• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBEZAAN PEMIMPIN DAN PENGURUS dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBEZAAN PEMIMPIN DAN PENGURUS dan "

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

PDEP1102 : KEPIMPINAN SEKOLAH

TAJUK 3 : PERBEZAAAN ANTARA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN:

TEORI DAN AMALAN DI ORGANISASI PENDIDIKAN ANDA.

DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan

mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

DEFINISI KEPIMPINAN

 Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.

 Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkah laku orang lain kearah penyempurnaan sesuatu objektif.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.

Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan agama di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi.

(2)

mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.

1.7.2 Tingkah laku Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1989), tingkah laku bermaksud perbuatan, gerak geri, kelakuan sikap, dan perangai. Manakala kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Gaya kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang mengamalkan secara tinggi atau rendah di dalam satu atau kedua-dua dimensi gaya kepimpinan.

Dimensi gaya kepimpinan adalah struktur dan timbang rasa. 1.7.3 Struktur Tugas

Menurut Yulk (1989), struktur tugas adalah darjah seseorang pemimpin menstruktur dan mendefinisikan peraturan-peraturan pekerjanya ke arah mencapai matlamat.

1.7.4 Timbang rasa

(3)

PERBEZAAAN ANTARA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Dua perkataan yang amat mudah untuk disebut. Kepimpinan dan Pengurusan. Tapi apa perbezaannya? Memanglah dua perkataan tersebut lain sebutan bunyinya. KEPIMPINAN dan PENGURUSAN. Begitu juga lain ejaannya. Hanya yang sama adalah jumlah abjad yang membentuk kedua-dua perkataan iaitu sepuluh abjad.

Kepimpinan sering dikaitkan dengan arah atau tujuan. Dalam sesebuah organisasi ia berkait rapat visi, objektif, matlamat, isu-isu strategik, tranformasi, manusia dan komunikasi. Jelas kepada kita, kepimpinan merangkumi kebolehan menggunakan dua kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Satu lagi kemahiran ialah kemahiran memimpin.

Pengurusan banyak menumpukan cara-cara dan kaedah pelaksanaan. Oleh itu pengurusan banyak menjurus kepada proses pelaksanaan, isu-isu operasi, transaksional, cara dan kaedah, sistem dan keberkesanan pelaksanaan tugas. Pengurusan lebih mengutamakan kebolehan pengurusan elemen-elemen sesebuah organisasi.

Bagi organisasi pendidikan, kepimpinan merupakan elemen yang penting dalam

pengurusan. Kepimpinan dan pengurusan diibaratkan sebagai 'lagu dan irama' yang tidak boleh dipisahkan Kedua-duanya saling bertindak dan berintegrasi antara satu sama lain.

BI

L PENGURUSAN KEPIMPINAN

1

Bergantung kepada kuasa sah yang rasmi untuk mempengaruhi orang lain dan ia juga memberi penekanan kepada kecekapan.

Kuasa mengikut pangkat.

Mempunyai KUASA untuk

mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka.

Kuasa mengikut pengaruh – 1. Kuasa sah

2. Kuasa ganjaran 3. Kuasa desakan 4. Kuasa rujukan 5. Kuasa kepakaran

Menggunakan proses pengaruh sosial untuk mempengaruhi pengikut dan memberi fokus kepada keberkesanan.

2 merancang –

Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan

bersifat radikal

-Pemimpin mestilah mempunyai autoriti untuk memberi arahan.

(4)

pekerja tersebut 3

mengatur –

merancang dan mengatur segala falsafah

dan polisi syarikat. tidak konvensional (unconventional)

4 memimpin berani mengambil risiko

5

menyelaraskan –

mengadakan perancangan jangka masa panjang yang menggariskan hala cara operasi, menyusun pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai

bersifat keusahawanan

6

mengawal –

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan

menjadi contoh kepada orang lain. 7 Pengurusan adalah satu pemahaman dalam mentadbir organisasi Kepimpinan karismatik

8

Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan 9

Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara

optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya

10

Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan

11 Menggalakkan perubahan Merekabentuk perubahan

12 Menguruskan orang/pekerja Memberi Inspirasi kepada orang bawahan 13 Menggabungkan dan membina Innovasi dan kreatif

14 Membuat pelan dan hal kewangan Strategi dan visi

15 Tindakan yang berkesan Tindakan yang bermakna 16 Bagaimana, siapa dan bila? Mengapa, apa, bagaimana jika? 17 Menggambarkan status quo Cabaran status quo

