• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN PERISIAN QUIZLET.COM DALAM PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN PERISIAN QUIZLET.COM DALAM PE"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PROSIDING

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU

PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

PENERBIT

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia,

Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

(3)

PROSIDING

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN

ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

© Sekretariat ISPEN-i 2016,

Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

2016

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara

apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ISPEN-i 2016,

Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia

Cataloguing-in-Publication Data

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016)

Sekretariat ISPEN-i 2016,

Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

21 Mei - 22 Mei 2016 / Munawar et.al.

ISBN: 978-967-14229-0-8

1. Pendidikan Islam

2. Bahasa Arab

3. Ahmad Munawar Ismail

(4)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN

ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

Anjuran Bersama :

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya

21

22 Mei 2016

Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, MALAYSIA.

PENERBIT

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

(5)

EDITOR

Nur Hanani Hussin

Mohd Aderi Che Noh

Syed Najmuddin Syed Hassan

Bani Hidayat Mohd Shafie

Ghazali Darusalam

Mohd Faisal Mohamed

Mohd Izzuddin Mohd Pisol

(6)

PENGGUNAAN PERISIAN QUIZLET.COM DALAM

PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB

Nurulakhma yahya, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Harun Baharudin, Nurul Izzah Abd. Rahman [email protected], [email protected],

[email protected],[email protected]

ABSTRAK

Zaman era perkembangan teknologi kini, keperluan penguasaan bahasa Arab juga perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa agar pelajar yang baru menceburi bidang bahasa tidak ketinggalan. Justeru penguasan kosa kata dalam pembelajaran bahasa Arab yang mantap mampu untuk pelajar terus bersaing dalam bidang bahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisinan quizlet.com dalam pembelajaran bahasa Arab. Perisian quizlet merupakan salah satu medium bagi membantu pelajar menguasai kosa kata mereka. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini dijalankan di Kolej Poly Teach Mara dan melibatkan seramai 15 orang responden. Hasil dapatan daripada edaran soal selidik mendapati bahawa aplikasi ini menarik dan sesuai digunakan bagi penguasaan kosa kata dalam baasa Arab.

Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran, penguasaan kosa kata, bahasa Arab, perisian quizlet.com.

PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini khususnya dalam bidang pendidikan. Begitu juga dengan system pendidikan Negara Malaysia sedang mengalami transformasi yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (Norhayati Che Mat. 2011). Hal ini juga selaras dengan anjakan ketujuh yang telah disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025 ) iaitu pemanfaatan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan pembelajaran (www.moe.gov.my). Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.

Menurut Johan @ Eddy Luaran (2013), penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah pembelajaran pelajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi, menurut Mohd Feham (2008) terdapat dua aspek yang seringkali menjadi bahan bagi proses PdP ialah multimedia dan internet. Menurut definisi Mayer (2001), multimedia bererti penggabungan teks, gambar, suara, dan video sebagai persembahan bahan PdP. Manakala, internet bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat dalam laman-laman web yang boleh digunakan untuk PdP interaktif seperti web 2.0, you tube, facebook, twitter, skype, quizlet dan seumpamanya.

Demikian juga dalam bidang pembelajaran bahasa, Mohd Firdaus et al. (2013) berpendapat bahawa variasi pemanfaatan teknologi dalam PdP bahasa semakin bertambah dengan munculnya pelbagai bahan elektronik secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan komuniti maya. Era pembelajaran siber sebegini tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau perpustakaan malah membolehkan pembelajaran formal berlaku walaupun di luar bilik darjah dan ia melangkaui masa dan tempat. Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai BBM adalah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh pengajar dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar dalam proses PdP.

LATAR BELAKANG MASALAH

(7)

ISBN 978-967-14229-0-8

472

yang telah dilakukan oleh para sarjana berkaitan dengan pertuturan bahasa Arab, kita mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan permasalahan dalam pembelajaran bahasa Arab ialah kelemahan penguasaan serta kekurangan kosa kata di kalangan pelajar.

