• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Kartun Perbandingan Korea Utara v

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ulasan Kartun Perbandingan Korea Utara v"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

POLITIK PERBANDINGAN

Nama Pelajar: Arif Anwar bin Lokmanol Hakim

No Matrik: A152409

Pensyarah: Pn Mahfuzah Mustafa

(2)

1.0 PENGENALAN KARTUN

Gambar kartun seperti ditunjukkan di atas adalah gambar perbezaan situasi dan kehidupan rakyat di bawah pentadbiran politik Korea Utara dan Selatan. Korea Selatan terkenal dengan penciptaan Samsung, Korea Utara pula melebihkan peralatan ketenteraan daripada rakyat sendiri.

2.0 SEJARAH KONFLIK KOREA UTARA & SELATAN

Seperti mana diketahui, Korea Utara berideologi komunis sementara Korea Selatan pula berideologi demokrasi. Pembahagian Korea kepada Korea Utara dan Korea Selatan bermula pada tahun 1945 apabila pihak Berikat menang dalam Perang Dunia Kedua yang mengakhiri pemerintahan tentera Empayar Jepun selama 35 tahun di Korea. Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet bersetuju untuk menduduki secara sementara di Korea sebagai suatu amanah dengan zon kawalan yang ditanda sepanjang selarian ke-38. Tujuan peramanahan ini adalah untuk membentuk kerajaan sementara Korea yang akan menjadi "bebas dan merdeka dalam masa terdekat” (Savada, Andrea Matles; Shaw, William, ed. 1990).

(3)

3.0 PERBANDINGAN EKONOMI POLITIK KOREA UTARA & SELATAN

Berdasarkan kartun tersebut, teknologi tersebut berkaitan ekonomi. Maka, huraian mengenai sistem ekonomi politik yang mempengaruhi ekonomi negara dibahaskan untuk mengetahui faktor polisi politik yang membuatkan cerita kartun di atas. Korea Utara (menurut Dyah 2015), diktator ada hubungan dengan kemiskinan. Huraian lebih lanjut ialah 80% wilayah Korea Utara dilingkupi kontur gunung yang tinggi rata-ratanya mencapai 2000 meter di atas permukaan laut. Korea Utara mempunyai 3 perlombongan yang dimanfaatkan sebagai daya sumber negara berupa arang batu, tembaga, emas, grafit, bijih besi, timah, magnesium, garam, seng dan sebagainya. Korea Utara juga mewarisi teknologi hydroelektrik dari penjajah Jepun sebagai sumber air yang penting (Worden & Robert L 2008).

Keadaan kesihatan di Korea Utara sudah jauh bertambah baik apabila dibandingkan saat akhir 1990-an. Sekarang, perkhidmatan perubatan sudah mempunyai insurans nasional. Namun sebelumnya, dianggarkan hanya terdapat satu doktor untuk 700 orang dan satu katil rumah sakit untuk 350 orang. Tingkat kematian di Korea Utara pada masa tersebut cukup tinggi, dianggarkan 500,000 orang meninggal dunia disebabkan oleh kelaparan. Implikasi Perang Saudara Korea sangat besar bagi rakyat Korea Utara. Hingga catuan makanan perlu mendapat subsidi negara perikatan mereka seperti Rusia atau China agar rakyat Korea Utara dapat bertahan. Hal ini disebabkan oleh terasingnya Korea dari dunia antarabangsa dalam segala bidang sehingga hanya beberapa negara sahaja seperti China dan Rusia yang mahu menjalin hubungan kerjasama. kediktatoran oleh pemimpin Korea Utara, Kim Il Sung, juga banyak menyumbang dalam pembangunan ekonomi Korea Utara pada tahun 1948-1950. Rejim Komunis dipegang teguh oleh kerajaan. Dasar ekonomi yang mencerminkan rejim komunis antara lain adalah nasionalisasi industri pokok dan reformasi tanah. Lahan dijadikan milik kerajaan kemudian dibahagikan secara merata pada para petani, sehingga terbentuk legitimasi negara baru (Seth 2011: 320).

(4)

dan berdikari atau keyakinan untuk dapat berdiri sendiri, menyebabkan Korea Utara pada tahap stagnansi ekonomi yang mana juga menuju kepada kemiskinan dan kelaparan yang kini melanda Pyongyang. Hal inilah salah satu sebab mengapa Korea Utara tidak boleh maju seperti sebelumnya.