18 Buat perkara yang betul Melakukan perkara yang betul 19

berusaha mendapatkan kepuasan melalui pemenuhan keperluan-keperluan mereka di tempat kerja

matlamat dicapai melalui penghasilan produktiviti yang tinggi dalam segala pekerjaan kakitangan bawahannya. 20 sentiasa menggunakan jawatan dan

kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya

(5)

bagi memastikan orang bawahan dalam organisasi yang diketuainya menerima segala arahan dan melaksanakan semua tugas dengan lancar tanpa sebarang masalah atau perbezaan pendapat dalam pelaksanaan tanggungjawab berkenaan.

mengubah tingkah laku orang-orang dibawahnya tanpa paksaan atau menggunakan emosi marah dan orang-orang di bawahnya pula mempunyai pilihan sama ada mahu berubah atau tidak.

21

menyelaras tugas-tugas orang di bawahnya yang sudah ditetapkan tugas mereka masing-masing mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Misalnya kerja-kerja merancang, mengurus, menyusun, mengarah dan mengawal kerja-kerja orang-orang di bawahnya.

mampu menggubal arah tuju organisasi pendidikan melalui visi dan misi organisasi pendidikan bersama-sama orang di bawahnya dan sentiasa berusaha mempengaruhi orang-orang dibawahnya supaya berusaha mencapai visi dan misi tersebut sepanjang masa.

22

mementingkan pematuhan terhadap segala keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan tanpa bertolak ansur menerima pandangan yang berbeza daripada kakitangan di bawahnya.

mencipta suasana kerja yang menyeronokkan dan berusaha menaikkan ‘morale’ kakitangan bagi meningkatkan produktiviti kerja.

23

menentukan masa depan karier serta 'periuk nasi' orang di bawahnya dengan memberi ganjaran atau hukuman, menaikkan atau menurunkan terhadap sesiapa yang mereka kehendaki.

Kedudukan, kuasa dan autoriti ini amat penting bagi mendapatkan pematuhan.

berusaha memenuhi keperluan semua kakitangan di tempat kerja dan menerima baik cadangan serta pandangan mereka yang mungkin berbeza dengan kehendak pihak atasan.

24

jarang sekali mengaitkan diri mereka dengan jawatan masing-masing dan sentiasa berempati dengan kakitangan.

25 Benda-benda Manusia

26 Melepaskan ,memberi kuasa Pengawalan Spontan , menyenangkan & Strukturdan tidak dijangka

27 Kecekapan Keberkesanan

28 Program Penulis program

29 Perbelanjaan Pelaburan

30 Teknik-teknik Prinsip-prinsip

31 Transaksi Transformasi

33 Melaksanakan dengan betul Melaksanakan perkara yang betul

34 Kepantasan Arahan –

(6)

statusnya sebagai pemimpin

35 Keuntungan Keseluruhan

36 Cara Tujuan

37 Amalan Prinsip-prinsip

38 Dalam sistem-sistem Ke atas sistem-sistem

40

pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi

merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota pengikut melakukan arahan tersebut.

41

Kemahiran Konsepsi – kemampuan melihat gambaran keseluruhan. Kemampuan mengurus untuk

menganalisis dan mengdiagnosis sesuatu situasi yang kompleks

Kemahiran memimpin

42 Kemahiran Kemanusiaan kemampuan berkerjasama dengan insan – lain dalam satu pasukan

Kemahiran bekerjasama

43 Kemahiran Teknikal mengaplikasi kepakaran khusus dalam – keupayaan khusus dalam melaksanakan tugas

kemahiran melihat masa hadapan

44

Kemahiran Masa – bagaimana

menguruskan masa dalam melaksanakan tugas

mestilah berpengetahuan tentang teknologi

45

Kemahiran Menguruskan Tugas – Keupayaan memilih alternatif yang terbaik dalam melaksanakan tugas

memberi dorongan kepada pekerjanya

46

Pengurusan ketiga tiga elemen ini iaitu idea, benda dan manusia melibatkan pemikiran konseptual, pentadbiran dan kepimpinan

Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawab atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan.