Menurut Ashinida (2012) hal ini, akan menyebabkan pelajar berasa kecewa, kurang keyakinan, takut dan malu sekiranya berlaku kesilapan dalam pertuturan bahasa tersebut. Antara masalah lain berkaitan kosa kata termasuklah penggunaan kosa kata yang kurang tepat dalam pertuturan, penggunaan kosa kata yang tidak diperlukan dalam pertuturan serta meninggalkan kosa kata yang sepatutnya ada dalam struktur ayat tersebut ( Azani, Azman & Mat Taib, 2012 ). Kelemahan pelajar dalam menguasai kosa kata juga berpunca daripada beberapa masalah.

Antara masalah tersebut ialah kekurangan perbendaharaan kata,tidak memahami makna perkataan, tidak dapat menyebut perkataan dengan betul,tidak tepat dalam memilih perkataan dan kesilapan membentuk perkataan.(Che Radiah & Norhayuza, 2011). Bagi pelajar yang berada di peringkat asas terutamanya masalah penguasaan kosa kata boleh menganggu kelancaran proses pembelajaran dan penguasaan bahasa tersebut. Oleh itu, kosa kata merupakan antara faktor permasalahan pelajar dalam menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Justeru, pemerhatian diberikan kepada kelemahan penguasaan kosa kata pelajar di peringkat rendah mahupun peringkat lebih tinggi.

Selain itu, kelemahan dan kegagalan guru dalam memilih pendekatan dan kaedah pengajaran kosa kata yang tepat dan sesuai juga adalah salah satu punca kelemahan pelajar dalam menguasai kosa kata.Ini selaras dengan pendapat Rosni (2009) yang menyatakan bahawa kesalahan memilih pendekatan dan metod yang tepat secara langsung menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kosa kata dengan berkesan.

Menurut Rosni (2009) penguasaan bahasa hendaklah bermula dengan penguasaan kosa kata dapat membentuk ayat yang baik. Kajian para sarjana dalam bidang Bahasa Arab menunjukkan tahap penguasaan kosa kata pelajar di Malaysia masih perlu diperbaiki. Saifuddin (2002) menyatakan tahap penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar khususnya di tingkatan tiga masih berada di tahap yang lemah. Perkara ini akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Menurut Ridzuan (2006), kelemahan perbendaharaan kata merupakan salah satu faktor kegagalan pelajar dalam bahasa Arab.

Justeru dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing, pelajar akan dilatih dengan sebaik-baiknya agar mereka dapat menguasai kosa kata sebanyak yang mungkin. Hal ini kerana, pembelajaran kosa kata ialah aspek pembelajaran yang utama dalam buku pembelajaran bahasa asing (Asma & Nik, 2012). Oleh yang demikian, pengkaji memperkenalkan aplikasi quizlet.com untuk penambahbaikan penguasaan kosa kata bahasa Arab.

PEMBANGUNAN PERISIAN QUIZLET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Dalam proses PdP sesuatu mata pelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik adalah penting. Bahan bantu yang sesuai dan menarik bukan sahaja boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran tetapi boleh juga digunakan sendiri oleh pelajar atau masyarakat untuk mempelajari sesuatu terutama sekali pembelajaran bahasa kedua seperti bahasa Arab. Berdasarkan hasil kajian Mustafa (2008), segelintir guru bahasa Arab menghadapi masalah dari segi kemampuan menguasai pelbagai jenis BBM berasaskan teknologi bagi pengajaran bahasa Arab. Oleh demikian, guru seharusnya prihatin dan mengambil inisiatif dalam menguasai BBM berasaskan teknologi bagi menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar supaya menjadikan pembelajaran bahasa Arab lebih menarik dan berkesan.

(8)

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016

21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

473

pengetahuan dalam pelbagai orientasi, sesuai dengan gaya dan keperluan pelajar sendiri. Menurut Abdul Rahim (2001) dan Zamri et. al (2011), kejayaan pembelajaran bahasa lebih berpusatkan pelajar yang menggunakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam dan luar bilik darjah. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Mastura & Kaseh (2012) yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan teknologi multimedia dan strategi pembelajaran kendiri terhadap pencapaian bahasa Arab.

