjumlah 63. Jumlah subjek 63 ini dipergunakan semua sebagai

tenaga listrik ke pelanggan, dengan menggunakan indeks keandalaan sistem distribusi tenaga listrik tersebut adalah SAIDI (Sistem Average Interruption Duration Index ) yaitu

Menurut Kuntowijoyo (Abdurrahman 2007, hlm 73), “ Interpretasi sejarah atau yang biasa disebut juga dengan analisis sejarah merupakan tahap dimana peneliti melakukan

Penulis menyelesaikan tugas akhirnya untuk memperoleh gelar Sarjana Teknologi Pertanian pada Program Studi Ilmu dan Teknologi Pangan, dengan melakukan penelitian