47

(7)

48 Menganalisis masalah, membuat keputusan dan berkomunikasi secara berterusan

49 Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat

kuasa melalui

pengaruh-Pemimpin perlu mempunyai daya mempengaruhi yang efektif. Kepimpinan ialah kemampuan

seseorang utk mempengaruhi individu lain spy melakukan sesuatu yg

diinginkan oleh individu.

Satu proses yg dilakukan oleh seseorang pengurus utk mempengaruhi aktiviti individu / kumpulan dlm usaha mencapai matlamat @ ciri, gaya atau cara utk mempengaruhi orang lain 50 Usaha pengurusan untuk mengenalpastiMATLAMAT dan menentukan

TINDAKAN yang bakal diambil

51

Perancangan –

-Persediaan penggunaan sumber. -Mengawasi perbelanjaan. -Menyelaras kerja.

-Menangani masalah yang bakal ditempuh.

-Mengenal pasti peluang

Matlamat pengurusan dan kepimpinan

Hasil atau keputusan yang dijangka dapat dicapai oleh sebuat organisasi. Matlamat perlu ada tempoh masa.

Matlamat perlu ada nilai seperti kualiti dan kuantiti

Kesimpulan

Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan kedua-dua elemen ini amat penting dalam memastikan hala tuju wawasan dan objektif organisasi dapat dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta menyusunkan ke arah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada pengikut atau pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategik yang telah dibentuk. Seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala

(8)

orang bawahannya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada

organisasi. Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan pengurusan akan dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas.

3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apayang diperintah.

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti dan nyata ianya perkara yang berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi, kepimpinan pengurusan akan mampu

(9)

CONTOH FAIL MEJA

F A I L M E J A

F A I L M E J A

Penyelia Sukan

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

JABATAN PELAJARAN SELANGOR

(10)

NAMA AGENSI

:

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

ALAMAT

:

JALAN JAMBU BOL 4/3E, SEKSYEN 4, 40604 SHAH ALAM

NO. TELEFON

:

03 – 5510 8213

N0. FAKS

:

03 – 5510 6308

E-MAIL

:

azizsukanjpns@yahoo.com

(11)

FAIL MEJA

FAIL MEJA

PENYELIA SUKAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI

NAMA AGENSI : JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

ALAMAT : JALAN JAMBU BOL 4/3E, SEKSYEN 4, 40604 SHAH ALAM

NO. TELEFON : 03 – 5510 8223

N0. FAKS : 03 – 5510 6308

EMAIL : azizsukanjpns@yahoo.com

LAMAN WEB : http\\www.jpnsel.moe.gov.my

Disediakan oleh; Disemak dan Disahkan oleh;

... ...

Nama :ABDUL AZIZ BIN HAJI SALLEH

Jawatan : Penyelia Sukan

Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Selangor

Tarikh : 1 Januari 2013

Nama :TUAN HAJI MOHD KHALID BIN JAAFAR

Jawatan : Ketua Sektor

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Selangor

(12)

Kandungan KELUARAN : 04 | PINDAAN : 00 | 01 NOVEMBER 2008

B I L S U R ATM U K A B U T I R A N

I 1 Fail Meja

ii 2 Penyelia Sukan

iii 3 Fail Meja Penyelia Sukan

iv 4 Kandungan

v 5 Akuan Pengemaskinian

vi 6 Surat Lantikan

vii 7 Maklumat Pegawai

viii 8 Senarai Tugas Penyelia Sukan

1.0 9 Perincian Senarai Tugas

2.0 11 Objektif Jabatan Pelajaran Selangor

3.0 12 Objektif Sektor Pembangunan kemanusiaan

4.0 13 Objektif Unit Sukan

5.0 14 Carta Organisasi Jabatan Pelajaran Selangor

6.0 15 Carta Organisasi Sektor Pembangunan Kemanusiaan

7.0 16 Carta Organisasi Unit Sukan

8.0 17 Senarai Tugas, Kuasa dan Hubungan Dengan Pegawai Lain

9.0 18 Proses Kerja

10.0 19 Carta Aliran

11.0 20 Senarai Semak

12.0 21 Peraturan-Peraturan Pentadbiran

13.0 22 Senarai Undang-Undang Pekeliling

14.0 23 Senarai Borang Yang Diguna

15.0 23 Norma Kerja

(13)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor

AKUAN

PENGEMASKINIAN

Diperakui bahawa segala keterangan tugas dan tanggungjawab

seperti yang terkandung di dalam fail meja ini akur mengikut

kepada semua arahan perkhidmatan sebagai penjawat awam

adalah didapati benar dan terkini.