Perisian quizlet merupakan salah satu aplikasi yang dapat diakses secara atas talian dengan menggunakan peralatan teknologi seperti komputer, laptop, tablet dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi ke tablet dan telefon pintar (smart phone) yang memiliki operating system (OS) android (play store) atau IOS Apple (app store) sama ada secara percuma dan berbayar. Mengikut sejarah pembangunan laman ini, perisian quizlet telah dibangunkan sejak tahun 2005 oleh seorang anak muda yang bernama Andrew Sutherland dan berumur 15 tahun (http://en.wikipedia.org/wiki/). Menurut Ahmad Zaki et. al (2014), pada awalnya, anak muda itu telah membangunkan laman ini untuk memudahkannya bagi mempelajari perbendaharaan kata bahasa Perancis. Setelah itu, beliau berkongsi laman ini kepada rakan-rakannya kemudian laman ini telah berkembang pesat.

Quizlet merupakan satu laman web yang menyediakan BBM bagi pengajar atau pelajar secara atas talian tanpa disediakan sebarang modul kurikulum khusus untuk pembelajaran. Pelajar atau pengajar bebas memilih pelajaran untuk dipelajari atau diajarkan (Ahmad Zaki et. al, 2014). Fungsi perisian ini hampir keseluruhannya disediakan secara percuma untuk membantu para pelajar menyukai proses pembelajaran dengan penyediaannya yang menarik dan mesra pengguna. Justeru tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisinan quizlet.com dalam pembelajaran bahasa Arab.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang sesuai dengan tujuan kajian ini ialah reka bentuk kajian tinjauan merentas masa dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian merupakan pelajar kolej Poly Teach Mara di Teras Jernang Bandar Baru Bangi dan kajian ini melibatkan seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan tahun satu yang mengambil kursus bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif. Bagi mendapatkan data, satu set soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tersebut. Skala Likert lima digunakan untuk menunjukkan persetujuan bagi penggunaan perisian quizlet.com untuk menguasai kosa kata dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Skala Likert itu diperincikan sebagai STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju TP = Tidak Pasti, dan SS = Sangat Setuju.

DAPATAN KAJIAN

(9)

ISBN 978-967-14229-0-8

474

Jadual 1 perisian quizlet.com dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Arab

Bil Item STS ST S TP SS

1. Adakah penggunaan Quizlet meningkatkan penguasaan Kemahiran kosa kata dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab apabila anda menggunakannya?

2. Adakah anda berminat dengan aplikasi quizlet?

3. Adakah kaedah ini menarik dan sesuai untuk menghafal / menguasai kosa kata?

4. Adakah kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan anda untuk menghafal kosa kata berbanding kaedah manual?

5. Adakah kaedah ini sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses pembelajaran kendiri?

Hasil dapatan soal selidik mendapati bahawa item 3 menunjukkan peratus yang tinggi iaitu 80% yang berkaitan dengan kaedah quizlet.com menarik dan sesuai untuk menghafal / menguasai kosa kata. Seramai 12 orang menyatakan setuju dan tiga orang menyatakan sangat setuju dengan peratus 20%. Berdasarkan item 1, iaitu berkaitan dengan penggunaan quizlet.com meningkatkan kemahiran penguasaan kosa kata dalam pembelajaran bahasa Arab, dapatan kajian menunjukkan seramai Sembilan orang pelajar (60%) yang bersejutu dan empat orang (26.7%) sangat setuju dengan kenyataan pada item tersebut.

Namun terdapat dua orang pelajar (13.3%) yang tidak pasti sama ada penggunaan quizlet.com dapat meningkatkan kemahiran penguasaan kosa kata atau tidak. Berhubung dengan minat pelajar menggunakan aplikasi quizlet.com menerusi item 2, kajian mendapati majoriti pelajar iaitu seramai 11 orang (73.3%) menyatakan setuju,manakala tiga orang pelajar (20%) sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Namun begitu, terdapat seorang pelajar (6.7%) memberi jawapan tidak pasti. Bagi item 4, didapati seramai lapan orang pelajar (53.3%) menyatakan setuju dan lima orang pelajar (33.3%) sangat setuju dengan pernyataan bahawa kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan pelajar untuk menghafal kosa kata berbanding kaedah manual. Sementara dua orang pelajar (13.3%) masih tidak pasti tentang kaedah pembelajaran quizlet.com memudahkan pelajar untuk menghafal kosa kata.

Item yang terakhir iaitu item 5, iaitu berkenaan dengan kaedah quizlet.com sesuai jika diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses pembelajaran kendiri, hasil kajian mendapati seorang pelajar (6.7%) tidak pasti sama ada kaedah quizlet.com sesuai atau tidak jika diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi memudahkan proses pembelajaran kendiri. Namun, seramai lapan orang pelajar (53.3%) bersetuju dan enam orang pelajar (40%) sangat setuju dan memperkukuhkan pernyataan tersebut.