Mengenai Korea Selatan pula, konfusianisme mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan telah berakar umbi di tanah besar Korea. Menurut Khi Young-Whan terdapat beberapa faktor yang berasal dari Konfusianisme yang mendorong pertumbuhan ekonomi di Korea Selatan, antara lain kepatuhan seorang anak dan kesetiaan kepada keluarga, pemahaman dan penerimaan anggapan bahawa negara merupakan agen moral yang aktif dalam pembangunan masyarakat, penghormatan atas status dan hierarki, penekanan pada pembangunan diri sendiri dan pendidikan, serta perhatian terhadap keharmonian sosial (Young-Whan: 4). Faktor-faktor ini yang menyokong terjadinya pemodenan dalam bidang politik dan ekonomi Korea Selatan sehingga Korea Selatan dapat mencapai "keajaiban ekonomi" nya pada tahun 1970-1980an. Perindustrian ekonomi dan strategi pengembangan eksport serta pertumbuhan ekonomi yang dipimpin oleh negara menjadi tiga kunci utama dalam pemodenan ekonomi Korea Selatan yang menyokong pencapaian keajaiban ekonomi Korea Selatan. Pada awalnya, Korea Selatan adalah negara yang menggunakan strategi ekonomi penggantian import, kemudian pada tahun 1960-an Korea Selatan beralih mengunakan strategi perindustrian ekonomi yang berorientasikan pada bidang eksport. "Keajaiban ekonomi" Korea Selatan dirancang dan dibangunkan oleh rejim otoritarian negara berkembang kapitalis (Young-Whan: 18). Hal ini menunjukkan adanya campur tangan negara yang cukup besar dalam pasaran pada awalnya, namun pada akhirnya keajaiban ekonomi ini dapat terwujud setelah masyarakat sivil berkembang menjadi kuat dan aktifnya sektor sosial yang merupakan sebahagian daripada reformasi politik di akhir abad 20. Semenjak pengurangan campur tangan kerajaan dalam pasaran membuat era pertumbuhan ekonomi di Korea Selatan menjadi lebih maju dan stabil sejak awal abad 21.

(5)

4.0 PERBANDINGAN PENTADBIRAN POLITIK KOREA UTARA & SELATAN

Seterusnya, kartun itu juga dilihat daripada sudut pentadbiran politik. Korea Utara termasuk dalam negara satu-parti di bawah front penyatuan yang dipimpin oleh Parti Buruh Korea. Pemerintahan negara mengikuti ideologi Juche, yang digagas oleh Kim Il-sung, bekas pemimpin negara ini. Juche menjadi ideologi rasmi negara ketika negara ini mengguna pakai perlembagaan baru pada 1972 walaupun Kim Il-sung telah menggunakannya untuk membentuk dasar sejak sekurang-kurangnya awal tahun 1955. Sementara rasminya sebagai republik sosialis, Korea Utara dipandang oleh sebahagian besar negara sebagai negara kediktatoran totaliterstalinis. Pemimpin saat ini adalah Kim Jong-il, anak lelaki Presiden Abadi Kim Il-sun.

Korea Utara adalah negara yang menyatakan secara sepihak sebagai negara Juche (percaya dan bergantung kepada kekuatan sendiri) .Pemujaan keperibadian terhadap Kim Il-sung dan Kim Jong-il dilakukan secara terancang. Setelah kemangkatan Kim Il-sung pada 1994, ia tidak digantikan melainkan memperoleh gelaran "Presiden Abadi", dan dikuburkan di Istana Memorial Kumsusan di pusat Pyongyang.

Walaupun kedudukan presiden dipegang oleh Kim Il-sung yang telah meninggal, kepala negara de facto adalah Kim Jong-il, yang kini menjabat sebagai Ketua Suruhanjaya Pertahanan Nasional Korea Utara. Badan perundangan Korea Utara adalah Majlis Tertinggi Rakyat, kini diketuai oleh Kim Yong-nam. Tokoh pemerintahan senior lain adalah Ketua Pemerintahan Kim Yong-il. Korea Utara adalah negara yang menganut sistem satu parti. Parti yang memerintah adalah Front Demokratik untuk Reunifikasi Tanah Air, sebuah parti iaitu Parti Buruh Korea dan dua parti kecil lain, Parti Demokratik Sosial Korea dan Parti Chongu Chondois. Parti-parti ini mengajukan semua calon untuk menduduki kedudukan pemerintahan dan memegang semua kerusi di Majlis Tertinggi Rakyat (Afrizal 2016).