Oleh yang demikian, saya bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap tugas yang diamanahkan sepanjang saya bertugas di

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.

PERAKUAN PENGESAHAN

ABDUL AZIZ BIN HAJI SALLEH

Penyelia Sukan

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Tarikh: 1 Januari 2013

TUAN HAJI MOHD KHALID BIN JAAFAR

Ketua Sektor

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Tarikh: 30 April 2013

(14)

Adalah dengan ini diperakui bahawa

ABDUL AZIZ BIN HAJI SALLEH

Penyelia Sukan

Gred DG 32 HAKIKI

Adalah dilantik sebagai

PENYELIA SUKAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam, Selangor

(15)

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Dengan pelantikan ini,

tuan/puan adalah tertakluk kepada semua arahan perkhidmatan

sebagai penjawat awam dan hendaklah menjalankan

tugas dan tanggungjawab seperti yang terkandung

dalam senarai tugas yang disertakan bersama

dengan surat pelantikan ini.

Sekian, terima kasih.

PERAKUAN PENGESAHAN

ABDUL AZIZ BIN HAJI SALLEH

Penyelia Sukan

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Tarikh: 1 Januari 2013

TUAN HAJI MOHD KHALID BIN JAAFAR

Ketua Sektor

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

(16)

Maklumat Pegawai

Penyelia Sukan ( Pembangunan )

Nama ABDUL AZIZ BIN HAJI SALLEH

Jawatan Hakiki PENYELIA SUKAN

Gred Jawatan PPP LD DG A32 (HAKIKI)

Bahagian / Unit UNIT SUKAN

Tarikh Memegang Jawatan 01 MAC 2011

Tarikh Penempatan 01 MAC 2011

Senarai Tugas

Penyelia Sukan

(17)

MERANCANG DAN MENYELARAS

1.

Merancang dan menyelaras pertandingan.

2.

Merancang dan menyelaras panduan- panduan kejohanan.

3.

Merancang dan menyelaras pengurusan kejohanan.

4.

Menyelia dan menyimpan rekod / data / maklumat.

5.

Melaksanakan segala tugas yang diarah oleh Pengarah Pendidikan, Timbalan Pengarah Pendidikan dan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dari masa ke semasa.

Objektif

Jabatan Pendidikan Selangor

1.

Memberi Peluang–Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia.

2.

Melahirkan Insan Yang Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan Dan Sejahtera.

3.

Meningkatkan Prestasi Akademik Pelajar Dalam Semua Mata Pelajaran.

4.

Menanamkan Kecintaan Kepada Ilmu Pengetahuan Di Kalangan Warga Pendidikan.

5.

Mengembangkan Potensi Individu Pelajar Melalui Pembangunan Program Kokurikulum Dan Sukan.

(18)

7.

Meningkatkan Kepakaran Pegawai–Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Supaya Menjadi Pendidik Yang Lebih Berkesan.

8.

Menyediakan Prasarana Yang Cukup Dan Kondusif Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran.

9.

Menyediakan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Yang Moden, Cekap Dan Berkesan.

10.

Membina Perhubungan Dan Permuafakatan Pendidikan Yang Kukuh Dan Berkekalan Dengan Agensi–Agensi Luar Bagi Menjamin Pendidikan Dapat Diteruskan Sepanjang Hayat.

Objektif

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

1.

Memastikan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Hal Ehwal pelajar disempurnakan mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.

2.

Memastikan semua urusan kokurikulum, Sukan dan permainan di peringkat negeri dan daerah disempurnakan mengikut takwim dan jadual yang telah diluluskan.

3.

Memastikan urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan bantuan pelajar (biasiswa, SPBT, RMT, KWAPM, One-Off dan Baucar Tuisyen)

(19)

4.

Memastikan urusan penghantaran maklumat berkaitan data salahlaku pelajar ke kementerian Pendidikan disempurnakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

5.

Memastikan semua urusan kokurikulum di peringkat negeri dan daerah disempurnakan mengikut takwim dan jadual yang telah diluluskan.

6.