Kesimpulannya kajian ini mendapati penggunaan quizlet.com sebagai BBM dalam pembelajaran bahasa Arab bagi keseluruhan pelajar berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa implementasi teknologi dalam pembelajaran bahasa Arab mampu menarik minat pelajar untuk menguasai bahasa Arab, selain ia menepati konsep pembelajaran terkini.

(10)

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016

21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

475

KESIMPULAN

Penggunaan perisian quizlet.com dan aplikasinya mampu memberi satu pendekatan BBM yang lebih menarik dan menyeronokkan terutama yang berkaitan proses hafalan dan menguatkan ingatan serta menambahkan perbendaharaan kata bahasa Arab. Para pelajar bukan sekadar lebih mudah memahami dan mengingati set pelajaran, bahkan mereka lebih aktif dan bersemangat. Selain itu, aplikasi yang melibatkan PdP seperti ini juga memberi ruang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menggunakannya bukan sekadar di dalam kelas, bahkan boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet. Oleh itu, pemanfaatan penggunaan perisian ini dalam proses PdP terutamanya bahasa Arab dapat meningkatkan lagi kualiti PdP di seluruh negara. Justeru, dapat melahirkan generasi yang bukan hanyut ditelan arus teknologi bahkan mampu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk ilmu demi mencapai masa depan yang cerah.

RUJUKAN

Ashinida Aladdin. 2012. Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. Gema Online Journal of Language Studies. 12 (2), 645-666.

Asma Abdul Rahman dan Nik Mohd Rahimi. 2012. Al-Awamil al-muassirah fi taklim al-lughah al-ajnabiyah wa turuq tadris al-maharat al-lugawiyah al-arabiyah. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. 2012. Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Gema Online Journal of Language Studies. Vol. 12 (1), 325-337.

Che Radiyah dan Norhayuza, 2011. Pengajaran dan Pembelajaran Kosa Kata Arab: Teori dan Aplikasi. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Johan @ Eddy Luaran. 2013. Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013). Universiti Teknologi MARA.

Mayer, R. E. (2001). Multimedia Learning, Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Mohd Feham Md. Ghalib. 2008. Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Arab. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrirb &Mohd Shahrizal Nasira. 2013. Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Teknologi. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Mohd Rahimi, Kamarulzaman Abd. Ghani, dan Mowafak al-Qusyairi. 2008. Fan tadris al-lughah al-arabiyah li ghair al-arab. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Norhayati Che Mat. 2011. Keberkesanan Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ridzuan Mat Yusof (2006). Amalan Pengajaran Perbendaharaan Kata di Kalangan Guru Bahasa Arab di Negeri Pahang. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

(11)

ISBN 978-967-14229-0-8

476

Referensi

Dokumen terkait

Memandangkan motivasi juga merupakan salah satu fasa dan prinsip utama dalam proses pembelajaran Bahasa Arab, maka penulis dapat membuat kesimpulan bahawa perbincangan

Menurut Suhaidah dan rakan-rakan, (2014) mendapati bahawa kosa kata bahasa Melayu mempunyai leksikal gender, iaitu perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki atau

Kajian juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan teknologi ICT terhadap minat, interaksi, dan pencapaian responden dalam pembelajaran Bahasa

Pengkaji ingin menjadikan kajian ini sebagai satu sumbangan untuk bahasa Arab, walaupun para linguis Arab telah membuktikan bahawa al-Quran mempunyai mukjizat atau dengan kata

Kajian ini mendapati bahawa pengetahuan tentang peta pemikiran dalam kalangan pelajar akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan kerana peta pemikiran merupakan

Taburan peratusan item 1 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan setuju (53.3%), bahawa mereka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran

Al-Quran surah 41 Fushilat ayat 44 KEPRIHATINAN PARA ULAMA’ DALAM MEMAHAMI BAHASA ARAB Para sarjana Islam yang mendepani disiplin ilmu usul fiqh jelas begitu menekankan akan

Perbandingan ini membuktikan bahawa strategi pemetaan semantik memberi kesan kepada penguasaan setiap elemen pengetahuan kolokasi bahasa Arab manakala pembelajaran kolokasi secara