(6)

kembali) .PM ditunjuk / diangkat oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Nasional (MN), sedangkan Wakil PM ditunjuk / diangkat oleh Presiden dengan cadangan PM. PM mempunyai fungsi mewakili tugas-tugas Presiden apabila berhalangan dan bertugas membantu Presiden serta mengarahkan para menteri kabinet sesuai petunjuk Presiden.

PM boleh memberikan cadangan kepada Presiden dalam pelantikan menteri dalam kabinet. Parlimen Majlis Nasional (MN) merupakan badan pemegang kekuasaan legislatif satu-satunya di Korea Selatan, sesuai dengan sistem satu bilik (unikameral) yang dijalankannya. MN dipimpin oleh seorang Ketua dan 2 orang Wakil Ketua yang dipilih oleh para ahli MN. Sesuai dengan UUD 1987, ahli MN tidak boleh kurang dari 200 orang. Sememangnya akan ada pertambahan kerusi dari semasa ke semasa dengan persetujuan MN.

Kemudiannya, setiap kali pilihan raya berlangsung, akan dipertandingkan 2/3 kerusi parlimen melalui pemilihan langsung (direct voting) di seluruh daerah pemilihan. Baki kerusi dimenangi melalui sistem perwakilan secara proposional. Pemilih dapat memberikan dua suara: satu untuk calon dari daerah pemilihan mereka dan satu lagi untuk parti politik yang dipilihnya (Afrizal 2016).

Kesimpulannya, perbandingan kartun antara telefon pintar Korea Selatan dan Korea Utara dengan kereta kebal tentera mereka ini menceritakan bagaimana boleh terbentuk kartun tersebut dalam konteks realiti. Ekonomi politik, sejarah konflik sejak pemisahan oleh kuasa besar dan politik pentadbiran menentukan juga peristiwa seperti digambarkan oleh penulis kartun tersebut.

5.0 RUJUKAN

Afrizal Aftiya 2016. Sistem pemerintahan di Korea.

http://afrizalseptember.blogspot.my/2012/11/sistem-pemerintahan-di-korea.html. [9 April 2017].

Dyah Nugraheni 2015. Dinamika Politik & Ekonomi Korea Utara. http://dyahnugraheni-fisip12.web.unair.ac.id/artikel_detail-135328-MBP%20Asia%20Timur-DINAMIKA

(7)

Farahisna 2015. Sejarah dan Perkembangan Perekonomian Korea Selatan. https://farahisna.wordpress.com/2015/04/30/sejarah-dan-perkembangan-perekonomian-korea-selatan/. [8 April 2017].

Kihi Young-Whan. Peninggalan Kebudayaan Konfusius dan Ekonomi - Politik Korea Selatan: Sebuah Penafsiran. Iowa: Iowa State University.

Onwar. Korean War 1950-1953.

https://www.onwar.com/aced/chrono/c1900s/yr50/fkorean1950.htm. [6April 2017].

Savada, Andrea Matles; Shaw, William, ed. 1990. South Korea: A Country Study. Washington, DC: Federal Research Division, Library of Congress.

Seth, Michael J. 2011. A History of Korea: from Antiquity to the Present. Chicago: Rowman & Littlefield Publishers.

Referensi

Dokumen terkait

Jenis pekerjaan yang dimiliki oleh seseorang dapat dijadikan sebagai dasar pembedaan dalam masyarakat. Seseorang yang bekerja di kantor dianggap lebih

Pada penelitian ini untuk skor APACHE II sebagai bagian dari modified NUTRIC score , didapatkan nilai rerata pada kelompok yang meninggal 26,83±5,81 dan pada kelompok

Hasil tanggapan responden mengenai fasilitas yang diberikan KlikBCA sama dengan transaksi yang dapat dilakukan secara konvensional termasuk kategori sedang dengan

Pelabuhan Wamena Sorong Merauke Jayapura Timika Jayapura Pengembangan klaster industri tembaga di Timika No Rencana Aksi 2011 2012 2013 2014 2015 1 Pembangunan

Seorang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) mengakibatkan kerusakan luas sistem daya tahan tubuh seluler, sehingga jika terjadi infeksi penyerta (opportunity), seperti TB,

Banyaknya Rumah Tangga Perikanan Laut Menurut Desa dan Jenis Perahu Penangkap Ikan... Banyaknya Perahu/ Kapal Penangkap Ikan

Di negara federal juga terdapat parlemen pusat akan tetapi dalam konstitusi federal parlemen pusat tidak hanya menetapkan cara-cara perubahan konstitusi, melainkan

membantah guru dengan cara cara yang tidak mereka bayangkan beberapa. tahun