Memastikan aktiviti-aktiviti di Pusat Kokurikulum Negeri di laksana seperti yang telah dijadualkan.

7.

Memastikan semua urusan Sukan dan permainan di peringkat daerah, Negeri dan Kebangsaan disempurnakan mengikut takwim dan jadual yang telah diluluskan.

8.

Memastikan maklumat berhubung dengan keputusan ujian urin dan tindakan ke atas pelajar yang berisiko dimaklumkan kepada KPM mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Objektif

Unit Sukan

(20)

2.

Memastikan peningkatan persepsi positif terhadap bidang Sukan dikalangan semua warga Pendidikan.

3.

Memastikan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak demi mengwujudkan rangkaian sumber maklumat dan peluang-peluang latihan.

4

. Memastikan perlaksanaan kursus kepegawaian, kepengadilan dan kejurulatihan kepada guru-guru mengikut jadual.

5.

Memastikan aktiviti-aktiviti Sukan melahirkan masyarakat yang berbudaya bersukan.

6.

Merelalisasikan pernyataan bahawa insan yang aktif menghasilkan kerja yang produktif.

7.

Menjana atlet yang berpontensi tinggi kea rah kecemerlangan sukan bertaraf antarabangsa.

(21)

Carta Organisasi

Jabatan Pendidikan Selangor

PENGARAH PELAJARAN

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN

SEKTOR SEKOLAHUNIT

MENENGAH FAIL & REKOD

UNIT TANAH & PROJEK

UNIT SWASTA & PEN. KHAS

SEKTOR PEN. SWASTA & PEN. KHAS UPSR & PMR

UNIT SPM & STPM

UNIT PENCEGAHAN

DADAH

UNIT TEKNIK & VOKASIONAL

(22)
(23)
(24)

Carta Organisasi

Unit Sukan

PENGARAH PENDIDIKAN

Tuan Haji Mahmud Bin Karim

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN

Tuan Mohd Salleh Bin Kassim S.I.S

KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Tuan Haji Abdul Kadir Bin Jaafar

KETUA UNIT SUKAN

En. Noor Azli Bin Abd Rahman

Tn. Mohd Suhaimi bin Yaidi PENOLONG PENGARAH BIDANG

SUKAN

En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid

PENYELIA KANAN SUKAN

Cik Sabariah Binti Nordin

PENYELIA SUKAN

En. Abdul Aziz Bin Haji Salleh

PEMBANTU TADBIR

Pn. Mariah Binti Ismail PEMBANTU TADBIR

En. Zul Hasaan Bin Isman

PEGAWAI TEKNIKAL SUKAN PRESTASI TINGGI

En. Mokhtar Bin Mahmood

PEGAWAI TEKNIKAL SUKAN PRESTASI TINGGI

Pn. Dyg Raniah Binti Awg Jalil

PENYELIA SUKAN

(25)

Senarai Tugas, Kuasa Dan Hubungan Dengan

Pegawai Lain

Unit/Subunit

:

Unit Sukan

Jawatan

:

Penolong Pengarah Bidang Sukan

Tugas Pegawai Atasan

Yang Ada Hubungan

Tugas & Tanggungjawab

Kuasa Yang Diberi

Tugas Pegawai Lain Yang

Ada Hubungan

PENGARAH

PENDID

IKAN

Mengarah Perancangan

Sukan dan Takwim

tahunan dan Pengerusi

Kejohanan Sukan

peringkat negeri

Selangor.

- program Sukan KPM

-Sukan Sambilan.

pelaksanaan program

1. Merancang dan

Menyelaraskan Program

Tahunan MSSS.

2. Merancang

Pembangunan Sukan

dan mempertingkatkan

prasarana-prasarana,

kemudahan-kemudahan sukan,

alatan sukan dan

kebajikan sukan.

3. Merancang

mesyuarat-mesyuarat Unit Sukan

dan MSSS.

4. Menyelia dan

menyelaras sukan dan

program sukan.

5. Melaksanakan lain-lain

tugas yang diarah dari

semasa ke semasa oleh

Pengarah Pelajaran,

Ketua Sektor

Pengurusan

Pembangunan

Kemanusiaan dan Ketua

Merancang dan

menyelaraskan

program dan

aktiviti berkaitan.

KETUA UNIT

Urusan pelaksanaan

Pengelolaan,Takwin,

Mesyuarat, Kursus dan

perkembangan staff.

PENYELIA

SUKAN

Melaksana program

Pembangunan,

Pertandingan,Pengurusan

dan Kewangan.

PEMBANTU

TADBIR

(26)

dan akiviti pengurusan

Sukan di peringkat

jabatan.

(27)

Proses Kerja

Penyelia Sukan ( Pembangunan )

Aktiviti

PENGURUSAN PENGANJURAN

Subaktiviti

KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT

KEBANGSAAN

Muka surat ini

1 / 1

Proses Kerja

Pegawai Yang

Meluluskan / Dirujuk

Undang-Undang /

Peraturan

1. Mengenalpasti atlet-atlet yang

ditawarkan ke Sekolah Pusat Sukan

Negeri.

KU/PY

PY/PT

PPD/GB

2. Sediakan Surat Tawaran Kemasukan dan

Surat Jawapan Terima Tawaran dan di

hantar kepada atlet-atlet melalui PPD

3. Terima Surat Jawapan Terima Tawaran

daripada atlet-atlet melalui PPD.

4. Sediakan senarai nama atlet-atlet yang

menerima tawaran

PY

5. Sediakan Surat Pengesahan Tawaran

Kemasukan dan senarai nama atlet-atlet

dan dihantar kepada atlet melalui PPD

PY/PT

(28)

Carta Aliran Kerja

Penyelia Sukan

Aktiviti

PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN

Subaktiviti

Pengurusan Kemasukan Pelajar ke Pusat

Sukan Negeri

Muka surat ini

1/1

MUL A

Mengenalpasti atlet-atlet yang akan ditawarkantempat ke Sekolah Pusat Sukan Negeri

Surat Tawaran Kemasukan dan Surat Jawapan Terima Tawaran dihantar kepada atlet-atlet melalui PPD

Sediakan senarai nama atlet-atlet yang menerima tawaran

Terima Surat’Jawapan Terima Tawaran’ melalui PPD

Surat Pengesahan Tawaran Kemasukan dan senarai nama atlet-atlet di hantar kepada atlet-atlet melalui PPD

Atlet-atlet melapor diri ke Sekolah Pusat Sukan Negeri

(29)

Senarai Semak

Penyelia Sukan

Aktiviti

PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN

Subaktiviti

Pengurusan Kemasukan Ke Pusat Sukan

Negeri

Muka surat ini

1/1

Bil

Aktiviti

Tindakan

Catatan

1 Mengenalpasti atlet-atlet yang akan ditawarkan tempat ke Sekolah Pusat Sukan Negeri.

2 Surat Tawaran Kemasukan dan Surat Jawapan Terima Tawaran dihantar kepada atlet-atlet melalui PPD

3 Terima Surat ‘Jawapan TEriam Tawarna ‘ Melalui PPD

4 Sediakan senarai nama atlet-atlet yagn menerima tawaran

5 Surat Pengesahan Tawaran Kemasukan da senarai nam atlet-atlet dihantar kepada atlet-atlet melalui PPD

(30)

Peraturan-Peraturan Pentadbiran

Fail Meja

Aktiviti

Subaktiviti

Muka surat ini

1/1

TIADA BERKAITAN

TIADA BERKAITAN

(31)

Senarai Undang-Undang Pekeliling

Fail Meja

Aktiviti

Subaktiviti

Muka surat ini

1/1

1.

Menggunakan Panduan Mengurus Program & Aktiviti yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah-Sekolah-Sekolah Selangor.

2.

Menggunakan prosedur pengurusan surat menyurat, pengurusan fail dan pengurusan mesyuarat

Jabatan Pelajaran Selangor.

3.

Menggunakan Panduan Pekeliling dan siaran berhubung dengan penglibatan pelajar diluar

sekolah.

(32)

Senarai Borang-Borang Yang Diguna

Fail Meja

Aktiviti

Subaktiviti

Muka surat ini

1/1

TIADA BORANG YANG BERKAITAN

TIADA BORANG YANG BERKAITAN

Norma Kerja

Pengurusan Sukan (kerja)

Bil.

Jenis Kerja

Masa Yang

Diambil

(minit)

Jumlah Unit yang boleh

dijalankan dalam

seminggu

1. Pengurusan Sukan MSSM/MSSS

120

3

2.

Mengendalikan Anugerah

Sukan Majlis Sukan Sek-Sek

Selangor

60

1

3.

Mengemaskini Pentadbiran

Sukan Sekolah, Daerah, Negeri

dan Kebangsaan dan

Antarabangsa

120

2

4. Menyelaraskan Pelaksanaan

(33)

swasta, sukan tajaan dan

pusat Sukan

5

Membuat Penyelidikan

Pendidikan & Kajian Tindakan

Pengurusan Sukan MSS

Selangor

120

3

Rujukan

1. Azman Awang (2003) dalam Ahmad Kailani Mohamed ( 2003 ).Pengurusan Pendidikan di Sekolah.Huraian menurut Perspektif Islam.Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

2. Gronn, P.( 2003 ). The New Work of Educational Leaders.New York: Paul Chapman Publishing.

3. Chan Chee Kiong et. Al. ( 2005 ). Pengalaman Kepimpinan Transformasi di Kalangan Guru Tingkatan di Tiga Buah Sekolah Menengah Daerah Kulai, Johor.

4. Harris, A,.Day,C,.Hopkins, D,.Hadfield, M,.Hargreaves, A,.& Chapman, C,.( 2003 ). Effective Leadership for School Improvement.New York and London:RoutledgeFalmer. 5. Hussein Ahmad.Dr. ( 1992 ).Kecondongan Nilai dan Gaya Domian Mengenai Kepimpinan Sekolah Menengah: Satu analisis Di Kalangan Pengetua.Kertas Kerja 04,m.s 4-5.

6. John , R.D,. et Al ( 2000 ). School Leadership.New York: Kogan Page Limited. Kamus Dewan ( 1993 ).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Kamus Dewan Edisi Baru( 2004 ).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Larry R, D. ( 1994 ).The West Point Way of Leadership.From learning principled leadership to practicing it.New York: Doubleday Dell Publising Group.

9 . Parry .K ( 1996 ). Transformational Leadership.Developing an enterprising management culture.South Melbourne:Pitman Publishing.

10. Rohani Abu Bakar ( 2003) dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie ( 1993 ).Pentadbiran Pendidikan.Kuala Lumpur:Penerbit:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

11. Sharifah Maimunah, Rohani Abdul Hamid et al. ( 2001). Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

(34)

13.R.G.Anderson, A Dictionary Of Management Term, Plymouth: MacDonald &Evans, 1983.

14.James A.F Stoner & Charles Wenkel, Pengurusan (terj), Petaling Jaya, Amiza,1989. 15.Hasnan Hakim,Definisi Pengurusan & Pentadbiran, Kertas Seminar:Pengurusan Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, KualaLumpur ,1998.

Referensi

Dokumen terkait

1) Baik pemimpin maupun pengikut sama-sama memiliki tujuan bersama yang mencerminkan nilai-nilai, motivasi, kebutuhan, keinginan, aspirasi serta harapan mereka.

Soalan-soalan adalah berkisar tentang kefahaman responden mengenai definisi kepimpinan, ciri- ciri pemimpin yang ideal, dorongan atau motivasi untuk memimpin serta bentuk-bentuk

Kepemimpinan Visioner juga diartikan sebagai keterampilan seorang pemimpin dalam mewujudkan atau merealisasikan visi, yang dipercaya dapat membawa masa depan organisasi

Salah satu gaya kepemimpinan yang menuntut kemampuan dari seorang pemimpin tersebut yaitu gaya kepemimpinan transfomasional dengan memotivasi para bawahan

(1978) menyatakan bahwa kepemimpinan transformasional merupakan suatu proses dimana pemimpin dengan pengikut atau bawahan secara bersama-sama sampai pada moralitas

Oleh sebab itu, seorang pemimpin di dalam organisasi adalah seorang kepala (baik sendiri atau beberapa orang) dari suatu instansi/unit organisasi yang tugas utamanya adalah

Seorang kepala keluarga atau pemimpin keluarga tentunya memiliki peranan yang sangat penting dalam mewujudkan keluarga ideal yang bahagia.. Peran seorang kepala

Agar memiliki pengikut, ia harus memiliki rasa percaya diri. Sebab itu, tak diragukan lagi, kualitas utama dari seorang pemimpin, adalah integritas. Tanpanya, tak akan ada